Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN


BULAN TEKNIK VOKASIONAL & SAINS MATEMATIK
PERINGKAT SEKOLAH
SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
2023

Bil MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN


BULAN TEKNIK VOKASIONAL & SAINS MATEMATIK BAGI TAHUN 2023

Q1 Bismillahirrahmanirrahim

PENGUMUMA Diminta semua murid berada dalam keadaan bersedia kerana majlis akan
N dimulakan sebentar lagi.

Di pagi yang cerah dan juga ceria,


Q2 Semarakkan majlis menunjukkan kesatuan,
1 Aluan Bulan Teknik Vokasional & Sains Matematik
Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Yang Berusaha,
En.Khalid bin Hj Bujang
Pengetua SMK Paya Rumput,

En. Zulkefie bin Mahadi


GPK Pentadbiran,

Pn. Fairudzah binti Ahmad


GPK Kokurikulum

Barisan Guru-guru Kanan Matapelajaran, guru-guru serta rakan rakan para


palajar yang dikasihi sekelian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Q3 Salam ceria,...di pagi yang mulia.

Salam Malaysia Madani


Salam Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia Menggamit Dunia,
Bijak laksana Tuah, Berani Laksana Jebat,
Salam Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera,
Salam Jabatan Pendidikan Negeri Melaka,
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
#JPNMelaka Bitara
Salam myPRISSMA #strivefornewchallenges SMKPRGemilangdipersada
Salam hormat, salam perpaduan buat semua.

Selamat datang ke Majlis Perasmian Penutup Bulan Teknik Vokasiona &


Sains Matematik peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Rumput
tahun 2023

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan
Nya dapat sama-sama kita berkumpul pada pagi ini untuk meraikan Majlis
Perasmian penutup Bulan Teknik Vokasioan & Sains Matematik PRISSMA tahun
2023.

Guru guru dan rakan rakan sekalian,

Untuk pengetahuan para guru dan pelajar sekalian, bulan Sains


dan Matematik dan bulan Teknik Vokasional telah pun bermula dan berlansung
sepanjang bulan Oktober 2023 dengan Tema bulan Sains dan Matematik
pada tahun ini ialah “STEM PENERAJU NEGARA MADANI”.
Tema bulan Teknik dan Vokasional pula ialah “APLIKASI TEKNOLOGI DALAM
KEMAHIRAN”.

Sains dan Matematik merupakan ilmu sejagat yang wajar diberi perhatian oleh
semua pihak terutama guru-guru sains dan matematik bagi menjamin
kejayaan pelajar, baik dalam bidang akademik mahupun dalam kehidupan
seharian.
Tujuan bulan Sains dan Matematik diadakan adalah untuk menimbulkan minat
di kalangan pelajar untuk mempelajari ilmu sains dan matematik dengan lebih
mendalam disamping membentuk keyakinan dalam diri pelajar bahawa sains
dan matematik bukanlah pelajaran yang sukar tetapi adalah matapelajaran
yang
mencabar, menarik dan menyeronokkan

Untuk pengetahuan rakan rakan semua ,


Matlamat mengadakan Bulan Teknik Vokasional dan Bulan Sains Matematik
ialah memberikan pendedahan dan memantapkan penguasaan murid dalam
bidang Teknik vokasional dan Sains Matematik melalui aktiviti -aktiviti yang telah
dilaksanakan antaranya ialah pameran STEM, Kuiz Explorace, I love akaun dan
banyak lagi. Sesuai dengan slogan Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuh
Harapan agar Bulan Teknik Vokasional serta Bulan Sains Matematik ini dapat
Q4 mencetuskan kreativiti dan mengukuhkan penguasaan murid.

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian,


patriotik
Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian 2 buah
lagu iaitu
Lagu Negaraku,
Lagu Melaka Maju Jaya
Lagu Sekolah

Semua hadirin diminta bersedia

( nyanyian)

________________________________________________________________
__

Q5

doa Hadirian yang dihormati sekalian,

Awal Bismillah pembuka bicara


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh ...............................................................
Dijemput dengan hormatnya.

Q6 (bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga
PERASMIAN yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

Seterusnya marilah kita sama-sama mendengar ucapan daripada ayahanda


pengetua kita iaitu En khalid bin Hj BUjang seterusnya merasmikan penutup
Bulan Teknik Vokasional dan Bulan Sains Matematik PRISSMA TAHun 2023 .
Q7 Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(ucapan pengetua)

PENGETUA MERASMIKAN PENUTUP ( GIMIK )


Majlis ingin menjemput GKMP bidang Teknik Vokasional dan GKMP bidnag
sains matematik untuk bersama-sama bergambar bersama pengetua.

Q8 ________________________________________________________________
__

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.Khalid bin Hj BUjang , atas
kesudian menyempurnakan majlis.

Sidang hadirin sekalian,

Dengan ucapan Pengetua sebentar tadi, maka majlis kita menghampiri


penghujungnya.

Sebelum kita akhiri majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama menyaksikan
sebuah persembahan dari rakan- rakan kita dengan tajuk persembahan
VOTECH -ENGLIGHTENED THE FUTURE

DI persilakan

(PERSEMBAHAN MURID )

Q9 ________________________________________________________________
__
PENUTUP ____________________________________________________

Dengan berakhirnya nyanyian lagu-lagu patriotik itu tadi maka tamatlah sudah,
Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan dan Patriotisme PRISSMA ytahun
2023.

Terima kasih diucapkan kepada semua .

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada Allah
SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan
kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua
yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh


dan terima kasih.”MALAYSIA MADANI :TEKAD PERPADUAN PENUHI
HARAPAN”

Anda mungkin juga menyukai