Anda di halaman 1dari 35

PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

VERSI GURU

PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI

BACAAN
TINGKATAN 2
VERSI BAHASA MELAYU

45 MINIT
Arahan
Baca setiap soalan dengan teliti dan jawab sebaik mungkin. Jika anda kurang
pasti tentang jawapan sesuatu soalan, pilih atau tulis jawapan yang anda fikirkan
terbaik dan teruskan ke soalan yang berikutnya. Anda diberi masa 45 minit untuk
menjawab semua soalan dalam latihan ini. Tuliskan jawapan anda di ruangan
yang disediakan.

Bagi soalan aneka pilihan, anda hendaklah memilih jawapan yang terbaik dan
bulatkan jawapan tersebut seperti contoh berikut.

Di antara berikut, yang mana satukah mamalia?

A. Katak
B. Burung
C. Kambing
D. Ikan

1
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

UNIT 1: MEDIA DIGITAL DAN KESANNYA

PISA-like or TIMSS-like:
PISA

Domain:
Literasi Bacaan

Tajuk:
Media Digital dan Kesannya

Arianna dan ibunya menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka. Ia merupakan satu
majlis yang gilang gemilang tetapi Arianna menyedari satu trend di majlis tersebut yang
seakan diterima walaupun ia agak janggal. Hampir kesemua tetamu majlis itu lebih sibuk
dengan gajet elektronik masing-masing daripada beramah mesra sesama mereka. Sebaik
dia sampai ke rumah, Arianna terus mencari dalam talian untuk lebih mengetahui tentang
budaya digital.

2
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

PETA RANGKAIAN SOSIAL DUNIA


Januari 2017

Menurut carian Wikipedia, media digital merangkumi imej digital, video digital, permainan
video, halaman sesawang dan laman sesawang termasuklah media sosial, data dan
databes, serta audio digital seperti MP3 dan buku elektronik.

Kehidupan seharian manusia kini berubah akibat peningkatan penggunaan media digital ini.
Cara mereka berhubung di tempat kerja serta berinteraksi dalam masyarakat turut
dipengaruhi secara menyeluruh. Impak dari peningkatan penggunaan ini dapat memberi
manfaat kepada individu dan masyarakat.

Media sosial bukan sahaja menyediakan pelbagai cara menuju ke arah perubahan yang
positif, tetapi turut membawa kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja. Seiring
dengan aspek positif yang dibawa oleh media sosial, kesan negatifnya juga begitu banyak.
Media sosial menjejaskan kesihatan mental remaja.

Item 1: MEDIA DIGITAL DAN KESANNYA

Berdasarkan teks,namakan tiga (3) jaringan sosial yang amat popular di seluruh dunia .

1. ………………………………………………………………………………………
2. ………………………………………………………………………………………
3. ……………………………………………………………………………………

3
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

SPESIFIKASI ITEM

Mengenal pasti maklumat: mengesan


maklumat dalam teks tunggal untuk
Kehendak item
mendapatkan maklumat yang
dikehendaki

Kod Item 1

Proses/ Kompetensi Mengesan dan mengenal pasti

Tuntutan Kognitif Rendah

Format Item Respon tertutup

PANDUAN PENSKORAN

* Jawapan boleh diterima dalam apa jua susunan tetapi tidak boleh diulang

1.
Markah penuh
Kod 1 : Facebook

Tiada Markah
Kod 0 : Jawapan lain
Kod 9 : Tiada jawapan

2.
Markah penuh
Kod 1: Qzone

Tiada Markah
Kod 0 : Jawapan lain
Kod 9 : Tiada jawapan

3.
Markah penuh
Kod 1 : VKontakte

Tiada Markah
Kod 0 : Jawapan lain
Kod 9 : Tiada jawapan

4
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 2: MEDIA DIGITAL DAN KESANNYA

Berdasarkan teks, senaraikan tiga jenis media digital.


1. ………………………………………………………………………………………

2. ………………………………………………………………………………………

3. ………………………………………………………………………………………

SPESIFIKASI ITEM

Mengenal pasti maklumat: mengesan


maklumat dalam teks tunggal untuk
Kehendak item
mendapatkan maklumat yang
dikehendaki

Kod Item 1

Proses/ Kompetensi Mengesan dan mengenal pasti

Tuntutan Kognitif Rendah

Format Item Respon tertutup

PANDUAN PENSKORAN

Markah Penuh

*Menyenaraikan mana-mana tiga dari senarai berikut:

Kod 1: imej digital, halaman sesawang, media sosial, permainan video, laman sesawang,
data dan databes,audio digital, buku elektronik

Tiada Markah
Kod 0: Jawapan lain
Kod 9: Tiada jawapan

5
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 3: MEDIA DIGITAL DAN KESANNYA

Kenal pasti samada kenyataan di bawah betul atau salah. Tandakan (√) pada pilihan
jawapan anda.

Pernyataan Betul Salah

a. Penggunaan media digital mengubah


kehidupan harian para penggunanya.

b. Media sosial memberi lebih kesan negatif


kepada penggunanya.
c. Media sosial mempengaruhi keseluruhan
kesihatan penggunanya.

SPESIFIKASI ITEM

Memahami: memahami dan


Kehendak item mengaitkan apa yang dinyatakan
secara jelas dalam ayat atau teks

Kod Item 1

Proses/ Kompetensi Memahami maksud tersurat

Tuntutan Kognitif
Sederhana
Format Item Aneka jawapan kompleks

PANDUAN PENSKORAN

Pernyataan Betul Salah

a. Penggunaan media digital mengubah √


kehidupan harian para penggunanya.

b. Media sosial memberi lebih kesan negatif √


kepada penggunanya.
c. Media sosial mempengaruhi keseluruhan √
kesihatan penggunanya.

6
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

a. Penggunaan media digital mengubah kehidupan harian para penggunanya.

Markah Penuh
Kod 1 : Betul

Tiada Markah
Kod 0: Salah
Kod 9: Tiada jawapan

b . Media sosial memberi lebih kesan negatif kepada penggunanya.

Markah Penuh
Kod 1 : Betul

Tiada Markah
Kod 0: Salah
Kod 9: Tiada jawapan

b. Media sosial mempengaruhi keseluruhan kesihatan penggunanya.

Markah Penuh
Kod 1 : Salah

Tiada Markah
Kod 0: Betul
Kod 9: Tiada jawapan

7
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

UNIT 1: MEDIA DIGITAL DAN KESANNYA

Arianna mahukan lebih banyak fakta untuk menyokong cariannya. Dia terjumpa dapatan
yang menunjukkan kesan buruk ketagihan media digital.

MASA DIPERUNTUKKAN SEHARI UNTUK MEDIA SOSIAL


Purata jam: minit yang dihabiskan di rangkaian/servis sosial pada hari biasa
MASA UMUR

Sumber: Laman Web Maklumat Digital Dunia

Mereka yang ketagih menggunakan media sosial kebanyakannya meluangkan masa lebih
lama dengan gajet. Dapatan oleh DiRenzo pada tahun 2016 melaporkan bahawa ketagihan
terhadap media sosial boleh mengakibatan kebanyakan penggunanya mengalami kesan
sampingan negatif seperti gejala keletihan mata, kurang berkomunikasi atau kurang tidur
yang turut memberi impak negatif pada kesihatan .
Di samping itu, kaji selidik Common Sense Media melaporkan bahawa secara keseluruhan
remaja Amerika menghabiskan masa sekurang-kurangnya sembilan jam sehari
menggunakan teknologi digital. Ini amat membimbangkan kerana ini turut menjejaskan
kesihatan mereka. Mereka melayari video secara langsung, mendengar muzik serta
bermain video. Hasil kajian turut melaporkan bahawa ‘pra-remaja’ berumur antara 8-12
tahun menghabiskan purata enam jam melayari media sosial.
Kajian turut mendapati penggunaan media sosial secara obsesif membawa mudarat lebih
dari kebimbangan atau keresahan. Malah, ujian menunjukkan penggunaan internet secara
berlebihan boleh mengakibatkan kemurungan, Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya
Tumpuan (ADHD), gangguan impulsif, gangguan fungsi mental, paranoia dan kesepian.
Tidak dapat dinafikan bahawa media sosial memang mempengaruhi aspek lain kehidupan
kita selain dari kesihatan. Antara pengaruh tidak langsung termasuklah cara remaja berfikir,
mengikuti fesyen atau berkelakuan di ruang sosial. Para remaja berasa keadaan itu adalah
normal dalam konteks kehidupan harian mereka. Walau bagaimanapun, pendedahan
kepada pengaruh, imej dan mesej media tidak menyebabkan anak anda berisiko secara
automatik. Remaja juga dipengaruhi oleh keluarga, rakan sebaya, mentor dan model
peranan yang lain.

8
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 4: MEDIA DIGITAL DAN KESANNYA

Penulis menyatakan bahawa jumlah masa yang diluangkan oleh para remaja
menggunakan teknologi digital mendatangkan keburukan kepada mereka. Yang manakah
antara ayat-ayat dalam teks yang menyokong pernyataan ini? Tandakan (√) pada jawapan
yang betul dan (x) pada jawapan yang salah.

√ x

1. Ini amat membimbangkan kerana ini turut


menjejaskan kesihatan mereka.

2. Kajian turut mendapati penggunaan media


sosial secara obsesif membawa mudarat
lebih dari kebimbangan atau keresahan.

3. Dapatan oleh DiRenzo pada tahun 2016


melaporkan bahawa ketagihan terhadap
media sosial boleh mengakibatan
kebanyakan penggunanya mengalami kesan
sampingan negatif

4. Antara pengaruh tidak langsung termasuklah


cara remaja berfikir, mengikuti fesyen atau
berkelakuan di ruang sosial.

SPESIFIKASI ITEM

Memahami: memahami dan


Kehendak item mengaitkan apa yang dinyatakan
secara jelas dalam ayat atau teks

Kod Item 1

Proses/ Kompetensi Memahami maksud tersurat

Tuntutan Kognitif
Tinggi
Format Item Aneka jawapan kompleks

9
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

PANDUAN PENSKORAN

√ x

1. Ini amat membimbangkan kerana ini turut √


menjejaskan kesihatan mereka.

2. Kajian turut mendapati penggunaan media


sosial secara obsesif membawa mudarat
x
lebih dari kebimbangan atau keresahan.

3. Dapatan oleh DiRenzo pada tahun 2016


melaporkan bahawa ketagihan terhadap

media sosial boleh mengakibatan
kebanyakan penggunanya mengalami kesan
sampingan negatif

4. Antara pengaruh tidak langsung termasuklah


cara remaja berfikir, mengikuti fesyen atau
x
berkelakuan di ruang sosial.

1. Ini amat membimbangkan kerana ini turut menjejaskan kesihatan mereka.

Markah Penuh
Kod 1 : √

Tiada Markah
Kod 0: x
Kod 9: Tiada jawapan

2. Kajian turut mendapati penggunaan media sosial secara obsesif membawa mudarat lebih
dari kebimbangan atau keresahan.

Markah Penuh
Kod 1 : x

Tiada Markah
Kod 0: √
Kod 9: Tiada jawapan

3. Dapatan oleh DiRenzo pada tahun 2016 melaporkan bahawa ketagihan terhadap media
sosial boleh mengakibatan kebanyakan penggunanya mengalami kesan sampingan
negatif

Markah Penuh
Kod 1 : √

Tiada Markah
Kod 0: x
Kod 9: Tiada jawapan

10
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

4. Antara pengaruh tidak langsung termasuklah cara remaja berfikir, mengikuti fesyen atau
berkelakuan di ruang sosial.

Markah Penuh
Kod 1 : x

Tiada Markah
Kod 0: √
Kod 9: Tiada jawapan

Item 5: MEDIA DIGITAL DAN KESANNYA

...Walau bagaimanapun, pendedahan kepada pengaruh, imej dan


mesej media tidak menyebabkan anak anda berisiko secara
automatik.’

Penulis menjelaskan bahawa bukan semua media sosial memberikan kesan tidak
baik kepada remaja dan perlu dipandang negatif. Mengapakah beliau berpendapat
sebegitu? Berikan satu kenyataan dari teks di atas yang menyokong kenyataan
beliau.
………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

SPESIFIKASI ITEM

Memahami: mengintegrasi maklumat


Kehendak item
bagi keseluruhan teks

Kod Item
1
Proses/ Kompetensi Menghubung kait dan membuat
inferens

Tuntutan Kognitif
Sederhana
Format Item Respon terbuka

11
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

PANDUAN PENSKORAN

Markah Penuh

Kod 1: Memberi sebab yang relevan dan boleh diterima dari teks
 Remaja juga di pengaruhi oleh ahli keluarga rakan taulan, mentor, atau idola
peranan.
 Penulis berpendapat terdapat pelbagai faktor lain yang mempengaruhi para remaja
dan para remaja juga tidak hanya dipengaruhi oleh media sosial.
 Penulis berpendapat para remaja juga terdedah dan dipengaruhi oleh keadaan
sekeliling dan masyarakat.

Tiada Markah

Kod 0 : Memberi sebab lain yang tidak betul atau tidak relevan.
 Tidak
 Pada pendapat saya penulis seorang yang tidak menggunakan media sosial.
 Ya. Saya setuju.

Kod 9 : Tiada jawapan

12
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

UNIT 2: SPESIS TERANCAM

PISA-like or TIMSS-like:
PISA

Domain:
Literasi Bacaan

Tajuk:
Spesisi Terancam

Semasa lawatan sekolah ke Zoo Negara, sekumpulan murid melihat banyak haiwan dan
ingin tahu mengenai haiwan yang disenaraikan sebagai terancam. Guru mereka mengambil
kesempatan ini untuk memperkenalkan tajuk tersebut kepada murid apabila mereka pulang
ke sekolah. Dia menggunakan risalah yang diambil dari zoo untuk membantu pelajar
mengkaji topik tersebut dengan lebih mendalam.

13
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

14
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 1: SPESIS TERANCAM

Berdasarkan risalah, apakah haiwan-haiwan yang terancam di Malaysia?


A. anjing laut, dugong, tapir
B. tapir, badak sumbu, harimau
C. harimau Malaya, dugong dan cheetah
D. badak Sumatera, dugong dan harimau Malaya

SPESIFIKASI ITEM

Mengenal pasti maklumat: mengesan


maklumat dalam teks tunggal untuk
Kehendak item
mendapatkan maklumat yang
dikehendaki

Kod Item 1

Proses/ Kompetensi Mengesan dan mengenal pasti

Tuntutan Kognitif Rendah

Format Item Aneka pilihan

PANDUAN PENSKORAN

Markah Penuh

Kod 1: D. badak Sumatera, dugong dan harimau Malaya

Tiada Markah

Kod 0: Jawapan lain.

Kod 9: Tiada jawapan

15
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 2: SPESIS TERANCAM

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari risalah, kenal pasti samada pernyataan di
bawah adalah Betul atau Salah. Tandakan (√) pada pilihan jawapan.

Pernyataan Betul Salah

1. Usaha pemuliharaan berjaya mengurangkan


bilangan spesis yang terancam.

2. Pemburuan haram adalah sebab paling


utama bertambahnya bilangan spesis
terancam.

3. Indonesia mempunyai jumlah haiwan


terancam paling tinggi di dunia.

4. Sesetengah haiwan menjadi terancam


kerana bahagian tubuh mereka digunakan
sebagai ubat.

SPESIFIKASI ITEM

Memahami: memahami dan


Kehendak item mengaitkan apa yang dinyatakan
secara jelas dalam ayat atau teks

Kod Item 1

Proses/ Kompetensi Memahami maksud tersurat

Tuntutan Kognitif
Sederhana
Format Item Aneka jawapan kompleks

16
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

PANDUAN PENSKORAN

Pernyataan Betul Salah

5. Usaha pemuliharaan berjaya mengurangkan √


bilangan spesis yang terancam.
6. Pemburuan haram adalah sebab paling √
utama bertambahnya bilangan spesis
terancam.

7. Indonesia mempunyai jumlah haiwan √


terancam paling tinggi di dunia.

8. Sesetengah haiwan menjadi terancam √


kerana bahagian tubuh mereka digunakan
sebagai ubat.

1. Usaha pemuliharaan berjaya mengurangkan bilangan spesis yang terancam.

Markah Penuh
Kod 1: Salah

Tiada Kredit
Kod 0: Betul
Kod 9: Tiada jawapan

2. Manusia merupakan penyebab utama kepupusan haiwan berbanding tumbuh-tumbuhan.

Markah Penuh
Kod 1: Salah

Tiada Kredit
Kod 0: Betul
Kod 9: Tiada jawapan

3. Indonesia mempunyai jumlah haiwan terancam yang tertinggi di dunia.

Markah Penuh
Kod 1: Betul

Tiada Kredit
Kod 0: Salah
Kod 9: Tiada jawapan

17
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

4. Sesetengah haiwan menjadi terancam kerana bahagian tubuh mereka digunakan


sebagai ubat.

Markah Penuh
Kod 1: Betul

Tiada Kredit
Kod 0: Salah
Kod 9: Tiada jawapan

UNIT 2: SPESIS TERANCAM

M ALAYSIA : SPESIS TERANCAM

Jadual 1

Jadual 1 : Spesis Terancam di Malaysia pada 2010 dan 2015


Spesis 2010 2015

Mamalia 45 spesis 50 spesis

Ikan 44 spesis 46 spesis

Amfibia 40 spesis 46 spesis

Burung 30 spesis 40 spesis

Reptilia 21 spesis 21 spesis

Mollusca 15 spesis 19 spesis

Invertebrata yang lain 2 spesis 2 spesis

Tumbuhan 550 spesis 686 spesis

JUMLAH 747 spesis 910 spesis

Sumber: www.researchgate.net

18
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 3: SPESIS TERANCAM

Pada tahun 2010, tumbuh-tumbuhan yang disenaraikan sebagai terancam adalah


sebanyak 550. Manakala, pada 2015 tumbuhan yang terancam adalah 686. Berdasarkan
risalah dan jadual di atas, apa yang menyebabkan situasi ini?
………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

SPESIFIKASI ITEM

Memahami: mengintegrasi maklumat


Kehendak item
bagi keseluruhan teks

Kod Item
1
Proses/ Kompetensi Menghubung kait dan membuat
inferens

Tuntutan Kognitif
Tinggi
Format Item Respon tertutup

PANDUAN PENSKORAN

Markah Penuh

Kod 1: Memberi mana-mana satu sebab yang berikut:

- pembangunan bandar yang pesat/ pembinaan jalan/ pembinaan empangan/ pertanian/


pembalakan

 Terdapat pembalakan berleluasa di negara ini.


 Terdapat perkembangan bandar yang luas.
 Terdapat pembinaan jalan / pembinaan empangan
 Pertanian berleluasa.

19
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Tiada Markah
Kod 0: Memberi jawapan lain yang tidak relevan dan tidak betul.
 Penyakit.
 Musim tengkujuh.
 Musim kemarau
 Terdapat lebih banyak haiwan daripada tumbuh-tumbuhan.

Kod 9: Tiada jawapan

Item 4: SPESIS TERANCAM

Dalam Jadual 1, bilangan haiwan yang telah pupus di Malaysia telah meningkat secara
konsisten dari tahun 2010 hingga 2015. Yang manakah antara ayat-ayat dalam risalah yang
menyokong kenyataan ini? Tandakan (√) untuk jawapan yang betul dan (x) untuk jawapan
yang salah.

√ x

a. Faktor lain termasuk pembunuhan haiwan


kerana nilai perubatan yang dimiliki.
b. Sekurang-kurangnya satu per lima spesis
mamalia di Malaysia berdepan
kepupusan, menjadikan negara ini paling
berbahaya bagi binatang terancam.

c. Saban hari, semakin banyak spesis


menghampiri kepupusan.
d. Di Asia Tenggara, Malaysia adalah
negara kedua selepas Indonesia yang
mempunyai 184 mamalia terancam.

20
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

SPESIFIKASI ITEM

Kehendak item Memahami: mengintegrasi maklumat


bagi keseluruhan teks
Kod Item
1
Proses/ Kompetensi Menghubung kait dan membuat
inferens

Tuntutan Kognitif
Sederhana
Format Item Aneka jawapan kompleks

PANDUAN PENSKORAN

√ x
x
a. Faktor lain termasuk pembunuhan haiwan
kerana nilai perubatan yang dimiliki.

b. Sekurang-kurangnya satu per lima spesis
mamalia di Malaysia berdepan
kepupusan, menjadikan negara ini paling
berbahaya bagi binatang terancam.

x
c. Saban hari, semakin banyak spesis
menghampiri kepupusan.

d. Di Asia Tenggara, Malaysia adalah
negara kedua selepas Indonesia yang
mempunyai 184 mamalia terancam.

a. Faktor lain termasuk pembunuhan haiwan kerana nilai perubatan yang dimiliki.

Markah Penuh
Kod 1 : x

Tiada Markah
Kod 0: √
Kod 9: Tiada jawapan

21
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

b. Sekurang-kurangnya satu per lima spesis mamalia di Malaysia berdepan kepupusan,


menjadikan negara ini paling berbahaya bagi binatang terancam.

Markah Penuh
Kod 1 : √

Tiada Markah
Kod 0: x
Kod 9: Tiada jawapan

c. Saban hari, semakin banyak spesis menghampiri kepupusan.

Markah Penuh
Kod 1 : x

Tiada Markah
Kod 0: √
Kod 9: Tiada jawapan

d. Di Asia Tenggara, Malaysia adalah negara kedua selepas Indonesia yang mempunyai
184 mamalia terancam.

Markah Penuh
Kod 1 : √

Tiada Markah
Kod 0: x
Kod 9: Tiada jawapan

Item 5: SPESIS TERANCAM

Berdasarkan risalah, pilih satu penyelesaian yang dicadangkan untuk menyelamatkan


haiwan terancam. Beri sebab untuk jawapan anda.

………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

22
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

SPESIFIKASI ITEM

Memahami: memahami dan


Kehendak item mengaitkan apa yang dinyatakan
secara jelas dalam ayat atau teks

Kod Item 1

Proses/ Kompetensi Memahami maksud tersurat

Tuntutan Kognitif
Sederhana
Format Item Respon tertutup

PANDUAN PENSKORAN

Markah Penuh

Kod 1: Memilih satu penyelesaian yang dicadangkan untuk menyelamatkan haiwan


terancam dan memberi sebab untuk jawapan. Maklumat dalam Stimulus 1 boleh digunakan
sebagai jawapan

 Saya akan berkata Tidak kepada plastik kerana kurang penggunaan plastik
akan mengurangkan sisa plastik.
 Saya akan menggunakan semula beg membeli-belah saya daripada
menggunakan beg plastik setiap kali saya pergi ke pasar raya kerana ini dapat
mengurangkan jumlah beg plastik di lautan.
 Saya tidak akan menggunakan botol plastik untuk membantu mengurangkan
jumlah berjuta-juta botol yang dilemparkan ke dalam lautan.
 Saya akan berhenti menggunakan peralatan kutleri plastik supaya kurang plastik
dibuang ke dalam lautan.
 Saya akan mengelak daripada menggunakan produk kosmetik yang
mengandungi manik mikro kerana manik mikro boleh menyebabkan kematian
haiwan di lautan.

Tiada Markah

Kod 0: Memilih satu penyelesaian yang dicadangkan untuk menyelamatkan haiwan


terancam dan tidak memberi sebab untuk jawapan.
 Saya akan menghentikan pemerdagangan haiwan daripada berlaku.

23
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

 Saya akan menghentikan pembalakan berlebihan.


 Saya berjanji akan berhenti memakan makanan ringan
Kod 9: Tiada jawapan.

UNIT 3: KEPERCAYAAN KARUT

PISA-like or TIMSS-like:
PISA

Domain:
Literasi Bacaan

Tajuk:
Kepercayaan Karut

Ketika menikmati minum petang, Geena dan neneknya berbual-bual tentang kepercayaan
karut pelbagai budaya. Antara kepercayaannya ialah kucing hitam membawa nasib malang
manakala mengetuk kayu membawa tuah. Geena berminat untuk mengetahui lebih lanjut.

24
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

INDIA
“Awak dah ambil pasport?!” “Di mana kunci kereta?!” “Kita akan
bersarapan di lapangan terbang. Ayuh cepat, kita dah lewat!” Kita
semua pernah meluru keluar apabila telah terlewat. Jika anda berada di
India, anda mungkin tidak akan berbuat demikian. Masyarakat India
percaya bahawa memanggil orang yang telah keluar dari rumah akan
membawa nasib malang. Oleh itu, jika rakan anda bercadang untuk
memulakan perjalanan, pastikan anda mengucapkan selamat jalan
sebelum beliau bertolak!

CHINA
Nombor dipercayai boleh membawa tuah atau malang. Di negara China,
perkataan Kantonis untuk nombor 4 mempunyai bunyi yang sama dengan
perkataan yang membawa maksud kematian. Tidak jumpa aras 4 di hotel
anda menginap? Jangan risau kerana ini adalah perkara biasa. Tanda
aras 4 pada kebiasaannya tiada kerana semua rujukan kepada nombor 4
dilihat sebagai nasib malang.

UK
Kucing hitam adalah satu kemestian dalam sambutan Halloween di UK,
tetapi adakah ia kawan atau pun lawan? Kucing hitam melintas
selalunya dipercayai sebagai membawa tuah dan kemakmuran.
Nampaknya tiada rahsia lagi!

25
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

JEPUN
Fikirkan hal ini semasa anda menepuk bantal anda di malam hari.
Sebuah bantal yang baik boleh membantu anda mendapat tidur yang
lebih nyenyak. Walau bagaimanapun, orang Jepun percaya bahawa tidur
dengan bantal yang menghala ke Utara akan memendekkan umur anda.
Keluarkan kompas anda apabila tiba masanya untuk tidur!

ROMANIA
Ingin melangkah keluar rumah? Jika anda berada di Romania, pastikan
anda keluar melalui pintu yang telah anda gunakan untuk masuk. Ramai
orang Romania percaya bahawa menggunakan pintu yang berlainan
untuk keluar rumah akan membawa nasib malang. Nampaknya nasib
anda tidak berapa baik jika anda tinggal dalam sebuah mahligai.

Diadaptasi dari https://www.comparethemarket.com/travel-insurance/content/worldwide-


superstitions/

Item 1: KEPERCAYAAN KARUT

Mengapakah kadang-kadang label aras empat sukar untuk dijumpai di hotel yang dimiliki
oleh usahawan berbangsa Cina?

A. Nombor empat adalah nombor yang membawa tuah.

B. Aras empat selalu ditutup.

C. Hanya pelancong berpengalaman yang boleh menjumpai aras empat.

D. Label nombor empat telah dibuang kerana dilihat sebagai nasib malang.

26
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

SPESIFIKASI ITEM

Memahami: memahami dan


Kehendak item mengaitkan apa yang dinyatakan
secara jelas dalam ayat atau teks

Kod Item 1

Proses/ Kompetensi Memahami maksud tersurat

Tuntutan Kognitif
Rendah
Format Item Aneka pilihan

PANDUAN PENSKORAN

Markah Penuh

Kod 1: D. Label nombor empat telah dibuang kerana dilihat sebagai nasib malang.

Tiada Markah

Kod 0: Jawapan lain.

Kod 9: Tiada jawapan

Item 2: KEPERCAYAAN KARUT

Mengapakah orang Jepun lebih suka tidur tanpa menghadap arah Utara?
A. Tidur mereka akan terganggu.
B. Ia akan mengakibatkan kematian awal.
C. Mereka perlu menepuk bantal mereka sekali lagi.
D. Hayat mereka lebih panjang jika mereka tidur menghadap arah selatan

27
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

SPESIFIKASI ITEM

Memahami: mengintegrasi maklumat


Kehendak item
bagi keseluruhan teks

Kod Item
1
Proses/ Kompetensi Menghubung kait dan membuat
inferens

Tuntutan Kognitif
Rendah
Format Item Aneka pilihan

PANDUAN PENSKORAN

Markah Penuh

Kod 1: B. Ia akan mengakibatkan kematian awal.

Tiada Markah

Kod 0: Jawapan lain.


Kod 9: Tiada jawapan.

Item 3: KEPERCAYAAN KARUT

Adakah kenyataan berikut dinyatakan berkenaan kepercayaan karut? Tandakan (√) pada
“Dinyatakan” atau “Tidak Dinyatakan” bagi setiap kenyataan.

Kenyataan Dinyatakan Tidak Dinyatakan

i. Kepercayaan karut sering


dikaitkan dengan nasib malang.

ii. Setiap negara mempunyai


kepercayaan karut masing-
masing.

iii. Kepercayaan karut berfungsi


sebagai langkah berjaga-jaga
bagi setiap individu.

iv. Kepercayaan karut membawa


kesan positif kepada mereka
yang mempercayainya.

28
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

SPESIFIKASI ITEM

Memahami: mengintegrasi maklumat


Kehendak item
bagi keseluruhan teks

Kod Item
1
Proses/ Kompetensi Menghubung kait dan membuat
inferens

Tuntutan Kognitif
Rendah
Format Item Aneka jawapan kompleks

PANDUAN PENSKORAN

Tidak
Kenyataan Dinyatakan
Dinyatakan

i. Kepercayaan karut sering


dikaitkan dengan nasib malang.

ii. Setiap negara mempunyai


kepercayaan karut masing-

masing.

iii. Kepercayaan karut berfungsi


sebagai langkah berjaga-jaga

bagi setiap individu.

iv. Kepercayaan karut membawa


kesan positif kepada mereka

yang mempercayainya.

i. Kepercayaan karut sering dikaitkan dengan nasib malang.

Markah penuh

Kod 1: Dinyatakan

Tiada markah
Kod 0: Tidak Dinyatakan
Kod 9: Tiada jawapan

29
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

ii. Setiap negara mempunyai kepercayaan karut masing-masing.

Markah penuh

Kod 1: Dinyatakan

Tiada markah
Kod 0: Tidak Dinyatakan
Kod 9: Tiada jawapan

iii. Kepercayaan karut berfungsi sebagai langkah berjaga-jaga bagi setiap individu.

Markah penuh

Kod 1: Dinyatakan

Tiada markah
Kod 0: Tidak Dinyatakan
Kod 9: Tiada jawapan

iv. Kepercayaan karut membawa kesan positif kepada mereka yang mempercayainya.

Markah penuh

Kod 1: Tidak Dinyatakan

Tiada markah
Kod 0: Dinyatakan
Kod 9: Tiada jawapan

30
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

UNIT 3: KEPERCAYAAN KARUT

Victoria79 Dipaparkan 20 April


2019
post#8

Saya langsung tidak mempercayai kepercayaan karut. Ramai orang menyebut


“touchwood” (sentuh kayu) untuk mendapat tuah, tetapi saya tidak buat pun. Yang
sebenarnya, saya tidak rasa kejayaan hidup ada kena mengena dengan tuah. Pada
pendapat saya anda perlu tahu apa yang anda mahukan dan bekerja keras untuk
mendapatkannya. Itu yang menjadikan seseorang itu bertuah.

Ben_34h1r0 Dipaparkan 23 April


2019
post#14

Adakah terdapat sebab tertentu untuk kita mempercayai kepercayaan karut? Mungkin
tidak, tetapi kita semua tidak tahu. Jika saya ternampak sebuah tangga melintang jalan
saya contohnya, saya selalunya tidak akan melangkahnya. Saya cuma tidak mahu
mengambil sebarang risiko, itu sahaja. Lagi pun, saya rasa orang tua-tua mempercayai
perkara ini kerana mereka mahu mengelakkan sebarang kemalangan menimpa keluarga
mereka. Ianya sebagai amaran awal. Tiada salahnya mengamalkan kepercayaan karut,
kan?

Prasad_80 Dipaparkan 24 April


2019
post#18

Saya tidak pernah menyentuh kayu, melempar garam di atas bahu saya, membawa
barang yang bertuah. Saya tidak faham akan orang yang masih mempercayai
kepercayaan yang karut marut pada hari ini. Kita sepatutnya melupakannya dan
meninggalkannya di masa lampau. Saya sudah tentu tidak akan mengajar anak-anak saya
untuk mempercayai hal-hal mengarut tersebut. Saya percaya jika mereka disogokkan
dengan kepercayaan karut terutamanya yang berkaitan dengan nasib malang, kanak-
kanak akan hidup dalam ketakutan.

Yuki89_1n4w4r4 Dipaparkan 27 April


2019
post#27

Saya rasa kesemuanya sangat menarik! Tahukah anda bahawa setiap kepercayaan karut
mempunyai ceritanya yang tersendiri? Saya suka mempelajari tentang setiap asal-
usulnya dan bagaimana ia telah berubah. Kepercayaan karut kita telah menjadi
sebahagian dari cara kita berfikir dan bercakap. Setiap negara di dunia ini mempunyai
kepercayaan karut masing-masing, dan saya rasa kesemuanya menarik.

