Anda di halaman 1dari 5

KEMAHIRAN BERBAHASA-kemahiran menulis KEMAHIRAN MENULIS 1. Konsep Menulis - Menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis.

- Menulis merupakan hasil kerja penulis-sebarang perkara diluahkan dalam bentuk huruf dan alphabet. - Menulis merupakan huruf atau simbol bagi menggambarkan sesuatu makna. - Menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi mempersembahkan idea dan pendapat. - Membolehkan kanak-kanak menulis dengan kemas, cantik dan tersusun. - Kanak-kanak dapat mempelajari cara dan teknik penulisan dengan betul. - Kanak-kanak dapat memahami apa yang ditulis mereka. - Kanak-kanak dapat membaca apa yang ditulis. 2. Tujuan Menulis i.Tujuan Serta-Merta a) Mendirikan asas menulis yang kukuh b) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat dengan betul c) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk penulisan d) Menyuburkan minat suka menulis dan mengarang e) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,perkembangan bahasa dan tulisan ii.Tujuan Lanjut : a) Meluaskan pengetahuan,pengalaman,perhubungan dan matlamat menerusi penulisan b) Memberi kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan c) Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat 3.fungsi menulis -merangsang n melahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata, n perasaan. -br peluang pljar teroka bdg bhs. -perluaskn pengetahuan, lahirkn idea, n gunakn sluruh anggota mekanis9mata,tgn, akal) untuk rgsg pmbljrn.

4. Peringkat Kemahiran Menulis peringkat 1-(Pra menulis/persediaan) Definisi: - Tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul - Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan tumpuan. - Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran membentuk lambang huruf yang betul dan tepat, latihan menulis hendaklah dirancang secara sistematik dan bebas agar tidak menimbulkan rasa bosan. Latihan2/aktiviti2nya: Latihan pergerakan tangan mengikut arah yang betul Gerak tangan bebas mengikut bentuk huruf Latihan pergerakan mata melalui aktiviti menulis huruf di udara atau di atas meja Latihan koordinasi tangan dan mata dalam membentuk corak campuran garisan lurus dan bulatan Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir atau di rumput tanpa menggunakan alat tulis peringkat 2 - (Mendirikan asas) Definisi: - Membentuk lambang-lambang tulisan secara bebas di atas kertas kosong yang tiada sebarang garisan - Kemudian, menulis dan membentuk huruf pada halaman buku bergaris empat - Penekanan diberikan dari segi kawalan tulisan yang bertujuan. Latihan2nya: Latih tubi secara berterusan Menulis perkataan dalam buku latihan bergaris empat Menulis perkataan dengan memberikan tumpuan pada bentuk, saiz dan jarak yang betul Melukis gambar dan menulis frasa berdasarkan gambar Aktiviti2nya: Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan. Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan. Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan bermakna. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang kosong Menyalin perkataan yang mudah. Menyalin ayat-ayat yang mudah.

peringkat 3- (peringkat untuk pelahiran) Definisi:

- Peringkat pelahiran merupakan latihan menulis sebenar - Melahirkan fikiran secara bertulis - Murid telah menguasai kemahiran menulis setiap huruf / abjad dan seterusnya menulis ayatayat. - Murid menulis ayat-ayat yang dicontohkan oleh guru dan selanjutnya digalakkan untuk menghasilkan ayat mereka sendiri. Latihan2nya: -Latihan bermula secara terkawal melalui penggunaan bahan rangsangan seperti gambar atau perkataan. -murid menulis dan membina ayat berdasarkan bahan rangsangan tersebut. Aktiviti2nya : - Membina ayat bagi melengkapkan cerita. - Meluaskan ayat dengan menambahkan frasa yang sesuai - Menulis jawapan bagi soalan kefahaman - Menulis rencana yang dibacakan oleh guru - Menulis karangan berdasarkan tajuk yang disediakan - Menyusun semula ayat dan perenggan 5.Peringkat-peringkat penulisan juga boleh diperincikan seperti yang berikut : 1. Persediaan 2. Percubaan 3. Prakomunikasi 4. Suku kata 5. Menulis ayat 6. Memperluas dan menambah maklumat 6.Lima Kategori Penulisan Karangan Penulisan ringkas Penulisan untuk majlis rasmi Surat Penulisan untuk papan kenyataan

7.Jenis-jenis penulisan a. Terkawal Definisi:

Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru,bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa. Contoh: Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan. Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap. b. Separa terkawal Definisi: Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan. Contoh: Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataan lain yang telah disediakan. c. Berpandu Definisi: Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru. Contoh: Menulis semula cerita/petikan yang dibaca. Menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk. Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya. d.Bebas Definisi: - Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri Contoh/bentuk: Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan. Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan. Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan. Kreatif: puisi, cerpen, drama Imaginatif: pengalaman.

8.kesalahan2 biasa dalam tulisan - Kesalahan pelajar dalam menghasilkan sesuatu penulisan biasanya berdasarkan tiga faktor yang berikut: 1. isi 2. bahasa 3. tulisan

- Faktor-faktor ini berlaku kerana masalah yang terdapat dalam p&p BM itu sendiri. Akibat kurangnya penguasan pelajar-pelajar terhadap pelbagai jenis ayat bahasa Melayu maka berlakulah pelbagai kesalahan dalam penulisan 4.kesalahan ejaan - Kesalahan ini biasa dilakukan tanpa disedari pelajar - Ini kerana mereka kurang pengetahuan atau pun terlalu terikat dengan dialek atau loghat mereka. 5.kesalahan tatabahasa - Kesalahan ini biasanya berlaku kerana kurangnya ilmu tentang penguasaan dan penggunaan dalam tatabahasa. - Boleh juga berlaku jika kurang latihan dan perhatian dari pelajar. 9.jenis penulisan secara mentalis/penglahiran Dikuasai setelah kanak-kanak memperoleh kemahiran menulis mekanis. Banyak melibatkan mental. Latihan yang dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis ini ialah : I. Latihan pernyataan fikiran atau pendapat II. Latihan pernyataan perasaan. III. Latihan pernyataan kehendak. IV. Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli. Peringkat mengajar menulis mental: Menyalin dan meniru. Bahan yang diberi untuk ditiru oleh murid mestilah didahului oleh karangan-karanagn lisan atau perbincangan dalam kelas dan akhirnya ditiru dalam buku masing-masing. Bahan yang ditiru menarik minat dan bermakna buat murid. Contoh : seni kata lagu, resipi masakan, sajak dan kata-kata hikmat. Menghasilkan semula Murid menghasilkan semula tulisan tanpa bahan tulisan yang dicontohkan. Guru menyuruh murid menghafaznya atau memperdengarkan satu bahan mudah kepada murid. Menggabungkan Latihan yang dibuat adalah bahan-bahan yang telah dipelajari. Apabila murid menulisnya, mereka melakukan ubah suai bila perlu. Contoh : latihan menggantikan perkataan, latihan tranformasi ayat. Penulisan berpandu Murid diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikal dan bentuk ayat tetapi dengan bahan isi yang dikawal. Contoh : menyudahkan cerita, diberikan perenggan-perenggan, ayat-ayat mudah dan latihan diperluaskan dengan ayat itu. Memerlukan murid bertindak balas secara individu. Penulisan bebas Murid membuat pemilihan perkara dengan mencipta ayat-ayat sendiri. Hasil kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks. idea merapu yang dikarang kas oleh saye, tika zukhi at 5:50:00 PM

Anda mungkin juga menyukai