Anda di halaman 1dari 10

IMPROVISASI

DRAMA DALAM PENDIDIKAN


ZAMANKASIH
Definisi
Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi
bermaksud perihal (perbuatan) melaksanakan atau
membuat sesuatu tanpa persediaan awal,secara
spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan
yang ada sahaja.
Jenis
Improvisasi
Improvisasi Improvisasi
spontan verbal

Main Improvisasi
peranan terlatih

Improvisasi Permainan
selari bebas
1. Improvisasi spontan
 Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan tindak balas secara
spontan berdasarkan kesesuaian denagn situasi yang diberikan.
 Murid-murid dibantu dan digalakkan menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan
mengamati pandangan orang lain.
  Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas secara
kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif sertamelahirkan idea, dan membina idea baru
berdasarkan idea orang lain
2. Improvisasi verbal
 Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog dan dialog berdasarkan petikan dialog
sesebuah cerita.
 Murid-murid juga boleh menyambung dialog untuk menggambarkan situasi yang sesuai
seperti memujuk, merayu, mengarahkan dan sebagainya.
 Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu (monolog) atau berpasangan, berkumpulan.
3. Main peranan
 Murid-murid hendaklah berpura-pura menjadi orang lain yang berlainan daripada dirinya
sendiri.
 Mereka diberikan peranan untuk menjiwai watak-watak tertentu.
 Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk melakukan justifikasi
terhadap watak dengan mengemukakan beberapasoalan seperti nama penuh watak, umur ,latar
belakang keluarga, pekerjaan,sikap dan tingkah laku, hobi atau minat, keadaan kesihatan, dan
pelbagaikemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan.
4. Improvisasi terlatih
 Berbeza dengan improvisasi yang lain kerana menggalakkan kanak-kanak melakukan
persembahan.
 Kanak-kanak diberi tajuk, tema atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan
sesuatu persembahan.
5. Improvisasi selari
 Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk
meneroka isu-isu baru.
 Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti seperti menyediakan
pakaian dan sebagainya dan menggunakan pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan
saintis yang hendak mengadakan ekspedisi.
6. Permainan bebas
 Sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah dan tahap 1.
 Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan
kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru.
 Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut. Peringkatkan
permainan dengan objek yang lebih bermakna danberwatak seperti anak patung/ boneka, dan
kostum yang dapat menyarankanperwatakan tertentu.

Anda mungkin juga menyukai