Anda di halaman 1dari 3

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

1.Surat kiriman tidak rasmi merupakan surat-surat peribadi yang biasanya ditulis

kepada :

1. ahli keluarga,

2. sahabat,

3. guru,

4. penjaga dan sebagainya.

2. Isi kandungan surat tidak rasmi termasuk :

 bertanya khabar,

 mengucapkan tahniah atau takziah,

 undangan, jemputan, ucapan dan lain-lain.

3. Surat kiriman tidak rasmi adalah karangan berformat,

4. Sering dikeluar sebagai soalan di peperikasaan upsr, pt3, spm ataupun stpm.

5. Pengunaan panggilan-pangilan beradat kepada penerima adalah penting, dan

berikut adalah senarai kata ganti nama:

ibunda atau bonda ibu

ayahanda ayah

adinda adik lelaki atau perempuan

kakanda atau kanda abang atau kakak

anakanda anak

nenda nenek atau datuk

cucunda cucu

saudara rakan lelaki

saudari rakan perempuan


Contoh surat kiriman tidak rasmi:

Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan
yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

No. 74, Jalan Jati,


Bandar Putra,
81000 Kulai,
Johor, Darul Takzim.

2 Mei 2021

Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semoga
dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat
sahaja.

Sahabatku,

Apa khabar saudara sekarang? Bagaimanakah dengan persediaan saudara untuk


menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk
pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi
peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang kaji pelajaran
dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.

Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya
terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya akan segera
bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya.

Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan
sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya
amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-
sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.

Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan
Awam Aeon, Kulai untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke
Perpustakaan Awam Aeon pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ
juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar
dan bertukar-tukar nota.

Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap
kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-
samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah
yang terpilih.

Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir
sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga.

Sahabatmu,

Aiman
Latihan . (Rujuk buku teks halaman 61)

Anda mungkin juga menyukai