Anda di halaman 1dari 3

Karangan Surat Kiriman Tak Rasmi

Contoh soalan:
Sepupu kamu menghantar sepucuk surat untuk bertanya tentang aktiviti
yang kamu lakukan bersama keluarga semasa cuti persekolahan
baru-baru ini.
Balas surat sepupu kamu itu.
________________________________________________________________
1.
2.
3.
4.

Alamat pengirim di penjuru sebelah kanan


Tarikh sebelah kanan, langkau sebaris dari alamat penerima
Ayat Pembuka Kata selang sebaris dari tarikh
Kata Ganti Diri Penerima ditulis dari tepi sebelah kiri
a. Ayah / bapa saudara ayahanda
b. Ibu / ibu saudara bonda / ibunda
c. Anak anakanda
d. Kakak / abang kakanda / kanda
e. Adik adinda
f. Datuk / nenek nenda / nenenda
g. Sahabat lelaki saudara
h. Sahabat perempuan saudari

5. Isi-isi ditulis seperti karangan biasa (nyatakan tujuan)


6. Penutup nyatakan harapan, doa, ucapan terima kasih.
7. Pengakuan pengirim - di sebelah kanan, selang dua baris
dari penutup
8. Tandatangan - di sebelah kanan, satu baris di bawah pengakuan
pengirim.
Teknik Menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi
1.
Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan
menceritakan keadaan kesihatan penulis.
2.
Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu
jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.
3.
Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda,
ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan
cucunda.
4.

Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.

5.
Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan
untuk berutus surat lagi.

Contoh Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi


No 1, Lorong 12,

Taman Tambun
Jaya,
14120 Simpang
Empat,
Seberang Perai
Selatan,
Pulau Pinang.
21 Julai 2013
Menemui sahabatku Syamimi yang kini berada di Alor Setar, Kedah.
Semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan
keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Sahabatku,
Apa khabar saudari sekarang? Saya harap saudari dan keluarga
dalam keadaan sihat. Sudah agak lama kita tidak berjumpa. Surat saudari
telah saya terima seminggu yang lau. Terima kasih kerana saudari masih
mengingati saya di sini.
Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada bertanyakan tentang
persediaan saya menghadapi peperiksaan UPSR. Untuk pengetahuan
saudari, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi
peperiksaan tersebut. Langkah pertama saya saya ialah dengan
mengubahsuai jadual waktu belajar. Saya akan menyiapkan kerja sekolah
dan mengulang kaji pelajaran dari pukul 9.00 malam hingga pukul 11.00
malam setiap hari.
Selain mengikuti kelas tambahan di sekolah, saya juga ada
mengikuti kelas tambahan Pusat Tuisyen. Ibu bapa saya telah menghantar
saya belajar ke kelas tambahan sebanyak tiga kali seminggu untuk
memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya berazam akan belajar
bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu
bapa saya.
Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian
yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Saya akan segera bertanya
guru sekiranya saya tidak faham supaya saya terus dapat mengikuti
pengajarannya dengan berkesan. Program gerak gempur yang diadakan di
sekolah amat membantu saya. Hampir setiap hari, saya dan rakan-rakan
di kelas akan menjawab soalan latih tubi yang disediakan oleh guru-guru.
Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan
Perpustakaan Awam Simpang Empat untuk meminjam buku-buku rujukan.
Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Simpang Empat pada
hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh
berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar
dan bertukar-tukar nota.

Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR.


Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam
peperiksaan itu nanti. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat
tatapan saudari kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk
saudari serta keluarga.

Sahabatmu,

.............................
(Afiqah binti Aiman
)

Anda mungkin juga menyukai