Anda di halaman 1dari 12

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015


KBP 3053 ASAS LITERASI DAN KOMUNIKASI

Anda perlu membuat satu laporan kajian mengenai seorang murid yang
mengalami masalah dalam literasi (membaca dan menulis)

TUGASAN 2
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

MOHAMAD FOAD BIN MOHAMAD


YUSOFF

D20112053369

KUMPULAN

: UPSI 01

PENSYARAH E-LEARNING

: CIK SITI ROKIAH BT. ABDUL RAZAK

TARIKH SERAH

: 8. 12. 2014

1.0

Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang lalu melalui penulisan kreatif dan bukan kreatif.Penulisan yang
menggunakan ayat yang dramatis , tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang betul serta tulisan
yang jelas dan kemas.
Kemahiran menulis juga merupakan kegiatan menghasilkan symbol symbol grafik yang
disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi
ayat ayat.Bahsa yang ditulis dengan lambang-lambang bunyi.

2.0 Konsep Kemahiran Menulis


Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf
huruf atau gabungan huruf huruf yang berkaitan dengan lambing bunyi yang kita buat semasa
kita bercakap.Ianya meliputi beberapa aspek iaitu
a)menggunakan pelbagai jenis ayat
b)mencatat dan menyusun maklumat
c)menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
d)membuat ulasan tentang bahan yang dudengar,ditonton dan dibaca.
Menulis melibatkan murid murid supaya berfikir , menaakul , menyusun dan mengolah idea
sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.
Juriah Long dan rakan rakan ( 1990) berpendapat menulis adalah satu proses menyampaikan
buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khayalak atau pembaca atau

pembaca dengan menggunakan bentuk grafik.Penulisan ialah bentuk penglahiran perasaan ,


fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik .Bentuk bentuk grafik ini disusun hingga
melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.(Raminah Haji
Sabran,1985:183)

3.0 Tujuan Kemahiran Menulis


(a) Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak kanak menulis dengan baik.
(b) Membolehkan kanak kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat ayat
dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca
(c) Membolehkan kanak kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca bahan
bahan bacaan
(d) Membolehkan kanak kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam
bentuk tulisan
(e) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang
(f) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharan kata , perkembangan bahasa
dan tulisan
(g) Menyediakan kanak kanak untuk menghadapi peperiksaan

4.0 Peringkat Kemahiran Menulis


Menurut Kamaruddin Haji Husin (1988) kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah
dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

4.1 Peringkat Pra Menulis


Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas
dan betul.Kemahiran pra menulis boleh diajar sekiranya murid mempunyai kesediaan menulis
seperti pergerakan otot tangan dan jari jemari serta sudah membuat pengamatan visual iaitu
membezakan dan mengecam benda benda.Pada ketika ini otot tangan dan jari telah dilatih
supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya serta kordinasi tangan dan mata dilakukan dengan
banyak supaya kanak kanak dapat meniru bentuk yang dilihat. Pelajaran tulisan hendaklah
dirancang secara sistematik bermula dengan aktiviti aktiviti pra menulis bebas.
Latihan latihan pra menulis menitikberatkan perkara perkara berikut:

Melakukan latihan pergerakan tangan

Menguasai gerak tangan yang bebas suoaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna

Melakukan latihan pergerakan mata

Melakukan latihan kordinasi tangan dan mata

Menurut Hughes ,Mercer , Lenz dan Hoffmann (1991) kanak kanak sepatutnya sudah boleh
melakukan perkara perkara berikut sebelum mereka dapat menulis
(i)

Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah , kiri ke kanan.dan depan ke belakang.

(ii)

Menekap atau menyurih bentuk bentuk geometrid an garisan putus putus

(iii)

Menyambungkan titik titik di atas kertas

(iv)

Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah , dari

bawah ke atas

(v)

Melukis bulatan arah lawan jam ,garis melengkung dan bulatan arah jarum jam

(vi)

Melukis garis condong

(vii)

Menyalin corak mudah dan bentuk bentuk

(viii) Mengenal huruf huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf
huruf tersebut

Aktiviti Pra Menulis

Menguli dan membuat rekaan menggunakan doh

Menggunting mengikut garisan tertentu

Menguntai manik

Menggantung barang menggunakan penyepit baju

Memindahkan duit syiling / butang / manik dari satu bekas ke satu bekas yang lain

menggunakan ibu jari dan jari telunjuk

Melakar bentuk (objek/huruf/ nombor) menggunakan jari telunjuk di atas permukaan

berlainan seperti di udara dan di pasir

4.2 Peringkat Mendirikan Asas ( Tulisan Mekanis)


Setelah kanak kanak menjalani latihan pra menulis dimana mereka faham dan tahu
memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul ,kanak kanak itu akan dilatih
membentuk lambang.Pada peringkat awal , dicadangkan membentuk huruf di kertas kosong yang
tidak mempunyai sebarang garisan.Setelah itu barulah membentuk huruf pada halaman yang
bergaris.Kawalan perlu dilakukan iaitu mula pada garisan yang lebar hingga kepada lembaran
satu garis .Latihan berikut boleh dilakukan:

Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang

berlubang

Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus putus

Latihan menulis huruf dalam suku kata

Latihan melengkapkan huruf dalam perkataan bergambar

Latihan menamakan gambar- gambar

Latihan menyalin frasa atau ayat

Latihan menyalin ayat daripada buku

4.4Peringkat Penulisan Untuk Pelahiran (Mentalis)


Setelah menguasai kemahiran menulis mekanis , murid dilatih melahirkan fikiran mereka secara
bertulis.Pada peringkat ini murid murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti
kemahiran mendengar , bertutur membaca dan mengeja.Bermula daripada menulis berpandukan
gambar , mengisi tempat kosong , melengkapkan ayat dan perenggan sehinggalah mereka boleh
menghasilkan tulisan tanpa panduan.Guru boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat
ini dengan jenis jenis penulisan terkawal , berpandu separa terkawal dan separa

berpandu.Murid murid sudah dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta
pengalaman yang telah dilalui.Dalam masa yang sama mereka menggunakan kemahiran
tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai.Mereka juga akan merancang penulisan mereka
dengan menggunakan bentuk bentuk grafik yang sudah dipelajari.
Aktiviti menulis

Mengisi silang kata

Mengisi tempat kosong dalam ayat

Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata

Menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi

Membentuk ayat ayat bagi memudahkan cerita

Menulis ayat ayat berdasarkan gambar yang disediakan

Menulis jawapan kefahaman

Menulis rencana daripada bahan yang diperhatikan

Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan

5.0 Kesediaan menulis


Menulis memerlukan kekuatan motor halus.Semasa bayi galakan untuk menyentuh pelbagai
benda, bermula yang lembut kemudian beralih kepada yang keras.Sebagai persediaan awal ,
kanak kanak adalah digalakan supaya memberi peluang bermain dengan pasir , tanah liat
ataupun bola lembut supaya bermain dan mengembara dengan deria sentuhannya supaya apabila
motor halusnya sudah bersedia , dia boleh memegang pensel dan mengawalnya dengan baik.Ini
kerana menulis bukan sekadar boleh memegang pensel tetapi mengawal pergerakan pergerakan
pensel itu lebih penting.

Murid telah mengenal symbol symbol huruf dan bunyi huruf. Memerlukan pengamatan
penglihatan untuk membezakan siz , bentuk ,warna dengan baik.

6.0 Masalah tulisan di kalangan kanak kanak pemulihan khas


(a) Perkataan ditulis terlalu rapat antara satu sama lain
(b) Bentuk huruf ditulis terlalu condong
(c) Tiada keseragaman antara jarak huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan
perkataan
(d) Bentuk bentuk huruf tidak jelas / tepat / betul
(e) Menulis tanpa mengikut garisan garisan yang ditetapkan
(f) Mencampur adukkan huruf kecil dan huruf besar
(g) Masalah pembalikkan huruf atau perkataan
(i) Huruf huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang ditetapkan
(j) Menulis dengan meninggalkan huruf , perkataan atau imbuhan
(k) Menulis melangkaui garis ruang muka surat yang ditentukan
(l) Menulis huruf huruf dalam perkataan secara bertindih
(m) Mengulang garis garis huruf yang ditulis
(n) Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri
(o) Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah
(p) Menulis dan menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul

7.0 Cara cara mengatasi masalah tulisan ini antaranya:


(a) Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat peringkat permulaan
dan mendirikan asas.
(b) Memberikan penerangan , tunjuk cara serta contoh yang jelas dan betul , sesuai dengan tahap
keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah
(c) Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid murid.Tulisan dan cara cara
guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid murid hendaklah dibuat dengan teliti dan
betul.
(d) Kad kad tulisan dan lembaran lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan
sempurna.
(e) Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu
(f) Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak kanak itu tidak
digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam

8.0 Faktor penyebab masalah menulis


(a) Faktor fizikal (Motor Halus)
Perkembangan fizikal amat ditekankan dalam aspek kemahiran menulis terutama sekali
perkembangan motor halus.Perkembangan motor halus ialah pertumbuhan otot otot kecil pada
bahagian jari seseorang kanak kanak yang membolehkan mereka memegang objek - obek
kecil seperti pensel, guli dan sebagainya dengan cekap.Perkembangan motor halus yang
sempurna membolehkan seseorang kanak kanak menulis dengan tulsan yang cantik .Selain itu
koordinasi mata dan tangan juga ditik beratkan kerana aspek perkembangan kemahiran menulis
koordinasi mata dan tangan akan menentukan sama ada seseorang kanak kanak itu sudah
bersedia untuk menulis atau tidak.

