Anda di halaman 1dari 1

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II PENULISAN KREATIF CERPEN PENDEK

SITI AMERAH BTE RAMLI (TESLR1)

Petang itu, hujan turun renyai-renyai. Seperti biasa, aku dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah. Tidak jauh di hadapanku, kelihatan Andrew berjalan perlahan-lahan menuju ke perhentian bas. Andrew merupakan rakan sekolahku, namun aku tidak begitu rapat dengannya. Dalam hatiku tertanya-tanya mengapa Andrew mengangkut kesemua barang-barangnya pulang ke rumah sedangkan esok masih ada kelas. Perlahan-lahan aku mendekati Andrew lalu menegurnya. Andrew kelihatan terkejut dengan sapaanku. Setelah berbual dengannya, aku mendapati bahawa Andrew merupakan seorang yang peramah. Aku tidak menyedari hal tersebut kerana jarang bercakap dengannya. Perjalananku pulang ke rumah kali ini ditemani perbualan rancak dengan Andrew yang kini merupakan sahabat baruku. Keesokan harinya, semasa aku dan Andrew mengulangkaji pelajaran bersamasama, Andrew meluahkan masalahnya kepadaku. Rupa-rupanya, selama ini begitu berat beban yang ditanggung oleh Andrew. Kedua- dua orang tuanya telah meninggal dunia dalam nahas jalan raya sejak dia kecil lagi. Andrew merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Kini, dia tinggal di rumah usang bersama neneknya yang telah uzur. Setiap hari, Andrew terpaksa mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan hidup dia dan juga neneknya. Bantuan yang diberikan oleh kerajaan tidak mencukupi. Tambahan pula, dia perlu membeli buku-buku rujukan yang mahal. Disebabkan terlalu penat bekerja, dia sering tidur awal dan tidak mengulangkaji pelajaran menyebabkan keputusan peperiksaannya merosot. Sebagai sahabat Andrew, aku turut bersimpati dengan masalahnya. Sejak hari itu, aku tekad untuk membantu Andrew. Aku memberitahu masalahnya kepada kedua orang tuaku dan mereka bersetuju untuk membantu Andrew dari segi kewangan. Kebetulan pula, kedua-dua orang tuaku berkerjaya. Aku pula membantu Andrew dalam pelajarannya di samping memberi kata-kata semangat dan dorongan kepadanya. Hari yang dinanti-nanti telah tiba, Aku dan Andrew telah berjaya menamatkan zaman persekolahan kami dengan jayanya. Andrew dinobatkan sebagai pelajar cemerlang di sekolah. Semasa Hari Anugerah Cemerlang Sekolah, Andrew diarahkan untuk memberi ucapan. Aku merasa amat tekejut apabila Andrew menyebut namaku dalam ucapannya, Setelah sekian lama, barulah ku tahu bahawa rupa-rupanya pada hari aku menegur Andrew dalam perjalanannya pulang ke rumah, dia telah membawa kesemua barangnya kerana dia telah berputus asa dengan hidupnya dan bercadang untuk membunuh diri. Tidakku sangka, tindakanku menegur Andrew pada hari itu bukan sahaja menanam bibit-bibit persahabatan antara kami bahkan telah menyelamatkan nyawa Andrew. Kini ku sedari bahawa satu tindakan kecil sudah mampu mengubah hidup seseorang dan aku merasa bersyukur kerana telah menegur Andrew pada hari tersebut.

Anda mungkin juga menyukai