Anda di halaman 1dari 3

Fatimah termenung panjang memandang ke luar jendela melihat daun-daun dibasahi

hujan rintik-rintik. Air matanya sudah kering. Jiwanya kosong. Hatinya seakan sudah lumpuh.
Tidak tahu apa perasaannya ketika ini. Betapa kecewanya dia apabila Piyan memutuskan
pertunangan mereka tanpa alasan munasabah. “Abang, apa salah Fatimah?" Fatimah
bertanya sendiri. Buat kesekian kalinya hatinya merintih pilu. Serabut fikirannya
mengenangkan majlis pernikahan mereka yang tinggal hanya tiga minggu sahaja lagi. Kad
jemputan perkahwinannya juga telah diedarkan. “Maafkan Fatimah, ayah, ibu” dia menyapu
air matanya. “Beratnya dugaanmu ya Allah,” hatinya meraung pilu. Remuk hatinya
mengenangkan kedua orang tuanya yang terpaksa menanggung dugaan yang berat itu.

“Fatimah, Fatimah..” tersedar dia dari lamunan. “Fatimah, buka pintu ni sayang,”
kedengaran perlahan bunyi ketukan di pintu. Suara Puan Ain kedengaran di balik pintu itu.
Segera dia mengelap air mata. “Ya, ibu," Sengaja Fatimah menceriakan riak mukanya
kerana tidak mahu ibunya itu risau. “Bagaimana keadaan Fatimah sekarang? Ibu risau. Dari
semalam Fatimah tak makan.” Hanya senyuman nipis yang mampu dibalas. “Ibu, Fatimah
mintak maaf," perlahan suara Fatimah meminta maaf kepada ibunya itu. Tanpa semena-
mena sebak hatinya melihat wajah tua itu. “Kenapa Fatimah mintak maaf, bukan salah
Fatimah pun sayang. Ni semua dugaan, kita terima dengan redha. Banyakkan berdoa
supaya Allah tenangkan hati Fatimah untuk redha dengan dugaan Dia,” lembut sahaja suara
Puan Ain menenangkan anak gadisnya itu. “Turun makan ya, ibu dah masak lauk kegemaran
Fatimah,” katanya lagi.

Malam itu lama Fatimah memanjatkan doa ke hadrat Allah. “Mungkin ini kifarah atas dosa-
dosa aku. Insy-Allah aku yakin dan percaya pasti ada hikmah atas semua ini,” hatinya terasa
sedikit tenang. Deringan telefon mematikan lamunannya. “Assalamualaikum Fatimah,”
kedengaran suara Fauzi. Sedikit gembira hatinya mendengar suara kawan baiknya itu yang
sentiasa ada disisi waktu susah dan senang. Lama mereka berbual. Sesekali Fatimah akan
tertawa dengan lawak jenaka Fauzi. “Fatimah.." nada suara Fauzi berubah menjadi serius.
Lambat-lambat Fauzi menyambung, "Saya sanggup nikah dengan awak kalau awak sudi
terima saya.” Terdiam Fatimah dengan pengakuan mengejut Fauzi itu. “ Sebenarnya saya
dah lama cintakan awak, sayangkan awak. Sejak kali pertama kita jumpa, saya tau awak
adalah jodoh saya. Tapi saya yang bodoh, saya lambat dan biarkan Piyan rampas awak dari
saya.” Lembut suara itu menuturkan kata-kata. Ada sedikit sebak dari nada suara Fauzi.
“Saya….” susah Fatimah mahu menjawab pengakuan Fauzi yang tidak disangka itu. “Saya
terima apa sahaja keputusan awak,” sambung Fauzi seakan memahami gelodak di hatinya.
Fatimah hanya mampu mendiamkan diri kerana masih bingung dengan apa yang berlaku.

1
Malam itu Fatimah tidak dapat melelapkan mata. Terngiang-ngiang kata-kata Fauzi dalam
fikirannya. Hatinya serba salah antara maruah keluarga dan perasaannya. “Adakah aku
mampu terima Fauzi? Selama ni aku anggap dia sebagai kawan, tidak lebih dari itu. Adakah
mungkin aku yang buta kerana tidak nampak orang yang betul-betul sayangkan aku selama
ini?" Hatinya berbolak-balik. Piyan, lelaki yang sudah dikenalinya selama hampir setahun,
telah melukakan hatinya dengan begitu teruk sekali melalui perkenalan singkat yang
beranjak kepada hubungan yang serius. Ketika itu dia merasakan dia sudah berjumpa
dengan lelaki impian yang diidamkan selama ni. Romantik, ada rupa dan berharta. Tetapi
entah mengapa, Piyan terlalu memaksa. Ada sahaja yang tidak berkenan di matanya.
Semuanya mahu diubah mengikut cita rasanya. Jarang sekali mementingkan perasaan
Fatimah. Sampaikan cara pemakaian, bidang kerja Fatimah pun dia mahu masuk campur.
Bila difikirkan balik, Fatimah telahh melalui fasa percintaan yang tidak bahagia. Mungkin
selama ini dia terlalu obses dengan ciri-ciri lelaki idaman ciptaannya sendiri sehinggakan dia
boleh lupa erti kebahagiaan sebenar. "Terima seseorang itu seadanya, " Fatimah berkata
sendiri.