(b) Ibu Bapa


Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan anak anak mereka dapat
menulis dengan baik.Ibu bapa harus menyediakan barang barang mainan yang dapat
menggalakan perkembangan motor halus yang dapat membentuk otot - otot halus dijari.Murid
pemulihan Khas biasanya tidak diberi perhatian dari ibu bapa terutama keperluan mereka.Ibu
bapa tidak memantau keperluan pembelajaran seperti alat tulis dan buku buku.Ada ibu bapa
yang tidak menggalakkan mereka ke sekolah dan kerap ponteng.
(c) Pengamatan
Jika dilihat kesukaran murid murid pemulihan khas dalam menguasai kemahiran menulis
adalah pengamatan mereka terutama penglihatan .Mereka sukar untk membezakan sesetengah
huruf yang seakan akan seperti huruf b, d ,p ,m,w, n,h. Mereka tidak dapat mengkoordinasikan
mata dan tangan kerana dapat dilihat dari segi mereka menulis.Tanpa pengawasan yang
menyeluruh menjadikan mereka ini lebih tertinggal. Murid murid ini telah dikenal pasti lemah
dalam penerimaan konsep konsep yang baru , tidak dapat mengingat kembali ,tidak mempunyai
akal yang cerdas serta kurang pengalaman tentang alam sekeliling.Mereka kerap kali tersilap
dalam menulis huruf , perkataan yang dilihat.Secara tidak langsung mereka ini akan
meninggalkan imbuhan dalam ayat.
(d) Guru
Guru kurang menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan berkaitan dengan kehidupan
murid murid.Kurang perancangan menggunakan cara yang senang kepada susah.Kurang
interaksi dua hala menyebabkan guru tidak dapat mengetahui kelemahan murid.
(e) Murid
Punca murid mempunyai tulisan yang tidak kemas ,tidak tersusun , tertinggal huruf adalah
kerana murid itu mempunyai masalah dalam cara memegang pensel yang tidak betul hingga
menutup penglihatan.Postur keduduka badan tidak betul.Sikap murid yang menulis asal cepat
siap hingga dilihat huruf yang ditulis bertindan dan tidak ditulis pada garisan yang betul.

Cuai ataupun leka ketika menulis menyebabkan banyak ditulis terbalik atau tertinggal huruf
dalam perkataan. Tidak terkecuali murid akan kerap memadam perkataan yang salah ditulis
untuk melengah- lengahkan aktiviti menulis. Kebanyakan mereka mengalami masalah
pengamatan penglihatan kerana keliru dengan bentuk tulisan atau abjad yang ditulis oleh guru
terutama keliru apabila melihat terlalu banyak banyak perkataan dalam sebaris ayat. Mudah
bosan dengan aktiviti menulis kerana dilihat banyak bercakap dari menulis.

9.0 Rumusan
Kemahiran menulis membolehkan kanak kanak menulis dengan kemas , cantik dan
tersusun.Murid dapat mempelajari cara dan teknik penulisan dengan betul.Diakhir nya murid
dapat memahami apa yang ditulis serta membaca apa yang ditulis.Masalah yang sering dihadapi
oleh murid ialah bentuk huruf yang tidak konsisten.Selain itu , murid juga tidak dapat
menjarakkan huruf dengan perkataan denganbaik.Murid yang mengalami masalah penulisan juga
tidak mampu untuk mengeja dengan baik .Kaedah dan teknik yang betul boleh merangsang
murid untuk menulis.

Rujukan
Jabatan Pendidikan Khas .(1988).Buku Panduan Pelaksanaan
Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan
3M).Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jabatan Pendidikan Khas .(2001).Manual IPP3M Tahun 3


Program Pemulihan Khas .Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Modul KAB 3033 (2013).Pengajaran Literasi:Awal
Menulis Dan Membaca Bahasa Melayu.
Modul KBS 3043 (2013).Pengajaran Literasi:
Menulis Dan Membaca Bahasa Melayu
Razali Yahya .Asas Membaca Dan Menulis Secara
Berpandu.Seri Kembangan :Cemerlang Publications
Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai