Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN MENULIS

Definisi kemahiran menulis


Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Tulisan juga merupakan
alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa
rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah perbuatan mencatatkan kata-kata dengan
huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan
yang memakai huruf. Menulis juga bermaksud memzahirkan apa-apa yang ada dalam minda
melalui media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang
lain.

Konsep kemahiran menulis


Di sekolah, menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda bacaan dan ejaan
yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Secara umumnya, terdapat beberapa konsep
menulis iaitu :

 menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis


 menulis merupakan hasil kerja penulis iaitu sebarang perkara yang diluahkan dalam
bentuk huruf dan alfabet
  menulis merupakan huruf atau simbol yang dicetak bagi mewakili bunyi atau perkataan
sesuatu bahasa
 menulis merupakan penggunaan huruf atau symbol bagi menggambarkan sesuatu
makna
 menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi
mempersembahkan idea dan pendapat

Definisi
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi
melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang
bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan
alat komunikasi.

Peranan Tulisan

 Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan
idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
 Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,perkataan
dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.
 Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan
meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
 Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-
kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan
mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).
 Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain
bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran,
perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan
umumnya.
Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis

Pra Tulisan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri
ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok
masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-
benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang
boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini
perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal.
Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta
kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

 Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti


menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.
 Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya
supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
 Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan
lain-lain.
 Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Tulisan Mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh
memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan
peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi
kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada
permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah
latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa
kepada lembaran bergaris kecil /sempit.
Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

 Kemahiran mengawal dan memegang pensel.


 Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
 Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

Tulisan Kreatif
Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat
mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

 Membina ayat.
 Mengarang cerita.
 Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.
 Menulis surat kiriman.
 Lain-lain yang berkaitan.
Masalah Tulisan dalam kanangan Kanak-kanak

1. Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.


2. Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
3. Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan
perkataan
4. Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
5. Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
6. Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
7. Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
8. Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
9. Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
10. Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
11. Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
12. Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
13. Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
14. Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
15. Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

Cara-cara mengatasi masalah tulisan

1. Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat


permulaan dan mendirikan asas.
2. Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul, sesuai
dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.
3. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara- cara
guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti
dan betul.
4. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan
sempurna.
5. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.

Anda mungkin juga menyukai