Anda di halaman 1dari 5

PUSAT TUISYEN MUTIARA KELADI

SURAT TIDAK RASMI


1. Surat tidak rasmi ditulis kepada sesiapa yang rapat dengan kita seperti adik-beradik
, saudara-mara, atau sahabat.
2. Perkara yang ditulis biasanya tentang hal peribadi seperti mengucapkan
tahniah,takziah,bertanya khabar,memohon maaf atau sebagainya.
3. Penggunaan kata ganti diri seperti saya,saudara (lelaki) , saudari (perempuan) ,
ayahanda (ayah), bonda (ibu) , kakanda (abang/ kakak) , adinda (adik) ,nenda
(datuk/ nenek),dan cucunda (cucu) hendaklah digunakan.
4. Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat
handai. Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti
antaranya ;
i. Surat ucap tahniah
ii. Surat ucap takziah
iii. Bertanya khabar berita
iv. Menceritakan tempat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat.
v. Pengalaman di tempat baharu seperti di sekolah baharu.
vi. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga.
vii. Membalas surat yang dihantar oleh orang lain.
viii. dan sebagainya

Tips
1. Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan
kesihatan penulis.
2. Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan
yang dikemukakan sebelum ini.
3. Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :
nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan
cucunda.
4. Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.
5. Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus
surat lagi.








PUSAT TUISYEN MUTIARA KELADI
CONTOH.
Kamu sudah agak lama tidak mengirim berita kepada datuk dan nenek di
kampung. Tulis sepucuk surat kepada datuk kamu untuk bertanya khabar dan
menceritakan keadaan kamu serta keluarga sekarang.





Menemui nenda Hj.Hashim yang dikasihi di Kampung Manjoi, Perak dengan selamatnya.
Nenda,
Apa khabar nenda berdua di kampung sekarang ? Cucunda berharap nenda dalam
keadaan sihat sejahtera selalu.Cucunda dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Cucunda memohon maaf kerana sudah agak lama tidak mengirim surat kepada nenda
sejak kami pulang ke kampung pada bulan Mei yang lalu. Sebenarnya cucunda agak sibuk
dengan latihan olahraga dan persiapan untuk menghadapi UPSR tidak lama lagi.
Bagaimanakah keadaan kesihatan nenda Aishah sekarang ? Ayahanda dan bonda
berpesan agar nenda menjaga kesihatan dan tidak lupa mengambil ubat seperti yang dinasihati
oleh doktor.
Buat pengetahuan nenda berdua di sana,kakanda Faizah telah mendapat tawaran
melanjutkan pelajarannya ke Universiti Sains Malaysia dalam bidang kejuruteraan.Cucunda
berasa gembira dan berazam untuk mengikut jejak langkahnya suatu hari nanti.
Nampaknya setakat di sini dahulu yang dapat cucunda tuliskan buat tatapan nenda
berdua.Sambutlah salam penuh kasih mesra daripada kami sekeluarga.Sekian.
Cucundamu,
Ali

SOALAN :
Sahabat pena kamu telah menulis surat dan meminta kamu menceritakan tempat-
tempat menarik di tempat kamu.
Balas surat sahabat pena kamu itu.
37, Lorong 11,
Taman Penanti,
Kubang Semang,
14400 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

5 September 2013
PUSAT TUISYEN MUTIARA KELADI
1. Jangan perlekeh bisnes anda sendiri.
2. Jaga bisnes anda sendiri
3. Asingkan gaji dengan pendapatan bisnes.
4. Jangan pinjam duit orang nak buka bisnes,
buat kecil - kecil.
5. Pilih bisnes yang margin besar. Perkhidmatan
bermargin besar.
6. Baca buku dan jumpa orang seberapa ramai
dalam bidang bisnes.
7. Usaha , tawakal dalam menjalani bisnes anda.













PUSAT TUISYEN MUTIARA KELADI





















PUSAT TUISYEN MUTIARA KELADI

Anda mungkin juga menyukai