Anda di halaman 1dari 5

Sinopsis Bab 1 – Warisan?

Haji Badrul yang merupakan pemilik sebuah perniagaan batik bernama


Syarikat Batik Nusantara telah meninggal dunia. Kematiannya telah melemahkan perniagaan
keluarganya. Farid, anak kepada Haji Badrul berfikir untuk meneruskan perusahaan batik ayahnya
walaupun tidak mempunyai ilmu perniagaan yang tinggi. Farid berasa tanggungjawab tersebut tidak
perlu ditanggung oleh ibunya Hajah Zaoyah seorang yang sudah berusia 56 tahun. Abangnya Lotfi
sudah 10 tahun berada di kerusi roda, abang keduanya Farhan telah meninggal dunia sewaktu
belajar di UKM dan adik-adiknya Hanysyah dan Hisyam masih muda. Akhirnya Farid membuat
keputusan untuk mengambil alih perniagaan keluarganya. Tomsiah yang merupakan seorang kerani
syarikat yang berdedikasi telah membantu Farid. Kak Tom memberitahu Farid bahawa hutang
syarikat bukan dengan pihak bank tetapi dengan pembekal. Dia juga telah memberikan nombor
telefon En. Mokhsein kepada Farid untuk membantunya memahami selok-belok perniagaan.

Bab 2 – Menggapai Awan Menurut doktor, Haji Badrul meninggal dunia disebabkan oleh barah
dalam perut. Tetapi terdapat khabar angin yang mendakwa ayah Farid telah disantau. Farid
menerimanya sebagai takdir daripada Tuhan dan yakin dirinya perlu bersabar dan usaha mencari
ilmu untuk berjaya dalam perniagaan. Terdapat sebilangan ejen yang mengambil kesempatan ke atas
Farid dengan tidak membayar hutang walaupun perniagaan mereka beroperasi seperti biasa. Farid
berbual dengan Pak Nik yang merupakan pekerjanya dan Pak Nik berkata pengeluaran terpaksa
dikurangkan kerana bekalan bahan mentah juga semakin kurang. Dan batik-batik keluaran mereka
kurang laris di pasaran.  Kak Tom meminta Farid untuk mengutip hutang daripada ejen-ejen yang
tidak melunaskan bayaran mereka

Bab 3 – Titian Naga Hajah Zaoyah bersama keluarganya semua makan malam bersama. Beliau
menyedari Faris semakin kurus dan kurang bersosial kerana sibuk dengan perniagaannya. Farid
meluahkan masalahnya setelah didesak oleh ibu dan abangnya. Dia malu dengan dirinya sendiri
kerana terdapat bangsa lain yang sebaya dengannya mampu untuk menguruskan perniagaan. Ibunya
berpesan untuk tidak akan menggadaikan syarikat ayahnya dan ingin menggadaikan barang kemas
serta tanah untuk menyelamatkan syarikat mereka.

Bab 4 – Azam Usahawan Muda Farid tiba di tapak bangsal batik perusahaanya sejak awal pagi. Pak
Nik kagum dan lihat keazaman yang dimiliki Farid mirip seperti ayahnya Haji Badrul. Farid ingin
mencontohi rakannya Abdul Kaber berketurunan India yang menjual kain dan Chew Teck Heng yang
menjual Mi. Mereka berniaga kecil-kecilan tetapi berjaya kerana berkat kesabaran dan kecekapan
dalam bidang perniagaan. Di dalam mesyuarat syarikatnya, Farid memberikan idea-idea yang bernas
iaitu usha meningkatkan kualiti batik perusahaanya dan promosi yang lebih efektif. Kak Tom pula
mencadangkan aset yang kurang produktif perlu dijual agar beban syarikat dikurangkan.

Bab 5 – Langkah Pertama Farid telah berjumpa dengan En. Mokhsein. Beliau merupakan seorang
yang merendah diri dan mengamalkan gaya hidup sederhana telah tertarik dengan sikap Farid
sebagai anak muda. Mereka berbincang tentang perniagaan dan peluang yang ada bagi mereka. En
Mokhsein berterus terang bahawa dia terhutang budi dengan bapa Farid yang lebih banyak
mengajarnya tentang perniagaan. Beliau juga berpendapat seperti Pak Nik bahawa masalah utama
yang dihadapi syarikat Farid adalah khianat daripada syarikat lain atas kejayaan arwah bapanya dulu.
En. Mokhsein mencadangkan Farid untuk mencari pasaran baharu dan idea yang baik untuk berjaya.

