Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

TUGAS KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK 2020

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: BMMB3083 Semester/ Tahun: SEMESTER 2 TAHUN 2


Ambilan: JUN 2018
Nama Kursus: DRAMA DALAM Kumpulan: PISMP BM 1/BM2/BM3/BM4
PENDIDIKAN

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. PENULISAN ESEI 03 Februari 2020 20 Februari 2020

2. PENULISAN SKRIP 09 Mac 2020 26 Mac 2020

3. PERSEMBAHAN KUMPULAN 30 Mac 2020 07 April 2020

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menghasilkan skrip yang selaras dengan pendidikan sekolah rendah secara kreatif.
2. Menghasilkan penulisan reflektif berdasarkan persembahan improvisasi dan
persembahan cerita yang sesuai dengan pendidikan sekolah rendah;
3. Mempersembahkan drama secara berkumpulan dengan kreatif;

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5


Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menghasilkan skrip yang selaras dengan pendidikan sekolah rendah secara kreatif.

2. Mengadaptasikan asas lakonan, teknik dan persembahan cerita dan analisis skrip dengan
berkesan dalam persembahan dan penghasilan penulisan reflektif.

3. Mengaplikasikan drama kreatif yang telah dihasilkan secara berkumpulan.

Drama merupakan cerminan realiti kehidupan. Drama dalam pendidikan sebagai karangan prosa
yang diolah menjadi skrip berdialog dan disesuaikan dengan pengajaran di bilik darjah. Asas drama,
asas vokal, asas lakonan dan latihan fizikal serta improvisasi diaplikasikan dalam persembahan
drama.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: PENULISAN ESEI (25%)


Drama boleh dianggap sebagai seni yang mencerminkan realiti kehidupan. Drama didefinisikan
sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomim atau cereka yang
mengandungi konflik untuk dipentaskan.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan tentang asas drama, asas vokal, asas lakonan dan
latihan fizikal serta improvisasi dengan berkesan.

TUGASAN 2: PENULISAN SKRIP (25%)

Semasa menulis skrip drama kanak-kanak untuk pengajaran di bilik darjah, perlu mengambil kira
aspek asas lakonan, teknik dan persembahan cerita dan analisis skrip yang berkesan.

Rancang satu penulisan skrip drama kanak-kanak yang selaras dengan pendidikan sekolah
rendah secara kritif dalam bentuk P&P bagi murid tahap 2 secara berkumpulan.

TUGASAN 3: PERSEMBAHAN KUMPULAN (10%)

Berdasarkan skrip drama kanak-kanak yang dihasilkan, persembahkan drama secara


berkumpulan dengan kreatif.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Pelajar diminta membentuk kumpulan yang tidak melebihi 3 orang bagi setiap kumpulan.
2. Soalan 1 dibuat secara individu manakala soalan 2 dan 3 dibuat secara berkumpulan.
3. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
4. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
i. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.
o Nama Pelajar
o Angka Giliran
o Nombor Kad Pengenalan
o Kumpulan/Unit
o Kod dan Nama Kursus
o Nama Pensyarah
o Tarikh Hantar
o Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

ii. Font Arial.


iii. Saiz huruf - 11
iv. Langkau 1.5 baris
v. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
5. Panjang esei tugasan 1 adalah 1800 patah perkataan dan bagi tugasan 2 adalah 1200
patah perkataan. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta
memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3
sumber Internet, 3 jurnal dan 2 bahan bercetak yang lain).
8. Anda wajib sertakan Borang Maklum Balas Tugasan dan Kriteria Pemarkahan
Persembahan di hadapan tugasan anda.
9. Tugasan anda membawa markah 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:


1.Untuk penulisan esei, liputan isi kandungan perlu menyeluruh, konsisten dan
terperinci.
2.Esei anda perlulah meliputi perkara yang berikut:
i. Pengenalan yang menarik
ii. Keseluruhan isi dan dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil
kajian dan sokongan ilmiah
iii. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.
iv. Penulisan esei perlu menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang
sesuai, tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah dalam usaha menterjemahkan
maklumat secara kritikal dan analitikal.
v. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan.

3.Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah


dikemukakan.
4.Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan
ilmiah.
5.Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
6.Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa,
laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(DR ROSALYN GELUNU) ( RAZALI MOHD SHUKUR)

Penyelaras Kursus BMMB3083 Pakar Bidang (SME) Kursus BMMB1083


Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Kent Tuaran IPG Kampus Kent Tuaran
Sabah, Malaysia Sabah, Malaysia

Disahkan oleh,

(ISMAIL BIN AG. PIUT)

Ketua Jabatan,
Jabatan pengajian Melayu
IPG Kampus Kent Tuaran
Sabah, Malaysia

Anda mungkin juga menyukai