Anda di halaman 1dari 5

Setiap tahun menjelang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia tidak asing lagi

dengan tema sambutan yang silih berganti. Jika slogan tersebut dibaca dan diteliti, ia akan
membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama
di negara ini agar hidup bersatu-padu, saling menghormati antara satu sama lain serta saling
membantu sesama jiran tetangga.
Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi
kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah
elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh
sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat
mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?
Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk
persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilainilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari
rebungnya.
Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga
disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau
perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan
membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai jenis kaum dan etnik.
Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya
bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai
pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan
mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi
muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.
Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatupadu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan
memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan
pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains,
persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah.
Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan
pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu
kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isuisu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan
mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi
menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.

Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat
memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan
permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus
dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.
Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku
dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia
akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat
Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh
mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah
tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat
merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.
Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di
negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun
Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat
pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warga setempat,
dengan membuka ruang dan peluang komunikasi antara jiran tetangga berlainan bangsa.

Different essay

Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita


sayugia memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi
mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah
bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke
wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakraban
rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi
menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah bulat air kerana
pembetung bulat manusia kerana muafakat. Selain itu, sinergi daripada
semua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif dan
efektif
dalam
merealisasikan
aspirasi
rakyat
seantero
Malaysia.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi
memperkasakan
perpaduan
kaum
di
Malaysia?
Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus dibuat bagi
membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaan mempunyai
peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan
mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut
perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menteri
kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa
kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang
tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka
menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat
yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum
dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di
Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan
kaum
seperti
kata
pepatah
bersatu
teguh,
bercerai
roboh.
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang
memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling
membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap
mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun,
sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar
yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri
menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk

diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti


aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk
menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat
dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang
terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap
rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang
bersatu
padu
walaupun
berlainan
bangsa
mahupun
agama.
Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari
Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat
disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai
keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu,
menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir
dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan
dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok
negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di
samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk
kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk
perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari
keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di
negara
kita.
Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalan komunikasi
yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu system
pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah wawasan yang
menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat
proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan
dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu,
penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa
perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai
kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa.
Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara
kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama
kaum.
Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga
merupakan salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan
para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh

mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian,


dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh,
semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang
Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India
seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh
itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat
menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya
mengeratkan
lagi
perpaduan
kaum
dalam
negara.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan
remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk
melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada
masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras
dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat
disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN.
Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan
peranan
dominan
dalam
iltizam
membentuk
perpaduan
kaum.
Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran
sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia.
Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai
hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum
merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak
langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah
negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam
pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.

Anda mungkin juga menyukai