Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : KEPENTINGAN PERPADUAN

Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan bahawa
perpaduan kaum di Malaysia semakin baik antara sesama kaum . Hal ini kerana semangat
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Melayu , India dan Cina amatlah penting untuk
memastikan negara tidak dijajah demi ketenteraman negara . Sekiranya masyarakat tidak
mengambil kesah tentang pentingnya perpaduan , matlamat negara untuk menjadi negara
yang maju agak sukar kerana sehingga kini masih berlaku perbalahan atau perselisihan faham
antara satu sama lain . Sebagai contoh , pada 13 Mei 1969 , sebuah insiden rusuhan yang
berlaku di Malaysia disebabkan perpaduan kaum telah meragut banyak nyawa serta harta
benda . Peristiwa ini juga merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia . Oleh
itu , kita mestilah menjadikan peristiwa tersebut sebagai pengajaran untuk kita saling
menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain dan bersikap berat sama dipikul ,
ringan sama dijinjing agar harapan negara untuk bergerak satu langkah kehadapan sebagai
negara yang maju dapat dicapai .

     Semangat nasionalisme antara kaum juga sangat penting bagi memastikan negara kita
bebas dari sebarang penjajah . Antara kepentingan untuk memantapkan perpaduan kaum di
Malaysia adalah dengan mewujudkan masyarakat yang harmoni . Hal ini kerana , sikap saling
bertegur sapa antara satu sama lain dapat membuang rasa ego dalam diri kita . Suasana yang
harmoni terbentuk apabila rakyat mementingkan dan menunjukkan cara hidup yang positif .
Contohnya , perpaduan kaum dapat dipupuk dengan melakukan sebarang aktiviti yang
melibatkan semua bangsa seperti gotong-royong . Sikap kerjasama dan saling membantu
yang dapat ditunjukkan mampu memberikan impak yang positif kepada masyarakat yang lain
. Jika masyarakat di seluruh Malaysia mengamalkan sikap yang positif , kita semestinya
mampu mempertahankan negara kerana masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan bersatu
hati untuk mengekalkan perpaduan kaum ibarat sakit sama mengaduh , luka sama mengiuk .

     Selain itu , pada masa ini juga perpaduan kaum dapat meningkatkan imej negara di mata
dunia . Dalam hal ini identiti negara sentiasa berada di pentas dunia . Sekiranya kita mampu
menunjukkan sikap yang baik dalam perpaduan kepada negara lain , tentunya mereka pasti
yakni mereka mahu menjadikan negara kita sebagai contoh untuk meningkatkan perpaduan
negara . Bukan itu sahaja , negara kita juga mempunyai pelbagai kaum. Hal ini akan
memberikan tanda tanya kepada negara lain bagaimana kita menyatupadukan kaum walaupun
berlainan kaum . Sebagai contoh , jika terdapat sebuah negara lain yang mempunyai masalah
dalam isu perkauman . Negara Malaysia paling sesuai untuk dijadikan contoh kerana
persefahaman , toleransi dan saling menghormati antara pelbagai kaum serta agama di negara
ini merupakan amalan penting dalam mewujudkan identiti Malaysia . Oleh itu , kita mestilah
mempunyai amalan nilai murni dalam diri bagi mengekalkan perpaduan agar negara kita
dapat menjadi contoh kepada negara lain betapa pentingnya perpaduan dalam sesebuah
negara seperti serumpun bak serai , sesusun bak sirih . 

     Seterusnya , kita dapat menyaksikan bahawa kepentingan perpaduan kaum juga dapat
meningkatkan ekonomi negara . Dengan perpaduan kaum , kita dapat mewujudkan sektor
ekonomi yang berjalan dengan lancar kerana setiap majikan dalam sektor ekonomi mampu
memberikan kerjasama dan menjalinkan hubungan yang baik sesama majikan mahupun
dengan pekerja yang berbilang kaum . Bekerja dalam situasi ataupun suasana yang aman juga
dapat mengelakkan daripada berlakunya kejatuhan ekonomi . Lazimnya , dengan keadaan
negara yang baik , pelabur dari negara luar tidak akan berasa bimbang jika mereka mahu
melabur di negara kita . Dengan berbuat demikian , ekonomi negara kita akan dapat
berkembang dengan lebih pesat . Keadaan negara yang aman juga mampu menjana ekonomi
negara kerana masyarakat Malaysia semestinya bersatu padu untuk memulihkan dan
membangunkan sektor ekonomi negara . Oleh itu , kita mestilah sentiasa menjaga hubungan
sesama masyarakat agar tidak berlaku perselisihan faham yang menyebabkan wujudnya rasa
hasad dengki antara satu sama lain kerana sama lebur , sama binasa .

      Akhir sekali , perpaduan kaum dapat menarik kedatangan pelancong ke negara kita .
Sebagaimana yang kita tahu , sektor pelancongan juga merupakan sumber pendapatan
negara . Di Malaysia , kita mempunyai pelbagai budaya yang berbeza kaum . Hal ini
merupakan satu cara untuk menarik minat mereka untuk mengenali pelbagai budaya di
Malaysia . Pelancong dari luar negara bukan sahaja menikmati percutian , malahan mereka
juga melihat bagaimana cara kita melayani mereka sepanjang mereka berada di negara kita .
Dalam konteks ini , segelintir masyarakat juga ada yang bertungkus lumus untuk menjadi
contoh yang terbaik kepada pelancong dari luar negara . Sebagai contoh , terdapat segelintir
masyarakat yang kurang pengetahuan dalam berbahasa Inggeris tetapi mereka tetap berusaha
untuk memberi layanan yang baik kepada setiap pelancong dari negara lain . Hal ini
membuktikan bahawa perpaduan kaum di negara kita dapat memberikan impak yang baik .
Oleh itu , kita mestilah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan perpaduan agar pelancong
dari luar negara berminat untuk melancong ke negara kita kerana bersatu teguh , bercerai
roboh . 

     Kesimpulannya , terdapat pelbagai kepentingan perpaduan yang bukan sahaja dapat


mengekalkan perpaduan , malahan mampu menaikkan nama Malaysia di persada dunia . Hal
ini kerana , sikap masyarakat Malaysia dalam menangani isu perkauman dapat memberi
impak yang baik walaupun ada berlaku perselisihan faham . Masyarakat Malaysia juga
mempunyai amalan nilai murni dalam diri seperti tolong-menolong . Lazimnya , amalan
tolong-menolong akan menyebabkan hubungan kita antara masyarakat yang lain bertambah
erat . Hal ini penting dalam meningkat perpaduan kaum kerana amalan seperti ini juga dapat
menjadi contoh kepada masyarakat yang lain . Keadaan ini tentunya akan menyebabkan
seluruh masyarakat Malaysia mempunyai amalan nilai murni dalam diri . Hal ini
membuktikan bahawa masyarakat Malaysia sememangnya masyarakat yang sangat proaktif
dalam meningkatkan perpaduan kaum . Oleh itu , kita sebagai masyarakat di Malaysia
mestilah bersatu padu untuk mempertahankan negara supaya negara kita terus dalam
keadaaan aman dan makmur dan sentiasa berpegang pada kata-kata hikmah bersekutu
bertambah mutu .

Anda mungkin juga menyukai