Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARAAN MESYUARAT AGUNG PIBG SJKT LADANG BAHAU 2021/2022

CUE/KIU ANN / PENGUMUMAN

Nyanyian Lagu Para hadirin diminta untuk berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku dengan iringan
muzik.

Selepas Nyanyian Para hadirin diminta untuk mengambil tempat duduk.


Lagu

Bacaan Doa Untuk meneruskan kelangsungan acara, dengan sukacitanya, majlis mempersilakan
______________________ untuk memimpin bacaan doa.

Selepas Bacaan Terima kasih diucapkan kepada ________________________ atas bacaan doa
sebentar tadi.
Doa

Salutasi Pengacara Indah berbalam si awan petang,


Majlis Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,

Salam sejahtera pembuka bicara.

RUJUK SALUTASI

Kata Alu-aluan Bersyukur kita ke hadrat tuhan kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan
Pengacara Majlis pertemuan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Ladang Bahau.

Mesyuarat PIBG ini merupakan medan pertemuan dan percambahan idea yang
memberi ruang kepada para ibu bapa untuk memberi maklum balas dan pandangan
yang menjurus kepada peningkatan prestasi dan kualiti sekolah.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir
ke majlis kita pada hari ini. Syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Mesyuarat
Agung PIBG yang amat komited dalam memastikan kelangsungan dan kelancaran
majlis ini.

Ucapan YDP Emas tempawan buatmu puteri,

Busana indah buat rupawan;

Sudilah tuan tampilkan diri,

Bersama madah kata aluan.

DEWAN ORANG RAMAI TAMAN BAHAU / 26.5.2022 / 4.30PM


SKRIP PENGACARAAN MESYUARAT AGUNG PIBG SJKT LADANG BAHAU 2021/2022

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Jeevanathan A/L


Tharusingam, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKT Ladang Bahau
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Selepas Ucapan Terima kasih diucapkan kepada Encik Jeevanathan A/L Tharusingam atas ucapan
YDP beliau sebentar tadi.

Ucapan Guru Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Nantha A/P
Besar Periasamy, Guru Besar SJKT Ladang Bahau untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Selepas Ucapan Terima kasih diucapkan kepada Puan Nantha A/P Periasamy atas ucapan beliau
Guru Besar sebentar tadi.

Ucapan Perasmian Daun semulur di pekan sari

Batang jerami rebah ke bumi

Madah dihulur sembah diberi

Kata perasmi hajatnya kami

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput ` untuk menyampaikan ucapan


dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKT Ladang
Bahau yang ke-48. Beliau dengan penuh takzimnya dipersilakan.

Selepas Ucapan Terima kasih diucapkan kepada Encik Shaik Abdul Rahim bin Shaik Akbar atas
Perasmian kesudian beliau menyampaikan ucapan dan merasmikan mesyuarat kita pada hari ini.

Penyampaian Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat
cenderamata kita pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Jeevanathan
A/L Tharusingam, Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKT Ladang Bahau
untuk menyampaikan cenderamata kepada Encik Encik Shaik Abdul Rahim bin Shaik
Akbar.

Selepas Terima kasih diucapkan kepada Encik Jeevanathan A/L Tharusingam atas kesudian
penyampaian beliau menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat kita pada hari ini.
cenderamata

Penyampaian Sijil Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan

DEWAN ORANG RAMAI TAMAN BAHAU / 26.5.2022 / 4.30PM


SKRIP PENGACARAAN MESYUARAT AGUNG PIBG SJKT LADANG BAHAU 2021/2022

Ibu Bapa dan Guru SJKT Ladang Bahau bagi sesi 2021/2022. Untuk itu majlis
menjemput _______________________________________ untuk menyampaikan sijil
penghargaan kepada semua AJK yang bertungkus lumus memberi sumbangan yang
tidak terhingga bagi pembangunan murid dan sekolah.

Pemberian hadiah Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah penghargaan kepada bekas guru SJKT
kepada Guru yang Ladang Bahau yang telah mendapat pertukaran ke sekolah baharu. Untuk itu majlis
telah Pindah menjemput _______________________________________ untuk menyampaikan
hadiah penghargaan sebagai tanda menghargai sumbangan beliau sepanjang
berkhidmat di SJKT Ladang Bahau.

Taklimat Majlis diteruskan dengan Taklimat Pembinaan Bangunan Baharu untuk SJKT Ladang
Pembinaan Bahau di Bandai IOI. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Bangunan Baharu _________________________ untuk menyampaikan taklimat tersebut.

Selepas Taklimat Terima kasih diucapkan kepada _________________ atas taklimat sebentar tadi.
Diharapkan kerja pembinaan bangunan baharu dipermudahkan dan dimulakan
dengan segera.

Majlis Bersurai Merdu bertingkah alunan suara

Kadang tak sedar tersilap kata;

Andai terlanjur patah bicara

Serendah hati kemaafan dipinta

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang Pengendalian Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKT Ladang Bahau yang ke-48. Sekalung
penghargaan dan tahniah buat Ahli Jawatankuasa Baharu yang telah dilantik dan
diamanahkan tugas pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

DEWAN ORANG RAMAI TAMAN BAHAU / 26.5.2022 / 4.30PM

Anda mungkin juga menyukai