Anda di halaman 1dari 17

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Bab 1
PENGENALAN
HASIL PEMBELAJARAN
a. Memahami tentang definisi dan konsep menulis
b. Menerangkan fungsi dan tujuan menulis
c. Menghuraikan tentang jenis-jenis kemahiran menulis.

1.1. Definisi Dan Konsep Menulis


1.2. Faktor Mempengaruhi Kemahiran Menulis
1.3. Jangkaan Perkembangan Kemahiran Menulis Kanak-kanak Mengikut Umur

Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal
semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penyatuan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini
kerana, penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkan
tulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, topik ini akan menjelaskan konsep, jenis pendekatan
dan teknik dalam kemahiran menulis serta beberapa contoh bahan pengajaran yang berkaitan.

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

1.1

Definisi Dan Konsep Menulis


Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi
dalam senarai kernahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya
boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca.

Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbolsimbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang
membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat. Ayat yang disusun adakalanya
panjang, adakalanya pendek berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk
teks, nota, draf dan bahan bercetak.

Takrif lain menyebutkan menulis sebagai kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang
disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang
bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana yang
bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran
membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja.
Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang yang memerlukan
penyatuan aspek psikologi dan kognitif. Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan
sebagai bentuk perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu
disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

Rumusannya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi dan penting
berbanding kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh murid-murid bukan sahaja dalam
pembelajaran bahasa tetapi juga untuk mata pelajaran lain.
PEMIKIRAN KRITIS
Pada pendapat anda, wajarkah seorang murid itu diasuh menulis dengan cantik dan kemas sejak dari kecil
kerana akhirnya mereka akan menggunakan kemudahan computer untuk menaip tugasan dan lain-lain
kerja harian apabila mereka dewasa kelak?

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

a) Fungsi menulis

Ada lapan fungsi menulis kepada murid-murid dan guru iaitu:


Memotivasi atau merangsang idea dan perasaan untuk diterjemahkan dalam bentuk
tulisan.
Menjadikan diri mahir dalam penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata.
Murid-murid berpeluang untuk menerokai pelbagai bidang bahasa.
Memperluaskan pengetahuan dan melahirkan idea dalam bentuk penulisan.
Menggunakan seluruh anggota mekanis iaitu mata, tangan, akal dan lain-lain untuk
merangsang pembelajaran.
Melatih murid mengeluarkan pendapat dan idea dalam bentuk tulisan.
Melatih murid menyusun huruf supaya menjadi suku kata, perkataan dan ayat.
Kepuasan diri kerana boleh mengemukakan idea secara bertulis untuk bacaan generasi
akan datang.

b) Tujuan menulis

Ada dua tujuan menulis, iaitu serta-merta dan lanjutan. Walau bagaimanapun, tujuan
seseorang itu menulis harus dilihat dari aspek kenapa seseorang itu perlu menulis.

Tujuan Serta-merta
Mendirikan asas menulis yang cukup kukuh untuk membolehkan murid-murid menulis
dengan baik, cekap dan pantas.
Membolehkan murid-murid mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat dengan
betul dan boleh difahami oleh pembacanya.
Kanak-kanak mengulangi pelajaran dengan membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau
membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya.
Membolehkan murid-murid melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam
bentuk tulisan.
Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang.
Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan
bahasa dan tulisan.
3

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Menyediakan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.

Tujuan Lanjutan
Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan.
Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.
Menyediakan murid-murid dengan pengetahuan supaya mereka dapat memenuhi
kehendak dan hasrat masyarakat moden, terutamanya untuk kepentingan diri sendiri dan
masyarakat umum.

c) Jenis kemahiran menulis

Terdapat dua jenis kemahiran menulis, iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kedua,
kemahiran menulis untuk pelahiran (mental).

Kemahiran menulis mekanis

Merupakan kemahiran yang dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan
tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Antara aktiviti jenis ini termasuklah membuat corak,
menekap dan membentuk huruf.

Kemahiran menulis untuk pelahiran (mental)

Merupakan kemahiran menulis yang bertujuan pelahiran. Biasanya dikuasai setelah kanakkanak memperoleh kemahiran menulis mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental
dan terbahagi kepada empat bahagian, iaitu penyataan fikiran atau pendapat, pernyataan
perasaan, pernyataan kehendak dan terakhir mengeluarkan pendapat yang asli.

d) Aktiviti kemahiran menulis

1. Kemahiran menulis mekanis


Latihan menulis berdasarkan beberapa bentuk geometri dan garisan yang ada mirip
bentuk-bentuk huruf. Contohnya bulat (huruf O,D), segi empat sama (huruf H,L), segi tiga
(A,V,W), garisan bengkok (S) dan lain-lain.

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Latihan menulis huruf daripada gambar. Contohnya bola sepak (O), payung (J), bumbung
rumah (A), tangga (H), roti (D), tongkat (T) dan lain-lain.
Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang
atau huruf untuk nombor plat kenderaan.
Menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.
Latihan menulis huruf dalam bentuk suku mudah, iaitu seperti KV atau KVK.
Latihan menamakan gambar secara terkawal. Contohnya A __ A M untuk gambar ayam, B
__ L A untuk gambar bola, atau __ U K __ untuk gambar buku.
Latihan menamakan gambar secara bebas, iaitu gambar dan eja.
Latihan menyalin ayat atau frasa.
Latihan menyalin ayat daripada buku teks.

2. Kemahiran menulis untuk pelahiran (mental)


Aktiviti menyalin dan meniru lirik lagu, pantun, resipi masakan, sajak dan lain-lain.
Aktiviti menghasilkan semula tulisan tanpa bahan berbentuk tulisan. Ini boleh
dilaksanakan dengan memperdengarkan satu bahan mudah secara lisan menerusi pita
rakaman, kemudian meminta murid menulis semula mengikut persepsi ayat sendiri
sendiri.
Aktiviti menggabungkan beberapa latihan. Caranya murid dikehendaki menggantikan
beberapa perkataan tertentu, frasa atau perenggan dalam cerita yang diperdengarkan. Hal
ini bermakna, murid menulis semula cerita atau puisi yang diperdengarkan dengan sedikit
pengubahsuaian.
Penulisan berpandu, iaitu murid diminta untuk menyudahkan cerita, memperluaskan
perenggan atau ayat mudah dan sebagainya. Latihan pada peringkat ini memerlukan murid
untuk bertindak balas secara individu.
Aktiviti penulisan bebas dengan memberikan kebebasan kepada murid-murid mencipta
ayat sendiri bagi melahirkan pendapat. Pada peringkat ini, hasil kerja murid lebih panjang
dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks.

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

1. Apakah kepentingan konsep penulisan kepada guru?


2. Apakah aktiviti kemahiran menulis mekanis dan mental?

3. Nyatakan fungsi dan tujuan kemahiran menulis diajar kepada murid-murid.

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Faktor Mempengaruhi
Kemahiran Menulis

1.2
Persekitaran

penulisan

yang

menggalakkan bermaksud persekitaran


yang

sentiasa

menyokong

aktiviti

literasi yang lain seperti mendengar,


bertutur dan membaca. Faktor umum
yang sering dikaitkan dengan kemahiran
menulis juga berkaitan dengan faktor
fizikal dan faktor persekitaran. Keduadua faktor ini menjadi perkara asas
dalam apa jua bidang pendidikan. Faktor ini juga berhubung dengan hierarki Maslow.
Individu dan keluarga yang telah mendapatkan keperluan yang dinyatakan oleh Maslow pasti
dapat membantu murid-murid dalam pembelajaran mereka.

Dua kategori besar yang mempengaruhi kebolehan membaca seseorang murid adalah:

a. Faktor fizikal

Pertumbuhan fizikal kanak-kanak normal berkembang selari dengan perkembangan


mentalnya. Oleh itu tumbesaran kanak-kanak perlu diberikan perhatian khusus agar tidak
mengalami penyakit kerana hal ini boleh menjejaskan pertumbuhan fizikalnya seterusnya
merencatkan pertumbuhan mental kanak-kanak. Guru perlu mengetahui tentang keadaan
emosi dan fizikal kanak-kanak untuk membantunya merancang pengajaran yang berkesan.
sehubungan itu, guru perlu mengemas kini rekod kesihatan pelajar. Makluman tentang
penyakit tertentu atau kecacatan yang dapat dikesan lebih awal boleh membantu guru dalam
menentukan pendekatan dan kaedah pengajaran atau sekurang-kurangnya menentukan tempat
duduk murid-murid terbabit di dalam kelas perlu disesuaikan dengan jenis kecacatan fizikal
yang dialami.

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

b. Faktor persekitaran

Persekitaran murid-murid turut mempengaruhi perkembangan mereka secara umumnya.


Sokongan daripada masyaraka, rakan sebaya, keluarga, keadaan rumah yang aman dan
tenang serta galakan daripada mereka merupakan sebahagian daripada faktor positif. Di
samping itu, faktor sosiobudaya, sosioekonomi, latar asuhan, dan latar belakang pendidikan
masyarakat persekitaran juga memainkan peranana penting dalam perkembangan murid.

(i) Persekitaran di rumah

Perkaitan di antara keadaan persekitaran di rumah dengan ketidakupayaan murid membaca,


agak sukar ditentukan. Banyak kajian memperlihatkan betapa pentingnya persekitaran di
rumah (peranan ibu bapa) bagi mengembangkan kemahiran menulis murid. Peringkat
pendidikan ibu bapa, minat ibu bapa dalam kegiatan sosiobudaya, pendapatan, kestabilan
sosial dan emosi dalam keluarga, corak interaksi (pergaulan) dan komunikasi serta sikap
terhadap pembelajaran menjadi faktor penting terhadap proses pembelajaran dan
perkembangan

kemahiran

menulis kanak-kanak atau murid.


Sebuah keluarga yang dipenuhi
dengan

kasih

sayang

dan

persefahaman

adalah

menggalakkan

faktor

pembelajaran murid. Perasaan


selarnat dan terjamin bagi pelajar
menjadi latar yang sihat dan
menggalakkan ke arah tujuan
tersebut.

(ii) Persekitaran di sekolah

Pearson dan Johnson, 1978: hal. 19 mengatakan guru-guru, rakan sebaya dan ekologi
sesebuah bilik darjah mempengaruhi kemahiran dan minat belajar menulis murid. Kegiatankegiatan atau perlakuan guru dan sikapnya akan mempengaruhi tahap pencapaian murid-

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

murid. Kegiatan-kegiatan guru (Pearson dan Johnson, 1978) yang berikut dapat
mempengaruhi kemahiran menulis murid:
Cara-cara guru menyediakan murid untuk pembelajaran menulis.
Pemilihan bahan-bahan dan alatan yang digunakan untuk mengajar menulis.
Contoh model daripada segi perlakuan dalam kelas.
Jenis-jenis maklum balas yang diberikan.
Suasana pengajaran-pembelajaran yang diwujudkan
Jenis-jenis dorongan dan pengukuhan yang digunakan.

Rakan sebaya mempengaruhi pencapaian murid untuk belajar menulis. Pengaruh itu terdapat
dalam dua bentuk iaitu positif dan negatif. Rakan-rakan yang ramah, bekerjasama dan
berkemampuan untuk melahirkan suasana dan semangat persaingan dapat memberi
perangsang kepada murid untuk belajar dengan lebih giat lagi dan sebaliknya. Di samping
faktor guru dan rakan sebaya, ekologi sesebuah bilik darjah juga dapat memberi kesan
terhadap pencapaian murid. Keadaan fizikal sesebuah bilik darjah, sedikit sebanyaknya
mempengaruhi pembelajaran murid. Umpamanya, bilik yang kotor, panas, sesak, gelap dan
bising akan mengganggu ketenteraman seseorang untuk berfikir dengan balk. Sebaliknya,
bilik darjah yang bersih dan selesa tempat duduknya akan dapat mewujudkan suasana
pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

1. Apakah faktor-faktor yang ada pada diri murid yang boleh mempengaruhi kebolehan
menulisnya?
2. . Apakah faktor-faktor fizikal mempengaruhi kebolehan membaca seorang murid?
3. Bagaimanakah faktor persekitaran boleh mempengaruhi kebolehan menulis seseorang
murid?

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

1.3

Jangkaan Perkembangan Kemahiran


Menulis Kanak-kanak Mengikut Umur

Sebelum mula mengajar, seorang guru haruslah memahami tugas mereka dan apa yang ingin
diajar oleh mereka. Adalah sangat penting bagi seorang pendidik untuk memahami tahap
perkembangan menulis seorang murid yang boleh membantu mereka menyesuaikan bahan
pengajaran dan topik pengajaran dengan tahap kumpulan murid tersebut. Pendidik yang
berpengalaman dan mempunyai banyak pengetahuan tentang tahap perkembangan kemahiran
menulis kanak-kanak ini mempunyai kelebihan dalam mengajar kerana mereka sudah tahu
tentang apa yang perlu dilakukan, bahan pengajaran yang sesuai dan teknik pengajaran yang
sesuai digunakan mengikut tahap kemahiran pelajar tersebut.

Bagi pendidik yang kurang berpengalaman, mereka akan memerlukan petunjuk ataupun
tunjuk ajar tentang cara yang sesuai mengajar murid mengikut tahap perkembangan mereka.
Terdapat banyak kajian yang dilakukan tentang peringkat perkembangan menulis murid yang
dilakukan oleh pengkaji terhadap kanak-kanak mengikut peringkat umur. Kajian terhadap
kanak-kanak tersebut tidak boleh digunakan sebagai rujukan ataupun dianggap mewakili
semua kanak-kanak tetapi boleh digunakan sebagai rujukan terhadap sekumpulan besar murid
mengikut peringkat umur mereka.

Namun haruslah diketahui bahawa peringkat perkembangan seorang kanak-kanak adalah


berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Ada yang berkembang dengan cepat dan ada yang
perlahan. Peringkat perkembangan kanak-kanak yang akan dibincangkan di sini adalah

10

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

berdasarkan kepada analisis kajian yang telah dilakukan tentang jangkaan tahap
perkembangan menulis kanak-kanak.
Jadual 1.1 sehingga 1.3 adalah jangkaan tahap perkembangan menulis kanak-kanak pada
peringkat sekolah rendah

Jadual 1.1 Jangkaan tahap perkembangan menulis murid pada umur 4 tahun

Jangkaan

Perkara yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu

Bermain dengan
menulis

Menyediakan pelbagai bahan yang boleh digunakan oleh murid seperti


pensel warna, pensel, crayon dan sebagainya. Menggalakkan mereka
menulis apa-apa sahaja dan bermain dengannya.

Boleh menulis nama


sendiri

Sentiasa menggalakkan murid-murid untuk menulis nama mereka sendiri


dan membantu mereka untuk menulis nama mereka dengan betul. Guru
juga boleh menggalakkan murid membuat tandatangan nama mereka di
atas kad ucapan.

Menulis perkataan
yang direka sendiri

Galakkan murid untuk menulis ejaan dengan cara mereka sendiri. Setelah
mereka berasa yakin untuk menulis barulah guru mengajar mereka menulis
ejaan yang betul

Mengenali beberapa
perkataan
terutamanya
perkataan yang ada
dalam ejaan nama
mereka

Ajar murid untuk menulis perkataan-perkataan berikut dengan betul.

Mengenali beberapa
tanda bacaan seperti
noktah dan koma.

Ajar murid untuk membezakan diantara huruf dan tanda bacaan.

11

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Jadual 1.2 Jangkaan tahap perkembangan menulis murid pada umur 7 tahun
Jangkaan

Perkara yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu

Minat meniru dan


menulis semula teks

Ambil peluang ini untuk membantu mereka mengingati huruf dan


mengingati ayat yang pendek dan ringkas.

Mula memilih
perkataan dan ayat
untuk ditulis dengan
berdasarkan minat
mereka dalam genre
tertentu

Menggalakkan murid untuk mengembangkan minat mereka dalam perkara


yang mereka minati dan menulis perkataan atau ayat yang berkaitan
dengan topik yang diminati oleh mereka itu.

Mampu menulis ayat


yang lebih panjang.
Contohnya cerita
pendek

Stamina murid untuk menulis bertambah baik apabila mereka boleh


menulis ejaan dengan lebih mudah. Tetapi mereka masih memerlukan
bantuan dengan untuk menulis apabila mereka menulis ayat yang panjang.

Memahami bahawa
semasa menulis
perkataan, perkataanperkataan tersebut
akan terbina menjadi
ayat

Menerangkan kepada mereka bahawa ayat tersebut mempunyai makna.

Menggunakan tanda
bacaan semasa
menulis

Bantu murid untuk menyusun tulisan mereka dengan lebih baik dan bantu
mereka menggunakan tanda bacaan dengan betul.

Menulis huruf besar


dan huruf kecil
dengan betul tetapi
huruf yang dihasilkan
ditulis dengan saiz
yang sama

Perhatikan murid semasa mereka menulis dan ingatkan mereka bahawa


huruf besar dan huruf kecil perlu ditulis dengan cara yang betul.

12

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Jadual 1.2 Jangkaan tahap perkembangan menulis murid pada umur 11 tahun
Jangkaan

Perkara yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu

Menggunakan sumber
informasi untuk
belajar

Sokong kemahiran murid untuk mengambil nota dan menulis maklumat.

Akan mula belajar


menulis draf

Bantu murid untuk mengetahui kebaikan menulis draft sebelum mula


menulis.

Mula dapat menulis


perkataan dengan
betul. Kepanjangan isi
tulisan juga
bertambah

Galakkan mereka menulis bermacam genre untuk mengenali genre yang


mereka minati semasa menulis.

Mula lebih memahami


tahap formaliti dalam
menulis

Bincangkan perbezaan jenis penulisan. Contohnya surat kepada rakan atau


ibu bapa dan surat formal dan rasmi.

Menggunakan ejaan
standard sepanjang
masa. Mula belajar
menggunakan kamus
untuk memastikan
mereka menggunakan
ejaan yang betul.

Bantu pelajar dan ajar mereka cara menggunakan kamus untuk


memperkayakan kosa kata mereka semasa mereka menulis.

Menggunakan tanda
bacaan dengan betul.
Mereka juga mula
mengenali tanda
bacaan yang lain
seperti tanda seru,
noktah bertindih dan
sebagainya.

Galakkan mereka menggunakan pelbagai jenis tanda bacaan dengan


menggunakan pelbagai jenis ayat.

13

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

1. Apakah kepentingan guru mempunyai jangkaan terhadap kemahiran menulis murid


sebelum mereka mula mengajar?
2. . Apakah yang boleh dijangkakan oleh seorang guru terhadap kemahiran menulis
seorang murid yang berumur 7 tahun?
3. Nyatakan perbezaan kemahiran menulis seorang murid yang berumur 4 tahun, 7 tahun
dan 11 tahun.

14

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

RUMUSAN BAB
Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun
berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat.
Ayat yang disusun adakalanya panjang, adakalanya pendek berdasarkan beberapa urutan
yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan bercetak.
Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai bentuk perasaan, fikiran dan
idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi
bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.
Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi dan penting berbanding
kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran
bahasa tetapi juga untuk mata pelajaran lain.
Tujuan menulis adalah untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan
matlamat menerusi penulisan, memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman
dan perasaan , menyediakan murid-murid dengan pengetahuan supaya mereka dapat
memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, terutamanya untuk kepentingan diri
sendiri dan masyarakat umum dan sebagainya.
Terdapat dua jenis kemahiran menulis, iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kedua,
kemahiran menulis untuk pelahiran (mental).
Kemahiran menulis mekanis merupakan kemahiran yang dikuasai pada peringkat awal
supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Antara aktiviti
jenis ini termasuklah membuat corak, menekap dan membentuk huruf.
Kemahiran menulis untuk pelahiran (mental) merupakan kemahiran menulis yang
bertujuan pelahiran. Biasanya dikuasai setelah kanak-kanak memperoleh kemahiran
menulis mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental dan terbahagi kepada empat
bahagian, iaitu penyataan fikiran atau pendapat, pernyataan perasaan, pernyataan
kehendak dan terakhir mengeluarkan pendapat yang asli.
Pertumbuhan fizikal kanak-kanak normal berkembang selari dengan perkembangan
mentalnya. Oleh itu tumbesaran kanak-kanak perlu diberikan perhatian khusus agar tidak
mengalami penyakit kerana hal ini boleh menjejaskan pertumbuhan fizikalnya seterusnya
merencatkan pertumbuhan mental kanak-kanak.
Guru perlu mengetahui tentang keadaan emosi dan fizikal kanak-kanak untuk
membantunya merancang pengajaran yang berkesan.
Makluman tentang penyakit tertentu atau kecacatan yang dapat dikesan lebih awal boleh
membantu guru dalam menentukan pendekatan dan kaedah pengajaran atau sekurangkurangnya menentukan tempat duduk murid-murid terbabit di dalam kelas perlu
disesuaikan dengan jenis kecacatan fizikal yang dialami.
Rakan sebaya mempengaruhi pencapaian murid untuk belajar menulis. Pengaruh itu
terdapat dalam dua bentuk iaitu positif dan negatif.
Di samping faktor guru dan rakan sebaya, ekologi sesebuah bilik darjah juga dapat
memberi kesan terhadap pencapaian murid.
15

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Keadaan fizikal sesebuah bilik darjah, sedikit sebanyaknya mempengaruhi pembelajaran


murid.
Sebelum mula mengajar, seorang guru haruslah memahami tugas mereka dan apa yang
ingin diajar oleh mereka.
Adalah sangat penting bagi seorang pendidik untuk memahami tahap perkembangan
menulis seorang murid yang boleh membantu mereka menyesuaikan bahan pengajaran
dan topik pengajaran dengan tahap kumpulan murid tersebut.
Peringkat perkembangan seorang kanak-kanak adalah berbeza dengan kanak-kanak yang
lain. Ada yang berkembang dengan cepat dan ada yang perlahan.

16

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

RUJUKAN
1.

Khairuddin Mohamad. 2011. Literasi Bahasa Melayu. Oxford Fajar. Kuala Lumpur.

2.

Dominic Wyse et al. 2013. Teaching English, Language and Literacy Third Edition.

Routledge Taylor and Francis Group. London and New York.

3.

Mahzan Arsad. 2008. Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

17

Anda mungkin juga menyukai