Anda di halaman 1dari 191

Kandungan

Praktis DSKP • Praktis DSKP 1 62

Tema 1 Suluh Masa Depan 1 Kata Adjektif 63

Tema 2 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa 4 • Praktis DSKP 2 63

Tema 3 Kecerdasan Meningkat, Kata Tugas 64


7
Keterampilan Memikat
• Praktis DSKP 3 65
Tema 4 Waspada Selalu! 10
• Praktis DSKP 4 66
Tema 5 Dirgahayu Negaraku 15
Kata Kerja 66
Tema 6 Integriti Tinggi, Sahsiah Terpuji 20
• Praktis DSKP 5 67
Tema 7 Persaudaraan Tanpa Sempadan 23
Kata Ganda 68
Tema 8 Subur Bahasa, Mekar Sastera 26
• Praktis DSKP 6 69
Tema 9 Indah Seni, Endah Budaya 29
Kata Terbitan 70
Tema 10 Sains dan Teknologi Pemacu
32
Kemodenan • Praktis DSKP 7 71

Tema 11 Alam Anugerah Terindah 36 Frasa 72

Tema 12 Tuah di Bumi Permata 41 • Praktis DSKP 8 73

Tema 13 Perindustrian 46 Praktis Berformat PT3 74

Tema 14 Ekonomi Mapan, Negara Makmur 49 Pemahaman Teks (Antologi) 91

Tema 15 Destinasi Misteri 52 Puisi Tradisional

Tema 16 Mencapai Impian, Menuai Syair Burung Nuri 91


57
Kejayaan
Santap Istiadat 92
Sistem Bahasa 61
Sajak
Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan Kata
61
Pinjaman
Kijang yang Lelah 93

ii

00-Masteri BM KSSM Tg3 Kand 4th.indd 2 02-Nov-21 11:11:49 AM


Pesan Ibu Beribu-ribu 94 Pemindahan Maklumat 142

Senja di Palang Besi 95 Ulasan 142

Bintang 96 Praktis Berformat PT3 143

Prosa Tradisional Ringkasan 149

Bahagia Sesudah Derita 96 Praktis Berformat PT3 150

Cerpen Rumusan 156

Legasi Tapai Ubi 98 Praktis Berformat PT3 157

Sekeping Tanah 100 Karangan Pendek 163

Bawod 102 Praktis Berformat PT3 164

Drama Karangan Umum 167

Tenang-tenang Air di Tasik 105 Praktis Berformat PT3

Praktis Berformat PT3 107 • Karangan Jenis Perbincangan/Pendapat 169

Pemahaman Petikan 119 • Karangan Jenis Syarahan/Perbahasan/


171
Ceramah
Praktis Berformat PT3 119
• Karangan Jenis Cereka/Gambaran/
173
Novel 126 Keperihalan

Tawanan Komander Caucasus 126 • Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi 175

Justeru Impian di Jaring 129 • Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi 178

Chot 130 • Karangan Jenis Berita 181

Hempasan Ombak 133 • Karangan Jenis Laporan 183

Praktis Berformat PT3 136 • Karangan Jenis Fakta 186

iii

00-Masteri BM KSSM Tg3 Kand 4th.indd 3 02-Nov-21 11:11:49 AM


Format Instrumen Pentaksiran
Tingkatan 3 Bahasa Melayu (02)
Keterangan
Bil. Perkara
Kertas 1 (02/1) Kertas 2 (02/2)
1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis Ujian Bertulis
2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Subjektif Respons Terhad
• Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terbuka
• Subjektif Respons Terhad
3 Bentuk Tugasan Individu Individu
4 Bahagian/ Bilangan Bahagian A Bahagian A:
Soalan 20 soalan OAP Subjektif
Sistem Bahasa Penulisan
Pemahaman Teks • Sebuah karangan pendek

Bahagian B Bahagian B:
Soalan 1: OPB 3 soalan (Jawab 1 soalan sahaja):
Sistem Bahasa Subjektif
Penulisan
Soalan 2: Subjektif • Sebuah karangan
Pemahaman Petikan
Jumlah: 2 Bahagian
Soalan 3: Subjektif
Novel Jawab semua soalan Bahagian A dan
satu soalan daripada Bahagian B.
Bahagian C
2 soalan (Jawab 1 soalan sahaja):
Subjektif
Pemindahan Maklumat

Jumlah: 3 Bahagian

Jawab semua soalan Bahagian A dan


Bahagian B serta satu soalan daripada
Bahagian C.
5 Jumlah Markah Bahagian A: 20 markah Bahagian A: 10 markah
Bahagian B: 25 markah Bahagian B: 30 markah
Bahagian C: 15 markah
Jumlah: 100 markah
6 Tempoh Ujian 1 jam 30 minit 1 jam
7 Konstruk • Pengetahuan sistem bahasa
• Kemahiran membaca dan memahami
• Kemahiran memindahkan maklumat
• Kemahiran menulis
• Kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa
8 Kaedah Penskoran • Dikotomus
• Analitik
• Holistik

iv

00-Masteri BM KSSM Tg3 Kand 4th.indd 4 02-Nov-21 11:11:50 AM


TEMA

1 Suluh Masa Depan

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
S.P 1.1.1 Mendengar, mengenal pasti dan menggunakan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul, tepat dan jelas.
Murid dapat sekurang-kurangnya mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran
Objektif
dengan betul dan tepat.

Dengar pantun yang dibacakan oleh rakan anda. Kemudian, berikan maksud rangkai kata atau istilah
berikut.

Azam Tahun Baharu


Tanam tebu di tepi bibir, Terang cuaca disinari bulan,
Itulah pepatah orang dahulu; Pancing diambil mengail ikan;
Bila tirai malam menyingkap tabir, Buruk baik segala amalan,
Serlahlah hari di tahun baharu. Haloba dan fitnah elok hindarkan.

Duduk bersimpuh bersopan santun, Gelang emas cincin suasa,


Lembut bahasa laksana sendi; Indah dicanai tiada tara;
Di hari pertama kita berpantun, Mengenang budi menilik rasa,
Menyambung ukhuwah menyemai budi. Barulah hidup aman sejahtera.

Burung kedidi di pohon sena, Betik dijeruk buat manisan,


Di atas pokok memagut ulat; Bakat mengukir Allah kurnia;
Dalam berpantun mengukir makna, Simpulan bahasa ada berpesan,
Mencari erti dalam tersurat. Tidakkan Melayu hilang di dunia.

Dingin nyaman angin menderu, Pergi majlis mengikut resam,


Air berkocak di dalam telaga; Siap dihidang nasi dan laksa;
Tahun baharu azam pun baharu, Di tahun baharu sama berazam,
Azam yang lama teruskan juga. Menjaga negara menyayangi bangsa.
(Dipetik dan diubah suai daripada
suarahatimawar.blogspot.com, 22 Januari 2013)

No. Istilah/Rangkai Kata Maksud Istilah/Rangkai Kata


1 tabir kain dan lain-lain yang digantung untuk menyekat (melindungi) sesuatu

2 duduk bersimpuh duduk dengan melipat kedua-dua kaki ke belakang

3 ukhuwah persaudaraan

4 haloba ingin mendapat sesuatu banyak-banyak; tamak

5 tara yang sama tingkat atau kedudukannya

6 menilik melihat dengan sungguh-sungguh; memperhatikan; meneliti

Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 1 02-Nov-21 11:12:36 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.1.1 Membaca dan memahami laras bahasa sesuatu laporan dan berita dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan
yang wajar.
Objektif Murid dapat membaca laporan dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar.

Baca laporan di bawah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta
Praktis PBD

kepantasan yang wajar.

Laporan Lawatan ke Pameran Kerjaya

Pada 28 Mei yang lalu, Kelab Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Pameran Kerjaya
ke Kuala Lumpur. Seramai 80 orang murid daripada murid tingkatan lima dan tiga orang guru pengiring
telah menghadiri pameran kerjaya ini.
Pameran kerjaya ini merupakan salah satu inisiatif Kelab Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan
kerjasama pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk memberikan pengetahuan asas mengenai peluang
menyambung pelajaran selepas alam persekolahan. Para peserta bertolak pada pukul 7:00 pagi dari
Melaka dengan menaiki bas yang disewa khas. Kami sampai ke pameran kerjaya pada pukul 9:00 pagi.
Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang petugas pameran.
Setibanya di sana, kami dihadiahkan sebatang pen hitam dan sebuah buku catatan oleh pihak
penganjur agar memudahkan kami mencatat maklumat yang berguna untuk dikongsi bersama-sama
rakan di sekolah. Kami telah diberi taklimat ringkas tentang perjalanan kami dalam program ini secara
jelas dan terperinci. Sebaik-baik sahaja taklimat selesai, kami telah dibawa oleh petugas ke tapak
pameran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Kami mendapat banyak manfaat daripada pameran kerjaya ini. Antaranya kami mendapat maklumat
mengenai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara kita termasuk pelbagai program yang ditawarkan dan
maklumat jelas berhubung dengan peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan
mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang murid lepasan SPM dan mendapatkan nasihat
pemilihan program pengajian daripada wakil IPT.
Kami bertolak pulang ke Melaka pada pukul 2:00 petang selepas makan tengah hari. Kami telah
memperoleh banyak maklumat lanjut berkaitan dengan pilihan program pengajian daripada lawatan
ini. Sesungguhnya, lawatan seperti ini sangat bermakna dan kami berharap agar pihak sekolah akan
memberikan peluang kepada setiap murid untuk merasai nikmatnya.

Disediakan oleh, 5 Jun 20__.

Roland Kamal
(ROLAND KAMAL A/L GOPALAN)
Setiausaha,
Kelab Unit Bimbingan dan Kaunseling,
SMK Simpang Bekoh, Melaka.

Tahap Penguasaan Borang Penilaian


Sebutan dan Intonasi Penyampaian dan Penghayatan Keterampilan Jumlah Markah

/4 /3 /3 /10

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 2 02-Nov-21 11:12:36 AM


Kemahiran Menulis
S.P 3.1.1 Menulis dan menerangkan makna kata, rangkai kata, istilah, ungkapan dan ayat dengan betul mengikut konteks.
Objektif Murid dapat menulis makna perkataan dan ungkapan dengan betul.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis makna perkataan dan ungkapan yang berhuruf tebal

Praktis PBD
dengan betul.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negara kita wajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi kerana mereka mempunyai peluang untuk terus maju dalam kehidupan. Hal ini dikatakan
demikian kerana ketika itu pencapaian akademik atau kemahiran sudah meningkat berbanding dengan
keadaan sebelumnya. Ruang bagi setiap lepasan SPM meneruskan pengajian sentiasa wujud
berdasarkan pelbagai bidang pengajian menanti mereka di institusi pengajian tinggi (IPT). Calon yang
tidak meminati bidang akademik boleh menggunakan laluan kemahiran yang ditawarkan oleh institut
pengajian tingga awam atau swasta. Kebanyakan bidang pengajian itu memenuhi tuntutan pembelajaran
yang komprehensif.
Lepasan SPM wajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana masalah kewangan
bukan lagi faktor penghalang untuk melanjutkan pelajaran. Pembiayaan pengajian di IPT disediakan
oleh badan-badan penaja pendidikan dapat membantu mereka menerusi skim pinjaman atau biasiswa.
Tambahan lagi, setiap individu berpeluang untuk meningkatkan tahap pendidikan masing-masing. Lagi
pula, sudah menjadi tuntutan bahawa pendidikan dan kemahiran menjadi pasport untuk menceburi
bidang pekerjaan meskipun era pekerjaan yang semakin mencabar dan mementingkan modal insan
yang mempunyai nilai tambah dalam bidang kerjaya nanti.

No. Perkataan/Ungkapan Makna Perkataan/Ungkapan

1 meneruskan pengajian penyambungan sesuatu yang dipelajari atau yang diajarkan

luas liputannya dan lengkap atau banyak butiran dan lain-lain yang terkandung
2 komprehensif
di dalamnya

rancangan wang yang diberikan kepada seseorang dan lain-lain untuk sementara dan perlu
3 skim pinjaman
dikembalikan kemudian

wang bantuan yang diberikan kepada murid atau kepada mahasiswa untuk membantu
4 biasiswa
mereka

surat keterangan dan kebenaran yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk orang-orang yang
5 pasport
pergi ke luar negara

pengimbangan pembangunan fizikal yang berteraskan ilmu pengetahuan dan kemahiran


6 modal insan yang merangkumi nilai, etika dan minda yang progresif serta kesedaran budaya yang
tinggi

Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 3 02-Nov-21 11:12:36 AM


TEMA

2 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa


Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


S.P 1.1.2 Mendengar, mengenal pasti dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan intonasi yang sesuai dan jelas.
Objektif Murid dapat menyatakan maklumat penting dalam poster dengan menggunakan intonasi yang sesuai dan jelas.

Lihat maklumat di bawah. Kemudian, bincangkan dengan rakan anda tentang cara-cara mengatasi
penyakit kemurungan.

Cara-cara Mengatasi Kemurungan

Bercakap dengan seseorang yang anda percayai

Meneruskan aktiviti yang anda suka lakukan semasa sihat

Mengamalkan cara hidup sihat

Mendapatkan bantuan profesional

Elakkan pengambilan alkohol atau dadah

Kemurungan ialah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu berasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan

ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Penyakit kemurungan dapat diatasi dengan meluahkan

perasaan kepada orang yang dipercayai. Sebagai contoh, kita boleh bercakap dengan seseorang yang kita percayai seperti rakan

baik, guru atau ibu bapa tentang masalah yang dihadapi. Dengan ini, mereka yang berasa murung dapat menghilangkan tekanan

yang dialami dan berasa lega. Selain itu, kita juga boleh mengatasi kemurungan dengan meneruskan aktiviti yang kita suka

lakukan seperti bersenam. Dengan bersenam, kita akan terasa bermotivasi dan mempunyai lebih banyak tenaga untuk mengharungi

kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, kemurungan boleh diatasi dengan mengamalkan cara hidup sihat melalui pemakanan yang

seimbang. Pengambilan makanan seimbang penting untuk membekalkan vitamin dan serat kepada badan manusia. Kita juga

boleh mendapatkan bantuan profesional seperti doktor untuk mengenal pasti penyebab kemurungan dan mendapatkan rawatan

bergantung kepada sebab-sebab tersebut. Selain itu, elakkan pengambilan alkohol atau dadah agar dapat mencegah penyakit

kemurungan.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 4 02-Nov-21 11:12:37 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.1.2 Membaca dan memahami laras bahasa cerpen dengan sebutan, intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
Objektif Murid dapat membaca cerpen dengan sebutan, intonasi yang betul dan nada yang sesuai.

Baca cerpen di bawah dengan sebutan, intonasi yang betul dan nada yang sesuai.

Praktis PBD
“Selamat pagi, boleh saya bantu kamu?” tanya Doktor Siti kepada Hafiz.
“Pandangan saya kabur, mata saya letih dan kering sehingga kepala saya
turut menjadi sakit, doktor,” jawab Hafiz.
“Adakah kamu menggunakan telefon bimbit sehingga mata kamu letih dan
kering?” tanya Doktor Siti.
“Ya, doktor. Saya menggunakan telefon bimbit untuk bermain permainan
video semalam,” jawab Hafiz dengan suara yang lemah.
“Sikap leka bermain permainan video boleh menyebabkan mata kamu hanya
memberikan tumpuan pada permukaan datar tetapi secara tiba-tiba berubah
fokus menjadi letih. Hal ini terjadi kerana anak mata hanya memberikan tumpuan
pada bahagian tertentu sekali gus menyukarkan kamu untuk fokus pada objek
lain walaupun kamu tidak lagi bermain,” terang Doktor Siti.
“Bagaimanakah hendak mengatasi masalah ini, doktor?” soal Hafiz bimbang.
“Terlebih dahulu kamu perlu menjalani pemeriksaan mata untuk mengesan
masalah rabun,” terang doktor. “Selain itu, kamu juga perlu melakukan latihan
mata bagi mengurangkan kesan buruk akibat penggunaan telefon bimbit,”
tambah Doktor Siti lagi.
“Boleh doktor terangkan dengan lebih terperinci cara untuk melakukan
latihan mata?” tanya Hafiz.
“Kamu boleh menggunakan telefon bimbit dengan cara yang tepat sehingga
kamu dapat menggunakannya dengan selesa dan pelihatan berada pada tahap
terbaik,” terang Doktor Siti.
“Baiklah, doktor,” kata Hafiz.

Tahap Penguasaan Borang Penilaian


Sebutan dan Intonasi Penyampaian dan Penghayatan Keterampilan Jumlah Markah

/4 /3 /3 /10

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 5 02-Nov-21 11:12:37 AM


Kemahiran Menulis
S.P 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
Objektif Murid dapat menulis dan melengkapkan maklumat berdasarkan petikan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, lengkapkan maklumat tentang kepentingan menguasai
Praktis PBD

ilmu.

Dalam dunia globalisasi, penguasaan ilmu memang penting kepada pelbagai lapisan rakyat dalam
sesebuah negara. Ilmu pelita hidup. Oleh itu, kita mestilah menghayati ungkapan ini dengan berusaha
untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin demi kesejahteraan hidup. Dengan menguasai ilmu,
kita boleh meluaskan kosa kata. Kosa kata kita boleh bertambah jika kita banyak membaca. Ilmu yang
dimiliki juga membolehkan kita mencipta inovasi baharu dalam pelbagai bidang. Banyak inovasi baharu
yang dicipta pada masa ini, contohnya telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai alat canggih yang lain.
Kemunculan peralatan ini banyak memudahkan kehidupan seharian manusia.
Seseorang peniaga yang ingin memajukan diri dalam bidang perniagaan perlulah menguasai ilmu
agar dapat menyesuaikan diri dengan tuntutan zaman kerana ekonomi yang berasaskan pengetahuan
sudah menguasai dunia perniagaan pada masa ini. Selain itu, jika seseorang pemimpin menguasai ilmu
sudah pastilah akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara. Seterusnya,
kita bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah dengan memiliki ilmu pengetahuan yang berguna,
malah boleh menjamin masa depan yang cemerlang. Jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh,
kita akan mencapai kejayaan kerana usaha tangga kejayaan. Kesimpulannya, ilmu amat penting dalam
kehidupan kita.

Meluaskan kosa
kata
6 2
Menjamin masa
Mencipta inovasi
depan yang
baharu
cemerlang

Kepentingan
Menguasai
Ilmu
5 3
Menyesuaikan
Menyelesaikan
diri dengan
masalah
4 tuntutan zaman

Memajukan
rakyat dan
negara

Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 6 02-Nov-21 11:12:37 AM


TEMA
Kecerdasan Meningkat,
3 Keterampilan Memikat

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Mendengar dan mengkategorikan maklumat yang terdapat dalam pelbagai wacana serta memberikan respons secara lisan dengan betul, tepat
S.P 1.3.1
dan bermakna mengikut konteks.
Objektif Murid dapat menyatakan maklumat penting dalam bahan menggunakan intonasi yang sesuai dan jelas.

Dengar maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, kategorikan maklumat yang terdapat daripada
kedua-dua bahan dan berikan respons terhadap pernyataan yang diberikan.

Kriteria Derma Darah Sebab Utama Anda Perlu


Menderma Darah
• Berumur 18 hingga 60 tahun
• Berat melebihi 45 kilogram • Mengurangkan risiko penyakit jantung
• Tidak mempunyai penyakit kronik • Mengurangkan risiko kanser
• Mengambil makanan dalam masa empat • Pemeriksaan kesihatan secara percuma
jam sebelum menderma • Vaksinasi Hepatitis B secara percuma
• Telah tidur melebihi lima jam • Program pengurusan berat badan yang
• Tidak mengambil alkohol atau sebarang hebat
ubat-ubatan • Menambah sel darah anda
• Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya • Penginapan percuma di wad hospital kelas
satu tahun (bagi bukan warganegara) pertama

Kriteria menderma darah ialah para penderma mesti berusia antara 18 hingga 60 tahun dan bebas daripada
penyakit kronik. Selain itu, berat badan penderma mestilah melebihi 45 kilogram serta tidak mempunyai penyakit kronik.

Seterusnya, penderma mesti mengambil makanan dalam masa empat jam sebelum menderma dan tidur melebihi lima jam.

Penderma tidak dibenarkan mengambil alkohol atau sebarang ubat-ubatan sebelum menderma darah. Bagi warganegara asing,
mereka dibenarkan menderma darah dengan syarat menetap di Malaysia sekurang-kurangnya satu tahun.

Pernyataan: Pada pendapat anda, apakah kebaikan menderma darah? KBAT Menilai

Pada pendapat saya, kebaikan menderma darah ialah penderma dapat mengurangkan risiko penyakit jantung
dan risiko kanser. Selain itu, menderma darah juga boleh membantu seseorang dalam proses untuk mengurangkan berat badan.

Sebelum setiap proses menderma darah bermula, seseorang penderma akan melalui beberapa pemeriksaan kesihatan percuma.

Selain dapat menambahkan sel darah penderma, para penderma juga akan menerima dan mengetahui analisis darah serta jenis

darah. Seterusnya, penderma darah boleh menginap di wad hospital kelas pertama secara percuma.

Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 7 02-Nov-21 11:12:37 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.2.2 Membaca dan menganalisis maklumat daripada pelbagai bentuk panduan dengan memberikan respons peribadi yang sesuai.
Objektif Murid dapat memberikan respons yang sesuai setelah membaca dan menganalisis bahan yang telah diberikan.

Baca dan analisis maklumat penting dalam poster di bawah. Kemudian, berikan respons berdasarkan
Praktis PBD

maklumat dalam poster tersebut.

KAYUHAN SIHAT
Tarikh
16 September 20__
Lokasi
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok, Kelantan
Dengan Kerjasama
Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan

Penyertaan Secara Berkumpulan/Individu 10 pemenang pertama


Kategori: bagi setiap kategori
• Fun Ride Fixie akan menerima
MEDAL dan SIJIL
• Road Bike Race
• Mountain Bike (MTB)
Tarikh tutup penyertaan adalah pada
Dapatkan borang penyertaan di www.umk.edu.my
31 Ogos 20__
Sila hubungi nombor di bawah untuk sebarang pertanyaan
Halim (012-7304XXX) / Basri (019-6505XXX)

UMK Mountain Bike Club (UMK MTB Club) dengan kerjasama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK)

dan Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan Darul Naim menganjurkan Kayuhan Sihat sempena Konvokesyen
Pertama UMK. Pernyertaan ini terbuka kepada semua golongan dalam tiga kategori, iaitu Fun Ride Fixie,

Road Bike Race dan Mountain Bike (MTB). Seramai 10 orang pemenang pertama daripada setiap kategori akan mendapat

medal dan sijil. Pertandingan ini berlangsung pada 16 September 20__ di Kampus Bachok, Kelantan. Tarikh tutup

penyertaan adalah pada 31 Ogos 20__.


Maklumat Kurang Lengkap dan
Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 8 02-Nov-21 11:12:38 AM


Kemahiran Menulis
Menulis untuk mengemukakan pendapat yang rasional tentang sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton menggunakan ayat yang
S.P 3.2.1
gramatis.
Objektif Murid dapat mengemukakan pendapat yang rasional berdasarkan petikan.

Praktis PBD
Baca maklumat yang terdapat dalam grafik di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan pendapat yang
rasional berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Kejayaan-kejayaan yang pernah dikecapi oleh


Datuk Lee Chong Wei:
• Memenangi dua pingat emas pada Sukan
Komanwel 2006 dan dinobatkan sebagai
pemain nombor satu sebanyak dua kali pada
tahun yang sama
• Memenangi lima pingat emas dalam Sukan
Nama : Datuk Lee Chong Wei Komanwel
Tarikh Lahir : 21 Oktober 1982 • Pemenang pingat perak dalam Sukan Olimpik
Tempat lahir : Penang, Malaysia sebanyak tiga kali
Asal : Bagan Serai, Perak • Pemenang pingat perak dalam Kejohanan
Keturunan : Cina Badminton Dunia sebanyak tiga kali
Warganegara : Malaysia • Menjadi pemain badminton nombor satu dunia
Tinggi : 170 cm selama 348 minggu
Pendidikan : • Jit Sin Primary School (B) • Memenangi 69 kejohanan antarabangsa
• Sekolah Menengah • Memenangi kejuaraan All England sebanyak
Kebangsaan Sungai Way empat kali
Kerjaya : Pemain badminton • Dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki oleh
perseorangan negara Badminton World Federation (BWF) sebanyak
Status : Berkahwin lima kali
Tarikh berkahwin : 9 November 2012 • Memenangi Anugerah Olahragawan Negara
Nama isteri : Wong Mew Choo sebanyak empat kali
Bilangan anak : Dua orang • Olahragawan paling berjaya di Malaysia

Pada pendapat saya, nama Datuk Lee Chong Wei sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia
terutamanya dalam sukan badminton. Lee Chong Wei ialah pemain badminton profesional Malaysia yang terpuji.

Persembahan beliau dalam perlawanan selama bertahun-tahun telah membolehkan beliau dianugerahi gelaran “Datuk” dan

status seorang wira negara. Kita haruslah mencontohi semangat juang yang tinggi seperti pemain badminton nombor satu

negara ini yang tidak pernah menyerah kalah untuk mencapai kejayaan. Semangat tidak mudah mengaku kalah dan

bersungguh-sungguh ini perlu dijadikan pembakar semangat oleh anak-anak muda untuk terus berjaya.

Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 9 02-Nov-21 11:12:38 AM


TEMA

4 Waspada Selalu!
Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


S.P 1.4.1 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
Objektif Murid dapat berbicara tentang isu yang dikemukakan secara bertatasusila.

Berdasarkan situasi yang diberikan, anda dikehendaki berbual-bual dengan rakan tentang isu yang
dikemukakan.

Anda terbaca berita tentang kejadian empat orang murid yang hilang dihanyutkan ombak ketika mandi-manda
di Pantai Teluk Bidara beberapa hari yang lalu telah ditemukan mati lemas pada pagi ini.

Tidak dapat digambarkan betapa hancur dan


luluhnya perasaan ahli keluarga mangsa Ya, Wai Fong. Keempat-empat orang mereka hanya
apabila menerima berita sedih ini, Salina. berumur 21 tahun. Mereka dikatakan mandi di kawasan
berbatu dan tergelincir sebelum dipercayai ditarik ombak.

Aktiviti berenang antara sukan


air yang digemari. Tragedi
ini boleh dielakkan sekiranya
kita mengambil kira aspek Betul kata kamu, itu.
keselamatan di air. Jika kita Pada pendapat kamu,
berpegang pada peraturan, apakah langkah
kemungkinan kemalangan ini keselamatan yang
dapat dielakkan. perlu dipatuhi semasa
berada di dalam air?
KBAT Mengaplikasi

Pada pendapat saya, terdapat banyak langkah


keselamatan yang perlu dipatuhi semasa berada Ya. Bagi yang tidak mahir atau
tidak pandai berenang, mereka
di dalam air. Antaranya ialah (1) kita harus
(2) haruslah sentiasa
mengetahui kemampuan diri sendiri. Jangan berenang
menggunakan pelampung .
terlalu lama kerana boleh menyebabkan keletihan atau

mengalami kekejangan otot. Sekiranya tidak mahir

berenang, berenanglah di kawasan yang dasarnya masih Selain itu, (3) kita juga perlu sentiasa berenang dengan
boleh disentuh dengan kaki . pengawasan ibu bapa kita atau anggota penyelamat.

Dapatkan perhatian anggota penyelamat supaya mereka

sedar kehadiran kita di kolam renang .

Tahap Penguasaan Borang Penilaian


Sebutan dan Intonasi Penyampaian dan Penghayatan Keterampilan Jumlah Markah

/4 /3 /3 /10

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

10

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 10 02-Nov-21 11:12:38 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.2.3 Membaca dan memahami serta membuat ulasan keseluruhan maksud sesuatu bahan grafik.
Objektif Murid dapat menjawab soalan dan mengulas tentang tip keselamatan di jalan raya.

Berdasarkan bahan grafik yang diberikan, jawab soalan-soalan di bawah. Kemudian, tulis ulasan

Praktis PBD
keseluruhan tentang tip keselamatan di jalan raya.

Keselamatan di Jalan Raya

Tip Keselamatan Jalan Raya

Pakai tali pinggang Pakai dan ikat Jangan pandu laju Guna kerusi
keledar pada topi keledar dan awasi had laju keselamatan untuk
setiap masa kanak-kanak

Jangan guna Gunakan laluan pejalan kaki atau Jangan ekori


telefon bimbit ketika jejantas apabila melintas jalan raya kenderaan lain
memandu kenderaan terlalu dekat

11

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 11 02-Nov-21 11:12:42 AM


1 Apakah yang anda tahu tentang lintasan pejalan kaki?
Lintasan pejalan kaki ialah tempat yang ditetapkan untuk pejalan kaki menyeberangi jalan raya.
Praktis PBD

2 Apakah manfaat penggunaan jejantas?


Jejantas digunakan untuk memudahkan pejalan kaki untuk melintas jalan raya dan juga bagi memastikan keselamatan pejalan

kaki ketika melalui jalan raya yang sibuk dengan kenderaan yang laju.

Ulasan keseluruhan tentang tip keselamatan di jalan raya

Keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan ialah perkara asas yang perlu dititikberatkan ketika berada di jalan raya.

Antara tip keselamatan di jalan raya ialah kita perlu sentiasa memakai tali pinggang keledar pada setiap masa.

Selain itu, penunggang motosikal dan basikal harus sentiasa memakai topi keledar ketika berada di jalan raya.

Pemandu juga tidak dibenarkan memandu kenderaan dengan laju dan perlu mengawasi had laju kenderaan yang dipandu.

Seterusnya, gunakan kerusi keselamatan atau kerusi sokongan untuk kanak-kanak dan tidak menggunakan telefon

bimbit semasa memandu kenderaan. Akhir sekali, gunakan lintasan pejalan kaki atau jejantas apabila melintas jalan raya.

Oleh itu, setiap pengguna jalan raya perlulah mengamalkan aspek keselamatan jalan raya untuk mengelakkan

kemalangan berlaku.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

12

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 12 02-Nov-21 11:12:42 AM


Kemahiran Menulis
S.P 3.4.1 Menulis kerangka penulisan dengan menyusun isi secara terancang.
Objektif Murid dapat menulis kerangka penulisan berdasarkan karangan yang diberikan.

Baca karangan di bawah. Kemudian, tulis kerangka penulisan berdasarkan karangan tersebut.

Praktis PBD
Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya meningkat secara mendadak sehingga tiada
penghujungnya. Isu kemalangan jalan raya telah menjadi fokus perbincangan dalam media massa
sama ada media elektronik mahupun media cetak. Fenomena yang semakin kritikal ini telah
merisaukan fikiran masyarakat. Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar berterusan.
Justeru, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita mengkaji faktor yang menyebabkan berlakunya
kemalangan jalan raya agar dapat menangani masalah ini dengan efisien.

Antara faktor utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah kecuaian pemandu itu sendiri.
Contohnya, pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, menggunakan telefon
bimbit dan lain-lain tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Selain itu,
sesetengah pemandu suka memandu melebihi had laju walaupun banyak papan tanda yang
melarang pemanduan melebihi had laju yang dibenarkan. Akibatnya, kemalangan tidak dapat
dikawal dan menyebabkan pengguna lain menjadi mangsa. Jadi, jelaslah bahawa sikap cuai
pemandu menjadi faktor utama berlakunya kemalangan jalan raya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa keadaan kenderaan juga merupakan faktor
berlakunya kemalangan jalan raya. Ramai pemilik kenderaan tidak menyelenggara kenderaan
mereka sebelum memulakan perjalanan. Keadaan ini menyebabkan komponen-komponen
kenderaan seperti brek dan tayar tidak dapat berfungsi dengan baik. Hal ini boleh mengakibatkan
kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik dan mudah terbabas ketika memandu.

Di samping itu, keadaan fizikal jalan raya juga merupakan faktor kemalangan jalan raya.
Jalan raya yang berlubang-lubang, sempit dan banyak selekoh tajam amat membahayakan
pengguna jalan raya terutamanya kepada pemandu kenderaan. Biasanya, hal ini paling
banyak berlaku di jalan yang mempunyai selekoh berbahaya. Jalan yang sempit juga tidak
dapat menampung bilangan kenderaan yang banyak pada masa-masa tertentu terutamanya
kenderaan yang membawa muatan berat. Keadaan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Keadaan jalan yang berlubang-lubang menyebabkan pemandu sukar untuk mengawal kenderaan
yang dipandunya. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa keadaan fizikal jalan raya menyebabkan
terjadinya nahas jalan raya.

Kesimpulannya, banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.


Oleh itu, setiap lapisan masyarakat dan pihak berkuasa haruslah menggembleng tenaga dan
berganding bahu untuk memastikan kadar peningkatan kemalangan maut dapat ditangani dengan
berkesan.

13

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 13 02-Nov-21 11:12:42 AM


Tajuk

Faktor- faktor Berlakunya Kemalangan Jalan Raya


Praktis PBD

Pendahuluan Penutup

kadar kemalangan jalan raya meningkat – banyak faktor – haruslah menggembleng

menjadi fokus perbincangan – merisaukan tenaga dan berganding bahu

fikiran masyarakat – mengkaji faktor

Isi-isi Penting

• kecuaian pemandu itu sendiri – memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, menggunakan telefon

bimbit – memandu melebihi had laju – kemalangan tidak dapat dikawal – sikap cuai pemandu menjadi

faktor utama

• keadaan kenderaan – tidak menyelenggara kenderaan – komponen-komponen kenderaan tidak

dapat berfungsi dengan baik – mengakibatkan kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik dan

mudah terbabas

• keadaan fizikal jalan raya – jalan raya yang berlubang-lubang, sempit dan banyak selekoh tajam amat

membahayakan – paling banyak berlaku di jalan yang mempunyai selekoh berbahaya

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

14

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 14 02-Nov-21 11:12:42 AM


TEMA

5 Dirgahayu Negaraku

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
S.P 1.4.2 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca dalam situasi formal secara bertatasusila.
Objektif Murid dapat menganalisis isu setelah mendengar maklumat yang diberikan.

Dengar maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, analisis isu yang terkandung dalam maklumat
tersebut dengan menjelaskan usaha-usaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan pejuang tanah air.

Dato’ Bahaman

Dato’ Bahaman merupakan ulama Islam yang menentang kuasa asing


di Pahang. Beliau juga dikenali sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan
Semantan. Antara pengorbanan beliau ialah beliau menolak pelaksanaan
undang-undang British seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah,
sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar di Pahang. Beliau juga
terus menentang British apabila anak-anak beliau ditangkap oleh British.
British telah menangkap anak-anak beliau kerana dipercayai terlibat dalam
pemberontakan yang menggugat keamanan di Pahang.

Selain itu, beliau bersama-sama anaknya, Mat kilau, Imam Rasul dan
Tok Gajah berjaya menawan Balai Polis Lubuk Terua yang ketika itu berada
di bawah pemerintahan British. Beliau melakukan penentangan ini kerana pembinaan balai polis di Lubuk
Terua dan mencabar kuasa beliau sebagai pembesar di Lubuk Terua. Pihak British tidak melakukan
rundingan terlebih dahulu dengan Dato’ Bahaman tentang pembinaan balai polis ini. Pembinaan balai
polis ini juga di kawasan lingkungan pengaruh Dato’ Bahaman.

Seterusnya, beliau telah menawan dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Walaupun
penentangan yang dilakukan oleh Dato’ Bahaman dan pengikutnya meliputi kawasan Kuala Lipis, Raub,
Bentong, Jerantut, Kuantan, Maran dan Temerloh tetapi penentangan ini berjaya dipatahkan oleh pihak
British.

Akibat tekanan yang kuat daripada British telah menyebabkan Dato’ Bahaman berundur
ke Kelantan. Di sana, beliau mendapat sokongan dan dorongan daripada pembesar Kelantan dan Pahang
untuk menentang British dari Pahang. Dengan bantuan yang dihulurkan oleh mereka, beliau sekali
lagi menghidupkan misinya untuk menghalau British. Walau bagaimanapun, penentangan ini berjaya
dipatahkan oleh British.

Akhirnya, beliau telah berpindah ke Bangkok dan mendapat perlindungan politik dan bantuan
ketenteraan daripada Raja Chulalongkorn. Dengan ini, beliau melakukan serangan terakhir beliau dalam
misi mempertahankan Pahang daripada pegangan British. Walau bagaimanapun, serangan beliau tetap
gagal. Kemudian, beliau menetap di Chiang Mai dan meninggal dunia di sana.

15

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 15 02-Nov-21 11:12:43 AM


Dol Said

Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said dilahirkan pada tahun 1773
dan meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Beliau
Praktis PBD

berketurunan suku Semelenggang. Dol Said juga ialah penghulu Naning


yang kesembilan selepas menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799
ketika beliau berusia 26 tahun.

Dol Said merupakan pemerintah Naning kesembilan yang membantah


pengenalan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras
membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan
kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua
kempen peperangan. Peperangan Naning yang berlaku pada tahun 1834
telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1000 orang untuk
menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos
1831, iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat
kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut ialah perpaduan yang wujud dalam kalangan orang Melayu
serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.

Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam Perang Naning kedua pada
Februari 1832 dan dalam masa empat bulan, akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832.
Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

Pada pendapat saya, jasa pejuang tanah air seperti Dato’ Bahaman dan Dol Said tidak wajar ditelan
dalam arus perdana kerana hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. Antara usaha

untuk menghargai jasa dan pengorbanan pejuang tanah air adalah dengan menayangkan filem atau dokumentari
tentang pejuang-pejuang dan tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air yang berjuang dan berkorban untuk kemerdekaan

negara kita daripada penjajahan Inggeris. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh membina memorial pejuang-pejuang

kemerdekaan negara dan mengabadikan nama pemimpin negara pada papan tanda jalan, sekolah dan monumen-monumen

bersejarah.

Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

16

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 16 02-Nov-21 11:12:44 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat.
Objektif Murid dapat membaca dan mengulas maklumat daripada petikan tersebut.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, ulaskan maklumat daripada petikan tersebut.

Praktis PBD
Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia
Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran
Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang
di negara kita. Bangunan Parlimen telah dirasmikan pada 2 November 1963. Parlimen terdiri daripada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara atau
Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan Negara mempunyai
69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator ini mewakili setiap negeri dan mereka dilantik
tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh
tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan ahli
Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam
perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian,
kesenian dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti orang Asli.
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya
umum. Dewan Rakyat mengandungi 222 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh
negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan Rakyat
adalah untuk menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang
yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri
dinamai Enakmen, kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.

Parlimen berfungsi sebagai badan perundangan bagi Kerajaan Persekutuan yang meluluskan dan meminda undang-

undang Persekutuan, memeriksa dasar-dasar kerajaan serta meluluskan bajet kerajaan dan cadangan cukai

yang baharu. Parlimen Malaysia terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara

(atau Senat) dan Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara

diberi gelaran Senator. Satu pilihan raya diadakan setiap lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat

manakala ahli Dewan Negara, iaitu Senator dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

17

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 17 02-Nov-21 11:12:44 AM


Kemahiran Menulis
S.P 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.
Objektif Murid dapat menulis karangan yang lengkap menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.

Baca dan fahami maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis sebuah karangan yang panjangnya
Praktis PBD

tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Soalan
Isu tentang semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering diperkatakan.
Kemukakan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita.

Rangka Karangan

Pendahuluan
semangat patriotik semakin luntur – tidak boleh dibiarkan berterusan – usaha-usaha yang berkesan perlu
dilaksanakan

Isi-isi Penting
• membeli barangan tempatan – dapat mempamerkan semangat patriotisme dan rasa bangga yang
mendalam – percaya dan yakin dengan keluaran barangan negeri sendiri
• ibu bapa menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak – melawat ke
tempat-tempat bersejarah – Kota A Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad dapat menimbulkan dan
melahirkan minat – mengetahui latar belakang dan asal usul pembentukan negara – wujud semangat
patriotik dalam jiwa anak-anak
• diterapkan melalui Program Latihan Khidmat Negara – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) –
82 peratus remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi – membuktikan – memiliki semangat
patrotisme yang tinggi – melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan

Penutup
pelbagai usaha yang boleh dilaksanakan – melahirkan warganegara yang cinta akan negara – menjadi
individu yang berguna – semua pihak berganding bahu – semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan

Dewasa ini, isu semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita sering diperkatakan.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana kesannya amat buruk terhadap keamanan dan kemajuan negara.

Justeru, usaha-usaha yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini agar tidak menjadi duri dalam daging

yang akan menjejaskan kemakmuran negara kita.

Umum mengetahui bahawa semangat patriotik boleh disemaikan dalam sanubari masyarakat dengan membeli barangan

tempatan. Hal ini dikatakan demikian kerana barangan buatan tempatan yang dibeli dapat mempamerkan semangat

patriotisme dan rasa bangga yang mendalam dalam kalangan masyarakat tempatan apabila jenama negara kita terpampang

luas di mata masyarakat asing. Sebagai contoh, apabila rakyat Malaysia yang menggunakan dan membudayakan barangan

buatan tempatan, secara tidak langsung telah membuktikan bahawa mereka sentiasa percaya dan yakin dengan keluaran

barangan negeri sendiri sebagai tanda cinta akan tanah air.

18

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 18 02-Nov-21 11:12:44 AM


Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menerapkan dan

menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa seharusnya meluangkan masa bersama-sama anak

dengan melawat ke tempat-tempat bersejarah. Tempat-tempat bersejarah seperti Kota A Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad

Praktis PBD
dapat menimbulkan dan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal usul pembentukan negara

dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Tegasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh

dijadikan amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

Jika ditinjau dari perspektif yang lain, semangat patriotik dapat diterapkan melalui Program Latihan Khidmat Negara.

Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), sebanyak 82 peratus remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi

selepas tamat menjalani kem Program Latihan Khidmat Negara. Hal ini membuktikan bahawa program ini mampu membina

remaja yang memiliki semangat patrotisme yang tinggi sekali gus melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan

yang berkaitan dengan kerajaan, kedaulatan negara dan cabaran dari dalam dan dari luar negara. Pendek kata, Program Latihan

Khidmat Negara terbukti mampu menyemai semangat patriotisme dalam kalangan anak muda, di samping memberikan

nilai tambah dari sudut kemahiran masing-masing.

Akhirulkalam, pelbagai usaha yang boleh dilaksanakan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negara dan menjadi individu yang

berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan

peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

19

01-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 1-5 3rd.indd 19 02-Nov-21 11:12:44 AM


TEMA
Integriti Tinggi, Sahsiah
6 Terpuji
Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


S.P 1.6.1 Menjana idea dan menyampaikan pidato dengan betul, jelas dan intonasi yang sesuai menggunakan ayat yang gramatis.
Objektif Murid dapat menjana idea untuk menghasilkan pendahuluan pidato.

Dengar maklumat yang dibacakan oleh rakan anda. Kemudian, hasilkan pendahuluan pidato dan
sampaikan pidato tersebut dengan betul, jelas dan intonasi yang sesuai.

KATAKAN TIDAK KEPADA RASUAH!

PERBUATAN YANG MENJADI KESALAHAN RASUAH:


• TIDAK MEMINTA/MENERIMA SUAPAN

• TIDAK MENAWAR/MEMBERIKAN SUAPAN

• TIDAK MEMBUAT TUNTUTAN PALSU

• TIDAK MENYALAHGUNAKAN JAWATAN/KEDUDUKAN

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru

dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara.

Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk, “Rasuah Pemusnah Integriti Masyarakat”.

Namun, sebelum spekulasi menjadi sensasi, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina mauduk pidato saya supaya

yang kabur dijelaskan dan yang gelap diterangkan. Menurut Kamus Dewan Bahasa Melayu Edisi Keempat, “rasuah”

bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap). “Pemusnah” membawa erti sesuatu yang

membinasakan. “Integriti” bermaksud kejujuran, manakala “masyarakat” merupakan sekumpulan manusia yang hidup

bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Oleh itu, secara generalisasinya, amalan sogokan akan

membinasakan nilai kejujuran dalam sekumpulan manusia yang hidup bersama.

Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

20

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 20 02-Nov-21 11:13:39 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat.
Objektif Murid dapat mengulas maklumat dengan betul dan tepat berdasarkan maklumat yang terdapat dalam grafik.

Praktis PBD
Baca maklumat yang terdapat dalam grafik di bawah. Kemudian, ulaskan maklumat tersebut dengan
betul dan tepat.

“Sahabat ialah seseorang yang


“Sahabat ialah seorang yang
boleh berkongsi suka atau duka,
setia kawan dan sangat
sama ada pada waktu susah dan
menyayangi kita.”
senang.”
Tan Heng Chew
Muhammad Farid bin Jumiran

“Sahabat ialah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri


kita tetapi tidak memiliki hubungan darah. Sahabat bukan terdiri daripada
adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan
persaudaraan antara adik-beradik.”
Nur Syafiqah binti Sulaiman

“Kita seharusnya bijak memilih sahabat yang


boleh menjadikan kita cemerlang. Kita haruslah
mencari orang yang boleh dijadikan ‘sahabat’,
bukannya ‘lawan’.”
Yeo Sum Leng

Sahabat memainkan peranan yang penting dalam konteks menentukan arah kehidupan kita. Kita hendaklah berhati-hati

ketika memilih sahabat. Bukan semua orang layak dijadikan sahabat kerana akan ada yang mempengaruhi kita ke arah

kebaikan dan akan ada yang mempengaruhi kita ke arah kejahatan. Kesilapan memilih sahabat pasti akan mengakibatkan

keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan kemerosotan disiplin. Sahabat yang baik ialah seseorang yang

sanggup bersusah payah dan berkongsi duka bersama-sama kita. Sahabat ialah orang yang akan sentiasa melindungi

dan menyayangi kita selepas keluarga, malah berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan

antara adik-beradik.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

21

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 21 02-Nov-21 11:13:40 AM


Kemahiran Menulis
S.P 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis.
Objektif Murid dapat menulis makna perkataan dan ungkapan dengan betul.

Tulis perenggan pendahuluan bagi tajuk karangan di bawah.


Praktis PBD

Tajuk: Rasuah
Perenggan Pendahuluan Jenis Definisi
Rasuah ditakrifkan sebagai jenayah kolar putih yang melibatkan penipuan yang dilakukan oleh pegawai atasan dengan

menghadiahkan beberapa kontrak kepada seseorang individu setelah menerima segala jenis suapan sama ada berbentuk wang

ringgit atau hadiah. Gejala rasuah telah mendatangkan impak yang negatif terhadap imej negara malah sosioekonomi rakyat

turut terkesan akibat daripada tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak berintegriti. Kegiatan rasuah

perlu dicegah seawal yang mungkin agar budaya ini tidak bercambah dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Terdapat

pelbagai langkah yang boleh kita lakukan untuk menangani isu gejala rasuah di negara kita sebelum nasi menjadi bubur.

Perenggan Pendahuluan Jenis Pendapat


Akhlak atau moral merupakan aspek kerohanian yang penting dalam kehidupan insan. Individu yang berakhlak buruk akan

dianggap pincang dari segi jiwa dan mindanya. Oleh itu, insan yang berintegriti akan mencerminkan sahsiah peribadi yang

mulia dan disegani orang ramai. Menurut Encik Amir Hussain, Ketua Pustakawan Universiti Putra Malaysia, integriti

merupakan asas kepada pembentukan insan yang berwibawa untuk melahirkan kesejahteraan ummah. Kata hikmah yang

disampaikan oleh beliau jelas memberikan mesej yang signifikan kepada warga masyarakat bahawa pentingnya untuk

menerapkan nilai integriti dalam diri kita agar dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dan bersahsiah terpuji. Hasrat

mulia dalam melahirkan insan yang berintegriti akan membawa banyak kebaikan kepada masyarakat dan negara kita.

Perenggan Pendahuluan Jenis Persoalan


Pada zaman milenium ini, tahap pendidikan masyarakat perlu seiring dengan tahap kemajuan negara yang kian maju.

Pemupukan nilai integriti dalam kalangan masyarakat merupakan kayu ukur bagi tahap kemajuan sesebuah negara. Contoh

yang boleh dirujuk ialah tahap disiplin dan integriti yang dizahirkan oleh masyarakat Jepun telah membantu negara tersebut

mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek, khususnya bidang sains dan teknologi. Persoalannya kini, apakah masyarakat

negara kita telah mencapai tahap integriti yang tinggi sehinggakan negara kita mencapai sifar kes penyalahgunaan kuasa,

pecah amanah, rasuah dan penyelewengan serta ketirisan dana awam baik di sektor awam mahupun di sektor swasta? Tepuk

dada, tanya selera. Oleh itu, tidak ada jalan pintas yang lain untuk memajukan negara tercinta ini selain mempraktikkan

amalan hidup yang berintegriti dalam kalangan masyarakat kita.

Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

22

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 22 02-Nov-21 11:13:40 AM


TEMA
Persaudaraan Tanpa
7 Sempadan

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
S.P 1.7.2 Berunding untuk membuat pertimbangan tentang sesuatu pilihan secara rasional menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun.
Murid dapat berunding untuk membuat pertimbangan tentang sesuatu pilihan secara rasional menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa yang
Objektif
santun.

Anda dan rakan-rakan sekelas bercadang untuk melawat guru kelas yang menerima rawatan di hospital.
Anda dan rakan-rakan telah berunding tentang buah tangan yang akan dibawa pada hari tersebut. Anda
dikehendaki memberikan pendapat yang rasional atas pilihan anda itu.

Buah tangan yang dicadangkan:

Nasi lemak Makanan ringan Bubur Buah-buahan Bunga

Saya mencadangkan agar kita membawa Saya tidak bersetuju dengan cadangan itu.
nasi lemak sebagai buah tangan. Nasi Nasi lemak kurang sesuai bagi seseorang
lemak di warung Pak Samad merupakan pesakit. Saya mencadangkan agar kita
makanan kegemaran cikgu. Cikgu pasti membawa bubur. Bagi saya, kita seharusnya
akan terharu kerana menerima buah memilih makanan yang lembut dan mudah
tangan yang paling digemari. dihadam seperti bubur. Bubur ialah makanan
ruji bagi orang sakit.

Saya memilih buah-buahan kerana buah-buahan ialah makanan kesihatan yang penting
dan sedap dinikmati. Buah-buahan memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat

baik untuk pesakit. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua piramid makanan bersama

dengan sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan yang mencukupi

dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien yang diperlukan. .

Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

23

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 23 02-Nov-21 11:13:40 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.2.2 Membaca dan menganalisis maklumat daripada pelbagai bentuk panduan dengan memberikan respons peribadi yang sesuai.
Objektif Murid dapat memberikan respons yang sesuai setelah membaca dan menganalisis bahan yang telah diberikan.

Baca dan analisis maklumat penting dalam keratan akhbar di bawah. Kemudian, berikan respons
Praktis PBD

berdasarkan maklumat dalam keratan akhbar tersebut.

(Sumber: Dipetik daripada http://www.sinarharian.com.my/article/74949/KHAS/


Koronavirus/sinar-Harian-lancar-Tabung-Bantuan-Frontliner-Covid-19, 3 Ogos 2020)

Sinar Harian melancarkan Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 bagi membantu barisan hadapan Malaysia seperti doktor

dan jururawat dalam memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19). Tabung Bantuan Frontliners Covid-19

akan membolehkan rakyat di negara ini tampil bersama-sama untuk membantu barisan hadapan bagi mengumpulkan dana

kelengkapan perlindungan diri dan makanan. Usaha tersebut juga bertujuan untuk meringankan beban kumpulan tersebut

atas penghargaan mereka yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab dalam memerangi wabak Covid-19.

Bantuan ini akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan. Diharapkan segenap rakyat Malaysia yang

berbilang bangsa dapat menyalurkan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd

bernombor 5142 3370 XXXX. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 013-694XXXX.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

24

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 24 02-Nov-21 11:13:41 AM


Kemahiran Menulis
S.P 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan bahasa yang gramatis secara kritis dan kreatif.
Objektif Murid dapat menulis perenggan isi dengan bahasa yang gramatis secara kritis dan kreatif.

Hasilkan perenggan isi yang lengkap berdasarkan ayat yang dipaparkan dalam contoh perenggan isi

Praktis PBD
yang diberikan.

Peranan Ibu Bapa dalam Usaha Memupuk Semangat


Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat

Menyertai aktiviti Menyemarakkan budaya Mengadakan majlis-majlis


gotong-royong ziarah-menziarahi rumah terbuka

Contoh Perenggan Isi Pertama

Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk
di negara ini, maka ibu bapa haruslah menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti
atau masyarakat setempat untuk memberikan contoh kepada anak-anak. Melalui aktiviti gotong-royong,
semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama-sama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat bertemu dan berbual antara satu sama
lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan
rapat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak
cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah aktiviti membersihkan
kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Maka, sudah terang
lagi bersuluh bahawa ibu bapa haruslah menyertai aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat
kejiranan dalam masyarakat.

Perenggan Isi Kedua

Selain itu, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat sebagai usaha

untuk memupuk dan meningkatkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Dengan menziarahi jiran, kita akan mengetahui

masalah dan keadaan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua masalah boleh diselesaikan bersama-sama dan hal ini akan menjadikan

hidup mereka lebih aman dan harmoni walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh

membawa anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke hospital.

Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sikap mementingkan diri sendiri

dan hidup yang diibaratkan bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Tegasnya, ibu bapa boleh

menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.

Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

25

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 25 02-Nov-21 11:13:41 AM


TEMA

8 Subur Bahasa, Mekar Sastera


Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


S.P 1.3.2 Mendengar dan menganalisis maklumat yang terdapat dalam pelbagai wacana serta memberikan respons yang betul, tepat dan bermakna.
Objektif Murid dapat memberikan respons tentang pernyataan yang diberikan dengan betul, tepat dan bermakna.

Dengar maklumat tentang bahasa Melayu baku dan bahasa rojak dengan teliti. Kemudian, berikan
respons tentang pernyataan yang diberikan.

Bahasa Baku
Menurut Awang Sariyan (1990), bahasa Melayu baku ialah bahasa yang menjadi dasar dan ukuran dalam
menentukan ketepatan bahasa yang digunakan.
Menurut Asmah Omar (2010), bahasa baku sebagai kelainan bahasa yang sudah dikodifikasikan.
Menurut Ismail Dahaman (1994), bahasa baku ialah bahasa yang sempurna dari segi penggunaan aspek-
aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul
laras bahasanya dan betul sebutannya.
Oleh itu, bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap dalam semua aspek yang merangkumi
kod, status, penggunaan bahasa, ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan.

Bahasa Rojak
Bahasa rojak ialah sejenis percakapan di Malaysia yang ditakrifkan sebagai amalan beralih kod (mencampurkan
pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun,
bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.
Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa rojak dapat dikesan apabila sebuah entrepot
antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Pelabuhan ini telah menarik ramai
pedagang daripada pelbagai bangsa dan budaya yang secara keseluruhannya bertutur lebih daripada 80
bahasa. Oleh itu, pedagang dunia dan penduduk tempatan sudah biasa mengguna pakai pelbagai bahasa
dalam satu pertuturan.
Mengikut Ensiklopedia Malaysia (vol. bahasa dan budaya), bahasa rojak merupakan sebahagian daripada
pijin bahasa penghubung di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya.
Bahasa rojak digunakan secara meluas terutamanya dalam kalangan remaja bandar di Malaysia sekali gus
membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Oleh itu, pelbagai usaha
memartabatkan penggunaan bahasa Melayu harus dijalankan. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama
yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa

rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Melayu telah digunakan

dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan, insurans dan

sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Malaysia yang mencakupi

pelbagai bidang tersebut. Selain itu, media massa juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk memartabatkan dan

mendaulatkan bahasa Melayu. Pujian dan sanjungan haruslah diberikan kepada stesen penyiaran TV3 kerana masih terus

menggunakan bahasa Melayu dalam kebanyakan siaran.


Maklumat Kurang Lengkap dan
Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

26

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 26 02-Nov-21 11:13:42 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat.
Objektif Murid menjelaskan isi-isi setelah membaca dan mengulas maklumat-maklumat yang diberikan.

Praktis PBD
Baca dan ulas maklumat-maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, jelaskan langkah-langkah yang
perlu diambil oleh pihak sekolah untuk memupuk minat membaca karya sastera dalam kalangan murid.

(Dipetik dan diubah suai daripada http://www.


slideshare.net/ainprinpink/sastera-melayu-
sebagai-pendidikan, 27 September 2014)

(Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 16 Jun 2017)

Antara langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah khususnya pusat sumber untuk menarik minat orang

ramai membaca karya sastera adalah dengan memperbanyak buku sastera. Pusat sumber sekolah juga boleh

menganjurkan pertandingan mengulas novel-novel karya sasterawan negara pada setiap bulan. Langkah ini membolehkan

murid dapat mengenali dan menghayati pemikiran karyawan-karyawan tersohor tersebut. Langkah yang seterusnya adalah

dengan menerapkan minat membaca karya sastera semasa pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Sehubungan dengan itu,

secara automatiknya murid akan mengetahui serba sedikit tentang karya sastera. Seterusnya, pihak sekolah harus mengadakan

kempen membaca karya sastera secara besar-besaran bagi memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Melalui kempen

membaca karya sastera, murid akan dapat melihat pelbagai jenis karya sastera yang telah dikarang oleh pengarang mahupun

Sasterawan Negara.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

27

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 27 02-Nov-21 11:13:42 AM


Kemahiran Menulis
S.P 3.4.4 Menulis perenggan penutup penulisan yang lengkap serta menepati tema menggunakan ayat yang gramatis.
Objektif Murid dapat menulis perenggan penutup dengan ayat yang gramatis.

Lihat maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis perenggan penutup berdasarkan tema yang
Praktis PBD

diberikan menggunakan bahasa yang gramatis.

Tema: Bahasa

Tajuk Karangan
Dalam mendepani era globalisasi ini, kemampuan untuk menguasai pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan

kepada seseorang.

Huraikan kebaikan menguasai pelbagai bahasa.

Perenggan Penutup
Kesimpulannya, banyak kepentingan akan diperoleh seseorang dengan menguasai pelbagai bahasa selain bahasa ibunda.

Oleh itu, semua pihak khususnya ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak mereka untuk belajar pelbagai bahasa bagi

meningkatkan kemahiran mereka berkomunikasi agar mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi untuk bersaing pada

peringkat global. Slogan, Bahasa Jiwa Bangsa haruslah difahami oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

Markah 1-5 6-10 11-15 16-20 21-25 26-30


Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

28

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 28 02-Nov-21 11:13:43 AM


TEMA

9 Indah Seni, Endah Budaya

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Mendengar dan menerangkan maksud perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut
S.P 1.2.1
konteks secara bertatasusila.
Objektif Murid dapat memberikan maksud perkataan dan rangkai kata setelah mendengar maklumat yang telah dibaca.

Dengar maklumat yang dibacakan oleh rakan anda. Kemudian, berikan maksud perkataan atau rangkai
kata yang bergaris dalam petikan tersebut.

Seni mempertahankan diri ialah kemahiran atau kepandaian yang dimiliki oleh seseorang dalam hal-hal yang
berkaitan dengan perbuatan mempertahankan diri daripada sebarang gangguan atau bahaya. Di Malaysia,
terdapat pelbagai jenis seni mempertahankan diri yang boleh kita pelajari seperti silat, karate, tae kwan do,
wushu dan sebagainya. Pada asasnya, seni mempertahankan diri adalah untuk mempertahankan diri
sewaktu berlaku pergaduhan atau kecemasan. Pelibatan dalam seni mempertahankan diri membolehkan kita
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kegiatan yang diceburi. Oleh itu, kita bukan sahaja melengkapkan
diri dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat malah juga ilmu untuk mempertahankan diri. Pelibatan masyarakat
dalam kegiatan seperti ini juga dapat menjamin kesihatan tubuh badan kerana aktiviti tersebut melibatkan
banyak pergerakan yang mengeluarkan peluh dan membina otot-otot yang kuat. Hal ini secara langsung
akan mengelakkan kita daripada mudah dijangkiti penyakit.
Selain mampu membina stamina yang lebih tinggi dan daya pemikiran yang lebih cerdas, mempelajari
seni mempertahankan diri juga membolehkan seseorang menjalani kehidupan yang lebih sihat. Seseorang
yang mempelajari seni mempertahankan diri juga akan belajar untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin.
Jurulatih lazimnya akan mengajarkan langkah-langkah atau gerak-geri yang perlu dikuasai oleh seseorang
peserta. Segala-galanya memerlukan tumpuan dan usaha yang bersungguh-sungguh. Seterusnya, seni
mempertahankan diri seperti silat dapat menghidupkan warisan tradisi malah dapat menjadi elemen menarik
sama ada dalam pakej pelancongan negara ataupun ketika majlis tertentu seperti majlis perkahwinan.
Hakikatnya, kegiatan ini memberikan banyak faedah kepada semua. Rakyat sewajarnya digalakkan untuk
mempelajari seni mempertahankan diri ini demi kebaikan diri sendiri pada suatu hari nanti bak kata pepatah,
sediakan payung sebelum hujan.

No. Perkataan/Rangkai Kata Maksud Perkataan/Rangkai Kata

1 ilmu akhirat pengetahuan berkenaan segala sesuatu sesudah manusia itu mati

2 pergerakan keadaan atau hal bergerak

3 stamina daya tahan yang membolehkan seseorang itu bekerja kuat

4 daya pemikiran keupayaan seseorang untuk memikirkan sesuatu

5 tradisi sesuatu kebiasaan (adat, kepercayaan dan lain-lain) yang kekal turun-temurun

zat yang terdiri daripada beberapa atom yang sama dan tidak dapat dipecah-pecahkan
6 elemen
kepada bahagian yang lebih kecil dengan kaedah kimia
Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

29

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 29 02-Nov-21 11:13:43 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.4.1 Membaca dan memahami serta mengemukakan pendapat yang rasional tentang pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen.
Objektif Murid mengemukakan pendapat yang rasional setelah membaca petikan.

Baca petikan di bawah menggunakan teknik bacaan ACID. Kemudian, kemukakan pendapat anda tentang
Praktis PBD

langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan martabat bidang kesenian
dan kebudayaan di Malaysia.

Tarian merupakan gerak tubuh yang dilakukan secara berirama dan penuh penghayatan. Unsur utama
dalam tarian ialah gerakan yang melibatkan semua anggota badan penari. Terdapat pelbagai jenis tarian di
Malaysia, iaitu tarian tradisional, tarian rakyat dan tarian kontemporari. Setiap tarian mengandungi nilai seni
dan kreativiti yang tinggi. Sehubungan dengan itu, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memperlihatkan
kepentingan pelibatan remaja dalam bidang ini seperti aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dijalankan
di sekolah. Aktiviti tarian memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri remaja.
Pelibatan remaja dalam bidang seni tari dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang lahir secara
semula jadi. Seterusnya, aktiviti tarian dapat membina keyakinan dan keberanian seseorang individu untuk
tampil ke hadapan semasa membuat persembahan.
Proses penguasaan seni tari yang dipelajari meliputi kemampuan individu untuk menghafal gerakan,
memahami dan menghayati sesuatu tarian. Seterusnya, tarian berupaya melahirkan keupayaan remaja untuk
menguasai sesuatu gerakan kreatif. Kebiasaannya individu yang menceburi bidang tarian ini lebih cekap
menghafal dan mengimbangi diri mereka dalam sesuatu perkara. Tambahan pula, melalui pertandingan tarian
yang disertai dapat menyatukan murid berbilang bangsa tanpa mengira kaum. Pembabitan remaja dalam
bidang seni tari juga mampu melahirkan individu yang berdisiplin tinggi. Dengan adanya tarian, remaja akan
lebih berdikari dan terdidik untuk mengimbangi diri dalam pelajaran serta aktiviti kokurikulum yang disertai.
Hasil kejayaan yang dicapai dalam pertandingan tarian akan menyuntik semangat kepada golongan remaja
ini untuk terus maju dan berjaya. Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya mempertahankan warisan seni
budaya bangsa agar terus bertahan dalam mendepani zaman moden ini.
Teknik Bacaan ACID (Dipetik dan diubah suai daripada
Teknik ini menggalakkan pembaca membaca teks secara aktif. Interaksi “Tarian sebagai Medium
dan fokus pembaca dengan teks dikekalkan kerana pembaca perlu Perkembangan Remaja”,
membuat pertimbangan terhadap bentuk dan maklumat yang dibaca. oleh Shasha Shakierah,
A – Agree (Bersetuju) I – Interesting (Menarik) Dewan Siswa, Mac 2016)
C – Confusing (Mengelirukan) D – Disagree (Tidak bersetuju)

Pada pendapat saya, langkah-langkah untuk meningkatkan martabat bidang kesenian dan kebudayaan

di Malaysia adalah dengan mengadakan kempen kesenian tahunan. Selain itu, pihak kerajaan boleh menganjurkan
pelbagai jenis pertandingan yang berkaitan dengan bidang kesenian dan kebudayaan. Di samping itu, pihak kerajaan juga

boleh menawarkan kursus bidang kesenian dan kebudayaan di universiti untuk memberikan latihan yang profesional

kepada murid yang meminati bidang kesenian.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

30

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 30 02-Nov-21 11:13:43 AM


Kemahiran Menulis
S.P 3.3.2 Menulis dan menjawab pelbagai soalan secara kritis dengan betul.
Objektif Murid dapat menulis perenggan penutup dengan ayat yang gramatis.

Berdasarkan bahan di bawah, jawab soalan-soalan yang berikut secara kritis.

Praktis PBD
(Dipetik dan diubah suai daripada https://tingkatanenam.blogspot.com/2018/02/cara-
mudah-buat-banner-menggunakan.html, 21 Februari 2018)

1 Apakah jenis pertandingan yang akan diadakan sempena Karnival Permainan Tradisional?
Jenis pertandingan yang akan diadakan sempena Karnival Permainan Tradisional ialah pertandingan sepak takraw,

pertandingan tarik upih dan pertandingan congkak.

2 Bilakah Karnival Permainan Tradisional akan diadakan?


Karnival Permainan Tradisional akan diadakan pada 30 September 20_.

3 Pada pendapat anda, apakah tujuan diadakan Karnival Permainan Tradisional? KBAT Menilai

Pada pendapat saya, tujuan diadakan Karnival Permainan Tradisional adalah untuk mempertahankan budaya warisan

ini dan tidak pupus ditelan zaman.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

31

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 31 02-Nov-21 11:13:43 AM


TEMA
Sains dan Teknologi Pemacu
10 Kemodenan
Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


S.P 1.2.2 Mendengar dan menerangkan maksud ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks secara bertatasusila.
Objektif Murid dapat mendengar dan menerangkan maksud ayat dengan betul dan tepat mengikut konteks secara bertatasusila.

Dengar bahan yang dibacakan oleh rakan anda. Kemudian, terangkan maksud ayat daripada bahan
tersebut secara bertatasusila.

Guru : Tahukah kamu, apakah itu robot dan apakah kebaikan penggunaan robot dalam kehidupan manusia?
Murid : Robot merupakan sebuah mesin canggih yang mampu melakukan kerja-kerja yang dahulunya
dibuat oleh manusia dengan kawalan komputer. Robot membawa kebaikan kepada kita. Robot
dapat membantu manusia untuk menjalankan kerja yang berisiko tinggi dan menjalankan tugas
yang diberikan dengan cekap dan tepat.
Guru : Bolehkah kamu berikan contoh yang dapat membuktikan bahawa robot dapat membantu manusia
menjalankan kerja yang berisiko tinggi?
Murid : Boleh. Sebagai contoh, Robot Humanoid yang merupakan peralatan elektronik di rumah dapat
membantu tugas suri rumah tangga untuk melaksanakan kerja seharian seperti membersihkan
kipas atau tingkap yang tinggi.
Guru : Robot bukan sahaja membawa kesan baik kepada kita, malah juga membawa kesan negatif dalam
kehidupan manusia. Oleh itu, penggunaan robot haruslah dikawal agar dapat mengelakkan kesan
negatif.

Robot merupakan sebuah mesin canggih yang mampu melakukan kerja-kerja yang dahulunya dibuat oleh manusia dengan

kawalan komputer. Kecanggihan teknologi kini telah menyebabkan robot banyak digunakan dalam bidang automobil,

perubatan, pertanian dan lain-lain. Mengikut arus kemajuan teknologi, ramai orang tidak akan meneruskan kehidupan

dengan susah seperti dahulu. Ciptaan robot membawa kesan dalam kehidupan manusia. Antara kesan baik penggunaan robot

ialah robot dapat membantu manusia menjalankan kerja yang berisiko tinggi. Sebagai contoh, Robot Humanoid yang merupakan

peralatan elektronik di rumah dapat membantu tugas suri rumah tangga untuk melaksanakan kerja seharian seperti membersihkan

kipas atau tingkap yang tinggi. Selain itu, robot juga dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan cekap dan tepat. Hal ini

dikatakan demikian kerana kita hanya memberikan arahan kepada sistem robot, kemudian sistem itu akan membuat kerjanya

mengikut kehendak kita. Penggunaan robot turut membawa kesan negatif dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah robot

tidak berfungsi fleksibel seperti manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana robot tidak mampu melakukan kerja-kerja selain

yang telah diprogramkan pada sistem mereka. Sehubungan itu, penggunaan robot haruslah dikawal agar dapat mengelakkan

kesan negatif.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

32

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 32 02-Nov-21 11:13:44 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.4.1 Membaca dan memahami serta mengemukakan pendapat yang rasional tentang pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen.
Objektif Murid mengemukakan pendapat yang rasional setelah membaca petikan.

Baca petikan di bawah menggunakan teknik bacaan KWLH. Kemudian, kemukakan pendapat anda

Praktis PBD
tentang usaha-usaha untuk meningkatkan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
kalangan masyarakat.

Era globalisasi yang melanda dunia tidak akan lengkap tanpa kewujudan perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi. Tidak dinafikan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi membawa dimensi baharu
yang pelbagai pada corak kehidupan manusia. Penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah tentu
akan mempercepat usaha kita untuk mencapai status negara maju. Hal ini disebabkan teknologi ini akan
membawa kita ke arah perkembangan yang berkaitan dengan pelbagai cara menerima dan menyampaikan
maklumat secara elektronik. Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi bukan setakat
mampu membantu memudahkan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran malah berpotensi sebagai alat
untuk memperluas persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pihak kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan
pelaksanaan Koridor Raya Multimedia. Dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, murid
lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal.
Seterusnya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan pakar-pakar perubatan
berinteraksi tentang teknik-teknik pembedahan dan diagnosis yang terkini. Dalam kehidupan seharian
pula, pembayaran pelbagai bil dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Jadi, kesesakan lalu lintas dan
tekanan kerja dapat dielakkan. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi. Melalui konsep e-pembelajaran yang diperkenalkan ini,
guru dan murid tidak perlu lagi melakukan interaksi empat mata, sebaliknya proses berinteraksi berupaya
dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan
Internet sebagai medium. Dalam sesebuah organisasi, teknologi ini dapat berfungsi sebagai alat latihan
yang berkesan dan efisien. Latihan secara teknik audio visual, penggunaan perisian komputer dan arahan
kerja secara elektronik merupakan sebahagian daripada penggunaan teknologi komunikasi yang dapat
dipraktikkan berulang kali.

Teknik Bacaan KWLH


KWLH ialah singkatan bagi yang berikut:
K (Know) – Apakah yang telah diketahui? (sebelum membaca)
W (Want) – Apakah yang hendak diketahui? (sebelum membaca)
L (Learned) – Apakah yang telah diketahui? (selepas membaca)
H (How) – Bagaimanakah untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan? (untuk pembacaan seterusnya)

Know (K) Definisi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)


Apakah yang sudah
diketahui?

Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi/Usaha-usaha meningkatkan penguasaan

teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan masyarakat.


Want (W)
Apakah yang hendak
diketahui?

33

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 33 02-Nov-21 11:13:44 AM


1 Mampu membantu memudahkan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran

2 Berpotensi sebagai alat untuk memperluas persekitaran pengajaran dan pembelajaran

3 Murid lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal
Praktis PBD

Learned (L) 4 Membolehkan pakar-pakar perubatan berinteraksi tentang teknik-teknik pembedahan


Apakah yang telah
diketahui? dan diagnosis yang terkini

5 Pembayaran pelbagai bil dapat dilakukan dengan senang dan cepat

6 Pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan

7 Berfungsi sebagai alat latihan yang berkesan dan efisien

Mencari maklumat tentang usaha-usaha untuk meningkatkan penguasaan teknologi


How (H) maklumat dan komunikasi dalam kalangan masyarakat melalui buku dan Internet.
Bagaimanakah cara
untuk mendapat
maklumat tambahan
yang berkaitan?

Usaha-usaha untuk meningkatkan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan
masyarakat

Pada pendapat saya, usaha-usaha untuk meningkatkan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan

masyarakat ialah media massa mendedahkan kepentingan menguasai teknologi maklumat dan komunikasi untuk

menyedarkan masyarakat. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka mengeluarkan perisian komputer dalam bahasa Melayu.

Di samping itu, pihak sekolah juga perlulah menyediakan makmal-makmal komputer di sekolah dan menjalankan kursus

komputer secara jangka masa pendek.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

34

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 34 02-Nov-21 11:13:44 AM


Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
S.P 3.5.1
wacana yang sesuai.
Objektif Murid dapat menulis ringkasan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

Praktis PBD
Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, buat ringkasan tentang kebaikan-kebaikan yang diperoleh
daripada bidang bioteknologi di negara kita menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang
sesuai.

Selepas era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dunia sekarang menumpukan perhatian pada bidang
bioteknologi. Bidang ini lebih menjurus dan menekankan aspek penyelidikan. Hal ini bertepatan dengan
takrifan bioteknologi itu sendiri yang berasal daripada gabungan biologi dan teknologi yang bermaksud
penggunaan sains untuk penghasilan bahan lain yang boleh dimanfaatkan bersama.
Dalam usaha memajukan sektor pertanian, semua pihak perlu melipatgandakan usaha bagi membuktikan
sektor pertanian bukannya sektor “lembap” yang sebelum ini sentiasa dikaitkan dengan kemiskinan.
Kerajaan mahu menjadikan sektor pertanian maju dan dinamik serta mampu memberikan nafas baharu
selari dengan perkembangan arus globalisasi. Aspirasi murni kerajaan ini terserlah dengan pelancaran
Dasar Bioteknologi Negara (DBN). DBN memanfaatkan sumber kepelbagaian biologi di negara ini seperti
flora dan fauna serta sumber lain seperti mikro dan organisma marin untuk penyelidikan. DBN memastikan
rakyat mendapat manfaat dengan wujudnya pelbagai bentuk aktiviti industri berasaskan bioteknologi.
Bidang ini menjadi kunci pemacu kemajuan yang diperlukan untuk mengubah proses pertanian ke arah
dimensi yang lebih moden, justeru meningkatkan imej sektor pertanian yang sekian lama dilihat sebagai
sektor kelas kedua dibandingkan dengan sektor pembuatan dan automotif. Pendekatan baharu DBN juga
membolehkan industri herba yang dikatakan bernilai RM50 bilion setahun akan terus berkembang. Pastinya
penyelidikan bioteknologi bukan sekadar memproses tongkat ali dan kacip fatimah tetapi juga mencakupi
aspek penghasilan enzim dan makanan berfungsi serta penghasilan tumbuhan dan haiwan ternakan baka
baharu. Penambahbaikan secara agresif oleh pihak kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani akan memastikan bidang ini akan terus berkembang maju.
Dalam aspek yang lain, menerusi bidang bioteknologi industri bahan buangan atau sisa industri dapat
diberikan nilai tambah untuk menghasilkan produk baharu yang boleh dimanfaatkan. Bidang ini dianggap
sebagai ilmu sains yang membawa kekayaan dan kemakmuran kepada manusia. Penyelidikan yang dilakukan
dalam bidang ini tidak menggunakan unsur kimia untuk menghasilkan sesuatu penemuan, sebaliknya hanya
menggunakan mikroorganisma, sel dan molekul untuk tujuan tertentu.
Kesimpulannya, bidang bioteknologi harus diberikan perhatian oleh pengusaha industri agar sumber
kepelbagaian biologi di negara ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Bidang Bioteknologi:
Malaysia Mula Mengukir Nama”, Dewan Masyarakat)

Antara kebaikan yang diperoleh daripada bidang bioteknologi di negara kita ialah Dasar Bioteknologi Negara (DBN)

memanfaatkan sumber kepelbagaian biologi di negara ini seperti flora dan fauna serta sumber lain seperti mikro dan organisma

marin untuk penyelidikan. Selain itu, bioteknologi dapat mengubah proses pertanian ke arah dimensi yang lebih moden, justeru

meningkatkan imej sektor pertanian. Seterusnya, DBN juga membolehkan industri herba yang dikatakan bernilai RM50 bilion

setahun akan terus berkembang. Di samping itu, aspek penghasilan enzim dan makanan turut berfungsi dengan adanya

pembangunan bioteknologi. Selanjutnya, bahan buangan juga boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan produk baharu.

Markah 1-3 4-6 7-8 9-12 13-14 15


Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

35

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 35 02-Nov-21 11:13:44 AM


TEMA

11 Alam Anugerah Terindah


Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


S.P 1.8.1 Mengkritik secara membina tentang sesuatu isu kemasyarakatan dengan kritis dan jelas menggunakan ayat yang gramatis.
Objektif Murid dapat mengkritik secara membina tentang isu yang diberikan menggunakan ayat yang gramatis setelah membaca petikan akhbar.

Baca dan fahami isu dalam petikan akhbar di bawah. Kemudian, bersoal jawab dengan rakan anda tentang
isu tersebut dengan kritis dan jelas menggunakan ayat yang gramatis.

Malaysia Bangun Kereta Elektrik Kuasa Air

KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi untuk mengeluarkan prototaip kereta elektrik disepadukan dengan
sel bahan api hidrogen (Fuel Cell) yang membolehkan air digunakan sebagai sumber kuasa alternatifnya
menjelang akhir tahun ini.
Inisiatif perintis di bawah Program Kereta Lumba Elektrik Bersepadu Hidrogen (HyPER) itu kini
dimajukan oleh lima entiti tempatan, iaitu NanoMalaysia Bhd., Handal Energy Solutions Sdn. Bhd., Pulsar
UAV Sdn. Bhd. (Pulsar), MNA Energy Sdn. Bhd. (MNA Energy) dan Wheelspin Motorsports dengan
kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Handal Energy Solutions ialah anak syarikat milik penuh
Handal Energy Bhd. (Handal). Ketua Pegawai Operasi NanoMalaysia, Mohamad Hafiz Zolkipli, berkata
program itu merupakan projek khas di bawah program pengkomersialan teknologi nano di bawah Rancangan
Malaysia Ke-11 (RMK11) yang menyaksikan agensi itu menyuntik modal sehingga RM500 000.00 untuk
membangunkannya.
Beliau berkata, pembabitan rakan teknologi lain pula memberikan sumbangan mengikut kepakaran
masing-masing seperti UTM dalam pembangunan sistem motor elektrik manakala Handal terbabit dalam
kejuruteraan casis kereta dan integrasi sistem.
“Pulsar UAV memfokuskan pembangunan kartrij Fuel Cell; MNA Energy untuk teknologi ultrakapasitor
menggunakan teknologi nano grafin dan sistem MESS manakala Wheelspin Motorsports pula bagi platform
kereta”.
“Kami menyasarkan kereta itu akan sedia dibangunkan menjelang akhir tahun ini. Awal tahun depan
pula dijangka memasuki fasa pengujian seterusnya ke peringkat pemasaran untuk mendapatkan pelabur.”
“Secara potensinya, kereta ini boleh dibangunkan dalam tempoh lima tahun kerana kami dapati semua
negara luar sudah memulakan inisiatif ini. Justeru, tiada alasan untuk Malaysia ketinggalan,” katanya
dalam temu bual dengan Berita Harian di sini, baru-baru ini. Kelima-lima entiti itu memeterai memorandum
perjanjian (MOA) untuk bersama-sama membangunkan HyPER di Malaysia pada Pameran Persidangan
Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia (IGEM 2019), baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Hafiz, berkata secara asasnya kereta itu dipacu tenaga elektrik sebagai
sumber kuasa utamanya yang disimpan secara hibrid dalam ultrakapasitor menggunakan teknologi nano
grafin dan bateri litium ion.
Justeru, katanya, pengguna di bandar mudah mendapatkan akses bekalan kuasa untuk mengecas
kereta hanya dalam beberapa minit manakala Fuel Cell digunakan bagi menjanakan kuasa tambahan atau
lebih tork ketika pecutan.
“Dalam situasi tidak boleh mengecas kereta atau tiada akses bekalan elektrik, pengguna boleh beralih
kepada hidrogen sebagai sumber kuasa utama dan kereta itu boleh dipacu oleh air.
“Kebiasaannya Fuel Cell lain memerlukan pembekalan hidrogen yang sudah tersedia, namun HyPER
dibangunkan melalui keupayaan menjanakan hidrogennya sendiri menggunakan campuran air dengan
pemangkin bahan kimia lain.
“Kami cuba mengindustrikan teknologi ini supaya boleh dimasukkan ke dalam HyPER kelak,” katanya.
(Dipetik dan diubah suai daripada www.bharian.com.my, 28 Oktober 2019)

36

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 36 02-Nov-21 11:13:45 AM


Kenderaan yang menggunakan teknologi kuasa elektrik
banyak diterima oleh masyarakat dunia terutamanya
di negara-negara tertentu seperti Norway, Amerika Ya, saya bersetuju kerana kereta elektrik
Syarikat dan Jepun. Walaupun kenderaan ini semakin
mempunyai banyak kelebihan berbanding

Praktis PBD
popular di media massa, Malaysia pada hakikatnya
masih ketinggalan jauh dalam perkembangan teknologi dengan kereta konvensional
industri automotif. Adakah kamu bersetuju kenderaan
jenis ini berpotensi untuk dibangunkan di negara kita .
dalam tempoh lima tahun?

Pada pendapat kamu, apakah


kelebihan kereta elektrik Pada pendapat saya, kelebihan penggunaan kereta
berbanding dengan kereta elektrik berbanding dengan kereta konvensional ialah
konvensional? KBAT Menilai
kereta elektrik tidak mengeluarkan apa-apa karbon dioksida
kerana bateri yang digunakan hanya menggunakan hidrogen

dan oksigen, iaitu sisa bateri ini merupakan air. Dengan ini,

pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan .


Adakah kos penyelenggaraan
bagi kereta elektrik jauh lebih
rendah berbanding dengan
kereta konvensional?
Ya. Kereta konvensional mempunyai kos penyelenggaraan yang
tinggi kerana sistem kereta itu sendiri sangat kompleks. Kereta

elektrik mempunyai brek regeneratif, iaitu tenaga akan dikembalikan

oleh bateri dan menyelamatkan brek geseran. Oleh itu, sistem brek

juga memerlukan kurang penyelenggaraan dari masa ke masa.

Cuma, bateri merupakan bahagian yang mahal tetapi mengimbangi


Nampaknya, kenderaan jenis ini
kos kerana harganya hampir sama dengan kos tangki petrol. Kos ini
sedang mengalami pertumbuhan
pesat dan perlahan-lahan mula berbaloi kerana bateri ini direka untuk bertahan lama, iaitu
memasuki medium pengeluaran
kereta arus perdana. mempunyai jangka hayat yang sama dengan kereta itu sendiri.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

37

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 37 02-Nov-21 11:13:45 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.4.1 Membaca dan memahami serta mengemukakan pendapat yang rasional tentang pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen.
Objektif Murid mengemukakan pendapat yang rasional setelah membaca petikan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan pendapat anda tentang kepentingan
Praktis PBD

mengekalkan kawasan hutan.

Satu demi satu pendedahan dibongkar oleh media massa mengenai pembalakan haram bagi memenuhi
kehendak pembangunan tanpa mempedulikan keselesaan habitat haiwan atau tumbesaran tumbuhan
di sesuatu kawsan yang terlibat. Sehubungan dengan itu, timbul beberapa persoalan, antaranya adakah
berlaku kes pembalakan tanpa kebenaran di hutan simpanan? Selain itu, apakah usaha-usaha yang telah
diambil oleh kerajaan untuk mencegah pembalakan haram?
Risikan bersepadu yang dijalankan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa Jabatan Perhutanan dan
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) secara berkala telah berjaya membongkar beberapa
kes pembalakan haram yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kes yang ditemui di Bukit
Enggang, Bandar Sungai Long, Selangor misalnya ialah hasil daripada risikan yang dijalankan. Pada tahun
2010 sahaja, lima tangkapan dengan hukuman penjara selama 10 bulan dikenakan dan tiga tangkapan lagi
dikenakan hukuman penjara 11 bulan terhadap mereka yang didapati bersalah.
Selain itu, kerajaan telah memperuntukkan RM150 000.00 hingga RM200 000.00 setahun menerusi
Projek Pembalakan Haram Sifar kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor khususnya bagi tempoh
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Pemantauan melalui udara menggunakan helikopter turut
dijalankan sebagai usaha membanteras kegiatan ini. Seterusnya, diamalkan Sistem Pengurusan Memilih
(SMS), iaitu satu sistem pengurusan di dalam kawasan hutan asli yang diwartakan sebagai Hutan Simpanan
Kekal (HKS) bagi menjamin pengeluaran hasil hutan khususnya kayu balak secara mapan, iaitu mencapai
tempoh matang antara 25 hingga 55 tahun. Sistem ini membabitkan bancian bagi menentukan had tebangan
pokok yang matang di dalam kawasan HKS yang dikenal pasti mengikut had keluasan tebangan tahunan
yang ditetapkan oleh Majlis Perhutanan Negara. Jabatan perhutanan juga menetapkan bahawa had tebangan
ditentukan berasaskan dua jenis utama kayu balak, iaitu damar (dipterokarpa) seperti spesies pokok cengal,
meranti dan kruing serta bukan damar (bukan dipterokarpa) yang meliputi pokok merbau, kempas dan nyatuh.
Oleh sebab kegiatan pembalakan haram banyak mendatangkan kerugian kepada kehidupan kita dan
ekosistem semula jadi, maka kita harus mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Kita tidak mahu
generasi akan datang tidak dapat melihat dan menikmati keindahan flora dan fauna lantaran kesan-kesan
pembalakan haram.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Sejauh Mana Kes Pembalakan Haram Diselesaikan Tanpa Persoalan”
oleh Wan Jailani Razak, Berita Harian, Mei 2011)

Kawasan hutan perlu dikekalkan kerana hutan merupakan habitat bagi flora dan fauna yang juga merupakan sumber makanan

kita. Selain itu, hutan membekalkan sumber bahan mentah kepada manusia untuk pembangunan, perindustrian dan perumahan.

Sebagai contoh, hutan telah membekalkan kayu-kayan seperti kayu jati, cengal, meranti dan sebagainya untuk penghasilan

bahan-bahan industri khususnya perabot. Di samping itu, hutan merupakan penampan hakisan semasa hujan menyirami bumi.

Jika hutan ditebang, tanih akan menjadi gondol dan matahari yang panas terik akan menyebabkan tanih menjadi kering-kontang.

Hal ini akan menyebabkan hakisan tanih mudah berlaku. Oleh itu, hutan boleh mengelakkan kejadian tanah runtuh daripada

berlaku kerana akar-akar tumbuhan dapat mengikat tanih daripada mudah longgar yang akan menyebabkan tanah runtuh

sekali gus banjir lumpur.


Maklumat Kurang Lengkap dan
Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

38

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 38 02-Nov-21 11:13:45 AM


Kemahiran Menulis
S.P 3.6.1 Menulis dan mengadaptasi sesuatu bahan prosa kepada pelbagai bentuk penulisan yang baharu, betul, sesuai dan menarik.
Objektif Murid dapat menulis karangan dengan mengadaptasi bahan yang telah diberikan.

Baca dan fahami bahan-bahan di bawah. Kemudian, hasilkan karangan tentang faktor pencemaran alam

Praktis PBD
sekitar dan langkah mengatasinya dengan mengadaptasi bahan-bahan.

(Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian 18, September 2018)

Langkah-langkah Menangani Pencemaran Alam Sekitar


• Kitar semula bahan buangan
• Membina kilang jauh dari kawasan perumahan
• Kesedaran orang ramai untuk menjaga alam sekitar
• Mengharamkan pembakaran sampah di kawasan terbuka
• Mengawal aktiviti pembinaan, perlombongan dan pembalakan
• Menguatkuasakan undang-undang mengawal pembebasan gas beracun dari kilang

Saban hari kita didedahkan dengan isu pencemaran alam sekitar yang masih berleluasa dalam negara kita. Masyarakat seharusnya

mengambil iktibar daripada krisis alam sekitar yang berlaku di Pasir Gudang pada tahun 2019. Krisis tersebut yang berpunca

daripada pelupusan sisa bahan kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim juga telah mengingatkan kita akan satu insiden sama yang

berlaku pada 8 Januari 2006 di Kampung Sungai Gatom, Labis, Johor. Kesannya, kesihatan penduduk tempatan di sekitar tempat

kejadian tergugat akibat perbuatan segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, faktor-faktor pencemaran alam

sekitar perlu dikenal pasti agar kita dapat mengambil langkah proaktif dalam membendung masalah tersebut.

Antara punca utama berlakunya pencemaran alam sekitar ialah sikap segelintir manusia yang mengejar keuntungan sehingga

mengetepikan aspek penjagaan alam sekitar. Sifat tamak dalam kalangan pemaju dan pengusaha industri perkilangan

39

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 39 02-Nov-21 11:13:45 AM


menyebabkan mereka sanggup memusnahkan alam sekitar semata-mata untuk memperoleh sumber alam yang bernilai.

Sebagai contoh, terdapat pelaporan isu pembuangan sisa perindustrian yang tidak mematuhi Tatacara Operasi Standard yang

ditetapkan oleh pihak berkuasa. Perbuatan yang mementingkan diri sendiri seperti ini telah menyebabkan masyarakat kampung
Praktis PBD

terkesan daripada pembebasan gas ammonia yang boleh membahayakan kesihatan individu. Keadaan ini boleh diibaratkan

sebagai orang lain makan nangka, orang lain mendapat getahnya. Oleh itu, sikap negatif dalam kalangan manusia terutamanya

pengusaha industri merupakan antara punca kemerosotan kualiti alam sekitar kita.

Umum memaklumi bahawa salah satu punca pencemaran alam sekitar adalah disebabkan sikap negatif segelintir manusia

yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, kita perlu mengambil tindakan drastik terhadap mereka yang menyalahi peraturan dan

undang-undang menerusi penguatkuasaan pelbagai akta dan peraturan serta amalan audit persekitaran yang lebih tegas. Hal ini

merupakan susulan pendedahan pelbagai isu yang berkaitan dengan insiden pencemaran yang berlaku dalam negara kita

kebelakangan ini seperti pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang. Antara undang-undang perlindungan alam sekitar yang

perlu dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa ialah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). Akta ini diwujudkan untuk

mencegah, menghapus dan mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling kita. Agensi yang bertanggungjawab seperti

Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air perlu lebih tegas dalam memantau dan menangani

isu pencemaran alam sekitar di negara kita.

Selain itu, program pendidikan yang menitikberatkan aspek penjagaan alam sekitar perlu dijalankan dengan lebih giat lagi

agar dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menjaga dan melindungi alam sekitar kita. Pada peringkat

sekolah pula, pemupukan nilai murni dalam diri murid dapat mempengaruhi tingkah laku positif mereka pada masa hadapan

khususnya terhadap alam sekitar dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Hal ini dapat dicapai menerusi penerapan kemahiran

generik hijau merentas kurikulum yang memberikan penekanan pembentukan sahsiah yang cakna terhadap alam sekitar.

Pendidikan merupakan elemen penting dalam konteks ini supaya generasi muda diingatkan agar tidak melakukan perbuatan

yang boleh menjejaskan kelestarian alam sekitar seperti pembuangan sampah ke dalam sungai, pembakaran terbuka dan sebagainya.

Konklusinya, semua pihak perlu memberikan keutamaan kepada kebajikan dan kesihatan masyarakat kita dalam usaha untuk

membendung isu pencemaran alam sekitar. Penguatkuasaan peraturan dan undang-undang yang lebih tegas dan pendidikan

berterusan harus diberikan kepada semua pihak yang berkaitan agar dapat memupuk kesedaran mengenai kepentingan

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, kerjasama yang erat antara satu sama lain bagai aur dengan tebing

amat penting untuk mendepani isu dan cabaran dalam pembangunan kelestarian alam sekitar kini. Perkembangan pasaran

kerja hijau pada masa ini juga memerlukan kita untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang dilengkapi dengan kemahiran

generik hijau untuk memacu pembangunan negara ke arah kemajuan yang lebih mapan.

Markah 1-5 6-10 11-15 16-20 21-25 26-30


Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

40

02-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 6-11 2nd.indd 40 02-Nov-21 11:13:45 AM


TEMA

12 Tuah di Bumi Permata

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
S.P 1.4.2 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca dalam situasi formal secara bertatasusila.
Objektif Murid dapat menganalisis petikan dengan menjelaskan kepentingan sektor pertanian kepada negara setelah mendengar petikan yang dibacakan.

Dengar petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, analisis petikan tersebut untuk menjelaskan
kepentingan sektor pertanian kepada negara.

Peningkatan Peruntukan Satu Suntikan kepada Sektor Pertanian

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyifatkan peningkatan peruntukan
sebanyak 10.9 peratus, iaitu RM4.9 bilion berbanding tahun lalu sebagai suntikan kepada usaha untuk
meningkatkan bidang pertanian di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, peningkatan peruntukan itu juga membuktikan
sektor agromakanan negara mendapat perhatian daripada kerajaan dan akan terus dibangunkan dengan
mampan untuk memastikan bekalan makanan selamat serta mencukupi.
Menurutnya, hal ini selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dalam usaha kementerian
membantu meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan sekali gus berfungsi sebagai
pemangkin kepada Rancangan Malaysia ke-12 dan Dasar Agromakanan Negara 2.0.
Antara tumpuan yang diambil untuk sektor pertanian bagi tahun 2020 termasuklah pemberian
elaun dan skim bagi para petani dan nelayan yang masih diteruskan serta langkah pemodenan bagi
meningkatkan produktiviti.
“Antara penumpuan bagi sektor pertanian ialah RM855 juta untuk sektor padi, iaitu merupakan
peningkatan daripada RM796 juta yang diperuntukkan pada tahun 2019 di bawah Skim Baja Padi
Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP). Subsidi padi bukit atau
huma juga akan diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2020 di
Dewan Rakyat di sini.
Katanya, bagi membantu petani yang terkesan akibat bencana alam, kerajaan akan mewujudkan
Dana Bantuan Bencana sebanyak RM100 juta untuk menyediakan pinjaman pada kadar faedah empat
peratus.
Mengulas lanjut katanya, sebanyak RM152 juta diperuntukkan kepada nelayan melibatkan Elaun
Sara Hidup Nelayan (ESHN) yang telah dinaikkan daripada RM200.00 kepada RM250.00 sebulan.
Menurutnya, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM150 juta peruntukan sebagai galakan
program integrasi tanaman seperti cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh.
“Ini merupakan kekayaan baharu yang boleh meningkatkan hasil petani,” katanya. Jelasnya,
peruntukan sebanyak RM43 juta diagihkan untuk Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka
berkualiti dan berproduktiviti tinggi.
“Tidak ketinggalan RM30 juta juga untuk penghasilan beras padi pulut di Langkawi,” katanya.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihaknya akan menggunakan peruntukan daripada Belanjawan
2020 dengan cermat dan yakin mampu mengagihkannya secara adil serta saksama kepada pihak terlibat.

(Dipetik dan diubah suai daripada Sinar Harian, 12 Oktober 2019)

41

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 41 02-Nov-21 11:14:20 AM


Panduan
1 Sumber pendapatan utama kepada penduduk desa – pertanian pekerjaan warisan – mempunyai
tanah yang luas – tenaga buruh yang mudah didapati
2 Bahan pertanian menjadi eksport utama negara – hasil sektor pertanian – mendapatkan hasil
yang lumayan – mengurangkan import dari negara asing
Praktis PBD

Pada pendapat saya, sektor pertanian penting kepada negara kerana dapat meluaskan peluang

pekerjaan dan sebagai sumber pendapatan utama kepada penduduk desa. Sejak zaman nenek moyang kita,

pertanian merupakan pekerjaan warisan yang menjanakan ekonomi keluarga. Realitinya, penduduk desa

sememangnya bergantung pada sektor pertanian memandangkan mereka mempunyai tanah yang luas untuk

dikerjakan dan tenaga buruh yang mudah didapati. Selain itu, bahan pertanian mampu menjadi eksport

utama negara. Hal ini dikatakan demikian kerana hasil sektor pertanian dijadikan sebagai bahan eksport utama

negara yang mendatangkan hasil yang lumayan seperti getah dan minyak kelapa sawit. Dasar penggantian

import diperkenalkan pada awal rancangan pembangunan Malaysia untuk mengurangkan import dari negara asing

bagi bahan mentah sektor pertanian melalui pembangunan sektor ini .

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

42

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 42 02-Nov-21 11:14:20 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.2.3 Membaca dan memahami serta membuat ulasan keseluruhan maksud sesuatu bahan grafik.
Objektif Murid menulis ulasan setelah membaca dan memahami bahan yang diberikan.

Baca dan fahami bahan di bawah. Kemudian, buat ulasan berdasarkan bahan tersebut.

Praktis PBD
Khasiat Serai

Kegunaan dalam masakan

Kegunaan dalam kesihatan

Sumbangan sebagai ubatan

Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon citratus ialah genus yang mengandungi kira-kira
55 spesies rumpun. Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar
dua hingga empat meter. Terdapat dua jenis serai yang biasa digunakan oleh pengamal perubatan dan
rawatan tradisional untuk dijadikan ubatan, iaitu serai biasa (Cymbopogon citratus) dan serai wangi
(Cymbopogon nardus).

Ulasan keseluruhan tentang khasiat serai

Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon citratus ialah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumpun.

Tumbuhan ini boleh tumbuh subur pada cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar dua hingga empat meter. Serai ialah

rumput tropika yang tumbuh tinggi dan mendatangkan banyak khasiat. Serai umumnya dikenali sebagai tumbuhan yang akar

dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan. Serai boleh dikatakan bahan wajib yang perlu ada dalam

masakan tradisional Melayu seperti rendang dan masak lemak. Serai bukan sahaja penting sebagai pelengkap rasa dalam masakan

tetapi juga sangat berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan kita. Herba semula jadi ini dapat membantu mencegah pelbagai

masalah bersangkutan pencernaan termasuk gastroenteritis, senak, hilang selera makan, angin, kembung perut dan sebagainya.

Serai membawa banyak manfaat kerana semua bahagian seperti daun, batang, akar dan bunganya berpotensi untuk dijadikan

sebagai ubatan. Sebagai contoh, daun serai digunakan untuk mencuci hanyir pada daging itik dan kambing, manakala batang

dan akar pokok serai digunakan untuk melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.

Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa serai sememangnya merupakan tumbuhan yang amat bermanfaat

kepada kita.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

43

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 43 02-Nov-21 11:14:21 AM


Kemahiran Menulis
S.P 3.6.2 Menulis dan mengadaptasi sesuatu bahan grafik kepada prosa menggunakan ayat yang menarik dan gramatis.
Objektif Murid dapat menulis karangan dengan mengadaptasi bahan yang telah diberikan.

Fahami rangka karangan di bawah. Kemudian, adaptasi rangka karangan di bawah kepada sebuah
Praktis PBD

penulisan dalam bentuk karangan surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan ayat yang menarik
dan gramatis.

Soalan
Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda untuk mengajaknya datang ke rumah anda pada hujung bulan ini
kerana buah-buahan di kebun datuk anda sedang berbuah.

Rangka Karangan

Pendahuluan
Alamat pengirim, tarikh surat ditulis
Isi-isi Penting
Pembuka kata – tanya khabar – harap sihat – meminta maaf – sibuk membantu datuk – menyatakan tujuan
surat itu ditulis – pernah menyuarakan hasrat ke dusun buah-buahan – buah-buahan sedang masak –
keluarga dan kawan-kawan dapat merasai suasana musim buah-buahan
Penutup
Balas surat secepat mungkin – salam buat keluarga – tandatangan – perakuan diri

115-31, Kampung Jepak,

Bintulu, Sarawak.

10 Jun 20__.

Menemui sahabatku, Aniza yang berada di Bandar Kuching, semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudari,

Bagaimanakah keadaan saudari di sana? Kami sekeluarga di sini sihat sahaja. Diharap keadaan saudari juga begitu.

Saya meminta maaf kerana sudah lama tidak menulis surat kepada saudari kerana sibuk membantu datuk saya di dusun

buah-buahan dan menjual buah-buahan itu di pasar malam.

Untuk pengetahuan saudari, sekarang merupakan musim buah-buahan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan

ini untuk mempelawa saudari ke dusun buah-buahan datuk saya pada hujung bulan ini memandangkan saudari pernah

menyuarakan hasrat untuk merasai suasana musim buah-buahan di kampung saya.

Untuk pengetahuan saudari juga, di dusun datuk saya terdapat banyak pokok buah, iaitu durian, manggis, duku,

rambutan dan mangga. Buah-buahan di dusun datuk sedang masak. Buah-buahan pada musim ini sungguh menjadi

terutamanya durian dan manggis. Datuk saya memajakkan sebahagian sahaja tanahnya, selebihnya ditinggalkan agar ahli

44

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 44 02-Nov-21 11:14:21 AM


keluarga serta sahabat handai kami sama-sama dapat merasainya.

Saya berharap agar saudari tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Saudari juga boleh mengajak keluarga serta

kawan-kawan saudari. Mereka juga boleh merasai keenakan buah-buahan tempatan seperti durian, manggis, rambutan, langsat

Praktis PBD
dan banyak lagi. Saya berharap agar saudari bersetuju dan dapat memberitahu saya dengan secepat mungkin. Saya sedia

menunggu kedatangan saudari.

Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari

sekeluarga. Semoga kita dapat bertemu nanti.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Siti Fatimah

Markah 1-5 6-10 11-15 16-20 21-25 26-30


Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

45

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 45 02-Nov-21 11:14:21 AM


TEMA

13 Perindustrian
Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Mengulas dan menyatakan maklumat yang tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan audio visual dengan kritis menggunakan ayat yang
S.P 1.8.2
gramatis.
Objektif Murid dapat menganalisis dan mengulas maklumat tersurat dan tersirat daripada rakaman petikan yang diberikan.

Dengar rakaman petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, analisis dan ulas maklumat tersurat dan
tersirat daripada rakaman yang telah anda dengari menggunakan ayat yang gramatis.

Transformasi Sukan sebagai Industri Penjana Pendapatan Negara

KUALA LUMPUR: Malaysia mahu menjadikan sukan sebagai satu industri yang mampu menjanakan
pendapatan kepada negara dan mengubah pandangan bahawa bidang itu hanya semata-mata aktiviti
rekreasi dan penjagaan kesihatan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, kerajaan telah merangka pelan dengan mengambil model
negara-negara yang berjaya mengubah sukan kepada industri menjanakan pendapatan.
“Kami berpendapat sudah tiba masa untuk mentransformasikan industri sukan. Kementerian Belia
dan Sukan kini bekerja ke arah mengumpul semua data yang relevan,” katanya dalam temu bual dengan
Bernama di sini.
Menurutnya, tanpa data, industri sukan tidak dapat dibentuk kerana nilainya tidak dapat diketahui
dari segi menjanakan pekerjaan serta sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau
Pendapatan Negara Kasar (GDI).

(Dipetik dan diubah suai daripada www.mstar.com.my)

Setelah mendengar petikan yang dibacakan, saya dapat

merumuskan bahawa Malaysia sedang berusaha untuk memajukan


industri sukan kerana industri ini mampu menjanakan ekonomi negara .

Maklumat tersirat yang saya peroleh daripada rakaman ini ialah


kerjasama daripada pelbagai pihak amat penting agar objektif ini dapat dicapai

dengan mudah. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah menyediakan infrastruktur yang

lengkap untuk kegunaan para atlet negara. Selain itu, pihak sukan juga seharusnya

mengupah jurulatih yang lebih berpengalaman dalam acara sukan tertentu .

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

46

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 46 02-Nov-21 11:14:21 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.2.3 Membaca dan memahami serta membuat ulasan keseluruhan maksud sesuatu bahan grafik.
Objektif Murid menulis ulasan setelah membaca dan memahami poster yang diberikan.

Baca dan fahami poster di bawah. Kemudian, buat ulasan berdasarkan poster tersebut.

Praktis PBD
Industri halal di Malaysia merupakan industri yang semakin mendapat perhatian dan mempunyai potensi yang tinggi

untuk diterokai. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dijalankan untuk meningkatkan industri ini.

Logo Halal Malaysia membuktikan bahawa Malaysia telah membuat persediaan untuk meningkatkan industri halal

di negara kita. Malaysia telah mempunyai institusi, iaitu JAKIM yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan logo-logo
syarikat kepada syarikat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Selain itu, industri ini dapat dimajukan kerana negara kita

mempunyai standard halal. Malaysia mempunyai pensijilan halal MS 1500:2004. Dengan adanya standard ini, Malaysia menjadi

destinasi pilihan perdagangan produk halal. Seterusnya, Pameran Halal Antarabangsa diadakan bertujuan untuk mengumpul

pihak yang berkaitan dengan industri halal di samping mempromosikan produk halal.

Konkluksinya, pelbagai pihak harus bekerjasama untuk memajukan industri ini agar imej negara kita lebih terjamin

pada peringkat global.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

47

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 47 02-Nov-21 11:14:22 AM


Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
S.P 3.5.1
wacana yang sesuai.
Objektif Murid dapat menulis ringkasan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.
Praktis PBD

Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, buat ringkasan tentang kepentingan industri pelancongan
kepada negara kita menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

Industri pelancongan memainkan peranan yang semakin penting sebagai nadi ekonomi dalam menjanakan
pertumbuhan ekonomi dan pemangkin pembangunan di Malaysia. Sektor pelancongan negara menjadi
penyumbang keenam terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2014. Pada tahun
tersebut, industri pelancongan kita masih mampu menarik seramai 27.44 juta pelancong dengan pendapatan
berjumlah RM72 bilion. Sejak pengenalan Program Transformasi Negara tersebut, industri pelancongan
telah dapat memainkan peranan penting dalam membuka peluang baharu bagi memperkenalkan Malaysia
ke peringkat antarabangsa. Malahan, industri ini telah berjaya menampilkan keunikan, keharmonian
dan kepelbagaian budaya di negara kita. Selain itu, Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015 pada
27 September dengan tema, “1 Bilion Pelancong, 1 Bilion Peluang” telah berupaya memberikan semangat
kepada hala tuju Malaysia ke arah pencapaian Wawasan 2020. Sektor pelancongan secara langsung
memanfaatkan rakyat Malaysia pada tahun lepas dengan industri itu mampu menarik pelaburan sebanyak
RM19.4 bilion dan mampu mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Dalam merealisasikan potensi yang dimiliki Malaysia daripada keindahan pulau-pulau di Borneo
sehingga ke hutan tropika dan syurga beli-belah, kerajaan akan menjadikan industri pelancongan sebagai
sumber pendapatan baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Pengumuman langkah-langkah
proaktif ekonomi telah menyaksikan peruntukan tambahan RM80 juta untuk memperhebat aktiviti promosi
pelancongan dalam pasaran terpilih termasuk di negara-negara ASEAN, China dan India. Langkah ini
melibatkan program yang dapat membangunkan produk ikonik termasuklah memberikan nafas baharu
kepada Muzium Negara, Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana yang seterusnya, menjadikan tempat
tersebut sebagai satu destinasi yang lebih menarik dan mudah dikunjungi oleh pelawat. Oleh itu, langkah-
langkah efektif harus diambil dalam usaha memajukan industri pelancongan di negara kita.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Sektor Pelancongan Beri Sumbangan Ketara kepada Ekonomi Negara”
Berita Harian, Oktober 2015)

Industri pelancongan penting kepada negara kita sebagai nadi ekonomi dalam menjanakan pertumbuhan ekonomi dan

pemangkin pembangunan di Malaysia. Selain itu, industri pelancongan negara menjadi penyumbang keenam terbesar

kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2014 dan membuka peluang baharu bagi memperkenalkan Malaysia

ke peringkat antarabangsa. Bukan itu sahaja, industri pelancongan juga memberikan semangat kepada hala tuju Malaysia

ke arah pencapaian Wawasan 2020. Seterusnya, industri ini telah berjaya menampilkan keunikan, keharmonian dan kepelbagaian

budaya di negara kita. Akhir sekali, industri ini penting kerana mampu menarik pelaburan dan berperanan sebagai sumber

pendapatan baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Markah 1-3 4-6 7-8 9-12 13-14 15


Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

48

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 48 02-Nov-21 11:14:22 AM


TEMA
Ekonomi Mapan, Negara
14 Makmur

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
S.P 1.5.1 Bersoal jawab untuk mencambahkan idea secara kritis dan bertatasusila.
Objektif Murid dapat bersoal jawab secara kritis dan bertatasusila.

Dengar petikan yang dibacakan oleh kawan anda. Kemudian, bersoal jawab dengan kawan anda tentang
petikan tersebut secara bertatasusila.

Hanya 34.6 Peratus Beli Insurans


Kajian trend perjalanan rakyat Malaysia oleh sebuah syarikat insurans am tempatan mendapati bahawa
hanya 34.6 peratus rakyat Malaysia yang membeli insurans perjalanan ketika melancong ke luar negara
atau melawat lokasi mencabar. Hal ini bermakna antara tiga dan empat daripada 10 rakyat Malaysia membeli
insurans perjalanan bagi melindungi diri serta keluarga mereka daripada sebarang musibah atau insiden
luar jangka sama ada sebelum, semasa perjalanan atau ketika berada di luar negara.
Kajian dalam talian itu dilakukan Tune Protect, syarikat insurans terkemuka yang juga rakan kongsi
syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia pada tahun 2016. Tinjauan dalam talian dijalankan ke atas
660 responden dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak dari Mei hingga 15 Julai 2016 juga mendapati
bahawa sebanyak 9.6 peratus (46 responden) langsung tidak membeli insurans perjalanan kerana
menganggap insurans tidak penting. Hal ini memberikan gambaran bahawa kesedaran rakyat Malaysia
mengenai kepentingan insurans perjalanan masih rendah ketika banyak kes membabitkan rakyat Malaysia
yang terlantar sakit di luar negara sama ada ketika melancong atau bekerja di luar negara sehingga terpaksa
diterbangkan pulang ke tanah air untuk rawatan lanjut.
(Dipetik dan diubah suai daripada www.bharian.com.my, 2 September 2017)

Murid A : Saya tidak sangka rakyat Malaysia yang mampu melancong ke luar negara tetapi tidak sanggup
membeli insurans perjalanan. Apakah sebabnya mereka tidak mahu membeli insurans perjalanan?

Murid B : Mereka beranggapan bahawa insurans perjalanan tidak penting kepada mereka. Bagi mereka, pembelian

insurans perjalanan hanya membuang duit kerana mereka beranggapan bahawa tidak mungkin berlaku apa-apa

musibah apabila berada di luar negara .


Murid A : Malah, ada yang tidak mahu membeli insurans perjalanan kerana wang tersebut tidak boleh dituntut
jika mereka tidak menggunakannya.

Murid B : Sebenarnya, pandangan itu adalah tidak tepat. Jika mereka mengembara ke luar negara, lebih baik mereka
mengambil insurans perjalanan. Tujuan pembelian insurans perjalanan adalah untuk melindungi mereka daripada

sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini. Sememangnya, kita harap tiada perkara buruk akan terjadi namun

jika betul-betul memerlukan pelan tersebut, kita akan menarik nafas lega kerana telah membuat persediaan awal .

Murid A : Dengan membeli insurans perjalanan, kita bukan sahaja akan dilindungi daripada sebarang kerugian yang
tidak dijangka, kita juga akan memastikan kebajikan orang yang kita sayangi sentiasa terjaga .
Maklumat Kurang Lengkap dan
Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

49

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 49 02-Nov-21 11:14:22 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat.
Objektif Murid dapat membaca dan mengulas maklumat daripada teks dengan betul dan tepat.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, ulaskan maklumat daripada petikan tersebut.
Praktis PBD

Sebab-sebab Golongan Muda Cepat Muflis


• Ghairah menggunakan kad kredit • Berbelanja dengan mewah
• Membeli kereta melebihi kemampuan • Berhutang majlis kahwin

Cadangan Mengatasi Masalah Muflis


• Meningkatkan ilmu dan proaktif dalam menguruskan kewangan dengan
mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi atau jabatan yang menawarkan
khidmat rujukan pendidikan kewangan bagi mengelakkan bebanan hutang.
• Memantau aliran tunai dan membuat penyesuaian sekiranya berlaku aliran wang keluar yang tidak
seimbang.
• Berusaha secara aktif meningkatkan nilai harta bersih seperti menambahkan simpanan, mengurangkan
perbelanjaan, melangsaikan atau mengurangkan hutang dan melupuskan aset yang tidak menjanakan
keuntungan.
• Disarankan agar nisbah hutang tidak melebihi 40 peratus pendapatan bersih bulanan bagi mengelakkan
terperangkap dengan beban hutang.

Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), golongan muda khususnya yang berusia lingkungan 20-an

dicatatkan sebagai paling ramai diisytihar muflis.

Kebanyakan mereka adalah daripada lepasan kolej atau universiti dan baru menempuhi alam pekerjaan. Terdapat banyak

punca yang menyumbang kepada situasi tersebut dan sekiranya permasalahan ini berterusan maka akan memberikan kesan

kepada diri mereka, keluarga dan juga negara kita. Kebiasaaanya pengguna sering leka apabila menggunakan kad kredit kerana

tidak berurus niaga dengan wang tunai. Seharusnya, penggunaan kad kredit hendaklah berhati-hati kerana bagi kredit yang

tertunggak akan dikenakan kadar faedah yang tinggi sehingga mencecah 13.5 peratus setahun. Selain itu, sikap golongan muda

yang ingin menunjuk-nunjuk dan hidup di luar kemampuan sehingga sanggup membeli kereta mahal yang hanya sekadar

memuaskan nafsu sendiri. Golongan muda cepat muflis juga disebabkan mereka berbelanja dengan mewah. Kebiasaannya, mereka

yang baru bekerja akan teruja sebaik-baik sahaja menerima gaji bulanan. Ada antara mereka yang sanggup berbelanja besar seperti

membeli pakaian berjenama dan telefon bimbit dengan harga di luar kemampuan. Selain itu, ada juga yang berhutang majlis

perkahwinan. Sering kali kita melihat pasangan muda yang berkahwin mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran.

Oleh itu, golongan muda perlu meningkatkan ilmu dan proaktif dalam menguruskan kewangan dengan mendapatkan

khidmat nasihat daripada agensi yang menawarkan khidmat rujukan pendidikan kewangan bagi mengelakkan bebanan hutang.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

50

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 50 02-Nov-21 11:14:23 AM


Kemahiran Menulis
S.P 3.7.1 Mengedit dan menyunting ayat dalam pelbagai teks tanpa mengubah maksud asal.
Objektif Murid dapat mengedit kesalahan yang terdapat dalam petikan dan menulis petikan yang telah diedit semula.

Kenal pasti dan garis kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan. Kemudian, edit kesalahan

Praktis PBD
tersebut dan tulis petikan yang telah diedit semula.

Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Hari Keusahawanan secara besar-besaran
di Dewan Budaya sekolah. Hari Keusahawanan itu dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan
Guru. Tujuan Hari Keusahawanan diadakan ialah untuk memberikan pendedahan pada murid tentang
pentingnya seorang usahawan menunjukkan daya saing yang sihat di kalangan usahawan lain. Selain itu,
Hari Keusahawanan juga diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi membaiki kemudahan sekolah
seperti pusat sumber sekolah, bilik-bilik khas, dewan dan makmal Sains.
Persiapan telah dilakukan sehari sebelum Hari Keusahawanan. Guru-guru, murid-murid dan ibu
bapa bekerjasama “bagai aur dengan tebing” untuk menghias gerai jualan masing-masing. Pihak sekolah
juga menyediakan khemah, meja dan kerusi untuk digunakan semasa Hari Keusahawanan. Aktiviti
Hari Keusahawanan bermula daripada pukul 8:30 pagi hingga ke 12:30 tengah hari. Para pengunjung-
pengunjung mesti menggunakan kupon untuk membeli barangan yang dijual pada hari itu. Terdapat banyak
gerai yang dibuka pada hari tersebut. Antara gerai yang dibuka ialah gerai makanan, gerai minuman, gerai
alat mainan, gerai alat tulis, gerai cenderamata dan lain-lain lagi. Aktiviti lain yang diadakan termasuklah
kuiz, pertandingan nyanyian dan cabutan bertuah. Pengetua sekolah sangat berbesar hati kerana Hari
Keusahawanan berjalan dengan lancar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada warga sekolah yang
terlibat untuk menjayakan aktiviti ini.

Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Hari Keusahawanan secara besar-besaran di Dewan Budaya sekolah.

Hari Keusahawanan itu dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Tujuan Hari Keusahawanan diadakan adalah

untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya seorang usahawan menunjukkan daya saing yang sihat

dalam kalangan usahawan lain. Selain itu, Hari Keusahawanan juga diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi

membaiki kemudahan sekolah seperti pusat sumber sekolah, bilik-bilik khas, dewan dan makmal Sains.

Persiapan telah dilakukan sehari sebelum Hari Keusahawanan. Guru-guru, murid-murid dan ibu bapa bekerjasama

“bagai aur dengan tebing” untuk menghias gerai jualan masing-masing. Pihak sekolah juga menyediakan khemah, meja dan

kerusi untuk digunakan semasa Hari Keusahawanan. Aktiviti Hari Keusahawanan bermula dari pukul 8:30 pagi hingga

12:30 tengah hari. Para pengunjung mesti menggunakan kupon untuk membeli barangan yang dijual pada hari itu.

Terdapat banyak gerai yang dibuka pada hari tersebut. Antara gerai yang dibuka ialah gerai makanan, gerai minuman, gerai alat

mainan, gerai alat tulis, gerai cenderamata dan lain-lain lagi. Aktiviti lain yang diadakan termasuklah kuiz, pertandingan

nyanyian dan cabutan bertuah. Pengetua sekolah sangat berbesar hati kerana Hari Keusahawanan berjalan dengan lancar.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada warga sekolah yang terlibat untuk menjayakan aktiviti ini.

Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

51

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 51 02-Nov-21 11:14:23 AM


TEMA

15 Destinasi Misteri
Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Berbincang tentang sesuatu perkara untuk menerima atau menolak pandangan secara rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang
S.P 1.7.1
santun.
Objektif Murid dapat bersoal jawab secara kritis dan bertatasusila.

Bincangkan dengan rakan anda untuk menerima atau menolak pandangan secara rasional dengan ayat
yang gramatis dan bahasa yang santun.

Pakej A Pakej Percutian Pakej B


RM349.00 (Seorang) RM515.00 (Seorang)
ke Pulau Tioman
Pakej Termasuk: Pakej Termasuk:
• Feri pergi dan balik dari
(Tiga Hari Dua Malam) • Feri pergi dan balik dari
Jeti Mersing atau Tanjung Jeti Mersing atau Tanjung
Gemok Gemok
• Dua malam penginapan • Dua malam penginapan
(berhawa dingin) (berhawa dingin)
• Dua sarapan • Dua sarapan
• Satu makan tengah hari • Satu makan tengah hari
• Satu makan malam • Satu makan malam
• Satu makan barbeku • Satu makan barbeku
• Ke Gunung Kajang • Satu snorkel (Pulau
• Ke kedai bebas cukai, Renggis/Taman Marin/
Tekek Tekek)
• Peralatan Snorkel
• Satu selam skuba

Aiman : Bagi saya, saya akan memilih Pakej A kerana saya tidak suka aktiviti air laut seperti berenang, snorkel
dan selam skuba. Saya lebih suka ke pusat beli-belah zon bebas cukai untuk membeli coklat yang
murah. Selain itu, Gunung Kajang menjadi pilihan saya untuk aktiviti mendaki gunung.
Abu : Saya pula akan memilih Pakej B kerana aktiviti snorkel dan aktiviti selam skuba dapat membawa saya
ke dunia bawah laut.

Pendapat anda
Saya akan memilih Pakej B kerana saya dapat menikmati dan meneroka keindahan taman dasar laut di Pulau Tioman.

Lautannya kaya dengan khazanah laut terumbu karang yang menjadikan Pulau Tioman sebagai lokasi popular kepada saya

untuk menyelam dan menjalankan aktiviti snorkel.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

52

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 52 02-Nov-21 11:14:23 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.4.1 Membaca dan memahami serta mengemukakan pendapat yang rasional tentang pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen.
Objektif Murid mengemukakan pendapat yang rasional setelah membaca petikan.

Baca petikan di bawah menggunakan teknik QUACK. Kemudian, kemukakan pendapat anda tentang

Praktis PBD
cara-cara berjimat untuk aktiviti melancong.

Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk
melancong, kita perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak
berlaku pembaziran dan memastikan percutian kita berjalan dengan lancar. Tabungan yang mencukupi
sangat penting untuk bercuti. Jika merancang untuk bercuti, hanya guna duit tabungan yang diasingkan
untuk kegunaan bercuti. Apabila hendak bercuti di luar negara pula, pilih negara yang mengadakan promosi
pelancongan. Jika melalui pakej pelancongan, cari pakej pelancongan yang menawarkan harga yang murah
tetapi selesa.

Sebelum melancong dan bercuti, kita perlulah merancang perbelanjaan yang hendak digunakan semasa
melancong dengan rapi dan teliti. Penyediaan anggaran perbelanjaan harian semasa bercuti, termasuk
kos penginapan, makanan dan pengangkutan adalah sangat penting. Anggaran perbelanjaan ini penting
untuk mengawal perbelanjaan semasa bercuti terutama jika bercuti di luar negara. Tentukan dengan betul
negara, kota atau tempat peranginan yang dilawati sesuai dengan kemampuan kewangan kita. Industri
pelancongan banyak bergantung pada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong
tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal
bagi mendapatkan harga yang murah. Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan
kelengkapan mereka dimasukkan dalam anggaran perbelanjaan.

Selain itu, kita perlulah memilih jenis pengangkutan yang sesuai seperti bas atau teksi untuk pergi
melawat ke tempat-tempat menarik yang telah ditetapkan. Pilihan pengangkutan yang paling murah serta
pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut dapat menjimatkan kos
dan tidak mudah tertipu. Penggunaan kad kredit lebih baik daripada membawa wang tunai yang banyak
tetapi lebih baik elakkan menggunakan kad kredit untuk mengelakkan daripada berbelanja melebihi bajet.
Kesimpulannya, perancangan kewangan yang bijak akan menjimatkan percutian, malah memberikan
pulangan yang bermanfaat kepada kita.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Berjimat semasa Melancong”


Sidang Pengarang, Ringgit, November 2010)

53

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 53 02-Nov-21 11:14:24 AM


Teknik Tanda QUACK
Teknik ini menggalakkan pembaca secara aktif kepada teks yang berbentuk fakta, membuat pertimbangan
terhadap maklumat dan menandai maklumat yang tertentu.

QUACK ialah singkatan bagi yang berikut:


Praktis PBD

Q – Question Mark (Tanda soal ?): Diletakkan pada perkataan, rangkai kata dan idea yang kabur dan tidak
difahami
U – Underline (Garisi): Menggaris takrif
A – Asterisk (Asterik): Meletakkan tanda asterisk (*) pada maklumat atau idea yang penting atau menarik
C – Circle (Bulatkan): Membulatkan fakta dan isi penting
K – Keyword (Kata kunci): Meletakkan huruf besar K di sebelah kata kunci (biasanya berhuruf tebal atau
condong)

Cara-cara berjimat untuk aktiviti melancong

Pada pendapat saya, cara-cara berjimat untuk aktiviti melancong adalah dengan hanya menggunakan duit

tabungan yang diasingkan untuk kegunaan bercuti dan memilih negara yang mengadakan promosi pelancongan apabila

hendak bercuti di luar negara. Sebelum melancong, kita perlulah merancang perbelanjaan yang hendak digunakan semasa

melancong dengan rapi dan teliti. Selain itu, adalah lebih baik jika menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal bagi

mendapatkan harga yang murah. Pilihan pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai

selok-belok kawasan percutian tersebut dapat menjimatkan kos dan tidak mudah tertipu.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

54

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 54 02-Nov-21 11:14:24 AM


Kemahiran Menulis
S.P 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.
Objektif Murid dapat menulis karangan menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.

Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Praktis PBD
Soalan
Anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan anda di luar negara. Sahabat anda itu berminat untuk
berkunjung ke negara anda. Dalam suratnya, dia meminta anda menceritakan tempat-tempat yang menarik
di tempat anda.
Balas surat rakan anda itu.

115-31, Jalan Haji Yunos,

84000 Muar.

20 April 20__.

Menemui sahabatku, Brian yang kini berada di Perth, Australia dengan harapan agar saudara berada dalam keadaan

sihat sejahtera hendaknya.

Saudara,

Bagaimanakah keadaan saudara dan keluarga di Perth? Saya dan keluarga di Malaysia sihat-sihat sahaja pada masa ini.

Saya cukup gembira apabila mengetahui bahawa saudara dan keluarga berhasrat untuk berkunjung ke Malaysia pada

bulan Ogos yang akan datang. Kedatangan saudara sudah saya maklumkan kepada ibu bapa saya. Mereka sedia menerima

kunjungan saudara sekeluarga dengan tangan terbuka.

Pada warkah kali ini, saya akan memberitahu saudara tentang tempat-tempat menarik di negara saya. Negara saya

kaya dengan destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Malaysia juga mempunyai kawasan peranginan tanah

tinggi yang menarik seperti Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting, Bukit Tinggi dan Bukit Bendera. Saudara dapat

menikmati dan menyedut udara yang nyaman. Tanah tinggi Cameron merupakan kawasan penanaman teh, sayur-sayuran

dan bunga-bungaan yang utama di Malaysia, manakala Tanah Tinggi Genting pula merupakan kota keriangan untuk

berhibur dengan permainan yang sungguh menyeronokkan. Oleh yang demikian, ramai pelancong gemar melancong di sini.

Saya juga mengesyorkan agar saudara berkunjung ke Terengganu. Negeri Terengganu tidak hanya terkenal dengan

keropok lekor dan industri batiknya tetapi Pulau Redang yang memiliki keindahan yang mampu mempesonakan jiwa

kita sehingga terbawa-bawa dalam mimpi. Pantai yang berpasir putih dan laut yang jernih di Pulau Redang menjadi destinasi

impian ramai orang bukan sahaja orang tempatan, malahan juga pelancong dari luar negara. Saudara boleh melakukan

aktiviti snorkel atau aktiviti selaman skuba untuk meneroka kepelbagaian hidupan laut yang terdapat di situ. Terdapat juga

pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini seperti berkayak dan merentas hutan.

55

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 55 02-Nov-21 11:14:24 AM


Seterusnya, saudara juga boleh meneruskan percutian ke Bandaraya Melaka Bersejarah. Kota ini dibangunkan oleh

Portugis selepas menakluki Melaka pada tahun 1511. Kota A Famosa dibina menggunakan bahan-bahan yang terdiri

daripada runtuhan bangunan dan masjid. Satu kerugian besar sekiranya saudara tidak mengunjunginya.
Praktis PBD

Sampai di sini dahulu yang dapat saya ceritakan kepada saudara. Semoga saudara berpuas hati dengan penerangan saya.

Mudah-mudahan saudara dapat berkunjung ke Malaysia dan dapat menikmati keindahan dan keseronokan yang telah

saya ceritakan. Saya sudahi surat saya ini dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

Aina Haziqah

Markah 1-5 6-10 11-15 16-20 21-25 26-30


Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

56

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 56 02-Nov-21 11:14:24 AM


TEMA
Mencapai Impian, Menuai
16 Kejayaan

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
S.P 1.7.2 Berunding untuk membuat pertimbangan tentang sesuatu pilihan secara rasional menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun.
Murid dapat berunding untuk membuat pertimbangan tentang sesuatu pilihan secara rasional menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa yang
Objektif
santun.

Anda baru sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anda telah berunding dengan ibu bapa
tentang hala tuju anda selepas SPM. Anda dikehendaki memberikan pendapat yang rasional atas pilihan
anda itu.
Hala Tuju Selepas SPM

Prauniversiti

Diploma Ijazah Sarjana Muda


Sijil SPM
Tingkatan 6

Kerjaya
Sijil Vokasional Diploma Vokasional

Ibu : Saya mencadangkan agar Zaidi terus bekerja selepas tamat tingkatan lima untuk meringankan beban
keluarga.
Ayah : Saya tidak bersetuju dengan cadangan itu. Saya rasa lebih baik Zaidi meneruskan pelajaran sama
ada bidang akademik atapun vokasional sebelum berkerjaya.

Ke manakah Zaidi Selepas SPM?

Atas dasar minat belajar, saya akan memilih STPM kerana kos pengajian

pada peringkat STPM lebih rendah kerana tidak terikat dengan yuran

pengajian yang menjangkau ribuan ringgit. Selain itu, saya juga

boleh mencari kerja dalam sektor perkhidmatan awam kerana sijil

STPM diiktiraf setaraf dengan Diploma dalam perkhidmatan awam.

Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

57

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 57 02-Nov-21 11:14:25 AM


Kemahiran Membaca
S.P 2.4.1 Membaca dan memahami serta mengemukakan pendapat yang rasional tentang pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen.
Objektif Murid mengemukakan pendapat yang rasional setelah membaca petikan.

Baca petikan di bawah menggunakan teknik tanda QUACK. Kemudian, kemukakan pendapat anda tentang
Praktis PBD

persiapan-persiapan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan.

Lambakan graduan yang menyumbang peningkatan jumlah rakyat yang menganggur di negara kita begitu
membimbangkan walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang untuk memastikan mereka
dapat ditempatkan dalam sektor pekerjaan. Masalah ini dapat diatasi sekiranya graduan membuat
pelbagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan. Mereka perlu mempunyai kemahiran interaksi
sosial, iaitu kemahiran cara-cara berhubung dalam kelompok sosial seperti sanggup bekerjasama,
semangat setia kawan dan nilai-nilai kebersamaan yang lain.

Bukan itu sahaja, graduan juga perlu menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan. Kepetahan
dan kecekapan untuk berkomunikasi dapat menjadikan mereka berkarisma dan berwibawa semasa
ditemu duga. Penguasaan pelbagai jenis bahasa di samping bahasa kebangsaan sepatutnya menjadi
keutamaan para graduan. Oleh sebab itu, mereka dapat berinteraksi dengan rakan sekerja dari luar
negara dan berupaya untuk bersaing pada peringkat global. Tidak hairanlah graduan yang fasih bertutur
dalam pelbagai bahasa mudah diambil bekerja oleh syarikat swasta kerana mereka mempunyai kelebihan
berbanding dengan graduan yang lain. Kajian mendapati bahawa graduan yang beretika dan mempunyai
nilai spiritual yang baik biasanya mudah ditawarkan pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana reputasi
yang baik sebagai pelajar tanpa sebarang rekod salah laku akan memberikan imej positif kepada bakal
majikan. Graduan yang memiliki penampilan diri yang menarik juga merupakan suatu kelebihan yang
dilihat dan dinilai oleh majikan sebelum seorang itu diambil bekerja. Dengan memiliki kelebihan tersebut,
seseorang graduan dapat menarik minat majikan dan memberikan kesan positif dalam kerjayanya.
Seterusnya, para graduan perlu menonjolkan diri sebagai individu yang mempunyai kesabaran yang
tinggi dalam menghadapi tekanan kerana alam pekerjaan lazimnya memberikan pelbagai jenis tekanan.

Di samping itu, graduan seharusnya menguasai kemahiran berfikir secara kiritis dan analitis agar
mereka dapat menyumbangkan idea-idea berkualiti yang berkait rapat dengan budaya kerja cemerlang.
Jelaslah, untuk memastikan para graduan berjaya memperoleh pekerjaan yang diidamkan, mereka
sepatutnya melakukan beberapa persediaan dan mempunyai kemahiran-kemahiran yang penting bukan
sekadar memiliki akademik yang tinggi semata-mata.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Kemahiran Sebelum Bergelar Graduan”


oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, Jun 2015)

58

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 58 02-Nov-21 11:14:25 AM


Teknik Tanda QUACK
Teknik ini menggalakkan pembaca secara aktif kepada teks yang berbentuk fakta, membuat pertimbangan
terhadap maklumat dan menandai maklumat yang tertentu.

Praktis PBD
QUACK ialah singkatan bagi yang berikut:
Q – Question Mark (Tanda soal ?): Diletakkan pada perkataan, rangkai kata dan idea yang kabur dan tidak
difahami
U – Underline (Garisi): Menggaris takrif
A – Asterisk (Asterik): Meletakkan tanda asterisk (*) pada maklumat atau idea yang penting atau menarik
C – Circle (Bulatkan): Membulatkan fakta dan isi penting
K – Keyword (Kata kunci): Meletakkan huruf besar K di sebelah kata kunci (biasanya berhuruf tebal atau
condong)

Persiapan-persiapan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan

Pada pendapat saya, antara persiapan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan ialah graduan perlu mempunyai kemahiran

interaksi sosial. Graduan juga perlu menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan dan menguasai pelbagai jenis bahasa

di samping bahasa kebangsaan. Graduan juga perlu beretika dan mempunyai nilai spiritual yang baik dan memiliki penampilan

diri yang menarik. Seterusnya, para graduan perlu menonjolkan diri sebagai individu yang mempunyai kesabaran yang tinggi

dalam menghadapi tekanan dan menguasai kemahiran berfikir secara kirits dan analitis.

Maklumat Kurang Lengkap dan


Penilaian Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

59

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 59 02-Nov-21 11:14:25 AM


Kemahiran Menulis
S.P 3.7.1 Mengedit dan menyunting ayat dalam pelbagai teks tanpa mengubah maksud asal.
Objektif Murid dapat mengedit kesalahan yang terdapat dalam petikan dan menulis petikan yang telah diedit semula.

Kenal pasti dan garis kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan. Kemudian, edit kesalahan
Praktis PBD

tersebut dan tulis petikan yang telah diedit semula.

Setiap murid-murid mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai murid gagal
menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut.
Antara kaedah-kaedah untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran adalah murid perlulah kerap
mengulang kaji pelajaran. Kaedah ini memudahkan kita mengingati sesuatu topik yang telah dipelajari.
Selain itu, kita juga perlu menumpukan sepenuh perhatian ketika guru mengajar di dalam kelas. Fokus yang
diberikan akan membuatkan kita mudah memahami setiap perkara yang diajar.
Seterusnya, murid harus menyediakan jadual aktiviti harian dengan dapat memudahkan murid
menguruskan aktiviti harian dan membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Di samping itu, murid juga mestilah menghadiri ke aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak
sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan memantapkan
memahami dan kemahiran murid dalam pelajaran.
Kesimpulannya, setiap murid inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, murid
haruslah bijak memilih kaedah-kaedah yang sesuai selain berusaha dengan tekun dan gigih demi mencapai
impian tersebut kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Setiap murid mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai murid gagal menggunakan

kaedah-kaedah yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut.

Antara kaedah untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah murid perlulah kerap mengulang kaji pelajaran.

Kaedah ini memudahkan kita mengingati sesuatu topik yang telah dipelajari. Selain itu, kita juga perlu menumpukan sepenuh

perhatian ketika guru mengajar di dalam kelas. Fokus yang diberikan akan membuatkan kita mudah memahami setiap

perkara yang diajar.

Seterusnya, murid harus menyediakan jadual aktiviti harian agar dapat memudahkan murid menguruskan aktiviti harian

dan membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Di samping itu, murid juga mestilah menghadiri

aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya.

Aktiviti seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran murid dalam pelajaran.

Kesimpulannya, setiap murid inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, murid haruslah bijak memilih

kaedah-kaedah yang sesuai selain berusaha dengan tekun dan gigih demi mencapai impian tersebut kerana yang bulat tidak

datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Markah 1 2 3 4 5 6
Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

60

03-Masteri BM KSSM Tg3 Tema 12-16 3rd.indd 60 02-Nov-21 11:14:25 AM


Sistem Bahasa
Kertas 1 (Bahagian A & Bahagian B - Soalan 1 & 2)

Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan Kata Pinjaman S.P 5.1.1

Kata Nama Am
1 Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang,
haiwan dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan sebagainya.
2 Dengan kata lain, kata nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Contoh:
manusia/orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor
haiwan ayam, gajah, kerbau, anjing, kuda, burung, ikan
tumbuh-tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang
benda pasir, kayak, radio, rumah, pen, buku
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri

Kata Nama Khas


1 Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa
dan yang tidak bernyawa.
2 Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf pertama kata
nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Contoh:

manusia Jason Lee, Zaidi, Sutha, Sulochana, Yeo Sum Leng, Amirah
haiwan Sang Belang (harimau), Tompok (kucing), Sang Bedal (buaya)
tempat Batu Pahat (daerah), Kuching (bandar), Korea (negara), India, Australia
bangunan Terminal Bersepadu Selatan (terminal stesen bas), Menara Kuala Lumpur (pejabat)
judul buku Keluarga (majalah), Hempasan Ombak (novel), Kamus Pelajar (buku)
benda Toyota Vios (kereta), Pilot (pen), Nike (kasut)

Kata Pinjaman
1 Kata pinjaman ialah kata yang dipinjam daripada satu bahasa lalu diterapkan kepada satu lagi bahasa. Oleh
hal yang demikian, penyesuaian huruf dilakukan sekiranya perlu.
2 Penyesuaian tersebut boleh terdiri daripada pengekalan, penggantian dan pengguguran huruf tertentu.
(a) Pengekalan huruf
Hal ini bermakna bahawa ejaan asal dikekalkan.
Contoh:

atom bank diesel hotel neon pistol status zoo

61

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 61 02-Nov-21 11:15:21 AM


(b) Penggantian huruf
Beberapa huruf digantikan untuk disesuaikan dengan bunyi atau sebutan dalam bahasa Melayu.
Contoh:

c menjadi k y menjadi i g menjadi j


• criteria – kriteria • January – Januari • regime – rejim
• vaccin – vaksin • gravity – graviti • magistrate – majistret
• republic – republik • geology – geologi
ph menjadi f ou menjadi au
• graph – graf • accountant – akauntan
Sistem Bahasa

• photography – fotografi • pound – paun


• telephone – telefon

PT3 (c) Pengguguran huruf


Beberapa huruf tertentu tidak dikekalkan. Contoh:

ch menjadi k ce menjadi s uu menjadi u


• scheme – skim • science – sains • vacuum – vakum
• cholera – kolera • ambulance – ambulans • continuum – kontinum
• monarchy – monarki • insurance – insurans

Praktis DSKP 1
Aspek Tatabahasa
S.P. 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama dan kata pinjaman dengan betul.

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih kata nama dan kata pinjaman yang paling sesuai.

automotif Mekah Mahaguru petani antiseptik Sang Belang


Hari Ibu tudung saji wartawan Piala Dunia kualiti guru

1 Mahaguru persatuan silat sedang memberikan tunjuk ajar kepada anak didiknya.
2 Hari Ibu didefinisikan sebagai sambutan dan penghargaan buat semua ibu.

3 Kualiti sesuatu barangan atau perkhidmatan sebahagian besarnya terletak pada reka bentuk

yang baik.

4 Pelbagai kata indah diungkapkan bagi menzahirkan penghargaan atas sumbangan dan jasa seorang
guru apabila tibanya tanggal 16 Mei setiap tahun.
5 Emak menyapu sedikit cecair antiseptik pada luka di kaki abang saya.
6 Piala Dunia FIFA merupakan kejohanan bola sepak antarabangsa yang paling popular dalam kalangan
peminat bola sepak.

7 Murid cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Australia dalam bidang automotif .

8 Datuk saya akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji pada minggu hadapan.

9 Petani itu bekerja keras di bawah terik matahari.

62

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 62 02-Nov-21 11:15:22 AM


10 Ibu menutup makanan di atas meja itu dengan tudung saji .

11 Kejadian rompak kedai emas di Muar dilaporkan sepenuhnya oleh wartawan itu.

12 Penduduk sekitar Tatau, Bintulu mula bimbang susulan dakwaan Sang Belang berkeliaran di kawasan itu.

Kata Adjektif S.P 5.1.2

1 Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti PT3

Sistem Bahasa
manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
2 Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh,
sekali, paling, agak dan benar.

Jenis-jenis Kata Adjektif


Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis, iaitu:

Jenis Contoh Jenis Contoh


sifat baik, cerdik, berani, lemah jarak dekat, hampir, jauh, nyaris
warna merah, jingga, ungu, putih cara selalu, jarang, kerap, lambat
ukuran pendek, panjang, tebal, nipis pancaindera payau, kelat, manis, masin
bentuk bujur, lurus, bulat, leper perasaan marah, sedih, gembira, benci
waktu lama, lambat, lewat, segera

Praktis DSKP 2
Aspek Tatabahasa
S.P. 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif dalam ayat mengikut konteks.

Betulkan kata adjektif yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat di bawah.

1 Aiman sedang berlari deras untuk memenangi acara lumba lari 200 meter. ( pantas )
2 Suara penyanyi yang garau itu berjaya memukau para penonton. ( merdu )
3 Air telaga itu sudah lincah kerana musim kemarau yang berpanjangan. ( kering )
4 Reka bentuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur sungguh leper. ( unik )
5 Ceramah teknik menjawab soalan itu dijalankan dengan pantas. ( lancar )
6 Adik seronok bermain di kolam itu kerana airnya sangat putih. ( jernih )
7 Aiman berasa gembira kerana tidak lulus dalam ujian memandu kereta. ( sedih )
8 Baju yang baru dibeli oleh ayah menjadi kendur selepas dicuci. ( kecut )
9 Perjalanan dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur memakan masa yang jauh. ( lama )
10 Kari ikan yang telah basi itu berbau hamis. ( busuk )
11 Siti memilih jejaka yang jelita dan berbudi bahasa sebagai calon suaminya. ( kacak )
12 Ayah berasa tegas apabila mendapat tahu adik terlibat dalam lumba haram. ( marah )

63

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 63 02-Nov-21 11:15:22 AM


Kata Tugas S.P 5.1.3

1 Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas
sintaksis.
2 Kata tugas hadir dalam ayat sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa atau di belakang
perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu
dalam ayat berkenaan.
Sistem Bahasa

Jenis-jenis Kata Tugas

Kata Sendi Nama Kata Hubung


• Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk • Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu
PT3
menyambungkan frasa nama dengan kata atau sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan
frasa-frasa dalam ayat. dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu
• Kata sendi memerlukan frasa nama yang bentuk ayat yang berlapis.
membentuk predikat ayat. • Contoh: dan, kerana, serta, yang, bahawa, jika,
• Contoh: dari, untuk, daripada, kepada kalau, sementara, sejak
Kata Tanya Kata Perintah
• Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk • Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan
menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap
• Contoh: apa, berapa, bila, siapa, bagaimana, perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
mengapa • Contoh: jangan, sila, usah, tolong, harap, minta
Kata Seru Kata Pangkal Ayat
• Kata seru ialah kata yang digunakan untuk • Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir
menggambarkan perasaan seseorang seperti di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda
marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, kesinambungan ayat dalam wacana.
terkejut dan sebagainya. • Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu banyak
• Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya
pengucapan, iaitu dengan nada meninggi atau digunakan dalam bahasa Melayu klasik.
menurun. • Contoh: hatta, maka, adapun, alkisah, sebermula,
• Contoh: amboi, wah, aduh, aduhai, cis, oh syahadan, arakian
Kata Bantu Kata Penguat
• Kata bantu ialah perkataan yang bertugas untuk • Kata penguat ialah perkataan yang mendahului
membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk
nama, iaitu dengan menimbulkan makna-makna menguatkan maksud yang terkandung dalam kata
tambahan dari aspek waktu atau ragam. adjektif.
• Contoh: pernah, telah, sedang, belum, akan, masih • Contoh: terlalu, sangat, agak, paling, sungguh
Kata Penegas Kata Nafi
• Kata penegas juga disebut partikel atau kata • Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi
penyerta ialah sejumlah perkataan yang bagi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa
memberikan penekanan pada bahagian-bahagian kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
tertentu dalam ayat. • Contoh: bukan, tidak
• Contoh: inilah, dialah, apatah, juga, pun, lagi
Kata Pemeri Kata Pembenar
• Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal • Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan
atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa sesuatu pertanyaan.
utama dalam predikat. • Contoh: ya, benar
• Contoh: ialah, adalah

64

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 64 02-Nov-21 11:15:22 AM


Kata Arah Kata Bilangan
• Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir • Kata bilangan ialah perkataan yang menerangkan
sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi bilangan atau jumlah orang, benda atau perkara.
nama untuk menunjukkan hala atau arah sesuatu. • Contoh: dua batang, lima jam, segala, semua,
• Contoh: di atas, dari penjuru, ke tepi, di samping pelbagai, sekalian, segelintir, kesepuluh
Kata Adverba Kata Penekan
• Kata adverba ialah perkara yang menerangkan • Kata penekan merupakan salah satu daripada kata
kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi pascakata, iaitu kata yang hadir dan bercantum
nama dari segi cara, masa dan tempat. selepas perkataan.
PT3

Sistem Bahasa
• Contoh: bergerak laju, hampir terjatuh • Bentuk kata tersebut ialah -nya yang dapat
berfungsi sebagai penekan atau pembenda.
• Contoh: sesungguhnya, bahawasanya, nampaknya
Kata Pembenda
• Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama
sebagai kata nama.
• Contoh: datangnya, sedapnya, tingginya, pantasnya

Praktis DSKP 3
Aspek Tatabahasa
S.P. 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata tugas dalam ayat mengikut konteks.

Garis kata sendi nama yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.

1 Azizah akan pulang (di / ke) kampung halaman (untuk / dengan) menyambut Hari Raya Aidilfitri.

2 “Kamu perlu menghantar buku latihan ini (pada / kepada) saya (di / pada) hari Khamis,” kata Cikgu Sharifah
kepada murid-muridnya.

3 Wang yang diperoleh (dari / daripada) penjualan tiket perlawanan bola jaring akan didermakan
(kepada / pada) anak-anak yatim.

4 Harga baju ini lebih mahal (dari / daripada) harga baju itu.

5 Kenangan manis sewaktu bercuti bersama-sama keluarga di Pulau Langkawi masih segar (di dalam / dalam)
ingatan.

6 Pesta Flora pada kali ini akan disertai (dengan / oleh) pelbagai syarikat swasta.

7 Paras air Sungai Sebiew telah meningkat (kepada / pada) paras bahaya.

8 Aiman sangat gembira kerana berjaya menamatkan pengajian (dari / daripada) salah sebuah universiti
terbaik (di / ke) Australia.

9 Sekumpulan murid sedang berbincang (tentang / untuk) tugasan yang diberikan oleh guru kelas mereka.

10 Kotak yang besar itu tidak terangkat (akan / oleh) lelaki itu.

11 Ibu menasihati kami agar mempunyai rasa belas kasihan (terhadap / akan) haiwan.

12 Perajurit itu rela berkorban nyawa (akan / demi) kedaulatan tanah air yang tercinta.

65

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 65 02-Nov-21 11:15:22 AM


Praktis DSKP 4
Aspek Tatabahasa
S.P. 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata tugas dalam ayat mengikut konteks.

Bina ayat menggunakan kata hubung yang diberikan.

No. Kata Hubung Ayat


Sistem Bahasa

1 yang Nama yang disebutkan oleh guru disiplin pada pagi tadi ialah abang saya.

2 supaya Kami berdoa supaya nenek cepat sembuh.


PT3
3 tetapi Keluarga Pak Ali miskin tetapi mereka hidup bahagia.

Guru kelas menyatakan bahawa semua muridnya mendapat keputusan yang baik dalam
4 bahawa
peperiksaan kali ini.

5 sambil Adik mandi sambil menyanyi di dalam bilik air.

6 kian ... kian Kian hari kian susut badan datuk saya yang menghidap penyakit.

7 apabila Adik menjerit lalu menangis apabila lampu di dalam bilik tiba-tiba terpadam.

8 sekiranya Tindakan akan diambil sekiranya murid-murid tidak mematuhi peraturan sekolah.

9 serta Azlin rajin dan baik hati serta berbudi bahasa.

10 manakala Saya membaca buku, manakala adik sedang tidur.

Walaupun dia mengalami pelbagai dugaan dalam hidup, namun dia tetap tabah menghadapi
11 walaupun ... namun
segalanya.

12 baik ... mahupun Baik murid lelaki mahupun murid perempuan semua dikehendaki menghantar buku latihan.

Kata Kerja S.P 5.1.4


1 Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan.
2 Dalam sesebuah ayat, kata kerja berfungsi sebagai predikat.
3 Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja sama ada yang berlaku atau dilakukan.
Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
4 Kata kerja terbahagi kepada kata kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif (perbuatan
tidak melampau).
5 Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), kata kerja adalah sebagai satu golongan kata yang boleh dibahagikan
kepada dua kumpulan utama, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Kata Kerja Transitif


1 Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.
2 Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek).

66

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 66 02-Nov-21 11:15:23 AM


3 Biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan seperti
mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki dan mempersilakan. Contoh ayat:
(a) Ali membaca buku.
(b) Ibu membasuh baju.

Kata Kerja Tak Transitif


1 Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek.
2 Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau
objek sesudahnya. PT3

Sistem Bahasa
Jenis-jenis Kata Kerja Tak Transitif
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan
maksud ayat. (Nik Safiah Karim et al., 2009).
Contoh:

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Pelengkap


Adik bermain di ruang tamu.
Aiman tinggal di Sarawak.

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap


Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.
Contoh:

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Keterangan


Mereka makan di kantin.
Mereka membeli-belah di kedai.

Praktis DSKP 5
Aspek Tatabahasa
S.P. 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja dalam ayat mengikut konteks.

Garisi kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu
kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

1 Adik menangis tersedu-sedu. ( Kata kerja tak transitif )


2 Ibu menyiram bunga. ( Kata kerja transitif )
3 Abang saya menendang bola. ( Kata kerja transitif )
4 Reban ayam itu dibina oleh ayah. ( Kata kerja transitif )
5 Kakak sedang tidur di dalam bilik. ( Kata kerja tak transitif )
6 Saya tinggal di Muar. ( Kata kerja tak transitif )
7 Saya menaiki bas ke sekolah. ( Kata kerja transitif )
8 Kera itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa. ( Kata kerja transitif )

67

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 67 02-Nov-21 11:15:23 AM


9 Dia memasukkan buku itu ke dalam beg sekolah. ( Kata kerja transitif )
10 Lelaki itu terjatuh ke dalam longkang. ( Kata kerja tak transitif )
11 Ibu menghidangkan makanan kepada tetamu yang datang
ke rumah kami. ( Kata kerja transitif )
12 Ibu tersenyum melihat telatah anak-anak di taman permainan. ( Kata kerja tak transitif )

Kata Ganda
Sistem Bahasa

S.P 5.2.1

1 Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.
2 Menurut Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim), kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan
PT3 menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian
tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
3 Penggandaan terbahagi kepada empat, iaitu kata ganda seluruh, kata ganda separa, kata ganda berentak/
berima dan kata ganda berimbuhan.

Kata Ganda Seluruh


1 Kata ganda seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan
bentuk.
2 Contoh kata ganda seluruh, iaitu:

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif


buku-buku pusing-pusing tinggi-tinggi
kawan-kawan Jalan-jalan manis-manis
meja-meja usik-usik biru-biru

3 Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata. Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal
atau kedua-duanya.

Penggandaan Makna Jamak Makna Tunggal


api-api banyaknya api sejenis serangga
kuda-kuda banyaknya kuda kayu penyangga
anak-anak banyaknya anak mainan

Kata Ganda Separa


1 Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.
2 Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf
e. Contoh:

Kata Dasar Kata Ganda Kata Ganda Separa


langit langit-langit lelangit
kuda kuda-kuda kekuda
tupai tupai-tupai tetupai
siku siku-siku sesiku
bola bola-bola bebola

3 Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baharu dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair,
tetuang dan sesendi.

68

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 68 02-Nov-21 11:15:23 AM


Kata Ganda Berima/Berentak
1 Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu
dalam kata dasar tersebut.
2 Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu
persamaan bunyi di hujung, persamaan bunyi di pangkal dan persesuaian bunyi keseluruhan.

Jenis Kata Ganda Contoh Contoh Ayat


Persamaan bunyi ramah-tamah, lauk-pauk Adik-beradiknya ramah-tamah belaka. PT3
di hujung

Sistem Bahasa
Persamaan bunyi mandi-manda, bukit-bukau Mereka mandi-manda di kawasan sungai itu.
di pangkal
Persesuaian bunyi ulang-alik, kusut-masai Abang ulang-alik ke sekolah dengan mengayuh
keseluruhan basikal.

Kata Ganda Berimbuhan


Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan atau
akhiran. Contoh:

Imbuhan Contoh
Awalan bertukar-tukar, menjerit-jerit, berturut-turut
Apitan hormat-menghormati, kemerah-merahan, setidak-tidaknya
Sisipan tulang-temulang, gilang-gemilang, gilap-gemilap
Akhiran wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran

Praktis DSKP 6
Aspek Tatabahasa
S.P. 5.2.1 Memahami dan menggunakan pelbagai kata ganda dalam ayat mengikut konteks dengan betul.

Garisi kata ganda yang paling sesuai bagi ayat-ayat di bawah.

1 Ibu memasang (tetikus, dedaun, lelangit, bebudak) di bilik kakak yang akan melangsungkan perkahwinan
pada minggu depan.
2 Adik perempuan saya suka mengejar (anai-anai, laki-laki, rama-rama, bola-bola) di taman bunga.
3 Keadaan di dalam kelas menjadi (basah-kuyup, huru-hara, gelap-gelita, lauk-pauk) setiap kali guru tiada
di dalam kelas.
4 Petani itu memasang (layang-layang, daun-daun, tupai-tupai, orang-orang) untuk menakutkan burung.
5 Abu memandu dengan cermat kerana jalan ke rumah Ali (bengkang-bengkok, lemah-gemalai, susup-sasap,
rempah-ratus).
6 (Bulat-bulat, Siang-siang, Paru-paru, Kuda-kuda) lagi Pak Aiman telah mengayuh basikal dengan cucunya
di Tanjung Batu.
7 (Selok-belok, Tindak-tanduk, Selang-seli, Turun-temurun) penyanyi pujaan ramai itu menjadi ikutan para
peminatnya.

69

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 69 02-Nov-21 11:15:23 AM


8 (Laki-laki, Kura-kura, Pemberita-pemberita, Tetamu-tetamu) berkumpul di dewan persidangan semasa
kerajaan mengadakan persidangan.
9 (Kekabu, Bebenang, Reranting, Pepatung) itu hinggap di batang kayu.
10 (Corat-coret, Sedu-sedan, Sorak-sorai, Mandi-manda) orang ramai kedengaran apabila penceramah itu
selesai berucap.

Kata Terbitan S.P 5.3.1


Sistem Bahasa

1 Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima awalan,
sisipan, akhiran atau apitan (imbuhan).
2 Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat dan harus diimbuhkan pada
PT3 bentuk lain yang merupakan kata dasar.

Jenis Imbuhan

Awalan Akhiran Apitan Sisipan


Hadir sebelum Hadir sesudah Hadir secara mengapit kata dasar secara Hadir di celahan
kata dasar kata dasar serentak di awal dan di akhir kata dasar kata dasar

Kata Terbitan Berawalan


Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.
Contoh:

Awalan Kata Nama Awalan Kata Kerja Awalan Kata Adjektif


• pe- (pelari, penyanyi, penyapu) • me- (menari, menyikat, merasa, merintih) • ter- (terbesar, terputih)
• pem- (pembawa, pembuka) • memper- (memperhamba, memperisteri) • te- (teruncing, teringin
• pen- (pendatang, pendua) • ber- (berjalan, berganti, berserta, berlari) terendah)
• peng- (penggali, penggubal) • ter- (terjebak, terbentuk, terlanggar) • se- (secantik,
• pel- (pelajar) • di- (diatur, ditimbang, disusun, dijemur) secerah, setebal)
• ke- (ketua, kelepek) • diper- (dipercepat, diperoleh, diperluas)
• juru- (jurusolek, juruwang)
• pra- (prasekolah, prasejarah)
• dwi- (dwitahunan, dwibahasa)

Kata Terbitan Berapitan


Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.

Apitan Kata Nama Apitan Kata Kerja Apitan Kata Adjektif


• pe-…-an (pelaksanaan, • me-…-kan (memainkan, melukakan) ke-…-an (keinggerisan,
perasaan) • mem-…-kan (membaharukan, membaikkan) kearaban, kecinaan)
• penge-…-an (pengesahan, • ber-…-kan (beralaskan, berlaukkan)
pengehadan) • diper-…-i (diperingati)
• ke-…-an (kelainan, kelebihan) • ke-…-an (kehujanan, kehausan, kepanasan)
• di-…-kan (dibiarkan, digunakan, ditempatkan)
• memper-...-i (memperingati)

70

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 70 02-Nov-21 11:15:23 AM


Kata Terbitan Bersisipan
Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam kata nama dan kata adjektif. Contoh:

Sisipan Kata Nama Sisipan Kata Adjektif


• -el- (kelengkeng, telunjuk, kelabut) • -el- (selerak, gelembung)
• -er- (keruping, seruling, serabut) • -er- (serabut, gerigi)
• -em- (gemilang, semerbak, gemerlap)
• -in- (sinambung) PT3

Sistem Bahasa
Praktis DSKP 7
Aspek Tatabahasa
S.P. 5.3.1 Memahami dan menggunakan pelbagai kata terbitan dalam ayat mengikut konteks dengan betul.

Berikan imbuhan awalan, imbuhan apitan, imbuhan sisipan atau imbuhan akhiran yang sesuai bagi
perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

1 Sektor kilang sedang mengehadkan bilangan pekerja asing yang membanjiri negara ini. ( perkilangan )

2 Wang simpan saya masih belum cukup untuk membeli rumah kerana harga rumah
yang melambung tinggi ketika ini. ( simpanan )

3 Artis itu telah mencapai kejayaan yang gilang apabila albumnya mendapat sambutan
hangat daripada peminat. ( gemilang )

4 Lembu-lembu sedang ragut rumput di tengah padang. ( meragut )

5 Jari tunjuk Saiful luka kerana terkena pisau apabila menghiris bawang merah. ( telunjuk )

6 Kakak saya sedang menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru Sains. ( tugasan )

7 Sekolah berperanan dalam pupuk amalan mencintai alam sekitar dalam diri
murid-murid. ( pemupukan )

8 Umum tahu bahawa antara manfaat melakukan aktiviti rekreasi ialah aktiviti ini dapat
merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat. ( mengetahui )

9 Rakyat merupakan tunjang utama kepada bangun negara. ( pembangunan )

10 “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing” merupakan peribahasa yang
sering berlegar-legar dan bermain-main di segenap kehidupan hari rakyat Malaysia. ( harian )

11 Remaja kini dedah kepada pelbagai cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya,
media massa dan budaya Barat. ( terdedah )

12 Indah di Pulau Sipadan menggamit kedatangan pelancong. ( Keindahan )

13 Pamer kerjaya itu akan diadakan selama tiga hari. ( Pameran )

14 Datuk saya menerima rawat di klinik kesihatan. ( rawatan )

71

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 71 02-Nov-21 11:15:23 AM


Frasa S.P 5.4.1

1 Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang
berfungsi sebagai konstituen dalam ayat sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan.
2 Frasa tiada subjek dan predikat.
3 Frasa juga tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.

Jenis-jenis Frasa
Sistem Bahasa

Frasa
Nama
PT3

Frasa Jenis-
Sendi jenis Frasa
Nama Frasa Kerja

Frasa
Adjektif

Frasa Nama
1 Frasa nama ialah panggilan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak, baik dalam
bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina.
2 Frasa nama mungkin terdiri daripada satu patah perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan.
3 Frasa nama adalah antara empat kategori frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu dan mempunyai fungsi
yang banyak dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu, pemahaman mengenai frasa ini penting bagi
seseorang pengguna bahasa untuk menjanakan frasa dan ayat yang gramatis.

Frasa Kerja
1 Frasa kerja ialah perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perbuatan
sama ada melibatkan pergerakan atau tidak, oleh manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak.
2 Frasa kerja adalah antara empat kategori frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu.
3 Frasa kerja mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu, pemahaman
mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa untuk menjanakan frasa dan ayat yang
gramatis.

Frasa Adjektif
1 Frasa adjektif ialah satu daripada empat kategori frasa bahasa Melayu.
2 Frasa adjektif dapat berfungsi sebagai predikat ayat. Fungsinya yang lain adalah sebagai penerang frasa
kerja dan penerang frasa nama.

Frasa Sendi Nama


1 Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa
nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu.
2 Frasa sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.

72

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 72 02-Nov-21 11:15:24 AM


Praktis DSKP 8
Aspek Tatabahasa
S.P. 5.4.1 Memahami dan menggunakan pelbagai frasa dalam ayat mengikut konteks.

Nyatakan jenis frasa yang bergaris sama ada Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif atau Frasa
Sendi Nama.
PT3
No. Ayat Jenis Frasa

Sistem Bahasa
1 Aziz di perpustakaan sejak pagi tadi. Frasa Sendi Nama

2 Cuaca pada petang ini sungguh panas. Frasa Sendi Nama

3 Pemandangan di kampung itu sangat indah dan permai. Frasa Adjektif

4 Buku-buku tersusun dengan kemas di atas meja itu. Frasa Kerja

5 Kereta Perodua Bezza itu kereta ayah saya. Frasa Nama

6 Suara penyanyi itu sungguh merdu. Frasa Adjektif

7 Ibu negeri Sarawak ialah Kuching. Frasa Nama

8 Warna baju adik kekuning-kuningan. Frasa Adjektif

9 Adik sedang tidur lena di dalam bilik. Frasa Nama

10 Kami di dalam rumah ketika kejadian rompakan itu berlaku. Frasa Sendi Nama

11 Kucing itu mengiau dengan kuatnya. Frasa Kerja

12 Cikgu Adelia guru bahasa Melayu yang cantik. Frasa Nama

13 Bulu kucing itu sungguh lembut sekali. Frasa Adjektif

14 Saya ke Melaka semalam dengan menaiki bas. Frasa Sendi Nama

15 Abang saya sedang mencuci kereta. Frasa Kerja

16 Warna uniform pengawas Ghazali sudah luntur. Frasa Nama

73

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 73 02-Nov-21 11:15:24 AM


Praktis Berformat PT3
Bahagian A Objektif Aneka Pilihan

Morfologi
Penggolongan Kata
Sistem Bahasa

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Ibu sedang menuang air ke dalam itu. Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
PT3 A biri-biri
B kisi-kisi
C labu-labu
D kupu-kupu

2 Walaupun sudah sembuh tetapi Aziz


belum boleh berjalan dengan baik.
A akan
B mesti
C masih
D hendak

3 Kumpulan perompak yang bersenjata api itu terdiri 7 Pengemis itu memakai pakaian yang .
lima belas orang anggota. A kucar-kacir
A dari B kusut-masai
B oleh C lintang-pukang
C untuk D compang-camping
D daripada
8 “ rasa kuih-muih yang dibuat oleh ibu
4 Mangsa peperangan itu tidur dengan saya,” pelawa Ali kepada rakan-rakannya.
lengan. A Usah
A beratapkan B Minta
B bertilamkan C Harap
C berbantalkan D Jemput
D berselimutkan
9 Semua ahli pasukan bola jaring itu yakin
5 Tunku Ibrahim Ismail Ibni Tunku Mahmud Iskandar mereka akan dapat melayakkan diri
di Istana Bukit Serene semenjak ke peringkat yang seterusnya.
pertabalan baginda sebagai Sultan Johor. A agar
A beradu B yang
B bertitah C kerana
C berangkat D bahawa
D bersemayam
10 negara sedang dilanda krisis ekonomi,
6 Ibu menyuruh kakak mencuci ikan yang telah masih banyak orang yang tidak
disiang itu dengan air asam jawa supaya tidak berjimat cermat dan sentiasa berbelanja dengan
berbau . boros.
A busuk A Baik ... mahupun
B hanyir B Jangankan ... namun
C hangit C Sungguhpun ... namun
D hangus D Bukan sahaja ... bahkan juga

74

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 74 02-Nov-21 11:15:24 AM


Penggunaan Ejaan dan Imbuhan, Kata atau Istilah dan Tatabahasa
Kesalahan Bahasa
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan
dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Ibu mengasingkan beberapa kotak pakaian 4 Dia mengamanah rumah peninggalan orang
A A B
terpakai agar didermakan kepada anak-anak tuanya di kampung kepada bapa saudaranya. PT3
B C C

Sistem Bahasa
yatim yang memerlukannya. Tiada kesalahan Tiada kesalahan
D D

2 Latihan bola tampar akan diadakan dari pukul 8.00 5 Sesetengah penduduk enggan bekerjasama
A A
pagi hingga ke pukul 12.00 tengah hari. dengan Jabatan Kesihatan yang menjalankan
B C B
Tiada kesalahan operasi antidenggi. Tiada kesalahan
D C D

3 Ayah mengucapkan tahniah kepada Azizah di atas 6 “Hamba memperoleh khabar bahawa baginda
A B A B
kejayaannya menjuarai pertandingan menulis amat marah atas kecuaian Tun Perak,” kata Hang
C C
esei peringkat daerah. Tiada kesalahan Lekiu kepada Hang Lekir. Tiada kesalahan
D D

Penggunaan Kata (Kata Banyak Makna, Kata Hampir Sama Makna dan Kata Hampir Sama Bunyi)
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1 I Bandar itu telah jatuh ke tangan musuh. 3 I Ular itu kononnya sangat besar dan boleh
II Zaidi jatuh terduduk kerana terpijak kulit makan seekor kerbau.
pisang. II Abu seorang yang suka makan kawan.
III Buah yang ranum itu jatuh ke tanah apabila III Pembinaan rumah banglo itu telah makan
ditiup angin. masa satu tahun setengah.
IV Banyak rumah yang jatuh akibat angin puting IV Azam bekerja makan gaji dengan ayahnya.
beliung. A I dan II sahaja
A I dan II sahaja B III dan IV sahaja
B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
4 I Aiman meneruskan kata-katanya dengan
2 I Kami sampai sejambak bunga kepada ibu tenang dan ringan.
pada Hari Ibu. II Murid-murid dinasihatkan agar menjawab
II Paras banjir di Kampung Jepak sudah sampai soalan yang ringan dahulu.
aras bahaya. III Pekerjaan polis bukanlah pekerjaan yang
III Kereta api dari Kuantan akan sampai pada ringan.
pukul 8.00 pagi. IV Sebelum pulang, para peserta menikmati
IV Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan jamuan ringan bersama-sama penduduk
majalah itu kepada saya. kampung.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

75

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 75 02-Nov-21 11:15:24 AM


5 I Shahrul menunggang motosikal secara 9 I Adik tidak mengindahkan amaran ibunya.
beransur ke sekolah. II Pihak kerajaan telah mengendahkan kawasan
II Selepas dipukul ombak besar semalam, pantai bandar bagi menarik pelancong ke negara kita.
itu beransur sedikit. III Penduduk kampung taman itu sibuk
III Ayah beransur pulih setelah menjalani mengindahkan kawasan rumah mereka.
pembedahan pada minggu yang lalu. IV Murid yang berambut panjang itu tidak
IV Rombongan pengantin lelaki beransur dari mengendahkan nasihat yang diberikan oleh
rumah pengantin perempuan untuk pulang gurunya.
ke kampung mereka. A I dan II sahaja
A I dan II sahaja B III dan IV sahaja
Sistem Bahasa

B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja


C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
PT3 10 I Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas
6 I Lelaki itu mengira keuntungan kasar kedai karbon dioksida.
runcitnya. II Abu mencerap beg baharu yang dimiliki oleh
II Rina terkejut kerana ditegur oleh ibunya Aniza.
dengan suara yang kasar. III Pengetua sekolah sedang menyerap murid-
III Suhaila tidak membeli kain songket itu kerana murid di Kelas 5 Berlian.
tenunannya yang kasar. IV Air lekas mencerap ke dalam tanah yang
IV Mahmud menjamah makanan dengan kasar berpasir.
kerana dia sedang kelaparan. A I dan II sahaja
A I dan II sahaja B III dan IV sahaja
B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
11 I Kawasan pendalaman di Sarawak akan
7 I Kita hendaklah membuang sampah ke dalam dilengkapi dengan jalan raya.
tong sampah. II Kerja pendalaman longkang itu akan
II Budak-budak nakal itu membaling buah mengambil masa yang lama.
mangga dengan kayu. III Azman dan keluarganya tinggal di sebuah
III Dalam pertandingan lempar cakera, dia kawasan pedalaman di Sabah.
berjaya melempar sejauh 25 meter. IV Pendalaman dasar Sungai Johor perlu
IV Budak itu merejam buku yang dipegangnya dilaksanakan untuk mengatasi masalah banjir.
ke lantai kerana terlalu marah. A I dan II sahaja
A I dan II sahaja B III dan IV sahaja
B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
12 I Tubuh badan Rahman yang gempal sering
8 I Perkara itu sudah pupus daripada ingatan menjadi ejekan rakan-rakan sekelasnya.
saya. II Kami menemui dua gumpal wang kertas lama
II Pihak kerajaan telah mengambil langkah di dalam almari itu.
untuk memelihara benih penyu untuk III Ibu menyumbat beberapa gempal kekabu
mengelakkannya daripada musnah. ke dalam bantal yang carik itu lalu menjahitnya
III Wangnya hilang di tengah jalan. semula.
IV Tarikh luput ialah tempoh masa sesuatu produk IV Adik mengambil dan membaling gumpal
makanan berada dalam keadaan yang boleh kecil tanah ke arah rakannya yang ingin
diterima oleh pengguna. mengusiknya.
A I dan II sahaja A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

76

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 76 02-Nov-21 11:15:24 AM


Penggunaan Frasa
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau
mungkin juga tidak.
Tandakan sama A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

1 Komik itu telah dipinjam oleh saya daripada Hafiz. 4 Mak Leha saling berdakap-dakapan dengan
A saya telah pinjam anaknya sebelum berpisah.
B telah saya pinjam A saling berdakap akan
C telah dipinjam saya B berdakap-dakapan akan
PT3
D telah dipinjam oleh saya C berdakap-dakapan dengan

Sistem Bahasa
D saling berdakap-dakapan dengan
2 Lepasan SPM yang memperoleh kelayakkan
minimum seperti yang ditetapkan boleh memohon 5 Cadangan kesatuan sekerja itu akan diperhalus
untuk melanjutkan pelajaran di kolej swasta itu. sebelum dapat dilaksanakan oleh pihak majikan.
A memperoleh kelayakan minima A sudah memperhaluskan sebelum
B memperolehi kelayakan minima B sudah memperhalus sebelum
C memperoleh kelayakan minimum C akan diperhaluskan sebelum
D memperoleh kelayakkan minimum D akan diperhalus sebelum

3 Selain daripada mengajarkan matapelajaran 6 Guru bertanyakan tentang khabar adik saya yang
Sejarah, Cikgu Lee mengajarkan mata pelajaran dirawat di hospital.
Matematik. A bertanyakan khabar
A Selain mengajari mata pelajaran B menanyakan tentang khabar
B Selain mengajarkan matapelajaran C bertanyakan mengenai khabar
C Selain mengajarkan mata pelajaran D bertanyakan tentang khabar
D Selain daripada mengajarkan matapelajaran

Sintaksis
Ayat yang Betul
Pilih ayat-ayat yang betul.

