Anda di halaman 1dari 3

BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH

Yang mulia tuan pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, tuan-tuan

dan puan-puan serta rakan-rakan yang dihormati sekalian.

Nenek moyang kita sejak dahulu kala telah sedar akan hakikat betapa

pentingnya perpaduan dan muhibah antara manusia dengan manusia. Maka,

terciptalah ungkapan yang berbunyi, “BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH”

yang menjadi tajuk syarahan saya pada hari ini. Saya XXX, dari kelas XX.

Hadirin sekalian,

Malaysia merupakan negara kita yang tercinta. Penduduknya ialah berbilang

bangsa, berbilang corak kehidupan, sosial, kebudayaan, adat resam dan bahasa.

Namun, keadaan yang pelbagai ragam inilah yang menjadi keunikan dan menjadi

kekuatan Keluarga Malaysia. Sekiranya kita sedar peri mustahaknya perpaduan,

nescaya kedaulatan dan keselamatan negara kita akan terjamin. Begitu juga

kebahagiaan dan kesempurnaan hidup kita akan kekal pada masa hadapan.

Semangat bersatu padu boleh dijadikan senjata yang amat berkesan untuk

memusnahkan musuh negara. Sebaliknya, jika kita berpecah-belah, saling

bermusuhan dan syak wasangka, nescaya negara kita akan menjadi huru-hara.
Sejarah telah membuktikan, bahawa rakyat yang sentiasa bersatu-padu, telah

berjaya dalam apa sahaja yang mereka perjuangkan. Negara kita Malaysia

misalnya, berjaya mencapai kemerdekaan daripada British apabila rakyat yang

terdiri daripada semua bangsa, bersatu-padu. Ini adalah satu bukti yang jelas

bahawa kalau kita hendak kuat dan teguh, kita mesti bersatu-padu. Hanya dengan

semangat yang agung inilah, maka kita dapat memelihara kesatuan negara kita.

Hadirin hadirat sekalian,

Jika rakyat sesebuah negara tidak bersatu-padu, segala pembangunan akan

musnah dalam sekelip mata sahaja dan negara-negara lain akan memandang

rendah terhadap negara kita. Untuk mencapai matlamat perpaduan dan muhibah,

patutlah kita mencontohi rukun hidup nenek moyang kita. Bak kata pepatah,

‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Oleh itu, di sekolah, murid-murid

mestilah dididik dengan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati,

bertanggungjawab, kasih sayang, bergotong royong, bekerjasama, taat setia dan

lain-lain lagi. Ini boleh dilakukan melalui pendidikan agama dan moral serta

pendidikan sivik di dalam bilik darjah.

Di luar bilik darjah pula, murid-murid wajarlah digalakkan bercampurgaul

dalam kegiatan kokurikulum seperti aktiviti permainan, persatuan dan unit

berunifrom. Dengan cara ini, persefahaman dapat dieratkan kerana mereka inilah

bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Murid-murid juga patutlah

diajar mempunyai tanggungjawab bagi menjamin kebahagiaan hidup serta

keamanan negara pada masa yang akan datang.


Pendek kata, segala kekuatan dan ketahanan rakyat cuma dapat dirancang

dan dilaksanakan jika suasana negara kita aman dan damai. Akhir bicara, saya

sekali lagi ingin menegaskan bahawa bangsa yang berpecah-belah adalah bangsa

yang runtuh dan mundur. Bangsa yang runtuh dan mundur akan menjadi hamba.

Sebaliknya, bangsa yang bersatu-padu adalah bangsa yang kuat dan maju. Bangsa

yang kuat dan maju sudah pasti akan menjadi raja!

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai