Anda di halaman 1dari 2

KEHARMONIAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM

( 7/11/2023 | SELASA | TAPAK PERHIMPUNAN)


Marcapada ini, masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam aman dan harmoni.
Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India ini terjalin erat dan
membentuk masyarakat yang bersatu padu. Idea penubuhan Datuk Seri Mohd Najib B. Tun Abd. Razak
tentang slogan “1 Malaysia” telah membawa negara kita ke arah satu anjakan paradigma dan mengubah
cara hidup masyarakat majmuk yang tinggal di negara Malaysia. Namun begitu, apakah prakarsa-prakarsa
yang harus dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara
kita?
Prakasa perdana bagi mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
sikap individu itu sendiri. Hal ini demikian kerana, amannya sesuatu komuniti amnya bergantung kepada
individu itu. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak ansurdan saling sayang menyayangi
antara satu sama lain. Setiap rakyat haruslah sentiasa mengamalkan 17 nilai murni dalam kehidupan
seharian mereka. Dengan adanya pengamal sikap-sikap murni dalam diri masyarakat di Malaysia, hidup
setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni. Sebagai contohnya, rumah kita
mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, tidak seharusnya kita
menghalang jiran kita walaupun mereka bukanlah seagama dengan kita dari mengunjungi kita dan
bersama-sama meraikannya bersama kita. Seandainya setiap rakyat mengamalkan sikap bertolak ansur
dan sayang menyayangi antara satu sama lain, sudah pasti keharmonian masyarakat berbilang kaum akan
dapat dikekalkan, kerana tegap rumah kerana sasaknya, teguh negara kerana keutuhan bangsanya.
Tegasnya, sikap individu memainkan peranan yang paling penting untuk mengekalkan keharmonian dan
kemakmuran masyarakat berbilang kaum di Malaysia hari ini.
Di samping itu, pihak sekolah juga merupakan penjamin masyarakat berbilang kaum yang tinggal di
negara kita agar hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Pihak sekolah mestilah mengadakan aktiviti-
aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum. Seterusnya, pihak
sekolah juga haruslah menggalakkan pemakaian pakaian tradisi kaum masing-masing semasa sambuatan-
sambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan dan sebagainya supaya masyarakat berbilang
kaum di negara kita akan dapat merasai nikmat keharmonian dan kemakmuran hidup dalam masyarakat
majmuk di negara Malaysia. Sebagai contoh, bagi kaum Melayu mereka hendaklah memakai baju Melayu
dan baju kurung manakala kaum Cina memakai cheongsam dan memakai sari bagi kaum India . Sikap ini
berjaya menyemaikan semangat perpaduan dalam diri pelajar seterus akan terus bercambah dengan
subur apabila mereka memasuki alam dewasa. Sesungguhnya, pihak sekolah memainkan peranan penting
dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia, bak
kata peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.
Selain itu, media massa juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keharmonian
dan keamanan antara masyarakat majmuk di negara kita. Hal ini demikian kerana, media massa
merupakan satu mekanisma yang dapat menyampaikan maklumat atau berita kepada orang ramai dengan
cepat dan dalam masa yang singkat. Sikap mudah terpengaruh dengan media massa seperti radio atau
televisyen merupakan senario yang biasa kita lihat pada hari ini. Dengan tersiarnya iklan-iklan atau cerita-
cerita yang bertemakan perpaduan dan keharmonian, semangat cinta akan keamanan akan terus tersemat
di dada semua rakyat di Malaysia. Sebagai contoh, cerita dan iklan seperti filem “Papadom” dan iklan TM
yang memaparkan persahabatan antara kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Seandainya, media
massa tidak memainkan peranan mereka sebagai alat sebaran am terpantas, sudah pasti keharmonian
dan kemakmuran masyarakat sukar dikekalkan dalam anggota masyarakat di negara kita. Jelaslah bahawa
media massa merupakan mekanisma penghubung antara masyarakat dalam mengekalkan keharmonian
rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengekalkan keamanan dan
keharmonian antara masyrakat berbilang kaum di negara kita. Dalam konteks ini,masyarakat haruslah
berganding bahu dan bertolak ansur di samping pengamalan amalan tradisi serta kerjasama antara
sekolah,media massa dan kerajaan bagi mengekalkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia. Oleh itu, marilah kita sama-sama bertekad untuk menjadi lebih patriotik,berikrar untuk memberi
sumbangan penuh beerti kepada masyarakat, lebih bersatu padu dan mahu berkorban kepada negara
kerana sesungguhnya ‘Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat’. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai