Anda di halaman 1dari 6

Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia

Bahasa Melayu indah nan santun,


Mekar-megah di pentas dunia,
Jari sepuluh kemas kususun,
Mohon bicara nan menyusun kata.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam


1Malaysia.

Salam aprisiasi saudara pengatur majlis,

Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan penerus
wadah tonggak negara.

Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia. Bahasa sangat luas pengertiannya,


bahasa tidak hanya merujuk sebagai satu sistem linguistik semata-mata, tetapi
bahasa juga citra budaya bangsa Malaysia dan fungsi bahasa itu sendiri sebagai
alat perhubungan sosial dalam masyarakat.

Menurut Pendeta Bahasa Zaaba , bahasa merupakan citra masyarakat,


budaya, akal budi, jiwa atau roh sesuatu bangsa. Keintelektualan dan tamadun
bangsa membuktikan peranan terbesar bahasa sesuatu bangsa. Melalui bahasa,
orang dapat mengenal sesuatu bangsa atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan.

Sebagai warga Malaysia, kita seharusnya menghayati dan menghargai bahasa


kebangsaan sebagai jiwa bangsa kita dan citra jati diri kita. Sesungguhnya jiwa
sesuatu bangsa itu dapat dilihat pada bahasanya . Pada bahasa itulah tergambar
etos atau semangat kita sebagai satu bangsa dalam satu lingkungan tanah air yang
dipunyai secara bersama.
Bicara saya yang pertama,

Bahasa Melayu Citra Bangsa 1 Malaysia

Bahasa Melayu merupakan wasilah terpenting dalam menyatukan bangsa


Malaysia.Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi-kebangsaan dalam
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, bahasa Melayu bukan lagi
menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah, bahasa Melayu menjadi milik bersama
seluruh warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

Justeru niat murni mendaulatkan bahasa Melayu dapat menyatupadukan


kaum-kaum, yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain di bawah satu
bahasa. Ayuh , marilah k ita berbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan - 1
bahasa, 1 bangsa, 1 nusa dalam merealisasikan wawasan 2020.

Hadirin hadirat sekalian,

Bicara saya yang kedua,

Bahasa Melayu Memajukan Bangsa Malaysia,

Bahasa Melayu menjadi pemancu ke arah kemajuan bangsa. Sesungguhnya


untuk mewujudkan satu bangsa itu bukanlah mudah. Suka saya tegaskan di sini,
bahawa dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara menurut
acuan kemalaysiaan sendiri dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
teknologi dan peradaban moden.

Inilah prinsip umbi yang seharusnyakita junjung, jika kita benar-benar serius untuk
mewujudkan bangsa Malaysia, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung.
Seterusnya, izinkan saya meneruskan bicara saya yang ketiga

Bahasa Melayu Memartabatkan Bangsa Malaysia

Bahasa adalah penanda identiti atau jati diri sesuatu bangsa.Tetapi


malangnya,dewasa kini kita dapat lihat bangsa kita sendiri telah memusnahkan
kesantunan bahasa Melayu itu dengan pelbagai aspek yang tidak bermoral. Kesannya,
bagaimana untuk kita memartabatkan bangsa kita? Bagaimana untuk dunia
memandang tinggi bangsa kita? jika kita sendiri tidak tahu menghargai keunikan dan
keindahannya.

Sudah sampai masanya semua pengiklanan dalam negara menggunakan bahasa


Melayu dengan betul daripada aspek hukum nahu bahasa Melayu. Penggunaan
bahasa Melayu yang diselangi perkataan dan nilai bahasa asing secara melulu tidak
akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting ialah kita mesti terus memupuk
rumpun yang ada dan memperkayakannya dengan bimbingan, hala tuju dan apresiasi
bahasa Melayu yang berterusan. Bahasa Melayu yang baik akan memartabatkan
bangsa Malaysia.

Kesimpulannya, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan membentuk


jiwa kita sebagai satu bangsa.Sekiranya bahasa yang kita martabatkan adalah
bahasa kebangsaan, maka yang akan terpancar daripada bangsa kita ialah jiwa
kebangsaannya. Jika kita sentiasa memandang tinggi kepada bahasa kebangsaan
kita, bersinarlah jiwa kebangsaan kita, dan berjayalah pembentukan jati diri kita
sebagai bangsa yang bermaruah. Bahasa itu citra sesuatu bangsa.

Akhir kata;

Yang kurik itu kendi,


Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warah matullahiwabarakatu.


SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/i peneraju majlis, guru-guru


penggerak generasi berwawasan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wm..wbt...

Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan. Begitulah tajuk bicara saya pada hari ini
untuk dikongsi bersama.

 Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa,  1Malaysia


bolehlah ditakrifkan sebagai rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia. Teras kejayaan pula bermaksud sesuatu yang menjadi asas agar
berjaya untuk  kemenangan ataupun hasil yang diperoleh. Aspirasi ini adalah  untuk
mewujudkan sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan
dalam kalangan rakyat.

Warga perhimpunan yang dirahmati Allah sekalian,

            Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. 1Malaysia


adalah lahir daripada semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan,
kepercayaan agama dan akar budaya namun rakyat Malaysia berpegang pada satu
prinsip yang sama iaitu Rukun Negara.

Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People
(Dengan Izin). Dalam hal ini, 1Malaysia, menuntut rakyat berfikir melepasi sempadan
kaum dan etnik masing-masing.

            Hubungan kaum dan etnik dipereratkan bagi jangkamasa panjang. Kewujudan
satu bangsa Malaysia membentuk sikap menghormati, ikhlas, saling mempercayai dan
persaudaraan.

Buktinya Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan e-intergrasi


telah mensasarkan murid-murid dari SK, SJK(C) dan SJK(T) bersama-sama
mengikuti satu program bersama. Pelaksanaan RIMUP dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan adalah untuk membina negara bangsa.
            Ideologi dengan semangat persaudaraan dalam 1Malaysia pasti
menggerakkan kejayaan negara.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Sidang intelektual sekalian,

            Meniti wasilah kedua saya dengan untaian kata, Kemajuan ekonomi dinikmati,
kemakmuran negara dikecapi. 1Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara.
Pelancong dan pelabur asing mengenali rakyat Malaysia yang  berintegriti tinggi.  

            Kini, Malaysia menerokai bidang sains angkasa, bioteknologi dan teknologi
nano. Menurut laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Malaysia
mencatatkan nilai digital 0.57 bermakna kita mendahului kemudahan akses digital
dalam kalangan negara ASEAN.

            Justeru, 1Malaysia telah meningkatkan taraf ekonomi negara menjadikan


Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

            Idea terbilang terakhir saya dengan gagasan bicara, perpaduan dan


semangat nasionalisme, negara aman dan sentosa. Peristiwa berdarah pada 13 Mei
1969 perlu dijadikan iktibar. Formula yang dicipta oleh Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan adalah untuk perpaduan dan
semangat nasionalisme.

            Kini 1Malaysia disandarkan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.


Negara ini adalah negara kita. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu
dinikmati dan dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan
daripada perpaduan yang diteruskan dalam 1Malaysia.

            Lihatlah apa yang berlaku pada negara-negara yang sedang bergolak seperti
Mesir, Syria dan Libya. Perpaduan sudah tiada.  Kemusnahan berlaku di mana-mana.
Rakyat menderita dan sengsara. Mengorbankan banyak nyawa. Sehingga melibatkan
campur tangan negara luar.
Kasihan.... Jangan sampai negara kita menerima nasib seperti mereka. Kami,
anak-anak pasca merdeka dahagakan keamanan untuk kesejahteraan.Saya menyeru
tuan-tuan, puan-puan dan rakan-rakan sekalian berpegang pada konsep 1Malaysia
agar negara ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

            ‘Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.’


           
Sekian, salam ilmiah menjana sahsiah.
           
Wabilahitaufik walhidayah Wassalam...

Anda mungkin juga menyukai