Anda di halaman 1dari 15

Definisi dan Konsep Penulisan

Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang


disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya
disusun menjadi ayat. Ayat yang disusun ada kalanya panjang dan ada kalanya
pendek berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks,
nota, draf dan bahan bercetak.
Takrif lain menyebutkan menulis sebagai suatu kegiatan penghasilan simbol-
simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya
membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan
bermaksud penghasilan wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu,
kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan menyusun
simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya
kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang yang memerlukan
penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Kamarudin Husin (1999)
mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam
bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi
bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.
Rumusannya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi
dan penting berbanding kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh murid-murid
bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk beberapa mata
pelajaran lain.

















Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel
atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun
pernyataan. Namun begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal.
Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729),
ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur ,
pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan
perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat
surat atau mengarang.
Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, Menulis adalah
keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan
ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam
kegiatan ini.
Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang
disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya
disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan
lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan
perasaan.
Konsep Menulis.
Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea
atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis,
penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat
menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh.
Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap
tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses
penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah contohnya keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat
penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi
pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat
dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal.
Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.
Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu
yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa
selari. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi
kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis ketika masuk sekolah. Ini tidaklah
merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaca.





















Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika
tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan bahasa. Tulisan adalah alat untuk
melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang
berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Seseorang individu akan dapat
menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya.
Oleh itu, menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi
menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu.


Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan
teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau ada tidak ada tulisan dan
begitulah juga sebaliknya. Seseorang itu menulis karangannya kerana ada yang
membacanya. Dan seseorang itu pula berpeluang membaca apabila ada hasil
penulisan untuk dibaca.

Di sekolah-sekolah,aktiviti menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang
terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa
yang selari. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan
tetapi adakalanya kanak-kanak telahpun pandai menulis ketika masuk ke
sekolah. Ini tidaklah merisaukan, kerana sewaktu mereka menulis mereka juga
membaca. Bagaimanapun harus diingat, tidal elok kanak-kanak disuruh menulis
sebelum dia tahu membaca.

Terdapat dua tujuan tulisan iaitu, tujuan serta-merta dan tujuan lanjut. Tujuan
serta-merta bertujuan untuk mendirikan asas menulis yang kukuh bagi
membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. Tujuan
lanjut pula bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan, pengalaman,
perhubungan dan matlamat menerusi penulisan, memberikan kepuasan jiwa
dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan seterusnya menyediakan mereka
dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendakdan hasrat
masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai
umumnya.

Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan
pengajaran tulisan. Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara
mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran. Kemahiran menulis secara
mekanis harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat
menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca manakala kemahiran
penulisan untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran
mekanis. Kemahiran penulisan untuk pelahiran banyak melibatkan mental.

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat
pramenulis (persediaan), peringkat mendirikan asas (peringkat makanis) dan
peringkat untuk pelahiran. Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid
disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-
huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan
dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari
awal-awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, mampu
memahami dan mengetahui cara memegang pensel serta boleh duduk dengan
cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambing-lambang tulisan.
Seterusnya, murid patut digalakkkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis
pada peringkat menulis untuk pelahiran.

Jenis-jenis tulisan yang biasanya terdapat di sekolah-sekolah terbahagi
kepada dua iaitu tulisan huruf cap dan tulisan sambung. Tulisan huruf cap
mempunyai beberapa kelebihan iaitu lebih mudah dibaca, mudah dipelajari,
dapat mengurangkan kepenatan fizikal dan penglihatan,mudah dituliskan dan
memudah kanak-kanak membaca bahan-bahan cetak. Kelebihan tulisan
sambung pula adalah lebih cepat dituliskan, di samping sifat keindividualan
dalam menulis mudah dilihat.

Jenis-jenis kemahiran yang diperlukan dalam tulisan adalah keseragaman,
persambungan, irama dan pergerakan yang tetap. Dalam keseragaman,
pergerakan tulisan biarlah sama. Galakkan murid membentuk huruf-huruf dan
menulis dalam bentuk yang seragam. Bagi persambungan, perkataan hendaklah
ditulis sebagai satu unit bukan dipisah-pisahkan di antara satu sama lain. Melalui
irama, perkataan-perkataan hendaklah ditulis sebagai satu kesatuan dan bukan
berasingan. Oleh itu,ia akan menampakkan satu irama yang sama apabila ditulis
dengan banyak. Jenis kemahiran yang terakhir ialah pergerakan yang tetap.
Pergerakan tulisan haruslah tetap, tidak ke atas atau ke bawah atau kelihatan
lintang pukang. Apabila seseorang penulis menjadi matang dia akan
menggunakan lengan untuk pergerakkan menulis. Semua kemahiran-kemahiran
tersebut amat penting dalam Pendidikan Disleksia.

Pendidikan Disleksia mempunyai beberapa komponen yang harus diambil
kira dalam mengajar murid-murid yang mempunyai masalah disleksia iaitu
kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mengira, kemahiran lisan
dan juga kemahiran ejaan (Monica McGuire, 2003). Kemahiran Menulis
merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan
guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah
ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah
untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di
samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, tulisan ialah lambang-lambang
bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan
perasaan, fikiran dan idea (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Menulis pula adalah
proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun bagi melahirkan
bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Kemahiran menulis
merujuk kepada keupayaan seseorang murid menulis perkataan dalam ayat
serta mengeluarkan idea melalui tulisan yang memberi penekanan terhadap
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul di samping
tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Kemahiran menulis sangat penting kerana
ianya bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan
mempamerkan buah fikiran seseorang (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Kegagalan
murid untuk menguasai kemahiran menulis akan menyebabkan mereka tidak
dapat menerima pembelajaran bahasa pada tahap yang lebih tinggi (Monica
McGuire, 2003).

1.1 Konsep Menulis.



Kemahiran menulis adalah satu bentuk kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi yang penting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Mereka
yang menghasilkan penulisan dalam bentuk teks disebut sebagai penulis atau
pengarang. Namun demikian, terdapat istilah yang lebih khusus digunakan
mengikut jenis penulisan atau teks yang dihasilkan seperti novelis, jurnalis,
penyair, penterjemah dan sebagainya.

Perkataan menulis merupakan jenis kata kerja yang bermaksud perbuatan
mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan
perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis
merujuk kepada aktiviti menzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui
media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh
orang lain. Ia juga merujuk kepada penghasilan makna dan maklumat yang
digabungjalinkan. Oleh itu, ahli linguistik membezakan antara bahasa tulisan
dengan bahasa lisan memandangkan terdapat ciri yang tidak sama antara
kedua-duanya.

Konsep menulis di sekolah merujuk kepada keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif
yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan
yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti
mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. Menulis
merupakan gambaran medium sesuatu bahasa dalam bentuk teks melalui
penggunaan satu set sistem tanda atau simbol yang dikenali sebagai sistem
tulisan. Justeru, menulis berbeza daripada mengilustrasi seperti melukis atau
merekodkan bahasa melalui medium bukan teks seperti pita audio.


1.2 Definisi kemahiran menulis

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam
bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea (Kamarudin Hj. Husin,
1988). Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang
tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat
komunikasi.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan seseorang murid menulis
perkataan dalam ayat serta mengeluarkan idea melalui tulisan yang memberi
penekanan terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan
yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Kemahiran menulis
sangat penting kerana ianya bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi
pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang (Kamarudin Hj. Husin,
1988). Kegagalan murid untuk menguasai kemahiran menulis akan
menyebabkan mereka tidak dapat menerima pembelajaran bahasa pada tahap
yang lebih tinggi.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, kemahiran menulis merujuk
kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat dramatis, tanda baca dan
ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Menulis adalah proses
memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara dengan
menggunakan perantaraan bahasa. Menulis adalah proses memberi respons
yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara,hal dengan
menggunakan perantaraan bahasa.

Menurut Yahya Othman, kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu, idea
atau maklumat secara bersistem dan ia mengambil kira aspek tujuan penulis,
penggunaan bahasa, audience dan gaya penulisan supaya dapat
menggambarkan keadaan alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh.

Menurut Don Byrne, menulis memerlukan usaha mental secara sedar. Ini
kerana semasa menulis, proses mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu
menterjemahkan kandungan pemikiran ke dalam bahasa yang dapat di fahami.



Menurut Koh Boh Boon, menulis merupakan satu aspek yang penting.
Sebahagian besar kegiatan belajar memerlukan kecekapan merakamkan
pengetahuan secara bertulis.Penulisan merupakan kemahiran melahirkan idea
dalam bentuk tulisan secara tersusun dan logik..

Menurut Ishak Haron, beliau berpendapat, penulisan berkaitan keupayaan
intelek dan mental penulis dalam menggarap idea. Kemahiran pertama yang
diperlukan bagi menulis ialah kemahiran penulisan secara mekanis.

1.3 Peranan Tulisan

Peranan tulisan adalah untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang
kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan
baik, pantas dan cekap. Seterusnya, untuk membolehkan kanak-kanak
menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat
komunikasi dalam kelompok masyarakat. Ketiga, untuk membolehkan kanak-
kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan
pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. Keempat, untuk menyediakan,
menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak
sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana membaca, menulis dan
mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup
masa kini. Kelima, untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti
pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan
kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu
sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.

Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan
pengajaran tulisan. Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara
mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran. Menurut Marohaini Yusoff
(1999), kemahiran menulis secara mekanis harus dikuasai pada peringkat awal
supaya murid-murid dapat menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca
manakala kemahiran penulisan untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak
mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran penulisan untuk pelahiran banyak
melibatkan mental.

1.4 Peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat
pramenulis (persediaan), peringkat mendirikan asas (peringkat makanis) dan
peringkat untuk pelahiran. Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid
disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-
huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan
dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari
awal-awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, mampu
memahami dan mengetahui cara memegang pensel serta boleh duduk dengan
cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambing-lambang tulisan.
Seterusnya, murid patut digalakkkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis
pada peringkat menulis untuk pelahiran.


Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak
bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang
diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak
membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam
persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh
meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas
hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi
kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan.
Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti
menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.

Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah
dan lain-lain.

Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Tulisan Mekanis

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah
faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa .
Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada
murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan
mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas
kosong tanpa garisan.

Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk
huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar atau luas membawa
kepada lembaran bergaris kecil atau sempit. Latihan-latihan tulisan mekanis
diharapkan murid-murid akan dapat :

Kemahiran mengawal dan memegang pensel.

Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.

Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

Tulisan Kreatif

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di
peringkat
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di
peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

Membina ayat.

Mengarang cerita.

Mengarang pantun, sajak, teka-teki

Menulis surat kiriman.

Lain-lain yang berkaitan.



1.5 Masalah Tulisan Dalam Kalangan Murid Pemulihan

Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.

Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara
perkataan dengan perkataan

Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul

Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,

Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.

Masalah pembalikan huruf atau perkataan.

Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.

Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.

Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.

Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.

Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.

Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.

Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.

Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

1.6 Tujuan Kemahiran Menulis

Gerak kerja dalam penulisan, dirancang dan dijalankan dalam bilik darjah
untuk membolehkan pelajar melahirkan fikiran, perasaan dan membolehkan
mereka membina kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun idea-idea,
hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan dengan
jelas dan berkesan.

Kemahiran menulis juga bertujuan membolehkan pelajar menguasai
teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk
pelbagai tujuan. Mereka juga berupaya mengembangkan daya cipta pemikiran
dan keyakinan diri untuk menulis pelbagai karangan dengan struktur yang betul
dan menarik. Beberapa fungsi kemahiran menulis yang perlu dicapai ialah :

Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak
menulis dengan baik, cekap dan pantas.

Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan
menyusun ayat-ayat dengan betul dan dapat difahami oleh pembaca.

Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara
membaca tulisan-tulisannya yang telah dicatat dan membaca buku-buku
tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan.

Menulis membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan
sempurna dalam bentuk tulisan.

Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang .

Meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa
dan tulisan.

Menyediakankanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

Melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata,tangan
dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.

Secara umumnya, terdapat empat tujuan menulis yang berfokus kepada ciri-ciri
komunkasi, iaitu :

Ekspresif

Penulis menulis untuk tujuan melahirkan perasaan, idea, hujah
dan sebagainya. Tujuan menulis seperti ini tidak begitu mengambil kira aspek
pembaca kerana ia hanya berfokus kepada perasaan, pengalaman dan
keperluan penulis semata-mata. Hasil penulisan sedemikian adalah seperti sajak,
novel, komentar dan penulisan bebas.

Pemujukan

Menulis untuk tujuan berfokus kepada pembaca. Ia khusus untuk
memberikan kesan perasaan dan menarik perhatian pembaca. Tujuan
sedemikian boleh ditulis dengan pelbagai gaya bagi memujuk dan menimbulkan
keinginan serta emosi pembaca.

Informatif

Menulis untuk tujuan informatif merujuk kepada penulisan yang bersifat
eksternal, iaitu untuk memberikan maklumat kepada pembaca.

Kesusasteraan

Menulis untuk tujuan kesusasteraan mempunyai ciri-ciri stilistik, iaitu
gayabahasa penulisan. Ia menunjukkan cara elemen-elemen bahasa digunakan,
termasuklah struktur dan pola pada peringkat frasa dan keseluruhan karangan.
Sebagai contoh, fiksyen merupakan penulisan untuk tujuan kesusasteraan. Ada
kalanya sesuatu penulisan mempunyai lebih daripada sesuatu tujuan. Sebagai
contoh, pengkarya menulis puisi untuk tujuan membangkitkan perasaan sedih
pembaca, menzahirkan perasaan dan menggunakan bahasa secara imaginatif.