Bab 6 – Ilham daripada Zuraida Farid berkunjung ke kedai Zuraida dan rakannya terkejut dengan
kehadirannya. Zuraida telah membantu keluarganya mengusahakan kedai pakaian di bazar MARA
sejak sepuluh tahun lalu. Zuraida berkata perniagaannya kecil jika dibandingkan dengan perniagaan
Farid. Dia juga berkata di banyak bermodalkan petua ibunya untuk sabar dan melayan pelanggan
dengan baik. Farid pulang ke pejabat dan bercerita kepada Kak Tom tentang perjumpaannya
bersama En. Mokhsein dan Zuraida.

Bab 7 – Batik, Cinta Farid mempelawa Zuraida untuk makan tengahari bersama di Restoran Mail.
Zuraida memuji kehebatan Farid yang mengambil alih perniagaan keluarganya. Farid merendah diri
dan meluahkan masalah bahawa di menghadapi krisis dan perlukan bantuan. Zuraida menawarkan
bantuannya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Zuraida memberikan pelbagai idea dan cara
untuk Farid membuat perubahan di dalam syarikatnya. Selesai makan, mereka menuju ke kedai
Zuraida dan Farid merasakan bibit-bibit cinta dengan Zuraida.
Bab 8 – Corak Baharu Farid kemudian memikirkan corak batik baharu yang lebih moden dan mampu
menarik minat pembeli di pasaran. Dia meminta nasihat daripada En. Mokhsein tentang perojek untuk
memodenkan pengeluaran batiknya. Beliau berjanji akan membantu Farid dari aspek pasaran agar
tidak jatuh ke tangan ejen yang tidak bertanggungjawab lagi. Farid juga tidak bercadang untuk
menamatkan pengeluaran batik tradisi tetapi dimodenkan untuk pasaran ketika itu.

Bab 9 – Batik Sumber Rezeki Bangsal baru yang dibina oleh Syarikat Batik Nusantara telah
dirasmikan oleh En. Mokhsein. Dia juga telah membawa sepupunya, Hartini Noor yang merupakan
seorang graduan seni reka fabrik daripada UiTM dan telah melanjutkan pelajaran ke sebuah akademi
seni tampak di Australia. Kehadiran wanita tersebut membuatkan Zuraida cemburu dan meninggalkan
majlis tersebut. Hartini meminta Farid memanggilnya kakak dan beliau berkongsi dengan Farid
tentang pengalamannya serta sejarah batik asli.

Bab 10 – Maafkan aku, Eda Farid muncul di gerai Zuraida pada pukul 10.15 pagi. Zuraida terkejut
Farid masih ada masa untuk berjumpa dengannya walaupun sudah ada primadoona batik moden
iaitu Hartini. Farid kurang senang dengan perasaan cemburu Zuraida dan menjelaskan kepadanya
bahawa Hartini hanyalah pekerja kontrak dan telah bertunang dengan jejaka pilihannya. Tambahan
pula umurnya 25 tahun membuatkan Farid memanggilnya sebagai kakak. Hartini Noor telah berjaya
membimbing pekerja Farid dengan teknik yang baik. Farid mengajak Zuraida untuk mengelilingi
Semenanjung Malaysia bagi mempromosikan jualan batiknya dan yakin dengan kemampuan Zuraida.
Pada petang itu, Zuraida hadir ke bengkel Farid dan terpukau dengan hasil kerja Hartini namun dia
bersikap merendah diri dan tidak mahu dianggap sebagai primadona. Usaha Hartini wajar dipuji
kerana dia tidak mengambil sebarang upah dan berhasrat untuk mengangkat martabat batik.

