Anda di halaman 1dari 2

Karangan - Usaha Memupuk Perpaduan Rakyat

USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT


MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang
kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat
bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang
kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang
pada kekuatan jata negara, yakni “Bersekutu Bertambah Mutu”untuk
mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya
menjadi kebanggaan Negara kita.

Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman


perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang
berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman
perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali
antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka
tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan
bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat;
perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika
kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita
dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah


rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat
menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati.
Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum
rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu,
sikap buang yang keruh , ambil yang jernihternyata mampu
menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.

Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi


memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada
peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat
memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan
jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat
mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat
mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan
sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih
mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara
satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan
faham antara kaum.

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan
menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat
melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan
pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu
yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa
rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk
perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk
mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah
mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak
kecil.

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk


memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat
berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysiayang diilhamkan
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya
bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang
perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan
kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan
diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya
fantasi semata-mata.
Hasil karangan murid
Tai Wen Liang, SMK USJ12

Anda mungkin juga menyukai