Anda di halaman 1dari 11

KEMAHIRAN MENULIS

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS

• Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan
huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita
buat semasa kita bercakap.

• Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;

(a) menggunakan pelbagai jenis ayat

(b) mencatat dan menyusun maklumat

(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

• Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

• Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis,
tanda

• baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

• Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea
sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana

yang lengkap.

• Murid-murid juga perlu menguasai struktur

karangan seperti tahu menulis panduan,

pemerengganan dan menulis kesimpulan.

• Merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan
yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

• Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan


bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

• Supaya sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat disampaikan
dengan tepat, jelas dan berkesan.

• Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan perhubungan.

• Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.


• TUJUAN

• Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan
murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk
tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.

• Melatih murid-murid melahirkan idea.

• Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea

• Melatih murid-murid mengembangkan karangan

dalam bentuk pemerengganan yang betul

• Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan jenis
karangan tertentu.

• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari

• Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan.

• Menyuburkan minat

• Meluaskan kosa kata

• Memberikan kepuasan jiwa.

PERINGKAT KEM MENULIS

• Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

• Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan


imaginatif.

• Peringkat- peringkat kemahiran menulis terdiri daripada :

• Peringkat Pramenulis

• Peringkat Mekanis

• Peringkat Pelahiran

Peringkat Pramenulis

• Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan
kemas dan betul.

• Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid.
• Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:

• Menulis dari kiri ke kanan

• Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.

• Latihan membentuk bulatan di udara, di atas

meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

Peringkat Pramenulis

• Menyambung titik

• Latihan membentuk corak campuran bulatan dan

garisan lurus yang dilakukan secara bebas.

• Latihan membentuk garisan lurus

• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis

lurus dan bulat.

• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk

• Melukis gambar

Peringkat Pramenulis

• Strategi Pengajaran Pratulisan

a. Latihan pergerakan tangan

b. Latihan pergerakan mata

c. Latihan kordinasi tangan dan mata

• Peringkat Mekanis

• Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat


mekanis.

• Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan kecil
dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan
ayat.

• Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan


aktiviti-aktiviti yang berikut:

• Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf

mengikut teknik menulis.


• Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang

mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.

• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang
berlubang.

• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.

• Latihan menulis huruf dalam suku kata.

• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan

bergambar.

• Latihan menamakan gambar-gambar.

• Latihan menyalin frasa atau ayat.

• Latihan menyalin ayat daripada buku

• 2. Peringkat Mekanis

• Strategi Pengajaran

• a. Mengajar tulisan tangan

• b. Mengajar ejaan

3. Peringkat Pelahiran (Mengarang)

• Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran
mendengar, bertutur membaca dan mengeja.

• Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.

• Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis
penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal,dan separa berpandu.

• Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.

• Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang
pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui.

• Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang
telah mereka kuasai.

• Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk


grafik yang sudah dipelajari.

CONTOH AKT MENULIS

• Ejaan
Imlak / Rencana

• Menulis jawapan pemahaman

• Menulis karangan

• Menulis ayat berdasarkan gambar

• Membina ayat

• Memanjangkan ayat

• Menulis rencana

• Mengisi silang kata

• Melengkapkan ayat

Ejaan

• Melibatkan proses perkembangan mental dan pembinaan konsep

• Tujuan ejaan untuk melatih murid mendengar dan menulis dengan tepat, meningkatkan
pemahaman makna perkataan dan perbendaharaan kata murid

• Aktiviti ejaan; menulis perkataan, rangkai kata, ayat dari sebutan, gambar, pita rakaman;
membetulkan kesalahan ejaan dan kenal pasti ejaan yang salah dari petikan

• Pilih perkataan yang sesuai dengan kemampuan murid

• Perkataan itu pernah dipelajari

• Jumlah ejaan tidak terlalu banyak

• Dijalankan selepas aktiviti bacaan

• Guru menyebut murid mengeja

• Disemak bersama

Imlak

• Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan

• Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja, menggunakan tanda bacaan
dan perbendaharaan kata

• Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan kosa kata

• Pastikan tempat hentian bacaan

• Petikan perlu dibaca dengan jelas


Cara

• Berikan petikan teks dan minta murid baca

• Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan

• Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid menulis

• Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan
tanda baca

• Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca

• JENIS PENULISAN

• Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitu

a. karangan,

b. penulisan ringkas,

c. penulisan untuk majlis rasmi,

d. surat dan

e. penulisan untuk papan kenyataan.

• 1. Terkawal

• Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi

• yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru,

• bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan.

• Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa

• diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.

• • Contoh :

• (vii)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam

• karangan yang disediakan.

• (ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya

• menjadi sebuah karangan lengkap.

• 2. Separa Terkawal

• Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang

• disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk


• menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat

• pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.

• • Contoh :

• (viii)Menggantikan beberapa perkataan yang telah

• dipadamkan dengan perkataanperkataan lain yang telah

• disediakan.

1. Berpandu

• Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan

berdasarkan panduan guru.

• Contoh:

(ii) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.

(iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan

berurutan mengenai sesuatu tajuk.

(iv) Menulis karangan dengan memindahkan bentuk

daripada dialog kepada karangan penceritaan atau

sebaliknya.

2. Separa Berpandu

• Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau
panduan guru.

• Contoh :

(i)Menulis semula cerita yang diperdengarkan.

(ii) Menyudahkan cerita.

(iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal.

(iv) Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan.

(v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.

3. Bebas

• Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang
sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan
bebas seperti berikut :
• Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.

• Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.

• Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.

• Kreatif: puisi, cerpen, drama

• Imaginatif: pengalaman.

MEMBINA BAHAN SUMBER PENGAJARAN MENULIS

• Bahan sumber daripada internet

• Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahanbahan

• berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh

• dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik

• darjah. Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang

• berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis karangan.

• • Bahan sumber digital

• Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas

• dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada

• cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian

• boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka.

• • Bahan audio dan audio visual

• Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk

• digunakan olehmurid-murid sebagai bahan rangsangan.

• Bahan audio dan audio visual

• Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan oleh
murid-murid sebagai bahan rangsangan

• Gambar-gambar

• Dalam bentuk gambar tuggal, gambar bersiri,

atau gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera

• Filem
Filem jalur atau filem slaid.

CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK

• Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaan kelas guru
semasa mengajar.

• • Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT.

• • Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid

menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya

melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.

• Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk mengendalikan

• bahan yang disediakan sendiri.

• • Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu juga

• diambil faktor keselamatan murid-murid.

• • Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan

• murid-murid yang berbilang bangsa

• • Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan

• terlebih dahulu oleh guru

• Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus dalam langkah pengajaran, terutama


sekiranya bahan berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang

PENILAIAN KEMAHIRAN MENGARANG

• 1. Peringkat Pramenulis

• Penilaian secara tidak formal

• Melalui pemerhatian terhadap gerak balas murid dalam aktiviti pramenulis

• Contoh aktiviti; gerak tangan, kordinasi tangan dan mata sama atas kertas atau udara,
pasir membentuk bulatan, garisan, awan larat, huruf.

• 2. Peringkat Penulisan Mekanis

• Teknik yang boleh digunakan ialah;

• Menekan dan menyambung garis

• Memadankan

• Menyalin
• Mengisi ruang atau petak kosong

• Melabel dan menamakan gambar

• Membetuk perkataan daripada suku kata

• 3. Peringkat Mengarang (Aspek Teknikal)

• Teknik yang boleh dilakukan ialah;

• Menyalin

• Ujian Imlak

• Menulis semula petikan

PENILAIAN KEMAHIRAN MENGARANG

• Menyambungkan beberapa ayat untuk membentuk satu ayat kompleks

• Meluaskan ayat dengan menambah keterangan

• Melengkapkan ayat

• Membina ayat daripada perkataan

• Menyusun semula perkataan untuk membentuk ayat

• Menulis cerita

Aspek yang dinilai:

• • Isi

• • Ejaan

• • Bahasa

• • Kosa kata

• • Kelancaran

• • Pengolahan isi

• • Ketepatan dengan tajuk

• • Format (sekiranya karangan berformat)

PENILAIAN KARANGAN

Aspek yang dinilai:

• • Isi
• • Ejaan

• • Bahasa

• • Kosa kata

• • Kelancaran

• • Pengolahan isi

• • Ketepatan dengan tajuk

• • Format (sekiranya karangan berformat)

2. Penilaian Secara Analitikal

• Menilai mengikut aspek/ bidang yang ditetapkan dalam pemarkahan

• Contoh aspek ejaan, bahasa, isi, gaya penyampaian, tanda bacaan

• Markah keseluruhan berdasarkan campuran keseluruhan aspek yang dinilai

Anda mungkin juga menyukai