Akhirnya Fatimah tekad dengan keputusannya. Setelah seminggu melakukan solat


istikharah, dia redha jika ini takdir untuk dirinya. Sudah juga dikhabarkan keputusannya itu
terlebih dahulu kepada Fauzi. Kelihatan Encik Mirza dan Puan Ain sedang leka menonton
televisyen. Dibulatkan hatinya dengan keputusan ini demi maruah keluarga. “Ayah, ibu,
Fatimah ada benda nak bagitahu ni,” lantas Puan Ain memperlahankan tahap suara
televisyen. “Ya sayang, apa dia?” Fatimah menceritakan satu persatu tentang Fauzi dan juga
keputusannya untuk bernikah dengan Fauzi. Melihat riak gembira di wajah Encik Mirza dan
Puan Ain, Fatimah semakin yakin yang dia sudah membuat keputusan yang betul.

Esok adalah hari yang akan mengubah hidupnya, saat dia akan bergelar isteri kepada
Fauzi. Tersenyum sendiri Fatimah melihat baju nikahnya yang tergantung di dinding.
Terbayang wajah Fauzi, lelaki yang telah membuat hatinya kuat disaat-saat dia sedang
terluka. Sepanjang tempoh dua minggu ini, terasa seperti hatinya kembali berbunga-bunga.
Baru dia sedar Fauzi adalah seorang yang sangat penyayang..Setiap kata-kata yang keluar
dari mulutnya sangat menyenangkan hati. Mungkin sudah berputik cintanya kepada Fauzi
dia pun tidak tahu, yang pastinya dia yakin lelaki itu adalah sebaik-baik jodoh yang telah
ditentukan untuknya. Tersenyum Fatimah melihat nama yang tertera di skrin telefon
pintarnya. Segera dia menjawab panggilan telefon itu. Senyumannya semakin lebar
mendengar suara yang telah berjaya menawan kembali hatinya yang hampir tertutup untuk
menerima cinta.

2
“Assalamualaikum sayang,” Fauzi memulakan bicara. Terdiam Fatimah dengan panggilan
‘sayang’ itu. Pertama kali Fauzi memanggilnya begitu. Terasa gementar dihati.
“Waalaikumussalam,” Fatimah menjawab salam tersebut dengan tenang meskipun hatinya
melonjak keriangan. “Sayang, boleh saya beritahu awak sesuatu?” Begitu romantis
kedengaran bisikan suara Fauzi malam ni. “Apa dia?” Bergetar suara Fatimah menjawab.
“Awak tau, sejak hari awak bagitahu yang awak terima saya, saya merasakan seperti
sayalah orang paling bahagia di dunia. Saya seakan-akan tidak percaya kerana semua ini
ibarat sebuah mimpi yang indah menjadi kenyataan. Esok adalah hari yang saya dah tunggu
sejak sekian lama. Mungkin saya bukanlah lelaki idaman yang awak tunggu-tunggu selama
ni tetapi saya berjanji saya akan sentiasa menerima awak seadanya. Hanya awaklah satu-
satunya wanita yang bertakhta di hati saya,” Fauzi tersenyum ikhlas. Terasa sebak hati
Fatimah mendengar pengakuan ikhlas dari Fauzi. “Aku bersyukur ya Allah dengan takdirMu
ini,” hatinya berbisik.

“Aku terima nikahnnya Fatimah Nabilah binti Mirza dengan mas kahwin tiga ratus ringgit
tunai…” Menitis ais mata Fatimah mendengar ucapan akad itu. Maka, sahlah dia menjadi
isteri kepada Mohammad Fauzi. Sesungguhnya dia terhutang budi dengan lelaki ini yang
telah menyelamatkan maruah keluarganya dan ikhlas mencintainya. “Suamiku yang tercinta,
aku berjanji akan mencintai dan menyayangimu dengan sepenuh hati kerana kaulah jodoh
yang terbaik untukk,” Fatimah bermonolog sendirian. Dia bertekad untuk mencampak jauh-
jauh kenangan lama, kerana hanya bahagia yang diharapkan bersama lelaki yang akan
menjadi pelindung dan pendamping dirinya hingga ke akhir hayat.

Anda mungkin juga menyukai