Anda di halaman 1dari 3

Teks Pidato: Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia

Bahasa Melayu indah nan santun,


Mekar-megah di pentas dunia,
Jari sepuluh kemas kususun,

Mohon bicara nan menyusun kata.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Salam aprisiasi saudara pengatur majlis,
Barisan panel penghakiman penuh berkarisma,
Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang sentiasa
celik akal minda dan penerus bekas tonggak
negara.

Sidang hadirin yang dihormati,

Tajuk pidato saya Bahasa Melayu Citra Bangsa


Malaysia. Bahasa sangat luas pengertiannya,
bahasa tidak hanya merujuk sebagai satu sistem
linguistik semata-mata, tetapi bahasa juga citra
budaya bangsa Malaysia dan fungsi bahasa itu
sendiri sebagai alat perhubungan sosial dalam
masyarakat. Menurut Pendeta Bahasa Zaaba,
bahasa merupakan citra masyarakat, budaya, akal
budi, jiwa atau roh sesuatu
bangsa. Keintelektualan dan tamadun bangsa
membuktikan peranan terbesar bahasa sesuatu
bangsa.

Melalui bahasa orang dapat mengenal sesuatu


bangsa atau petunjuk kepada sesuatu
kebudayaan. Sebagai warga Malaysia, kita
seharusnya menghayati dan menghargai bahasa
kebangsaan sebagai jiwa bangsa kita dan citra jati
diri kita. Sesungguhnya jiwa sesuatu bangsa itu
dapat dilihat pada bahasanya. Pada bahasa itulah
tergambar etos atau semangat kita sebagai satu
bangsa dalam satu lingkungan tanah air yang
dipunyai secara bersama.

Bicara saya yang pertama,


Bahasa Melayu Citra Bangsa 1 Malaysia

Bahasa Melayu merupakan wasilah terpenting


dalam menyatukan bangsa
Malaysia. Sesungguhnya, apa yang termaktub
dalam Perkara 152 yang menyediakan
peruntukkan-peruntukkan yang berkaitan dengan
bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
.bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi-
kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu yang merdeka, bahasa Melayu bukan
lagi menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah,
bahasa Melayu menjadi milik bersama seluruh
warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
Justeru niat murni mendaulatkan bahasa Melayu
dapat menyatupadukan kaum-kaum, yang terdiri
daripada kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain di
bawah satu bahasa. Cuba kita bayangkan,
bagaimana selepas hampir 55 tahun merdeka, jika
kaum Melayu hanya dengan bahasa Melayunya,
dan kaum Cina dengan bahasa Mandarin,
Tionghua, ataupun Hokkien nya, dan kaum India
pula dengan bahasa Tamil nya sahaja, maka
bagaimanakah kewujudan bangsa Malaysia dapat
direalisasikan? Justeru, jika seluruh rakyat
Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, maka akan terzahirlah citra dan
keperibadian kita sebagai satu bangsa, iaitu
bangsa 1 Malaysia.

Sebaliknya, jika kitamendaulatkan bahasa-bahasa


asing, akan terpancarlah `jati diri asing '. Lantas,
akan terencatlah pembentukan jati diri kita
sebagai bangsa 1 Malaysia. Ayuh, marilah kita
berbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan - 1
bahasa, 1 bangsa, 1 nusa dalam merealisasikan
wawasan 2020.

Hadirin hadirat sekalian,


Bicara saya yang kedua,
Bahasa Melayu Memajukan Bangsa Malaysia,

Anda mungkin juga menyukai