Anda di halaman 1dari 20

MINGGU:

Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau


bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum
dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur
dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan
seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah
satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.
Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun dan
Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang
cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman
dikalangan kaum di Malaysia.

KEPENTINGAN PERPADUAN

.
MINGGU:

Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang


menyatu padukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta
dan bangga akan tanah air. Di samping itu juga,definisi perpaduan menurut Kamus
Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian,
kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan
sebagainya.Perpaduan ini juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang
menyatu padukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
cintadan banggakan tanahair. Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan
sebagaisatu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu
ikatan yang sepadu, kuat dan maju
MINGGU:

Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara


seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan bersama di kalangan mereka.

Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada


perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar
belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

Hasil daripada definisi perpaduan yang diperoleh jelas


menunjukkkan bahawa perpaduan ini merupakan satu bentuk ikatan
kerjasama ataupn penyatuan sesuatu individu atau kelompok dengan yang
lain di dalam suatu masyarakat. Perpaduan adalah pandu ukur yang sangat
penting sekali dalam membentuk suatu masyarakat dalam sesebuah
negara mahupun serata dunia yang berkongsi budaya, adat resam, agama,
bahasa dan lainnya.
MINGGU:

Perpaduan merupakan satu keperluan yang tidak dapat dipisahkan


oleh mana-mana masyarakat dalam sesebuah negara demokrasi. Usaha
untuk mencapai perpaduan bukan satu tindakan yang mudah untuk
dilaksanakan oleh kerajaan sesebuah negara. Ia sering dilanda oleh
pelbagai masalah yang berpunca dari tiga sumber iaitu pembangunan dan
pendapatan yang tidak seimbang dalam kalangan rakyat pelbagai
keturunan bangsa, wilayah-wilayah dalam sesebuah negara sering
berpecah dan membentuk sebuah negara baru., serta tiada persefahaman
rakyat yang terdiri dari berbilang bangsa. Masalah menjadi semakin
serius apabila terdapat perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat
resam.
MINGGU:

Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan

asimilasi. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti

nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi

kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-


kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan
sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender
Zanden, seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam mana
kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara
berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
MINGGU:

Amalan Rumah Terbuka 1Malaysia yang diadakan bagi meraikan satu-satu


perayaan dilihat mampu memupuk perpaduan. Rakyat Malaysia yang
berbilang kaum akan saling berkenalan, bermesra dan merasai juadah enak
yang disediakan.

Hal ini sudah pasti akan dapat mengeratkan hubungan sekali gus memupuk
semangat perpaduan yang utuh. Selain itu amalan ziarah-menziarahi,
tolong–menolong dan semangat kejiranan terutama dalam kalangan
pelbagai kaum perlu dijadikan budaya kita.

Perpaduan kaum juga boleh dipupuk melalui amalan bersukan. Contoh


terbaik ialah menjadikan minggu ke dua bulan Oktober setiap tahun sebagai
hari aktiviti sukan di tempat tinggal kita seiring dengan penganjuran Hari
Sukan Negara.
MINGGU:

Kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bersatu kerana kita


berkongsi harapan, aspirasi dan impian yang sama. Kita semua harus
bangga mengenali diri kita sebagai rakyat Malaysia. Saya sentiasa
percaya untuk menjadi rakyat Malaysia tidak menjadikan orang Melayu,
Cina, India, Kadazan, Iban atau Bidayuh kurang identiti masing-masing.

Perpaduan dan integrasi negara akan lebih kuat dan lebih bersemangat
menerusi penanaman nilai patriotisme. Sejarah telah membuktikan
bahawa Malaysia dapat mengatasi sebarang cabaran apabila rakyatnya
bersatu.

Kepelbagaian kita ialah kekuatan kita dan resipi kejayaan dalam mencapai
kemajuan dan peningkatan sosioekonomi, serta keupayaan kita untuk
mengatasi pelbagai masalah. Rakyat Malaysia yang berbeza etnik, agama
dan warna kulit melengkapi antara satu sama lain dan kepelbagaian kita
tidak boleh menjadi halangan bagi kita untuk menjalani kehidupan yang
bersatu dan harmoni.
MINGGU:

Semua rakyat Malaysia, terutama generasi muda, perlu menghayati


konsep perpaduan di bawah 1Malaysia dengan setiap orang menerima
keunikan orang lain supaya kita dapat hidup bersama dalam saling
menghormati dan percaya. Ini kunci kepada negara yang aman dan
kesejahteraan rakyat.

Bangsa dan pembangunan negara tidak akan bermakna jika generasi


muda tidak diserapkan dengan nilai-nilai yang sesuai untuk mengisi
peranan warganegara dan kepemimpinan hari ini.

Belia kita mesti mempunyai keupayaan dan mengambil inisiatif untuk


menjadi ‘pembina jambatan antara etnik’ untuk meningkatkan hubungan
etnik di negara ini dengan meneutralkan politik kebencian, polarisasi kaum
dan eksklusif kaum yang nampaknya semakin meningkat sekarang.
MINGGU:

Perpaduan adalah hadiah tidak ternilai dan perlu dipelihara serta


dihargai semua rakyat di dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Aktivis Masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata perpaduan


terhasil apabila rakyat daripada pelbagai etnik dan agama saling
menghormati antara satu sama lain dan sentiasa berhati-hati dan
menyedari sensitiviti agama dan budaya masing-masing demi keharmonian
antara kaum.

Menurutnya, di Malaysia, perpaduan dalam komuniti pelbagai kaum


adalah sebahagian daripada sejarah dan warisan.

