Anda di halaman 1dari 9

AUTOPSI HIPERTENSI MELALUI LENSA SEMIOTIK

Abg Saifuddin Abg Bohari


Padlon Abdul Rahman

‫ِبسْ ِم هَّللا ِ الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحيْم‬

‫ار فِي ْال َبحْ ِر َكاأْل َعْ اَل ِم‬


ِ ‫َومِنْ آَ َيا ِت ِه ْال َج َو‬

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kapal-kapal di tengah (yang


berlayar) di laut seperti gunung-gunung.” (QS. Asy Syura: 32).

ٍ ‫ت فِي َجوِّ ال َّس َما ِء َما ُي ْمسِ ُكهُنَّ إِال هَّللا ُ إِنَّ فِي َذل َِك آل َيا‬
َ ‫ت لِ َق ْو ٍم ي ُْؤ ِم ُن‬
‫ون‬ َّ ‫أَلَ ْم َي َر ْوا إِلَى‬
ٍ ‫الطي ِْر م َُس َّخ َرا‬

“Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang


diangkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
(kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman.” (QS. An Nahl: 79)

0َ ‫س َواَل ل ِْل َق َم ِر َواسْ ُج ُدوا هَّلِل ِ الَّذِي َخلَ َقهُنَّ إِنْ ُك ْن ُت ْم إِيَّاهُ َتعْ ُب ُد‬
‫ون‬ ِ ‫﴾ومِنْ آ َيا ِت ِه اللَّ ْي ُل َوال َّن َها ُر َوال َّش ْمسُ َو ْال َق َم ُر اَل َتسْ ُج ُدوا لِل َّش ْم‬
َ

“Dan sebagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya ialah malam dan siang,


matahari, dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan janganlah (pula)
kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah Yang menciptakannya, jika
kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.” (QS. Al-Fussilat]: 37)

Subhanallah, Maha Suci Allah, betapa Allah Maha Agung telah mengajar
manusia dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan melalui Nabi
Muhammad (S.A.W) supaya manusia hidup dengan syariat Islam. Betapa ayat-
ayat di atas Allah memberi tanda kebesaran.Nya.
Dalam penulisan ini saya tidak berniat untuk membicara akan menyampai
tazkirah berkaitan dengan ayat-ayat di atas. Biarlah para ustaz yang lebih arif
mengulas dan mentafsirkannya. Apa yang ingin saya ingin kongsikan di sini
bahawa dengan tanda-tanda yang terdokumen di dalam Al-Quran itu
sebenarnya supaya mengajar manusia dapat membaca dan mentafsir tanda-
tanda kebesaran Allah. Dalam penulisan ini saya menjurus dengan pendekatan
semiotik oleh C.S.Pierce yang boleh digunakan dalam melihat tanda-tanda
sebagaimana yang Allah rakamkan dalam Al-Quran dan teks-teks yang
terdapat dalam karya kesusasteraan.
Sebelum saya melakukan autopsi terhadap karya Dr.Illias Zaidi
mengenai cerpennya yang bertajuk Hipertensi sebaik-baiknya terlebih dahulu
kita mengenali secara ringkas apa yang pernah disentuh oleh Ferdinand de
Saussure(1857-1914) yang terkenal dengan signifiant dan signifie dan
C.S.Pierce (1839-1914) dengan representamen, object dan interpretant secara
ringkas untuk memahami semiotik secara umumnya supaya lebih memudahkan
kita meneruskan autopsi kita terhadap karya hipertensi dengan lebih mudah..

Semiotika berasal dari kata Yunani: Semeion, yang berarti tanda.


Sedangkan semiotika/semiologi adalah studi tentang tanda dan cara tanda-tanda
itu bekerja menurut Fiske, 2004 yang dipetik dalam tulisan Tengku Intan Marlina
Tengku Mohd. Ali dalam Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 18,2007. Saya tertarik
dengan tulisan Tengku Intan Marlina Mohd.Ali dalam mengupas fenomena sastera
dan berpandukan saranan beliau saya akan mengujinya dalam hipertensi cerpen
dalam Sejadah Rindu.

