Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN CONTOH 10 - KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA.

Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang bersatu
padu. Kemukakan pendapat anda tentang kepentingan perpaduan kaum di negara kita.

Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui


pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun,
kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat
‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan
tersebut. Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat
oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun
1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun
1983, Dato’ Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang
gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah.
Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri
Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita
bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata
peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.

Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin
membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah
dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini
tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat
Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang
berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan seperti
di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah
dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada
anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati
Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka
akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita
perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di
bangku sekolah.

Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk
melawat negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan
harmoni, para pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini
demikian kerana, mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini
walaupun Malaysia turut tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi
perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan tetap maju dan
berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri
Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh
rakyat Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat
yang tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak
dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama
lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para
pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama.
Seperti peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu,
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malah dapat
menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.

Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di


negara ini tidak terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah
berlaku di negara kita. Pastinya sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan
kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua
pemimpin dan rakyat telah berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu,
semua penduduk di negara ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan
bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan
perpecahan kaum. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan
negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik
dan menghormati kaum lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas
Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada
menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Perealiasasian pepatah ini dapat
dibuktikan melalui kerjasama yang erat antara kaum. Sebagai contoh, kaum Cina
menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India. Memang tidak dapat dinafikan,
walaupun negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan
kecil yang berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA.
Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan
keamanan yang dinikmati oleh rakyat bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi
dengan nilai-nilai yang positif agar tidak berlaku permusuhan.

Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat
dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya
telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ‘Pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu secara
menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’
Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan
dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan
yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang
dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum
penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu
dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan
dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan.
Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah,
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat
mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong,
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun
dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti
kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak
langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng
terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan
merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat
untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada
kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang
dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya,
sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan
agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.

Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil
daripada kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai
contoh, pada musim perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan
mengamalkan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama
lain. Bertitik tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan.
Marilah kita bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama
rendahdengan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong, di
samping ekonomi negara yang semakin meningkat dengan drastiknya. Tidak mahukah kita
mengecapi kejayan tersebut? Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini
bersikapmembutakan mata dan memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut
seruan kerajaan untuk membangunkan negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia?
Sudah pastinya terdapat jawapan bagi kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya
berbeza-beza. Konklusinya, imej negara dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama
bagai aur dengan tebing dalam melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan yang
telah bertungkus lumus untuk menyediakan perancangan kerajaan yang efektif seterusnya
membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.

Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni insya-Allah perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita.
Usaha Perdana Menteri kita dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya
berbaloi dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah
terang lagikan bersuluh, terdapat banyak kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum
sama ada kepada masyarakat ataupun negara. Kita sememangnya tidak dapat menjangka
apa-apa yang bakal berlaku pada masa hadapan kerana semua itu terletak pada kekuasaan
Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlulah sediakan payung sebelum hujan dalam mendepani masa
depan yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa malang seperti
peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru nak tengadah. Masyarakat sepatutnya
mempraktikkan elemen bertolak ansur dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain
supaya dapat membina impian negara pada masa depan yang lebih gemilang. Intihanya,
semua rakyat perlulah mempertahankan semangat perpaduan di negara kita demi negara
yang tercinta dan dapat menyambut gamitan negara impian.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

Anda mungkin juga menyukai