Anda di halaman 1dari 1

Nama peserta : Heng Jing Voon

Tajuk Syarahan : Perpaduan ke Arah Kesejahteraan Negara

Sejambak kasih, seklaung budi buat Pengerusi Majlis, barisan Panel Hakim yang arif lagi
bijaksana, Dif- - dif Kehormat seterusnya hadiran yang Budiman. Salam sejahtera dan salam
perpaduan. “Perpaduan ke arah kesejahteraan Malaysia” begitulah tajuk syarahan yang bakal saya
sampaikan.

Hadirin sekalian,

Sudah 64 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Dalam tempoh itulah, perpaduan yang
menjadi teras pembangunan negara. Kita bangga dengan negara kita yang mempunyai berbilang
bangsa, agama dan budaya. Namun, masih dapat hidup Bersama – sama dengan aman dan damai.
Ya! Ini semua adalah kerana semangat Muhibbah dan perpaduan yang diamalkan dalam setiap diri
anggota masyarakat.

Siding hadirin yang dikasihi,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang Sistem Pendidikan Negara kita telah
menyatukan pelbagai kaum di negara kita ini. Melalui sistem inilah, murid – murid menerima
Pendidikan yang bermatlamatkan memupuk jati diri. Dengan itu, akan tumbuhlah semangat integrai
nasional bermula dar akar umbinya lagi.

Para hadirin yang dikasihi,

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Atas rasa tanggungjawab dan kesedaran
inilah, maka kerajaan telah emnganjurkan Program Khidmat Negara. Antara objektifnya ialah
menjalinkan bibit – bibit perpaduan dan mengukuhkan permuafakatan yang telah sedia ada.

Selain itu, pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan demi mencapai perpaduan dalam
masyarakat kita. Alternatif yang paling penting dan efektif adalah penggunaan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa rasmi. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu
Bahasa. Dengan bahasalah, kita dapat berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain tanpa
sempadan.

Hadirin yang dimuliakan,

Kini, Malaysia telah menjadi sebutan dunia. Kemajuan dan kejayaan menyatu padukan
rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya memang menakjubkan. Justeru, sebagai generasi muda
dan pewaris bangsa Malaysia, kita perlu mengekalkan dan mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia
terjalin.

Hadirnya hamba kasih terbentang,


Berdiri teguh bangsa dijulang,
Hakikat hidup bukan kepalang,
Untuk mencari perpaduan terbilang.

Kesimpulannya, kita mestilah bersatu hati demi kesejahteraan Malaysia yang tercinta.
Ingatlah, bersatu teguh, bercerai roboh. Dimana bumi dipijak, diritu langit dijunjung. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai