Anda di halaman 1dari 1

Moral Folio Esei

1.Perpaduan antara kaum di Malaysia , kepentingan dan cara memupuknya

Sebelum memasuki konteks , marilah saya berkongsi tentang definisi perpaduan. Perpaduan boleh
ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya
melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat
merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik yang
bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan .Hal ini membuatkan
keadaan Malaysia yang berisiko tinggi berlakunya salah faham dan pengaduhan antara kaum.
Suasana ini perlulah diatasi secara cepat mungkin oleh masyarakat Malaysia kerananya semangat
perpaduan adalah sesuatu yang penting kepada negara kita. Persoalannya, apakah kepentingan
perpaduan antara kaum dan cara memupuknya.

Antara perkataan yang telah disebut , perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita
haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi
sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini
seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan
ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini.
Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama
dan semua yang semangat perpaduan, kita dapat mengekalkan kestabilan politik di negara , juga
menghasilkan suasana harmoni dan mesra kepada rakyat .

Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan oleh rakyat untuk melahirkan perasaan
cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di
negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam
negara. Warganegara yang memiliki semangat perpaduan tinggi akan melahirkan kekuatan dalam
mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan
negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya. Sememangnya , sebuah negara
yang mempunyai rakyat yang perpaduan akan lebih mudah dan efesien dalam mengatasi cabaran
yang dihadapi.

Seterusnya, Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling
menghormati antara satu sama lain dan bertoleransi, ini disebabkan faktor rasa bersama dan
kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur
begitu sahaja jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak
kita kecil lagi. Semua ini jelas menunjukan mengamal semangat perpaduan antara kaum merupakan
aspek yang penting.

Anda mungkin juga menyukai