Anda di halaman 1dari 2

Moral Folio Esei

1.Perpaduan antara kaum di Malaysia , kepentingan dan cara memupuknya

Sebelum memasuki konteks , marilah saya berkongsi tentang definisi perpaduan. Perpaduan boleh
ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya
melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat
merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik yang
bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan .Hal ini membuatkan
keadaan Malaysia yang berisiko tinggi berlakunya salah faham dan pengaduhan antara kaum.
Suasana ini perlulah diatasi secara cepat mungkin oleh masyarakat Malaysia kerananya semangat
perpaduan adalah sesuatu yang penting kepada negara kita. Persoalannya, apakah kepentingan
perpaduan antara kaum dan cara memupuknya.

Antara perkataan yang telah disebut , perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita
haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi
sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini
seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan
ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini.
Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama
dan semua yang semangat perpaduan, kita dapat mengekalkan kestabilan politik di negara , juga
menghasilkan suasana harmoni dan mesra kepada rakyat .

Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan oleh rakyat untuk melahirkan perasaan
cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di
negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan
dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat perpaduan tinggi akan melahirkan kekuatan
dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara
kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya. Sememangnya , sebuah
negara yang mempunyai rakyat yang perpaduan akan lebih mudah dan efesien dalam mengatasi
cabaran yang dihadapi.

Seterusnya, Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling
menghormati antara satu sama lain dan bertoleransi, ini disebabkan faktor rasa bersama dan
kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur
begitu sahaja jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak
kita kecil lagi. Semua ini jelas menunjukan mengamal semangat perpaduan antara kaum merupakan
aspek yang penting.

Untuk menikmati kesan yang dibawa oleh semangat perpaduan antara kaum ,beberapa cara
harus dijalan untuk mengekal dan memupuk perpaduan kaum di Malaysia . Antaranya , Cara paling
penting ialah penggunaan Bahasa kebangsaan. Hal ini demikian, penggunaan satu bahasa
perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa
menimbulkan rasa curiga. Sebagai contohnya, bahasa melayu digunakan semasa berkomunikasi
dengan kaum lain. Jelaslah, langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara
kaum di negara ini. Oleh itu sistem Pendidikan Negara haruslah mengamalkan semua murid belajar
dan mengguna Bahasa Malaysia .
Dari perspektif yang lain , ibu bapa memang bermain peranan yang penting dalam mengajar anak
tentang semangat perpaduan . ibu bapa harus bersikap nilai bertanggungjawab dengan memupuk
dan mengajar kanak-kanak tentang semangat hidup bermasyarakat tanpa mengira warna kulit,
budaya, kepercayaan dan agama. Hal ini demikian, Mereka perlu mendidik anak-anak agar
mengamalkan semangat kejiranan sejak kecil lagi kerana jika hendak melentur buluh biarlah
daripada rebungnya. Misalnya, semasa meraikan perayaan kaum dan agama, ibu bapa sewajarnya
rnengamalkan sikap bertukar makanan dan ziarah menziarahi dalam kalangan penduduk setempat
Dengan ini, perpaduan kaum dapat dipupuk dan nilai HIDUP BERSAMA SECARA AMAN dapat
digamalkan.

Seterusnya, perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti bermasyarakat. Hal ini demikian,
dapat memupuk nilai SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA dalam kanak kanak dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Sebagai
contohnya, aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan
aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti
kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu
ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama. Jadi , ibu bapa seharusnya memupuk
anak anak melibat diri dalam aktiviti bermasyarakat

Tambahan pula, pihak kerajaan mestilah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengadakan
kempem dan ceramah tentang topik kepentingan memupuk semangat perpaduan dan cara
memupuknya kepada murid murid serta masyarakat. Hal ini dijalankan untuk menyedarkan
masyarakat, juga untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka atas kes yang serius ini supaya
mereks dapat membuat tindakan yang sesuai. Mempunyai rakyat yang mengamal nilai
kersedarhanaan memang dapat mengatasi cabaran ini secara lebih efesien

Konklusinya, terdapat pelbagai nilai murni yang harus diamalkan jika ingin memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
hanya dapat dicapai apabila rakyat Malaysia sanggup menyumbangkan daya usaha dan kerjasama
yang padu kepada kerajaan untuk membina integrasi nasional, bak kata pujangga, “bersatu teguh,
bercerai roboh”. Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan integrasi kebangsaan yang kukuh
merupakan batu asas untuk membina sebuah negara yang maju dan disegani oleh negara-negara
lain kerana “Perpaduan Teras Kejayaan”. Marilah kita bersama-sama mewujudkan perpaduan dalam
negara untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia dan seterusnya Wawasan 2020 demi masa
depan negara yang gilang-gemilang. Saya percaya bahawa Malaysia boleh!

Anda mungkin juga menyukai