"Ia menjadi sumber penting integrasi kaum selama bertahun-tahun


dan pastinya memainkan peranan penting dalam menjadikan Malaysia
tempat yang harmoni untuk hidup, belajar, bekerja dan bermain.
MINGGU:

Perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi


perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah
amat penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta
menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.

Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan


kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat
yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab
masing-masing.

Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan


nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati,
penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan


yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar.
Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan
masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
MINGGU:

Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan
bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar.
Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakatdan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dannilai bersama serta perasaan cinta
dan bangga akan tanah air.

Di samping itu juga,definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994


mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan
perihal berpadu iaitubergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.Perpaduan
atau solidarity ini juga dapat didefinisikan sebagai satu prosesyang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap
anggotamasyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cintadan banggakan tanahair. Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan
perpaduan sebagaisatu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam
satu ikatan yangsepadu, kuat dan maju.
MINGGU:

Perpaduan bermaksud kesatuan masyarakat yang diidamkan sebagai


menjadi matlamat akhir negara Malaysia yang berbilang etnik.

Detik-detik perpaduan terus juga muncul dengan kerap dari waktu ke


waktu yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh melupakan
seketika perbezaan antara mereka. Apabila pasukan bola sepak Malaysia
menang mengalahkan pasukan Thailand tempoh hari seluruh Malaysia
bersatu terdengar bergegar sorak kegembiraan. Detik perpaduan ini
lebih kita rasakan keintimannya apabila datangnya Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baharu Cina, Deepavali, Gawai dan Keamatan kerana ketika itu
semua rakyat Malaysia merayakannya bersama-sama.

Rujuk dan hayatilah Rukun Negara, suatu wadah bagi menghimpun


semangat bekerjasama, bersefahaman dan berperadaban tinggi. Dengan
cara ini, rakyat Malaysia akan terus berbangga kerana dapat hidup dalam
suasana rukun damai, selain mendapat sanjungan masyarakat dunia.
MINGGU:

Perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat


untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta
dan banggakan negara.

Oleh itu pengertian bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat


diertikan sebagai bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang
digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok
manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain) yang
berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di
dalam sesebuah negara.
MINGGU:

NEGARA kita Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal


dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan.Kita sering
mencanangkan negara kita merupakan sebuah negara yang harmoni, aman
dan damai.Semua bangsa dapat bekerjasama secara kolektif dan
mengamalkan prinsip-prinsip jitu perpaduan.

Adakah kita semua sudah berpuas hati dengan segala yang ada sekarang?
Atau kita mampu mengubahnya supaya ia menjadi lebih harmoni lagi?

Dari segi semantik bahasa, perkataan 'perpaduan' ini asalnya dari


perkataan 'padu' iaitu 'mampat', 'pejal' dan 'padat'.

Maka perkataan perpaduan membawa maksud 'penggabungan'. Selain itu,


secara definasinya pula, perpaduan merupakan satu keadaan rakyat dari
pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai
satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada
identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembangaan Persekutuan
dan Rukun Negara.
MINGGU:

Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari


pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan
ini dapat dilihat melalui bahasa, politik ,ekonomi , tempat tinggal dan
hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, kaum
India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat kaum
Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga
dianggap sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk
orang Asli . Intergasi pula membawa maksud penyatuan kelompok
masyarakat yang mempuntai latar belakang yang berbeza ,lalu menjadi
satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga
berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat
melalui identiti bersama kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada
kemerdekaan negara yang berdaulat .
MINGGU:

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang


dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia
merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia.
Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains
kemasyarakatan.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat
ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan
nilai saling. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa
teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial
ataupun masyarakat.
MINGGU:

Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping


penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana
berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu
Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan
keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta
berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.
Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya
tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta
merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.
MINGGU:

Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat


dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat
hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan
damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat
pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan
lancar.

Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan


tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang
dan melaksanakan pembangunkan dengan lancar untuk meningkatkan
taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak
kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara
yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke
Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang
pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber
pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
MINGGU:

Menurut Kamus Dewan, perpaduan berasal daripada kata akar


'padu' , yang bermaksud bergantung, bersatu, bercampur untuk menjadi
satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-
sungguh. Maksudnya sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan kepada
kita bahawa untuk menjadi kuat dan kukuh, tiada cara lain melainkan
melalui perpaduan. Bagi kita rakyat Malaysia, yang pelbagai bangsa dan
fahaman ini, perpaduan bermaksud kita semua mestilah bersatu,
bermuafakat, bekerjasama, dan berunding untuk menjadi satu bangsa
yang kuat.

Perpaduan amat penting untuk mewujudkan keamanan. Perpaduan


bukan sahaja perlu diamalkan antara kaum yang berlainan agama, bangsa,
dan kebudayaan, malahan antara sesama kaum itu sendiri. Sudah terlalu
banyak contoh bagaimana sesebuah negara menjadi hancur akibat
rapuhnya perpaduan di kalangan rakyatnya.
MINGGU:

Perpaduan kaum yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu
diperkukuhkan lagi dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan
bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat menwujudkan suasana negara
yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin dan memberi
kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang
mempunyai kestabilan politik dan keselamatan yang terjamin akan
memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat
menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara.

Nilai-nilai murni seperti hormat menghormati dan saling


mempercayai perlu wujud di kalangan rakyat negara ini. Setiap kaum perlu
menghindari perasan curiga dan syak wasangka kerana setiap kaum akan
mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap kaum bebas mengamal dan
menganuti agama, budaya dan adat resam masing-masing di samping kaum
yang lain perlu menghormati.

Anda mungkin juga menyukai