1 I Kempen antidadah itu dirasmikan oleh Menteri A I dan II sahaja


Kesihatan. B III dan IV sahaja
II Kami akan membincangkan hal-hal lain dalam C I, II dan III sahaja
mesyuarat akan datang. D II, III dan IV sahaja
III Analisa keputusan mata pelajaran Bahasa
Melayu menunjukkan ada sedikit penurunan. 3 I Kesihatan ayah kamu bagaimanakah?
IV Sukan bertaraf antarabangsa itu sebuah II Bola ditendang oleh saya ke pintu gol.
syarikat yang terkenal di Malaysia taja. III Emak menjemur pakaian itu pada ampaian.
A I dan II sahaja IV Format penulisan karangan belum dapat
B III dan IV sahaja dikuasai oleh sesetengah murid.
C I, II dan III sahaja A I dan II sahaja
D II, III dan IV sahaja B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
2 I Kedua-dua orang ibu bapa murid tingkatan tiga D II, III dan IV sahaja
diminta hadir ke sekolah.
II Pengetua telah menugasi kami untuk 4 I Sayur-mayur yang dijual di kedai itu kelihatan
menyusun atur cara program tersebut. segar.
III Seseorang individu yang mempunyai keahlian II Murid-murid diminta mengulang kaji pelajaran
dipanggil warga negara. setiap kali selesai sesi pembelajaran dan
IV Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai pengajaran.
jenis-jenis ayat.

77

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 77 02-Nov-21 11:15:24 AM


III Adegan tembak-menembak antara polis dan A I dan II sahaja
perompak yang melepaskan tembakan itu B III dan IV sahaja
menyebabkan tebusan ketakutan. C I, II dan III sahaja
IV Tiap pengguna jalan raya harus mematuhi D II, III dan IV sahaja
undang-undang yang ditetapkan untuk
mengelakkan kemalangan.

Ayat yang Sama atau Hampir Sama Maksud


Sistem Bahasa

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang bercetak
tebal.
1 “Jangan bermain di tepi sungai tu kerana D Hanya segelintir daripada kanak-kanak yang
PT3 bahaya,” kata ayah kepada adik. gemar sayur-sayuran berbanding dengan
A Ayah melarang adik bermain di tepi sungai itu. makan makanan segera seperti McDonalds
B Adik menegah ayah bermain di tepi sungai itu dan KFC yang terdapat di pasaran.
kerana berbahaya.
C Ayah melarang adik bermain di tepi sungai itu 3 “Wau ialah permainan tradisional yang popular
kerana berbahaya. di pantai timur, terutama Kelantan,” kata guru
D Adik meminta pertolongan daripada ayah kepada murid-murid.
kerana ingin bermain di tepi sungai. A Guru dengan terujanya memberitahu murid-
muridnya bahawa wau paling popular di pantai
2 Kebanyakan kanak-kanak tidak gemar makan timur.
sayur-sayuran sebaliknya lebih suka makan B Guru memberitahu murid-muridnya bahawa
makanan segera seperti McDonalds dan KFC wau merupakan permainan tradisional yang
yang terdapat di pasaran. popular di Malaysia.
A Hanya segelintir daripada kanak-kanak yang C Guru memberitahu murid-muridnya bahawa
gemar makan sayur-sayuran. wau merupakan permainan rakyat yang
B Kanak-kanak pada zaman sekarang hanya popular di pantai timur, terutamanya di
suka makan makanan segera seperti Kelantan.
McDonalds dan KFC yang terdapat di pasaran. D Murid-murid memberitahu guru bahawa negeri
C Kebanyakan kanak-kanak lebih suka makan Kelantan merupakan negeri pantai timur yang
makanan segera seperti McDonalds dan KFC paling popular bermain permainan rakyat.
yang terdapat di pasaran berbanding dengan
makan sayur-sayuran.

Peribahasa
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

sesal dahulu pendapatan, sudah terhantuk baru tengadah


sesal kemudian tiada gunanya
2 Peribahasa di atas memberikan pengajaran
1 Peribahasa di atas memberikan pengajaran kepada kita agar
kepada kita agar A hendaklah beringat-ingat dahulu sebelum
A tidak menyebelahi mana-mana pihak. mengambil sesuatu tindakan.
B berhati-hati apabila membelanjakan wang. B berfikir masak-masak sebelum berbuat
C bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu yang boleh menimbulkan kesalan.
sesuatu. C seseorang anak itu akan mengikut perangai
D berfikir masak-masak sebelum berbuat bapa atau ibunya.
sesuatu yang boleh menimbulkan kesalan. D lebih baik mati daripada tidak dapat apa-apa
yang diidamkan.

78

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 78 02-Nov-21 11:15:24 AM


Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini. 8 Farizal yang sudah menjadi bintang terkenal itu
masih merendah diri apabila bertemu dengan
kawan-kawannya di kampung.
Sikapnya itu diibaratkan sebagai
A direndam tak basah, dibakar tak hangus.
B sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal
jalan.
C baik membawa resmi padi, daripada membawa
resmi lalang.
3 Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan PT3
D baik berjagung-jagung dahulu sementara
situasi dalam gambar di atas ialah

Sistem Bahasa
menunggu padi masak.
A bagai pinang dibelah dua.
B umpama inai dengan kuku.
C tiada rotan, akar pun berguna. bagai ular kena palu
D bagaimana acuan begitulah kuihnya.
9 Peribahasa di atas bermaksud
A perasaan dari dalam hati.
4 Kecantikan Siti Aida bagai kerana
B mengalami kerugian atau kecurian.
tiada seorang pun yang dapat menandingi
C orang miskin yang perlu sentiasa bekerja.
kecantikannya.
D keadaan sesuatu yang bengkang-bengkok
A pen dengan dakwat
dan tidak lurus.
B bulan dipagari bintang
C ukur baju di badan sendiri
D indah khabar daripada rupa ada gula, ada semut

5 Cikgu Melati mengingatkan murid-muridnya agar 10 Peribahasa di atas membawa maksud


tidak sesekali melupakan jasa ibu bapa setelah A suka menangguhkan masa.
mendapat kejayaan dan kesenangan hidup. B orang yang rajin bekerja tentu akan mendapat
Pernyataan di atas sesuai dengan peribahasa rezeki dan memperoleh kesenangan.
A bagai ulat lupakan daun. C harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi
B bagai ayam disambar helang. akhirnya orang itu pula yang merosakkannya.
C sediakan payung sebelum hujan. D apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat
D kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. kesenangan atau kemewahan, di situlah ramai
orang berkumpul.
6 Yang berikut adalah antara peribahasa yang
mempunyai maksud yang sama atau hampir sama Disebabkan perbuatan seorang, semua yang
dengan peribahasa, biduk lalu kiambang bertaut, lain turut terkena akibatnya
kecuali
A api dalam sekam. 11 Peribahasa yang menggambarkan situasi di atas
B retak menanti belah. ialah
C musuh dalam selimut. A lain padang, lain belalang.
D gunting dalam lipatan. B kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
C ketam menyuruh anaknya berjalan betul.
7 Pegawai daerah yang muda itu mampu D hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dicecah.
penduduk kampung yang berpuluh-puluh tahun
tertangguh. Orang yang pendiam jangan disangka bodoh
Hal ini boleh diibaratkan atau penakut
A kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. 12 Peribahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan
B kecil jangan disangka anak, besar jangan di atas ialah
disangka bapa. A menjaga tepi kain orang.
C kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam B seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
jangan diduga. C air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
D kalau takut dilambung ombak, jangan berumah D alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai
di tepi pantai. ke pangkal lengan.

79

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 79 02-Nov-21 11:15:25 AM


Bahagian B Objektif Pelbagai Bentuk

Kesalahan Bahasa

Kesalahan Bahasa dalam Ayat

Praktis 1
Sistem Bahasa

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ibu memasukkan sedikit cili sos ke dalam masakannya.


PT3
sos cili

(ii) Semua lebuhraya masih boleh digunakan oleh pengguna jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
lebuh raya

(iii) Setiap saksi rompakan itu mengesahkan bahawa kedua orang perompak itu bersenjatakan sepucuk pistol.
kedua-dua
[3 markah]

Praktis 2
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Peserta-peserta yang bertanding dalam pertandingan memperagakan pakaian tradisional cantik-cantik
belaka.
cantik

(ii) Datuk membuat temu janji dengan doktor untuk rawatan susulan.
janji temu

(iii) Sejak dari kejadian itu, Ali benar-benar telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.
Sejak kejadian
[3 markah]

Praktis 3
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) “Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Azmi kepada Syahmi.
Kita

80

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 80 02-Nov-21 11:15:25 AM


(ii) Berita pertunangan anak Pak Abu itu ialah tidak benar sama sekali.
adalah

(iii) Zaidi menyatakan yang abangnya akan melanjutkan pelajaran ke Korea pada minggu hadapan.
bahawa
[3 markah]

Kesalahan Bahasa dalam Petikan PT3

Sistem Bahasa
Praktis 4
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan
yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Semua warga negara yang menghayati Rukun Negara dapat mewujudkan perpaduan dan keharmonian
masyarakat Malaysia. Penghayatan lebih berkesan bila diadakan Karnival Rukun Negara yang melibatkan
semua kaum. Masyarakat dapat bertemu dan bertegur sapa sekali gus memperteguhkan perpaduan kaum
melalui Karnival Rukun Negara.

(i) warganegara
(ii) apabila

(iii) memperteguh
[3 markah]

Praktis 5
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan
yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Ibu : Betulkah pameran kraf tangan yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
akan diadakan di kampung kita, Aziz?
Aziz : Betul, ibu. Pameran itu akan diadakan di minggu hadapan.
Ibu : Apakah kebaikan mengadakan pameran tersebut?
Aziz : Antara kebaikan-kebaikan mengadakan pameran ini ialah untuk memberikan semangat kepada
pengusaha kraf tangan agar melibatkan diri dalam bidang kraf tangan.

(i) pada

(ii) Antara kebaikan/Kebaikan-kebaikan

(iii) adalah
[3 markah]

81

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 81 02-Nov-21 11:15:25 AM


Praktis 6
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan
yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Air Terjun Lata Iskandar terletak kira-kira 20 kilometer daripada Pekan Tapah, Perak. Air terjun ini terletak
di antara Tapah dan Tanah Tinggi Cameron. Keistimewaan Air Terjun Lata Iskandar ini adalah airnya yang
bersih, segar dan dingin.
Sistem Bahasa

(i) dari
PT3
(ii) dengan

(iii) ialah
[3 markah]

Kesalahan Ejaan

Kesalahan Ejaan dalam Ayat

Praktis 1
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan
yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kakak saya seorang ejen insuran sepenuh masa setelah tamat tingkatan lima.
insurans

(ii) Adik akan sentiasa membawa kelender mininya ke mana-mana sahaja dia pergi.
kalendar

(iii) Kebanyakan cerita legenda yang menjadi kebanggaan masyarakat di negara kita semakin dilupakan oleh
generasi pasca-merdeka.
pascamerdeka
[3 markah]

Praktis 2
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan
yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ayah menyusun dua golongan tikar di sudut dinding setelah digunakan.
gulungan

(ii) Siti perlu memperbaik vocal suaranya untuk menyertai pertandingan menyanyi peringkat kebangsaan pada
bulan hadapan.
vokal

82

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 82 02-Nov-21 11:15:25 AM


(iii) Selsema ialah penyakit saluran pernafasan akut yang paling meluas dan melibatkan semua peringkat umur.
Selesema
[3 markah]

Kesalahan Ejaan dalam Petikan

Praktis 3 PT3

Sistem Bahasa
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang
betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah mengunjungi Pesta Buku Antara bangsa Kuala Lumpur yang bertempat
di Perpustakaan Awam Negara. Tujuan pesta buku ini diadakan adalah untuk menarik minat membaca dalam
kalangan masyarakat dan memamerkan buku-buku terbaharu. Saya berasa gembira kerana telah membeli
kamus dwi-bahasa dan novel untuk dibawa pulang ke rumah.

(i) Antarabangsa

(ii) mempamerkan

(iii) dwibahasa
[3 markah]

Praktis 4
Dalam petikan dialog di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan
yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan dialog itu semula.

Nazim : Hai, Fatimah! Apakah pandangan kamu tentang industry pelancongan di negara kita?
Fatimah : Pada pandangan saya, Malaysia sememangnya sesuai dijadikan destinasi pelancongan dunia.
Nazim : Mengapakah kamu berpandangan sedemikian?
Fatimah : Saya berpandangan sedemikian kerana negara kita kaya dengan keindahan alam semulajadi dan
menjadi tarikan pelancung sama ada dari dalam negara mahupun dari luar negara.
Nazim : Saya setuju dengan pandangan kamu itu.

(i) industri

(ii) semula jadi

(iii) pelancong
[3 markah]

83

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 83 02-Nov-21 11:15:25 AM


Kesalahan Ejaan dalam Grafik

Praktis 5
Dalam poster di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang
betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin poster itu semula.
Sistem Bahasa

PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU


PT3
“Bahasa Jiwa Bangsa”
Tarikh:
3 hingga 7 April 20__
Tempat:
Dewan Ilmu,
SMK Convent, Muar

Objektif
• Menyemaikan rasa cinta terhadap bahasa Melayu dalam kalangan murid
• Mengeratkan ikatan silaturrahim sesama murid dan juga guru
• Memberikan peluang kepada murid untuk menunjukan bakat dan kebolehan
mereka

Aktiviti
• Pertandingan Persembahan
• Pertandingan Penulisan

Semua murid diminta berkerjasama untuk menjayakan program ini

(i) silaturahim

(ii) menunjukkan

(iii) bekerjasama
[3 markah]

84

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 84 02-Nov-21 11:15:26 AM


Praktis 6
Dalam rajah di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul
pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin rajah itu semula.

Panduan Menangani Kebimbangan


PT3
• Utamakan rutin, penjagaan diri, permakanan

Sistem Bahasa
sihat dan bersenam
• Kawal dan hadkan tempuh masa melayari
media sosial
• Berehat sebentar dan amalkan menarik
nafas dalam-dalam
• Berhubung dengan orang yang membuatkan
anda berasa selesa dan tenang
• Sibukkan diri dengan aktiviti yang dapat
membantu anda untuk bertenang
• Tulis perkara yang anda syukuri dan hargai
dalam diary harian
• Mandi untuk menyejukkan dan
menyegarkan badan

(i) pemakanan

(ii) tempoh

(iii) diari
[3 markah]

Sintaksis

Aspek Tatabahasa
S.P 5.5.1 Membina dan menukar struktur ayat dengan betul dan tepat mengikut konteks.
S.P 5.6.1 Menganalisis dan menggunakan tatabahasa yang betul dalam ayat.

Praktis 1
Nyatakan pola ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa
Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
(FN + FS).

(i) Sekolah itu di atas bukit.


Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

85

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 85 02-Nov-21 11:15:26 AM


(ii) Perempuan yang cantik itu adik saya.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

(iii) Aiman anak sulung guru kelas kami.


Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

(iv) Beberapa ekor burung sedang makan padi di jemuran Mak Lin.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Sistem Bahasa

[4 markah]

PT3 Praktis 2
Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

(i) Ayah sedang berehat di ruang tamu.


Ayat penyata

(ii) Cis, berani engkau menyentuh aku!


Ayat seruan

(iii) Bas sekolah itu sudah bertolak?


Ayat tanya

(iv) Usah bermain di tepi jalan raya itu.


Ayat perintah
[4 markah]

Praktis 3
Kenal pasti ayat-ayat di bawah dan klasifikasikannya sama ada ayat-ayat itu ayat silaan, ayat suruhan, ayat
larangan atau ayat permintaan.

(i) Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing di dalam dewan ini.
Ayat permintaan

(ii) Tak usah engkau campur tangan dalam hal peribadi saya.
Ayat larangan

(iii) Minumlah teh panas ini dulu.


Ayat suruhan

(iv) Jemput makan bersama-sama.


Ayat silaan
[4 markah]

86

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 86 02-Nov-21 11:15:26 AM


Praktis 4
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

(i) Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.


Sedang mengulang kaji pelajaran murid-murid di perpustakaan.

PT3

Sistem Bahasa
(ii) Maziah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
Tidak pergi ke sekolah Maziah pada hari ini.

(iii) Keropok lekor sangat popular di Terengganu.


Sangat popular keropok lekor di Terengganu.

(iv) Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama.
Berkumpul di rumah nenek pada hari raya pertama kami.

[4 markah]

Praktis 5
Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.

(i) Buku itu sudah saya ambil semalam.


Saya sudah mengambil buku itu semalam.

(ii) Amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat demi penjagaan alam sekitar.
Masyarakat setempat seharusnya mempraktikkan amalan kitar semula demi penjagaan alam sekitar.

(iii) Beberapa ujian kecergasan perlu kami lepasi sebelum diterima menganggotai pasukan sukarelawan itu.
Kami perlu melepasi beberapa ujian kecergasan sebelum diterima menganggotai pasukan sukarelawan itu.

(iv) Laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa telah disediakan oleh Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya.
Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa.

[4 markah]

87

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 87 02-Nov-21 11:15:26 AM


Praktis 6
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung supaya menjadi ayat majmuk.

(i) Lelaki itu memakai baju hitam.


Lelaki itu adik lelaki saya.
Lelaki yang memakai baju hitam itu adik lelaki saya.
Sistem Bahasa

(ii) Liza mengambil buku cerita.


Liza membaca buku itu.
PT3
Liza mengambil buku cerita lalu membaca buku itu.

(iii) Ibu bapa Alias telah bercerai.


Ibu bapa Alias bererai dua tahun yang lalu.
Ibu bapa Alias telah bercerai sejak dua tahun yang lalu.

(iv) Semua anggota masyarakat hendaklah hormat-menghormati.


Kehidupan rakyat di negara kita bertambah harmoni.
Semua anggota masyarakat hendaklah hormat-menghormati agar kehidupan rakyat di negara kita bertambah harmoni.

[4 markah]

Praktis 7
Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) “Cuci baju kamu,” kata ibu kepada Liza.


Ibu menyuruh Liza mencuci bajunya.

(ii) “Jemput makan kuih itu!” kata ibu kepada tetamu.


Ibu menjemput tetamu agar makan kuih itu.

(iii) “Mengapakah kamu tidak hadir ke sekolah semalam, Shamsul?” tanya guru kelas.
Guru kelas ingin tahu punca Shamsul tidak hadir ke sekolah semalam.

(iv) “Tutup pintu bilik itu,” pesan abang kepada adik.


Abang berpesan kepada adik agar menutup pintu bilik tersebut.
[4 markah]

88

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 88 02-Nov-21 11:15:26 AM


Praktis 8
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat tersebut. Kemudian,
tulis subjek dan predikat pada ruang yang disediakan.

(i) Puan Siti Zaiton binti Manaf Pengetua SMK Convent Muar.

Subjek Puan Siti Zaiton binti Manaf PT3

Sistem Bahasa
Predikat Pengetua SMK Convent Muar

(ii) Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.

Subjek Banyak remaja

Predikat merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka

(iii) Makanan yang mengandungi terlalu banyak lemak boleh menjejaskan sistem imun badan.

Subjek Makanan yang mengandungi terlalu banyak lemak

Predikat boleh menjejaskan sistem imun badan

(iv) Bulu kucing kesayangan Normah sangat lebat dan panjang.

Subjek Bulu kucing kesayangan Normah

Predikat sangat lebat dan panjang

[4 markah]

Peribahasa

Aspek Tatabahasa
S.P 4.2.1 Menggunakan kiasan dan peribahasa dengan betul mengikut konteks.

Praktis 1
Lengkapkan peribahasa yang berikut.

(i) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan .

(ii) Sehari selembar benang , lama-lama menjadi kain.

(iii) Kais pagi makan pagi , kais petang makan petang.

(iv) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya .

(v) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri .
[5 markah]

89

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 89 02-Nov-21 11:15:26 AM


Praktis 2
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis dua peribahasa yang sesuai.
Sistem Bahasa

PT3

(i) Bagai aur dengan tebing

(ii) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni


[2 markah]

Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi
berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.

Faizal sahabat karib saya sejak kecil lagi. Dia merupakan teman bicara saya dan tempat saya meluahkan
perasaan saya. Aku mempercayai dirinya dan berpesan agar menyimpan segala rahsia saya, namun Faizal
telah menceritakan rahsia peribadi saya kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk
menyimpan rahsia saya. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti
diri kita. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Saya tidak
mempercayainya lagi.

(i) Harapkan pagar, pagar makan padi/Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut/Mulut tempayan

(ii) Rambut sama hitam, hati lain-lain

(iii) Nasi sudah menjadi bubur/Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
[3 markah]

90

04a-Masteri BM KSSM Tg3 Sistem Bhs 3rd.indd 90 02-Nov-21 11:15:26 AM


Pemahaman Teks (Antologi)
Kertas 1 (Bahagian A)

Antologi Bintang Hati


Puisi Tradisional
Syair Burung Nuri
Maksud Rangkap
• Rangkap 1 : Penyair memulakan syair dengan perasaan rendah diri
dengan menyatakan bahawa sajak dan nazamnya banyak
tak kena, malah pendapatnya juga kurang sempurna.
• Rangkap 2 : Penyair turut menyatakan bahawa dirinya sangatlah hina,
akalnya juga tidak bernas ditambah lagi keadaan dirinya yang daif, miskin dan cela.
• Rangkap 3 : Penyair memohon ampun kerana daripada perasaan sedih dia memulakan cerita.
• Rangkap 4 : Untuk menjelaskan lagi kisah yang ingin disampaikan, penyair menulis perkara-perkara yang
ingin dinyatakannya melalui dakwat dan kertas.
• Rangkap 5 : Penyair mengisahkan dirinya yang sentiasa bernasib malang secara berulang-ulang sehingga
sentiasa dalam keadaan sedih dan kecewa.
• Rangkap 6 : Tubuhnya hanyut ke sana dan ke mari di sepanjang desa dan negeri tanpa makan dan minumnya
pun daripada sisa-sisa.
• Rangkap 7 : Fikirannya yang gundah umpama cermin yang jatuh ke batu lalu remuk dan hancur. Penyair juga
akan hilang pertimbangan fikiran dan tidak mahu meneruskan hidupnya lagi
Tema
Adab dalam kehidupan seharian.
Persoalan
• Persoalan sikap seseorang yang merendah diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
• Persoalan memohon kemaafan andai sesuatu yang ditulis atau yang disampaikan menyinggung perasaan
orang lain.
• Persoalan rasional dalam berfikir dan membuat keputusan.
• Persoalan kebijaksanaan dalam mengawal perasaan apabila bercinta.
• Persoalan menjaga adab dan kesopanan apabila berada di tempat orang.
• Persoalan kekecewaan yang mampu merosakkan kehidupan seseorang.
Bentuk
• Terdiri daripada lapan rangkap.
• Mempunyai empat baris serangkap, empat hingga enam patah perkataan sebaris dan 10 hingga 13 suku kata
sebaris.
• Berbentuk terikat, setiap baris puisi mempunyai maksud tersendiri dan rima akhir bagi setiap rangkap puisi
ialah aaaa.
Unsur Bunyi
• Asonansi – Dakwat dan kertas tempat berkata (pengulangan bunyi vokal a)
• Aliterasi – Tambahan badan miskin dan nista (pengulangan bunyi konsonan n)
Gaya Bahasa
• Imej alam – lautan
• Bahasa Arab – sahifah
• Simile – Laksana cermin jatuh ke batu
• Bahasa istana – hulu
• Sinkope – Sajak dan nazam banyak tak kena

91

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 91 02-Nov-21 11:16:38 AM


Nilai
Nilai bersopan santun, nilai berbudi pekerti, nilai berfikiran positif dan nilai merendah diri.
Pengajaran
• Kita hendaklah mempunyai sikap merendah diri agar tidak dianggap sombong.
• Kita seharusnya mengamalkan sikap bersopan santun walau di mana-mana juga kita berada.
• Setiap orang mesti berfikiran positif agar segala pekerjaan yang dilakukan akan memperoleh hasil yang baik.
• Kita janganlah mudah berputus asa dalam meneruskan ranjau kehidupan.

Santap Istiadat (Za’ba)


Maksud Rangkap
• Rangkap 1 : Santap beradat dan santap istiadat merupakan istiadat
santapan diraja pada majlis kebesaran yang bertujuan untuk
meraikan dan menghormati tetamu diraja. Santap istiadat
bukan bertujuan untuk kenyang tetapi lebih kepada santap
Pemahaman Teks

santun yang perlu mengikut peraturan yang ditetapkan.


• Rangkap 2 : Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah nasi disuap di
tangan kanan, lauk diangkat dengan sopan dan dimamah
dengan perlahan. Tidak boleh makan dengan gelojoh. Selesai santap diiringi pula seteguk
PT3 minuman sebagai syarat menghormati dan memuliakan majlis.
• Rangkap 3 : Santap hanya tiga suap sahaja. Selepas itu, tangan dibasuh dan disusuli pula dengan makan
hidangan halwa serta buah-buahan.
• Rangkap 4 : Seterusnya, berkumur-kumur dan makan sirih untuk menaikkan seri muka.
• Rangkap 5 : Demikianlah aturan santap beradat orang-orang kebesaran pada zaman silam.
Tema
Adab sopan dan cara-cara makan serta minum di dalam majlis mengikut tertib seperti yang diajarkan oleh
generasi terdahulu.
Persoalan
• Persoalan budaya dan adat istiadat turun-temurun perlu dipertahankan agar tidak lapuk ditelan zaman.
• Persoalan menjaga adab sopan ketika makan merupakan amalan yang mulia.
• Persoalan sikap gelojoh ketika makan perlu dielakkan.
• Persoalan hormati para tetamu ketika makan dalam majlis-majlis tertentu.
• Persoalan makanlah dengan tangan kanan dan jangan makan terlalu kenyang.
Bentuk
• Terdiri daripada lima rangkap.
• Jumlah perkataan adalah antara tiga hingga enam patah perkataan sebaris dan tujuh hingga 14 suku kata
sebaris.
• Setiap baris puisi mempunyai maksud tersendiri dan rima akhir bagi setiap rangkap puisi berbeza: Rangkap 1
(abacb), Rangkap 2 (aaaabaa), Rangkap 3 (aabcbc), Rangkap 4 (abcc) dan Rangkap 5 (ab).
Unsur Bunyi
• Asonasi – Santap beradat, santap istiadat (pengulangan bunyi vokal a)
• Aliterasi – Sopan santun dengan aturan (pengulangan bunyi konsonan n)
Gaya Bahasa
• Imej alam – buah-buahan
• Kata ganda – hormat-menghormati
• Bahasa istana – santap
• Anafora – Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai hormat-menghormat
• Responsi – Santap nasi suap pertama,
Berturut dengan suap kedua,
Dua suap, ketiga sudah

92

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 92 02-Nov-21 11:16:38 AM


Nilai
Nilai hemah tinggi, nilai bersopan santun, nilai menghormati tetamu dan nilai mematuhi peraturan.
Pengajaran
• Kita mestilah bersopan ketika makan.
• Janganlah gelojoh ketika makan kerana perbuatan itu akan memberikan imej yang buruk kepada kita.
• Kita hendaklah mengikut peraturan ketika makan dalam majlis-majlis tertentu.
• Kita mestilah menghormati tetamu dengan menghidangkan makanan kepada mereka.

Sajak
Kijang yang Lelah (Wan Marzuki Wan Ramli)
Maksud
• Rangkap 1 : Suara nyaring kijang sudah tidak lagi kedengaran kerana kijang
semakin tua untuk melangkah di tanah yang menghijau. PT3
• Rangkap 2 : Kijang berasa sebak dan resah kerana batinnya semakin lemah.

Pemahaman Teks
• Rangkap 3 : Pada hari ini, kijang cuba bangkit dengan bersusah payah
menggunakan kekuatan kakinya.
• Rangkap 4 : Kijang bimbang tersadung akar dan jerat menyebabkan kijang terpaksa menapak dengan lebih
berhati-hati. Dengan penuh tekad, kijang terus mengorak langkah tanpa berasa gundah.
Tema
Keperitan hidup seekor kijang tua.
Persoalan
• Persoalan kehidupan yang dimamah usia merupakan lumrah kehidupan.
• Persoalan semangat untuk meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan.
• Persoalan sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
• Persoalan ketabahan dan tekad yang tinggi membolehkan seseorang meneruskan perjuangan hidup walaupun
dalam keadaan yang sukar.
Bentuk
• Terdiri daripada empat rangkap.
• Jumlah perkataan adalah antara dua hingga tujuh patah perkataan sebaris dan empat hingga 17 suku kata
sebaris.
• Sajak berbentuk bebas dan rima akhir bagi setiap rangkap puisi berbeza: Rangkap 1 (aaab), Rangkap 2
(aabcd), Rangkap 3 (aabcb) dan Rangkap 4 (abccdeefcc).
Unsur Bunyi
• Asonansi – Hari ini (pengulangan bunyi vokal i)
• Aliterasi – Dia terus menjinjing tekad dan tabah (pengulangan bunyi konsonan t)
Nada
Melankolik.
Gaya Bahasa
• Metafora – dahan kalbu, dedaun resah • Responsi – Meski dalam peribadi yang keruh,
• Kata ganda – berhati-hati Diredah belantara yang mula teduh
• Imej alam – rimba, akar
Nilai
Nilai bersemangat waja, nilai keazaman yang tinggi, nilai ketabahan, nilai keberanian, nilai rasional, nilai keyakinan
dan nilai berhati-hati.
Pengajaran
• Kita hendaklah berhati-hati sewaktu bertindak.
• Janganlah kita mudah putus asa dalam meneruskan kehidupan.
• Walaupun sudah tua atau tidak berupaya, namun janganlah kita cepat patah semangat untuk berusaha.
• Kita mestilah mempunyai keyakinan diri untuk terus berjaya pada masa akan datang.

93

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 93 02-Nov-21 11:16:39 AM


Pesan Ibu Beribu-ribu (Rahman Shaari)
Maksud Rangkap
• Rangkap 1 : Semua insan memiliki seorang ibu yang pesannya
beribu-ribu.
• Rangkap 2 : Ibu sentiasa berpesan agar anak-anaknya rajin belajar,
pandai memilih kawan dan pesanannya akan bertambah
dari sehari ke sehari. Ibu juga berpesan agar anaknya
menjaga kebersihan rambut dan wajah.
• Rangkap 3 : Suatu senja, rakan penyajak merintih kerana kekasihnya
telah ditangkap dan disumbat ke dalam lokap.
• Rangkap 4 : Rakan penyajak itu menyesal kerana ingkar akan
pesanan ibunya supaya memilih kawan yang bermutu.
Mendengar nasib rakannya itu menjadikan penyajak merindui pesanan ibunya.
• Rangkap 5 : Penyajak mengerti bahawa ibu sebenarnya mengenali sesuatu yang baik dan sesuatu yang
buruk. Penyajak menyatakan bahawa dia tidak akan jemu mendengar pesanan ibunya kerana
Pemahaman Teks

pesanan tersebut menyempurnakan peranan seorang ibu.


Tema
Seorang ibu yang tidak jemu-jemu berpesan dan memberikan nasihat kepada anak kesayangannya supaya
PT3 tidak tersalah memilih jalan hidup.
Persoalan
• Persoalan seorang ibu sering berpesan kepada anak-anak agar pandai memilih kawan.
• Persoalan seorang ibu juga sering menasihati anak agar pandai mengurus diri.
• Persoalan salah pilih kawan akan menyebabkan seseorang itu menyesal.
• Persoalan seorang anak yang patuh akan nasihat dan pesanan ibu.
• Persoalan hargailah ibu dan pesanannya kerana setiap manusia ada seorang ibu sahaja di dunia.
Bentuk
• Terdiri daripada lima rangkap.
• Jumlah perkataan adalah antara satu hingga enam patah perkataan sebaris dan dua hingga 16 suku kata
sebaris.
• Sajak berbentuk bebas dan rima akhir bagi setiap rangkap puisi berbeza: Rangkap 1 (aaa), Rangkap 2
(aaaabccaaaaaaaaaa), Rangkap 3 (abbcdeeee), Rangkap 4 (aabbbbbb) dan Rangkap 5 (abcaaaaaa).
Unsur Bunyi
• Asonansi – tapi ibu tetap ibu (pengulangan bunyi vokal i)
• Aliterasi – yang mana budaya, yang mana buaya (pengulangan bunyi konsonan y)
Nada
Melankolik.
Gaya Bahasa
• Sinkope – janjiku, temanku
• Anafora – yang mana permata, yang mana buaya
• Responsi – pilihlah kawan yang mulia hati, tolaklah kawan pementing diri
• Epifora – berilah pesan beribu-ribu, malah berpuluh ribu
• Peribahasa – musang berbulu arnab
Nilai
Nilai kepatuhan/nilai ketaatan, nilai tanggungjawab, nilai menghargai ibu, nilai kasih sayang, nilai hormat-
menghormati, nilai keinsafan dan nilai prihatin.
Pengajaran
• Kita hendaklah mentaati ibu kerana semua pesanannya adalah untuk kebaikan kita.
• Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu yang telah membesarkan kita.
• Janganlah kita sesekali menderhakai ibu yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kita.
• Kita mestilah menginsafi kesalahan yang telah kita lakukan dan berazam untuk tidak mengulangi perbuatan itu
lagi.
94

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 94 02-Nov-21 11:16:39 AM


Senja di Palang Besi (Pena Alam)
Maksud Rangkap
• Rangkap 1 : Suasana senja di dalam penjara yang sunyi dan dikelilingi
dawai.
• Rangkap 2 : Banduan di dalam penjara hidup terbuang, kesakitan dan
terasing daripada masyarakat.
• Rangkap 3 : Banduan di dalam penjara berasa resah dan kesunyian
dalam menjalani hukuman yang telah ditetapkan akibat
jenayah yang telah dilakukan oleh mereka.
Tema
Kesengsaraan seorang banduan yang hidup di dalam penjara.
Persoalan
• Persoalan perasaan sunyi para banduan yang berada di dalam penjara.
• Persoalan banduan yang hidup dalam keadaan terbuang, kesakitan dan terasing daripada masyarakat. PT3

Pemahaman Teks
• Persoalan banduan yang terpaksa menghadapi kesunyian dan terkongkong sepanjang menjalani hukuman
penjara akibat jenayah yang telah dilakukan oleh mereka.
• Persoalan setiap penjenayah mestilah dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal.
Bentuk
• Terdiri daripada tiga rangkap.
• Jumlah perkataan adalah antara tiga hingga sembilan patah perkataan sebaris dan tujuh hingga 18 suku kata
sebaris.
• Sajak berbentuk bebas dan rima akhir bagi setiap rangkap puisi berbeza: Rangkap 1 (abcdef), Rangkap 2
(abcadef) dan Rangkap 3 (abcaadee).
Unsur Bunyi
• Asonansi – Tanpa pasir pantai atau silir angin (pengulangan bunyi vokal i)
• Aliterasi – Remang membongkar sendu (pengulangan bunyi konsonan m)
Nada
Melankolik.
Gaya Bahasa
• Kata ganda – kuntum-kuntum
• Personifikasi – Pilu wajahmu sang senja
• Metafora – samudera jiwa, kotak tidur sepi
• Imej alam – angin, pasir pantai
• Anafora – dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam
• Responsi – dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam
Nilai
Nilai keredaan, nilai keadilan, nilai keinsafan, nilai ketabahan, nilai kesabaran dan nilai belas kasihan.
Pengajaran
• Para banduan hendaklah insaf setelah menerima hukuman penjara agar mereka tidak mengulangi kesilapan
yang lalu.
• Setiap banduan mestilah bersabar dalam menjalani hukuman penjara.
• Pihak hakim mestilah tegas dalam menjatuhkan hukuman agar hukuman tersebut setimpal dengan kesalahan
yang telah dilakukan oleh penjenayah.
• Kita hendaklah menghindari diri daripada terjebak dalam gejala negatif.

95

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 95 02-Nov-21 11:16:39 AM


Bintang (Siti Zaleha M. Hashim)
Maksud Rangkap
• Rangkap 1 : Suatu malam, penyajak berkeinginan untuk membawa pulang
bintang-bintang di langit untuk menggembirakan hati ibu
bapanya serta memenuhi rumahnya dengan cahaya.
• Rangkap 2 : Namun, ibu bapanya mengatakan bahawa semua itu tidak
perlu kerana mereka menganggap bahawa penyajak sebagai
bintang di hati mereka.
Tema
Anak-anak ialah bintang hati ibu dan ayah melebihi bintang-bintang di langit.
Persoalan
• Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya.
• Persoalan kesungguhan seorang anak untuk membahagiakan hati ibu bapanya.
• Persoalan anak-anak merupakan harta yang sangat berharga kepada ibu bapa.
Pemahaman Teks

Bentuk
• Terdiri daripada dua rangkap.
• Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah perkataan sebaris dan enam hingga 10 suku kata sebaris.
PT3 • Sajak berbentuk bebas dan rima akhir bagi setiap rangkap puisi berbeza: Rangkap 1 (abccdceefe) dan Rangkap
2 (aabaccaa).
Unsur Bunyi
• Asonansi – di halaman rumah (pengulangan bunyi vokal a)
• Aliterasi – tetapi kata ibu (pengulangan bunyi konsonan t)
Nada
Romantik.
Gaya Bahasa
• Kata ganda – bintang-bintang
• Hiperbola – aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang
• Anafora – bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.
Nilai
Nilai kasih sayang, nilai ketaatan, nilai tanggungjawab, nilai mengenang jasa, nilai menghargai ibu bapa dan
nilai keprihatinan.
Pengajaran
• Setiap anak mestilah menghargai dan cuba membalas jasa ibu bapa.
• Ibu bapa dan anak-anak mestilah menanam sikap berkasih sayang sesama anggota keluarga.
• Anak-anak mestilah prihatin akan keperluan ibu bapa.
• Jasa ibu bapa yang membesarkan kita mestilah dikenang dan dibalas selayaknya.

Prosa Tradisional
Bahagia Sesudah Derita
Sinopsis
Pada suatu hari, Si Miskin dan isterinya berjalan untuk mencari rezeki
di negeri Anta Beranta. Ketika itu, negeri Anta Beranta diperintah oleh
Maharaja Indera Dewa. Anta Beranta merupakan sebuah kerajaan yang
besar. Ketika Maharaja Indera Dewa sedang dihadap oleh raja-raja,
menteri hulubalang dan rakyat, Betara Angkasa Indera Dewa dan isteri
baginda pun sampai ke penghadapan baginda dalam keadaan pakaian
mereka yang carik-carik dan berjurai-jurai. Apabila melihat keadaan

96

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 96 02-Nov-21 11:16:39 AM


Bentara Angkasa Indera Dewa itu (Si Miskin), orang ramai mentertawakannya
dan melontar tubuhnya dengan kayu dan batu sehingga tubuhnya berdarah.
Apabila mendengar bunyi bising di luar, Maharaja Indera Dewa pun bertanya
lalu diberitahu oleh raja-raja bahawa orang ramai sedang melempari Si
Miskin. Lalu, raja pun menitahkan supaya mengusir Si Miskin jauh-jauh. Jadi,
Si Miskin pun kembali ke tepi hutan.
Disebabkan Si Miskin dalam keadaan lapar, Si Miskin mencari makanan di
dalam timbunan sampah. Si Miskin dan isterinya makan ketupat basi dan tebu.
Sebenarnya, Si Miskin berasal daripada raja keinderaan yang disumpah oleh
Betara Guru kerana turun ke dunia membawa isterinya tanpa memberitahu
Betara Guru.
Setelah tiga bulan mereka makan ketupat dan tebu, isteri Si Miskin pun
hamil. Sebenarnya, ketupat dan tebu itu ialah anak kepada Betara Karma
Jaya yang telah dipuja dan dijatuhkan dari kayangan menjadi ketupat (lelaki)
dan tebu (perempuan). Sebulan sebelum bersalin, isteri Si Miskin mengidam
PT3
memakan buah mempelam yang terdapat di dalam taman Maharaja Indera

Pemahaman Teks
Dewa. Si Miskin memperoleh buah tersebut di pasar tetapi tidak diterima oleh
isterinya. Jalan yang terakhir, Si Miskin pergi menghadap Maharaja Indera
Dewa. Baginda pun menitahkan hambanya menyerahkan setangkai buah
mempelam kepada Si Miskin. Isteri Si Miskin berasa gembira kerana hajatnya
telah dipenuhi. Selang tiga hari, isteri Si Miskin mengidam pula buah nangka
yang terdapat di dalam taman raja. Sekali lagi Si Miskin menghadap Maharaja
Indera Dewa. Baginda memperkenankan hajat Si Miskin. Tidak lama kemudian, isteri Si Miskin melahirkan
seorang anak lelaki dan diberikan nama Marakarma.
Si Miskin pun berpindah dan hendak mendirikan pondok untuk kediaman mereka sekeluarga. Ketika menggali
tanah untuk membina pondok, Si Miskin telah menemui tajau besar yang mengandungi emas. Kemudian,
Si Miskin telah menemui beberapa orang saudagar untuk membuatkannya kaus, payung, pedang, otar-otar,
keris, pelana kuda dan kain dengan menggunakan emas yang ditemuinya itu.
Pada hari yang lain, ketika Si Miskin sedang memangku anaknya, Si Miskin mengatakan bahawa sekiranya
anaknya itu anak dewa, jadikanlah sebuah negeri di dalam hutan ini. Dengan takdir Allah, wujudlah sebuah
negeri dan Si Miskin memberikan nama negeri itu Puspa Sari. Namanya juga ditukar kepada Maharaja Indera
Angkasa dan isterinya diberikan nama Tuan Puteri Ratna Dewi. Beberapa tahun kemudian, Tuan Puteri Ratna
Dewi melahirkan seorang puteri dan diberikan nama Tuan Puteri Nila Kesuma.

Tema
Kecekalan dan ketabahan sepasang suami isteri miskin yang tinggal di negeri Anta Beranta.
Persoalan
• Persoalan orang miskin yang dipandang hina.
• Persoalan makanan yang diperoleh di tempat pembuangan sampah.
• Persoalan kesetiaan pasangan suami isteri.
• Persoalan kemurahan hati seorang raja.
Plot
• Permulaan – Si Miskin dan isterinya hidup dalam kemiskinan. Mereka tinggal di negeri Anta Beranta.
Mereka telah dihalau dan dilontar dengan batu dan kayu oleh orang ramai sehingga mereka terpaksa melarikan
diri di tepi hutan.

97

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 97 02-Nov-21 11:16:39 AM


• Perkembangan – Si Miskin dan isterinya telah memakan ketupat basi dan tebu di tempat pembuangan sampah.
Hasilnya, isteri Si Miskin telah hamil dan mengidam hendak makan buah mempelam dan nangka di taman raja.
Setelah cukup bulan, isteri Si Miskin pun melahirkan seorang anak lelaki yang diberikan nama Marakarma.
• Klimaks – Si Miskin menjumpai tajau yang berisi emas semasa sedang menggali tanah sewaktu hendak
mendirikan pondok untuk mereka sekeluarga. Kemudian, ketika memangku anaknya, Si Miskin mengatakan
bahawa sekiranya anaknya itu anak dewa, jadikanlah sebuah negeri di dalam hutan ini. Dengan takdir Allah,
wujudlah sebuah negeri dan Si Miskin memberikan nama negeri itu Puspa Sari.
• Peleraian – Si Miskin telah menukar namanya kepada Maharaja Indera Angkasa dan memerintah negeri Puspa
Sari dengan adil dan saksama. Negeri Puspa Sari pun menjadi masyhur. Baginda hidup bahagia bersama-
sama isteri dan dua orang anak bernama Marakarma dan Puteri Nila Kesuma.
Watak dan Perwatakan
Betara Angkasa Indera Dewa/Si Miskin/Maharaja Indera Angkasa
• Berasal daripada raja keinderaan.
• Dimurkai oleh Betara Guru kerana turun ke dunia membawa isterinya tanpa memberitahu Betara Guru.
• Seorang suami yang prihatin dan penyayang akan isterinya, iaitu Tuan Puteri Ratna Dewi ketika mereka hidup
Pemahaman Teks

dalam kemiskinan. Menjadi Si Miskin ketika tiba di dunia, iaitu di negeri Anta Beranta.
• Menukar nama kepada Maharaja Indera Angkasa dan memerintah negeri Puspa Sari.
Isteri Si Miskin/Tuan Puteri Ratna Dewi
PT3 • Isteri Betara Angkasa Indera Dewa Si Miskin.
• Setia kepada suami.
• Mengidam makan buah mempelam dan nangka.
• Melahirkan dua orang anak, iaitu Marakarma dan Tuan Puteri Nila Kesuma.
Latar
• Latar tempat – Istana Maharaja Indera Dewa, negeri Anta Beranta, tempat pembuangan sampah di tengah
jalan raya, pasar, sebuah kampung dan negeri Puspa Sari.
• Latar masa – Waktu malam, waktu siang, selang tiga hari selepas mengidam buah mempelam dan malam
empat belas hari bulan.
• Latar masyarakat – Masyarakat raja di kayangan, masyarakat raja di dunia dan masyarakat yang hidup dalam
kemiskinan.
Nilai
Nilai kasih sayang, nilai tanggungjawab dan nilai hemah tinggi.
Pengajaran
• Kita perlu mendengar nasihat orang yang lebih tua.
• Suami hendaklah mengasihi isteri.
• Pemerintah perlulah bersikap adil terhadap rakyat.

Cerpen
Legasi Tapai Ubi (Ghazali Lateh)
Sinopsis
Parjo ialah anak pengusaha tapai yang bernama Wak Salikon. Sejak
kecil Parjo membantu bapanya menghantar tapai ubi ke pasar sehingga
dia digelar sebagai Parjo Tapai oleh rakannya yang menaiki bas sekolah
dengannya. Emak Parjo memberitahu bahawa banyak pantang larangnya
jika membuat tapai ubi seperti tapai tidak boleh terkena kotoran atau
minyak dan tidak boleh bising-bising.
Berkat jualan tapai ubi, Parjo berjaya memasuki universiti. Suatu
hari, Profesor Haidar meminta Parjo untuk membuat kajian tentang tapai
ubi. Menurut Profesor Haidar, tapai ubi dapat mengurangkan serangan
kanser. Parjo dan rakan-rakannya telah membuat kajian tentang tapai
ubi dan mendalami kajian tentang kanser, terutamanya kanser payudara.

98

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 98 02-Nov-21 11:16:40 AM


Seterusnya, bahan pengawet semula jadi yang mesra pengguna terutama
makanan beku turut dapat dihasilkan. Hasil kajian Parjo telah dibawa
ke peringkat antarabangsa. Ketika menerima ijazah, tajuk kajian Parjo
dibacakan, iaitu “Tapai Ubi sebagai Agen Penghalang Kanser: Satu Kajian”.
Parjo menganggap kejayaannya itu inspirasi daripada emak dan bapanya.
Hasil kajian itu menyebabkan tapai ubi semakin popular dan telah dihidangkan
di hotel-hotel.
Perusahaan tapai ubi Wak Salikon juga semakin berkembang dan
sebuah kilang telah didirikan. Emak dan bapanya selaku pengurus besar
syarikat tapai ubi. Parjo juga telah menempah papan tanda besar yang
dipasang di hadapan rumah, iaitu “PERUSAHAAN TAPAI UBI WAK
SALIKON”. Parjo pula telah menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan
kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif bagi pelbagai
jenis penyakit kanser. Parjo berasa bangga kerana hidup dalam legasi tapai
ubi.
PT3
Tema

Pemahaman Teks
Tapai yang boleh dijadikan sebagai bahan pencegah kanser.
Persoalan
• Persoalan sikap anak yang rajin membantu ibu bapa untuk mencari rezeki.
• Persoalan ibu bapa sebagai inspirasi kejayaan anak-anak.
• Persoalan kajian yang dijalankan terhadap tapai ubi yang boleh
menghasilkan bahan pencegah kanser.
• Persoalan kanser payudara merupakan kanser yang paling banyak menyerang kaum wanita dan juga lelaki
di dunia ini.
• Persoalan perasaan bangga menjadi anak kepada pengusaha tapai ubi.
• Persoalan sikap masyarakat yang memandang rendah akan produk tempatan.
• Persoalan usaha untuk meningkatkan pengeluaran dan penjualan tapai ubi.
• Persoalan amalan petua dalam masyarakat Melayu.
Plot
• Permulaan – Parjo telah membantu ayah dan emaknya dengan menghantar tapai ubi ke pasar, warung dan
kedai kampung sehingga dia digelar sebagai Parjo Tapai. Parjo juga mengetahui pantang larang membuat
tapai daripada emaknya.
• Perkembangan – Di universiti, Profesor Haidar telah meminta Parjo menjalankan kajian tentang tapai ubi yang
dikatakan mengandungi bahan pencegah kanser. Hasil kajian Parjo dipandang tinggi oleh pihak universiti dan
telah dibawa ke peringkat antarabangsa.
• Klimaks – Parjo berjaya menerima ijazah dengan tajuk kajiannya yang berjudul, “Tapai Ubi sebagai Agen
Penghalang Kanser: Satu Kajian”.
• Peleraian – Perusahaan tapai ubi Wak Salikon semakin berkembang maju kesan daripada kajian Parjo yang
telah dihebahkan dan mendapat pengiktirafan. Parjo yang telah menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan
kajiannya tentang tapai ubi sebagai pencegah alternatif bagi pelbagai jenis penyakit kanser.
Watak dan Perwatakan
Parjo
• Anak kepada Wak Salikon.
• Pernah digelar sebagai Parjo Tapai oleh rakan-rakan yang menaiki bas sekolah dengannya.
• Berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
• Pelajar di Fakulti Perubatan setelah belajar selama dua tahun di matrikulasi.
• Seorang anak yang bijak dan ringan tulang.
• Seorang anak yang taat dan menghargai jasa ibu bapa.
• Seorang pensyarah perubatan yang masih konsisten dalam mengkaji potensi tapai ubi dalam mencegah
pelbagai jenis penyakit terutamanya kanser.
• Seorang anak yang berbangga dengan kejayaan emak dan bapanya.

99

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 99 02-Nov-21 11:16:40 AM


Wak Salikon
• Seorang yang berketurunan Jawa.
• Seorang pengusaha tapai ubi yang dikenali sebagai tapai ubi Wak Salikon.
• Seorang yang rajin dan berfikiran jauh.
• Seorang yang berpegang teguh pada petua.
• Seorang pengusaha tapai ubi yang semakin berkembang maju.
Emak Parjo
• Isteri kepada Wak Salikon dan ibu kepada Parjo.
• Seorang yang rajin.
• Seorang yang berpegang teguh pada petua.
• Seorang yang tekun.
• Seorang pengurus besar syarikat pengeluaran tapai ubi bersama-sama Wak Salikon.
Latar
• Latar tempat – Kebun ubi, rumah Wak Salikon dan Fakulti Perubatan.
Pemahaman Teks

• Latar masa – Waktu pagi, selepas isyak dan semasa majlis konvokesyen.
• Latar masyarakat – Masyarakat pengusaha makanan tradisional, masyarakat yang rajin berusaha, masyarakat
yang suka mengejek dan masyarakat intelek.
Nilai
PT3 Nilai kegigihan, nilai ketekunan, nilai berpandangan jauh, nilai tanggungjawab, nilai bekerjasama dan nilai
kebijaksanaan.
Pengajaran
• Kita hendaklah berusaha dengan gigih dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.
• Sebagai anak, kita hendaklah ikhlas dalam membantu ibu dan ayah di rumah.
• Kita hendaklah berfikiran jauh untuk maju.
• Janganlah mengejek kerana perbuatan itu boleh mengguris hari seseorang.

Sekeping Tanah (A. Rahman C.M.)


Sinopsis
Harun, Hisyam dan Halimah ialah adik-beradik. Hisyam ialah adik yang
bongsu dan kakaknya, Halimah tidak bersetuju dengan pendapat abang
mereka, Harun untuk menjual tanah pusaka peninggalan ayah mereka.
Hisyam bercadang untuk membangunkan tanah pusaka tersebut dengan
mendirikan sebuah kondo dalam bentuk syarikat. Hisyam yang bekerja
sebagai pemandu teksi cuba memujuk Harun untuk berbahagi-bahagi
syer sekiranya projek itu terlaksana. Namun, abangnya berdegil untuk
menjual tanah tersebut. Harun juga telah merendah-rendahkan kedudukan
Hisyam yang tidak berpelajaran tinggi. Apabila Hisyam menyatakan
bahawa dia mahu membuat pinjaman bank, Harun juga telah melarang.
Menurut Hisyam, Halimah yang merupakan pengurus bank bakal diberikan
tanggungjawab untuk menguruskan pinjaman tersebut. Harun masih tidak
bersetuju dengan projek itu.
Harun sebenarnya mempunyai dua orang anak lelaki dan kedua orang
anaknya itu terlibat dengan jenayah. Saleh selalu keluar masuk lokap
kerana menagih dadah. Musa pula telah beberapa kali ditahan oleh polis
kerana berlumba haram. Sementara, anak-anak Hisyam pula semuanya
berjaya dalam pelajaran. Sebenarnya, Hisyam telah pun membeli sebuah
kondo. Dia melihat kondo tempat tinggalnya yang setinggi 23 tingkat itu didirikan di tapak tanah yang tidak seluas
mana. Oleh sebab itulah dia bercadang untuk mendirikan kondo di tanah pusaka peninggalan ayahnya.
Setelah berbincang dengan Halimah, akhirnya mereka berpakat untuk membayar bahagian Harun dengan
harga sebanyak RM2 650 000. Sebenarnya, Hisyam dan Halimahlah yang membeli tanah itu atas nama syarikat
mereka. Minggu itu juga tertegak papan tanda pembinaan kondo mewah setinggi 25 tingkat di tapak tanah

100

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 100 02-Nov-21 11:16:40 AM


tersebut. Harun terlihat papan tanda tersebut dan dia teringin untuk menghubungi adiknya apabila terlihat nama
Hisyam selaku pengurus Binajaya Sdn. Bhd. tetapi dia membatalkan niatnya itu.
Tiga tahun kemudian, Kondo Jaya dibangunkan, sedangkan wang Harun hanya tinggal sejuta lebih sahaja.
Apabila melihat kejayaan adik-adiknya, Harun menghubungi Hisyam dan menuduh Hisyam mempermainkannya.
Melalui surat khabar yang ditunjukkan oleh Halimah, Hisyam mendapat tahu bahawa Musa bakal menghadapi
hukuman mati atas tuduhan membunuh . Disebabkan itulah Harun bersungguh-sungguh mahu menjual tanah
pusaka demi membayar kos guaman. Hisyam pula telah menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada
kakaknya, Halimah yang telah meletakkan jawatan di bank. Hisyam berbuat begitu kerana dia sudah sebati
dengan pekerjaannya sebagai pemandu teksi dan dia juga tidak berpelajaran tinggi. Namun, Hisyam akan
bersetuju dengan apa-apa sahaja keperluan Halimah dalam menguruskan syarikat.

PT3

Pemahaman Teks
Tema
Hubungan kekeluargaan yang diuji dengan tanah pusaka peninggalan ayah mereka.
Persoalan
• Persoalan menghargai tanah pusaka.
• Persoalan sikap tidak mahu bersusah payah.
• Persoalan usaha anak-anak mempertahankan dan membangunkan tanah pusaka.
• Persoalan ayah yang gagal dalam mendidik anak-anak.
• Persoalan kejayaan ayah yang tidak berpendidikan tinggi dalam mendidik anak-anak.
• Persoalan sikap tidak mahu mengejar kemewahan dunia.
Plot
• Permulaan – Harun, Hisyam dan Halimah ialah adik-beradik. Hisyam ialah adik yang bongsu dan kakaknya,
Halimah tidak bersetuju dengan pendapat abang mereka, Harun untuk menjual tanah pusaka peninggalan
ayah mereka. Hisyam bercadang untuk membangunkan tanah pusaka tersebut dengan mendirikan sebuah
kondo tetapi ditentang oleh Harun.
• Perkembangan – Hisyam dan Halimah berpakat untuk membayar bahagian Harun dengan harga sebanyak
RM2 650 000. Minggu itu juga tertegak papan tanda pembinaan kondo mewah setinggi 25 tingkat di tapak
tanah tersebut. Harun cuba menghubungi Hisyam apabila ternampak papan tanda itu tetapi dia membatalkan
niatnya.
• Klimaks – Tiga tahun kemudian, Kondo Jaya dibangunkan sedangkan wang Harun hanya tinggal sejuta
lebih sahaja. Apabila melihat kejayaan adik-adiknya, Harun menghubungi Hisyam dan menuduh Hisyam
mempermainkannya.
• Peleraian – Melalui surat khabar yang ditunjukkan oleh Halimah, Hisyam mendapat tahu bahawa Musa bakal
menghadapi hukuman mati atas tuduhan membunuh. Oleh sebab itulah Harun bersungguh-sungguh mahu
menjual tanah pusaka demi membayar kos guaman. Hisyam pula telah menyerahkan jawatan pengurus
syarikat kepada Halimah kerana dia sudah sebati dengan pekerjaannya sebagai pemandu teksi dan dia juga
tidak berpelajaran tinggi.
Watak dan Perwatakan
Hisyam
• Seorang pemandu teksi yang tidak berpelajaran tinggi.
• Mempunyai tiga orang anak, iaitu Zaki, Linda dan Nora. Ketiga-tiganya berjaya dalam pelajaran.

101

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 101 02-Nov-21 11:16:40 AM


• Seorang yang bercita-cita tinggi.
• Seorang yang panjang akal.
• Seorang yang mengamalkan mesyuarat dan perbincangan sebelum mengambil sebarang tindakan.
• Seorang yang tidak mementingkan pangkat dan kedudukan.
• Seorang bapa yang pandai mendidik anak-anak.
Harun
• Abang kepada Hisyam dan Halimah.
• Mempunyai dua orang anak, iaitu Saleh dan Musa tetapi kedua-duanya terjebak dalam gejala sosial seperti
menagih dadah dan lumba haram.
• Seorang yang mementingkan wang ringgit.
• Seorang yang suka membuat tuduhan melulu.
• Seorang yang keras hati.
Halimah
• Kakak kepada Hisyam dan adik kepada Harun.
Pemahaman Teks

• Seorang yang berpandangan jauh.


• Seorang yang berani membuat keputusan.
• Seorang yang peka dengan isu semasa.
• Seorang yang sanggup memikul tanggungjawab.
PT3 Latar
• Latar tempat – Rumah Harun, rumah Halimah, di hadapan pengawai pentadbiran tanah dan seorang peguam,
tepi jalan dan Kondo Jaya.
• Latar masa – Waktu malam, sebulan kemudian, minggu yang sama dan selepas tiga tahun.
• Latar masyarakat – Masyarakat yang sayang akan harta pusaka, masyarakat yang mementingkan wang
ringgit, masyarakat yang terdiri daripada adik-beradik yang tidak sefahaman dan masyarakat yang berfikiran
jauh.
Nilai
Nilai mempertahankan tanah pusaka, nilai berusaha membangunkan tanah pusaka, nilai berpandangan jauh,
nilai tanggungjawab, nilai bekerjasama dan nilai kebijaksanaan.
Pengajaran
• Kita hendaklah berusaha untuk mempertahankan tanah pusaka.
• Janganlah kita menghina darah daging kita sendiri.
• Kita hendaklah berfikiran jauh untuk maju.
• Kita hendaklah berbincang sebelum mengambil sebarang tindakan.

Bawod (Janathan Kandok)


Sinopsis
Suatu hari banjir berlaku di kawasan rumah Beluntung. Beluntung
bimbang akan keselamatan kerbau dan kambingnya yang bernama
Tuyog dan Bawod. Beluntung menyangka Tuyog dan Bawod telah
mati lemas. Setelah banjir surut, Beluntung menemui Tuyog yang
sedang mengunyah di hadapan Bawod yang menggigil kesejukan.
Beluntung pergi ke sekolah dengan menunggang Tuyog
sementara Bawod mengekori di belakang. Tuyog ditambat pada
pohon kelapa. Di kelas, rakan-rakan Beluntung mengejeknya berbau
kerbau. Beluntung merupakan murid yang cemerlang dan dia risau
akan peperiksaan darjah enam yang hanya tinggal dua bulan lagi.
Beluntung berazam untuk cemerlang walaupun terpaksa bersusah
payah untuk pergi ke sekolah memandangkan musim hujan dan
terpaksa menyeberangi enam batang sungai untuk ke sekolah. Suatu
hari, selepas waktu rehat, Bawod masuk ke kelas dan mengembek sehingga mengganggu kelas. Rupa-rupanya,
Bawod hendak mengadu kepada Beluntung bahawa leher Tuyog terjerut tali dan Tuyog hampir lemas.

102

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 102 02-Nov-21 11:16:40 AM


Suatu hari, perlumbaan kerbau diadakan di Kampung Layong dan
Beluntung turut menyertai perlawanan tersebut. Beluntung dan Tuyog
memenangi perlumbaan tersebut dan mendapat hadiah RM10.00.
Beluntung berhasrat untuk membeli kambing dengan wang hadiah itu
sebagai teman Bawod yang ketika itu tidak turut serta kerana ditambat
pada pokok nangka di rumah.
Sekembalinya ke rumah, Beluntung hairan apabila melihat ramai
orang di halaman rumahnya. Rupa-rupanya, ayah Beluntung mahu
mengadakan kenduri kesyukuran kerana Beluntung mendapat 98 peratus
dalam peperiksaan darjah enam. Ketika itu, Beluntung mendengar Bawod
menjerit-jerit. Beluntung berlari untuk mendapatkan Bawod tetapi dia
tersungkur lalu tidak sedarkan diri buat seketika. Apabila sedar, Beluntung
mendapati bahawa Bawod telah mati disembelih. Beluntung memeluk tubuh Bawod sambil menangis dan
memberitahu orang ramai haiwan itu seperti manusia dan sahabatnya. Bapa Beluntung menghampiri Beluntung
lalu memeluknya.
PT3

Pemahaman Teks
Tema
Persahabatan antara manusia dengan haiwan.
Persoalan
• Persoalan kesukaran penduduk di kawasan pedalaman mengharungi perjalanan yang penuh getir untuk
sampai ke sekolah.
• Persoalan kasih sayang antara manusia dengan haiwan dan antara haiwan dengan haiwan.
• Persoalan sikap segelintir masyarakat yang suka mengejek orang yang susah.
• Persoalan peranan dan tanggungjawab guru di dalam kelas.
• Persoalan perasaan bangga ibu bapa apabila anak cemerlang dalam pelajaran.
• Persoalan semangat yang tinggi untuk berjaya dalam pelajaran.
• Persoalan kesedihan atas kematian haiwan kesayangan.
Plot
• Permulaan – Beluntung risau Tuyog dan Bawod mati lemas sewaktu banjir berlaku di kawasan rumahnya.
Pada waktu pagi, Beluntung mencari Tuyog dan Bawod. Kedua-duanya selamat hanya Bawod yang menggigil
kesejukan. Beluntung telah menyapu-nyapu semut merah yang menggigit Bawod lalu memberi Bawod makan
pucuk kayu.
• Perkembangan – Beluntung pergi ke sekolah dengan menunggang Tuyog dan diekori oleh Bawod. Suatu
hari, Bawod masuk ke kelas Beluntung untuk memberitahu Beluntung bahawa leher Tuyog terjerut dan hampir
lemas. Suatu hari, Beluntung menang perlumbaan kerbau dan mahu membeli kambing untuk dijadikan teman
Bawod dengan wang kemenangan sebanyak RM10.00.
• Klimaks – Sampai di rumah, Beluntung hairan apabila melihat orang ramai di halaman rumahnya. Bapanya
memberitahu bahawa pada hari itu akan diadakan kenduri kesyukuran bersempena dengan kejayaan
Beluntung mendapat 98 peratus dalam peperiksaan darjah enam. Ketika itulah Beluntung mendengar suara
Bawod terjerit-jerit. Beluntung berlari untuk mendapatkan Bawod tetapi dia tersungkur lalu tidak sedarkan diri
buat seketika.
• Peleraian – Setelah sedar daripada pengsan, Beluntung bertanya kepada bapanya tentang Bawod. Bapanya
memberitahu bahawa Bawod sudah disembelih. Beluntung terus memeluk Bawod dan menangis. Katanya,
Bawod dianggap sebagai sahabatnya. Bapa Beluntung menghampiri Beluntung lalu memeluknya.

103

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 103 02-Nov-21 11:16:40 AM


Watak dan Perwatakan
Beluntung
• Murid darjah enam di SRK Timbang Pasir.
• Tinggal di Kampung Layong bersama-sama ibu dan bapanya.
• Mempunyai dua ekor haiwan peliharaan, iaitu seekor kerbau bernama Tuyog dan seekor kambing bernama
Bawod.
• Beluntung pergi sekolah dengan menunggang Tuyog dan diekori pula oleh Bawod.
• Seorang murid yang cerdik.
• Seorang yang penyabar.
• Seorang yang penyayang.
• Seorang yang prihatin.
• Seorang yang tabah.
• Seorang yang memuliakan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan.
Bawod
• Kambing peliharaan Beluntung yang jinak.
Pemahaman Teks

• Sentiasa mahu mengekori Tuyog dan Beluntung ke sekolah.


• Seekor kambing yang menjadi teman setia Tuyog.
• Seekor kambing yang sayang akan sahabatnya, Tuyog.
• Seekor kambing yang takut akan air dan hujan.
PT3 • Seekor kambing yang kuat mengembek dan berbuat bising terutama apabila terpaksa merentasi sungai.
• Akhirnya, Bawod mati disembelih untuk kenduri majlis kesyukuran Beluntung. Kematian Bawod ditangisi oleh
Beluntung kerana dia sudah menganggap Bawod seperti manusia dan sebagai sahabatnya.
Tuyog
• Kerbau peliharaan Beluntung yang jinak.
• Sesekali menguak ketika sampai di tebing Sungai Layong. Tidak seperti Bawod yang selalu terjerit-jerit dan
mengembek sewaktu cuba menyeberangi sungai.
• Tuyog kadangkala bertabiat juga. Jika datang anginnya, dia berendam dan kadang-kadang menyelam lama-
lama, terutama pada waktu tengah hari terik.
• Seekor kerbau yang taat kepada tuannya.
• Seekor kerbau yang tahan lasak kerana boleh berjalan dengan pantas merentasi enam batang sungai dan
melalui jalan yang berlumpur sewaktu menghantar Beluntung ke sekolah.
• Seekor kerbau yang handal berlari.
Latar
• Latar tempat – Kampung Layong, SRK Timbang Pasir, Sungai Layong dan di halaman rumah Beluntung.
• Latar masa – Waktu pagi dan selepas waktu rehat.
• Latar masyarakat – Masyarakat yang tinggal di kampung pedalaman, masyarakat yang terdiri daripada guru
dan murid-murid, masyarakat pedalaman yang masih mengadakan perlumbaan kerbau dan masyarakat yang
sayang akan haiwan.
Nilai
Nilai kasih sayang, nilai setia kawan, nilai ketabahan/kecekalan, nilai tanggungjawab dan nilai kebijaksanaan.
Pengajaran
• Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang sesama makhluk.
• Janganlah kita mengejek rakan-rakan kerana perbuatan itu akan mengguris perasaan mereka.
• Kita hendaklah tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan hidup.
• Kita hendaklah bercita-cita tinggi demi mencapai kejayaan.
• Kita mestilah menghargai persahabatan yang terjalin tidak kiralah persahabatan sesama manusia ataupun
dengan haiwan.

104

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 104 02-Nov-21 11:16:41 AM


Drama
Tenang-tenang Air di Tasik (Norhashimah Hashim)
Sinopsis
Muzafar yang ditugaskan untuk melatih dan mengiringi orang buta berkayak
di Tasik Permai telah mendapat tentangan daripada ibunya. Ibunya risau
akan keselamatan Muzafar apatah lagi Muzafar akan melatih orang buta.
Disebabkan kakitangan tidak mencukupi, maka Muzafar meneruskan juga
tugasnya walaupun ibunya menghalang.
Semasa ekspedisi, Muzafar berkenalan dengan Muzamir. Ada sesuatu
yang membuatkan hati Muzafar tertanya-tanya, iaitu wajah Muzamir saling
tidak tumpah seperti wajahnya. Menurut sahabat Muzafar, iaitu Haris dan
Nurul, Muzamir sebenarnya berasal dari Kelantan dan sewaktu berusia tiga
bulan, dia diserahkan kepada keluarga angkat di Johor kerana keluarganya
yang ternama mahu menjaga kedudukan mereka dan disebabkan itulah PT3

Pemahaman Teks
Muzamir terpaksa disingkirkan daripada keluarga asalnya.
Selesai ekspedisi, Muzafar mengajak ibunya ke tempatnya bertugas
untuk menonton video ekspedisi yang telah selesai dijalankan. Ketika
melihat Muzamir di dalam video, ibu Muzafar hairan melihat Muzafar
teraba-raba. Ibu Muzafar lebih terkejut apabila Azizi menunjukkan sekeping
gambar Muzafar sedang menyelamatkan Muzamir semasa kayak Muzamir
terbalik. Selepas itu, ibu Muzafar menjauh dan mengatakan bahawa dia
tidak mahu melihat video itu lagi. Reaksi ibunya itu membuatkan Muzafar
mengesyaki bahawa ibunya ada menyimpan satu rahsia. Sebelum itu,
perasaan yang pelik juga telah mendorong Muzafar untuk membantu
Muzamir ketika kayak Muzamir terbalik. Muzafar juga menangis sewaktu
bersalaman dan berpelukan dengan Muzamir sebelum Muzamir berangkat
pergi. Hal ini membuatkan Muzafar tertanya-tanya apakah ada kaitan
antara dirinya dengan Muzamir?

Pemikiran
Keinginan insan yang cacat penglihatan untuk menghayati keindahan alam
semula jadi dan misteri hubungan kekeluargaan yang tidak terungkap.
Persoalan
• Persoalan semangat dan keinginan insan yang cacat penglihatan untuk berkayak.
• Persoalan kebimbangan seorang ibu melepaskan anaknya bertugas.
• Persoalan sikap saling membantu dalam pasukan.
• Persoalan misteri dalam hubungan kekeluargaan.
• Persoalan sikap golongan atasan yang mementingkan kedudukan.
Plot
• Permulaan – Muzamir yang buta teringin untuk menyertai ekspedisi berkayak di Tasik Permai. Manakala
Muzafar yang ditugaskan untuk melatih dan mengiringi orang buta berkayak di Tasik Permai telah mendapat
tentangan daripada ibunya. Namun, disebabkan kakitangan tidak mencukupi, maka Muzafar meneruskan juga
tugasnya walaupun ibunya menghalang.
• Perkembangan – Semasa ekspedisi, Muzafar berkenalan dengan Muzamir. Wajah Muzamir saling tidak
tumpah seperti wajahnya. Muzamir sebenarnya berasal dari Kelantan dan sewaktu berusia tiga bulan, dia
diserahkan kepada keluarga angkat kerana keluarganya yang ternama mahu menjaga kedudukan mereka dan
disebabkan itulah Muzamir terpaksa disingkirkan daripada keluarga asalnya.
• Klimaks – Selesai ekspedisi, Muzafar mengajak ibunya ke tempatnya bertugas untuk menonton video ekspedisi
yang telah selesai dijalankan. Ketika melihat Muzamir di dalam video, ibu Muzafar terkejut lalu menjauh dengan
alasan tidak mahu menonton video itu lagi.

105

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 105 02-Nov-21 11:16:41 AM


• Peleraian – Reaksi ibunya itu membuatkan Muzafar mengesyaki bahawa ibunya ada menyimpan satu rahsia.
Sebelum itu, perasaan yang pelik juga telah mendorong Muzafar untuk membantu Muzamir ketika kayak
Muzamir terbalik. Muzafar juga menangis sewaktu bersalaman dan berpelukan dengan Muzamir sebelum
Muzamir berangkat pergi. Hal ini membuatkan Muzafar tertanya-tanya apakah ada kaitan antara dirinya dengan
Muzamir?
Watak dan Perwatakan
Muzafar
• Seorang kakitangan pusat peranginan Tasik Permai yang bertugas sebagai jurulatih ekspedisi berkayak.
• Seorang yang mengagumi semangat para peserta ekspedisi berkayak yang cacat penglihatan.
• Seorang yang sentiasa bersedia mencurahkan ilmu dan kemahiran berkayak kepada semua orang termasuk
orang buta dan cacat penglihatan.
• Seorang yang tetap pendirian.
• Seorang yang bertanggungjawab dan saling membantu.
• Seorang anak yang penyayang.
• Seorang yang memiliki naluri kekeluargaan.
Pemahaman Teks

Azizi
• Salah seorang pekerja di Permai Resort.
• Seorang sahabat yang sedia mendengar masalah rakan sekerja.
PT3 • Seorang jurulatih yang mengambil berat akan hal ehwal peserta.
• Seorang jurulatih yang peramah.
• Seorang jurulatih yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan setiap peserta.
• Seorang jurulatih yang prihatin akan keselesaan para peserta ekspedisi.
Ibu Muzafar
• Seorang wanita yang disegani walaupun telah bersara daripada tugasnya sebagai pegawai.
• Seorang ibu yang tegas.
• Seorang yang kuat menyimpan rahsia.
Muzamir
• Seorang pemuda yang buta tetapi berkeinginan untuk berkayak di Tasik Permai.
• Mengetuai ekspedisi berkayak yang disertai oleh 36 orang peserta. 30 orang daripadanya buta dan cacat
penglihatan dan enam orang lagi peserta normal.
• Berasal dari Kelantan dan ketika berusia tiga bulan dia diserahkan kepada keluarga angkat kerana keluarga
asalnya mementingkan kedudukan dan disebabkan itulah dia disingkirkan daripada keluarga.
• Mempunyai wajah yang seiras dengan Muzafar. Bukan setakat wajahnya seiras dengan Muzafar, malah cara
berjalan, bercakap dan susuk tubuhnya juga sama seperti Muzafar.
• Seorang yang bersemangat waja.
• Seorang yang menghargai bantuan.
Latar
• Latar tempat – Sebuah rumah batu mewah, hadapan tasik permai, beranda chalet, hadapan cermin dan studio
di tempat peranginan, iaitu tempat Muzafar bertugas.
• Latar masa – Empat hari tiga malam, waktu pagi dan waktu malam.
• Latar masyarakat – Masyarakat yang terdiri daripada golongan atasan yang mementingkan kedudukan,
masyarakat yang cacat penglihatan, masyarakat yang terdiri daripada para pelatih ekspedisi berkayak dan
masyarakat yang terdiri daripada orang buta yang kuat semangat.
Nilai
Nilai bersemangat tinggi, nilai kasih sayang, nilai keprihatinan, nilai tanggungjawab, nilai sedia membantu dan
nilai cinta akan alam semula jadi.
Pengajaran
• Kita hendaklah menghargai alam semula jadi ciptaan Tuhan.
• Janganlah kita terlalu mementingkan kedudukan sehingga mengabaikan ahli keluarga sendiri.
• Kita hendaklah bekerja dengan ikhlas.
• Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap saling membantu antara satu sama lain.

106

04b-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 106 02-Nov-21 11:16:41 AM


Praktis Berformat PT3
Praktis 1
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Syair Burung Nuri

Bermula warkah surat rencana, Sudahlah nasib untung yang malang,


Ikatan fakir yang sangat hina, Mengambah lautan berulang-ulang,
Sajak dan nazam banyak tak kena, Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Daripada pendapat kurang sempurna. Senantiasa di dalam nasib dan walang.

Gerangan sungguh amatlah leta, Hanyutlah badan ke sana ke mari,


Perinya akal gelap-gelita, Segenap pesisir desa negeri,
Hemat pun rendah daif berserta, Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Tambahan badan miskin dan nista. Santap nan tidak minum pun kari.

Beribu ampun kiranya tuan, Bangun terjunun badan suatu,


Atasnya hulu fakir nistawan, Gundahlah fikir tiada tertentu,
Daripada masyghul gundah merawan, Laksana cermin jatuh ke batu,
Terperilah madah patik nin tuan. Remuk dan redam hancur di situ.

Dituliskan sahifah supaya nyata, Remuk dan redam rasanya hati,


Barang yang ghairah di dalam cinta, Lenyaplah fikir budi pekerti,
Terfikir-fikir bukan menderita, Jikalau kiranya hamba turuti,
Dakwat dan kertas tempat berkata. Daripada hidup sebaiknya mati.

(Dipetik daripada antologi Bintang Hati,


Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)

1 Antara yang berikut, yang manakah merupakan 2 Berdasarkan rangkap kelapan, apakah yang akan
maksud rangkap ketiga dalam “Syair Burung berlaku kepada diri penyair sekiranya menuruti
Nuri”? perasaan kecewa?
A Penyair mengisahkan dirinya yang sentiasa A Penyair akan terus bersedih
bernasib malang B Penyair dapat menetapkan hala tuju yang jelas
B Penyair memohon ampun kerana daripada dalam kehidupan
perasaan sedih dia memulakan cerita C Penyair akan menjadi seseorang yang lebih
C Penyair menyatakan bahawa nasib malang tabah menghadapi dugaan hidup
yang menimpa diri dalam kehidupan akan D Penyair akan hilang pertimbangan fikiran dan
membawa banyak keburukan kepada diri tidak mahu meneruskan hidupnya lagi
sendiri
D Penyair mengisahkan dirinya yang telah
semakin kehilangan hala tuju dalam kehidupan.

107

05-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 107 02-Nov-21 11:17:14 AM


3 Antara yang berikut, yang manakah merupakan
tema bagi “Syair Burung Nuri”? Laksana cermin jatuh ke batu
A Adab dalam kehidupan seseorang.
4 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam
B Keberanian dalam mengharungi rintangan
baris syair di atas?
hidup.
A Simile C Metafora
C Keperitan hidup yang dialami oleh seseorang
B Repitisi D Hiperbola
yang dipandang hina oleh masyarakat.
D Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
5 Nilai yang terdapat dalam rangkap ketiga syair
seseorang dalam kehidupan.
ialah nilai
A ketabahan. C bersopan santun.

B kasih sayang. D hormat-menghormat.

Praktis 2
Pemahaman Teks

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PT3 Santap Istiadat

Santap beradat, santap istiadat, Santap nasi suap pertama,


Santap raja di majlis kebesaran, Berturut dengan suap kedua;
Santap merai, hormat-menghormat; Dua suap, ketiga sudah,
Bukan santap hendakkan kenyang, Keempatnya basuh tangan;
Santap santun dengan aturan. Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.
Nasi disuap di tangan kanan,
Lauk dibinjat sopan siuman, Ketujuh berkumur-kumur,
Sampai ke mulut mamah perlahan, Ke delapan makan sirih;
Tanda tidak gelojoh makan. Kelat jatuh ke rengkungan,
Selesai santap nasi – Seri naik ke peroman.
Diiringkan seteguk minuman,
Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. Itulah santap beradat kebesaran,
Di dalam riwayat zaman silam.

ZA’BA
(Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

1 Apakah maksud yang ingin disampaikan oleh D Setelah selesai makan nasi barulah diambil
penyajak dalam rangkap kedua seloka “Santap seteguk air minuman sebagai isyarat hormat
Istiadat”? dan beradab sopan ketika berada dalam majlis
A Nasi di dalam mulut perlu dikunyah dengan santapan
laju sebagai tanda tertib
B Si penjamu selera perlu membasuh tangan 2 Antara yang berikut, yang manakah merupakan
sebelum menjamu buah-buahan yang tema bagi seloka “Santap Istiadat”?
dihidangkan A Golongan istana yang hidup dalam kemewahan
C Tatacara dan peraturan santapan ini B Sikap penjamu selera yang makan dengan
merupakan cara santap beradat kebesaran gelojoh
yang diajarkan oleh generasi terdahulu

108

05-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 108 02-Nov-21 11:17:15 AM


C Tatacara makan dan minum dalam majlis A Wajah si penjamu selera menjadi pucat
kebesaran B Wajah si penjamu selera bertambah seri
D Kepentingan mengambil makanan untuk C Wajah si penjamu selera kelihatan muram
mengenyangkan perut D Si penjamu selera kehilangan selera untuk
mengambil makanan
3 Apakah nilai yang boleh kita pelajari menerusi
seloka “Santap Istiadat”?
A Nilai kesopanan C Nilai kasih sayang Nasi disuap di tangan kanan
B Nilai keberanian D Nilai tanggungjawab
5 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam
4 Berdasarkan rangkap keempat seloka “Santap baris seloka di atas?
Istiadat” apakah yang akan terjadi kepada A Simile C Metafora
si penjamu selera setelah makan sirih? B Aliterasi D Asonansi

PT3

Pemahaman Teks
Praktis 3
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kijang yang Lelah

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Bimbang tersadung akar dan jerat
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Dia tidak lagi mampu menobat takhta Meski dalam peribadi yang keruh
Mengorak telapak di tanah menghijau. Diredah belantara yang mula teduh
Nun jauh di batas nuraninya
Saat itu Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
Sebak menyentap dahan kalbu terus mengorak penuh berhemah
Dedaun resah mula berguguran dengan akal dan hati
Pepohon batin akhirnya tumbang dia tidak lagi gundah
Akarnya menguncup di perdu harap. menyusun gerak dan langkah.

Hari ini WAN MARZUKI WAN RAMLI


Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa (Dipetik daripada antologi Bintang Hati,
Walau dalam jera lelah Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.

1 Mengapakah sang kijang berasa sedih dan resah? A Sang Kijang terus mengorak langkah tanpa
A Terkena jerat manusia di hutan rimba berasa gundah
B Kekuatan dalamannya semakin hilang B Sang Kijang semakin tua untuk melangkah
C Kehilangan tempat tinggal di hutan rimba di tanah yang menghijau
D Kawasan hutan rimba musnah akibat C Sang Kijang berputus asa dan menerima
perbuatan manusia hakikat bahawa dirinya berada dalam keadaan
yang tidak lagi berdaya
2 Antara yang berikut, yang manakah merupakan D Sang Kijang cuba membina kekuatan untuk
maksud rangkap ketiga dalam sajak “Kijang yang menghabiskan sisa-sisa hidupnya
Lelah”?

109

05-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 109 02-Nov-21 11:17:15 AM


3 Apakah persoalan yang boleh kita dapati menerusi A Simile C Metafora
sajak “Kijang yang Lelah”? B Responsi D Hiperbola
A Masyarakat yang mementingkan diri sendiri
B Kesedihan akibat kehilangan seorang sahabat
lama Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
C Kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu terus mengorak penuh berhemah
konflik
D Sikap berhati-hati semasa melakukan sesuatu 5 Berdasarkan baris sajak di atas, apakah
perkara pengajaran yang boleh kita pelajari?
A Kita perlu berhemah agar disegani orang ramai
B Kita perlu bijak menyelesaikan masalah yang
Sebak menyentap dahan kalbu dihadapi
C Kita perlu tabah menghadapi dugaan dan
4 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam cabaran dalam kehidupan
baris sajak di atas? D Kita perlu bertanggungjawab terhadap
kehidupan dan masa depan sendiri
Pemahaman Teks

Praktis 4
PT3 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pesan Ibu Beribu-ribu


Kita ada ibu biarpun menyamar cekap
ibu kita satu ada masa termasuk perangkap
pesanannya beribu-ribu. Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
“Buat begini jangan begitu Dia menyatakan kesalnya
bacalah buku selalu kerana dia alpa
kukuhkan diri dengan ilmu ibunya berpesan sejak dulu
pilihlah kawan yang mulia hati “Pilihlah kawan yang bermutu
tolaklah kawan pementing diri Jangan dipilih kawan berhantu.”
pilihlah kawan yang punya petunjuk Mengenangkan nasib temanku itu
tolaklah kawan bertabiat buruk.” aku merindui pesanan ibu.
Ibu yang satu menyekat kita di pintu Ya, pesanan ibu.
bertanya ke mana arah tuju
“Jagalah diri selalu Ibu,
di luar sana mungkin bencana menunggu.” kuyakini kau mengenali
Kita menjadi jemu yang mana permata, yang mana kaca
mendengar pesanan beribu-ribu yang mana budaya, yang mana buaya
tapi ibu tetap ibu berilah pesanan beribu-ribu
pesanan bertambah satu dan satu malah berpuluh ribu
“Jangan dibiar kepala berkutu aku tidak akan jemu
carilah ubat jerawat batu.” ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
Suatu senja dengan pesanan beribu-ribu.
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih RAHMAN SHAARI
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab (Dipetik daripada antologi Bintang Hati,
Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)

110

05-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 110 02-Nov-21 11:17:15 AM


1 Apakah maksud rangkap keempat dalam sajak
“Pesan Ibu Beribu-ribu”? tapi ibu tetap ibu
A Penyajak melihat rakannya sedih kerana
ditinggalkan oleh kekasihnya 3 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam
B Penyajak sedar bahawa sempurnanya baris sajak di atas?
tanggungjawab seorang ibu apabila beliau A Repetisi C Hiperbola
dapat menyampaikan pesanan yang baik B Anafora D Personifikasi
kepada anaknya
C Rakan penyajak menyesal kerana tidak 4 Yang berikut merupakan nilai yang terdapat dalam
membantu penyajak memilih kawan yang baik sajak “Pesan Ibu Beribu-ribu”, kecuali
D Penyajak menerima hakikat kebenaran A nilai kerajinan.
pesanan ibunya dan merindui pesanan- B nilai keberanian.
pesanan ibunya C nilai kasih sayang.
D nilai bertanggungjawab.
2 Yang berikut merupakan bentuk rangkap pertama
sajak “Pesan Ibu Beribu-ribu”, kecuali 5 Yang berikut merupakan pengajaran yang boleh PT3

Pemahaman Teks
A rima akhir ialah aaa. kita pelajari dalam sajak “Pesan Ibu Beribu-ribu”,
B terdapat tiga baris puisi dalam rangkap kecuali
pertama. A kita hendaklah rajin menuntut ilmu.
C jumlah suku kata dalam baris pertama ialah B kita harus patuh dan mendengar nasihat ibu
sembilan suku kata. bapa.
D bilangan patah perkataan dalam baris pertama C kita hendaklah taat setia kepada pemimpin
ialah tiga patah kata. negara.
D kita hendaklah menunaikan tanggungjawab
yang telah diamanahkan.

Praktis 5
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Senja di Palang Besi

Senja mula menangis Tanpa pasir pantai atau silir angin


remang membongkar sendu rentet susun bibir palang besi dingin itu
mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya menjerut resah berteleku dalam hening
berlari di celah jambangan bunga dedawai bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan
menari mengikat ramah kekosongan menghantar pergi erti keriuhan
dalam kotak tidur sepi nan pedar hati. jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri
bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
Pilu wajahmu sang senja hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.
yang dulu melakar bahagia
kini merayap sayu membelai jemari malam PENA ALAM
dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
dalam kesakitan yang membungkam. Kementerian Pendidikan Malaysia)

111

05-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 111 02-Nov-21 11:17:15 AM


1 Berdasarkan rangkap kedua dalam sajak “Senja 3 Apakah tema bagi sajak “Senja di Palang Besi”?
di Palang Besi”, bagaimanakah keadaan hidup A Kemudahan dan persekitaran di dalam sel
penyajak ketika di dalam sel penjara? penjara
A Penyajak berasa dirinya bahagia B Kesengsaraan seorang banduan yang hidup
B Penyajak berasa dirinya terasing dari dunia luar di dalam sel penjara
C Penyajak ceria menerima hakikat bahawa C Hasrat seorang banduan yang mengharapkan
dirinya telah dipenjarakan agar dirinya dibebaskan
D Penyajak berasa tenang apabila hidup D Hukuman yang dikenakan terhadap seseorang
di dalam sel penjara yang sunyi dan sepi yang melakukan kesalahan

2 Apakah maksud rangkap ketiga dalam sajak


“Senja di Palang Besi”? Senja mula menangis
A Penyajak meluahkan kekesalannya yang
terpendam di dalam hati 4 Apakah unsur gaya bahasa yang digunakan
B Celah-celah lubang sel penjara telah dalam baris sajak di atas?
memisahkan penyajak dengan dunia luar A Simile C Hiperbola
Pemahaman Teks

C Penyajak mengimbau kenangan masa lalu B Metafora D Personifikasi


yang hidup bahagia dengan keluarganya
D Penyajak merasakan bahawa jiwanya semakin 5 Apakah nilai yang terdapat dalam sajak “Senja
sunyi dan merasakan hukuman penjara ialah di Palang Besi”?
PT3 hukuman kemanusiaan terhebat yang perlu A Nilai kerajinan C Nilai kejujuran
ditempuhinya. B Nilai keredaan D Nilai kecekalan

Praktis 6
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bintang

Suatu malam aku duduk


di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang
menghias langit yang terbentang
aku ingin terbang ke sana
membawa pulang bintang-bintang
tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya.

Tetapi kata ibu


itu tidak perlu
ayah sudah ada bintang
begitu juga ibu
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.

SITI ZALEHA M. HASHIM


(Dipetik daripada antologi Bintang Hati,
Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)

112

05-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 112 02-Nov-21 11:17:15 AM


1 Yang berikut merupakan persoalan yang terdapat 3 Antara yang berikut, yang manakah bentuk sajak
dalam sajak “Bintang”, kecuali “Bintang” yang betul?
A kasih sayang dalam sebuah keluarga. A Sajak ini berbentuk terikat
B pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tidak B Sajak ini mengandungi tiga rangkap
ternilai. C Rangkap kedua mempunyai lapan baris
C tanggungjawab seorang anak untuk D Rangkap pertama sajak terdiri daripada
membahagiakan ibu bapanya. sembilan baris
D ketabahan seorang anak yang terpaksa
meninggalkan ibu bapanya.
begitu juga jiwa mereka
2 Apakah maksud rangkap kedua dalam sajak
“Bintang”? 4 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam
A Penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya baris sajak di atas?
B Penyajak cuba menggembirakan ibu bapanya A Epifora C Hiperbola
C Penyajak ingin terbang ke langit untuk B Aliterasi D Personifikasi
mengambil gugusan bintang di langit PT3

Pemahaman Teks
D Penyajak duduk di halaman rumah sambil 5 Apakah nilai yang terdapat dalam sajak “Bintang”?
memandang gugusan bintang di langit A Nilai ketaatan C Nilai ketabahan
B Nilai toleransi D Nilai keberanian

Praktis 7
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Maka terlalulah sebal hati suaminya melihatkan laku bininya seperti orang hendak mati rupanya
tiada berdaya lagi. Maka suaminya pun pergilah menghadap Maharaja Indera Dewa itu. Maka
baginda pun sedang dihadap oleh segala anak raja-raja. Maka Miskin pun sampailah ia lalu masuk
ke dalam sekali.
Maka titah baginda, “Hai, Miskin, apa kehendakmu?”
Maka Miskin pun sujud kepalanya lalu ke tanah sembahnya, “Ya Tuanku beribu-ribu ampun,
jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertua akan patik yang hina ini, patik hendak memohon akan
mempelam Duli Syah Alam yang gugur barang sebiji.”
Maka titah baginda kepada hambanya, “Pergilah engkau ambilkan buah mempelam itu barang
setangkai kepada Miskin.”
Maka diambilkan oranglah; diberikannya kepada Miskin itu. Maka diambilnya seraya menyembah
kepada baginda itu lalu ia keluar berjalan kembali.
Maka baginda pun berangkat masuk ke dalam istananya. Maka segala raja dan menteri
hulubalang itu pun masing-masing pulang ke rumahnya. Maka Miskin pun sampailah kepada
tempatnya. Setelah dilihat oleh bininya akan suaminya datang membawa buah mempelam
setangkai, maka ia pun tertawa seraya disambutnyalah lalu dimakannya.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita”,


antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)

113

05-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 113 02-Nov-21 11:17:15 AM


1 Apakah hasrat Si Miskin ketika menghadap A Baginda memberikan sehelai daun nangka
Maharaja Indera Dewa? kepada Si Miskin
A Meminta sebiji buah oren yang gugur di taman B Baginda menghalau Si Miskin keluar dari
raja taman raja
B Meminta sebiji buah nangka yang gugur C Baginda menghadiahi Si Miskin dengan
di taman raja sepersalinan pakaian
C Meminta sebiji buah pulasan yang gugur D Baginda memberikan setangkai buah
di taman raja mempelam kepada Si Miskin
D Meminta sebiji buah mangga yang gugur
di taman raja 4 Nilai yang boleh kita pelajari dalam petikan
tersebut ialah nilai
2 Apakah reaksi isteri Si Miskin apabila melihat A baik hati. C keberanian.
Si Miskin membawa pulang setangkai buah B kejujuran. D kesederhanaan.
mempelam?
A Sedih dan kecewa 5 Mengapakah kita harus sentiasa beramal?
B Marah akan Si Miskin A Orang lain akan terhutang budi dengan kita
Pemahaman Teks

C Tidak puas hati lalu menangis B Kita tidak akan dipandang rendah oleh
D Makan buah tersebut dengan penuh gembira golongan kaya
C Kita dapat membantu mereka yang
3 Apakah peristiwa dalam petikan tersebut yang memerlukan bantuan
PT3 membuktikan bahawa Maharaja Indera Dewa D Kita dapat mempamerkan harta kekayaan
seorang raja yang berhati mulia? yang dimiliki kepada orang lain

Praktis 8
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Masa berlalu. Aku akhirnya menamatkan pengajian kedoktoranku dengan jayanya. Malah kajian
tentang tapai ubi itu telah menjadi tesis kedoktoranku yang sangat dipandang tinggi oleh pihak
universiti. Dapatannya sangat mengagumkan terutama dalam usaha mencegah penyakit kanser
yang semakin serius keadaannya di negara ini, terutamanya kanser payudara.
Hasil kajianku dibawa ke peringkat antarabangsa untuk diperakukan keberkesanannya walaupun
pada tahap yang masih awal. Kajian ini akan aku teruskan lagi. Penemuan ini sebenarnya berkat
kegigihan emak dan bapa mengusahakan tapai ubi. Bahan kajian utamaku selama ini ialah tapai
ubi emak dan bapa. Kini aku menjadi pelanggan tetap tapai ubi Wak Salikon. Pada mulanya bapaku
terkejut apabila kunyatakan bahawa aku mahu menempah tapainya. Selama ini dia memang tahu
bahawa aku sudah muak dengan tapai ubi.
Sekali lagi bapa terkejut apabila kukatakan bahawa tapai ubi boleh dijadikan ubat pencegah
kanser. Selama ini baginya tapai hanya untuk mengenyangkan perut. Tidak pernah terlintas dalam
fikiran tuannya bahawa makanan tradisi turun-temurun itu dapat dijadikan ubat atau penawar
penyakit, lebih-lebih lagi penyakit berbahaya seperti kanser. Walaupun terkejut, bapa tidak
memberikan reaksi besar selain tersenyum kerana tempahan tapainya meningkat. Pendapatan
bapa sudah pasti berlipat ganda sejak aku dan rakan-rakan memulakan kajian terhadap tapai ubi.

(Dipetik daripada cerpen “Legasi Tapai Ubi”,


antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

114

05-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 114 02-Nov-21 11:17:15 AM


1 Berdasarkan petikan di atas, apakah reaksi bapa C Seorang yang baik hati
Parjo apabila mendapati bahawa tapai ubi boleh D Seorang yang mengenang budi
digunakan untuk mengubati penyakit kanser?
A Terkejut 4 Apakah sumbangan yang dibawa daripada hasil
B Sangat gembira kajian Parjo terhadap perniagaan tapai ubi Wak
C Rasa sangsi akan hasil kajian Parjo Salikon?
D Tidak puas hati dengan jualan tapai ubi A Tiada sebarang perubahan
B Tempahan tapai ubi merosot
2 Mengapakah hasil kajian Parjo terhadap tapai ubi C Perniagaan tapai ubi berkembang maju
dipandang tinggi oleh pihak universiti? D Parjo memiliki modal untuk membuka sebuah
A Parjo merupakan pelajar kegemaran para klinik perubatan
pensyarah di universiti
B Kajian tersebut dilakukan bersama-sama 5 Apakah kriteria untuk menjadi seorang yang
pakar perubatan yang terkenal di dunia berjaya dalam kehidupan?
C Dapatan kajian Parjo yang berimpak tinggi A Bijak mengurus masa
mengenai perawatan penyakit kanser B Tidak bercita-cita tinggi PT3

Pemahaman Teks
D Parjo merupakan pelajar cemerlang sepanjang C Bersikap sambil lewa semasa menjalankan
mengikuti kursus kedoktoran di universiti tugas
D Suka menangguhkan kerja atau tugasan yang
3 Berdasarkan petikan tersebut, nyatakan diberikan
perwatakan Parjo.
A Seorang yang jujur
B Seorang yang berani

Praktis 9
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hisyam menarik nafas dalam-dalam. Dia merenung wajah abangnya, Harun yang seperti tidak
kisah tentang persoalan tanah pusaka yang diperkatakan sekarang.
Memang senang kalau dijualkan sahaja tetapi dia tidak mahu jual. Kakaknya Halimah juga tidak
setuju tanah itu dijual. Lalu dia dan Halimah bersetuju tanah itu dibangunkan.
Di atas tanah itu boleh dibangunkan rumah kediaman mewah dalam bentuk kondo. Pengurusan
kondo itu boleh dilakukan dalam bentuk syarikat. Mereka boleh menubuhkan syarikat itu. Tiga
beradik membangunkan tanah pusaka. Ah! Sangat manis. Sangat mulia. Sejuk ayah mereka dalam
kubur. Itu sahaja pusaka peninggalan ayah mereka yang berharga di bandar itu. Tanah pusaka
diuruskan oleh syarikat keluarga.
“Jual senang, bang, sekarang pun kalau kita pacakkan iklan nak jual tanah itu, tak terjawab
telefon rumah abang ni,” kata Hisyam pula.
“Habis, kamu nak buat apa? Nak majukan? Dengan apa? Kamu ada dana? Halimah ada duit?”
“Kak Halimah terasa rimas, dia duduk di rumah pusaka, tanah itu pula belum selesai. Dia
bimbang kalau dia mati nanti, anak-anaknya pula tinggal di situ. Nanti anak-anak saya, anak-anak
abang akan persoalkan. Itu tanah pusaka, mana boleh main milik begitu saja?” Hisyam memandang
wajah abangnya.

(Dipetik daripada cerpen “Sekeping Tanah”,


antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

115

05-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 115 02-Nov-21 11:17:15 AM


1 Apakah cadangan Hisyam dalam menguruskan 4 Mengapakah Halimah berasa tidak selesa
tanah pusaka peninggalan ayahnya? menetap di rumah pusaka itu?
A Menjual tanah tersebut A Khuatir Harun akan menghalaunya keluar dari
B Mengusahakan perladangan getah rumah
C Membina rumah kediaman mewah dalam B Pemaju yang sentiasa memujuk mereka
bentuk kondo supaya menjual tanah tersebut
D Membangunkan rumah penginapan untuk C Desakan daripada Hisyam yang ingin
disewa membangunkan tanah pusaka tersebut
D Bimbang akan timbulnya masalah perebutan
2 Siapakah yang tidak bersetuju dengan cadangan tanah pusaka tersebut apabila dia meninggal
membangunkan tanah pusaka? dunia kelak
A Harun
B Saleh 5 Yang berikut merupakan perkara yang harus
C Hisyam diberikan perhatian semasa mengusahakan
D Halimah sesuatu perniagaan, kecuali
A lokasi tapak perniagaan.
Pemahaman Teks

3 Apakah nilai yang boleh kita pelajari menerusi B jumlah dana perniagaan yang dimiliki.
watak Hisyam? C kualiti kerja dan perkhidmatan yang ditawarkan
A Nilai amanah oleh staf.
B Nilai kejujuran D menyasarkan pulangan yang lumayan dalam
PT3 C Nilai kasih sayang tempoh masa yang singkat.
D Nilai berpandangan jauh

Praktis 10
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tuyog kini mendahului peserta yang lain. Lariannya semakin deras. Tuyog menang. Ketika
diumumkan sebagai pemenang, Beluntung memutuskan hadiah sebanyak RM10.00 yang akan
diterimanya, akan digunakan untuk membeli seekor kambing. Kasihan, Bawod tidak berkawan.
Perasaan kasihannya semakin bertambah apabila teringat akan Bawod belakangan ini hanya
ditambat pada pohon nangka. Beluntung tidak tahu tujuan bapanya mahukan Si Bawod ditambat,
terutamanya pagi tadi ketika Beluntung bersiap-siap ke Pesta Lumba Kerbau. Bapanya tidak pergi
ke pesta. Ibunya juga tidak pergi. Tidak mengapalah kalau ibu tidak pergi. Ibu sakit. Akan tetapi
kenapa bapa tidak ikut?
Aku menang, bisik hati Beluntung. Bapa tentu senang hati. Seminggu yang lalu, bapa terlalu
girang. Beluntung mendapat markah 98 peratus dalam peperiksaan darjah enam. Menurut bapa,
hanya dua orang sahaja yang ada sijil darjah enam di Kampung Layong tetapi mereka cuma lulus
sahaja. Bukan macam aku, lulus dengan cemerlang. Bapa kata aku boleh jadi cikgu. Akan tetapi aku
masih kecil. Tunggulah, kata bapa. Biar aku dewasa sedikit barulah aku boleh jadi cikgu.

(Dipetik daripada cerpen “Bawod”,


antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

116

05-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 116 02-Nov-21 11:17:15 AM


1 Mengapakah bapa Beluntung berasa sangat A Seorang yang jujur
gembira? B Seorang yang bijak
A Tuyog memenangi perlumbaan kerbau C Seorang yang cekap bekerja
B Beluntung bercita-cita untuk menjadi seorang D Seorang yang suka berkawan
guru
C Beluntung bercadang untuk membeli seekor 4 Yang berikut merupakan cara-cara untuk
kambing sebagai teman Bawod memperoleh keputusan cemerlang dalam
D Kejayaan Beluntung dalam memperoleh peperiksaan, kecuali
keputusan peperiksaan darjah enam yang A rajin mengulang kaji pelajaran.
cemerlang B bijak membahagikan masa untuk belajar.
C tidak malu bertanya soalan semasa sesi
2 Berdasarkan petikan di atas, di manakah tempat pembelajaran.
Bawod ditambat oleh bapa Beluntung? D mengulang kaji pelajaran sehari sebelum
A Pohon pisang peperiksaan sekolah diadakan.
B Pohon nangka
C Pohon besar di kawasan sekolah 5 Apakah nilai yang boleh dipelajari menerusi watak PT3

Pemahaman Teks
D Pohon besar di kawasan halaman rumah bapa Beluntung?
kampung A Nilai amanah
B Nilai kerajinan
3 Berdasarkan petikan di atas, nyatakan perwatakan C Nilai kegigihan
Beluntung. D Nilai kasih sayang

Praktis 11
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Azizi : Abang harap saudara-saudara semua memandang positif teguran-teguran kami demi
kebaikan kita bersama. Sekarang kita akan berkayak balik ke tempat permulaan.
Muzafar : Kali ini kami mahu lihat adanya semangat berekspedisi dan semangat setia kawan
sesama saudara semua.
Azizi : Sebelum sampai ke tempat permulaan kita semalam, abang akan suruh buat rafting
sekali lagi.
Nurul : Rafting untuk apa pula, bang?
Azizi : Kami nak ajar cara-cara menyelamatkan diri sendiri dan menyelamatkan orang lain jika
ditakdirkan berlaku peristiwa kayak terbalik semasa kita sedang berekspedisi.
Muzafar : Ada beberapa cara memberi dan mendapatkan pertolongan seandainya peristiwa yang
tidak diingini itu berlaku. Cara pertama dikenali sebagai commando rescue.
Lidia : Apa bendanya itu, bang?
Muzafar : Dalam commando rescue kita akan cuba selamatkan diri kita dan masuk semula ke
dalam kayak tanpa bantuan orang lain.
Azizi : Selain itu, terdapat juga T rescue dan H rescue. Dalam kedua-dua cara ini, kayak-kayak
berhampiran akan datang membantu kayak yang terbalik itu.

(Dipetik daripada drama “Tenang-tenang Air di Tasik”,


antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

117

05-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 117 02-Nov-21 11:17:15 AM


1 Apakah fungsi commando rescue? 4 Berdasarkan petikan tersebut, apakah pengajaran
A Memastikan kayak tidak akan terbalik yang boleh kita pelajari?
B Membantu orang yang takut akan aktiviti air A Kita janganlah bersikap pilih kasih
C Menyelamatkan orang yang mengalami B Kita mestilah berani mengambil risiko dalam
kesesakan nafas kehidupan
D Menyelamatkan diri sendiri dan masuk semula C Kita mestilah menjalankan tugas dengan
ke dalam kayak tanpa bantuan orang lain penuh tanggungjawab
D Kita mestilah saling bekerjasama dan
2 Yang berikut adalah antara cara menyelamatkan membantu antara satu sama lain
diri sendiri dan orang lain apabila menghadapi
peristiwa kayak terbalik, kecuali 5 Yang berikut merupakan perwatakan Muzafar,
A rafting. C H rescue. kecuali
B T rescue. D Commando rescue. A seorang yang gigih.
B seorang yang tegas.
3 Berdasarkan petikan tersebut, apakah tujuan C seorang yang mengenang budi.
Muzafar dan Azizi mengajar teknik untuk memberi D seorang yang amanah dan bertanggungjawab.
Pemahaman Teks

dan mendapatkan pertolongan sekiranya berlaku


insiden kayak terbalik?
A Atas permintaan daripada Muzamir
B Memastikan keselamatan peserta terjamin
PT3 C Mereka menerima arahan daripada ketua
jurulatih
D Sebagai pengetahuan tambahan kepada
kumpulan peserta

118

05-Masteri BM KSSM Tg3 PmhmTeks(Antologi) 3rd.indd 118 02-Nov-21 11:17:15 AM


Pemahaman Petikan
Kertas 1 (Bahagian B – Soalan 3)

Kod QR
Praktis Berformat PT3 Imbas Kod QR untuk mendapatkan nota
berkaitan dengan Pemahaman Petikan.

Praktis 1
Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1

Maka baharulah ia diam. Maka suaminya pun pergilah berjalan. Setelah ia bertemu dengan kedai orang
berjual buah itu, maka Miskin itu pun berhentilah di situ. Hendak pun dipintanya takut ia akan orang. Maka
katanya orang berkedai, “Apa kehendakmu, Miskin?”
Maka sahut Miskin, “Jikalau ada belas serta kasihan tuan hamba akan orang daif lagi miskin telah
terbuang itu, hamba hendak akan buah yang buruk-buruknya itu barang sebuah sahaja.”
Maka terlalulah belas kasihan rasanya hati segala yang mendengar kata Si Miskin itu seperti akan
hancur rasanya.
Maka ada yang memberi buah,
ada yang memberi juadah,
ada yang memberi nasi,
ada yang memberi kain,
ada yang memberi buah-buahan.
akan anak yang diidamkan oleh isterinya.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita”,


antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Petikan 2

Seramai 60 orang sukarelawan dari Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya (UM) terlibat
dalam program pengagihan makanan dan barangan kebersihan diri di Pusat Khidmat Gelandangan
Medan Tuanku, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Inisiatif ini diambil untuk memberikan sedikit bantuan kepada
golongan yang memerlukan dan miskin.
Golongan gelandangan akan menerima bantuan berbentuk makanan, barangan keperluan harian dan
ditawarkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma.
“Saya kasihan melihat golongan gelandangan yang hidup kebuluran dan tiada tempat tinggal tetap
di kawasan bandar. Kita harus bantu golongan ini dan cuba memberikan nafas baharu terhadap kehidupan
mereka,” kata Siti Khadijah, sukarelawan dari Universiti Malaya.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Bantu Si Miskin Bandar”, www.hmetro.com.my, 14 Mei 2018)

119

06-Masteri BM KSSM Tg3 Pmhm(Petikan) 3rd.indd 119 02-Nov-21 11:17:58 AM


1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, apakah bantuan yang diterima oleh Si Miskin dan golongan
gelandangan? [3 markah]
• Petikan 1: Si Miskin menerima pelbagai jenis buah, juadah nasi dan kain daripada peniaga.

• Petikan 2: Golongan gelandangan menerima bantuan makanan, barangan keperluan harian dan perkhidmatan gunting

rambut secara percuma.

2 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, apakah persamaan dari aspek persoalan dan nilai yang boleh kita
pelajari? [3 markah]
Persoalan: Sikap belas kasihan terhadap golongan miskin

Nilai: Belas kasihan atau baik hati

3 Pelbagai inisiatif harus dilakukan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan miskin keluar
daripada kepompong kemiskinan.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang berkesan untuk mengatasi isu ini? KBAT Mengaplikasi [4 markah]
Pemahaman Petikan

Kerajaan perlu menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan miskin, terutamanya di luar bandar/Usaha

perlu dilakukan untuk membuang persepsi bahawa pendidikan berasaskan kemahiran mempunyai prospek kerjaya yang

terhad/Kempen kerjaya perlu dijalankan secara berterusan di seluruh negara agar golongan pelajar mempunyai akses kepada
PT3 permohonan kerja dalam pelbagai bidang

Praktis 2
Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1

Masa berlalu. Aku akhirnya menamatkan pengajian kedoktoranku dengan jayanya. Malah kajian
tentang tapai ubi itu telah menjadi tesis kedoktoranku yang sangat dipandang tinggi oleh pihak universiti.
Dapatannya sangat mengagumkan terutama dalam usaha mencegah penyakit kanser yang semakin serius
keadaannya di negara ini, terutamanya kanser payudara.
Hasil kajianku dibawa ke peringkat antarabangsa untuk diperakukan keberkesanannya walaupun pada
tahap yang masih awal. Kajian ini akan aku teruskan lagi. Penemuan ini sebenarnya berkat kegigihan emak
dan bapa mengusahakan tapai ubi. Bahan kajian utamaku selama ini ialah tapai ubi emak dan bapa. Kini
aku menjadi pelanggan tetap tapai ubi Wak Salikon. Pada mulanya bapaku terkejut apabila kunyatakan
bahawa aku mahu menempah tapainya. Selama ini dia memang tahu bahawa aku sudah muak dengan
tapai ubi.

(Dipetik daripada cerpen “Legasi Tapai Ubi”, antologi Bintang Hati,


Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)

120

06-Masteri BM KSSM Tg3 Pmhm(Petikan) 3rd.indd 120 02-Nov-21 11:17:58 AM


Petikan 2

Lalu kata-kata emak itu jadi penawar terbaik buat Alif. Dia mesti mempertahankan dua petak tanah itu.
Sekalipun terpaksa berparang bertajak seorang mempertahankan diri, dia sudah nekad. Tak kan dia pejam
mata membiarkan dua petak itu terkorban walaupun atas nama pembangunan. Sedangkan hasratnya
yang tertanam lama dalam sanubari ini pun diluruskan atas niat kemajuan juga.
“Saya ada rancangan untuk petak-petak tu. Saya minta izin dan restu semua tuan tanah.”
“Buat apa?”
Ada suara mencelah laju.
“Estet padi!”
Petak-petak itu kini menguning berbuah emas. Projek estet padi mini berkeluasan 58.609 hektar
dengan penglibatan 15 orang tuan tanah semakin menampakkan hasil berkat kesungguhan dan kegigihan
Alif.

(Dipetik dan diubah suai daripada cerpen “Menuai Emas”,


antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia)

1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, apakah kejayaan yang dicapai oleh Aku (Parjo) dan Alif? [3 markah]
• Petikan 1: Aku (Parjo) berjaya menamatkan pengajian kedoktoran./Hasil kajian Parjo tentang tapai ubi juga dibawa PT3

Pemahaman Petikan
ke peringkat antarabangsa untuk diperakukan keberkesanannya walaupun pada tahap yang masih awal.

• Petikan 2: Alif menjayakan projek estet padi mini yang mempunyai keluasan 58.609 hektar dengan pelibatan 15 orang

tuan tanah.

2 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, apakah persamaan dari aspek nilai dan perwatakan yang boleh kita
pelajari menerusi watak Aku (Parjo) dan Alif? [3 markah]
Nilai: Kegigihan

Perwatakan: Seorang yang gigih atau bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu

3 Parjo berjaya menjadi seorang pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang perawatan penyakit
kanser.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang insan yang berjaya dalam kehidupan? KBAT Menganalisis
[4 markah]
Mempunyai keyakinan diri/Tidak mudah berputus asa apabila menghadapi rintangan/Mengenang jasa ibu bapa yang

membesarkan kita/Menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh orang tua

121

06-Masteri BM KSSM Tg3 Pmhm(Petikan) 3rd.indd 121 02-Nov-21 11:17:58 AM


Praktis 3
Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1

“Saya sedar bang, saya tak ada kelulusan tinggi. Tapi saya tahu pandang masa hadapan, bang.”
“Kamu cakap saja pandai. Tapi buat tak tahu.”
“Benar, bang. Saya tak tahu, tetapi Kak Halimah ada kelulusan bang. Dia boleh uruskan harta itu
dengan baik, bang.”
“Tak payah susah-susah, Syam. Jualkan saja. Berjuta-juta harga tanah ayah tu.”
“Kalau tanah tu jadi wang, wang tak akan kekal. Sebanyak manapun wang, wang akan habis.” Mata
Hisyam tertancap pada wajah Harun.
“Lalu?”
“Saya dah sebut. Saya bercadang nak menubuhkan syarikat. Kita tiga beradik. Bangunkan tanah itu.
Buat kondo. Sebahagian kita milik, sebahagian kita jual.”
(Dipetik daripada cerpen “Sekeping Tanah”, antologi Bintang Hati,
Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Pemahaman Petikan

Petikan 2

“Sekiranya saya memiliki sebidang tanah yang besar dan luas, saya pasti akan mengusahakan sebuah
projek perumahan mampu milik bersama-sama pemaju perumahan kerana ia berpotensi untuk membawa
PT3 kepada kita keuntungan yang lebih banyak dalam tempoh masa yang panjang.” kata Faizul.
Sebelum akhiri temu bual, beliau sempat berpesan kepada golongan belia yang mahu memiliki
atau membeli hartanah supaya membuat persediaan dari segi ilmu, bijak merancang masa depan dan
berpandangan jauh. Itulah antara kriteria yang menjadikan dirinya sebagai seorang pemuda yang memiliki
40 hartanah di usia muda.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Keupayaan Faizul Miliki 40 Hartanah Cetus Inspirasi”,
www.bharian.com.my, 20 Jun 2016)

1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, apakah perancangan Hisyam dan Faizul terhadap tanah yang dimiliki
oleh mereka itu? [3 markah]
• Petikan 1: Hisyam bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat yang dimiliki bersama-sama tiga orang adik-beradik

dan membangunkan tanah itu dengan membina perumahan kondominium.

• Petikan 2: Faizul akan mengusahakan sebuah projek perumahan mampu milik bersama-sama pemaju perumahan.

2 Nyatakan persamaan dari segi pengajaran dan perwatakan Hisyam dan Faizul menerusi Petikan 1 dan
Petikan 2 di atas. [3 markah]
Pengajaran: Kita hendaklah bijak merancang masa depan demi kesenangan hidup/Kita hendaklah berpandangan jauh dalam

kehidupan

Perwatakan: Seorang yang bijak merancang masa depan/Seorang yang berpandangan jauh

122

06-Masteri BM KSSM Tg3 Pmhm(Petikan) 3rd.indd 122 02-Nov-21 11:17:58 AM


3 Usahawan pemangkin eknomi negara.
Pada pendapat anda, apakah peranan kerajaan dalam membantu usahawan tempatan di negara kita?
KBAT Mengaplikasi [4 markah]

Menawarkan kursus bimbingan dan latihan pengurusan dan kemahiran perniagaan secara percuma/Menyediakan kemudahan

infrastruktur seperti ruang niaga dan tapak kilang/Menggalakkan penggunaan teknologi melalui penyelidikan teknologi

baharu/Memberikan bantuan modal yang terdiri daripada bantuan kewangan atau peralatan

Praktis 4
Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1

“Mana Bawod, pak?”


“Bawod sudah disembelih. Bukankah kita akan adakan kenduri kesyukuran?”
PT3

Pemahaman Petikan
Beluntung bingkas bangun sungguhpun kepalanya masih terasa pening. Dia tersungkur lagi tetapi
berjaya bangun sendiri, kemudian dia melangkah dengan lemah menuju ke arah Bawod yang sudah
terbujur kaku berlumuran darah. Beluntung melutut di hadapan Bawod yang tidak bernafas lagi. Dia
menangis sekuat-kuatnya. Apabila kesedihannya memuncak dia melolong. Tanpa sedar, dia memeluk
Bawod. Mereka yang berada di tempat itu terlopong melihat seekor binatang yang bakal dimakan tetapi
diratapi oleh yang diraikan.
Beluntung memandang orang ramai yang mengelilinginya. “Binatang ini seperti manusia, dia sahabat
saya …” Beluntung mengesat air matanya lalu memandang bapanya.
Orang ramai memujuk Beluntung. Bapa menghampiri Beluntung dan memeluknya.

(Dipetik daripada cerpen “Bawod”, antologi Bintang Hati,


Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Petikan 2

“Bagusnya membela anjing di dusun kerana haiwan ini akan memastikan keselamatan tuannya
sepanjang berada di dusun, malah harta benda termasuk hasil tanaman seperti durian juga terjaga daripada
dicuri atau dimakan oleh haiwan perosak seperti beruk,” kata Encik Ismail.
“Saya sedih apabila melihat anjing peliharaan saya di dusun ini mati. Anjing ini setia dan menyayangi
tuannya.”
Encik Ismail amat menyayangi haiwan peliharaannya itu dengan memberikan makanan yang mencukupi
untuk membela anjing-anjing di dusunnya. Menurut beliau, kegiatan memelihara anjing bagi tujuan untuk
menjaga harta benda termasuk dusun buah-buahan tidak dilarang dalam Islam dan dibolehkan kerana
bersebab.

(Dipetik dan diubah suai daripada


“Jasa Semua Anjing Ini Sangat Besar”,
www.bharian.com.my, 20 Julai 2018)

123

06-Masteri BM KSSM Tg3 Pmhm(Petikan) 3rd.indd 123 02-Nov-21 11:17:58 AM


1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, apakah reaksi Beluntung dan Encik Ismail terhadap haiwan peliharaan
mereka yang telah mati? [3 markah]
• Petikan 1: Beluntung melutut di hadapan Bawod yang tidak bernafas lagi/Beluntung menangis sekuat hati

• Petikan 2: Encik Ismail berasa sedih

2 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan persamaan dari segi nilai dan persoalan yang boleh kita
pelajari. [3 markah]
Nilai: Kasih sayang

Persoalan: Kasih sayang terhadap haiwan peliharaan

3 Memelihara haiwan peliharaan kesayangan merupakan satu tanggungjawab yang besar kepada tuannya.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara penjagaan haiwan peliharaan yang betul? KBAT Mengaplikasi
[4 markah]
Memberikan makanan yang mencukupi/Memandikan haiwan sekurang-kurangnya tiga kali setiap minggu/Menghantar

haiwan ke klinik veterinar untuk pemeriksaan kesihatan secara berkala


Pemahaman Petikan

PT3
Praktis 5
Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1

Azizi : Apa yang menyebabkan Zam tidak boleh hadir? Latihan siang tadi terlalu lasak ke? Atau,
tempat penginapan, makan minum dan layanan kami di sini …
Muzamir : (Meraba-raba ruang beranda chalet) Tempat penginapan, makan minum dan layanan yang
kami terima di sini cukup memuaskan, bang.
Azizi : Habis tu, kenapa Zam tak dapat tidur?
Muzamir : Saya tak boleh tidur sebab saya terlalu gembira, bang. Saya terlalu gembira mengenangkan
pencapaian baru saya dan rakan-rakan saya hari ini. Terima kasih, bang. Tanpa bantuan abang
dan Zafar, kami tak mungkin dapat merasa semua ini.
Azizi : Semua pihak memainkan peranan, Zam. Kalau abang dan Zafar sahaja yang bersungguh-
sungguh memberi tunjuk ajar, sedangkan Zam dan rakan-rakan Zam tidak memberi kerjasama,
tak jadi juga. Oh, ya, Zam! Ada satu hal yang abang nak tanya pada Zam.

(Dipetik daripada drama “Tenang-tenang Air di Tasik”,


antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)

124

06-Masteri BM KSSM Tg3 Pmhm(Petikan) 3rd.indd 124 02-Nov-21 11:17:58 AM


Petikan 2

Pak Cik Salleh tidak dapat melelapkan mata lalu merenung pada bingkai gambar kayu yang diletakkan
atas meja usangnya itu. Hatinya tetap rindu akan anak tunggalnya yang malangnya telah meninggalkannya
akibat ditimpa kemalangan jalan raya. Pak Cik Salleh yang kini berusia 80 tahun dan mengalami kesukaran
dalam pergerakan, terpaksa hidup bersendirian tanpa jagaan ahli keluarga. Namun begitu, Pak Cik Salleh
sentiasa berterima kasih dan melafazkan kesyukurannya terhadap setiap insan yang menghulurkan bantuan
kepadanya untuk meneruskan kehidupan. Ada yang memberikan buah, ada yang memberikan wang
sumbangan untuk membeli barangan keperluan harian dan sebagainya. Walaupun hidup berseorangan di
Kampung Majid Ibrahim tetapi Pak Cik Salleh sentiasa kekal ceria, tabah dan berhati terbuka, menerima
segala rintangan dan dugaan yang dihadapinya.

1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, apakah sebab Muzamir dan Pak Cik Salleh tidak dapat tidur pada
waktu malam? [3 markah]
• Petikan 1: Muzamir gembira atas pencapaian baharu yang telah diperolehnya bersama-sama rakannya yang lain.

• Petikan 2: Pak Cik Salleh rindu akan anak tunggalnya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

PT3

Pemahaman Petikan
2 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan persamaan dari segi perwatakan Muzamir dan Pak Cik
Salleh serta nilai yang boleh kita pelajari daripada watak tersebut. [3 markah]
Perwatakan: Seorang yang bersyukur/Seorang yang mengenang budi

Nilai: Kesyukuran/Berbudi bahasa

3 Setiap insan kelainan upaya berhak untuk diberikan layanan yang adil dan saksama oleh masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk membantu golongan kelainan
upaya? KBAT Mengaplikasi [4 markah]
Menawarkan pendidikan yang berkualiti, khususnya pendidikan khas/Memberikan bantuan dan elaun dalam bentuk wang

dan barangan keperluan harian/Menawarkan kursus kemahiran dalam pelbagai bidang secara percuma/Pihak swasta

digalakkan untuk mengambil pekerja orang kelainan supaya (OKU) untuk berkhidmat dalam syarikat

125

06-Masteri BM KSSM Tg3 Pmhm(Petikan) 3rd.indd 125 02-Nov-21 11:17:58 AM


Novel
Kertas 1 (Bahagian B – Soalan 4)

Tawanan Komander Caucasus


Sinopsis
Kim Yong tiba-tiba hilang. Kehilangannya menimbulkan pelbagai spekulasi.
Farhani, Haikal, Devnath, Wei, Chea Mei dan Mira mengunjungi Puan Lee,
iaitu ibu Kim Yong. Di situ, mereka dapat melihat zoo mini kepunyaan Kim
Yong yang menempatkan pelbagai jenis kumbang.
Cikgu Salimah memberikan tugas kepada murid-muridnya untuk mencari
haiwan bagi uji kaji kelas Sains. Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan
untuk mencari kumbang. Mereka berjanji akan mencari kumbang tersebut
di dusun datuk Farhani. Tepat pada masa yang dijanjikan, Farhani menunggu
rakan-rakannya datang tetapi mereka tidak muncul-muncul. Dia mengambil
keputusan untuk masuk sendirian ke dalam dusun tersebut bagi mencari
kumbang. Di dalam dusun itu, Farhani mendapati ada sebuah rumah usang.
Farhani memberanikan diri untuk memasuki rumah usang itu.
Selepas memasuki rumah itu, dia turun ke bahagian bawah di dalam
rumah itu. Tiba-tiba, dia berasa nafasnya semakin berat dan dia berada
di alam lain. Di hadapannya terdapat seekor kumbang besar yang bernama
Komander Caucasus. Komander itu mengarahkan pengikutnya, Bara untuk
menangkap Farhani dan membawanya menghadap Maharaja Tanduk.
Selepas itu, Farhani dimasukkan ke dalam sebuah balang kaca.
Bara dan Dara Bintik datang menyelamatkan Farhani. Farhani mahu menyelamatkan orang yang berada
di sebelah balang kacanya. Rupa-rupanya, orang itu ialah Kim Yong. Bara dan Dara Bintik membawa mereka
berjumpa dengan Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera merupakan anak saudara Maharaja Tanduk tetapi
terpaksa menjadi pelarian akibat tindakan Komander Caucasus.
Sementara itu, Haikal, Devnath dan Wei berhasrat untuk datang semula ke rumah usang itu selepas mereka
datang bersama-sama Cikgu Salimah sebelum itu. Mereka masuk ke rumah itu pada waktu malam. Tiba-tiba,
mereka berasa sukar bernafas dan ditarik berada di alam lain. Mereka berjalan. Kemudian, mereka ditahan oleh
Bara. Farhani memberitahu Bara bahawa ketiga-tiga orang itu merupakan rakan sekolahnya.
Bara memberitahu kumpulannya bahawa mereka perlu beredar segera dari kawasan itu. Mereka bergerak
ke tempat lain. Di suatu tempat, Dara Bintik menyuarakan kepenatannya. Dia juga meminta maaf kepada Bara.
Rupa-rupanya, Dara Bintik berpaling tadah dan berpihak kepada Komander Caucasus. Tentera Komander
Caucasus menyerang kumpulan Bara. Mereka menawan Bara, Puteri Coleoptera, Devnath dan Wei manakala
Kim Yong dan Farhani berjaya menyelamatkan diri. Farhani dan Kim Yong berfikir tentang strategi untuk
menyelamatkan rakan-rakan mereka. Tiba-tiba, mereka ditahan oleh seekor kumbang yang menyerupai Dara
Bintik. Kumbang tersebut ialah Dara Merah , sepupu kepada Dara Bintik dan merupakan pengikut setia Puteri
Coleoptera. Farhani, Kim Yong dan Dara Merah berbincang tentang cara untuk membebaskan Bara, Puteri
Coleoptera dan rakan-rakan mereka. Sementara itu, Farhani menemui sejenis racun endosulfan yang tercicir
berkemungkinan dibawa oleh Haikal.
Pada malam itu, Farhani, Kim Yong dan Dara Merah masuk ke mahligai Maharaja Caucasus, iaitu Komander
Caucasus yang sudah merampas kuasa daripada Maharaja Tanduk. Dara Merah menyelinap masuk ke dapur. Dia
menyamar sebagai Dara Bintik dan meminta kebenaran daripada Weevil, tukang masak untuk menghantarkan
minuman kepada Maharaja Caucasus. Dara Merah memasukkan racun endosulfan ke dalam minuman itu.
Maharaja Caucasus minum minuman itu sedikit sebelum dihalang oleh Weevil yang mengatakan bahawa Dara
Merah yang berada di hadapan maharaja itu bukannya Dara Bintik. Maharaja berasa amat marah lalu menyerang
Dara Merah tetapi tubuhnya semakin lemah lalu rebah.
Farhani dan Kim Yong menyelamatkan Haikal, Devnath dan Wei. Mereka dibawa oleh Dara Merah melalui
terowong. Bara dan Puteri Coleoptera turut diselamatkan. Dara Bintik dan tentera Caucasus cuba menyerang
mereka tetapi Farhani menyembur Dara Bintik dan pasukan tentera itu dengan racun serangga menyebabkan
Dara Bintik dan pasukannya tewas.
126

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 126 02-Nov-21 11:19:43 AM


Tema
Ketabahan remaja dalam menghadapi cabaran.
Persoalan
• Persoalan keberanian menghadapi cabaran. • Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
• Persoalan kesetiaan pengikut terhadap ketua. • Persoalan kepercayaan tahyul dalam kehidupan
• Persoalan kezaliman akibat perasaan dendam. masyarakat.
• Persoalan pembelotan pengikut terhadap ketua. • Persoalan kebijaksanaan mengatur strategi
• Persoalan keinsafan setelah melakukan kesilapan. membawa kejayaan.
• Persoalan keprihatinan terhadap masalah orang • Persoalan kerjasama dan semangat sepasukan
lain. dalam menjayakan misi.
Plot
• Permulaan – Kim Yong tiba-tiba hilang ketika keluar mencari kumbang. Kehilangannya menimbulkan pelbagai
spekulasi. Farhani, Haikal, Devnath, Wei, Chea Mei dan Mira mengunjungi Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong.
Di situ, mereka dapat melihat zoo mini kepunyaan Kim Yong yang menempatkan pelbagai jenis kumbang.
• Perkembangan – Cikgu Salimah memberikan tugas kepada murid-muridnya mencari haiwan untuk uji kaji
kelas Sains. Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari kumbang. Mereka berjanji akan mencari
kumbang tersebut di dusun datuk Farhani. Tepat pada masa yang dijanjikan, Farhani menunggu rakan-rakannya
datang tetapi mereka tidak muncul-muncul. Dia mengambil keputusan untuk masuk sendirian ke dalam dusun
tersebut bagi mencari kumbang. Di dalam dusun itu, Farhani mendapati ada sebuah rumah usang. Farhani
memasuki rumah itu dan tiba-tiba dia berada di alam lain.
• Perumitan – Farhani ditawan oleh seekor kumbang yang amat besar bernama Komander Caucasus. Farhani
dibawa ke istana Maharaja Tanduk dan dimasukkan ke dalam sebuah balang kaca. Bara dan Dara Bintik
datang menyelamatkan Farhani. Bara dan Dara Bintik membawa Farhani berjumpa dengan Puteri Coleoptera.
Dara Bintik memberitahu bahawa dia sudah penat dan mahu kembali kepada Komander Caucasus. Tentera
Komander Caucasus menyerang kumpulan Bara. Kim Yong dan Farhani berjaya menyelamatkan diri. Farhani
dan Kim Yong ditahan oleh Dara Merah, iaitu pengikut setia Puteri Coleoptera.
• Klimaks – Farhani, Kim Yong dan Dara Merah masuk ke mahligai Komander Caucasus yang sudah merampas
kuasa daripada Maharaja Tanduk. Dara Merah menyamar sebagai Dara Bintik dan menghantarkan minuman
yang dibubuh racun endosulfan kepada Komander Caucasus. Muslihat Dara Merah terbongkar lalu berlaku PT3
pergelutan antara Dara Merah dengan Komander Caucasus. Farhani dan Kim Yong menyelamatkan Haikal,

Novel
Devnath dan Wei. Mereka dibawa oleh Dara Merah melalui terowong. Bara dan Tuan Puteri Coleoptera turut
diselamatkan. Dara Bintik dan tentera Caucasus cuba menyerang mereka tetapi Farhani menyembur mereka
dan pasukan tentera itu dengan racun serangga menyebabkan Dara Bintik dan pasukannya tewas.
• Peleraian – Puteri Coleoptera menjadi pemimpin utama kerajaan kumbang. Selepas itu, Farhani dan rakan-
rakannya pulang ke dunia. Tetapi kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ibu bapa mereka. Mereka kembali
semula ke alam kumbang. Bara memberikan mereka penawar. Akhirnya, mereka selamat kembali ke dunia.
Kepulangan mereka disambut dengan gembira oleh ahli keluarga. Ketika ditanya oleh wartawan , mereka
hanya memberitahu bahawa mereka telah tersesat di dalam hutan.
Teknik Plot
• Pemerian – Berderap-derap ranting kecil dipijak Farhani. Daun pintu yang separuh terbuka dikuak luas. Lalu,
jalur cahaya matahari menembusi dan menyuluh rumah usang yang dipenuhi sawang labah-labah. Bahagian
dinding rumah yang nampak masih teguh rupa-rupanya disokong oleh akar-akar kecil pohon jejawi yang
memayungi rumah usang itu.
• Dialog – “Lebih mengenali manusia?” Kim Yong pula bertanya. Dia masih tidak faham.
“Ya, dia ingin jadi seperti manusia.”
“Jadi manusia seperti kami? Untuk apa?” Serentak Kim Yong dan Farhani bertanya.
• Monolog luaran – “Hmm memang tak pegang janji … .” Dia bersungut sendirian.
• Monolog dalaman – Di dalam hati, Farhani memuji kecantikan Dara Merah.
• Saspens – Kawasan perkhemahan sunyi. Sekali-sekala terdengar bunyi air menghempas batu. Mungkinkah
kawasan ini berhampiran dengan air terjun? Farhani ingin melangkah keluar dari tempat persembunyian
apabila tiba-tiba dia terdengar bunyi ranting kering patah dipijak sesuatu. Dadanya berdebar-debar.

127

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 127 02-Nov-21 11:19:43 AM


• Imbas muka – Sungguh ngeri memikir akan kemungkinan itu. Aduh tubuhnya akan dibedah dan mereka akan
mengambil organ-organnya untuk dikaji! Selepas itu dia akan diawet sebagaimana haiwan di dalam makmal
sekolahnya itu diawet. Dia tidak dapat membayangkan betapa sakitnya kalau tubuhnya disiat-siat.
• Imbas kembali – Masing-masing kebingungan. Adakah Farhani diculik? Masing-masing teringat kes Kim Yong
dikatakan diculik kerana dia pewaris harta mendiang bapanya yang kaya-raya tetapi sehingga kini, anehnya
sudah sebulan berlalu masih belum ada tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak.
• Kejutan – Suasana sunyi di dalam dusun itu tiba-tiba sahaja dipecahkan oleh jeritan Haikal yang meninggalkan
teman-teman yang berehat bersama-sama Cikgu Salimah.
Watak dan Perwatakan
Farhani
• Anak kepada pasangan Encik Adnan dan Puan Asmah.
• Murid Tingkatan Satu Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana.
• Anak terakhir daripada enam orang adik-beradik dan dipanggil “adik” walaupun telah remaja.
• Dua orang kakak dan dua orang abangnya telah berkahwin. Hanya dia dan abangnya, iaitu Mohd Faris Akmal
yang merupakan siswa tahun tiga di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan bioteknologi tinggal di rumah.
• Seorang yang bijak, gigih, tabah, berani, pemaaf, prihatin, baik hati, setia kawan dan menepati janji.
Komander Caucasus
• Ketua tentera kerajaan kumbang.
• Dipercayai oleh Maharaja Tanduk.
• Seorang yang tegas, kejam, pembelot, bercita-cita tinggi dan patuh akan arahan pemerintah.
Haikal
• Rakan sekelas Farhani yang terkenal dengan sikap nakalnya.
• Berkawan baik dengan Devnath dan Wei.
• Seorang yang nakal, berani, amanah, cemburu dan sombong.
Latar
• Latar tempat – Sekolah Menengah Seri Kencana, rumah usang di tengah hutan, mahligai Komander Caucasus,
dusun datuk Farhani, makmal sekolah, terowong gelap yang bercabang-cabang, makmal kerajaan kumbang
dan kota kerajaan kumbang.
Novel

• Latar masa – Setiap hari, waktu subuh, waktu siang, waktu pagi, waktu petang, pukul 2:30 petang, pukul 3:00
PT3 petang, pukul 3:30 petang, sebelum pukul 5:30 petang, waktu malam, pukul 8:00 malam, pukul 8:10 malam,
selepas solat isyak, waktu tengah malam dan sudah dua minggu.
• Latar masyarakat – Masyarakat yang berani, masyarakat yang mengenang budi, masyarakat yang bijaksana,
masyarakat yang penyayang, masyarakat yang prihatin, masyarakat yang berpaling tadah, masyarakat yang
berdendam, masyarakat yang kejam, masyarakat yang sombong, masyarakat yang tidak menghormati orang
tua dan masyarakat murid yang nakal.
Nilai
• Nilai kasih sayang • Nilai keprihatinan • Nilai baik hati
• Nilai kebijaksanaan • Nilai kepatuhan • Nilai mengenang budi
• Nilai keberanian • Nilai ketabahan • Nilai keinsafan
• Nilai amanah • Nilai pengorbanan • Nilai berterima kasih
• Nilai berwaspada
Pengajaran
• Kita janganlah kejam terhadap musuh. • Kita usahlah bersikap nakal terhadap rakan-rakan.
• Kita hendaklah bijak dalam segala hal. • Kita usahlah berdendam terhadap kesalahan orang
• Kita haruslah menyayangi ahli keluarga. lain.
• Kita perlulah berani menghadapi cabaran. • Kita janganlah bersikap biadab dengan orang yang
• Kita janganlah berpaling tadah terhadap ketua. lebih tua.
• Kita usahlah sombong terhadap orang sekeliling. • Kita mestilah mengenang budi orang yang telah
• Kita perlulah prihatin dengan masalah orang lain. membantu kita.

128

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 128 02-Nov-21 11:19:43 AM


Justeru Impian di Jaring
Sinopsis
Novel ini menceritakan kisah remaja yang bernama Syahir. Syahir merupakan
remaja yang ingin menjadi jaguh badminton negara walaupun diperlekehkan
oleh kakaknya, Syamilah. Syahir menunjukkan prestasinya sebagai seorang
pemain badminton cemerlang walaupun berpakaian sukan mengikut syariah.
Konflik timbul apabila para pemain yang telah tersenarai mewakili negara
dalam Kejohanan Badminton Dunia perlu menyertai Badminton Terbuka
Johor kerana pemenang dalam pertandingan inilah yang akan layak mewakili
negara. Selain itu, Syahir berdepan dengan masalah kesihatan ibunya yang
kurang memuaskan sebelum berangkat ke Johor. Dalam pertandingan
itu, Syahir telah kalah kepada Syed Amiri. Oleh sebab itu, dia tidak layak
mewakili negara. Kegagalan ini cukup menyedihkan Syahir.
Walau bagaimanapun, kemalangan yang menimpa Gopinath membuka
ruang kepada Syahir untuk mewakili negara selepas jurulatihnya, Haji
Marzuki meyakinkan pengurusan persatuan badminton negara. Semasa
sibuk menjalani latihan untuk menyertai kejohanan itu, ibunya tiba-tiba
mengalami strok. Syahir berasa berat hati untuk menyertai pertandingan itu.
Namun, selepas dinasihati oleh kak uda, maka Syahir pergi ke Indonesia.
Di Indonesia, Syahir mara ke perlawanan akhir. Syed Amiri pun telah
tersungkur pada peringkat separuh akhir. Dalam perlawanan akhir, Syahir
berjaya muncul sebagai juara badminton dunia selepas menundukkan wakil
Indonesia, iaitu Andri Mirnawan.
Tema
Ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi dugaan dan rintangan sebelum bergelar juara.
Persoalan
• Persoalan ketaatan pada perintah tuhan. • Persoalan keberanian menghadapi cabaran.
• Persoalan kasih sayang anak terhadap ibunya. • Persoalan permainan politik dalam arena sukan. PT3

Novel
Plot
• Permulaan – Syahir menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Badminton Dunia yang akan
diadakan di Indonesia.
• Perkembangan – Engku Aiman memberitahu bahawa pemilihan pemainnya bukanlah berdasarkan ranking
tetapi berdasarkan keputusan perlawanan di Terbuka Johor. Ibu Syahir jatuh sakit semasa Syahir hendak
ke Johor Bahru untuk menyertai Terbuka Johor. Syahir difitnah mempunyai hubungan dengan artis wanita
berdasarkan gambar dalam majalah. Engku Aiman terus menekan emosi Syahir dengan fitnah tersebut.
Syahir gagal melayakkan diri dalam pertandingan badminton dunia setelah tewas di tangan Syed Amiri. Syahir
mendapat peluang menyertai Kejohanan Badminton Dunia selepas Gopinath terlibat dalam kemalangan jalan
raya.
• Klimaks – Ibu Syahir berada dalam keadaan kritikal selepas diserang strok dan dirawat di Hospital Universiti.
Abang long dan kak ngah tidak bersetuju dengan tindakan Syahir yang mahu ke Jakarta untuk menyertai
pertandingan badminton.
• Peleraian – Kak uda membenarkan Syahir ke Jakarta. Syahir berjaya layak ke pusingan suku akhir mengalahkan
pemain badminton Indonesia, Eddy Heryanto. Syahir layak ke pertandingan akhir badminton dunia. Syahir
berjaya mengalahkan Andri Mirnawan sekali gus muncul sebagai juara badminton dunia.
Teknik Plot
• Pemerian – Haji Marzuki bercekak pinggang di tepi gelanggang tengah. Mulutnya sesekali riuh memberi
arahan.
• Dialog – “Tahniah, Najlah. Macam tak percaya pula tengok Najlah berpakaian begini.”
“Alhamdulillah.”
• Monolog dalaman – Bukankah itu kekalahan lebih 15 bulan yang lepas? Mengapakah harus diungkit lagi?

129

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 129 02-Nov-21 11:19:43 AM


Watak dan Perwatakan
Syahir
• Anak kepada seorang guru agama yang disegani.
• Anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.
• Ayahnya telah meninggal dunia.
• Seorang yang gigih berusaha, penyabar, bijak, warak, sanggup berkorban dan amat menghormati jurulatihnya.
Haji Marzuki
• Jurulatih badminton negara.
• Bekas pemain badminton negara.
• Seorang yang prihatin, profesional dan bertanggungjawab.
Wan Najlah
• Adik kepada Wan Najhan.
• Pemain muda perseorangan wanita peringkat kebangsaan.
• Pemain yang sedang meningkat naik.
• Gadis yang periang dan adakalanya pendiam.
• Seorang yang suka akan Syahir, rendah diri, melaksanakan perintah agama dan kurang yakin terhadap diri
sendiri.
Latar
• Latar tempat – Kompleks sukan, rumah Syahir, Stadium Badminton Istora Senayan dan Hospital Universiti.
• Latar masa – Waktu pagi, waktu tengah hari, waktu petang dan waktu malam.
• Latar masyarakat – Masyarakat atlet, masyarakat keluarga, masyarakat remaja dan masyarakat wartawan.
Nilai
• Nilai kegigihan • Nilai kasih sayang • Nilai patriotisme
• Nilai kesabaran • Nilai keyakinan • Nilai kerjasama
• Nilai tanggungjawab • Nilai kepatuhan
Pengajaran
• Kita hendaklah tegas dengan prinsip hidup kita. • Kita haruslah tabah menempuh cabaran-cabaran hidup.
Novel

• Kita hendaklah sanggup berkorban demi negara. • Kita haruslah mengelakkan sikap pilih kasih
PT3 • Kita haruslah menyayangi ibu bapa dan keluarga terhadap orang yang kita pimpin.
kita. • Kita janganlah melakukan kejahatan atau keburukan
• Kita hendaklah berpegang teguh dengan syariat kerana pasti kejahatan atau keburukan itu akan
agama. diketahui juga.

Chot
Sinopsis
Alias terkejut apabila melihat beruk kesayangannya, Chot tiada di atas dahan
pokok langsat tua di tepi rumahnya. Dia sanggup lewat pergi ke sekolah
walaupun rakan sekelasnya, Som sedang menunggu. Dia meminta Som agar
pergi dulu ke sekolah. Alias sampai ke sekolah agak lewat. Ketika itu, Cikgu
Sunan sedang mengajar Matematik. Cikgu Sunan tidak dapat menerima
alasan Alias bahawa dia lewat kerana mencari beruknya yang terlepas.
Akibat terlalu marah, Cikgu Sunan mengherdik Alias dengan suara yang kuat
sehingga Alias jatuh terlentang dan telinga kanannya terkena bucu meja.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, Alias berjaya menemui Chot semula.
Chot sangat penting kepada Alias untuk mendapatkan wang bagi memenuhi
keperluan dia dan ibunya. Chot akan memanjat pokok kelapa untuk Alias
mendapat upah. Pak Din, ayah Som merupakan pelanggan tetap Alias.
Sementara itu, telinga Alias yang terkena bucu meja di sekolah semakin sakit. Dia menyembunyikan perkara
itu daripada pengetahuan ibunya. Akibat sakit dan masalah kewangan, Alias tidak hadir ke sekolah lebih dari

130

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 130 02-Nov-21 11:19:43 AM


seminggu. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan Cikgu Sunan lebih-lebih
lagi apabila guru besar sendiri mengambil berat akan perkara tersebut.
Cikgu Sunan bertemu dengan Som. Beliau meminta Som membawanya
ke rumah Alias. Cikgu Sunan berasa sangat sedih apabila melihat keadaan
rumah Alias yang begitu daif . Ketika beliau sampai, Alias tidak ada di
rumah. Apabila Alias pulang, Alias melayan Cikgu Sunan dengan mesra.
Ketika Cikgu Sunan ingin melihat telinga Alias yang sakit itu, tiba-tiba Chot
menerkam lalu menggigit lengan Cikgu Sunan. Alias menjerit agar Chot
melepaskan gigitan itu tetapi Chot enggan. Akhirnya, Alias terpaksa merodok
perut Chot dengan lembing berkarat menyebabkan Chot mati. Hal tersebut
sangat menyedihkan Alias. Cikgu Sunan berjanji akan membiayai pengajian
Alias hingga universiti.
Tema
Kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan.
Persoalan
• Persoalan kanak-kanak yang menjalani kehidupan • Persoalan tanggungjawab seorang anak terhadap
secara berdikari. ibunya.
• Persoalan sikap nakal pemuda kampung. • Persoalan pengorbanan seorang anak murid
• Persoalan ikatan persahabatan yang kukuh. terhadap guru.
• Persoalan sikap guru yang tegas dan garang. • Persoalan hubungan akrab antara manusia dengan
• Persoalan keperitan hidup seorang anak yatim. haiwan.
• Persoalan sikap manusia yang memiliki cara hidup • Persoalan ketabahan seorang ibu yang lumpuh
berhemah tinggi. dalam melaksanakan tanggungjawabnya mendidik
• Persoalan kemiskinan hidup penduduk kampung. anak.
Plot
• Permulaan – Alias berasa susah hati apabila beruknya, Chot yang ditambat pada pokok langsat di tepi rumah
telah hilang. Alias mencari-cari beruknya di sekitar kampung sehingga dia lewat ke sekolah pada hari itu.
• Perkembangan – Cikgu Sunan tidak dapat menerima alasan Alias bahawa dia lewat kerana mencari beruknya
yang terlepas. Akibat terlalu marah, Cikgu Sunan mengherdik Alias dengan suara yang kuat sehingga Alias PT3

Novel
jatuh terlentang dan telinga kanannya terkena bucu meja.
• Perumitan – Alias tidak ke sekolah kerana telinganya sakit dan dia perlu mencari wang. Miah menuduh Chot
merosakkan tanaman pisangnya.
• Klimaks – Cikgu Sunan meminta bantuan Som untuk menunjukkan rumah Alias. Ketika Cikgu Sunan mahu
melihat telinga Alias yang sakit, Chot menggigit lengan Cikgu Sunan. Alias merodok lembing berkarat ke perut
Chot menyebabkan Chot mati.
• Peleraian – Alias sedih dengan kematian Chot. Cikgu Sunan berjanji akan membiayai pelajaran Chot hingga
universiti.
Teknik Plot
• Pemerian – Kadang-kadang apabila sakit di telinganya berdenyut-denyut, dia hanya menekup dengan
tangannya sahaja. Bunyi berdengung macam kapal terbang masuk ke dalam lubang telinganya.
• Dialog – “Chotttt!” Alias memanggil Chot sekali lagi. Suaranya cukup nyaring.
“Apa Chot-Chot pagi-pagi buta ni?”
• Saspens – “Chot, mak! Chot, mak!” Alias seakan-akan sebak. Ketiadaan Chot amat dirisaukannya. Buku
tulisan hilang pun tidak merisaukannya seperti itu.
• Imbas muka – Bagaimana kalau sampai di rumah Alias nanti, Cikgu Sunan terus mengheret Alias ke sekolah?
Bagaimana kalau sampai nanti, Alias pula menjadi takut lalu cabut lari dengan Chot masuk ke hutan?
• Imbas kembali – Alias teringat ibunya yang di rumah. Ibunya mungkin menyangka bahawa dia sudah sampai
di sekolah.

131

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 131 02-Nov-21 11:19:44 AM


Watak dan Perwatakan
Alias
• Alias ialah anak kelahiran Kampung Dingin.
• Dia berada dalam darjah lima dan tinggal dengan ibunya yang lumpuh bernama Leha.
• Ayahnya telah meninggal dunia lima tahun yang lalu kerana terjatuh dari pokok kelapa.
• Alias mempunyai rakan baik bernama Som yang tinggal berjiran dengannya.
• Alias mempunyai seekor beruk yang bernama Chot dan beruk itu merupakan sumber rezekinya kerana beruk
itu boleh disuruh untuk memetik kelapa.
• Seorang murid yang pintar dalam mata pelajaran Matematik.
• Seorang budak yang miskin, murid yang patuh akan arahan guru, anak yang prihatin, suka membaca,
penyayang, kuat menyimpan rahsia, tabah menghadapi cabaran hidup, bercita-cita tinggi dan murid yang
sanggup berkorban demi kasihnya terhadap guru.
Chot
• Beruk peninggalan arwah ayah Alias yang sangat disayangi oleh Alias.
• Bermata bening, berbulu cering, bergigi putih tajam, suka menyeringai dan bergelang leher.
• Pernah melarikan diri sebanyak dua kali kerana merajuk apabila Alias memberinya makan sebiji pisang sahaja.
• Takut mandi dan takut sejuk, tidak suka badannya disabun dan bertubuh gempal.
• Seekor beruk yang pandai memetik buah kelapa, sayang akan tuannya, suka makan pisang, suka mengusik
dan patuh akan arahan tuannya.
Cikgu Sunan
• Guru di sekolah Alias.
• Guru Matematik.
• Berasal dari bandar.
• Seorang guru yang rajin, bertanggungjawab, tegas, garang dan sedar akan kesilapannya.
Latar
• Latar tempat – Persimpangan rumah Alias, kepala simpang, medan perhimpunan, bilik darjah lima, bawah
pokok bidara tempat Cikgu Sunan memakir kereta, sungai, kawasan halaman rumah Alias, rumah Alias, kebun
kelapa Pak Din dan kawasan rumah Pak Din dan Som.
• Latar masa – Waktu pagi, waktu rehat, waktu tengah hari, waktu selepas pulang dari sekolah dan waktu
Novel

malam.
PT3 • Latar masyarakat – Masyarakat yang terdiri daripada murid-murid dan guru-guru sekolah, masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, masyarakat yang terdiri daripada pemilik kebun kelapa, masyarakat
yang miskin, masyarakat yang terdiri daripada samseng kampung, masyarakat yang suka membuat tuduhan
melulu, masyarakat yang suka membantu, masyarakat yang menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan,
masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan dan masyarakat yang rajin beramal ibadat.
Nilai
• Nilai kasih sayang • Nilai ketabahan • Nilai kebijaksanaan
• Nilai mengambil berat • Nilai kerajinan • Nilai ketakwaan
• Nilai bantu-membantu • Nilai bertanggungjawab
Pengajaran
• Kita hendaklah hidup saling menyayangi antara satu • Sebagai rakan sekelas, kita janganlah mengejek
sama lain. rakan-rakan kerana perbuatan tersebut akan
• Kita hendaklah mengambil berat sesama jiran menyakitkan hati mereka.
tetangga. • Kita hendaklah tabah menjalani kehidupan.
• Kita janganlah membuat tuduhan tanpa usul periksa. • Kita mestilah menghormati tetamu.
• Kita janganlah mementingkan diri dalam • Sebagai murid, kita hendaklah sentiasa
persahabatan. menghormati guru.

132

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 132 02-Nov-21 11:19:44 AM


Hempasan Ombak
Sinopsis
Farid, remaja berusia 19 tahun mewarisi Syarikat Batik Nusantara
peninggalan arwah ayahnya, iaitu Haji Badrul. Farid terpaksa mengambil
alih perniagaan ini kerana abangnya, Lutfi lumpuh manakala adik-adiknya
yang lain masih bersekolah. Syarikat batiknya itu menghadapi masalah
kewangan kerana terbeban dengan masalah hutang dengan pembekal.
Ejen-ejen yang dilantik menjual batik keluaran syarikatnya pula banyak
yang berhutang dengan syarikatnya itu. Farid mengambil beberapa
langkah untuk menanganinya. Ibunya, Hajah Zaoyah bersetuju untuk
menggadaikan barang kemas dan tanah untuk memulihkan syarikat
batik itu.
Farid bertemu dengan Mokhsein seorang usahawan berjaya yang
pernah menjadi pekerja di syarikat ayahnya. Mokhsein banyak mengajar
Farid tentang dunia perniagaan. Farid juga mengambil langkah untuk
memulihkan peniagaan tersebut dengan membina sebuah bangsal batik
yang khusus menghasilkan batik moden. Farid turut mendapat sokongan
daripada Zuraida, peniaga batik yang merupakan rakan sekelasnya.
Zuraida bersedia menjual batik-batik keluaran syarikat Farid.
Mokhsein memberitahu Farid bahawa Farid perlu menghasilkan batik
yang menepati cita rasa masyarakat kini. Hal ini disebabkan permintaan
terhadap kain batik asli sudah semakin berkurangan. Pembinaan bangsal
batik moden merupakan salah satu usahanya untuk menghasilkan
batik moden. Mokhsein membawa Hartini, iaitu adik sepupunya yang
merupakan graduan UiTM untuk menghasilkan corak batik moden.
Hartini akan berada di situ selama sebulan. Kehadiran Hartini dengan idea-idea baharu dan corak batik menarik
menjadikan kain batik moden yang menjadi impian Farid menjadi kenyataan. Farid turut melakukan pemasaran
ke beberapa buah negeri dengan dibantu oleh Zuraida dan Zakri.
Sementara itu, Mukhtar, iaitu pemilik Syarikat Batik Rajawali mula tergugat dengan penjenamaan semula PT3
batik keluaran Syarikat Batik Nusantara yang diterajui oleh Farid. Mukhtar mengugut anak saudaranya, Zuraida

Novel
agar tidak menjual batik-batik moden keluaran syarikat Farid. Tidak cukup dengan itu, Mukhtar turut menghantar
Mahmood ke kilang batik Farid untuk mengganggu Masri dan Azmi yang pernah bekerja dengan Mukhtar sebelum
ini. Mahmood hampir-hampir mahu memasukkan Azmi ke dalam kawah lilin tetapi Masri cepat bertindak dengan
mencurahkan lilin panas ke muka Mahmood.
Bangsal batik moden kepunyaan Farid terbakar kira-kira pukul 2:00 pagi. Terdapat unsur khianat. Pihak polis
sudah mengenal pasti pihak yang terbabit dan berusaha memberkas Mukhtar sebagai suspek utama. Tiga hari
selepas peristiwa kebakaran bengkel, Mokhsein datang ke bengkel Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein
memberitahu bahawa dia juga menerima surat ugutan yang melarang dia membantu perniagaan Farid. Mokhsein
juga menyampaikan khabar gembira tentang dua buah butik yang mahu melanggani batik moden keluaran
syarikat Farid. Mokhsein juga berjanji akan membantu Farid untuk menjadi pembekal pakaian siap daripada
batik moden. Sementara itu, Zuraida terus memberikan semangat kepada Farid. Malah, Zuraida memantapkan
ilmunya dengan mengikuti pengajian luar kampus dalam bidang pentadbiran perniagaan. Zuraida menggalakkan
Farid untuk belajar sepertinya. Mukhtar telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun di Penjara Marang.
Tema
Kegigihan seorang remaja dalam mengusahakan dan memajukan sebuah syarikat.
Persoalan
• Persoalan tanggungjawab seorang anak dalam • Persoalan sikap bantu-membantu dalam
meneruskan perusahaan keluarga. perniagaan.
• Persoalan kesederhanaan dalam kehidupan. • Persoalan pendedahan ilmu perniagaan kepada
• Persoalan dedikasi dan ketekunan seseorang dalam generasi muda.
melakukan sesuatu kerja.

133

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 133 02-Nov-21 11:19:44 AM


• Persoalan masalah hutang dalam perniagaan. • Persoalan kepentingan menimba ilmu pengetahuan
• Persoalan pekerja yang setia. dalam menjalankan perniagaan.
• Persoalan amalan bermusyawarah untuk • Persoalan balasan terhadap perbuatan khianat yang
menyelesaikan permasalahan. dilakukan.
Plot
• Permulaan – Farid mewarisi peniagaan Syarikat Batik Nusantara setelah ayahnya, Haji Badrul meninggal dunia.
• Perkembangan – Syarikat Batik Nusantara menghadapi masalah hutang dengan pembekal. Banyak ejen
yang tidak membayar hutang menyebabkan akaun syarikat agak lemah. Hajah Zaoyah, ibu Farid sanggup
menggadaikan barang kemas dan tanah untuk memulihkan syarikat. Mokhsein pula memberikan dorongan dan
nasihat kepada Farid. Seterusnya, Farid membina bangsal batik moden. Hartini, iaitu adik sepupu Mokhsein
merupakan graduan UiTM bekerja di syarikat itu bagi menghasilkan rekaan batik moden.
• Perumitan – Mukhtar Yusof, pemilik Syarikat Batik Rajawali berasa tergugat dengan syarikat batik milik Farid.
Mahmood, orang suruhan Mukhtar datang ke bangsal batik moden milik Farid. Berlaku pertengkaran antara
Mahmood dengan Azmi dan Masri. Mahmood telah mendakwa Syarikat Batik Nusantara telah mengebas
pekerja-pekerja syarikatnya. Tiba-tiba, Mahmood mencekak leher baju kemeja Azmi dan mengheretnya
mendekati kawah berisi lilin yang menggelegak. Masri pula menerpa dan mencurahkan lilin panas dari canting
ke muka Mahmood. Mahmood meraung dan Azmi terlepas daripada cengkamannya. Mahmood menekup
mukanya lalu melarikan diri dengan keretanya.
• Klimaks – Bangunan bangsal batik moden dibakar oleh tiga orang yang tidak dikenali. Tujuh puluh lima peratus
bangsal musnah termasuk batik-batik moden di dalam stor yang baru siap. Farid percaya bahawa kebakaran itu
berpunca daripada pengirim surat layang. Pihak bomba telah menemui kesan-kesan petrol dan bekas minyak
di hujung bangunan. Pada hemat pihak polis pula, kejadian tersebut bermotifkan jenayah lalu meminta Farid
ke Balai Polis Daerah Kuala Terengganu untuk membantu siasatan. Selepas itu, Farid membuat pengakuan
bertulis bahawa Mukhtar menunjukkan sikap-sikap perseteruan berpunca daripada pergeseran perniagaan dan
surat layang.
• Peleraian – Selepas tiga hari kejadian kebakaran itu berlaku, Mokhsein bertemu dengan Farid untuk
menyampaikan berita gembira apabila dua butik dari Singapura dan Ampang berminat untuk melanggan
batik-batik moden Farid. Mokhsein juga berjanji untuk mencarikan peluang kepada Farid untuk mengadakan
pertunjukan kesenian anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Mokhsein juga akan mengikhtiarkan
sesuatu agar Farid menjadi pembekal pakaian-pakaian siap daripada batik moden. Mukhtar pula dipenjarakan
Novel

selama tiga tahun. Seterusnya, Farid mengetahui bahawa Zuraida sedang menuntut di UiTM dalam bidang
PT3 Pentadbiran Perniagaan. Pada akhir cerita, Mokhsein, Farid dan Zuraida mahu menghadiri majlis perkahwinan
Hartini dan ketika itulah Mokhsein mengusik Farid dengan mengatakan bahawa kerjasama antara Farid dengan
Zuraida sudah cukup sesuai untuk mewujudkan satu organisasi perniagaan yang besar dan teguh.
Teknik Plot
• Pemerian – Kesetiaan Tomsiah, kerani ayahnya itu cukup Farid sanjungi. Kerjayanya penuh dedikasi. Kalau
orang lain melihat bumbung tempat bernaung dan berpayung mahu runtuh, pasti melompat ke tempat lain.
• Dialog – “Lama Kak Tom tunggu?”
“Oh, baru sahaja!” Tomsiah mengekori Farid sampai ke bilik.
• Monolog dalaman – “Aku berada di celah-celah buku hutang.” Dia terdengar suara halus dari lubuk hatinya
sendiri.
• Imbas muka – Abang sendiri pun kalau silap langkah, hari ini berkereta BMW, Mercedes, esok kayuh basikal tua.
Watak dan Perwatakan
Farid
• Anak kepada Haji Badrul dan Hajah Zaoyah.
• Anak ketiga daripada lima orang adik-beradik.
• Berusia 19 tahun.
• Seorang anak muda yang bertanggungjawab, bercita-cita tinggi, gigih berusaha, rajin dan tabah menghadapi
dugaan.
• Seorang yang suka bertanya untuk mendapatkan idea berkaitan dengan perniagaan.
• Seorang ketua yang selalu berbincang dan bertanyakan pendapat daripada para pekerja bawahannya.
• Seorang yang suka belajar dan dahagakan ilmu pengetahuan tentang perniagaan.
• Seorang yang hidup secara sederhana.

