Anda di halaman 1dari 7

1

TEKS PENGACARA MAJLIS


HARI ANUGERAH CEMERLANG KALI KE 12
SEK. KEB. JALAN DATUK KUMBAR, ALOR SETAR
TAHUN 2012

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha Ustaz Mohd Dzhir


B Salleh,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar (Unit Pendidikan
Islam), mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar diiringi oleh dif-dif
kehormat.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Hadirin diminta berdiri.
ASSLAMUALIKUM W.B.T, SALAM SEJAHTERA, DAN SALAM SATU
MALAYSIA
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

Yang Berusaha Ustaz Mohd Dzhir B Salleh,


Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Unit Pendidikan Islam) mewakili
Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar

Yang Berusaha En Hamdi B. Ghazali,


Guru Besar Sek. Keb. Jalan Datuk Kumbar,

Yang Dihormati En. Ahmad Shauki B. Shaari, Yang DiPertua PIBG SK


Jalan Datuk Kumbar

Yang Dihormati Tuan-tuan dan Puan-puan Guru Besar serta wakil

Yang dihormati Barisan Penolong Kanan Sek. Keb. Jalan Datuk Kumbar,

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG

Guru-guru, staf sokongan, tetamu-tetamu jemputan

Seterusnya para waris serta murid-murid yang dihormati sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan izin dan kasih-Nya, dapat kita
berkumpul bagi menjayakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sk Jalan Datuk
Kumbar kali ke-12 bagi tahun 2012. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang
Berusaha Ustaz Mohd Dzhir B Salleh, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Kota Setar kerana sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang pada
tahun ini.
Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin
semua. Semoga dengan kehadiran semua, majlis ini akan lebih bermakna.
Hari ini tanggal 1 November 2012 bersamaan 16 Zulhijjah 1433Masehi, kita
sama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima
hadiah pada tahun ini. Bagi memuliakan majlis, eloklah kiranya bersamasama kita menadah tangan memohon keberkatan dan rahmat kepada Yang
Esa. Untuk itu majlis menjemput En. Ahmad Shahbudin B. Baharom untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Ahmad Shahbudin B.
Baharom atas bacaan doa sebentar tadi.
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Hadirin sekalian,
Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dan laporan Tuan Guru
Besar SK Jalan Datuk Kumbar. Untuk itu Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan yang Berusaha En Hamdi B. Ghazali untuk menyampaikan
ucapan dan laporan sekolah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(Ucapan - Laporan)

Ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan dan laporan yang
telah disampaikan sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha, En Ahmad Shauki b
Shaari Yang Dipertua PIBG SK Jalan Datuk Kumbar untuk menyampaikan
ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(Ucapan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, En Ahmad
Shauki b. Shaari atas ucapan sebentar tadi.
Hadirin Yang Dihormati,
Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diiringi, maka majlis
dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha Ustaz Mohd Dzhir B
Salleh, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar, untuk
menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
(Ucapan-Perasmian)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Ustaz Mohd
Dzhir B Salleh, atas kesudian menyampaikan ucapan pada hari ini.

4
Hadirin sekalian,
Majlis berehat seketika. majlis menjemput kumpulan nasyid mewakili murid
tahun lima untuk menyampaikan nasyid bertajuk Di Pondok Kecil.
Dipersilakan.
-NasyidTerima kasih diucapkan kepada kumpulan nasyid atas persembahan sebentar
tadi.
PENYAMPAIAN HADIAH
Ilmu di dada suluh budiman
Meskipun sukar perlu dicari
Kecemerlangan akademik jadi ukuran
Anugerah diberi tanda bestari
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kini tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada murid yang telah
berjaya dalam akademik dan kokurikulum SK Jalan Datuk Kumbar. Bagi
menyempurnakan acara penyampaian sijil dan hadiah Hari Anugerah
Cemerlang Sek. Keb. Jalan Datuk Kumbar bagi tahun 2012,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput,
Yang Berusaha En. Hamdi B. Ghazali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Jalan Datuk Kumbar, mempersila dan mengiringi Yang Berusaha Ustaz
Mohd Dzhir B Salleh, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar untuk
menyampaikan hadiah dan sijil kepada para penerima anugerah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Acara penyampaian hadiah.


-

Cemerlang Pra Sekolah


Cemerlang PPKI(Program Pendidikan Khas Integrasi)
Cemerlang Tahap 1 dan 2
Cemerlang Percubaan UPSR 2012
Anugerah Khas SPBT
Anugerah Nilam
Anugerah Tokoh PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi)
Anugerah Terbaik Kurikulum Lelaki
Anugerah Terbaik Kurikukulm Perempuan
Terbaik Kokurikulum Lelaki
Terbaik Kokurikulum Perempuan
Anugerah Cemerlang UPSR 2011
Anugerah Tokoh Murid 2012

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Dzhir B


Salleh atas kesudian menyampaikan hadiah kepada penerima pada hari
ini.

PERSEMBAHAN MURID
Hadirin sekalian,
Bagi memeriahkan majlis pada hari ini, acara diteruskan dengan
persembahan murid-murid SK Jalan Datuk Kumbar. Sambil menyaksikan
persembahan, hadirin dijemput menikmati jamuan yang disediakan.
Dipersilakan...
Jamuan dan Persembahan murid
Demikian tadi persembahan yang telah dijayakan oleh murid-murid SKJDK
yang terdiri daripada :

Majlis mengucapkan tahniah dan terima kasih.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Dengan berakhirnya
persembahan itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Hari Anugerah
Cemerlang Sek. Keb. Jalan Datuk Kumbar bagi tahun 2012.

Kami bagi pihak ahli Jawatankuasa Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sek.
Keb. Jalan Datuk Kumbar, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis
pada kali ini.
Akhlak mulia berbudi luhur
Bersopan santun tidaklah rugi
Yang berjaya tahniah dihulur
Yang kandas usahalah lagi
Cindai dijahit dibuat tabir
Buat hiasan berwarna merah
Tirai dilabuh tanda berakhir
Majlis anugerah selesai sudah
Akhir kata, kami ingin memohon ampun dan maaf atas kesilapan tutur bicara
sepanjang majlis ini berlansung.
Sekian, Wassalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Mengumumkan, Yang Berusaha Ustaz Mohd Dzhir B Salleh, Penolong


Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar serta dif-dif jemputan meninggalkan
majlis.

Anda mungkin juga menyukai