Anda di halaman 1dari 2

Perpaduan Asas Kemajuan Negara

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Seri Indah,

Pemanis kata selamat datang,

Salam sejahtera pembuka madah.

Yang dihormati saudari pengerusi majlis, kombinasi intelektual kehakiman yang penuh
berintigriti, yang dikasihi guru-guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa serta rakan-rakan
seperjuangan yang cukup berkredibiliti sekalin. Salam sejahtera saya tujukan.

Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma
berpandukan tinta dan wacana para sarjana menerusi mauduk pidato saya ‘Perpaduan Asas Kemajuan
Negara’.

Sidang hadirin sekalian,

Perpaduan bermaksud bekerjasama ataupun saling membantu. Kemajuan pula bermaksud


segala pembaharuan dan kemajuan yang membawa kepada taraf hidup yang lebih baik. Oleh itu,
jelaslah kepada kita bahawa amalan bersatu padu dalam kalangan rakyat merupakan dasar kepada
kemajuan sesebuah negara seiring dengan gelombang modenisasi.

Para pemimpin negara kita saban hari dan setiap ketika menyeru rakyat Malaysia membentuk
benteng pertahanan yang teguh menentang anasir-anasir luar. Hubungan dan kerjasama yang erat akan
memastikan negara Malaysia terus maju dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Sekiranya perkara ini
tidak diberi perhatian, harapan dan aspirasi pemimpin kita pada masa lalu akan menjadi ’anganangan
Mat Jenin’ sahaja. Perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan akan sia-
sia sahaja. Justeru, sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang tinggi dan berhati
waja, kita haruslah menghargai kemerdekaan yang telah diperoleh ini dan berusaha mengukuhkan lagi
semangat perpaduan dalam jiwa kita demi pembangunan negara.

Sidang hadirin yang dihormati,

Lihatlah keadaan kini di Bangkok, Thailand. Rakyat negara jiran kita tidak berjaya menyelesaikan
masalah yang dihadapi secara diplomasi dan sebagai akibatnya demonstrasi, pergaduhan, keganasan
dan lain-lain berlaku pada setiap hari. Perkara yang menyedihkan ialah banyak nyawa yang tidak
berdosa melayang begitu sahaja. Lihatlah juga keganasan yang berlaku di Madura, Indonesia pada
beberapa ketika yang lalu. Penduduk di situ diseksa dan diperkosa untuk orangorang yang mereka
kenali. Pembangunan yang wujud sebelum tercetusnya huru-hara di kedua-dua lokasi ini tidak memberi
sebarang erti lagi akibat tidak mempunyai modus operandi yang berkesan serta tidak wujud perpaduan
yang mantap dalam kalangan rakyat yang berlainan agama, bangsa, budaya, kepercayaan dan
pandangan.
Para hadirin yang
Negara kita kini telah berjaya mencapai tahap yang tinggi dan dihormati di mata dunia.
Kecermelangan negara kita dalam pelbagai bidang walaupun mempunyai rakyat yang berbilang bangsa
menyebabkan negara lain cemburu dengan pencapaian negara kita. Malah, negara Malaysia telah
dijadikan negara contoh oleh negaranegara dunia ketiga. Biarlah mereka cemburu melihat pencapaian
nusa kita yang sememangnya merupakan berkat amalan nilai bantu-membantu dan nilai toleransi.
Pepatah Melayu ada mengatakan ”bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

Para hadirin yang dikasihi,

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
2022 selari dengan konsep keharmonian yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail
Sabri Yaakob.Keluarga Malaysia merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu
dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. Teguh bermaksud kukuh, kuat dan erat. Bersama
pula bersama-sama beserta atau berganding bahu. Manakala frasa ‘Teguh Bersama’ mendukung
maksud kekuatan atau kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan. Dengan semangat
Keluarga Malaysia, aspirasi rakyat Malaysia pasti akan dapat direalisasikan.

Sedang hadirin sekalian,

Sebelum saya mengundurkan diri saya dari pentas serba cantik ini, saya berharap agar nilai
perpaduan dan patriotisme akan disemai dan dibajai dalam diri anak-anak muda. Jangan biar titik hitam
13 Mei 1969 berulang semula dalam sejarah negara kita supaya negara dapat terus berkembang dan
maju mengikut acuan kita sendiri. Akhir kata,

Bersatu teguh bercerai roboh,

Bermuafakat bertambah berkat,

Bersatu bertambah mutu;

Berbahasa kita berbangsa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai