Anda di halaman 1dari 4

Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur

Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar
melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-
unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan
komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa
mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah
pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun
pendekatan komunikatif.

Kaedah Terus
Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan
cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri
dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa
ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa
yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam
berbahasa. Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang
ketara, antara
lain:

(a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan
konteks penggunaan bahasa tersebut;

(b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru
akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan,
lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain;

(c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai;

(d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang


dipelajari secara induktif, dan

(e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan
dan intonasi yang betul.

Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah


ditetapkan seperti berikut:

(a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi
ayat-ayat yang sempurna.

(b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi.

(c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan
dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat
dalam perbulan tersebut.

Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik .
Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid
dapat mempraktik atau mengguna kan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik
darjah.
Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan
pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh
dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin
tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu
masyarakat.

Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik

Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan
bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa
ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih
dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur
itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan
dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran
dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru,
ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama
bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:

coffee - kopi
school - sekolah
radio - radio
bicycle - basikal
biscuit - biskut

Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga.
Subjek ,Kata kerja,Objek

Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran
dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti
berikut:

(a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;


(b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;
(c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan
(d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

Kaedah Audio-Lingual
Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan
murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah
pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:

(a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;

(b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;

(c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang
pengetahuan bahasa;
(d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan

(e) Bahasa berbeza anta ra satu sama lain.

Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini
juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk
membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan
penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu
mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun
demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan
secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa
berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid
memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur.
Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-
langkah pengajarannya seperti berikut:

(a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;

(b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;

(c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan

(d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-
rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu
.
Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah
ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan
menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks
yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog
yang dihafaz.

Kaedah Komunikatif
Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi.
Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:

(a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu,
pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif.

(b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat
menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran
bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam
penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain
supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.

(c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan
secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak
dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.

(d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa


dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajaran kemahiran
bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa
sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang
telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.
(e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga
kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasa mereka membuat
percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. Kesimpulannya dalam proses
pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini
bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa),
dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam
konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa

Anda mungkin juga menyukai