134

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 134 02-Nov-21 11:19:44 AM


Zuraida
• Anak sulung daripada lima orang adik-beradik.
• Ibunya seorang ibu tunggal.
• Rakan sekolah Farid.
• Seorang yang berfikiran jauh, ikhlas membantu, mudah dikuasai perasaan cemburu, peniaga yang pandai
melayan pelanggan, mempunyai banyak idea tentang perniagaan, tegas pendirian, gigih berusaha, tidak suka
dibebani hutang dan peniaga yang dahagakan ilmu pengetahuan.
Tomsiah
• Dipanggil Kak Tom oleh Farid.
• Kerani di Syarikat Batik Nusantara.
• Mempunyai tiga orang anak.
• Sudah 10 tahun bekerja dengan Haji Badrul.
• Seorang yang berbudi bahasa, pekerja yang setia dan berdedikasi, banyak pengetahuan tentang rekod
kewangan Syarikat Batik Nusantara, suka mengusik, pekerja yang tekun dalam menjalankan tugas dan kerani
yang prihatin terhadap perkembangan syarikat.
Mokhsein
• Bertubuh tegap, berwajah bulat dan tampan.
• Pemilik Firma Nadi Zaman.
• Bekas pekerja Syarikat Batik Nusantara.
• Seorang yang peramah dan mudah mesra, tidak kedekut ilmu, suka membantu dan berfikiran rasional.
Mukhtar
• Nama penuhnya Mukhtar bin Yusof.
• Bertubuh tegap dan berkumis tebal.
• Bapa saudara Zuraida.
• Tuan punya Syarikat Batik Rajawali.
• Seorang yang dengki akan kejayaan orang lain, tidak berhati perut dan bapa saudara yang pembengis.
Latar
• Latar tempat – Pejabat Haji Badrul, bangsal batik asli, rumah Farid, bangsal batik moden, bilik stor, gerai PT3
Zuraida, Restoran Mali, rumah Zuraida di Kampung Tanjung, Balai Polis Daerah Kuala Terengganu, Pantai

Novel
Batu Buruk dan di dalam kereta Mercedes 190E.
• Latar masa – Waktu pagi, waktu petang dan waktu malam.
• Latar masyarakat – Masyarakat yang terdiri daripada para usahawan, masyarakat yang masih percaya
terhadap perkara-perkara tahyul dan kurafat, masyarakat yang terdiri daripada para pekerja yang setia dan
berdedikasi, masyarakat yang mahu melihat bangsanya maju dalam bidang perniagaan, masyarakat yang tahu
membalas budi, masyarakat yang dengki terhadap kejayaan orang lain, masyarakat yang berlagak samseng,
masyarakat yang busuk hati dan mengkhianati bangsa sendiri, masyarakat yang tegas pendirian, masyarakat
yang sedia membantu, masyarakat yang mahir dalam membuat batik dan masyarakat yang berpendidikan
tinggi.
Nilai
• Nilai bertanggungjawab • Nilai bantu-membantu • Nilai kesetiaan
• Nilai kegigihan dan kecekalan • Nilai keberanian • Nilai keikhlasan
• Nilai mengambil berat • Nilai kebijaksanaan • Nilai ketabahan
Pengajaran
• Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang • Kita hendaklah menuntut ilmu sehingga ke menara
telah diamanahkan dengan baik. gading.
• Kita hendaklah mengambil berat sesama jiran tetangga. • Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan.
• Kita janganlah menjatuhkan antara satu sama lain • Kita hendaklah ikhlas dalam memberikan bantuan.
dalam segala bidang dan lapangan. • Sebagai pekerja, kita hendaklah mencurahkan
• Kita janganlah bertindak mengikut perasaan kerana khidmat bakti dengan penuh keikhlasan.
buruk padahnya.

135

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 135 02-Nov-21 11:19:44 AM


Praktis Berformat PT3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.
(i) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya
(ii) Chot, karya Azizi Haji Abdullah
(iii) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar
(iv) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim

Praktis 1
Nilai merujuk sifat-sifat positif yang terdapat dalam sesebuah karya sama ada digambarkan melalui watak,
pengucapan atau pemikirannya.
Nyatakan tiga nilai murni yang dapat dipelajari daripada watak utama dalam novel yang anda kaji. Anda perlu
memberikan contoh peristiwa yang sesuai untuk setiap nilai yang dinyatakan. [10 markah]

Novel Tawanan Komander Caucasus

Watak utama: Farhani

• Nilai kebijaksanaan – Farhani mengetahui habitat kumbang, iaitu di udara, di tanah, di tasik dan juga di kolam hasil daripada

pembacaannya.

• Nilai keberanian – Farhani berani berhadapan dengan Komander Chalcosoma Caucasus dan bertanyakan soalan.

• Nilai baik hati – Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong
Novel

yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama Bara dan Dara
PT3 Bintik dari makmal rahsia.

Novel Justeru Impian di Jaring

Watak utama: Syahir

• Nilai kegigihan – Syahir dan rakan-rakannya dalam skuad kebangsaan telah berlatih dengan gigih dan bersungguh-sungguh

untuk mengharungi kejohanan yang seterusnya.

• Nilai kesabaran – Syahir dengan hati yang terbuka dan penuh kesabaran menerima ejekan daripada Syed Amiri yang

mempertikaikan kemampuannya untuk menyertai kejohanan antarabangsa di Jakarta.

• Nilai hormat-menghormati – Syahir amat menghormati jurulatihnya, Haji Marzuki. Haji Marzuki menegur kelemahan

Syahir yang banyak bermain mengikut emosi lalu meminta Syahir mengawal emosinya ketika berada di gelanggang. Syahir

menerima teguran dan motivasi daripada Haji Marzuki kerana dia menghormati pengalaman yang dimiliki oleh jurulatihnya

itu.

136

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 136 02-Nov-21 11:19:44 AM


Novel Hempasan Ombak

Watak utama: Farid

• Nilai kegigihan – Farid gigih berusaha untuk memajukan perusahaan batik Nusantara walaupun menghadapi pelbagai

cabaran. Akhirnya, Farid berjaya membangunkan bengkel batik moden.

• Nilai kerajinan – Farid rajin mengunjungi bengkel untuk memantau para pekerjanya dan melihat proses penghasilan batik.

• Nilai bertanggungjawab – Farid berusaha untuk mencari idea daripada pengusaha yang berpengalaman dalam bidang

perniagaan untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat batik peninggalan ayahnya.

Novel Chot

Watak utama: Alias

• Nilai taat kepada perintah agama – Alias dan ibunya menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya dengan mendirikan solat

dan membaca al-Quran.

• Nilai kebijaksanaan – Alias mengambil tindakan segera dengan merodok perut Chot menggunakan lembing ketika Chot

mengamuk dan menggigit lengan Cikgu Sunan. Akhirnya, Cikgu Sunan selamat.

• Nilai kejujuran – Alias bersikap jujur dan memberitahu Cikgu Sunan sebab kelewatannya ke sekolah berpunca daripada

kehilangan beruknya. PT3

Novel

137

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 137 02-Nov-21 11:19:44 AM


Praktis 2

Watak merupakan pelaku yang menghidupkan sesebuah cerita manakala perwatakan merujuk gambaran dan
sifat yang dimiliki oleh watak tertentu.
Huraikan tiga perwatakan berserta dengan contoh peristiwa yang sesuai bagi watak protagonis dalam novel
yang anda kaji. [10 markah]

Novel Tawanan Komander Caucasus

Watak protagonis: Farhani

• Seorang yang bijak dan berpengetahuan – Farhani mengetahui habitat kumbang, iaitu di udara, di tanah, di tasik dan juga

di kolam hasil daripada pembacaannya.

• Seorang yang berani – Farhani berani berhadapan dengan Komander Caucasus dan bertanyakan soalan.

• Seorang yang baik hati – Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim

Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama Bara dan

Dara Bintik dari makmal rahsia.

Novel Justeru Impian di Jaring

Watak protagonis: Syahir

• Seorang yang gigih berusaha – Syahir dan rakan-rakannya dalam skuad kebangsaan telah berlatih dengan gigih dan

bersungguh-sungguh untuk mengharungi kejohanan yang seterusnya.


Novel

• Seorang penyabar – Syahir dengan hati yang terbuka dan penuh kesabaran menerima ejekan daripada Syed Amiri yang
PT3 mempertikaikan kemampuannya untuk menyertai kejohanan antarabangsa di Jakarta.
• Seorang yang menghormati jurulatihnya – Syahir amat menghormati jurulatihnya, Haji Marzuki. Haji Marzuki menegur

kelemahan Syahir yang banyak bermain mengikut emosi lalu meminta Syahir mengawal emosinya ketika berada

di gelanggang. Syahir menerima teguran dan motivasi daripada Haji Marzuki kerana dia menghormati pengalaman yang

dimiliki oleh jurulatihnya itu.

Novel Hempasan Ombak

Watak protagonis: Farid

• Seorang yang gigih berusaha – Farid gigih berusaha untuk memajukan perusahaan Batik Nusantara walaupun menghadapi

pelbagai cabaran. Akhirnya, Farid berjaya membangunkan bengkel batik moden.

• Seorang yang rajin – Farid rajin mengunjungi bengkel untuk memantau para pekerjanya dan melihat proses penghasilan batik.

• Seorang yang hidup secara sederhana – Farid menaiki motosikal jika ada urusan luar yang perlu dilakukan walaupun dirinya

memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara.

138

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 138 02-Nov-21 11:19:44 AM


Novel Chot

Watak protagonis: Alias

• Seorang yang bertanggungjawab – Alias mencari rezeki dengan mengambil upah memetik buah kelapa di kebun Pak Din.

Wang yang diperoleh akan digunakan untuk membeli barang dapur seperti beras.

• Seorang yang bertindak cepat – Alias mengambil tindakan segera dengan merodok perut Chot menggunakan lembing ketika

Chot mengamuk dan menggigit lengan Cikgu Sunan. Akhirnya, Cikgu Sunan selamat.

• Seorang yang jujur – Alias bersikap jujur dan memberitahu Cikgu Sunan sebab kelewatannya ke sekolah berpunca daripada

kehilangan beruknya.

PT3

Novel

139

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 139 02-Nov-21 11:19:44 AM


Praktis 3
Huraikan tema dan dua persoalan yang diutarakan oleh penulis kepada pembaca dalam novel yang anda pelajari.
[10 markah]
Novel Tawanan Komander Caucasus

Tema: Ketabahan remaja dalam menghadapi cabaran – Farhani tabah ketika dirinya ditawan oleh Komander Caucasus.

Dia dikurung di dalam sebuah balang kaca di dalam sebuah makmal rahsia untuk dijadikan bahan kajian bagi memenuhi

hasrat Komander Caucasus yang ingin menjadi manusia dan menawan dunia.

Persoalan:

• Keprihatinan terhadap masalah orang lain – Cikgu Salimah pergi ke rumah Farhani untuk berjumpa dengan ibu bapa muridnya

kerana berasa bersalah atas kehilangan anak pasangan itu disebabkan tugasan mencari kumbang.

• Kesetiaan pengikut terhadap ketua – Pengikut kumbang menuruti arahan Dara Merah agar membiarkan cecair endosulfan

diuruskan oleh Dara Merah sendiri.

Novel Justeru Impian di Jaring

Tema: Ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi dugaan dan rintangan sebelum bergelar juara dunia – Syahir

tabah menerima pandangan negatif daripada orang sekeliling kerana tindakannya menutup aurat semasa bermain badminton.

Syahir tetap berpegang teguh pada syariat Islam dan pesanan arwah ayahnya.

Persoalan:
Novel

• Ketaatan pada perintah Tuhan – Syahir menjaga solat semasa latihan mahupun pertandingan. Dia juga akan berpakaian
PT3 menutup aurat semasa bermain badminton.
• Kasih sayang anak terhadap ibunya – Syahir sanggup membatalkan penerbangannya bersama-sama rakannya ke Johor Bahru

disebabkan emaknya jatuh sakit pada ketika itu.

Novel Hempasan Ombak

Tema: Kegigihan seorang remaja dalam mengusahakan dan memajukan sebuah syarikat – Farid gigih berusaha untuk memajukan

perusahaan Batik Nusantara walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Akhirnya, Farid berjaya membangunkan bengkel batik

moden.

Persoalan:

• Dedikasi dan ketekunan seseorang dalam melakukan sesuatu kerja – Farid rajin mengunjungi bengkel untuk memantau para

pekerjanya dan melihat proses penghasilan batik.

• Kesederhanaan dalam kehidupan – Farid menaiki motosikal jika ada urusan luar yang perlu dilakukan walaupun dirinya

memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara.

140

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 140 02-Nov-21 11:19:44 AM


Novel Chot

Tema: Kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan – Alias menyayangi rakannya, Som. Alias tidak teragak-agak membantu Som

yang lemah dalam mata pelajaran Matematik sebagai tanda kasih sayangnya terhadap sahabatnya itu.

Persoalan:

• Sikap manusia yang memiliki cara hidup berhemah tinggi – Alias melayan ibunya dengan baik. Dia tidak pernah mengingkar

kata-kata ibunya dalam kehidupan seharian.

• Kanak-kanak yang menjalani kehidupan secara berdikari – Alias meneruskan kehidupan setelah kematian ayahnya dengan

berdikari. Dia mencari rezeki dengan memetik buah kelapa yang dilakukan oleh beruk kesayangannya. Alias berusaha mencari

wang untuk menyara dirinya dan ibu yang telah lumpuh.

PT3

Novel

141

07-Masteri BM KSSM Tg3 Novel 3rd.indd 141 02-Nov-21 11:19:44 AM


Pemindahan Maklumat
Kertas 1 (Bahagian C)

Format Respons Terhad


1 Terdiri daripada tiga jenis bahan, iaitu ulasan, ringkasan dan rumusan.
2 Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 15 markah.
3 Terdapat dua daripada tiga jenis bahan diberikan tetapi murid perlu memilih satu jenis bahan sahaja untuk
dijawab.

Ulasan
Panduan Menulis Ulasan
1 Panjang ulasan mestilah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
2 Ulasan boleh ditulis dalam satu perenggan sahaja.
3 Ulasan boleh ditulis berserta pendahuluan atau penutup atau tanpa pendahuluan atau penutup.
4 Isi tersurat dan isi tersirat adalah wajib.
5 Ungkapan menarik contohnya peribahasa digalakkan.

Kriteria Pemarkahan

Peringkat Markah Deskripsi


Cemerlang 13 – 15 Idea
• Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan
• Ulasan idea yang jelas dan matang
Bahasa
• Ayat gramatis
• Kosa kata luas dan tepat
• Ejaan dan tanda baca betul
• Penanda wacana yang betul
• Kesalahan bahasa yang minimum
Baik 09 – 12 Idea
• Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan
• Ulasan idea yang jelas
Bahasa
• Ayat masih gramatis
• Kosa kata luas
• Ejaan dan tanda baca masih betul
• Penanda wacana yang masih betul
• Kesalahan bahasa yang masih minimum
Memuaskan 05 – 08 Idea
• Isi tersurat atau tersirat yang masih relevan dengan bahan
• Ulasan idea yang kurang jelas
Bahasa
• Ayat kurang gramatis
• Kosa kata terhad
• Kesalahan bahasa yang ketara
Penguasaan 01 – 04 • Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap
Minimum • Tidak menjawab tugasan

142

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 142 02-Nov-21 11:48:04 AM


Praktis Berformat PT3
Praktis 1
Tema 4: Waspada Selalu!
Kemahiran Menulis
S.P 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Kepentingan Ilmu

Mampu menyelesaikan Mudah memperoleh Mempertingkatkan


masalah pekerjaan taraf hidup

Dalam era globalisasi, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang. Kita mampu

menyelesaikan masalah jika memiliki ilmu yang berguna kerana ilmu pelita hidup. Selain itu, kita juga mudah

memperoleh pekerjaan yang menjadi idaman setiap manusia. Kesannya, kita mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

dengan pihak lain. Dengan adanya peluang kerjaya yang baik, kita mampu mempertingkatkan taraf hidup kita.
PT3
Dalam hal ini, kita mampu memiliki keperluan asas dan memenuhi kehendak diri dengan membina kehidupan yang

Pemindahan Maklumat
lebih selesa dalam era dunia tanpa sempadan. Oleh itu, ilmu sangat bermanfaat dalam kehidupan manusia.

143

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 143 02-Nov-21 11:48:04 AM


Praktis 2
Tema 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa
Kemahiran Menulis
S.P 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkatan.

Pencegahan Wabak Covid-19

CEGAH COVID-19:
COVID-19
#KitaTeguhKitaMenang AMALKAN NORMA BAHARU

1 meter

Kerap Mencuci Tangan Penjarakan Fizikal Gunakan Pelitup Muka

1 Sesak 2 Sempit 3 Sembang Dekat

ELAKKAN

3S
Pemindahan Maklumat

Tempat yang sesak Tempat yang sempit Bersembang


dan tertutup pada jarak dekat

Kemunculan COVID-19 telah menyedarkan kita tentang pentingnya penjagaan kebersihan sebagai langkah pencegahan.

Oleh itu, kita haruslah mengamalkan norma baharu dengan mengelakkan 3S, iaitu elakkan kawasan yang sesak, elakkan
PT3
kawasan yang sempit dan elak sembang dengan jarak yang dekat. Orang ramai turut diingatkan agar kerap mencuci tangan.

Selain itu, orang ramai juga perlu menggunakan pelitup muka agar dapat menghalang titisan dan percikan air liur kepada

orang lain. Seterusnya, orang ramai perlu mengamalkan penjarakan fizikal dengan mengekalkan jarak lebih daripada

satu meter. Konklusinya, kita perlulah menekankan aspek kebersihan untuk membanteras COVID-19 daripada terus

membinasakan dunia.

144

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 144 02-Nov-21 11:48:05 AM


Praktis 3
Tema 4: Waspada Selalu!
Kemahiran Menulis
S.P 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

USAHA-USAHA MENGAWAL PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL


DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Kurangkan masa mengakses Ibu bapa memantau anak-anak Pihak berkuasa mengambil
media sosial dengan melakukan ketika mengakses media sosial tindakan tegas kepada sesiapa
aktiviti riadah yang menyalahgunakan rangkaian
media sosial

Dewasa ini, isu membabitkan media sosial dilihat sebagai ancaman keselamatan terhadap masyarakat dan negara.

Antara usaha untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengurangkan masa

mengakses media sosial. Contohnya, melakukan aktiviti beriadah seperti bersukan dan berkelah. Selain itu, ibu bapa perlulah

memantau anak-anak ketika mereka mengakses media sosial. Pemantauan ibu bapa mampu mengelakkan anak-anak daripada

mengakses laman sesawang yang berunsurkan negatif. Di samping itu, pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas
PT3

Pemindahan Maklumat
terhadap mereka yang menyalahgunakan media sosial. Hal ini dapat memberikan peringatan kepada masyarakat agar tidak
menyalahgunakan media sosial. Oleh itu, pengawalan media sosial dalam kalangan masyarakat amat penting agar tidak

memberikan kesan yang buruk.

145

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 145 02-Nov-21 11:48:06 AM


Praktis 4
Tema 4: Waspada Selalu!
Kemahiran Menulis
S.P 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Pemindahan Maklumat

(Dipetik dan diubah suai daripada hus.moh.gov.my/bm/index/risalah-rabies)

Penyakit anjing gila (Rabies) ialah sejenis penyakit virus yang menyebabkan radang otak pada manusia atau haiwan

yang dijangkiti. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menasihati orang awam agar mengambil pelbagai langkah pencegahan
PT3
daripada dijangkiti penyakit rabies. Orang awam perlu segera mencuci luka pada bahagian tubuh yang digigit dengan sabun

dan air selama 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur serta segera ke klinik atau ke hospital yang berdekatan untuk

menerima rawatan lanjut. Selain itu, orang ramai juga perlu kerap membasuh tangan dengan air dan sabun selepas kontak

dengan anjing peliharaan. Dengan itu, kawalan jangkitan virus Rabies dapat dilaksanakan secara menyeluruh sekiranya orang

awam memberikan kerjasama yang sepenuhnya.

146

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 146 02-Nov-21 11:48:06 AM


Praktis 5
Tema 11: Alam Anugerah Terindah
Kemahiran Menulis
S.P 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkatan.

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik telah berjaya dilaksanakan pada setiap hari Sabtu di semua pasar raya besar, di pasar raya

dan di stesen minyak yang terlibat di negeri Terengganu. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan daripada semua
PT3

Pemindahan Maklumat
pihak. Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Mengapakah kita harus mengurangkan penggunaannya? Plastik

mengambil masa selama 500 tahun untuk terurai dan 280 juta tong minyak diperlukan untuk menghasilkan beg

plastik setahun. Jelaslah bahawa penggunaan beg plastik akan membawa pelbagai kesan buruk kepada alam sekitar. Oleh itu,

kita haruslah mengelakkan penggunaan beg plastik demi menyelamatkan bumi kita.

147

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 147 02-Nov-21 11:48:06 AM


Praktis 6
Tema 3: Kecerdasan Meningkat, Keterampilan Memikat
Kemahiran Menulis
S.P 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Larian Mesra Amal 20_


Tarikh dan Hari: 10 Jun 20_ (Sabtu)
Tempat: Dataran Tanjung Emas, Muar
Masa: 6:00 pagi

Objektif:
• Menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan
• Menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat Jersi per
cuma
Kategori Larian dan Yuran Penyertaan untuk 10
pendaft 0
5 kilometer  RM35.00 aran aw
al
10 kilometer  RM60.00
20 kilometer  RM85.00
Percuma bagi peserta daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berkerusi roda
Maklumat lanjut tentang pendaftaran, sila hubungi:
Encik Wahid Suhaimi (012-6854XXX)
Encik Helmi Hamdan (016-9872XXX)
Puan Hanim Malik (019-8705XXX)
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 Mei 20_
Daftar Sekarang!
Pemindahan Maklumat

Larian Mesra Amal akan diadakan pada 10 Jun 20_ di Dataran Emas, Muar. Larian ini bukan sahaja bertujuan untuk

menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, malahan merupakan langkah untuk menggalakkan masyarakat
PT3 mengamalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam acara sukan dan riadah secara berterusan. Kategori larian yang
ditawarkan ialah lima kilometer, 10 kilometer dan 21 kilometer dengan bayaran yang berbaloi, manakala peserta OKU yang

berkerusi roda pula ialah percuma. Semua peserta akan menerima pingat selepas menamatkan acara mengikut laluan ditetapkan.

Selain itu, peserta juga berpeluang untuk pulang dengan hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai dan hadiah lain seperti

basikal dan barangan elektrik.

148

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 148 02-Nov-21 11:48:07 AM


Ringkasan
Panduan Menulis Ringkasan
1 Petikan berfokus dan terdapat ayat tugasan pada arahan soalan.
2 Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 15 markah.
3 Panjang ringkasan mestilah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Jika lebih, buat tanda palang dan garis
melintang selepas perkataan ke-100 dan baca hingga ayat itu berakhir.
4 Garis lima isi penting yang terdapat dalam petikan.
5 Ringkasan tidak memerlukan pendahuluan.
6 Guna kata tugas daripada petikan dan bina ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal ayat.
7 Ringkasan perlulah ditulis dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Kriteria Pemarkahan
Markah Isi (10 markah)

Bilangan Isi Markah


5 10
4 8
3 6
2 4
1 2

Markah Bahasa (5 markah)

Peringkat Markah Deskripsi

Cemerlang 04 – 05 • Bahasa baik dan lancar PT3


• Ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis

Pemindahan Maklumat
• Wacana sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang betul dan tepat

Baik 02 – 03 • Bahasa masih baik


• Masih guna ayat sendiri, pemilihan kata masih tepat, ayat masih
gramatis
• Wacana masih sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang masih betul

Memuaskan 01 • Bahasa kurang lancar


• Terdapat kesalahan dalam pengunaan ayat, pemilihan kata kurang
tepat, ayat kurang gramatis
• Wacana kurang sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang kurang tepat
• Menyalin petikan secara terpilih

149

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 149 02-Nov-21 11:48:07 AM


Praktis Berformat PT3
Praktis 1
Tema 14: Ekonomi Mapan, Negara Makmur
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis
S.P 3.5.1
dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan-
kepentingan pengurusan wang. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Agrobank Malaysia dengan kerjasama Bank Negara menganjurkan Program Celik Wang bagi mendedahkan
amalan pengurusan wang yang lebih baik dan teratur kepada generasi muda. Program ini bertujuan untuk
memberikan kesedaran tentang pengurusan wang secara berhemat dan memberikan pendedahkan
tentang cara lebih berkesan dalam membelanjakan wang bagi mengelakkan pembaziran. Program ini
ditujukan kepada golongan muda lebih-lebih lagi murid sekolah rendah kerana mereka seharusnya
diberikan pendedahan tentang pengurusan wang saku.
Sebagai salah satu institusi kewangan yang berpengalaman hampir 46 tahun, Agrobank yakin
pendedahan pada peringkat awal sangat penting dan relevan dalam usaha membentuk sahsiah diri
generasi muda agar lebih celik terhadap pengurusan kewangan. Agrobank akan mendekati murid sekolah
melalui program sekolah angkat untuk menggalakkan mereka membuka akaun dan menambahkan
simpanan dari masa ke masa. Sementara itu, Pengarah Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran, Bank
Negara turut menegaskan bahawa amalan menggunakan wang yang lebih berkesan perlu dipupuk sejak
awal kerana tabiat seseorang individu lebih mudah terbentuk pada usia muda. Bank Negara komited
dalam menyampaikan pendidikan kewangan secara berterusan dari usia kanak-kanak sehingga dewasa
supaya dapat melahirkan masyarakat yang celik wang dan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan
untuk mengintegrasikan elemen pendidikan kewangan dalam kurikulum sekolah secara berperingkat.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Program Celik Wang”


Pemindahan Maklumat

oleh Mohd. Nasaruddin Musa, www.utusan.com.my, 16 Mei 2016)

Antara kepentingan pengurusan wang adalah untuk mendedahkan amalan pengurusan wang yang lebih baik dan teratur

PT3 kepada generasi muda. Di samping itu, pengurusan wang juga boleh memberikan kesedaran tentang pengurusan wang secara
berhemat. Kepentingan pengurusan wang yang lain ialah dapat memberikan pendedahan tentang cara lebih berkesan dalam

membelanjakan wang bagi mengelakkan pembaziran. Seterusnya, pengurusan wang dapat membentuk sahsiah diri generasi

muda agar lebih celik terhadap pengurusan kewangan. Akhir sekali, pengurusan wang dapat melahirkan masyarakat yang

celik wang.

150

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 150 02-Nov-21 11:48:07 AM


Praktis 2
Tema 8: Subur Bahasa, Mekar Sastera
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis
S.P 3.5.1
dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan-
peranan sastera terhadap peradaban manusia. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga
100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Dunia sastera tenggelam timbul mengikut musim sekalipun ada masanya khazanah warisan bangsa
ini menghadapi zaman gerhana. Namun begitu, sastera masih bergerak dalam acuan, kelompok
dan wacana yang tersendiri. Untuk mendekatkan warisan bangsa ini kepada masyarakat tanpa
membiarkannnya longlai begitu sahaja, para penggiat sastera sepatutnya bekerja keras kerana sastera
merupakan wahana pembangunan sahsiah umat manusia. Kita seharusnya berkeyakinan tinggi bahawa
sastera mampu membentuk jiwa yang kental dalam menghadapi cabaran hidup. Dari sudut yang tidak
terungkap, nilai sastera diterima sebagai suatu kompenan keseluruhan hidup kerana peranannya dalam
pelbagai disiplin hidup. Oleh hal yang demikian, sastera digolongkan sebagai suatu bidang yang menjadi
penjana ilmu pengetahuan. Kita harus mengukuhkan minat generasi muda agar terus memperjuangkan
kepentingan sastera dalam kehidupan masyarakat. Hal ini sejajar dengan penerimaan masyarakat, iaitu
sastera merupakan pembina moral dan pengasuh keluhuran jiwa tanpa batasan yang berupaya untuk
mengukuhkan akar tamadun bangsa. Atas dasar itulah, peranan sastera dicanangkan sebagai prasarana
yang utuh terhadap pembentukan tamadun manusia kerana sastera mampu memartabatkan etika sosial,
ekonomi, kebudayaan dan politik masyarakat sejagat.
Dalam kalangan sasterawan pula, mereka dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan karya-karya
sastera yang bermutu tinggi untuk menarik minat masyarakat terhadap peranan sastera dan mengukuhkan
keyakinan masyarakat terhadap peranan sastera. Hal ini perlu dipandang serius kerana peranan sastera
berkait rapat sebagai wahana kejiwaan manusia tanpa batasan geografi dan warna kulit. Sastera juga
berperanan untuk menyedarkan masyarakat tentang pembangunan keluhuran budi yang tersirat dalam
suatu karya sastera. Oleh itu, kita wajar meletakkan sastera sebagai medium yang berupaya untuk
membentuk keperibadian manusia yang luhur.
PT3
(Dipetik dan diubah suai daripada

Pemindahan Maklumat
“Sastera dan Keberadaannya dalam Masyarakat”
oleh Hasan Baseri Budiman, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Jun 2016)

Antara peranan sastera terhadap peradaban manusia ialah sastera merupakan wahana pembangunan sahsiah umat manusia.

Selain itu, sastera mampu membentuk jiwa yang kental dalam menghadapi cabaran hidup. Seterusnya, sastera digolongkan

sebagai suatu bidang yang menjadi penjana ilmu pengetahuan. Bukan itu sahaja, sastera merupakan pembina moral dan pengasuh

keluhuran jiwa tanpa batasan. Di samping itu, sastera juga dicanangkan sebagai prasarana yang utuh terhadap pembentukan

tamadun manusia. Akhir sekali, peranan sastera berkait rapat sebagai wahana kejiwaan manusia tanpa batasan geografi dan

warna kulit.

151

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 151 02-Nov-21 11:48:07 AM


Praktis 3
Tema 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis
S.P 3.5.1
dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang risiko kerana
kekurangan tidur. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Tidur ialah aktiviti rutin dalam kehidupan manusia setelah seharian penat menjalankan berbagai-bagai
aktiviti. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, generasi muda semakin bercelaru waktu tidurnya. Ada
segelintir golongan pula tidak memperlihatkan aktiviti tidur sebagai perkara yang baik kepada diri mereka.
Kekurangan tidur sebenarnya mendatangkan banyak kesan buruk terhadap kesihatan kita. Kekurangan
tidur boleh mengurangkan keupayaan seseorang menangani stres dan ketahanan terhadap penyakit.
Seseorang yang bekerja pada siang hari tanpa tidur yang mencukupi pada waktu malam tidak mampu
berfikir atau fokus terhadap tugasan dengan baik. Impaknya, mereka sukar melakukan kerja dengan cekap
dan lambat memberikan respons sewaktu menyelesaikan masalah. Kurang tidur juga akan menyebabkan
seseorang itu sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang.
Selain itu, kekurangan tidur yang berlanjutan turut menganggu pembelajaran dan pengajaran di bilik
darjah. Murid akan menerima kesan yang nyata, termasuklah kelihatan lesu, tidak bertenaga dan tidak
bermaya sewaktu berada di dalam kelas. Selain menganggu pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah,
tindakan dan kelakuan remaja yang tidak mendapat tidur yang mencukupi akan berubah secara semula
jadi kerana gangguan emosi yang tidak stabil. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, remaja tersebut akan
hilang minat untuk bergaul. Kekurangan tidur akan menyebabkan sistem imun menjadi lemah dan mudah
dijangkiti selesema serta jangkitan lain seperti sakit tekak. Kadar fizikal seperti susut berat badan turut
akan kelihatan.Oleh itu, setiap orang patutlah mengamalkan tabiat tidur awal supaya kesihatan terjaga.

(Dipetik dan diubah suai daripada


“Kurang Tidur Boleh Membawa Maut”
oleh Nusaibah Kaab, Dewan Siswa, Mei 2016)
Pemindahan Maklumat

Antara risiko kerana kekurangan tidur boleh mengurangkan keupayaan seseorang untuk menangani stres dan ketahanan

terhadap penyakit. Selain itu, kekurangan tidur boleh menyebabkan seseorang itu tidak mampu berfikir atau fokus terhadap

PT3 tugasan dengan baik dan menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang. Di samping itu,
kekurangan tidur turut menganggu pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Seterusnya, tindakan dan kelakuan remaja

yang tidak mendapat tidur yang mencukupi akan berubah secara semula jadi kerana gangguan emosi yang tidak stabil.

Akhir sekali, kekurangan tidur akan menyebabkan sistem imun menjadi lemah dan mudah dijangkiti selesema serta

jangkitan lain.

152

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 152 02-Nov-21 11:48:07 AM


Praktis 4
Tema 13: Perindustrian
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis
S.P 3.5.1
dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan
industri perikanan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Industri perikanan merupakan satu daripada cabang sumber pendapatan negara. Antara sumbangan utama
industri perikanan ialah industri ini memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Rata-
rata penduduk tempatan yang tinggal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bekerja sebagai nelayan.
Pekerjaan sebagai nelayan dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Industri perikanan
juga memberikan sumbangan dengan mengalakkan tukaran mata wang asing untuk meningkatkan
pendapatan negara.
Ikan menjadikan penyumbang utama dalam industri perikanan. Ikan merupakan sumber protein
makanan rakyat tempatan. Oleh itu, industri perikanan penting untuk membekalkan sumber protein yang
paling murah dan dapat diterima oleh rakyat Malaysia. Menurut Perangkaan Bank Dunia, Malaysia telah
menghasilkan tangkapan sebanyak 800 000 tan metrik ikan setahun termasuk udang, ketam, kerang,
sotong dan hasil-hasil laut yang lain. Didapati 500 000 tan metrik daripada 800 000 tan metrik dihasilkan
di semenanjung Malaysia dan 300 000 tan metrik pula dari Sabah dan Sarawak. Anggaran ini telah
meletakkan negara kita di tempat ke-15 dalam senarai negara terkaya dengan sumber perikanan di dunia.
Sektor perikanan laut juga merupakan mata pencarian utama bagi penduduk di sekitar pantai. Lebih
kurang 112 754 orang nelayan terlibat dalam sektor penangkapan ikan di Malaysia pada tahun 1982.
Sebanyak 80 337 orang nelayan di Sabah dan 12 667 orang nelayan di Sarawak. Oleh itu, nelayan
di Malaysia mesti dilindungi daripada kemungkinan-kemungkinan yang akan dihadapi oleh mereka semasa
menjalankan tugas. Skim Perlindungan Nelayan telah melindungi nelayan yang mendapat kemalangan
atau kecederaan di mana-mana tempat di dunia.

PT3

Pemindahan Maklumat
Industri perikanan penting sebagai satu daripada cabang sumber pendapatan negara. Selain itu, industri perikanan boleh
memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita.

Seterusnya, industri perikanan juga dapat mengalakkan tukaran mata wang asing. Di samping itu, industri perikanan penting

untuk membekalkan sumber protein yang paling murah dan dapat diterima oleh rakyat Malaysia. Akhir sekali, industri

perikanan penting kerana merupakan mata pencarian utama bagi penduduk di sekitar pantai.

153

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 153 02-Nov-21 11:48:07 AM


Praktis 5
Tema 8: Subur Bahasa, Mekar Sastera
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis
S.P 3.5.1
dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang fungsi bahasa
Melayu. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Mengikut Indeks Keamanan Global 2012, Malaysia berada pada kedudukan ke-20 daripada 262 buah
negara yang diukur dari segi kestabilan politik, keamanan dan keharmonian hubungan etnik. Selepas
Pilihan Raya Umum ke-13, terdapat pandangan bahawa wujud polarisasi kaum di negara ini sehingga
terdapat usaha untuk menjalankan perdamaian atau perpaduan nasional. Dalam hal ini, bahasa Melayu
mampu berperanan sebagai wahana simbolik nasionalisme yang paling berkesan. Bahasa Melayu
bertindak sebagai alat pemersatu, selain berjaya menimbulkan kesedaran tentang indentiti pada peringkat
kebangsaan sejak kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman, mantan Perdana Menteri Malaysia pernah
menegaskan bahawa bahasa kebangsaan amat penting kepada sesebuah negara bangsa. Negara yang
tidak mempunyai bahasa kebangsaan merupakan negara yang tiada jiwa dan roh. Justeru, bahasa Melayu
berjaya memainkan peranan sebagai alat komunikasi utama, selain sebagai wadah yang mendukung
perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala bidang.
Sebagai sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan selama lebih setengah abad, Malaysia
masih lagi dalam proses membentuk keperibadiannya sebagai satu bangsa. Sehubungan itu, bahasa
Melayu berfungsi sebagai wadah untuk memupuk semangat kecintaan terhadap negara. Bahasa Melayu
juga menentukan ketahanan dan kemandirian bangsa Malaysia kita. Malah, bahasa Melayu berjaya
meruntuhkan tembok psikologi dan minda prejudis, diskriminasi, semangat kenegerian, kewilayahan
dan perkauman. Inilah kejayaan bahasa Melayu dalam mengisi erti kemerdekaan. Akta Pendidikan 1961
menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Penyata Razak
(1956) dan Penyata Rahman Talib (1960) telah menyatakan bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara. Tuntasnya, bahasa Melayu harus diperjuangkan
dan diletakkan sebagai bahasa saintifik serta diguna pakai dalam sistem pendidikan, pentadbiran malahan
dalam semua agenda negara.
Pemindahan Maklumat

Antara fungsi bahasa Melayu adalah sebagai wahana simbolik nasionalisme yang paling berkesan dan alat pemersatu.

PT3 Selain itu, bahasa Melayu berfungsi untuk menimbulkan kesedaran tentang identiti pada peringkat kebangsaan sejak
kemerdekaan dan sebagai alat komunikasi utama. Di samping itu, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai wadah yang

mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala bidang serta memupuk semangat kecintaan

terhadap negara. Seterusnya, bahasa Melayu dapat berfungsi untuk menentukan ketahanan dan kemandirian bangsa Malaysia

kita. Akhir sekali, bahasa Melayu juga dapat meruntuhkan tembok psikologi dan minda prejudis, diskriminasi, semangat

kenegerian, kewilayahan dan perkauman.

154

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 154 02-Nov-21 11:48:07 AM


Praktis 6
Tema 10: Sains dan Teknologi Pemacu Kemodenan
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis
S.P 3.5.1
dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kesan buruk
penggunaan telefon pintar. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Telefon pintar merupakan telefon mudah alih mempunyai sistem operasi yang membolehkan pengguna
melakukan pelbagai aplikasi seperti Android, Symbian dan sebagainya. Telefon pintar tidak dapat
dipisahkan dengan Internet. Tanpa Internet, telefon pintar tidaklah dapat dianggap pintar. Penggunaan
telefon pintar dalam seharian sudah semestinya banyak mendatangkan kesan yang baik kepada
pengguna namun turut memberikan kesan yang buruk kepada pengguna sekiranya telefon pintar tidak
digunakan dengan cara yang betul. Antara kesan negatif penggunaan telefon pintar ini termasuklah alatan
ini digunakan sepanjang masa bagi tujuan hiburan sehingga melekakan mereka. Aplikasi permainan yang
dimuat turun dalam telefon pintar dapat menyebabkan masa yang cukup berharga terbuang begitu sahaja
sekali gus hal ini menjejaskan prestasi pelajaran sekiranya tabiat ini tidak dibendung dengan segera.
Di samping itu, pengunaan telefon pintar tanpa kawalan dalam kalangan remaja juga boleh memberikan
kemudaratan, iaitu berleluasanya penyebaran gambar lucah atau pornografi dalam kalangan remaja.
Mengakses Internet menggunakan telefon pintar apabila disalahgunakan dapat menyumbang kepada
masalah keruntuhan akhlak dan seterusnya terdorong berlakunya gejala sosial khususnya dalam kalangan
remaja. Keterbatasan dalam komunikasi bersemuka juga berlaku sekiranya golongan remaja begitu
asyik akan telefon pintar. Keadaan ini memberikan impak negatif terhadap gaya hidup akibat daripada
kebergantungan pengguna, khususnya remaja terhadap telefon pintar. Oleh itu, masyarakat terutamanya
golongan remaja perlu bijak dalam menggunakan telefon pintar dengan cara yang betul. Ibu bapa juga
perlu menyelamatkan anak-anak muda daripada menjadi ketagih kepada telefon pintar agar mereka tidak
lalai dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang murid.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Demam Telefon Pintar”


oleh Hasmawani Muhammad, Dewan Siswa, September 2012) PT3

Pemindahan Maklumat
Antara kesan buruk telefon pintar ialah telefon pintar digunakan sepanjang masa bagi tujuan hiburan sehingga melekakan

mereka. Selain itu, telefon pintar juga boleh menyebabkan masa yang cukup berharga terbuang begitu sahaja. Di samping itu,

telefon pintar juga menjejaskan prestasi pelajaran. Kesan buruk telefon pintar yang seterusnya ialah penyebaran gambar lucah

atau pornografi dalam kalangan remaja berleluasa dan berlakunya masalah keruntuhan akhlak. Akhir sekali, telefon pintar juga

bolah menyebabkan masalah keruntuhan akhlak dan keterbatasan dalam komunikasi bersemuka juga berlaku.

155

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 155 02-Nov-21 11:48:07 AM


Rumusan
Panduan Menulis Rumusan
1 Petikan berfokus dan tiada ayat tugasan atau kata kunci.
2 Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 15 markah.
3 Rumusan mestilah ditulis antara 80 hingga 100 patah perkataan. Jika lebih, buat tanda palang dan garis
melintang selepas perkataan ke-100 dan baca hingga ayat itu berakhir.
4 Murid perlu menulis:
(a) Satu Idea Utama
(b) Enam Idea Sokongan
(c) Satu Penutup (Penutup mesti ada ayat cadangan dan ayat harapan. Jangan salin daripada petikan)
5 Tiada kata tugas daripada soalan dan murid perlu membina ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
6 Rumusan perlulah ditulis dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Kriteria Pemarkahan
Markah Isi (10 markah)

Isi Markah
1 Idea Utama 2
6 Idea Sokongan 6
1 Penutup 2
Jumlah 10
Bahasa 5
Keseluruhan 15

Markah Bahasa (5 markah)


Pemindahan Maklumat

Peringkat Markah Deskripsi

Cemerlang 04 – 05 • Bahasa baik dan lancar


• Ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis
• Wacana sesuai
PT3 • Ejaan dan tanda baca yang betul dan tepat

Baik 02 – 03 • Bahasa masih baik


• Masih guna ayat sendiri, pemilihan kata masih tepat, ayat masih
gramatis
• Wacana masih sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang masih betul

Memuaskan 01 • Bahasa kurang lancar


• Terdapat kesalahan dalam pengunaan ayat, pemilihan kata kurang
tepat, ayat kurang gramatis
• Wacana kurang sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang kurang tepat
• Menyalin petikan secara terpilih

156

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 156 02-Nov-21 11:48:07 AM


Praktis Berformat PT3
Praktis 1
Tema 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis
S.P 3.5.1
dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap individu menginginkan
tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah efektif untuk
mengekalkan tahap kesihatan memandangkan pelbagai jenis penyakit semakin berleluasa. Setiap orang
perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat berdasarkan piramid makanan. Tanpa makanan
secara sihat, mudahlah seseorang itu diserang penyakit. Untuk kekal sihat, seelok-eloknya seseorang
itu mengurangkan makanan berlemak. Pengurangkan makanan tinggi lemak dapat mencegah penyakit
berbahaya seperti penyakit jantung, obesiti dan tekanan darah tinggi. Setiap individu juga sepatutnya
menikmati pelbagai jenis makanan dengan kadar yang sederhana.
Bukan itu sahaja, lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian supaya tubuh
mendapat bekalan vitamin yang mencukupi. Aspek lain yang tidak wajar diabaikan tentang pengambilan
makanan ketika berhadapan dengan sajian ialah seseorang itu hendaklah bijak mengawal nafsu makan
tanpa menghabiskan semuanya apatah lagi sewaktu makan di luar. Tidak dapat dinafikan bahawa
terdapat sebilangan individu yang berusaha dengan sedaya upaya untuk menghabiskan makanan yang
dihidangkan akibat kemahuan menjamah makanan sukar dikekang. Di samping itu, seseorang individu
perlulah menjalani ujian saringan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali agar
tindakan awal dapat diambil sekiranya mengalami masalah kesihatan. Kita harus sedar gaya hidup yang
sihat ialah kunci utama kesejahteraan insan.
PT3

Pemindahan Maklumat
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Cara Pemakanan Berkhasiat Elak Penyakit”, Berita Harian, 2 Januari 2016)

Petikan membincangkan cara-cara untuk menjaga kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara cara untuk menjaga kesihatan ialah setiap orang perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat

berdasarkan piramid makanan. Selain itu, seseorang itu perlu mengurangkan makanan berlemak dan sepatutnya menikmati

pelbagai jenis makanan dengan kadar yang sederhana. Seterusnya, seseorang invividu hendaklah melebihkan makan buah-buahan

dan sayur-sayuran dalam diet harian supaya tubuh mendapat bekalan vitamin yang mencukupi dan mengawal nafsu makan tanpa

menghabiskan semuanya. Akhir sekali, seseorang individu juga perlulah menjalani ujian saringan kesihatan secara berkala.

Kesimpulannya, setiap individu hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat agar tidak diserang pelbagai jenis penyakit.

157

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 157 02-Nov-21 11:48:07 AM


Praktis 2
Tema 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis
S.P 3.5.1
dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Bidang sukan merupakan salah satu bidang terpenting di Malaysia. Aktiviti sukan mendatangkan manfaat
yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang
sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan melalui kerjasama dengan semua pihak terutamanya
ibu bapa. Ibu bapa boleh memberikan dorongan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak
mereka. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan yang lengkap dan sesuai, sudah pasti mereka akan lebih
bersemangat untuk bersukan.
Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak menceburi diri dalam bidang sukan dengan aktif.
Ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum
seperti sukan dan permainan kerana aktiviti sukan dapat menyihatkan dan mencergaskan badan mereka.
Di samping itu, anak-anak yang berbakat boleh digilap dan penyertaan mereka akan menjadi perhatian pihak
sekolah untuk ditingkatkan kepada tahap profesional. Oleh itu, ibu bapa perlulah memupuk minat anak-
anak sejak di bangku sekolah rendah. Sehubungan dengan itu, ibu bapa hendaklah menghantar anak-anak
ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara ini, anak-anak lebih bersemangat
untuk bergiat aktif dalam bidang tersebut kerana mendapat sokongan sepenuhnya daripada ibu bapa
mereka.
Dalam usaha menanam minat yang lebih dalam diri anak-anak, ibu bapa boleh membelikan anak-
anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Kesannya, anak-anak akan lebih berminat untuk
mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan tersebut dan berusaha untuk menceburinya dengan lebih
serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan melalui
majalah-majalah sukan tersebut, malah kejayaan ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah
akan menjadi idola dan pencetus serta motivasi kepada anak-anak menjadi ahli sukan yang berjaya.
Pemindahan Maklumat

Petikan membincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan.

Antara peranan ibu bapa ialah ibu bapa boleh membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa
PT3 juga boleh mengalakkan anak-anak menceburi diri dalam bidang sukan dengan aktif dan menasihati anak-anak agar
memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum. Di samping itu, ibu bapa perlulah memupuk minat anak-anak

sejak di bangku sekolah rendah. Seterusnya, ibu bapa hendaklah menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan

tersebut dijalankan. Akhir sekali, ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah memberikan perhatian terhadap bidang sukan agar mutu sukan dapat

dipertingkatkan.

158

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 158 02-Nov-21 11:48:07 AM


Praktis 3
Tema 11: Alam Anugerah Terindah
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis
S.P 3.5.1
dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Hutan paya bakau merupakan ekosistem yang paling produktif dan unik. Ekosistem hutan paya bakau
penting bagi industri perikanan. Ekosistem ini berfungsi sebagai kawasan pembiakan ikan serta
perlindungan bagi anak-anak ikan dan spesies kerang. Daun-daun di hutan paya bakau bukan sahaja
menapis cahaya matahari, malah menjadi makanan spesies marin yang lain apabila daunnya jatuh
ke dalam air dan terurai.
Kebanyakan hutan paya bakau di seluruh dunia berada di kawasan tropika. Malaysia antara sepuluh
buah negara yang mempunyai hutan paya bakau yang terbesar di dunia. Lumpur di kawasan hutan paya
bakau mampu untuk menyimpan nutrien dan membantu proses kitar semula karbon, nitrogen dan sulfur.
Hutan paya bakau juga merupakan habitat yang sesuai untuk burung membuat sarang. Hal ini dikatakan
begitu kerana hutan ini kaya dengan sumber makanan sama ada di dalam air atau di dalam lumpur,
di samping terlindung daripada pemangsa yang bersaiz besar. Ekosistem ini penting bagi burung hijrah
untuk mendapatkan bekalan makanan sebelum perjalanan dari Australia dan Kepulauan Pasifik ke China
dan Siberia diteruskan.
Daun mati, ranting, bunga dan akar kecil merupakan sumber makanan makrofauna seperti anak
ikan dan ketam. Hutan paya bakau bertindak juga sebagai nurseri untuk anak-anak ikan mendapatkan
perlindungan dan makanan. Berdasarkan kajian yang dilakukan, didapati bahawa hasil tangkapan ikan
dan udang berkadar secara positif dengan keluasan hutan paya bakau. Hal ini membuktikan bahawa
hutan ini amat penting dan perlu dipelihara bagi memastikan sumber makanan laut terus berkekalan.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Ekosistem Hutan Paya Laut di Malaysia”,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Dewan Kosmik, April 2015)
PT3

Pemindahan Maklumat
Petikan membincangkan kepentingan-kepentingan hutan paya bakau di negara kita.

Hutan paya bakau berfungsi sebagai kawasan pembiakan ikan serta perlindungan bagi anak-anak ikan dan spesies kerang.

Selain itu, daun-daun di hutan paya bakau bukan sahaja menapis cahaya matahari, malah menjadi makanan spesies marin yang

lain. Seterusnya, lumpur juga mampu untuk menyimpan nutrien dan membantu proses kitar semula karbon, nitrogen dan sulfur.

Hutan ini merupakan habitat yang sesuai untuk burung membuat sarang dan penting bagi burung hijrah untuk mendapatkan

bekalan makanan sebelum perjalanan dari Australia dan Kepulauan Pasifik ke China dan Siberia diteruskan. Akhir sekali, hutan

ini bertindak sebagai nurseri untuk anak-anak ikan mendapatkan perlindungan dan makanan.

Kesimpulannya, hutan paya bakau perlu dipelihara demi kepentingan sejagat.

159

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 159 02-Nov-21 11:48:07 AM


Praktis 4
Tema 13: Perindustrian
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis
S.P 3.5.1
dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Industri kraf tangan yang suatu masa dahulu dikenali sebagai perusahaan kampung serta membabitkan
golongan lelaki dan wanita di sesebuah kawasan desa merupakan kelangsungan pencarian rezeki
kehidupan secara turun-temurun. Industri kraf tangan seperti anyaman bakul, ukiran tangan dan membuat
wau bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan pengusaha kraf tangan malahan juga mampu menarik
kehadiran pelancong ke negara kita. Oleh itu, pelbagai usaha harus dijalankan untuk memajukan industri
kraf tangan di Malaysia. Pengusaha-pengusaha kraf tangan perlu mengubah sikap bahawa industri yang
diceburi oleh mereka bukan lagi industri warisan keluarga yang menjadi kebanggaan, namun dapat
membina satu bentuk kerjaya yang menjamin masa depan. Mereka perlu mengajarkan kemahiran-
kemahiran kraf tangan kepada generasi muda supaya golongan ini mampu melibatkan diri dalam industri
yang memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi ini. Penciptaan teknologi moden yang sesuai
diaplikasikan dalam industri kraf tangan ini banyak membantu menjadikan industri ini bersifat komersial.
Pembaharuan-pembaruan dalam bidang ini juga penting khususnya dari segi corak, susunan, bentuk
dan lain-lain agar hasil yang dikeluarkan lebih menarik, bersifat inovatif dan sesuai dengan perubahan
zaman. Pameran-pameran yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta sama ada di dalam atau
di luar negara banyak membantu kemajuan dalam industri kraf tangan ini. Pemikiran para pengusaha
kraf tangan ini perlu ditransformasikan supaya mereka lebih berani dan masa depan bidang ini lebih
cerah. Transformasi produk akan membantu penambahbaikan kualiti supaya lebih bersaing dalam mana-
mana pasaran sekalipun. Kesimpulannya, walaupun industri kraf tangan ini bermula dengan warisan yang
dilakukan secara kecil-kecilan namun industri ini mempunyai prospek yang cerah pada masa akan datang.

(Dipetik dan diubah suai daripada


“Tak Yakin Punca Pengusaha Kraf Gagal Bersaing”
Pemindahan Maklumat

oleh Mona Ahmad, Berita Harian, 10 Jun 2013)

Petikan membincangkan usaha-usaha memajukan industri kraf tangan.

PT3 Antara usaha memajukan industri kraf tangan ialah pengusaha-pengusaha kraf tangan perlu mengubah sikap bahawa

industri ini dapat membina satu bentuk kerjaya yang menjamin masa depan. Selain itu, mereka perlu mengajarkan

kemahiran-kemahiran kraf tangan kepada generasi muda dan penciptaan teknologi moden yang sesuai diaplikasikan dalam

industri kraf tangan ini. Di samping itu, pembaharuan-pembaruan dalam bidang ini dan pameran-pameran yang diadakan oleh

pihak kerajaan dan swasta juga penting. Seterusnya, pemikiran para pengusaha kraf tangan juga perlu ditransformasikan.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlulah bersama-sama memajukan industri kraf tangan di Malaysia agar industri

ini terus maju seiring dengan pembangunan negara.

160

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 160 02-Nov-21 11:48:07 AM


Praktis 5
Tema 12: Tuah di Bumi Permata
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis
S.P 3.5.1
dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Ilmu penyelidikan sering kali dikaitkan dengan dunia akademik di universiti tanpa meninjau kepentingannya
kepada seluruh warga usahawan. Usahawan sememangnya memerlukan maklumat terkini sebagai
panduan untuk mereka membina perancangan strategik yang lebih berkesan, membuat keputusan yang
tepat dan mendapatkan data untuk menyelesaikan masalah dengan bijak. Sehubungan itu, usahawan perlu
melaksanakan penyelidikan yang dapat membantu dalam perancangan perniagaan mereka sebagaimana
badan korporat yang telah melaksanakannya sebelum ini. Usahawan wajar mencari maklumat yang
berguna untuk membina strategi perniagaan mereka. Antara maklumat yang berguna tentang ilmu
pemasaran dan pengurusan adalah seperti mengenal pasti keperluan dan kemahuan pengguna, menilai
produk pesaing yang berada dalam pasaran, menilai penerimaan penggunaan pengguna terhadap produk
yang ingin dipasarkan, meneliti kejatuhan pasaran dan membina strategi baharu untuk menstrukturkan
perniagaan semula. Oleh itu, usahawan perlu mengkaji keperluan dan kemahuan pengguna serta lokasi
produk tersebut hendak dipasarkan.
Usahawan yang bijak perlu melakukan kajian dan tinjauan terhadap semua produk yang laris dalam
pasaran sebagai panduan atau perbandingan dengan produk mereka. Mereka juga perlu menetapkan
beberapa kriteria yang menggambarkan kelebihan produk tersebut daripada pesaing yang dapat dijadikan
sebagai ukuran untuk mengkaji penerimaan pengguna. Usahawan perlu mengenal pasti faktor yang
menyebabkan kejatuhan produk mereka dalam pasaran. Kajian tentang kekuatan dan kelemahan yang
terdapat dalam organisasi mereka boleh dijadikan panduan untuk membaiki dan meningkatkan pengurusan
organisasi ke arah yang lebih cekap dan berkesan. Seterusnya, usahawan juga perlu mengkaji peluang
dan ancaman perniagaan mereka dalam industri tersebut. Kesimpulannya, setiap individu berpeluang
untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-ciri keusahawanan yang ada pada
kebanyakan individu bukanlah dilahirkan secara semula jadi tetapi disebabkan oleh daya inisiatif yang PT3
tinggi serta keyakinan yang kuat terhadap kemampuan diri sendiri.

Pemindahan Maklumat
(Dipetik dan diubah suai daripada “Cabaran untuk Menjadi Usahawan Berjaya”
oleh Muhammad Abi Sofian Abdul Halim, Dewan Ekonomi, 2016)

Petikan membincangkan langkah-langkah untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Antara langkah untuk menjadi usahawan yang berjaya adalah dengan melaksanakan penyelidikan yang dapat

membantu dalam perancangan perniagaan. Selain itu, usahawan bukan sahaja wajar mencari maklumat yang berguna untuk

membina strategi perniagaan malah juga mengkaji keperluan dan kemahuan pengguna serta lokasi produk tersebut hendak

dipasarkan. Seterusnya, usahawan perlu melakukan kajian dan tinjauan terhadap semua produk yang laris dalam pasaran serta

menetapkan beberapa kriteria yang menggambarkan kelebihan produk tersebut daripada pesaing. Di samping itu, usahawan

perlu mengenal pasti faktor yang menyebabkan kejatuhan produk mereka dalam pasaran.

Kesimpulannya, usahawan yang berjaya perlu dilahirkan agar ekonomi negara bertambah maju.

161

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 161 02-Nov-21 11:48:07 AM


Praktis 6
Tema 7: Persaudaraan Tanpa Sempadan
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis
S.P 3.5.1
dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita sama ada di hadapan, di belakang, di kiri atau
di kanan. Jiran merupakan orang yang pertama menghulurkan bantuan apabila kita menghadapi kesusahan.
Namun begitu, pada realitinya masyarakat kini khususnya yang tinggal di bandar tidak mengenali jiran
mereka. Perkara ini berlaku disebabkan tuntutan hidup yang mencabar di bandar menjadikan masyarakat
sentiasa sibuk bekerja dan mencari rezeki demi keperluan diri dan keluarga. Setiap anggota masyarakat
sibuk dengan kerja dan tanggungjawab sehingga mereka tidak dapat meluangkan masa dengan jiran
tetangga. Hal ini diburukkan lagi dengan sikap masing-masing yang tidak mempedulikan antara satu sama
lain.
Nilai-nilai murni seperti menghormati orang lain dan berbaik-baik dengan jiran tetangga merupakan
nilai universal yang menyebabkan masyarakat majmuk di negara ini dapat hidup dalam keadaan aman dan
makmur. Perkara yang dikesalkan ialah kelunturan nilai-nilai murni ini yang menjadi sebab semangat dan
nilai kejiranan semakin terhakis. Selain itu, kos sara hidup yang tinggi di bandar-bandar besar menyebabkan
warga kota bekerja tanpa mengira siang atau malam yang mengakibatkan mereka kesuntukan masa
untuk bergaul atau bertegur sapa dengan jiran tetangga. Berbeza dengan zaman dahulu yang saling
memerlukan kerjasama antara mereka untuk mencari sesuap nasi seperti melakukan pekerjaan bercucuk
tanam, pertanian dan sebagainya.
Kawasan-kawasan perumahan moden hari ini berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan
menyebabkan wujudnya sekatan interaksi sesama jiran tetangga. Kebanyakan masyarakat moden
kini berinteraksi menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat tertentu tanpa bersemuka.
Reka bentuk dan halangan sebegini seolah-olah menggambarkan semangat kesediaan untuk menerima
kunjungan tetamu tidak wujud. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak sebab yang
menyebabkan kelunturan semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat.
Pemindahan Maklumat

Petikan membincangkan sebab-sebab semangat kejiranan semakin terhakis.

Semangat kejiranan semakin terhakis disebabkan tuntutan hidup yang mencabar di bandar menjadikan masyarakat

PT3 sentiasa sibuk bekerja demi keperluan diri dan keluarga. Di samping itu, mereka tidak dapat meluangkan masa dengan jiran
tetangga dan sikap masing-masing yang tidak mempedulikan antara satu sama lain. Seterusnya, kelunturan nilai-nilai murni

dan kesuntukan masa untuk bergaul atau bertegur sapa dengan jiran tetangga juga menjadi sebab semangat kejiranan semakin

terhakis. Selain itu, kawasan-kawasan perumahan moden hari ini berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan menyebabkan

wujudnya sekatan interaksi sesama jiran tetangga.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah mengutamakan semangat kejiranan agar kehidupan masyarakat bertambah

aman dan sejahtera.

162

08-Masteri BM KSSM Tg3 Pemdh Mklmt 3rd.indd 162 02-Nov-21 11:48:08 AM


Karangan Pendek
Kertas 2 (Bahagian A – Karangan Respons Terhad)

Panduan Menulis Karangan Pendek


1 Karangan hendaklah ditulis antara 50 hingga 80 patah perkataan sahaja.
2 Murid perlu menulis karangan berdasarkan idea yang diberikan sahaja.
3 Murid hanya perlu menggunakan idea yang diberikan untuk menghasilkan karangan dan menskor markah
cemerlang.
4 Bahan sudah mengandungi frasa yang membantu murid untuk membina ayat sendiri dan menghasilkan
karangan.
5 Periksa hingga 80 patah perkataan sahaja atau hingga ayat itu berakhir.

Kriteria Pemarkahan

Peringkat Markah Kriteria

Cemerlang 08 – 10 Idea
• Menggunakan keseluruhan idea berdasarkan bahan yang diberi
• Idea yang jelas dan matang
Bahasa
• Ayat gramatis
• Kosa kata luas dan tepat
• Ejaan dan tanda baca betul
• Penanda wacana betul
• Kesalahan bahasa yang minimum

Baik 05 – 07 Idea
• Menggunakan idea berdasarkan bahan yang diberi
• Idea yang jelas
Bahasa
• Ayat masih gramatis
• Kosa kata luas
• Ejaan dan tanda baca masih betul
• Penanda wacana masih betul
• Kesalahan bahasa yang masih minimum

Kurang 03 – 04 Idea
Memuaskan • Idea masih menggunakan bahan yang diberi
• Idea yang kurang jelas
Bahasa
• Ayat kurang gramatis
• Kosa kata terhad
• Kesalahan bahasa yang ketara

Penguasaan 01 – 02 Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah


Minimum

163

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 163 02-Nov-21 11:20:24 AM


Praktis Berformat PT3
Praktis 1 Tema 16: Mencapai Impian, Menuai Kejayaan

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.

Kriteria-kriteria untuk Temu Duga Kerjaya


• Keterampilan yang menarik • Kelayakan atau kemahiran yang setaraf
• Kemahiran berkomunikasi yang baik • Kekuatan mental dan emosi

Pemohon kerja perlu memiliki beberapa kriteria penting sebelum menghadiri temu duga. Pemohon kerja perlulah

mempunyai keterampilan yang menarik dengan berpakaian kemas dan sesuai dengan kerjaya yang dipohon. Selain itu,

mereka perlulah memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik sewaktu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Pemohon kerja juga perlu mempunyai kelayakan atau kemahiran yang diiktiraf dengan pekerjaan yang dipohon. Akhir sekali,

pemohon kerja perlulah mempunyai kekuatan mental dan emosi kerana pelbagai soalan yang diajukan bertujuan untuk melihat

ketahanan mental mereka. Kesimpulannya, sebelum menghadiri temu duga, kita perlulah membuat persediaan rapi.

Praktis 2 Tema 5: Dirgahayu Negaraku

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.

Semangat Patriotik Semakin Luntur dalam Kalangan Remaja

• Tiada didikan daripada ibu bapa


• Lebih mengagungkan budaya barat
• Pengaruh hiburan yang melampau
• Kurang kesedaran dan tanggungjawab
Karangan Pendek

Semangat patriotik merupakan asas pembinaan negara. Namun, semangat ini semakin pudar dalam kalangan remaja kerana

tiada didikan daripada ibu bapa kerana mereka lebih mementingkan material tanpa mendidik anak-anak sejak kecil. Selain itu,

PT3 remaja lebih mengagungkan budaya barat dan pengaruh hiburan yang melampau di negara kita. Di samping itu, remaja juga
kurang kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia. Mereka beranggapan bahawa semangat patriotik hanya

untuk negara yang dijajah dan hanya perlu dihayati oleh warga emas. Oleh itu, semangat patriotik perlu dipupuk dan

dihayati oleh masyarakat terutamanya golongan remaja.

164

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 164 02-Nov-21 11:20:24 AM


Praktis 3 Tema 10: Sains dan Teknologi Pemacu Kemodenan

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga
80 patah perkataan.

Minggu Teknologi Maklumat

Ceramah
Inovasi
Penutupan dan Pesta Jualan
Penyampaian Minggu Komputer
Hadiah
Teknologi
Maklumat
Pameran Reka
Pertandingan Cipta
Kuiz

Pada minggu lepas, sekolah saya telah mengadakan minggu teknologi maklumat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan.

Semua murid dikehendaki mengikuti ceramah inovasi. Pada hari kedua, pameran reka cipta diadakan dan semua kelas aliran Sains

diwajibkan menyertai pertandingan mencipta laman sesawang. Pada hari berikutnya, pertandingan kuiz juga diadakan berdasarkan

tingkatan. Pesta jualan komputer pula diadakan pada hari Khamis dengan mempromosikan barangan terkini dan menyediakan

khidmat membaiki komputer. Pada hari terakhir, majlis penutupan dan penyampaian hadiah diadakan.

Praktis 4 Tema 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.

Cara-cara Mengawal Penyakit Kronik

Pemeriksaan kesihatan Pemakanan seimbang Bersenam

PT3
Pengetahuan tentang penyakit kronik Kekuatan mental dan emosi
Karangan Pendek

Penyakit kronik amat berbahaya dan membimbangkan masyarakat di seluruh dunia. Kita perlu mengenal status kesihatan

diri dengan menjalankan pemeriksaan doktor secara berkala. Seterusnya, kita harus mengambil makanan seimbang untuk

keperluan tubuh badan dan menjalankan senaman agar pengaliran darah akan lancar. Pengetahuan tentang penyakit kronik juga

penting kerana dapat mengenali tanda-tanda awal dan dapat menimbulkan kesedaran diri untuk mendapatkan rawatan.

Akhir sekali, kekuatan mental dan emosi juga penting untuk menghadapi sebarang risiko yang bakal dihadapi.

165

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 165 02-Nov-21 11:20:24 AM


Praktis 5 Tema 1: Suluh Masa Depan

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.

Aktif dalam
kokurikulum

Bijak menguruskan Ciri-ciri Murid Dinamik dan


masa Cemerlang inovatif

Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan idaman dan impian setiap murid. Murid yang cemerlang merupakan

murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum dengan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah. Selain itu,

murid yang cemerlang harus menekankan ciri dinamik dan inovatif dalam menjalani rutin harian dengan melakukan

pembaharuan. Seterusnya, mereka bijak menguruskan masa bagi membolehkan segala kerja dan program yang dirancang

berjalan dengan lancar. Oleh itu, ciri-ciri yang positif perlu ada dalam diri murid agar dapat melahirkan murid yang cemerlang.

Praktis 6 Tema 13: Perindustrian

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.

Usaha-usaha Menggalakkan Pelancongan Domestik

Meningkatkan kualiti Pakej yang menarik Prasarana Budi bahasa yang


perkhidmatan dan berpatutan menarik unggul
Karangan Pendek

Pelancongan dianggap sebagai satu industri yang menguntungkan negara. Oleh itu, para pengusaha pelancongan perlu

meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Selain itu, pakej yang menarik dan berpatutan disediakan agar memberikan

PT3 kemudahan kepada pelancong dengan merancang percutian bersesuaian dengan bajet yang ada. Seterusnya, prasarana yang
menarik juga hendak disediakan. Budi bahasa yang unggul amat penting untuk mencerminkan keperibadian sesuatu bangsa.

Tuntasnya, impak daripada kemakmuran sektor pelancongan sudah pasti akan menguntungkan rakyat tempatan yang akan

menerima tempias limpahan rezekinya.

166

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 166 02-Nov-21 11:20:25 AM


Karangan Umum
Kertas 2 (Bahagian B – Karangan Respons Terbuka)

Panduan Menulis Karangan


1 Karangan hendaklah ditulis lebih daripada 180 patah perkataan.
2 Murid perlu memilih satu daripada tiga soalan yang diberikan.
3 Murid perlu menulis satu karangan sahaja.
4 Murid hanya menggunakan idea yang diberikan untuk menghasilkan karangan dan menskor markah
cemerlang.
5 Tema mesti sama dengan bahan rangsangan.
6 Penyoalan item berformat dan tidak berformat tidak terikat.
7 Penolakan ejaan sebanyak dua markah.
8 Jika salah format, murid tidak layak mendapat markah cemerlang.

Kriteria Pemarkahan

Peringkat Markah
Cemerlang 26 – 30
Kepujian 20 – 25
Baik 15 – 19
Kurang Memuaskan 10 – 14
Penguasaan Minimum 01 – 09

Peringkat Markah Deskripsi


Cemerlang 26 – 30 Idea
• Idea relevan dengan tugasan
• Huraian idea jelas, menarik dan matang
• Contoh yang sesuai
Bahasa
• Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis
• Penggunaan kosa kata luas dan tepat
• Ejaan dan tanda baca betul
• Kesalahan bahasa minimum
Pengolahan
• Pengolahan menarik, berkesan dan matang dengan pemerengganan yang
sesuai
• Format menepati kehendak tugasan
• Penggunaan penanda wacana tepat
• Penggunaan ungkapan menarik, tepat dan berkesan seperti peribahasa/
pantun/cogan kata/frasa yang menarik

167

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 167 02-Nov-21 11:20:25 AM


Peringkat Markah Deskripsi
Kepujian 20 – 25 Idea
• Idea relevan dengan tugasan
• Huraian idea jelas dan menarik
• Contoh yang sesuai
Bahasa
• Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis
• Penggunaan kosa kata luas
• Ejaan dan tanda baca yang betul
• Kesalahan bahasa minimum
Pengolahan
• Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai
• Format menepati kehendak tugasan
• Penggunaan penanda wacana sesuai
• Penggunaan ungkapan sesuai dan berkesan seperti peribahasa/pantun/
cogan kata/frasa yang menarik
Baik 15 – 19 Idea
• Idea masih relevan dengan tugasan
• Huraian idea masih jelas dan masih menarik
• Contoh yang masih sesuai
Bahasa
• Penggunaan ayat masih bervariasi dan masih gramatis
• Penggunaan kosa kata masih luas
• Ejaan dan tanda baca masih betul
• Kesalahan bahasa masih minimum
Pengolahan
• Pengolahan masih menarik dan masih berkesan dengan pemerengganan
yang masih sesuai
• Format masih menepati kehendak tugasan
• Penggunaan penanda wacana masih sesuai
Kurang 10 – 14 Idea
Memuaskan • Idea kurang relevan dengan tugasan
• Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik
• Tiada contoh atau contoh kurang sesuai
Bahasa
• Penggunaan ayat kurang bervariasi dan kurang gramatis
• Penggunaan kosa kata terhad
• Kesalahan bahasa ketara
Pengolahan
• Pengolahan kurang menarik, kurang berkesan dan pemerengganan yang
kurang sesuai
• Format kurang menepati kehendak tugasan
• Penggunaan penanda wacana kurang sesuai
Karangan Umum

Penguasaan 01 – 09 • Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan kemahiran menulis


Minimum yang lemah
• Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak menepati kehendak soalan/
terpesong
PT3

168

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 168 02-Nov-21 11:20:25 AM


Praktis Berformat PT3
Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Karangan Jenis Perbincangan/Pendapat Tema 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa

Masyarakat harus menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan alam sekelilingnya. Suasana kehidupan yang
bersih membolehkan kita hidup dengan sejahtera dan harmoni.
Huraikan langkah-langkah yang harus dilakukan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri.

Rangka Karangan

Pendahuluan Amalan gaya hidup sihat merupakan amalan penting dalam kehidupan seharian

Isi 1 Melakukan aktiviti senaman secara berkala

Isi 2 Mengamalkan pemakanan yang seimbang

Isi 3 Menjaga kebersihan tempat tinggal

Penutup Penjagaan kesihatan perlu diletakkan sebagai keutamaan dalam kehidupan rutin

Amalan gaya hidup sihat memainkan peranan yang signifikan dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Kadar kesihatan

dalam kalangan rakyat Malaysia juga berada pada tahap yang membimbangkan dengan mengambil contoh terdapat sebanyak

117 387 kes kematian yang berpunca daripada masalah kesihatan dan perubatan telah direkodkan pada tahun 2018.

Berdasarkan laporan Perangkaan Sebab Kematian Malaysia pada tahun 2019, jumlah bilangan kes kematian yang berpunca

daripada penyakit jantung iskemik telah meningkat sebanyak 35.3 peratus berbanding dengan statistik pada tahun 2017.

Lantaran itu, kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan dan kebersihan dalam kehidupan seharian

harus ditingkatkan supaya kualiti kehidupan sentiasa terpelihara.

Antara langkah yang boleh diambil untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri ialah kita perlu melakukan aktiviti senaman

secara berkala dalam kehidupan seharian. Aktiviti senaman boleh meningkatkan kecergasan fizikal kita agar sentiasa kekal

bertenaga semasa melakukan aktiviti kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, aktiviti senaman juga dapat mempercepat proses

pemulihan daripada penyakit dan tekanan mental. Kecerdasan minda harus dijaga untuk mengelakkan diri kita daripada

mengalami penyakit mental seperti masalah kemurungan. Senaman secara berkala dan konsisten dapat mengurangkan stres dalam

diri dan kita harus menjadikan aktiviti ini sebagai rutin sepanjang hayat.
PT3
Selain itu, amalan pemakanan yang seimbang juga penting sebagai langkah untuk menjaga kesihatan diri kita. Pemakanan
Karangan Umum

yang betul dan seimbang dapat memastikan sistem ketahanan dalam tubuh badan kita kekal aktif untuk melindungi tubuh badan

kita daripada serangan bakteria atau virus yang berbahaya. Dalam kehidupan seharian, kita perlu mengelakkan diri kita daripada

169

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 169 02-Nov-21 11:20:25 AM


mengambil makanan secara berlebihan dan makanan yang tidak berkhasiat. Makanan ringan yang mempunyai kandungan gula,

garam dan pengawet yang tinggi juga perlu dikurangkan. Sistem ketahanan ialah komponen yang mustahak untuk menjaga diri

kita daripada ancaman penyakit yang berbahaya.

Seterusnya, kebersihan di sekitar kawasan tempat tinggal kita juga perlu dijaga dengan tertib. Setiap individu mesti menyemai

sikap bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekeliling di dalam jiwa mereka. Sebagai contohnya, aktiviti bergotong-

royong untuk membersihkan kawasan perumahan perlu dilaksanakan agar keadaan hidup kita sentiasa sihat, bersih dan sejahtera.

Amalan penjagaan kebersihan tangan juga adalah antara cara yang efektif bagi mengurangkan penularan penyakit berjangkit.

Dengan usaha yang berterusan dan disiplin daripada setiap orang individu, pastinya persekitaran hidup kita dapat kekal bersih

dan mesra alam, malah diri kita dapat terhindar daripada pelbagai jenis ancaman penyakit berbahaya.

Kesimpulannya, masyarakat Malaysia harus berpegang pada komitmen kendiri dalam menjaga kebersihan dan kesihatan diri

supaya masyarakat yang bersih dan sihat dapat dibentuk. Mahatma Gandhi berkata, “kesihatan ialah kekayaan sejati, bukan emas

atau perak”. Mesej ini jelas menunjukkan bahawa penjagaan kesihatan perlu diletakkan sebagai keutamaan dalam kehidupan rutin

agar kita dapat menjalani kehidupan yang sihat dan ceria. Semua pihak yang bertanggungjawab tidak boleh memandang enteng

terhadap isu kesihatan dan kebersihan dalam negara.


Karangan Umum

PT3

170

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 170 02-Nov-21 11:20:25 AM


Karangan Jenis Syarahan/Perbahasan/Ceramah Tema 1: Suluh Masa Depan

Seseorang itu perlu sentiasa berdisiplin untuk berjaya dalam kehidupan. Sebagai seorang guru kaunseling
di sekolah, anda dikehendaki memberikan ceramah tentang kepentingan mempraktikkan nilai disiplin diri dalam
kalangan murid.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

Rangka Karangan
Mengambil inisiatif untuk membentuk disiplin diri murid agar memperoleh pencapaian yang
Pendahuluan
membanggakan dalam akademik

Isi 1 Murid yang berdisiplin akan menetapkan matlamat hidup

Isi 2 Melahirkan penampilan diri yang unggul

Isi 3 Menghindarkan diri daripada terjerat dalam kancah gejala negatif

Penutup Setiap kejayaan dalam kehidupan pasti bermula dengan usaha diri yang konsisten dan berdisiplin

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, guru-guru

dan murid-murid sekalian.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

Pada masa ini, rencaman masalah sosial masih berleluasa dalam kalangan murid sekolah. Persoalan segera terlintas dalam

gawang minda. Mengapakah keadaan sebegini tercetus dan masih tidak dapat diatasi secara menyeluruh? Dalam hal ini, kita perlu

mengambil inisiatif untuk membentuk disiplin diri murid agar mereka mampu memperoleh pencapaian yang membanggakan

dalam akademik kerana disiplin teras kejayaan. Oleh itu, kepentingan mempraktikkan nilai disiplin diri dalam kalangan murid

perlu kita ketahui.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa disiplin diri mampu memimpin kita menuju ke arah kejayaan dan kecemerlangan

dalam kehidupan. Seseorang yang mengamalkan nilai disiplin diri akan memiliki kehidupan yang sistematik dan terancang.

Murid yang berdisiplin juga akan menetapkan matlamat hidup yang diimpi-impikan oleh mereka dan berusaha ke arah

merealisasikan matlamat itu. Nilai disiplin diri amat penting untuk membudayakan murid yang cemerlang dalam pelbagai aspek

seperti akademik dan sahsiah diri. Murid yang berdisiplin akan mengecapi kejayaan yang membanggakan dan menjadi permata

di mata guru dan ibu bapa.


PT3
Karangan Umum

Hadirin yang saya muliakan,

Selain itu, disiplin yang baik boleh melahirkan penampilan diri yang unggul dan kemas. Murid yang berdisiplin sentiasa

171

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 171 02-Nov-21 11:20:25 AM


berketerampilan dan basa-basi dalam pertuturannya. Dengan adanya disiplin diri yang utuh, murid akan memastikan pemakaian

mereka sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih. Penampilan diri yang baik akan melahirkan imej yang positif di depan

khalayak ramai. Bukan itu sahaja, seseorang yang sentiasa menjaga pertuturannya juga disegani orang ramai supaya tidak

menyinggung perasaan orang lain. Kita perlu mengambil iktibar daripada peribahasa Melayu, kerana mulut badan binasa.

Oleh itu, kecemerlangan diri seseorang dapat dibuktikan melalui disiplin diri yang baik.

Di samping itu, disiplin mampu menghindarkan diri daripada terjerat dalam kancah gejala negatif. Murid yang mempunyai

disiplin diri yang utuh tidak mudah terpengaruh dengan budaya negatif yang boleh merosakkan masa depan dirinya.

Contohnya, murid-murid akan mempunyai kebijaksanaan untuk membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang

buruk, malah tidak mudah mengikut jejak kelakuan atau tingkah laku yang tidak baik dalam kalangan murid yang bermasalah

di sekolah. Pemupukan nilai disiplin diri dalam kalangan murid amat penting untuk membendung masalah disiplin di sekolah

daripada terus berleluasa agar murid juga bebas daripada belenggu gejala sosial.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya ingin menegaskan bahawa disiplin diri memainkan peranan yang

signifikan dalam melahirkan murid yang cemerlang dalam pelbagai aspek. Berkat disiplin diri yang utuh, seseorang itu akan

menjadi lebih berketerampilan, bersopan santun dan penuh iltizam dalam menjayakan setiap perkara dalam kehidupannya.

Setiap kejayaan dalam kehidupan pasti bermula dengan usaha diri yang konsisten dan berdisiplin. Ibu bapa juga perlu sentiasa

memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat sebarang

kesilapan semasa menyampaikan ceramah hari ini.

Sekian, terima kasih.


Karangan Umum

PT3

172

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 172 02-Nov-21 11:20:25 AM


Karangan Jenis Cereka/Gambaran/Keperihalan Tema 4: Waspada Selalu!

Tulis sebuah karangan cereka yang berakhir dengan ayat berikut.


…, namun aku berasa lega dan bangga kerana sekurang-kurangnya aku telah berbakti.

Rangka Karangan

Pendahuluan Kelihatan orang ramai berkerumun di tebing sungai

Isi 1 Ibu bertanya tentang arah tuju

Isi 2 Bergegas ke tempat kejadian

Isi 3 Keadaan di sekitar tempat kejadian

Isi 4 Tindakan berani untuk menyelamatkan mangsa

Penutup Tiada pasti sama ada mangsa masih hidup atau tidak, sekurang-kurangnya aku telah berbakti

Pada waktu petang, orang ramai dilihat berkerumun di tebing sungai seperti ada perkara yang kurang menyenangkan hati

telah terjadi. Pada ketika itu, aku sedang membantu ibu membersihkan halaman rumah dengan menyapu daun kering yang

berguguran dari pohon angsana. Aku meletakkan penyapu lalu bergegas menuju ke lokasi sungai yang tidak jauh dari rumah.

Banyak persoalan lekas timbul di gawang minda aku, tertanya-tanya apakah kejadian sebenar yang berlaku di sekitar kawasan

tebing sungai.

Emak sempat bertanya kepada aku mengenai arah tuju aku setelah menangguhkan kerja menyapu daun kering di halaman

rumah. Aku berhenti melangkah dan menoleh ke arah emak yang berdiri di anjung lalu menjawab, “Saleh ke tempat orang

berkumpul di kawasan tebing sungai, mak!”.

Emak dengan nada yang tegas menegur aku supaya menyiapkan kerja menyapu dahulu sebelum ke mana-mana tempat lain.

Kata emak, orang yang suka menangguh kerja ialah orang yang malas dan tabiat buruk ini harus dibuang. Aku merenung seketika.

Namun, hati aku tetap teringin untuk mengetahui kejadian yang telah berlaku di tebing sungai. Dengan rasa serba salah, aku

meminta maaf kepada emak lalu meneruskan perjalanan ke tebing sungai. Aku berjanji kepada emak akan pulang ke rumah

sebelum waktu senja.

Sesudah tibanya aku di tempat kejadian, aku melihat orang ramai berkumpul di sekitar kawasan tebing sungai. Suara jeritan

dan tangisan mengisi suasana di tempat kejadian. Seorang wanita tua menjerit ketakutan sambil meminta bantuan daripada PT3
Karangan Umum

orang-orang di sekeliling. Baru aku tahu, rupa-rupanya ada orang terjatuh ke dalam sungai. Ada orang menuding ke arah sungai

yang airnya deras dan ada juga beberapa orang yang lain sedang menyelam air sungai untuk mencari mangsa itu.

173

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 173 02-Nov-21 11:20:25 AM


Aku bertanya kepada salah seorang pak cik yang sedang berjaga di tebing sungai. “Siapakah yang terjatuh ke dalam sungai,

pak cik?”

“Kalau tak silap, budak perempuan yang baru berumur 10 tahun, namanya Zaleha,” jawab pak cik itu.

Aku terkejut mendengar jawapan pak cik itu. Rupa-rupanya jiran aku, Zaleha yang sememangnya rapat dengan aku ialah

mangsa kejadian ini. Ketika memandang ke arah sungai, air sungai begitu deras sekali dan keadaan ini berbahaya kepada sesiapa

yang cuba untuk masuk ke dalam air sungai untuk mencari Zaleha. Dalam hatiku yang resah, aku berdoa agar Zaleha masih

hidup dan sempat untuk aku menyelamatkannya.

Setelah berfikir sejenak, aku menanggalkan baju kemeja, lantas terjun ke dalam sungai untuk mencari Zaleha. Orang ramai

terkejut dengan perbuatan aku yang agak terburu-buru itu. Terdengar beberapa orang kampung yang menjerit dengan kuat,

memesan kepada aku agar berhati-hati ketika berenang di sungai. Pada saat itu, tiada apa-apa yang boleh aku harapkan selain

dapat mencari Zaleha. Agak mustahil apabila ada orang mengatakan bahawa Zaleha telah tenggelam ke dasar sungai

kerana air sungai pada ketika itu amat deras. Aku berenang ke titi sungai lalu menyelam. Meskipun mataku pedih tetapi aku

bertahan dengan kepedihan itu dengan harapan aku akan menjumpai Zaleha.

Tiba-tiba aku ternampak sesusuk tubuh lalu aku memegangnya dengan kedua-dua belah tangan dengan kuat dan rapat. Aku

menarik tubuh Zaleha ke tepi tebing. Sampai di permukaan, aku menarik nafas dengan perlahan-lahan, merehatkan diri aku yang

telah lemah dan kurang berdaya di bawah pohon yang rendang. Beberapa orang pemuda mencapai Zaleha. Ibu Zaleha segera

menuju ke tempat Zaleha baring dan cuba mengejutkan Zaleha yang ternyata dalam keadaan lemas.

Aku tidak pasti sama ada Zaleha masih hidup atau tidak, namun aku berasa lega dan berbangga kerana

sekurang-kurangnya aku telah berbakti.


Karangan Umum

PT3

174

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 174 02-Nov-21 11:20:25 AM


Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi Tema 9: Indah Seni, Endah Budaya

Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda bercadang untuk mengadakan lawatan rasmi ke sebuah kilang batik.
Sebagai setiausaha persatuan tersebut, anda diminta untuk menulis surat kepada pihak berkenaan bagi
mendapatkan kebenaran mengadakan lawatan.
Tulis surat itu selengkapnya.

Rangka Karangan

Pendahuluan Permohonan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Kilang Batik Seri Indah

Tujuan lawatan adalah untuk meningkatkan pengetahuan ahli persatuan terhadap industri batik
Isi 1
di Malaysia

Isi 2 Agenda memelihara seni warisan tempatan

Isi 3 Butiran maklumat mengenai lawatan rasmi tersebut

Isi 4 Cadangan aktiviti yang dijalankan di kilang batik

Lawatan rasmi ini dapat membawa manfaat kepada murid – memohon agar diberikan kelulusan untuk
Penutup
mengadakan lawatan rasmi tersebut

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bestari

86200 Simpang Renggam,


Johor Darul Takzim.

Encik Zulfikri Zamir

Pegawai Pengurusan,

Kilang Batik Seri Indah,

Kampung Binjai,

16150 Kota Bharu,

Kelantan Darul Naim. 20 Mei 20__.

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Rasmi ke Kilang Batik Seri Indah

PT3
Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bestari
Karangan Umum

ingin memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan ke Kilang Batik Seri Indah.

175

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 175 02-Nov-21 11:20:25 AM


2. Tujuan lawatan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan ahli persatuan terhadap industri batik di Malaysia.

Secara umumnya, seni batik merupakan akar budaya yang menjadi identiti bangsa Malaysia dan industri batik di Malaysia

dirintis oleh Su Ishak di Kelantan pada tahun 1911. Oleh itu, lawatan ini penting untuk memberikan pendedahan lanjut kepada

ahli persatuan kami tentang tanggungjawab warga Malaysia dalam memartabatkan seni batik dalam negara. Kami juga berhasrat

untuk menimba pengalaman dan pengetahuan baharu daripada lawatan tersebut.

3. Kami difahamkan bahawa Kilang Batik Seri Indah merupakan antara kilang perusahaan batik yang terkenal dalam kalangan

masyarakat tempatan di negeri Kelantan. Kami juga sedar bahawa agenda untuk memelihara seni warisan tempatan khususnya

seni batik bukanlah suatu yang mudah. Kilang Batik Seri Indah juga sentiasa bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan

Kraftangan dan Perbadanan Kemajuan Luar Malaysia untuk mengembalikan keagungan seni batik di Malaysia. Berkat kemahiran,

pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh pihak Kilang Batik Seri Indah, kami yakin dan percaya bahawa lawatan ini

pasti dapat membuka mata ahli persatuan kami dan menghayati keindahan warisan tradisi ini.

4. Bersama-sama ini, saya sertakan butiran maklumat mengenai lawatan rasmi tersebut:

Tarikh : 20 Jun 20__

Masa : 11:00 pagi

Bilangan murid : 35 orang

Bilangan guru : 3 orang

5. Antara cadangan aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi slot dalam lawatan ini ialah penyampaian taklimat tentang

operasi dan proses menghasilkan kain batik di kilang. Seterusnya, kami berharap agar diberikan peluang untuk melihat sendiri

cara penghasilan dan pengeluaran produk kain batik. Ahli persatuan kami juga tertarik untuk melukis corak batik dengan

cara mencanting.

6. Kami sentiasa bersedia untuk mematuhi sebarang syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kilang batik

mengenai lawatan tersebut. Lawatan ini pasti akan membawa banyak manfaat kepada kami terutamanya dari segi mengenali

keindahan seni batik yang sememangnya merupakan khazanah yang tidak ternilai bagi tanah air kita ini. Tanggungjawab untuk

memelihara warisan tradisi dalam negara merupakan tanggungjawab setiap warganegara yang perlu diusahakan secara kolektif

agar kewibawaan bangsa Malaysia dapat ditampilkan, khasnya melalui industri batik tempatan.
Karangan Umum

7. Kesudian pihak tuan untuk mempertimbangkan permohonan kami ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan

terima kasih.
PT3

176

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 176 02-Nov-21 11:20:25 AM


Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Ilham Ramli
(ILHAM BIN RAMLI)

Setiausaha,

Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bestari.

PT3
Karangan Umum

177

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 177 02-Nov-21 11:20:25 AM


Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi Tema 8: Subur Bahasa, Mekar Sastera

Anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan pena anda yang ingin mengetahui tanggungjawab rakyat
Malaysia dalam memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Balas surat rakan anda selengkapnya.

Rangka Karangan

Pendahuluan Cabaran kerja yang dihadapi oleh seorang jurubahasa

Peranan bahasa kebangsaan dalam memelihara perpaduan dan keharmonian negara serta kemapanan
Isi 1
identiti nasional

Isi 2 Sukatan pelajaran harus memfokuskan dasar untuk memartabatkan bahasa kebangsaan

Isi 3 Bahasa kebangsaan sebagai medium komunikasi antara satu sama lain

Isi 4 Peranan akhbar perdana bahasa Melayu dalam memperkasakan bahasa kebangsaan

Penutup Kita harus berpijak di bumi yang nyata dengan mempertahankan bahasa kebangsaan

A-3200, Jalan Alor Akar,

25250 Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

27 Mei 20__.

Untuk sahabatku, Kai Ling yang kini berada di Taiping, Perak. Semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping

keluarga tersayang. Saya bersama-sama keluarga di sini hidup sihat dan ceria.

Sahabatku,

Bertemu lagi kita di lembaran ini. Saya difahamkan bahawa Kai Ling kini sedang berkhidmat di sebuah syarikat penerbitan

sebagai jurubahasa. Saya pasti cabaran kerja yang sedang dihadapi oleh Kai Ling merupakan pengalaman yang baharu.

Tugas sebagai seorang jurubahasa juga tidak mudah kerana kerja menterjemah, menulis dan mentafsir bahan penulisan

memerlukan komitmen dan dedikasi yang jitu dan serius agar penghasilannya bermutu. Begitu juga, Kai Ling perlu sedar akan

kepentingan mempertahankan dan memelihara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita.

Tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang jurubahasa amat besar sekali.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan secara jelas telah termaktub di bawah peruntukan Perkara 152
Karangan Umum

Perlembagaan Persekutuan sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada

16 September 1963. Kemajmukan yang terdapat dalam kalangan masyarakat di Malaysia dari segi agama, kaum dan budaya telah

PT3 menjadi satu cabaran kepada setiap warganegara dalam memelihara perpaduan dan keharmonian negara serta kemapanan identiti

178

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 178 02-Nov-21 11:20:25 AM


nasional. Bahasa Melayu pula menjadi alat penyatuan yang berfungsi untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia dan hidup

di bawah satu bumbung yang merdeka dan damai.

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sukatan pelajaran harus memfokuskan dasar memartabatkan bahasa kebangsaan terutamanya perihal penggubalan sukatan

pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Murid-murid perlu diberikan pendedahan yang lebih berfokus dan efektif dalam

pembelajaran bahasa Melayu supaya minat terhadap bahasa dapat dipupuk dan meresap ke dalam sanubari mereka. Aktiviti atau

program bahasa perlu dianjurkan pada peringkat institusi, agensi dan kementerian untuk menggalakkan penyertaan secara aktif

dalam kalangan murid. Agenda ini tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama dan komitmen daripada semua pihak

yang bertanggungjawab kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Selain itu, saranan secara berterusan perlu disampaikan kepada setiap warganegara agar sentiasa menggunakan bahasa

kebangsaan sebagai medium komunikasi antara satu sama lain. Orang ramai perlu digalakkan untuk bertutur secara lazim dalam

bahasa Melayu dan bersama-sama mengamalkan budaya, seni dan adat istiadat Melayu seperti cara berpakaian supaya dapat lebih

menghayati keindahan bahasa itu. Contohnya, walaupun bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa rasmi yang wajib

digunakan dalam agensi kerajaan tetapi kepatuhan terhadap dasar kerajaan ini masih dipertikaikan oleh pelbagai pihak sehingga

hari ini. Secara dasarnya, hasrat ini hanya boleh direalisasikan seandainya semua pihak menunaikan obligasi masing-masing

dengan disiplin perihal penggunaan bahasa Melayu di tempat bekerja. Penggunaan bahasa Melayu bagi tujuan urusan rasmi juga

secara tidak langsung akan memperkasakan identiti nasional di negara kita.

Bahasa bersifat dinamik dan sentiasa berkembang mengikut zaman. Oleh itu, akhbar perdana bahasa Melayu juga perlu lebih

agresif, sistematik dan berada di barisan hadapan dalam memperkasakan bahasa Melayu. Penerbitan artikel berita perlu

menggunakan bahasa Melayu standard agar para pembaca dapat menguasai penggunaan bahasa Melayu yang betul melalui

pembacaan berita yang terpampang di dada akhbar. Akhbar juga merupakan wadah penyebaran yang berkesan untuk menimbulkan

kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang tanggungjawab masing-masing untuk mempertahankan martabat bahasa

Melayu. Penyiaran artikel dalam kolum akhbar yang mengutamakan isu kebahasaan perlu diperbanyak agar dapat menarik

perhatian para pembaca.

Semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meningkatkan darjat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara

kita. Kita harus berpijak di bumi yang nyata dengan mempertahankan bahasa kebangsaan supaya bahasa Melayu kekal nirmala

dalam mata setiap warganegara. Kita tidak boleh sesekali membenarkan bahasa itu disisihkan kerana hilang bahasa, lenyap

bangsa. Bahasa sememangnya mencerminkan tinggi atau rendah kedudukan sesuatu bangsa itu. Sekian sahaja coretan saya pada

kali ini. Saya berharap agar Kai Ling dapat memperoleh manfaat setelah membaca perkongsian saya pada kali ini. Semoga kita
PT3
dapat berjumpa lagi pada coretan yang akan datang. Sekian, terima kasih.
Karangan Umum

Ikhlas daripada sahabatmu,

Hasmadi

179

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 179 02-Nov-21 11:20:25 AM


Karangan Umum

PT3

180

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 180 02-Nov-21 11:20:25 AM


Karangan Jenis Berita Tema 10: Sains dan Teknologi Pemacu Kemodenan

Tulis sebuah berita mengenai kesan-kesan perkembangan sains dan teknologi.

Rangka Karangan

Pendahuluan Sains dan teknologi kini telah menjadi nadi kehidupan moden dan kemakmuran ekonomi negara

Isi 1 Memudahkan komunikasi atau perhubungan sesama manusia

Isi 2 Memajukan bidang perubatan

Isi 3 Kawalan terhadap penggunaan sains dan teknologi melalui undang-undang dan peraturan

Memantau penggunaan sains dan teknologi agar tidak membawa sebarang kemudaratan kepada
Isi 4
masyarakat dan negara

Penutup Semua pihak perlu berganding bahu dalam membangunkan sains dan teknologi

Putrajaya, 30 Jun 20__: “Sains dan teknologi kini telah menjadi nadi kehidupan moden dan kemakmuran ekonomi negara,”

kata Encik Sulaiman Ishak, seorang pegawai tadbir di Pusat Sains Negara. Dunia kita sedang berada dalam era sains dan

teknologi dengan menyaksikan perkembangan yang sungguh pesat dalam bidang ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan

Matematik (STEM). Kualiti kehidupan manusia juga dapat dipertingkatkan dengan penghasilan pelbagai peralatan dan

kemudahan yang berteknologi tinggi, canggih dan moden. Sesungguhnya, kemajuan dalam bidang ini telah berjaya

mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia.

Sains dan teknologi merupakan wadah yang penting untuk memudahkan komunikasi atau perhubungan sesama manusia.

Contohnya, kemudahan Internet yang dibekalkan oleh syarikat telekomunikasi pada hari ini seolah-olah telah menjadi satu

keperluan mustahak bagi setiap individu untuk berhubung antara satu sama lain secara maya. Penggunaan Internet membolehkan

kita berhubung dengan sesiapa sahaja di setiap pelosok dunia menerusi peranti elektronik. Internet perlu digunakan secara

sederhana agar kita dapat memaksimumkan kebaikan yang dibawa olehnya perihal perhubungan dan komunikasi.

Bidang perubatan turut semakin berkembang dan maju ekoran kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Tidak dapat

kita nafikan bahawa kemajuan dalam bidang perubatan pastinya dapat menyelamatkan banyak nyawa manusia yang diancam

oleh penyakit kronik yang berbahaya seperti barah, sakit jantung dan strok. Contohnya, penciptaan mesin ekokardiografi

dapat membantu doktor perubatan melakukan pemeriksaan jantung pesakit. Mesin ini dapat mendiagnosis keadaan jantung PT3
Karangan Umum

pesakit dengan berkesan. Oleh itu, sains dan teknologi dalam bidang perubatan membolehkan pegawai perubatan mendiagnosis

penyakit dengan ketepatan yang tinggi sekali gus mengubati para pesakit.

181

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 181 02-Nov-21 11:20:25 AM


Namun begitu, sesuatu yang baik pasti ada buruknya. Menurut Dr. Izuddin Shahril, seorang penyelidik swasta dalam bidang

sains dan teknologi, teknologi canggih yang direka cipta oleh manusia yang bijak pandai dalam bentuk berbagai-bagai jenis

peranti, peralatan dan jentera kompleks perlu dikawal dengan penetapan peruntukan peraturan dan undang-undang yang ketat

supaya tidak disalah guna oleh sesetengah kelompok manusia yang berniat jahat. Penyalahgunaan teknologi boleh mendatangkan

kemudaratan terhadap manusia dan alam sekeliling kita. Saban hari, kita melihat para pemaju meneroka kawasan perhutanan

yang sepatutnya dijadikan hutan simpanan untuk mendapatkan sumber alam. Sikap rakus dan tamak dalam diri manusia

yang menginginkan kemewahan hidup akan menyebabkan inovasi dalam bidang sains dan teknologi disalah guna bagi

tujuan yang tidak baik.

Sains dan teknologi sememangnya membawa seribu satu kesan positif kepada manusia. Walau bagaimanapun, kita juga perlu

sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam memantau penggunaan sains dan teknologi agar tidak membawa sebarang

kemudaratan kepada masyarakat dan negara kita. Keadaan ini boleh diibaratkan dengan sebilah pisau yang boleh digunakan

untuk mengukir sesuatu yang cantik dan sebaliknya boleh juga disalah guna untuk membunuh.

“Pihak kerajaan, industri, ibu bapa, saintis muda dan komuniti perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam

menyokong usaha membangunkan sains dan teknologi dalam negara agar negara kita akan menjadi lebih maju, berdaya saing

dan makmur,” tegas Encik Sulaiman Ishak.


Karangan Umum

PT3

182

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 182 02-Nov-21 11:20:26 AM


Karangan Jenis Laporan Tema 12: Tuah di Bumi Permata

Anda telah mengikuti ceramah tentang pembangunan sektor pertanian dalam negara.
Tulis sebuah laporan tentang ceramah tersebut.

Rangka Karangan
Ceramah diadakan untuk memberikan pendedahan kepada para petani dan usahawan tani mengenai
Pendahuluan
inisiatif yang boleh diambil untuk memajukan sektor pertanian negara
Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) yang menetapkan sasaran untuk memaksimumkan pendapatan
Isi 1
negara

Isi 2 Peranan kerajaan dalam menentukan hala tuju sektor pertanian negara

Isi 3 Menawarkan bantuan modal kepada petani dan usahawan tani

Isi 4 Peranan institusi pendidikan tinggi dalam memajukan sektor pertanian

Kemajuan sektor pertanian akan memacu pembangunan mapan dalam menangani isu kemiskinan
Penutup
dalam negara sekali gus mengukuhkan asas ekonomi negara

Laporan Ceramah “Ayuh Majukan Sektor Pertanian Malaysia”

Pada 4 April 20__, pukul 2:30 petang telah diadakan satu ceramah di Dewan Besar Kampung Ibrahim Majid. Ceramah ini

diadakan untuk memberikan pendedahan lanjut kepada para petani dan usahawan tani mengenai insiatif-inisiatif yang boleh

diambil untuk memajukan sektor pertanian di negara kita. Ceramah ini telah disampaikan oleh seorang pegawai tadbir dari

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Seramai 100 orang peserta telah menghadiri ceramah ini.

Ceramah ini berkisar tentang Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) yang menetapkan sasaran untuk memaksimumkan

pendapatan negara melalui penggunaan sumber secara optimum dalam sektor pertanian. Antara objektif yang digariskan

di bawah DPN3 adalah untuk meningkatkan sekuriti makanan, produktiviti dan daya saing sektor pertanian dan mengukuhkan

pertalian dengan sektor-sektor lain. Industri pertanian merupakan tulang belakang ekonomi negara yang membolehkan negara

kita melangkah ke zaman Revolusi Perindustrian. Oleh itu, pertanian sememangnya salah satu sektor yang signifikan dalam

pembangunan sesebuah negara.

Encik Hafizul Faez, selaku penceramah utama telah berkongsi idea mengenai usaha-usaha untuk memajukan sektor pertanian

agar ekonomi negara akan terus maju dan mampan. Menurut beliau, kerajaan memainkan peranan yang besar dalam menentukan

hala tuju sektor pertanian demi mencapai kemajuan dan kemakmuran negara. Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak PT3
Karangan Umum

peruntukan bagi menjalankan penyelidikan untuk mendapatkan baka yang baik dan produktif di bawah Institut Penyelidikan

dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Hal ini boleh dicapai dengan menggunakan kemahiran dan teknologi dalam

bidang kejuruteraan genetik untuk mendapatkan biji benih yang berkualiti bagi mengeluarkan hasil pertanian yang banyak.

183

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 183 02-Nov-21 11:20:26 AM


Menerusi perkongsian yang disampaikan oleh Encik Hafizul Faez, beliau juga menyatakan keperluan dan tanggungjawab

kerajaan untuk menawarkan bantuan modal dan subsidi yang mencukupi kepada para petani dan usahawan tani. Kita perlu

menerima hakikat bahawa kebanyakan petani tempatan berasal dari kawasan desa atau luar bandar. Salah satu cabaran yang

dihadapi oleh golongan ini adalah untuk membiayai kos pertanian yang tinggi bagi memperoleh biji benih dan jentera.

Bagi usahawan tani pula, mereka perlu menanggung kos perniagaan yang jauh lebih tinggi untuk mengusahakan aktiviti

pertanian secara komersil dan agresif. Lantaran itu, bantuan kewangan yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada

golongan petani dan usahawan tani akan mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka sekali gus menjadi pemangkin

untuk memacu kemajuan industri pertanian negara.

Sesi soal jawab juga telah berlangsung dalam ceramah tersebut untuk memberikan ruang dan peluang kepada para

peserta mengemukakan soalan atau berkongsi pandangan terhadap topik yang dibincangkan, iaitu mengenai pembangunan

industri pertanian negara. Salah seorang peserta telah bertanya tentang peranan institusi pendidikan tinggi dalam memajukan

sektor pertanian. Penceramah menerangkan tanggungjawab institusi pendidikan tinggi dalam menawarkan jurusan yang

berkaitan dengan bidang pertanian seperti Sains Pertanian kepada murid-murid. Hal ini dapat membangunkan modal

insan berkemahiran tinggi seperti kemahiran mengaplikasikan pertanian pintar selari dengan kemajuan Revolusi Perindustrian

4.0. Beliau juga menegaskan bahawa penerapan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan analisis terhadap data

raya yang berkaitan mampu meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

Pada penghujung ceramah, Encik Hafizul Faez menekankan bahawa semua pihak yang bertanggungjawab perlu bermuafakat

dalam memajukan sektor pertanian negara. Kemajuan sektor pertanian akan memacu pembangunan mapan dalam menangani

isu kemiskinan dalam negara sekali gus mengukuhkan asas ekonomi negara. Pihak penganjur ceramah telah menyampaikan

cenderahati kepada penceramah jemputan sebagai tanda penghargaan atas perkongsian yang disampaikan kepada masyarakat

setempat di sekitar Kampung Ibrahim Majid. Majlis bersurai pada pukul 4:30 petang.

Disediakan oleh, 10 April 20__.

Tan Yong Her

(TAN YONG HER)


Karangan Umum

PT3

184

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 184 02-Nov-21 11:20:26 AM


PT3
Karangan Umum

185

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 185 02-Nov-21 11:20:26 AM


Karangan Jenis Fakta Tema 6: Integriti Tinggi, Sahsiah Terpuji

Insan yang bersahsiah terpuji sentiasa memaparkan keperibadian yang mulia dan bermoral.
Tulis sebuah karangan mengenai langkah-langkah untuk membentuk sahsiah remaja yang unggul.

Rangka Karangan

Pendahuluan Cabaran yang dihadapi dalam membentuk sahsiah remaja

Isi 1 Memberikan perhatian dan kasih sayang yang mencukupi kepada anak-anak

Isi 2 Memberikan didikan agama kepada anak-anak

Isi 3 Memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi sebagai bekalan untuk mengharungi cabaran hidup

Pembentukan keperibadian mulia dalam kalangan remaja sungguh penting agar dapat melahirkan
Isi 4
generasi muda yang bermoral dan beradab

Penutup Cabaran yang dihadapi dalam membentuk sahsiah remaja

Mantan Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi ketika pentadbiran beliau telah

menetapkan sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki masyarakat yang bermoral tinggi dan

beretika selari dengan cabaran keempat Wawasan 2020. Salah satu cabaran yang boleh kita saksikan pada masa ini ialah

perkembangan era globalisasi yang telah mempengaruhi golongan remaja di negara kita dari aspek akhlak, tingkah laku dan

pemikiran. Sebagai contohnya, media massa dan media sosial kini telah mempengaruhi setiap bicara dan tindak tanduk golongan

remaja. Perkara ini kian membimbangkan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan guru-guru kerana khuatir

keperibadian remaja kini seolah-olah tidak seiring dengan kematangan usia mereka. Maka, kita perlu mengikhtiarkan

langkah-langkah yang berkesan untuk membentuk sahsiah remaja yang unggul.

Antara langkah yang berkesan untuk membentuk sahsiah remaja unggul ialah ahli keluarga seperti ibu bapa perlu

memberikan perhatian dan kasih sayang yang mencukupi kepada anak-anak. Ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat

terhadap prestasi anak-anak dalam pelbagai aspek seperti akademik, pelibatan diri dalam aktiviti kokurikulum dan

lain-lain lagi. Bimbingan dan didikan secara tertib dan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh daripada ibu

bapa dapat memastikan perkembangan anak-anak yang positif. Dengan ini, kita juga dapat mengelakkan anak-anak terjebak

dengan gejala sosial yang kebanyakannya berpunca daripada kurang kasih sayang daripada ibu bapa mereka.

Selain itu, tuntutan agama harus disemat sekemas-kemasnya dalam sanubari remaja untuk memastikan keperibadian mulia
Karangan Umum

dapat dibentuk. Remaja perlu lebih dekat dengan ajaran agama dan menjadikannya sebagai panduan dan petunjuk dalam

setiap gerak-geri untuk melakukan aktiviti kehidupan seharian. Didikan agama amat penting untuk memastikan remaja tidak

PT3 mudah terpengaruh dengan budaya asing yang negatif dan akhlak mereka berlandaskan syariat agama. Ajaran agama juga

186

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 186 02-Nov-21 11:20:26 AM


berfungsi sebagai santapan jiwa kepada remaja agar diri mereka sentiasa kekal positif dalam meredah segala rintangan hidup

di alam remaja. Oleh itu, didikan agama ialah langkah mustahak untuk membentuk sahsiah unggul dalam kalangan remaja.

Di samping itu, remaja perlu memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi sebagai bekalan untuk mengharungi cabaran

kehidupan seharian. Pada peringkat institusi pendidikan, guru-guru bertanggungjawab untuk mencurahkan ilmu dan

pengetahuan kepada murid-murid supaya mereka lebih bersedia untuk menempuh cabaran yang sedang menanti di dunia

kerjaya kelak. Pemupukan minat dan cinta terhadap ilmu juga penting pada peringkat sekolah agar remaja berfikiran terbuka dan

optimis terhadap setiap masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Guru-guru juga perlu menjadi suri teladan kepada murid-

murid dengan menampilkan kelakuan yang bermoral dan bertatasusila. Remaja yang berada pada peringkat usia muda dan

mentah fikirannya ibarat umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlu sentiasa disajikan dengan ilmu yang

baik agar mereka memiliki keupayaan untuk membezakan antara kebaikan dengan keburukan.

Dalam pada itu, ibu bapa juga perlu menjadikan diri mereka sebagai tempat untuk remaja berkongsi suka dan duka yang

dihadapi oleh mereka dalam kehidupan seharian. Ibu bapa perlu sentiasa peka akan keadaan yang dialami oleh anak-anak

di luar rumah kediaman sebagai satu langkah prihatin dan sayang akan anak-anak. Anak-anak secara psikologinya

mengharapkan agar suara, keluhan dan buah fikiran mereka didengari oleh individu yang rapat dengan mereka. Lantaran itu,

ibu bapa perlu memahami keperluan emosi anak-anak dan memberikan nasihat serta bimbingan yang wajar kepada anak-anak.

Kelakuan anak-anak perlu sentiasa dijaga agar tidak menyimpang daripada norma budaya tempatan.

Kesimpulannya, usaha membentuk sahsiah unggul dalam kalangan remaja memerlukan kerjasama yang erat “bagai aur

dengan tebing” daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa, guru-guru dan warga masyarakat. Pembentukan keperibadian mulia

dalam kalangan remaja sungguh penting agar kita dapat melahirkan generasi muda yang bermoral dan beradab

dalam kehidupan. Kata mutiara daripada Aristotle turut menyatakan bahawa yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan

adab yang dimiliki seseorang, bukan asal keturunannya. Agenda ini pasti membawa kesan yang positif kepada negara kerana

remaja merupakan aset dan pewaris kepimpinan negara bak kata peribahasa Melayu, pemuda harapan bangsa, pemudi

tiang negara.

PT3
Karangan Umum

187

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 187 02-Nov-21 11:20:26 AM



Karangan Umum

JAWAPAN

PT3

188

09-Masteri BM KSSM Tg3 Krgpdk&KrgUmum 3rd.indd 188 02-Nov-21 11:20:26 AM

Anda mungkin juga menyukai