Anda di halaman 1dari 1

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,

barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan hadirin sekalian.
Tajuk pidato saya pada pagi ini ialah “Perpaduan Teras Keamanan Negara”

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Apakah maksud “Perpaduan Teras Keamanan Negara”?

Sebelum saya meneruskan pidato saya, izinkan saya menyatakan satu-


persatu definisi tajuk saya. Menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua,
‘Perpaduan’ bererti hubungan mesra antara kaum dalam sesebuah
masyarakat yang bersatu, ‘Teras’ pula merujuk sesuatu yg terpenting,
manakala ‘Keamanan Negara’ ialah keadaan sesebuah Negara yang
sentosa dan tenteram.

Merujuk pada rakyat Malaysia, amalan perpaduan amat penting


untuk membentuk ikatan antara kaum. Tanpa semangat perpaduan,
berbagai-bagai masalah akan timbul dalam sesebuah Negara yang
berbilang kaum ini.

Perpaduan dapat diwujudkan dengan pelbagai cara. Antaranya,


dengan bergotong-royong, bersukan, dan ketika perayaan-perayaan kaum
di Malaysia. Semangat setia kawan dan persefahaman dapat dipupuk
ketika melakukan perkara-perkara tersebut.

Hadirin sekalian,

Sikap bertanggungjawab kepada Negara haruslah dipupuk sejak di


bangku sekolah lagi kerana sikap ini akan melahirkan rakyat yang cinta
akan Negara. Apabila kita cinta akan Negara, maka semangat perpaduan
antara kaum akan wujud dengan sendiri.

Lima prinsip Rukun Negara juga haruslah dijadikan landasan serta


amalan hidup kita seharian. Setiap kaum harus ada perasaan cinta akan
Negara dan bersungguh-sungguh untuk membentuk perpaduan. Apabila
ada perasaan perpaduan ini, maka mudahlah pihak kerajaan menjalankan
pembangunan untuk rakyat.

Akhir kata, marilah kita sama-sama menanam semangat perpaduan


dalam diri kita untuk membentuk perpaduan demi keamanan Negara kita.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bersatu padulah kita seperti aur
dengan tebing, seperti lagu dan irama yang tidak akan dapat dipisahkan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai