Anda di halaman 1dari 55

PENGAPLIKASIAN PELBAGAI TEKNIK PENGAJARAN BAHASA

Pensyarah :
Encik Mohd. Rafi bin Ghazali

PENGAPLIKASIAN PELBAGAI TEKNIK PENGAJARAN BAHASA


1. Teknik 2. Teknik 3. Teknik 4. Teknik drama permainan bahasa latih tubi bercerita

A) TEKNIK DRAMA
Pertunjukan yang berlaku penyatuan antara lakonan dan pengucapan / persembahan gerak laku. Melakonkan atau meniru watak-watak. Drama harus mengandungi plot (pengenalan watak, perkembangan, klimaks, kesimpulan), persoalan serta tindakan.

Teknik Drama
Pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

Jenis Drama
Dikon Mimos

Arca

Mestamu

Jenis Drama

Improvisasi Main Peranan

Pentomin Teater Bercerita Simulasi

1. Mimos
Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog.

Maksud

Kisah pendek. Bahan untuk Aktiviti Bahagian-bahagian cerita.

Contoh Aktiviti Mimos


Individu Guru menyediakan beberapa situasi untuk dilakonkan oleh pelajar. a) Anda sedang membaca surat khabar semasa angin bertiup kencang. b) Anda sedang menonton satu perlawanan tinju, bola sepak atau silat.

Berpasangan
Guru memilih dua orang pelajar untuk beraksi.
a) Seorang doktor sedang merawat

pesakit. b) Anda sedang memujuk seorang rakan yang sedang kesedihan.

2. Arca
Patung yang menyerupai seseorang.

Bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal

Gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan dalam karya sastera

3. Improvisasi
Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian , keadaan atau situasi dalam kehidupan seharian.

Contoh Aktiviti Improvisasi

Azlan berjalan kaki balik dari sekolah. Tiba-tiba Azlan terdengar bunyi kucing mengiau-ngiau. Azlan mencari arah bunyi tersebut. Dia terjumpa seekor kucing yang tercedera terjatuh ke dalam longkang. Azlan menyelamatkan kucing tersebut dan meminta kebenaran ibunya untuk membela kucing tersebut.

4. Main Peranan
Melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Tiada kaitan atau penghafalan skrip, pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar-pelajar lain berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

Jenis Main Peranan


1. Memerihal merupakan satu cara komunikasi iaitu peserta memerihal suatu situasi atau masalah. Seperti contoh pelajar meminta kebenaran untuk menganjurkan lawatan sambil belajar. 2. Demonstrasi demonstrasi ialah menunjukkan contoh tingkah laku kepada sesuatu perkara. Contohnya seorang guru menunjukkan contoh cara pertuturan bahasa yang baik sebelum para pelajar melakukan aktiviti main peranan.

3. Latihan latihan yang kerap dapat membantu pelajar menguasai kemahiran tertentu seperti kemahiran berkomunikasi

Contoh: pelajar kerap melibatkan diri dalam aktiviti atau memegang jawatan sebagai seorang pengerusi.

4. Cerminan pelajar didedahkan bagaimana tingkah mereka dilihat oleh orang lain semasa dalam situasi tertentu. Contohnya, seorang pelajar memarahi rakan sekelasnya kerana meniru kerja rumah.

5. Kepekaan memberi kesedaran kepada pelajar supaya peka tentang perasaan sendiri atau orang lain pada sesuatu situasi. Contohnya, pelajar memainkan peranan apabila ada pelajar lain menuduhnya mencuri duit persatuan.

5. Simulasi
Satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar Pelajar perlu berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing

Matlamat
Pelajar dapat: Menggunakan bahasa dengan lebih berkesan Meningkatkan daya kreativiti Belajar kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan Meningkatkan keyakinan diri Membina sikap positif murid

Contoh
Menjalankan aktiviti simulasi situasi memohon kemaafan kerana merosakkan sesuatu alat kepunyaan orang lain tanpa sengaja.
Contoh: Percakapan antara rakan sebaya.

6. Teater Bercerita
Teater bercerita merupakan aktiviti yang dilakonkan secara spontan. Menggabungkan tenaga seorang pencerita dan beberapa orang pelakon yang beraksi mengikut watak dalam cerita.
Selain beraksi, pelakon boleh membina dialog sendiri yang bersesuaian dengan cerita supaya penceritaan lebih berkesan.

OBJEKTIF
Aktiviti ini melatih kanak-kanak dalam kemahiran mendengar dan memahami isi serta urutan cerita. Meningkatkan kemahiran berbahasa dan aspek psikomotor kanak-kanak. Melatih murid dalam kemahiran bertutur, mendengar dan menghayati isi dan urutan cerita sebagai asas kemahiran mengarang.

Langkah-langkah
Atur kedudukan murid dalam bentuk separuh bulatan menghadap ruang lakon. Edarkan bahan cerita kepada murid yang menjadi pencerita. Pencerita duduk di sebelah kiri penonton dan membaca cerita. Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, murid yang berminat/ ditentukan watak keluar bagi melakonkan aksi seperti yang dibacakan. Aktiviti diteruskan sehingga cerita berakhir.

Rajah

7. Teknik Pentomin
Pentomin merupakan lakonan yang disertai deklamasi puisi dan sajak. Pelakon watak hanya melakonkan gerakgeri berdasarkan cerita yang disampaikan. Manakala suara latar mendeklamasikan puisi yang berkaitan jalan cerita yang dilakonkan.

Tidak perlu menghafal skrip. Orang yang mendeklamasi puisi sebagai suara latar disembunyikan di sebalik tabir. Hanya orang yang melakonkan watak yang kelihatan beraksi di atas pentas. Suara puisi harus seiring dengan gerak-geri watak.

8. Teknik Mestamu
Langkah Mengajar a) Murid melagukan sajak / puisi tanpa muzik. b) Gunakan melodi lagu tanpa lirik. c) Gantikan seni kata / lirik lagu kepada sajak / puisi yang dipelajari. d) Murid akan mudah ingat sajak / puisi. Sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan sebagainya.

9. Teknik Dikon
Langkah Mengajar a. Seorang murid mendeklamasikan sajak / puisi. b. Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan sajak / puisi yang dipelajari. c. Murid lebih mudah mengingati sajak/ puisi. Teknik ini sesuai untuk sajak.

Salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan guna pelbagai kemahiran berbahasa pelajar. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa.

B) TEKNIK PERMAINAN TEKNIK PERMAINAN BAHASA BAHASA

PELAKSANAAN PERMAINAN
BAHASA
i. Secara Berkumpulan
Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Bilangan ahli dalam satu-satu kumpulan penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan murid dalam banyak kumpulan.

ii. Secara Berpasangan Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan murid. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan murid.

iii. Secara Individu


Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu.

JENIS-JENIS PERMAINAN BAHASA


A. Membentuk Perkataan B. Permainan Teka Lakonan C. Permainan Menyampaikan Pesanan D. Permainan Memerhati Dan Mengingat E. Permainan Berpasangan

A) Membentuk Perkataan
Objektif: Supaya pelajar mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang diberi. Bahan: Kad yang mengandungi huruf tertentu. Cara bermain : Berkumpulan

Langkah : Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan ejaannya. Mereka dikehendaki menyusun hurufhuruf yang diberi supaya membentuk perkataan yang betul ejaannya. Peruntukan masa tertentu untuk setiap soalan yang diberi.

B) Permainan Teka Lakonan


Objektif: Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik Bahan: Kertas arahan (sampul) Cara bermain: Kelas/berkumpulan

Langkah: Murid duduk di tempat masing-masing. Guru perlu membuat satu lakonan. Murid diminta meneka apa yang dilakonkan oleh guru. Kemudian guru perlu memilih seorang murid membuat lakonan berdasarkan arahan dalam sampul yang dipilih. Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut. Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan kumpulan. Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil kumpulan lain. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka.

C) Permainan Menyampaikan Pesanan


Murid-murid diminta duduk dalam bulatan. Guru atau murid menyampaikan pesanan kepada murid yang pertama misalnya A. A pula akan menyampaikan pesanan tersebut kepada B, seterusya kepada murid-murid yang lain sehinggalah pesanan itu tiba kepada guru atau murid yang mula-mula menyampaikannnya. Guru perlu memastikan murid yang akhir menyampaikan pesanan yang sama seperti pesanan yang diterima oleh murid yang pertama.

D) Permainan Memerhati dan Mengingat


Guru menunjukkan beberapa benda, gambar atau kad-kad perkataan kepada murid-murid. Kemudian, benda, gambar ataupun kadkad tersebut ditutup dan murid diminta mengingat dan menyebutnya semula. Permainan ini dapat memantapkan kemahiran mendengar dan bertutur murid-murid.

Guru menyediakan kad-kad kecil yang dituliskan perkataan berlawan, berganda, sama erti dan sebagainya. Kad-kad tersebut dimasukkan ke dalam kotak. Murid diminta mengambil satu daripada kad tersebut tanpa melihatnya kemudian menyebut perkataan yang ditulis pada kad itu. Murid-murid kemudiannya diminta mencari pasangan masing-masing sesuai dengan perkataan yang ada pada mereka. Permainan ini dapat melatih kemahiran mendengar dan bertutur murid-murid.

E) Permainan Berpasangan

LANGKAH PELAKSANAAN
Sebelum
Menentukan jenis permainan Cara permainan ( individu, pasangan, kumpulan) Syarat permainan masa, bahan, peraturan, petugas.

Semasa
Peringkat awal, induksi set. Peringkat pertengahan langkah pengajaran. Peringkat akhir kemahiran pengukuhan

Selepas
Menentukan semua bahan disimpan semula. Perbincangan guru-pelajar

C) TEKNIK LATIH TUBI


Pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, dapat menjamin kekekalannya.

Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran

Pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

Sebutan (accent) Menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Tatabahasa (grammar) Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. Perbendaharaan kata (vocabulary) Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

Kefasihan (fluency) Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. Kefahaman (comprehension) Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

KELEBIHAN KAEDAH LATIH TUBI


Mendapat maklum balas dan keputusan yang segera. Dapat memotivasikan diri pelajar. Menjimatkan masa guru. Meningkatkan daya ingatan dan kefasihan pelajar dalam sesuatu pelajaran.

Teknik latih tubi ini juga mempunyai kelemahan seperti mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar.

D) TEKNIK BERCERITA

Sesuai digunakan untuk bina kecekapan berbahasa. Tarik minat dan perhatian pelajar. Membina kecekapan berbahasa. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan murid.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN DALAM TEKNIK BERCERITA


Kemahiran Lisan: Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang. Suara jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua, haiwan) Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN DALAM TEKNIK BERCERITA


Kemahiran bukan lisan Mimik muka sesuai dengan emosi. Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan. Bahasa badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan. Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan.

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN DALAM TEKNIK BERCERITA


Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspekaspek bahasa. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objekobjek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

TAMAT...

Anda mungkin juga menyukai