Anda di halaman 1dari 3

Teori Takmilah

Teori Takmilah merupakan hasil daripada gagasan idea Shafie Abu Bakar. Takmilah bererti
menyempurnakan sesuatu dengannya menjadi sempurna. Rangka teori ini bersifat keseluruhan
yang melibatkan Ketuhanan yang bersifat Kamal (sempurna), Kenabian sebagai Insan al-Kamil,
Keislaman yang bersifat Akmal, Keilmuan yang bersifat Takamul, Karya ini bersifat Estetik,
Pengkarya pula bersifat Mengistikmal diri dan Khalayak ke arah Insan al-Kamil.

Konklusinya, Teori Takmilah tidak melihat teks terpisah daripada hubungannya dengan
pengkarya dan khalayak. Teori ini bersifat syumul, sifat yang diambil daripada Islam itu sendiri.
Sastera Islam yang bersifat kreatif tidak boleh bebaskan diri daripada falsafah dan prinsip
agama Islam bahkan falsafah dan prinsip Islam sewajibnya menjadi sebahagian daripada
sastera Islam itu sendiri.

Analisis Gurindam 12 Fasal yang Pertama


1. Kepengarangan Gurindam Dua Belas Karya Raja Ali Haji
Gurindam merupakan puisi Melayu lama yang terdiri daripada dua baris serangkap dengan rima
akhir yang sama. Kepengarangan dapat dilihat daripada aspek keperibadian yang dicapai oleh
seseorang pengarang. Keperibadian merupakan kemuncak kejayaan seseorang pengarang.
Prinsip keperibadian merupakan klimaks dalam perjuangan seseorang pengarang yang harus
berusaha untuk membina teks yang unggul dalam mencipta sifat keperibadian masing-masing.

Sebelum membicarakan aspek keperibadian, seseorang pengarang itu biasanya akan


berhadapan dengan beberapa tahap penulisannya. Seorang pengarang perlu mempunyai
pengalaman artistik dan berharga yang akan mempengaruhi daya kreativitinya. Pengalaman
diperoleh melalui bayangan, ingatan, kenangan, kutipan, pengaruh, pembacaan, pemerhatian,
pengamatan, kajian dan penyelidikan dan apa sahaja unsur yang hadir termasuk yang bersifat
konseptual, dan kontekstual (Mana Sikana, 2006). Justeru, nilai agama menjadi asas dalam
penulisan Gurindam 12 fasal yang pertama.

2. Gaya Penulisan yang Berunsurkan Islam.


Pada keseluruhan Gurindam Dua Belas adalah bercorak keagamaan. Kepengarangan yang
ditujukan adalah memberi nasihat, panduan dan petunjuk bagi semua lapisan masyarakat
supaya menjadi masyarakat yang beriman dan berakhlak mulia. Hal ini dapat dibuktikan dengan
memperlihatkan mesej dan nasihat yang sangat berguna sebagai seorang yang beragama
islam untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Hal ini dapat dilihat dalam rangkap
keempat fasal pertama Gurindam Dua Belas seperti contoh yang di bawah:

Barang siapa mengenal diri,


Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.

Pengertian rangkap di atas adalah berkaitan dengan orang yang mengenal agama akan
mengetahui dirinya akan mengenal Tuhannya (Awaluddin Makrifatullah), sehingga tidak akan
salah melangkah setiap perbuatannya di dunia (Syukur, 2015). Pengarang telah menekankan
kepentingan manusia supaya mengenali dirinya, iaitu dari mana dia datang dan atas kuasa
siapa maka dia dapat melihat dunia. Setelah mengenal dirinya, manusia perlu pula mengenal
akan Tuhannya iaitu Allah yang Maha Esa yang telah menjadikan alam semesta dan segala
penghuninya. Oleh hal yang demikian, manusia harus mengenali Tuhannya baik dari segi zat
mahupun sifat-Nya.

Kesedaran terhadap zat dan kuasa Allah itu diwujudkan lagi apabila pengarang
menerangkan tentang manusia yang mengenal tuhannya pasti tidak akan tersilap langkah atau
terpesong dalam menjalani kehidupan yang lurus mengikut peraturan agama. Bukan itu sahaja,
pengarang juga menekankan bahawa manusia yang mengenal tuhannya juga pasti akan
selamat di dunia dan akhirat.

3. Kiasan Bahasa yang Tinggi


Menelusuri Gurindam Dua Belas fasal yang pertama, terdapat bait-bait kata yang tinggi
maksudnya atau dengan erti kata lain menjadi kesukaran kepada pembaca lain untuk
memahami isi tersirat yang terkandung dalam sesuatu rangkap. Hal ini membuktikan bahawa
pemikiran islam yang terkandung dalam gurindam ini adalah sangat tinggi ilmunya dan
pembaca memerlukan ilmu agama yang agak luas untuk memahami isi yang tertulis dalam
gurindam ini. Contohnya, dalam rangkap yang kedua di bawah:

Barang siapa mengenal yang empat,


Maka ia itulah orang yang ma’rifat
Jika diteliti dengan lebih mendalam, mana mungkin masyarakat umum untuk memahami
isi yang terkandung dalam gurindam ini. Namun, terdapat juga nilai yang dipaparkan oleh
pengarang ini. Contohnya, pengarang menitikberatkan nilai berusaha kepada masyarakat untuk
mencari ilmu agama sedalam-dalamnya agar selamat di dunia kelak. Huraian makna yang
tersirat membuatkan masyarakat umum untuk terus berusaha mencari ilmu tanpa jemu di
samping dapat mengukuhkan pegangan diri dalam kehidupan. Justeru, seorang insan itu boleh
digelarkan sempurna jika mahir tentang ilmu syariat, tharikat, hakikat dan makrifat yang menjadi
penyempurnaan kepada diri.

Dalam konteks zaman moden sekarang, penggunaan ayat kiasan seperti rangkap kedua
ini mungkin lagi tidak berapa relevan unqtuk dilakarkan kerana kehidupan anak muda kini
sudah maju dengan perkembangan teknologi dan maklumat. Justeru, anak muda zaman kini
sudah tidak berminat dengan kata-kata yang mengandungi kiasan sebaliknya memerlukan
sesuatu maklumat secara terang-terangan.

4. Agama Pengikat Sosial dalam Pembinaan Kebudayaan Bangsa dan


Masyarakat.
Agama Islam bagi Raja Ali Haji merupakan agama agung bagi karya sasteranya, atau
merupakan sumber penciptaan gurindamnya. Bagi Raja Ali Haji juga, agamalah yang
menjadikan gurindamnya itu bermuara. Bukan itu sahaja, dalam perspektif kebudayaan bangsa
dan masyarakat, agama Islam merupakan simpul pengikat bagi berbagai macam tingkat sosial
dalam pembinaan kebudayaan itu sendiri. Agama iaitu nilai-nilai islam yang menjaga tradisi
Melayu, moral, dan mengarahkan pembinaan generasi dengan mengajarkan pelbagai
kebajikan, kebaikan, dan kebenaran.

Bersamaan dengan fungsinya yang konservatif itu, agama iaitu nilai-nilai Islam bagi Raja
Ali Haji juga merupakan faktor yang kreatif dan dinamik yang merangsang dan memberi makna
kehidupan, mempertahankan kemampanan suatu pola kemasyarakatan. Hal ini sekaligus
menjadi penunjuk jalan bagi umat manusia di tengah rimba belantara kehidupan dunia dengan
memberikan harapan akan masa depan.

Anda mungkin juga menyukai