Anda di halaman 1dari 2

Cerpen Pendek: Kasih Ayah Dikala petang, hujan gerimis membasuh luka.

Selintas teringat kasih ibu kepada hamba, tidak terhingga sepanjang masa, malah hingga akhir usianya, tetapi adakah hanya kasih ibu sepanjang masa saja? sebenarnya tidak, ayah, yang nampak keras, nampak tidak ambil peduli tetapi sebenarnya kasih sayangnya juga tetap utuh dimakan hari. Aku, dibesarkan dalam keluarga yang agak senang, apa kemahuan dituruti, sebagai anak sulung dalam keluarga, aku dididik supaya lebih mengalah terhadap adik-adik.

Sewaktu kecilku, aku amat takut dengan abah, walaupun ibuku orangnya garang dalam mendidikku, tetapi kelu abah, diam abah lagi digeruni oleh ku dan adik-adik. Ingat lagi setiap malam, ibu akan mengajar kami semua subjek-subjek di sekolah terutamanya matematik dan English. Aku yang agak lembap sering menitikkan air mata tatkla dimarahi oleh ibu setiap kali tidak dapat menjawab soalan. Abah yang hanya diam menonton tv tidak banyak berkata apa. Tapi kadang-kadang soalan-soalan yang ibu tidak dapat buat, abah lah tempat kami bertanya. Suaranya yang meninggi cukup buat kami takut dan secara psikologinya kami amat tertekan kerana takutkannya.

Abah, jarang berkomunikasi dengan kami, tapi apa yang kami mahukan dia turuti tanpa sepatah perkataan pun. Selepas sekolah, diwaktu tengah hari abah akan mengambilku dari sekolah menggunakan motor cabuknya. Kadang-kadang kerana takut, aku tak berani memegang pinggangnya semasa menaiki motornya, dan sepanjang perjalanan kerumah kami hanya membatu dan membisu.

Sepanjang menuju alam dewasa, aku sebagai anak perempuannya sering diperhatikan tindak tandukku olehnya. Dizaman aku remaja, abah tidak marah kalau kawan-kawan lelaki ku menelefon rumah, cuma ada batasannya, bila abah rasa aku dah terlalu lama bergayut, abah akan bersuara memarahi ku agar aku memberhentikan percakapanku ditelefon. Pernah sekali abah nampak, aku menumpang kawan lelaki naik motor ke bandar, abah tidak terus memarahi ku tetapi dia hanya memberitahu ibuku agar ibu menegurku.

Abah, nampak seperti tidak peduli tentang hari kelahiran kami malahan hari kelahiran ibu sendiri, tetapi tiap-tiap tahun tibanya ulang tahun kami atau ibu, abah akan membawa kami makan besar. Waktu tu, baru kami nampak ketawa abah, senyum abah dan gelak abah. Rupanya abah bukan lah orang yang menyeramkan tetapi abah seorang bapa yang penyayang dan kelakar.

Masa berganti, bulan bertukar,tahun beralih. Akhirnya aku dapat bercakap-cakap dengan abah seperti biasa, dapat bergurau-gurau dengan abah itupun bila aku dah dewasa. Menjadi kebiasaan ku juga tiap kali pulang kebandar setelah beberapa hari di kampung, aku akan mencium tangannya yang terketar-ketar dan mencium pipinya yang hangat. Cuma-cuma diakhir-akhir itu, kami jarang

meluangkan masa bercuti bersama kerana abah sibuk dengan tugasnya di tempat kerja. Kami tak marah, kerana kami faham, abah bekerja keras untuk menyara kami yang semakin lama semakin banyak belanja digunakan.Abah memang komited dengan kerjanya, sehingga beberapa kali dia mendapat Cemerlang dalam peringkat Negeri. Tapi sebegitupun, abah tak pernah lokek dengan kami.

Setiap yang hidup pasti akan pulang ke penciptaNya, seawal 6-15pagi, ibu menghubungi ku mengatakan abah dah tiada. Aku meraung,menangis sehingga mengejutkn suami dan anak ku. Abah pergi elok ketikasedang menunaikan solat subuh, ketika dijumpai, abah terbaring diatas sejadahnya, kopiahnya telah ditarukkan didada, tangannya mendepang kedua-duanya. Aku memberikan ciuman terakhirku dipipinya, jelas kelihatan setompok darah di lapisan kulit mukanya, sejuk pipinya, rapat matanya,abah telah pergi meninggalkan kami diwaktu kami amat menyayanginya, di waktu kami belum sempat membalas jasa dan baktinya membesarkan kami. Perginya abah dalam hidup kami membuatkan hidup kami kelam kelibut, orang kata kalau ibu meninggal lagi kelam kabut dibandingkan kalau bapa meninggal. Tapi sebenarnya, sama sahaja. Dahulunya abah, yang kami gelarkan kedekut, kerana duitnya gak banyak tetapi dia tak pernah membeli sesuatu yang dihajati walaupun dia mampu. Kami sangat marahkannya, bayangkan kereta buruk yang sudah berbunyibunyi diabawanya kepejabat sedangkan dia merupakan kedua tertinggi dalam jabatannya itu. Abah langsung tak kisah dengan pandagan orang. Rupa-rupanya, abah memekirkan masa hadapan, dia tidak mahu berhutang yang akan membuat keluarganya mederita kerana hutangya. Abah tinggalkan kami tanpa bebanan sikit pun malahan dia meninggalkan kami dengan harta dan bekalan yang panjang untuk kami. Kami mulai sedar, abah sayangkan kami selama-lamanya.

Angin terus bertiup kencang menerbangkan daun-daun yang berguguran menandakan hujan akan semakin lebat, setelah menyeka pipiku yang basah,bersama-sama kenanganku dengan abah perlahan aku bangkit dan berjalan meninggalkan tanah-tanah yang bertiang nama-nama. 'Abah, kami pulang dulu ya, jumpa lagi nanti disana"

Anda mungkin juga menyukai