Bab 11 – Bara Dendam Pemilik Syarikat Rajawali, Mukhtar berasa marah kerana jualan batiknya
merosot walaupun diberi 35% komisen. Sebelum ini, dia berpuas hati perniagaan batik Haji Badrul
merosot selepas kematian Haji Badrul. Kini dia amat marah kerana batik moden semakin menambat
hati pengguna. Mukhtar mula berasa risau selepas mendapt tahu Farid berjumpa dengan En.
Mokhsein untuk berkongsi ilmu perniagaan dan berbaik dengan Zuraida anak saudaranya. Dia pergi
ke kedai Zuraida dan memarahinya kerana menjual produk Farid. Zuraida mempertahankan haknya
dan telah diugut oleh Mukhtar untuk tidak lagi menjual barangan Farid. Zuraida timbul perasaaan
syakwasangka terhadap Mukhtar yang mungkin menjadi dalang kepada kemusnahan perniagaan
Farid sebelum ini. Farid pula mendapat surat layang kerana kemajuan perniagaannya.

Bab 12 – Samseng Farid telah mendapat panggilan daripada Zuraida pada waktu pagi kerana ingin
berjumpa dan bercakap tentang hal penting. Zuraida memberitahu Farid bahawa ada orang
mengugutnya gerai akan dirobohkan jika terus menjual batik milik Farid. Zuraida kemudian menutup
gerainya dan mengajak Farid ke rumahnya di Kampung Tanjung. Ibu Zuraida suka Farid berkawan
dengan anaknya dan berharap Mukhtar tidak mengganggu hubungan anaknya. Di bengkel syarikat
Farid pula, Mahmood membuat kacau kononnya Masri dan Azmi merupakan bekas pekerja syarikat
majikannya yang dirampas Farid. Hartini meminta bantuan Pak Nik kerana ketakutan dan kekacauan
tersebut telah membuatkan Mahmood mencurahkan lilin panas ke muka Masri.

Bab 13 – Api Keluarga Hajah Zaoyah telah terjaga pada jam 2 pagi kerana berlaku kebakaran di
bangsal batik baharunya. Farid berusaha memadamkan api tetapi tidak berjaya. Farid berasa sangat
sedih bangsal yang baru dibinanya tidak sampai sebulan kini musnah. Hajah Zaoyah telah
menyerahkan surat layang yang diterima oleh Farid kepada Pak Nik untuk membuat laporan polis.
Keesokannya semua pekerjanya datang terkejut termasuk Hartini. Namun mereka kagum dengan
ketenangan dan kesabaran Farid. Pihak polis telah mengesahkan kebakaran berkait dengan surat
layang serta kekacauan oleh Mahmood. Inspektor Ruzman menjelaskan bahawa Mukhtar pemilik
Syarikat Batik Rajawali adalah punca segalanya

Bab 14 – Ombak Mukhtar telah ditahan oleh pihak polis dan didakwa bersalah. En. Mokhsein yang
baru pulang dari Singapura terkejut dengan kejadian tersebut tetapi turut menerima ugutan sejak
berbaik dengan Farid. En. Mokhsein memberikan berita gembira kepada Farid bahawa terdapat
syarikat di Singapura dan Kuala Lumpur yang ingin melanggan batik moden keluaran syarikat Batik
Nusantara. Farid berasa terhutang budi dengan En. Mokhsein, Zuraida, Hartini yang telah banyak
membantu dia menaikkan semula perniagaan keluarganya. Zuraida melanjutkan pelajaran ke UiTM
dalam bidang pentadbiran perniagaan. Mukhtar dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun.
Mokhsein menjemput Farid dan Zuraida ke majlis perkahwinan Hartini di Kuantan. Hajah Zaoyah
mengusik Farid untuk berkahwin tetapi dia berhasrat untuk menyambung pelajaran terlebih dahulu.

Tema Novel ini mempersembahkan tema tentang kegigihan seorang remaja untuk memajukan
syarikat.