8lly_vz Dipaparkan 27 April 2019

post#30

Saya pernah dipanggil semula oleh ibu saya dalam perjalanan ke tempat kerja. Saya tiada
pilihan lain selain dari bersetuju dan berpatah balik. Akibatnya saya mengalami beberapa
peristiwa malang. Kereta saya rosak. Saya terpaksa berjalan sejauh enam blok untuk
sampai ke pejabat. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan saya basah kuyup, lewat

31
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

sampai ke pejabat dan dimarahi oleh majikan saya. Dan yang paling menyedihkan,
kenaikan pangkat yang sepatutnya saya terima hari itu, diberikan kepada rakan sepejabat
saya. Kepercayaan karut betul-betul menyusahkan saya!

Cice6543 Dipaparkan 30 April


2019

post#30

Kasihan anda 8lly_vz! Memang bukan hari anda. Saya berdoa supaya anda akan
dinaikkan pangkat di tempat lain. Saya tidak mempercayai kepercayaan karut, tetapi saya
percaya semua yang terjadi ada sebabnya.

Diadaptasi dari: https://www.lingq.com

Item 4: KEPERCAYAAN KARUT

Adakah 8lly_vz percaya pada kepercayaan karut? Berikan sebab bagi jawapan anda.

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

SPESIFIKASI ITEM

Menilai dan membuat refleksi: menilai


Kehendak item dan menentukan cara penulis
menyatakan pandangan

Kod Item
2
Proses/ Kompetensi Membuat refleksi terhadap kandungan
dan bentuk teks

Tuntutan Kognitif
Sederhana

Format Item Respon terbuka

32
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

PANDUAN PENSKORAN

Markah Penuh

Kod 2 : Menjawab ‘Ya’ dan mengaitkan kejadian yang berlaku kepada 8lly_vz sebagai
sebab mengapa 8lly_vz mempercayai kepercayaan karut.
 Ya, kerana beliau mengalami beberapa peristiwa malang.
 Ya, kerana beliau percaya peristiwa malang yang dialami beliau terjadi kerana beliau
berpatah balik.

Separuh Markah

Kod 1 : Menjawab ‘Ya’ dan memberi contoh kejadian yang berlaku kepada 8lly_vz.
 Ya, kerana keretanya rosak.
 Ya, kerana beliau terpaksa berjalan sejauh enam blok untuk sampai ke pejabatnya.
 Ya, kerana beliau tidak dapat kenaikan pangkatnya.
ATAU
Menjawab ‘Saya tidak tahu’ dan menyatakan mengapa ia sukar dipastikan.
 Saya tidak tahu kerana beliau tidak menyatakan beliau percaya pada kepercayaan
karut.

Tiada markah

Kod 0: Menjawab ‘Tidak’; ATAU memberikan jawapan yang tidak relevan.


 Tidak, kerana dia tidak menyatakan dia percaya pada kepercayaan karut.
 Tidak, kerana kita tidak patut mempercayai kepercayaan karut.
 Saya suka kepercayaan karut.
Kod 9: Tiada jawapan

33
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 5: KEPERCAYAAN KARUT

Siapakah di antara mereka yang memberi komen mempercayai kepercayaan karut?


Berikan sebab bagi jawapan anda.
………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

SPESIFIKASI ITEM

Menilai dan membuat refleksi:


Kehendak item menilai dan menentukan cara
penulis menyatakan pandangan

Kod Item
2
Proses/ Kompetensi Membuat refleksi terhadap
kandungan dan bentuk teks

Tuntutan Kognitif
Sederhana

Format Item Respon terbuka

PANDUAN PENSKORAN

Markah Penuh

Kod 2 : Memberi satu nama dan alasan yang berkaitan (menggunakan perkataan sendiri)
mengapa beliau percaya pada kepercayaan karut.
 Ben_34h1r0, kerana beliau menyatakan lebih baik selamat dari menyesali sebarang
kejadian.
 8lly_vz, kerana beliau menyalahkan dirinya sendiri yang tidak mengikuti
kepercayaan karut tersebut yang mengakitkan beliau mengalami beberapa peristiwa
malang.

Separuh Markah
Kod 1 : Memberikan satu nama dan alasan yang berkaitan (mengambil contoh dari teks)
mengapa beliau percaya pada kepercayaan karut.
 Ben_34h1r0, kerana jika beliau ternampak sebuah tangga melintangi jalan beliau
tidak akan melangkahnya.

34
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

 Ben_34h1r0, kerana beliau berkata tiada salahnya mengamalkan kepercayaan


karut.
 8lly_vz, kerana beliau berkata kepercayaan karut benar-benar menyusahkan beliau.

Tiada Markah

Kod 0: Memberi lain-lain nama.


 Victoria79
 Prasad_80
 Yuki89_1n4w4r4
 Cice6543
Kod 9: Tiada jawapan

35

Anda mungkin juga menyukai