Menurut Saussure semiologi merupakan satu tanggapan bahawa setiap


perbuatan dan perlakuan atau tingkah laku manusia menjurus kepada sesuatu
yang boleh memberi makna, serta makna suatu tanda bukanlah makna bawaan
melainkan dihasilkan lewat sistem tanda yang dipakai dalam kelompok orang
tertentu . Sedangkan Peirce, berpendapat bahwa segala tindakan dan perlakuan
manusia memberi tanda, ertinya manusia hanya mampu bernalar atau
mempertimbang sesuatu fenomena melalui tanda (Sunardi, 2004 dlm. Tengku
Intan Marlina, 2007).

Dari sudut semiotik setiap lakuan komunikasi memerlukan seseorang


yang menghantar mesej dan seorang yang menerima.(Arbak Othman, 2010).
Kita sering melihat fenomena tanda dalam kehidupan sama ada alam ciptaan
Allah atau tanda yang dilihat dalam kehidupan manusia seperti tanda gerak
atau isyarat, tanda ucapan lisan, yang dapat berbentuk ucapan kata, maupun
tanda yang diolah dari isyarat anggota badan manusia. Misalnya sekiranya kita
ingin mengucapkan selamat tinggal kepada seseorang yang kita hantar di
stesen bas, kita melambai tangan kepadanya semasa bas itu bergerak atau kita
menggeleng kepada terhadap sesuatu yang tidak dipersetujui atau kita
mengenggam penumbuk kerana geram atau paling kerap apabila kita
mendengar bunyi hon di jalan raya, atau bunyi bib bib mesej telefon tangan
kesemuanya itu adalah sebahagian kecil fenomena tanda yang membawa
pengertian dalam kajian semiotik atau kajian tentang tanda.

Dalam memahami suatu tanda dalam komunikasi bahasa Melayu


misalnya kita akan dapat memahami makna denotatif meliputi hal-hal yang
ditunjuk oleh kata-kata, atau makna harafian seperti kita melihat akan lukisan,
atau rumah atau gambar haiwan, atau bunga mawar atau apa-apa saja itu
membawa makna hubungan yang benar, sesuai dan selari dengan yang
sebenar atau makna sebenar jika bunga mawar yang kita lihat, sekadar warna,
bau, duri daun namun disebalik itu jika dengan lensa semiotik membawa makna
konotasi misalnya pada bunga mawar yang dihinggapi kumbang atau lukisan
atau potret monalisa jika pelukis menambah dengan setitik air mata yang
menitis sudah membawa makna yang tanda yang membawa pengertian
sesuatu yang melibatkan emosi. Sistem-sistem seperti metafora, analogi,
kiasan, irama atau bahasa pasar berpegaruh sekali di dalam pembentukan
susuk-susuk teks. (Supardy Muradi, 1990)
Menurut Peirce, semiotik merupakan tanda yang dapat dikenal pasti melalui
proses semiosis yang terbahagi dalam tiga kategori, iaitu: pertama
representamen, kedua objek (object), dan ketiga interpretant. Tanda
merupakan hubungan segitiga asli (genuine triadic) (Pierce, 1965: 274 dlm
Tengku Intan Marlina) dan dapat digambarkan seperti berikut:

Interpretant

Representamen Object

Secara ringkasnya untuk menilai atau membaca tanda dalam hipertensi


lensa semiotik oleh Peirce boleh menghuraikan fenomena teks sastera dengan
proses semiosis triadic iaitu representamen, objek dan intepretant.

REPRSENTAMEN MENURUT LENSA SEMIOTIK PEIRCE

Apa yang dikemukan oleh tanda, apa yang dirujuk dinyatakan oleh
Peirce dalam bahasa Inggeris object dan juga digunakan kata designatum atau
denotatum .(Peirce dlm.Tengku Intan Marlina, 2007)

Representamen terbahagi kepada 3 jenis iatiu Qualisign, Sinsign dan


legisign.

Qualisign adalah “a quality which is a sign”. Mengutip contoh dengan menurut


Tengku Intan Marlina dalam novel Tikus Rahmat karya Hassan Ibrahim,
qualisign pada warna putih kepada tikus itu memberi tanda sesuatu yang
menampakkan ciri-ciri kehebatan, kekuasaan, elit.

Dalam Hipertensi qualisign ditemui:

“Betapa tak bangganya? Aiman bermaksud insan yang beriman, Aduh, terukir
senyuman lebar menabiri wajahnya! Akil pua bermakna yang berakal. Insan
dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang.”
(Hipertensi hlm.60)
Sudah tentu secara sedar orang tua kepada watak Aiman Aqil telah memahami
qualisign tentang nama Aiman Aqil sehingga secara sedar menamakan
anaknya dengan nama itu iaitu seorang yang kelak beriman dan mempunyai
akal yang cerdas, pemikir, cendikia.

Sinsign menurut Peirce, “An actual existent thing or event which is a


sign”.dimaksudkan sebagai tanda yang wujud dalam situasi semasa dengan
mengutip novel Di Negeri Belalang(1989) oleh Tengku Intan Marlina iatu
sinsign

“Bangau-bangau sawah” dikaitkan dengan kapal terbang tentera Jepun yang


sedang terbang di langit.

Dalam Hipertensi tanda sinsign boleh dikesan dengan kemarahan Cikgu


Faridah.

“Wajah Cikgu Faridah spontan berubah, memercikkan darah amarah yang


nampaknya macam tidak terkawal, tidak terbatl. Sedar akan hakikat itu, cepat-
cepat Aiman membetulkan jawapannya.”
(Hipertensi hlm.61)

Perubahan itu pada wajah Cikgu Faridah dengan tanda-tanda perubahan


pada wajah cikgu tersebut diakibatkan situasi semasa di dalam kelas iaitu soal
jawab guru dan murid sebagai mana dikatakan oleh Peirce an actual thing or
event.

Sementara legisign adalah “a law that is a sign”. E.g the sound of hte
referee’s whistle in a football match.” Tengku Intan Marlina mengutip novel
Srengenge(1973) oleh Shahnon Ahmad dengan memberi tafsiran pembaca
novel Srengenge yang berkongsi bahasa, bangsa yang sama misalnya orang
Melayu sendiri tentu sangat arif tentang jenis-jenis burung, binatang dan jenis-
jenis pokok hutan yang terdapat di bukit Srengenge berbanding orang yang
bukan Melayu.

Dalam Hipertensi ditemui apabila watak protagonis Aiman Aqil melihat sebiji
mempelam jatuh lalu teringat Newton.

“Jika aku lahir sezaman dengan Newton pada tahun 1642 atau beberapa
dekad kemudian, aku pasti tidak berasa hairan tentang sebab buah mempelam
itu gugur tiba-tiba,” fikir Aiman. Malangnya, tarikh keramat itu sudah lama gugur
dalam helaian kalendar waktu. Pada suatu hari, Newton takjub melihat sebiji
epal gugur lalu jatuh tepat di bumi. Idea tercetus, fikiran tertarik, pendapat
terukir osehingga lahirnya lahirlah Teori Graviti.”
(Hipertensi hlm.60)

Secara umumnya kita akan dapat memahami legisign merujuk atas


kesepakatan umum epal dan graviti dikaitkan dengan Newton begitu juga
legisign dalam budaya sesuatu kaum yang diterima oleh masyarakatnya.

OBJEK(DESIGNATUM) MENURUT LENSA SEMIOTIK PEIRCE


Peirce mengemukakan tiga jenis tanda iaitu ikon, indeks dan simbol. Ikon
ialah tanda yang merujuk kepada objek yang menunjukkan sifat yang sama
seperti yang digambarkan dan ia mempunyai persamaan. Sebuah tanda akan
bersifat ikonik apabila terdapat kemiripan rupa antara tanda dan perihal yang
dirujuk misalnya sebuah diagram, peta, lukisan, gambar memiliki hubungan
ikonik dengan objeknya. Jadi ikon merupakan persamaan dengan bentuk
objeknya yang melaksanakan fungsi sebagai penanda yang menjadi tanda
pada petandanya.
Ikon Imrah dalam Ombak bukan Biru(1979) oleh Fatimah Busu
memperlihatkan ikon wanita yang gigih, rajin dan mempunyai semangat yang
kuat dalam menjalani kehidupannya penuh dengan cabaran dan dugaan.
Kegigihan, kerajinan dan semangat kuat itu telah melaksanakan fungsi kepada
penandanya itu watak Imrah.(Tengku Marlina, 2007)
Dalam Hipertensi ditemui watak protoganis, Aiman Aqil yang digelar
gurunya Cikgu Faridah sebagai profesor.
“Maksudnya?” Satu lagi pertanyaan terlantun daripada Cikgu Faridah,
yang menggelarinya profesor kerana yang didepaninya murid pintar dan
mempunyai IQ yang tinggi.”
(Hipertensi hlm.61)

“Heh, kan Aqil budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dah cipta
formulasendiri. Biarpun aru berusian lapan tahun, barubelajar tahun dua tahap
satu, Aqil mempu menyelesaikan masalah matematik Tingkatan Lima.” Kata
murid pintar itu membela diri.”
(Hipertensi hlm.62)

INDEKS MENURUT LENSA SEMIOTIK PEIRCE


Menurut Mana Sikana(2001:202) mengatakan indeks ialah tanda yang
merujuk kepada sesuatu tanda yang mengumpulkan satu tanda atau beberapa
fenomena, sebab-musabab, simptom, isyarat, ikatan dan sebagainya. Misalnya
tanda lubang peluru atau kesan tembakan yang dirujuk pada lubang kesan
peluru merujukkan kepada adanya tembakan yang telah berlaku. Contoh yang
sangat terkenal menurut indeks ialah asap dan api yang sangat berkaitan
membawa maknanya sekiranya ada asap tentu merujuk kepada api. Asap
adalah indeks untuk api. Dikutip Novel Arus(1981) karya Anwar Ridwan, indeks
Imah dibaham buaya dpat diketahui melalui air sungai yang berwarna merah
dan juga jeritannya yang minta pertolongan. Indeks ini menjadi kebenarannya
apabila mayat Imah ditemui dengan kedua-dua belah kakinya telah putus akibat
dibaham buaya.
Dalam Hipertensi dikesan indeks ini
“...Jelas kelihatan olehnya akanlereng bukit yang sudah tempat dan
pincang, menimpai banglo di lereng bukit.”
(Hipertensi hlm.59)

“...lagi-lagi lereng bukit yang runtuh itu mengerukan sanubarinya.”


(Hipertensi hlm.59)

Indeks pada lereng bukit yang runtuh membuat protagonis mengeruh


sanubarinya tidak suka akan pembangunan yang membawa kesan kepada
alam sekitar iaitu lereng bukit yang runtuh

Satu lagi indeks yang ditemui dalam hipertensi iaitu;

“Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di dalam tasih hati
mencair dalam detik momen yang singat. Aiman dirotan. Ibu mengemukan
bantahan dan protes dalam hati.
Sepanjang minggu, murid bernama Aiman Aqil itu ponteng kleas; protes
kepada lebam-lebam di pinggul...”
(Hipertensi hlm.62)

Sebab musabab lebam pada pinggul protaganis kerana dirotan oleh


babahnya. Sebab akibat kebiasaannya menjadi penanda dan petanda pada
fenomena. Yang terkini indeks, dalam isu semasa sekarang seluruh dunia
mengetahui simpton yang disebab oleh virus Covid 19 seperti sakit tekak,
demam dan hilang deria bau.
SIMBOL MENURUT LENSA SEMIOTIK PEIRCE
Simbol sebagai satu jenis tanda mempunyai ciri yang menunjukkan
hubungan antara tanda dengan denotatumnya ditentukan oleh suatu peraturan
yang berlaku secara umum(Art van Zoest, 993:25 dlm Tengku Marlina, 2007).
Misalnya simbol traktor dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ialah simbol
kemodenan atau kekayaan memandangkan menyewa traktor atau membeli
traktor tentu harganya mahal yang tidak akan dapat dibeli oleh rakyat marhaen
seorang petani miskin. Lahuma dan Jeha mengerjakan sawah dengan tulang
empat kerat sahaja.
Simbol dalam Hipertensi dapat diperhatikan digunakan oleh penulis;
“Di kiri dan kanannya kelihatan padang pasir yang luas terhampar persis
Sahara keadaannya.
(Hipertensi hlm.65)

Simbol Sahara merujuk kepada gurun Sahara yang sangat luas, panas
dan penuh misteri. Satu lagi simbol dalam hipertensi merujuk kepada petikan
berikut:
“Jari-jemarinya jelas montok dan gebu; padat berisi sebagai tanda perut
yang tergalas secukupnya. Makanan seimbang dan amalan hidup sihat selalu
menjaduali rutin hariannya di tengah-tengah keluarganya yang bengis dan
kasar.”
(Hipertensi hlm.65)

Jari-jemari protoganis melambangkan atau simbol kemewahan sebuah


keluarga yang memiliki pendapatan yang tinggi memandakan babah protaganis
seorang jurutera dan ibunya seorang saintis tentu mampu menyediakan
kecukupan dan mampu memberi makanan berzat kepada protaganis.
INTERPRETANT MENURUT LENSA SEMIOTIK PEIRCE
Bahagian yang akhir dari Semiotik Peirce ialah Interpretant menurut Paul
Cobley dan Litza Janz(1998;23)...”it is a proper significate effect. Most opten it
is thought as a sign in the mind that is the result of an encounter with a sign .”
Pernyataan ini menunjukkan bahawa tanda yang terdapat dalam dalam fikiran
kita selepas kita mengenal pasti tanda tersebut dan tindakannya. Interpretant
kemudian telah dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu Rheme, Dicent Signs, dan
Argument. Menurut Peirce (1965 dlm.Tengku Intan Marlina, 2007) beliau
mengambil contoh Rumah Itu Dunia Aku(1951) tanda rhema bahawa Hasni
seorang yang sakit jiwa dapat dilihat apabila dia bertindak mencekik Lin sebaik
sahaja Lin memberitahu bahawa tunang Hasni telah lari dengan
Mahmud.Tengku Intan Marlina;2007)
Dalam Hipertensi protaganis menjadi mangsa panas baran babahnya.
Rheme dapat dikesan apabila protagonis ditampar oleh babahnya sehingga
kesannya dia menjadi gagap. Malah protagonis sering dimarahi dan dirotan
menunjukkan babanya memang seorang perengus atau panas baran dan
sanggup melakukan kekerasan fizikal terhadap darah daging sendiri.
“...Tamparan selalu singgah di pipiku. Sudah-sudahnya aku menjadi
gagap.”
(Hipertensi hlm.66)

Sementara Dicent Sign pula adala tanda apabila bagi interpretantnya


tanda itu menawarkan hubungan benar ayang wujud antara tanda.Tanda
menampilkan sebuah informasi tentang petandanya. Dalam Nyawa di Hujung
Pedang(1975) oleh Ahmad Murad Nasaruddin, tanda Dicent Sign dapat dilihat
apabila British mencari orang kalah perang iaitu orang Jepun yang bekerja
sebagai MP dan pegawai-pegawai polis. Tanda ini dapat dilihat melalui gambar-
gambar yang disebarkan kepada orang ramai. Gambar-gambar yang
disebarkan merupakan penanda yang menampil informasi tentang petandanya
yang menunjukkan pesalah-pesah perang yang sangat dikehendaki oleh pihak
British.
Hipertensi turut menyentuh elemen Dicent Sign iaitu
“Jangan jadi Mat Jenin sudahlah! Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-
labunya. Jadi, aku terpaksa memasang angan-angan dengan jangkauan fantasi
tanpa tebing tepinya, akan tetapi aku tidak mahu berlagak seperti si Luncai.
Pijakanku sungguh kuat, cengkamanku cukup berat.”
((Hipertensi hlm.63)

Dengan menyebut sifat angan-angan itu merujuk dicent sign Mat Jenin
yang berangan sehingga membawa kesan kepada diri sendiri bila terjatuh dari
kelapa. Protaganis memahami situasi tersebut dan tidak akan seperti itu.
Tanda yang ketiga, iaitu argument pula ialah: “An argument: where the
sign is represented for the Interpretant, as a reason” (Paul Cobley dan Litza
Janz, 1998;34)
Tanda argument dapat dilihat dalam novel Hari-hari Terakhir Seorang
Seniman(1979) oleh Anwar Ridhwan apabila mayat Pawang “Kri” dijumpai
dalam keadaan ngeri. Tanda argument bahawa Pawang Kri mati akibat
dibaham buaya dapat dilihat daripada mayatnya yang seperti upih yang disiat,
berlubang-lubang di dada dan di perutnya, serta diselaputi oleh darah beku
yang kehitaman. Tanda argument mayat Pawang Kri ang dijumpai pucat kebiru-
biru juga menunjukkan bahawa mayat Pawang Kri berada di dalam mulut buaya
di dalam air bagi tempoh yang lama(Tengku Intan Marlina;2007)
Dalam Hipertensi karya Illias Zaidi turut terdapat argument iaitu:
“Bronca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus
dan terapi. Perkara yang lebih penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan
humanis melalui teknologi perlakuan dan sahsiah rupa diri. Dia hanya dpat
engucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang
yang dilafazkan. Akhirnya, dia fasih berbicara.”
(Hipertensi hlm.67)

Argument merupakan andaian terhadap fenomena yang dilihat dan


dibuat andaian serta kesimpulan sehingga dapat dibukti kesahihannya. Sama
seperti watak dilakukan oleh Bronca dengan proses-proses rawatan dan kesan
terhadap pesakit dan menunjukkan bahawa cara itu memang ada kesan.
Rumusannya dengan menggunakan lensa Semiotik garapan Dr.llias
Zaidi sebagai pengarang cerpen bertajuk hipertensi dan dengan melakukan
autopsi terhadap hipertensi maka ternyata karya tersebut dapat dapat dikaji
dengan teori semiotik dengan merujuk teori yang dicetuskan oleh Charle
Sanders Peirce ahli falsahah yang seklai gus merupakan seorang peneroka
tradisi semiotik di Amerika Syarikat.(Supardy Muradi, Disember 1984 dlm
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali.)
Ternyata Semiotik Peirce dapat digunakan untuk mengkaji bukan
sekadar puisi malah dapat juga dapat digunkan untuk meneliti cerpen dan novel
berdasarkan prinsip-prinsip yang tersedia.
TAMAT

Rujukan
Arbak Othman(2003), Kritikan Puisi dari perspektif Semiotik Kajang: Nusabuku
Enterprise..

Azizah binti Sulaiman dan Zaiton Binti Saad, (2015) Sejadah Rindu. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn.Bhd.

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, 2007. “Teori Semiotik Peirce dan
Morris:Satu Pengenalan Kaedah Analisis Sastera “ dlm. Jurnal Bahasa Jilid
18. Hlm 157.

Mana Sikana, 1998. Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme, Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Supardy Muradi(Penye.) 1990. “Kesusasteraan daripada Perspektif


Semiotik.”miotik dan Kajian Perlambangan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Van Zoest, Aart, 1993.Semiotika; Tentang Tanda, Cara Kerjanya dan Apa yang
Kita Lakukan Dengannya, Jakarta: Yayasan Sumber Agung.

Anda mungkin juga menyukai