Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURU ACARA PERHIMPUNAN SMKRP

ACARA TEKS
Pembukaan Hinggap minum di tepi kali
Penat si helang membelah angkasa
Pelajar cemerlang sama dirai
Agar terlaksana wawasan negara

Yang berusaha,
1.
SMK Rantau Panjang
2. Encik Rosli bin Kimin,
Penolong Kanan Petang SMK Rantau Panjang

3. Puan Anipah binti Jais,


Pembantu Penolong Kanan Petang

4. Rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat


Sejahtera.

Sidang hadirin sekalian, pada tanggal 2 Januari ini, warga


SMKRP sesi petang berasa amat bertuah sekali kerana dapat
menjayakan majlis Apresiasi HEM SMK Rantau Panjang bagi
tahun 2023/2024.

Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk


melahirkan modal insan yang seimbang dari segala aspek
sahsiah, rohani dan jasmani. Pada petang yang mulia ini,
murid-murid yag menunjukkan ketokohan dalam pelbagai
bidang seperti kepimpinan dan keperibadian yang baik akan
diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan dari pihak
sekolah.
Badan Pengawas SMKRP
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Bertonggakkan adat yang dating disambut, yang pergi diiringi,
maka majlis dengan segala hormatnya menjemput
___________________________________________________
, ______________________ SMK Rantau Panjang untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Demikian lah ucapan dari ______________________________


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih.

Sidang hadirin sekalian,


Kini tibalah saat yang dinantikan iaitu penyampaian Anugerah
Apresiasi HEM SMK Rantau Panjang bagi tahun 2023/2024.
Bagi menyempurnakannya, pihak majlis berbesar hati
menjemput ________________________________________
___________________________________________________
diiringi ____________________________________________
__________________________________________________
ke pentas utama untuk menyampaikan anugerah dan sijil.

Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah


Keceriaan Kelas. Mohon guru kelas dan ketua kelas nya
bersedia ke pentas untuk mengambil piala dan sijil.
Kelas terceria tingkatan 1 ialah 1Potensi
Kelas terceria bagi tingkatan 2 ialah 2Amanah

Seterusnya, sijil bagi kehadiran penuh. Kehadiran ini dikira


dari 20 Mac 2023 sehingga 15 Disember 2023. Penerimanya
dimulakan dengan saudara ____________________________

Seterusnya, anugerah sahsiah terpuji ssdm


(sampai habis)
Badan Pengawas SMKRP
Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
___________________________________________________
kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi. Mohon
para pentadbir terus kekal di pentas utama untuk program
guru penyayang selepas ini.

Hari apresiasi HEM 2023/2024 hampir sampai ke


penghujungnya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga
saya ucapkan kepada semua warga kerja yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini.

Seterusnya, perhimpunan hari ini diteruskan dengan program


guru penyayang. Belum terlewat untuk kita memberi ucapan
selamat tahun baharu 2024 kepada semua.
Jadi tanpa membuang masa lagi, majlis menjemput semua
guru dan murid-murid yang lahir di bulan Januari ini ke pentas
untuk acara memotong kek.

Terima kasih kepada semua. Hadirin semua diminta


bertenang.

Tuan puteri pergi ke Rasah,


Pulang semula setelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin tuhan bersua lagi,

Sekian, wabillahhi taufiq wal hidayah,wassalamualaikum


warrahmatullah hiwabarakatuh.
Saya serahkan majlis kepada pengawas pengacara majlis.

Badan Pengawas SMKRP


Badan Pengawas SMKRP

Anda mungkin juga menyukai