Anda di halaman 1dari 41

Menurut (Reed, C.A.

, 1994) Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu. Menurut (Simanjuntak, 1978), Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung. Menurut Bloom, 1988, Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi.

Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964), arbitrari bermaksud sebagai no necessary connection between the symbol and that which is symbolized Menurut Asmah Hj. Omar (1986) menerangkan bahawa unit yang kita tuturkan sebagai rumah itu bukanlah benda yang konkrit yang mempunyai bumbung, lantai, dinding, tingkap, dan pintu yang menjadi tempat kita berteduh, tetapi adalah apa yang mewakili benda itu.

Dengan itu benda-benda yang konkrit yang mempunyai ciri-ciri yang disebut itu boleh mempunyai lambanglambang lain. Misalnya bait ( bahasa Arab), house (bahasa Inggeris), het huis (bahasa Belanda), griya (bahasa Jawa halus), dan walay (bahasa Kadazan), dan sebagainya.

Dipelopori oleh Bloomfield dalam bukunya Language (1933) Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan bukan semata-mata ilmu Pendapat ini melahirkan aliran yang menganggap pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah proses mekanikal untuk membentu tabiat dan melalui latihan pengulangan

Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan. Aspek lisan diberi perhatian Memberi penekanan kepada penghuraian jenis pola ayat analisis konstituen terdekat

Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis berdasarkan KT Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji (diperhati) Mengkaji semua ayat/ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa

Bahasa yang diutamakan ialah lisan. Tulisan kedua penting Bahasa adalah tabiaat / kebiasaan Pengukuhan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Latihan bahasa perlu diperkukuhkan Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan Wujudkan unsur ransangan dan tindakabalas dalam P&P

Pendekatan: sintisis Kaedah: Terus/dengar sebut Teknik: Lakonan. Nahu diajar secara tidak formal

Ahli psikologi di Harvard Pembelajaran berlaku dengan adanya ransangan dan tindak balas yang berulang Ujikaji dengan burung merpati dan tikus: bahasa adalah hasil proses perilaku hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pengukuhan menambah kemungkinan berulangnya sesuatu laku Sangat penting rangsangan dan tindak balas dalam pengajaran dan pembelajaran.

Keutamaan kepada peneguhan dan motivasi ekstrinsik. Tikus dalam kotak Skinner di luar ada makanan. Tertekan suis dapat makanan (ganjaran) Proses diulang-ulang lebih mudah.

a) Peneguhan Positif - Hasil tingkah laku positif, diulang kembali. - Ganjaran dalam bentuk pujian atau material. - Peneguhan positif yang bersistematik menghasilkan kerja yang baik. - Peneguhan secara ikhlas bukannya pilih kasih. b) Peneguhan Negatif - Rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan diberikan selepas sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini dilakukan. Contoh: Lewat siapkan kerja lewat keluar rehat.

C) Dendaan yang Efektif - Lakukan segera, sebaik sahaja nampak t/laku yang tidak diingini. - Orang yang didenda mesti tahu mengapa. - Atas dasar mengubah t/laku - Tekal, sama ikut kesalahan.

d) Prinsip Premack Kaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang diminati. Dikenali sabagai Grandmas Rule. Cth: selepas akhir subjek math satu aktiviti main komputer. e) Pelupusan = Peneguhan tidak diberi dan akan lupus dengan sendirinya.

Peneguhan positif hendaklah sistematik Ganjaran harus sesuai dengan umur Berhati-hati beri peneguhan negatif kerana dianggap hukuman. Harus dikukuhkan membentuk pelaziman Beri keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.

Ivan Pavlov.
-Rangsangan menghasilkan gerak balas. -Pembelajaran berlaku berkaitan R dan G. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan R dan G dipanggil pelaziman.

Ujikaji Pavlov: Anjing bunyi loceng- air liur -makanan

Rangsangan terlazim(RL) rangsangan yang neutral, yang selepas dilazimkan, membangkitkan gerak balas pada diri subjek. (contoh: bunyi loceng).
Rangsangan tak lazim (RTL) secara pantulan (contoh: makanan yang diletakkan dalam mulut anjing.) Gerak balas tak lazim secara pantulan dari RTL. (contoh: air liur yang keluar digerakkan oleh makanan) Gerak balas terlazim hasil RL (contoh: air liur yang keluar disebabkan bunyi loceng).

a) Generalisasi - Rangsangan yang sama akan menghasilkan gerakbalas yang sama. - Contoh:Kerisauan ujian kimia dan biologi sebab ada perkaitan. - Ujian bahasa tidak risau - Bunyi loceng keluar air liur. b) Diskriminasi - Individu akan bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan sahaja. - Contoh: Anjing akan akan bertindak balas terhadap bunyi loceng sahaja, bunyi lain tiada respon.

c) Penghapusan Berlaku bila R terlazim tidak sesuai dengan R tak terlazim. Bunyi loceng (tiada makanan) air liur makin kurang. Bunyi yang hampir sama (tiada makanan) air liur makin kurang. Lama kelamaan tiada air liur keluar.

