Anda di halaman 1dari 4

(PERASMI)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan atas
inisiatif mengadakan Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan kali pertama tahun
2017 ini.

Sekolah seharusnya menjadi sebuah institusi yang serba lengkap untuk memajukan kurikulum dan
kokurikulum bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Konsep sekolah sebagai wahana untuk menerima dan memberikan Pendidikan dan pelajaran
hendaklah difahami dan diperluas untuk membentuk generasi baru yang berketerampilan.
Sesungguhnya falsafah dan matlamat Pendidikan yang menyeluruh dan bersifat universal
menentukan masa depan generasi pelajar hari ini yang akan menjadi warga penentu masa depan
negara.

Majlis Graduasi Tingkatan Lima yang merupakan acara yang bermakna kepada penerima-penerima
anugerah yang diraikan melambangkan pengiktirafan kepada kejayaanyang dicapai. Situasi seperti ini
akan menyemarakkan lagi aspirasi warga sekolah untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada
masa hadapan. Oleh itu, besarlah harapan saya agar Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan ini
dapat melahirkan pelajar yang diharapkan terus mewarnai peradaban ilmu dan pemikiran yang
menyeluruh sifatnya seiring hasrat negara untuk melahirkan modal insan yang mempunyai minda
kelas pertama.

Akhir kata, saya berharap agar Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan kali ini
berlangsung dengan jayanya dan mencapai matlamat yang diharapkan.

SELAMAT MAJU JAYA

DR. ROZITA @ UJI BINTI MOHAMMED, ADK


PENSYARAH KANAN/ TIMBALAN REKTOR (
(WAKIL PPD)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sempena Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan kali pertama tahun 2017, saya
mengucapkan setinggi-setinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga sekolah ini kerana telah
berjaya menampilkan kecemerlangan untuk diraikan dalam majlis yang berbahagia ini.

Majlis yang penuh bermakna ini merupakan pentas pengiktarafan kepada pelajar yang telag
memperoleh kejayaan yang cemerlang. Sesungguhnya kejayaan awal yang dicapai menjadi landasan
untuk mereka meneroka kejayaan yang lebih gemilang. Diharapkan juga kejayaan yang ditempa
menjadi pembakar semangat kepada pelajar yang bakal menempuh masa hadapan agar berusaha
dengan lebih gigih lagi.

Lakaran sejarah gemilang yang diperoleh para pelajar, disebaliknya tersingkap profesionalisme yang
diamalkan dalam kalangan pentadbir dan disokong dengan kreadibiliti guru yang tidak mengenal erti
jemu serta permuafakatan padu warganya merupakan kunci kejayaan kepada Sekolah Menengah
Kebangsaan Putatan untuk terus unggul dalam meneruskan tradisi kegemilangannya.

Akhir kata, saya berharap agar Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan kali ini
berlangsung dengan jayanya dan mencapai matlamat yang diharapkan.

SELAMAT MAJU JAYA

(EN. MOJUNTIN EBIN)


PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PENAMPANG
(PIBG)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya bersyukur ke hadrat Allah dan berterima kasih diberi kesempatan merakamkan kata alu-aluan
sempena Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan kali pertama tahun 2017.

Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan ini sememangnya memberi impak yang
berkesan dalam menyemai semangat mencintai ilmu dan seterusnya memberi galakan serta
pengiktirafan terhadap pelajar yang berjaya. Bahkan majlis seumpama ini turut memberi perangsang
kepada pelajar agar lebih memajukan diri pada masa hadapan. Pastinya detik digelar pelajar
cemerlang dan diraikan dalam majlis yang berprestij seumpama ini akan menjadi inspirasi kepada
pelajar untuk melajar sejarah yang lebih bermakna.

Musyawarah dan komitmen sederap antara ibu bapa dan warga sekolah adalah seiring dalam
mencatur kejayaan anak-anak. Sesungguhnya jalinan permuafakatan yang terbina mencambahkan
lagi usaha-usaha dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja pintar akademiknya malah terpuji
sahsiahnya. Oleh itu, adalah menjadi harapan agar gandingan yang mantap ini mampu mencetuskan
satu transformasi kepada sebuah kejayaan yang unggul dan membanggakan dalam dunia pendidikan
hari ini.

Akhir kata, saya dan ahli jawatankuasa PIBG sekolah ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan kerana berjaya menganjurkan Majlis Graduasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan tahun 2017.

SEKIAN TERIMA KASIH

(ABU KASSIM BIN BINSIN)


YDP PIBG SMK PUTATAN
(PENGETUA)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya Sekolah Menengah Kebangsaan
Putatan berjaya mengadakan Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan kali pertama
pada tahun ini.

Hasrat untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan sebagai sebuah sekolah yang
mampu menjadi ikon kepada sekolah-sekolah disekitarnya memerlukan warganya siap siaga ke arah
kebitaraannya dan sentiasa terbilang dalam semua aspek. Sekolah merupakan wahana terpenting
dalam mengasuh intelek muda dengan sifat-sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. Oleh itu,
kemenjadian mereka yang dilengkapi dengan nilai-nilai terpuji akan melahirkan modal insan yang
berminda kelas pertama seiring hasrat negara untuk melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai
jati diri yang kental dan glokal.

Kecemerlangan dalam pencapaian akademik amat penting dalam menjamin misi dan visi negara
terlaksana. Namun begitu, kemantapan peribadi dan keterampilan diri perlu diutamakan untuk
melahirkan generasi pewaris yang berkualiti dan simbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Oleh itu, usaha untuk mencapai kecemerlangan mestilah disulami dengan penerapan sahsiah
dan budi bahasa yang mulia berteraskan agam dan nilai-nilai murni dalam segala aspek kehidupan.

Syabas dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah sempena Majlsi Graduasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Putatan tahun 2017. Semoga dengan anugerah yang diterima dijadikan
perangsang untuk terus meningkatkan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada
masa hadapan.

SELAMAT MAJU JAYA

(HJ DIUH BIN BALIMBANG)


PENGETUA CEMERLANG SMK PUTATAN

Anda mungkin juga menyukai