Anda di halaman 1dari 4

UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

AKADEMIK DAN SAHSIAH SEKOLAH MENENGAH AL-ISLAH,


SUNGAI PETANI, KEDAH.

Bismillahir rahmanir rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang dihormati, Tuan Haji Ariffin bin Saidin, Naib Yang Dipertua IKRAM,
Sungai Petani.

Yang Berbahagia, Dr Ahmad Abdul Garni Bin Said, Pengerusi Lembaga Tadbir
Sekolah, Pusat Pendidikan Al-Islah.

Yang Berusaha Tuan Hj Amir Nur Rashid B Wagiman, Ketua Pegawai


Eksekutif, Pusat Pendidikan Al-Islah ,

Yang Berusaha Puan Hajah Ainon Bt Ariffin, Pengetua Sekolah Menengah Al-
Islah.

Yang berusaha, Pn Rodiah Bt Jusoh, Guru Besar Sekolah Rendah Al-Islah,

Puan Romizah binti Ismail, Mudirah Maahad Tahfiz Al-Islah

Encik Norfizin Bin Yusoff, Yang Dipertua PIBG , Pusat Pendidikan Al-Islah.
Yang dihormati , Guru-guru Penolong Kanan,Sekolah Menengah Al-Islah dan
Sekolah Rendah Al-Islah.

Tetamu-tetamu jemputan,Guru-guru, Ibu bapa, seterusnya para pelajar yang


dikasihi.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurnia-Nya , Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan
Sahsiah(AKAS) pada tahun 2019 ini dapat diadakan. Atas iltizam tinggi yang
telah dipamerkan oleh kepemimpinan pengetua dikolaborasikan dengan
komitmen tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh guru-guru dan para pelajar.

Tema ‘Generasi Rabbani Teras Negara Rahmah’ ini sebenarnya membawa


erti yang sangat luas dalam mendefinisikan makna rahmah itu sendiri.
Pengiktirafan dan penghargaan merupakan salah satu elemen dalam
membumikan makna rahmah kepada kita semua. Generasi yang menjadikan
Islam sebagai cara hidup akan sentiasa membudayakan dan merealisasikan sikap
rahmah dalam percakapan dan perbuatan.
Sempena hari yang bersejarah ini, saya ingin mengambil kesempatan
mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya
mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum seterusnya
menterjemahkan dengan sahsiah cemerlang wawasan negara rahmah ini.
Sewajarnya kita harus meraikan kejayaan mereka yang telah berusaha
bertungkus lumus mencapai kejayaan dalam apa-apa jua bidang yang diceburi
khasnya di bidang akademik. Semoga majlis pada hari ini menjadi peristiwa
bermakna dan inspirasi kepada murid-murid lain untuk lebih berdaya siang bagi
mencapai kecemerlangan.yang menirus ke arah kecemerlangan.

Bagi melahirkan pelajar cemerlang banyak agenda yang telah


direncanakan oleh pengetua dan guru-guru untuk mencapai hala tuju seperti
yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah
Pendidikan Islam. Agenda ini merupakan satu amanah yang perlu dipikul oleh
semua warga pendidik dalam merealisasikan pembinaan negara bangsa yang
memiliki modal insan cemerlang dan menjadi insan Rabbani sebagai pewaris
kepemimpinan negara pada masa hadapan.

Detik bersejarah ini merupakan puncak kejayaan garapan kecemerlangan


sekolah, setelah bertungkus lumus menyemai usaha dan kini detiknya untuk para
pelajar menuai kejayaan. Saya percaya kejayaan yang diperoleh oleh para
pelajar adalah simbol kejayaan sistem persekolahan dan pendidikan itu sendiri
hasil kerjasama mantap antara barisan pentadbir, guru-guru dan para pelajar.

Dengan sokongan dan komitmen yang padu daripada para guru dan ibu
bapa, sesungguhnya Sek. Men. Al-Islah telah berjaya melahirkan ramai pelajar
yang berwibawa dan berketerampilan di sekolah ini. Semoga hubungan erat
antara pihak sekolah dengan ibu bapa dapat merealisasikan hasrat misi sekolah
ini untuk memperkasa pendidik bersifat murabbi,melahirkan pelajar mithali dari
sudut akhlak juga akademik dan memantapkan budaya kerja cemerlang dan
efektif.

Hadirin yang dihormati,

Sesungguhnya, majlis ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh murid yang


berjaya mencipta kecemerlangan dan menempa nama dalam bidang kurikulum
khasnya dan kokurikulum amnya. Kejayaan dan kecemerlangan pelajar dalam
bidang yang diceburi sewajarnya dihargai. Semoga kejayaan murid-murid yang
akan menerima anugerah pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada para
pelajar lain untuk berusaha dengan lebih gigih.
Sebenarnya tidak ada jalan pintas ke arah mencapai kemajuan melainkan dengan
bekerja keras. Saya percaya kesungguhan dalam menuntut ilmu pengetahuan
dan penguasaan kemahiran akan mendorong murid untuk menjadi warga
sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pendek kata, gunakan peluang
pembelajaran di sekolah sebagai peluang untuk meneroka potensi anda ke
tahap semaksimum yang mungkin dan lalui proses pembelajaran sebagai proses
yang bermakna dan menggembirakan .

Hadirin yang dihormati,

Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah ini adalah hasil


sumbangan guru-guru dan para pelajar yang penuh dedikasi, kreatif dan inovatif.
Semoga kejayaan yang dicapai pada tahun ini akan menjadi pemangkin kepada
seluruh warga sekolah untuk meningkatkan pencapaian dan kualiti sekolah.

Dalam era globalisasi ini, para pelajar semestinya sanggup menghadapi


cabaran baharu dalam dunia pendidikan yang begitu progresif. Peranan murid
kini semakin mencabar dalam usaha membina diri untuk menguasai banyak
bidang ilmu, sejajar menjadikan bangsa Malaysia maju di abad baharu yang
bakal menjelang. Dalam keghairahan memburu kecemerlangan akademik,
jangan kita kesampingkan tentang aspek kerohanian, akhlak, tatasusila dan
kematangan dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan setiap individu perlulah
berperanan menjana kecemerlangan itu berlandaskan akal budi yang luhur.

Harapan saya agar semua guru dan murid sentiasa bekerja keras bagi
memastikan sekolah ini sentiasa mempersiapkan diri untuk terus mencipta
kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Namun yang pasti sahsiah
yang terpuji dengan disiplin yang tinggi sahaja yang mampu memastikan Sek.
Men. Al-Islah terus cemerlang.

Akhir kata dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim ,saya merasmikan majlis
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah Sek. Men. Al-Islah,
Sungai Petani.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.
`1

`1

Anda mungkin juga menyukai