Emosi manusia seperti takut, marah dan kasih sayang boleh melalui proses pelaziman. Kajian terhadap emosi Albert dengan tikus putih. Tunjuk tikus putih tiada reaksi Bunyi yang kuat serentak dengan tikus putih takut Rangsangan yang sesuai untuk pelajar penting.

Pelaziman Operan Cuba jaya Ujikaji: Kucing dalam kotak dan makanan di luar. Kucing mencuba pelbagai tindakan tertekan selak kunci- pintu terbuka. Cuba jaya tersebut memudahkannya bila berlaku pengulangan (peneguhan)

Hukum kesediaan dari aspek psikomotor, afektif, kognitif sebelum boleh belajar. Hukum Latihan Latihan yang diulang untuk tingkatkan kemahiran. Hukum Kesan kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian antara rangsangan dan gerakbalas. Ganjaran

Dipelopori oleh Noam Chomsky, Miller, Katz dan Lakoff Tidak bersetuju dengan teori sebelumnya Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky) Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi Berandaian teori kod kognitif bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa sebagai satu proses kognitif

Mental/otak kemampuan (set rumus-rumus tatabahasa)

Kalimat

Prestasi Pendengar

Penutur Kalimat-kalimat

Skim laku ucapan Teori Chomsky

Penutur pendengar mempunyai kamapuan dan prestasi Otak penutur mempunyai tatabahasa sejagat yang diperolehi semula jadi. Setelah 5 tahun membentuk tatabahasa generatif pada taraf kemampuannya Bahasa merupakan proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa ransangan luar. Skim ini dikenali S-O-R (stimulus-organism-response) Memperkenalkan Transformational Grammar (TG). Kanak-kanak semulajadi mempunyai LAD (Language Acquisition Device)

Penguasaan bahasa mempunyai hubungan erat dengan kebolehan mental Manusia secara semula jadi mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa Competence dan performance mempunyai daya cipta untuk menghasilkan dan menggunakan bahasa yang diketahui Bahasa dihuraikan melalui analisis transformasigenaratif yang mengandungi struktur dalaman dan struktur luaran Kesalahan membentuk rumus tidak dianggap sebagai kegagalan sebaliknya sebagai percubaan hipotesis.

Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis

Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.

Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.

Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan Tulisan dan bacaan diutamakan Pendekatan Analisis Kaedah: koda-kognitif Teknik: hafalan

Manusia mempunyai peringkat otak dan saraf yang tinggi - berkebolehan mempelajari pelbagai perkara Pengajaran dan pembelajaran adalah proses mental bukan mekanis Kanak-kanak menyerap dan menyesuaikan pengetahuan sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada persekitaran

Berasaskan perkembangan kognitif pusat Kecekapan diperolehi kanak-kanak melalui pengalaman dalam interaksi persekitaran

1. Peringkat deria motor


- Perkembangan bahasa bermula 18 bulan hingga 2 tahun

Kanak-kanak secara aktif meneroka persekitaran yang akhirnya membentuk pola-pola tindakan yang dinamakan skema atau struktur kognitif Struktur kognitif membentuk ilmu pengetahuan Hasil pembentukan skema dapat menggambarkan pengetahuannya dalam pelbagai bentuk simbolik, lukisan, gambaran mental dan bahasa.

2. Peringkat Praoperasi Konkrit: 2 7 Tahun


Bahasa makin berkembang akibat tindakannya dengan persekitaran Dapat menguasai pola-pola tindakan yang kompleks seperti hukum pengekalan (conservation rules), konsep hubungan (relational concepts), pemasukan kelas (class inclution) dan persirian (seriation) Dapat memperkembangkan pengetahuan mereka tentang objek-objek dalam persekitaran

Berkembang dalan Tahun 60an Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970),Bowennan (1973),Gromer (1976). Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa hanya boleh manfsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat.

Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam p&p Seseorang pelajar perlu menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna

Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa perlu berjalan serentak Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betul

Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna

Merupakan interaksi sosial harian. Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat. Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial. Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.

Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial. Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak terbatas. Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan masyarakat.

SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai