Anda di halaman 1dari 6

UNIT 1

TEORI DAN PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

PENGENALAN
Pendidikan Bahasa Melayu KBSM menekankan penguasaan bahasa Melayu yang
bermutu yang berasaskan ketepatan berbahasa, kecekapan berbahasa dan kepekaan
terhadap penggunaan variasi bahasa Melayu dalam pelbagai situasi. Bahasa dan gaya
bahasa yang indah serta unsur-unsur nilai dan budaya tinggi, penguasaan dan penggunaan
bahasa Melayu yang tepat lagi berkesan dalam kalangan pelajar menjadi keutamaan. Ia
bukan sahaja berfungsi membolehkan mereka menerokai pelbagai bidang ilmu dengan
mudah, tetapi menuntut keupayaan kognitif yang tinggi supaya mereka dapat berinteraksi
dengan hal-hal yang berkaitan dengan kemanusiaan sejagat.
Dalam pengajaran bahasa, aspek utama yang perlu ditekankan ialah penguasaan
kemahiran asas yang melibatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Pelajaran membaca dan menulis yang diajar itu bukanlah sesuatu yang terpisah antara satu
dengan yang lain tetapi ia harus dijalankan serentak atau dalam masa yang sama dan
seiring. Walaupun pada asasnya kemahiran membaca seharusnya mendahului kemahiran
menulis, tetapi ia tidak semestinya sentiasa berlaku demikian. Hal ini demikian kerana ada
kalanya kanak-kanak telah pun pandai menulis ketika masuk ke sekolah.
Kemahiran menulis ialah satu kemahiran yang penting yang perlu dikuasai bukan
sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk mata-mata pelajaran yang lain. Hal ini
demikian kerana bahasa menjadi media untuk melahirkan buah fikiran. Menulis dalam apa
bentuk sekalipun dianggap mustahak. la dapat membantu meningkatkan pencapaian murid
dalam pelajaran. Faedah menguasai kemahiran menulis kepada murid tidak terhad untuk
jangka masa yang pendek sahaja, bahkan berlanjutan sepanjang usia hidup mereka.

Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang agak sukar berbanding dengan
kemahiran-kemahiran yang lain. Ia hanya dapat dikuasai melalui program pembelajaran.
Untuk mencapai kemahiran menulis yang sempurna, sebahagian besar tanggungjawab
terletak pada guru. Sikap guru, kesedarannya terhadap kepentingan kemahiran tersebut, dan
perkaedahan yang sesuai yang akan digunakan dalam proses pembelajaran, adalah penting
untuk merangsang minat, dan mempengaruhi mereka menyukai kemahiran tersebut
sepanjang masa.

ISI KANDUNGAN
Definisi/Konsep Penulisan
Menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea,
pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan. Ia dilakukan untuk
membolehkan kita berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri. Tulisan ialah
bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semula ia
dikatakan bahasa.
Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik pada lambang-lambang bahasa
dengan menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang
mengikut peraturan-peraturan tertentu. Ia akan mewujudkan satu wacana yang dapat
menzahirkan satu pelahiran idea yang jelas dan tersusun.
Walshe, R.D. (1981) pula menyebut:
Writing is the process of selecting, combining, arranging and
developing ideas in effective sentences, paragraphs, and often,
longer units of discourse.
Menulis merupakan proses penghasilan pertuturan simbol-simbol grafik yang disusun
berdasarkan sistem yang membentuk perkataan yang seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.
Ayat-ayat yang disusun itu ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek berdasarkan
beberapa urutan bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak.
Menulis ialah satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat
dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk
grafik.
Ia merupakan penglahiran perasaan, fikiran dan idea yang disusun hingga
melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

Don Bryne (1979:1) menyatakan bahawa menggunakan simbol-simbol grafik semasa


menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan
lambang-lambang bunyi yang kita ucapkan semasa kita bercakap,
When we write, we use
graphic symbols, that is letter or
combination of letters which relate to the sounds we make
when we speak.

Tujuan Kemahiran Menulis


Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia ialah membolehkan pelajar yang tamat
pengajian mencapai tahap penguasaan yang dijangkakan dalam kemahiran-kemahiran asas
termasuklah penulisan.
Gerak kerja dalam bidang penulisan, dirancang dan dijalankan di dalarn bilik darjah
untuk membolehkan pelajar melahirkan fikiran, perasaan dan membolehkan mereka
membina kernahiran mengurnpul, memilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah, dan bahanbaban yang berkaitan dengan tajuk karangan. Pelajar juga dapat melahirkan maksud,
pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan jelas dan berkesan dalam tulisan.
Kemahiran menulis juga bertujuan membolehkan pelajar menguasai teknik mengarang
pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Pelajar yang
menguasai kernahiran menulis akan dapat mengembangkan daya cipta pernikiran dan
keyakinan diri untuk menulis berbagai-bagai karangan dengan struktur yang betul dan
menarik.
Matlamat pendidikan bahasa pada peringkat sekolah bertujuan membimbing pelajarpelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi
melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan melalui lisan dan penulisan.
Sukatan Pelajaran bahasa Malaysia bagi peringkat sekolah menetapkan supaya
pelajar-pelajar dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan tepat dan jelas tentang
ilmu pengetahuan dan kegiatan harian. Beberapa fungsi kemahiran menulis yang perlu
dicapai antaranya:
1.

Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan
baik, cekap dan pantas.

2.

Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayatayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.

3.

Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca


tulisan-tulisannya yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi
isi bacaannya.

4.

Mernbolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sernpurna dalam


bentuk tulisan.

5.

Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Banyak orang mempunyai bakat
3

atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk melahirkannya.


6.

Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan


bahasa dan tulisan.

7.

Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

Kebolehan menulis dalam kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka


hendak menyatakan sesuatu dengan perataraan tulisan. Oleh yang demikian, penekanan
pengajaran kemahiran menulis khususnya dalam pengajaran bahasa Melayu mernpunyai
beberapa fungsi tertentu. Sehubungan dengan itu, Ann Raimas (1983) telah mengemukakan
tiga fungsi kemahiran menulis seperti yang terdapat dalarn bukunya Techniques in Teaching
Writting, iaitu:
1.

Mengarang dan melahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan.

2.

Memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang bahasa.

3.

Memperluas pengetahuan, melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota


mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk lebih banyak merangsangkan
pembelajaran.

Menurut Down Byrne (1979), terdapat empat sebab atau fungsi kemahiran menulis di
peringkat sekolah iaitu:
1.

Terdapat perbezaan kecenderungan individu atau pelajar yang menguasai kemahiran


belajar. Misalnya dalam. proses pengajaran dan pernbelajaran bahasa, terdapat
sesetengah pelajar yang lebih cenderung terhadap kemahiran membaca daripada
kemahiran menulis atau sebaliknya.

2.

Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar. Kemahiran menulis dapat meningkatkan


kemahiran penguasaan bahasa pelajar dan seterusnya memberikan kepuasan kepada
mereka melebihi pencapaian yang diperolehnya.

3.

Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti di dalam bilik darjah dan secara tidak langsung ia
dapat mengelakkan perasaan jemu dan bosan pelajar dalam masa menghadapi
proses pengajaran dan pembelajaran. Kebosanan mungkin timbul apabila pengajaran
guru hanya ditentukan kepada satu-satu kemahiran sahaja.

4.

Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak dalam bilik
darjah. Misalnya, semasa mengikuti penerangan guru (aktiviti fon-nal), pelajar secara
tidak langsung boleh membuat catatan terhadap isi pelajaran yang dianggap penting.

Kemahiran menulis dalam kalangan pelajar penting kerana mereka bakal menjadi
penulis yang mengisi khazanah ilmu dan budaya bangsa. Jika kita menganggap penulisan
ialah suatu yang mudah dan dapat dilakukan tanpa terikat pada satu bentuk disiplin diri,
maka ia akan mengakibatkan lahirnya penulis santai (Awang Sariyan, 1991; 715). Hal ini
4

demikian kerana penulis hanya menulis perkara yang terlintas dalam fikirannya, tanpa rasa
tanggungjawab terhadap karyanya.
Fungsi kemahiran menulis sebagai penglahiran daripada fikiran itu penting, terutama
dalam dunia moden yang mernpunyai pelbagai peralatan percetakan yang canggih.
Sehubungan dengan itu, ilmu pengetahuan yang terakam dalam minda dapat dimanfaatkan
bersama menerusi tulisan. Kemahiran menulis ini penting dalam dunia persekolahan,
pekerjaan dan sosial. Misalnya, dalam dunia persekolahan, kemahiran menulis diperlukan
malah diuji secara formal atau tidak formal dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan hampir
kesemua kurikulum sekolah. Oleh itu, ilmu yang telah dipelajari akan diuji dan hal ini
memerlukan pelajar memiliki kemahiran bagi menjawab soalan-soalan tertentu. Kemahiran ini
menjadi lebih penting dan mencabar apabila pelajar melangkah ke institusi pengajian tinggi.
Fungsi kemahiran menulis sebagai penglahiran mental dapat disamakan dengan tujuan lanjut
menulis iaitu:
1.

Meluaskan pengetahuan, pengalaman, penghubungan dan matlamat menerusi


penulisan.

2.

Memberi kepuasan jiwa dalam pernikiran pengalaman dan perasaan.

3.

Menyediakan pelajar dengan pengetahuan supaya ia dapat memenuhi kehendak dan


hasrat masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan diri sendiri dan orang ramai
umumnya.

Soalan-soalan

RUJUKAN
Greenberg, K. L. (1994). The Advancing Writer Book 2. New York: Harper Collins.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Sukatan Pelajaran KBSR. Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Lyons (1989). Study Writing. Cambridge: College Publishers University.
Mohd. Sidin Ishak (1992) Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mortomore, P. (1999) Understanding Pedagogy and Its Impact on Learning. London:
Thousand Oak, Clif: Chapman.
Schunk, D.H. (1996) Learning Theories: An Educational Perspective. Eaglewood Cliff, N.S. :
Merill.
Sulaiman Masri (1990). Penulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai