Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 1

Teori takmilah merupakah salah satu daripada teori kritikan sastera nusantara seperti teori
pengkaedahan melayu selain teori-teori kritikan dari Barat yang boleh diaplikasikan dalam
mengkaji dan menkritik teks sastera seperti teori-teori barat iaitu psikoanalisis dan semioik. Teori
Takmilah ini diperkenalkan oleh Shafie Abu Bakar, mantan pensyarah di Jabatan Persuratan
Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau menulis kertas kerja yang dibentangkan
dalam pelbagai seminar seperti ‘Sastera Islam: Teori Pengindahan dan Penyempurnaan dalam
Rangka Tauhid’ dalam Seminar Sastera Islam di Port Dickson dalam tahun 1992. Istilah
‘takmilah’ itu sendiri dibentangkan dalam Nadwah Sastera Islam Antarabangsa yang dianjurkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1-3 Disember 1993. Shafie sendiri menggunakan teori ini
bagi menganalisis kumpulan puisi karya A. Aziz Deraman berjudul Kau dan Aku setelah teorinya
dibentang dan diterbitkan. Menurut Asmiaty et. al. (2014), Shafie Abu Bakar menampilkan
persoalan utama iaitu persoalan perjuangan yang dianggap sebagai dominan dalam karya, diikuti
dengan persoalan budaya, persoalan kehidupan, ketuhanan, politik dan persoalan pengalaman
luar negara dalam mengkaji kumpulan puisi tersebut.

Teori yang mengangkat sifat Kamal Allah sebagai pencipta sekalian alam ini berasal
daripada perkataan ‘kamal’ yang bermaksud sempurna kemudian menjadi ‘takmilah’ iaitu
‘menyempurnakan’. Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu karya apabila dikaji dengan
menggunakan teori takmilah ia menjadi sempurna lagi menyempurnakan. Secara umumnya,
teori Takmilah bersifat holistik yang melibatkan hubungan manusia, iaitu pengkarya dan khalayak
menerusi karyanya dengan ketuhanan, kenabian dan keilmuan. Teori ini akhirnya didasari 7
prinsip iaitu prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal, prinsip kerasulan sebagai insan Kamil, prinsip
keislaman yang bersifat Akmal, prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat Takamul, prinsip
sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat Takmilah, prinsip pada pengkarya yang
seharusnya mengistikmalkan diri, dan prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah
insan Kamil. Prinsip-prinsip ini saling berhubung kait bagi menggerakkan karya yang bermakna
seperti rajah berikut:
Penulis
Khalayak

Ilmu
Estetika
Allah
Rasul
Islam

Sebagaimana kita sedia maklum, teori takmilah ini merupakah teori baharu kritikan sastera
(Utusan Malaysia, 2000) jika dibandingkan dengan teori-teori lain seperti psikoanalisis, semiotik
dan pengkaedahan Melayu. Antara permasalahan yang dikemukakan berkaitan teori ini ialah
kekurangan penulis bernuansa Islami, terutamanya penulis wanita. Aminah Mokhtar seorang
jururawat yang aktif menghasilkan karya-karya berunsur agama berpendapat penglibatan penulis
wanita dengan karya berunsur Islam tidak begitu ketara kerana kita juga kekurangan penulis
wanita.” Asmiaty et. al. (2014) juga berpendapat penulisan merupakan satu kaedah dakwah yang
efektif justeru menuntut pengkarya untuk menghasilkan karya yang memperlihatkan pertemuan
yang sempurna antara kebenaran, kebaikan serta keindahan bahasa.

Masih terdapat banyak ruang untuk diperkembangkan teori takmilah ke persada


antarabangsa seperti meneliti karya-karya rohani yang tidak semestinya berpandukan al-Quran
dan as-Sunnah secara langsung dan mengaitkannya dengan ajaran yang ada dalam agama
Islam. Contohnya, menilai sebarang karya rohani yang boleh menambahkan kefahaman
seseorang pembaca terhadap kekuasaan Pemilik alam serta tujuan kewujudannya di dunia
melalui pembacaannya. Menurut Rosnani (2017), penulis yang bukan beragama Islam yang
mengangkat martabat Islam dalam karyanya dianggap sebagai lakonan semata-mata. Saya kira
syarat sesuatu karya untuk diterima sebagai karya yang menepati teori takmilah ialah penulisnya
perlu beragama Islam, seolah-olah telah menyempitkan ruang lingkup hikmah Islam itu sendiri.
Sekiranya sesuatu karya itu tidak menceritakan tentang Islam secara langsung, tetapi mampu
meningkatkan rasa takzim terhadap agama, teori ini seharusnya boleh diguna pakai. Tambahan
pula, Saidina Ali bin Abi Talib terkenal dengan ungkapan “Lihatlah apa yang dikatakan jangan
melihat siapa yang mengatakan.” Apatah lagi Rasulullah mengatakan bahawa hikmah itu ialah
milik siapa saja yang menemukannya walau di mana sekalipun, seperti yang diriwayatkan dari
Abu Hurairah RA. ia berkata, Rasulullah SAW. bersabda ‘Kalimat hikmah adalah senjatanya
orang bijak. Di mana saja ia menemukannya, maka ia berhak atasnya.’

Rosa dalam Supriadi (2011) juga ada menyebut tentang ciri-ciri sastera Islam baik puisi,
cerpen mahupun novel sebagai suatu karya yang tidak melalaikan pembacanya dari dzikrullah,
mengingatkan pembacanya kepada ayat-ayat kauliyah dan kauniyah Allah, serta wujud unsur
amar makruf nahi mungkar dengan ibrah dan hikmah serta kerap bercerita tentang cinta dan
kasih sayang pada Allah dan sesama makhluk. Keindahan Islam dalam dunia sastera pasti
mampu dilonjakkan lagi ke persada dunia dengan penambahbaikan dan eksplorasi perkongsian
ilmu antara sasterawan pelbagai latar belakang yang menulis untuk tujuan yang sama –
mendekatkan diri dan pembaca kepada Yang Maha Kuasa.

RUJUKAN

Amat, Asmiaty & Samad, Lokman. (2014). Puisi-puisi Arifin Arif: Satu Analisis Takmilah.
MANU. 20. 81-108.

Supriadi, Asep. (2011). Takmilah: Menuju Teori Sastra Islami. ATAVISME. 14. 242.
10.24257/atavisme.v14i2.72.242-253.

Rosnani Ripin. (2017). Takmilah Novel Seteguh Fikrah Saleha, Karya Aminah Mokhtar.

Utusan Malaysia (2000, Nov 18). Takmilah - Teori baru kritikan sastera tempatan,
diambil daripada
ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1118&pub=utusan_malaysia&se
c=Gaya_Hidup&pg=ls_01.htm

Anda mungkin juga menyukai