Persoalan

1. .Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga


2. Persoalan cabaran dalam menjalankan perniagaan
3. Persoalan kepentingan pendidikan dalam kehidupan
4. Persoalan manusia yang tolong-menolong Persoalan sikap memandang rendah

Watak Dan Perwatakan

Farid

 Watak utama yang berusia 19 tahun


 Menerajui Syarikat Batik Nusantara
 Seorang yang bertanggungjawab dan penyayang terhadap ahli keluarga dan rakan baik
 Bersikap rasional dalam mengambil tindakan
 Hidup sederhana dan bermasyarakat

Mokhsein

 Pemilik Syarikat Nadi Zaman


 Seorang yang bijak menyusun strategi perniagaan
 Bersikap baik hati dan mengenang budi

Hajah Zaoyah

 Balu kepada Allahyarham Haji Badrul,


 Pemilik Syarikat Batik Nusantara
 Ibu berusia 56 tahun dan mempunyai enam orang anak
 Gigih menghadapi cabaran dalam perniagaan
 Berani menanggung risiko untuk memajukan perniagaan

Zuraida

 Rakan sekelas Farid dari Tingkatan satu hingga lima di Sekolah Menengah Seri Budiman
 Berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol
 Bersikap berpandangan jauh dan mudah cemburu

Plot

 Permulaan – Farid yang baru sahaja tamat menduduki SPM terpaksa menerajui syarikat milik
keluarganya setelah ayahnya Haji Badrul meninggal dunia. Ibunya Hajah Zaoyah
menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Farid. Dia telah mengadakan mesyuarat
bersama pekerjanya
 Perkembangan – Zuraida ingin membantu Farid menjual batiknya di gerai Zuraida dan
mencadangkan Farid untuk menghasilkan corak batik baharu. Farid bertemu dengan En.
Mohksein untuk mendapat nasihat perniagaan. Farid telah membuka bengkel baharu untuk
penghasilan batik moden. En. Mohksein merasmikan bengkel tersebut dan membawa Hartini
Noor, anak saudaranya.
 Perumitan – Mukhtar, pemilik syarikat Rajawali telah berasa marah kerana batiknya tidak
mendapat sambutan. Mukhtar juga mendapat tahu anak saudaranya Zuraida telah menjual
batik keluaran Farid dan mengugut untuk tidak menjualnya. Farid pula menerima surat
layang. Di bengkel Farid pula berlaku kekacauan oleh Mahmood, Azmi dan Masri.
 Klimaks – Bengkel batik baharu milik Farid telah terbakar. Dia menerima dugaan ini dengan
redha. Pihak polis telah mengesyaki perlakuan jenayah terbabit dalam kebakaran tersebut.
Inspektor Ruzman telah memberkas Mahmood dan mendapati dia adalah bekas jenayah dan
merupakan pekerja syarikat Rajawali.
 Peleraian – Tiga hari lepas kejadian, Mokhsein datang ke bengkel Farid selepas pulang dari
Singapura. Mokhsein berjaya mendapatkan pelanggan daripada Singapura dan Kuala
Lumpur untuk Farid. Mukhtar telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun. Zuraida
pula melanjutkan pelajaran ke UiTM dalam bidang pentadbiran perniagaan. Farid juga
berhasrat untuk melanjutkan pelajarannya.

Teknik Plot
 Monolog – “Pengorbanan….. .” Farid separuh berbisik.
 Kejutan – “Tolong keluar bang. Keluar! ” Hartini mula bertegas
 Saspens – Adalah syarikat lain dengki dekat kamu tu.
 Imbas muka – Suatu ketika, pengembaraan kita menguruskan perniagaan sebegini akan
lebih acap
 Imbas kembali – Dia sering mengikuti ayahnya menghantar batik keluaran syarikatnya ke
serata tempat
 Dialog – “Eda dapat agaklah Farid tentu bosan dengar cerita Eda fasal berniaga kecil-kecilan.
Berniaga di kaki lima!”
 Pemerian – Farid cuba menutup telinganya daripada mendengar desas-desus punca
kematian ayahnya

Latar

Latar Tempat
 Firma Nadi Zaman – lokasi Farid bertemu Mokhsein untuk meminta nasihat dan
tunjuk ajar dalam dunia perniagaan
 Bazaar MARA Jalan Bonggol – lokasi Zuraida berniaga pakaian Balai Polis Daerah
 Kuala Terengganu – Farid memberi kenyataan tentang peristiwa kebakaran bangsal
moden syarikatnya kepada pegawai polis
 UiTM – Zuraida menyambung pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan
 Mahkamah Rendah Kuala Terengganu – Tempat Mokhtar dibicarakan dan telah
dijatuhkan hukuman terhadap kes kesalahan membakar bangsal moden Farid

Latar Masa

 Waktu Malam – Pada waktu malam, Farid dan keluarganya makan malam bersama
 Pagi Sabtu – Farid berkunjung ke kedai Zuraida
 Sebulan – Hartini menjadi tenaga pengajar batik moden kepada pekerja Farid

Latar Masyarakat

 Masyarakat yang berniaga sebagai punca pendapatan diri dan keluarga


 Masyarakat yang gigih berusaha dan berkorban demi mencapai kejayaan
 Masyarakat yang mementingkan pendidikan dan pengetahuan
 Masyarakat yang dengki dengan pencapaian orang lain
 Masyarakat yang kreatif dan inovatif

Gaya Bahasa

 Peribahasa – kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya


 Sinkope – “Tak kisahlah tu”
 Repetisi – “Kerja, kerja. Makan, makan”
 Simile – Syarikat yang ditubuhkan sejak hujung 60-an itu bagai pelita yang meliuk-liuk apinya
 Personafikasi – rasa serba salah mula mencekik dirinya Hiperbola – Lidah api menjilat ganas
apa-apa sahaja yang tercapai.

Nilai Kasih

 Sayang – Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya. Sebagai ibu, dia sanggup
berkorban menjaga anaknya-anaknya.
 Kegigihan – Farid gigih berusaha untuk mengembangkan perusahaan batiknya sehingga
dia berjaya
 Keberanian – Farid berani menanggung risiko untuk mengembangkan pemasaran
syarikat batiknya dengan membina bengkel baharu
 Bertanggungjawab – Farid bertanggungjawab meneraju syarikat keluarganya setelah
ayahnya meninggal dunia.
 Hormat-menghormati –  Farid selaku pengurus Syarikat Batik Nusantara dan para
pekerjanya seramai 57 orang saling menghormati antara satu dengan yang lain

Pengajaran

1. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan dalam hidup


2. Kita perlulah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
3. Kita seharusnya mengelak daripada bersikap hasad dengki terhadap pencapaian orang lain
4. Kita hendaklah mementingkan kasih dan sayang antara ahli keluarga
5. Kita seharusnya bersikap sederhana dalam apa jua aspek kehidupan

Contoh Soalan 

A) Huraikan tiga nilai yang dimiliki oleh watak utama dalam Novel Hempasan Ombak
 Nilai pertama adalah kegigihan. Contoh peristiwa kepada nilai ini ialah Farid gigih
berusaha untuk mengembangkan perusahaan Batik Nusantara walaupun menghadapi
pelbagai cabaran.
 Nilai  kedua adalah bertanggungjawab pada watak Farid. Contohnya, Farid
bertanggungjawab menyelesaikan masalah kewangan syarikat Batik Nusantara setelah
ditinggalkan oleh ayahnya.
 Nilai ketiga adalah nilai kesederhanaan.  Contohnya Farid mengekalkan sikap
bersederhana dalam menjalani kehidupan walaupun dia menduduki jawatan sebagai
Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara dengan menaiki motosikal jika ada urusan
luar.
B) Berdasarkan novel Hempasan Ombak, kemukakan tiga contoh peristiwa yang sesuai
dengan latar tempat yang diberikan
 Bangsal Batik : 
o En Mokhsein merasmikan bangsal baharu yang diusahakan Farid untuk
Syarikat Batik Nusantara
o Zuraida berasa cemburu dengan Hartini Noor yang datang sewaktu majlis
perasmian bangsal dilangsungkan
o Kejadian kebakaran yang berlaku memusnahkan bangsal batik Syarikat
Farid.
C) Huraikan tiga persoalan dalam Novel Hempasan Ombak beserta contoh peristiwa
 Persoalan cabaran dalam dunia perniagaan – Farid menghadapi persaingan dengan
syarikat-syarikat lain
 Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga – Hajah Zaoyah sanggup
menggadaikan tanah dan barang kemas untuk membantu Farid memajukan
perusahaan keluarganya.
 Persoalan kesederhanaan dalam kehidupan – Farid menggunakan kereta Peugoet
milik ayahnya walaupun mempunyai wang dan kedudukan.

Anda mungkin juga menyukai