Tujuan menulis atau mengarang di sekolah adalah lebih mudah dan
antaranya adalah untuk menguji kefahaman murid mengenai tajuk karangan.
Selanjutnya, menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan murid menarik minat
pembaca. Selain itu, menguji fikiran, pendapat dan idea murid. Kemudian dapat
menguji sejauh mana pembacaan dan sumber rujukan murid. Kemahiran ini juga
dapat merangsang dan memahirkan kosa kata dan tatabahasa murid. Ia juga
dapat memberi peluang kepada murid untuk menerokai penulisan bahasa.

1.7 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masalah Tulisan Dalam Kalangan
Murid Pemulihan

Masalah tulisan mekanis yang disebabkan oleh masalah khusus agraphia
dan dysgraphia adalah jelas. Manakala punca masalah tulisan mekanis yang lain
dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:

1. Aspek fizikal,

2. Aspek pembelajaran,

3. Aspek pengamatan.

Punca masalah tulisan daripada aspek fizikal adalah seperti kecacatan
otak, kecacatan anggota, kesihatan yang sering terganggu, keadaan fizikal
rumah yang kurang merangsang untuk belajar, keadaan tempat belajar
yang tidak selesa, dan tiada dorongan daripada ibu bapa, keluarga serta guru.

Aspek pembelajaran dapat dilihat dari segi kurang pengalaman dalam
menggunakan alat tulis dari masa pra sekolah hingga ke alam persekolahan;
kurang latihan dan aktiviti penggalak ketika peringkat kesediaan menulis; tidak
cukup latihan motor halus dan koordinasi mata-tangan; alat tulis tidak sesuai;
pengajaran guru tidak sejajar dengan perkembangan murid terutama pada
peringkat pra menulis; sikap negatif guru terhadap murid yang lemah dalam
tulisan; tulisan guru kurangelok untuk dicontohi murid.

Punca masalah tulisan yang disebabkan oleh aspek pengamatan
dapatdibahagikan kepada tiga iaitu:

(1) Pengamatan dan masalah pendengaran

(2) Pengamatan dan masalah penglihatan

(3) Kesukaran memahami konsep

(4) Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.

Masalah utama yang berpunca daripada pengamatan pendengaran
adalah kelemahan dalam mendiskriminasi bunyi (huruf) seperti b dand.
Masalah ini bukan disebabkan oleh kecacatan yang dialami oleh pelajar. Selain
itu, masalah pendengaran yang dihadapi oleh pelajar boleh menyebabkan
pelajar melakukan kesilapan menulis perkataan yang disebut atau didengar.
Antara kerosakan alat pendengaran adalah:

a. Pekak konduktif tidak mendengar bunyi yang bernada rendah

b. Pekak perseptif tidak mendengar bunyi bernada tinggi

c. Pekak konduktif dan perseptif masalah bercampur aduk

d. Pekak r ekr ut men mendengar bunyi yang kuat sahaj a

e. Secretory otitis Media masalah pendengaran yang disebabkan oleh cecair
yang menyekat getaran

Pengamatan dan masalah penglihatan

Jenis kesukaran yang disebabkan oleh pengamatan penglihatan adalah
seperti kesukaran mendiskriminasi huruf yang mempunyai ciri-ciri persamaan
bentuk, masalahpembalikan huruf, keliru dengan bentuk huruf atau angka yang
bentuknya bertentangan ( contoh: n u,p q, 6 9 ). Manakala masalah
penglihatan pula menyebabkan pelajar terpaksa mengagak tulisan yang kurang
jelas terutamanya mereka yang mengalami rabun jauh. Antara masalah
penglihatan adalah seperti:

a.Hypermetrophia atau rabun jauh

b.Myopi atau rabun dekat

c.Astigmatisma, iaitu kesukaran melihat objek dengan jelas

d.Strabismus, iaitu melihat dengan sebelah mata, dan

e.Juling

Kesukaran memahami kosep.

Masalah yang dihadapi adalah seperti keliru dengan huruf besar dan
huruf kecil sehingga mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil dalam
perkataan, dan keliru dengan bentuk abjad atau nombor bercetak dengan
tulisan tangan.

Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.

Masalah yang berpunca daripada koordinasi mata-tanganadalah
seperti tidak dapat menulis atau menyalin huruf dengan betul, bermasalah
memegang pensel dengan betul misalnya memegang dengan lima jari atau
memegang pensel terlalu dekat dengan mata pensel, dan kesukaran
menentukankedudukan buku/kertas ketika menulis. Sekiranya kedudukan buku
terlalu jauh tangan akan meregang, manakala jika bukuterlalu dekat
kedudukannya, pergelangan tangan akan membengkok ke belakang ketika
menulis.

Anda mungkin juga menyukai