Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah memupuk perpaduan

Perpaduan merujuk kepada suasana dan ikatan mesra antara rakyat dalam
sesebuah negara. Senario ini amat mengecewakan kerana pembangunan
negara kita yang pesat sejak merdeka akan terjejas disebabkan pergaduhan dan
pergolakan politik dalaman. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka
langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik haruslah dijalankan
secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga akar umbi.

Peranan ibu bapa dan barisan pendidik merupakan wahana dalam membina
generasi masa hadapan yang mementingkan keharmonian antara kaum.
Barisan pendidik di sekolah juga memainkan peranan signifikan dalam
menerapkan nilai murni ke dalam sanubari anak murid. Melalui pengajaran
subjek pendidikan moral dan sivik kewarganegaraan, barisan pendidik dapat
memberikan bimbingan dan nasihat yang berterusan untuk membentuk
sahsiah positif dalam para murid. Yang kita pastikan ialah gabungan usaha
antara ibu bapa dengan barisan pendidik dapat memupuk nilai perpaduan
dalam generasi muda.

Selain itu, pada masa ini juga aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan
perpaduan kaum di negara kita. Melalui penganjuran aktiviti gotong-royong,
masyarakat dapat memupuk semangat bekerjasama bak aur dengan tebing
untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat
kediaman. Aktiviti sebegini mampu menjamin keceriaan kawasan kediaman
masyarakat dan juga membuka ruang serta peluang komunikasi antara jiran
tetanggaSecara tidak langsung, persefahaman antara kaum dapat diwujudkan
dan hubungan erat bak isi dengan kuku dapat dijalin. Dengan perkataan lain,
aktiviti kemasyarakatan merupakan saluran yang paling berkesan untuk
memupuk perpaduan kaum.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa media massa


merupakan rangkaian perhubungan yang banyak digunakan dalam era
globalisasi ini. Siaran program sudah pasti dapat menerapkan nilai perpaduan
dalam jiwa masyarakat secara berunsur-unsur terutamanya jika unsur hiburan
turut diselitkan dalam program tersebut. Sesungguhnya, perpaduan kaum akan
tercapai dengan lebih mudah melalui peranan media massa.

Dalam sistem perundangan negara kita, rakyat diberikan hak kebebasan


bersuara. Namun demikian, rakyat Malaysia seharusnya menghindari sebarang
tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Rakyat negara kita
haruslah mengawal nafsu diri dan tidak mengambil kesempatan dengan
mencetuskan isu sensitif dan kontroversi. Hal ini dapat mengelakkan muhibah
dan perpaduan kaum daripada terjejas kerana bak kata pepatah, mencegah
lebih baik daripada mengubati. Justeru, peranan rakyat sendiri tidak boleh
dinafikan kepentingannya dalam usaha memupuk perpaduan kaum di negara
kita.

Konklusinya, perpaduan merupakan tunjang dan asas negara Malaysia. Semua


pihak haruslah menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk memainkan
peranan masing-masing dalam menerbitkan semangat perpaduan dalam
sanubari sendiri dan orang lain. Jika semua masyarakat berganding bahu,
ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perpaduan
rakyat dapat dicapai dan diggenggam erat. Dengan ini diharapkan peristiwa
hitam seperti 13 Mei 1969 dapat dielakkan daripada berulang kembali. Demi
merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama menyeru
sahutan kerajaan dan berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni
dan bersatu.

Anda mungkin juga menyukai