Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

2.0 Definisi kaedah dan teknik

Kaedah dan teknik mengajar adalah dua istilah yang sering digunakan bersama atau
bertukaran. Kaedah dapat didefinisikan sebagai cara atau peraturan yang digunakan untuk
melaksanakan sesuatu. Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi
melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan
langkah langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti
dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Kaedah mestilah tidak
bercanggah dengan pendekatan yang telah dipilih. Oleh itu, pemilihan kaedah yang paling
sesuai amat diperlukan oleh guru untuk memastikan pengajarannya berjalan lancar dan objektif
pengajarannya tercapai.

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony mendefinisikan
teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai
hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu
III : Komunikasi Bahasa, teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar
berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik
pengajaran merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah
sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang digunakan.
Secara khususnya teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya
dapat mempercepat penanggapan murid.

3.0 Kemahiran bahasa dalam Bahasa Melayu

kemahiran
bahasa

kemahiran kemahiran kemahiran


lisan membaca menulis

kemahiran kemahiran
mendengar bertutur

Rajah 1: Kemahiran bahasa dalam Bahasa Melayu


4.0 Aplikasi kaedah dan teknik

- kaedah audio-lingual
kaedah
- kaedah komunikatif

kemahiran lisan
- teknik main peranan
teknik - teknik permainan
bahasa

- kaedah pandang sebut


kaedah
- kaedah abjad
Aplikasi kaedah dan
kemahiran membaca
teknik
- teknik Knowledge,
What, Learn, How
teknik (KWLH)
- teknik SQ4R

- kaedah
kaedah
- kaedah

kemahiran menulis

- teknik
teknik
- teknik

Rajah 2: Contoh-contoh kaedah dan teknik kemahiran bahasa


4.1 Aplikasi kaedah dan teknik kemahiran lisan

Terdapat pelbagai contoh kaedah dan teknik pengajaran bagi kemahiran lisan yang
dapat diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru. sebagai contoh, kaedah
audio-lingual, komunikatif, fonetik/linguistik dan sebagainya. Kaedah kemahiran lisan
yang diterangkan dalam tugasan ini ialah kaedah audio-lingual dan komunikatif. Guru
hendaklah memilih kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai supaya objektif
pembelajaran dapat dicapai.

Kaedah audio-lingual merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran


mendengar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan
penggunaan bahan bantu mengajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman,
compact disk (audio) dan piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada
murid-murid ialah bunyi haiwan, nyanyian, petikan cerita, sajak, dan sebagainya.

Kaedah komunikatif pula mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-


kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan
pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya
kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan
bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan
makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Proses menggambarkan makna dalam
struktur ayat tertentu tersebut memerlukan guru-guru melatih murid-murid menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif ialah
penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan
sebagainya.

TEKNIK

Teknik permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa
melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada
pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam
sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju
ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu
merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan,
menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa
bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan. Permainan
dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang mengembirakan murid. Guru dapat
memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan semangat
kerjasama antara ahli kumpulan. Selain itu, guru juga dapat melatih murid-murid untuk
mengaktifkan kecekapan bahasa mereka serta mengembangkan penguasaan keempat-
empat kemahiran bahasa.

Tujuan Teknik Permainan

Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan


serta membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat
perantaraansemasa bermain. Selain itu, dengan menggunakan teknik permainan dalam
pengajaran danpembelajaran dapat meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa
tertentu tanpa disedari olehmurid-murid. Teknik ini juga dapat mewujudkan situsi sosial
yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka dan
mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi
Teknik main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau
perisitiwa yang dianggap penting. Melalui teknik ini,murid-murid diberi peranan dan
bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situas yang disediakan.
Walaupun begitu, teknik main peranan ini ialah satu bentuk drama yang tidak
memerlukan penghafalan skrip. Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini cuba
menyelesaikan atau menjelaskan sesuatu situasi kepada murid-murid yang lain. Murid-
murid yang lain akan mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara
spontan. Oleh hal yang demikian, teknik ini amat bersesuaian digunakan untuk
pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan.

Aplikasi

Audiolingual

Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi sajak daripada pita
rakaman). Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih
menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya
secara latih tubi. Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan
rakan secara berpasangan atau berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih
mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh
dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan.

Main peranan

Guru hendaklah memberi pemikiran masalah yang sesuai, misalnya amalan menabung.
Masalah ini dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakan atau
memperlihatkan melalui filem, televisyen atau memperdengarkan rakaman.
Berdasarkan perkara yang dilihat dan didengar, murid-murid akan melakukan main
peranan untuk menunjukkan amalan menabung tersebut. Murid-murid lain akan
mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan. Guru bersoal jawab
dengan murid tentang aktiviti main peranan yang telah dijalankan, misalhnya kebaikan
amalan menabung.

4.2 Aplikasi kaedah dan teknik kemahiran membaca

Kaedah pandang sebut


Kaedah ini dikenal sebagai kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan
dengn memperkenalkan perkataan dan bukan huruf atau suku kata. Aktiviti yang
dijalankan dengan kaedah ini memberi fokusagar murid memandang dan menyebut
perkara yang dilihat oleh mereka. Hal ini bermaksud bahawa, pengajaran bacaan tidak
dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad secara satu per satu tetapi
murid-murid akan diperkenalkan dengan perkataan atau ayat lengkap yang disertai
gambar.

Kaedah abjad

Kaedah abjad merupakan kaedah yang berfokus kepada penghafalan abjad,


pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Kaedah abjad urut dilabelkan sebagai
kaedah nama-nama huruf oleh Azman Wan Chik (1993), iaitu huruf-huruf rumi daripada
A hingga Z. Antara prinsip kaedah abjad adalah setiap perkataan terdiri daripada
beberapa huruf. Oleh itu, untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan,
mereka perlu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur perkataan. Erti kata
lain, murid-murid mesti menghafal nama-nama huruf sebelum didedahkan kepada
peringkat membaca perkataan-perkataan mudah.

Aplikasi

Kaedah abjad

Guru memperkenalkan kesemua 26 huruf yang terdapat dalam bahasa Melayu


daripada A hingga Z. murid-murid diarahkan menghafal setiap lambing abjad. Huruf
besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan menurut Abdul Aziz
Abdul Talib (2000) atau kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan
serentak seperti menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985). Setelah murid
mengenal kumpulan huruf A hingga Z, guru akan menarik keluar bunyi-bunyi vocal
daripada kumpulan ini. Guru mengajar membina suku kata menerusi proses
penggabungan bunyi-bunyi vocal dan konsonan, contohnya “sa”, “ya” ,”ma” ,”kan”, ”ro”,
“ti” dan sebagainya. Murid-murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan
mudah. Sebagai contoh, “saya”, “makan”, “roti” dan sebagainya.

4.3 Aplikasi kaedah dan teknik kemahiran menulis

5.0 Kesimpulan
Sejarah
Abd.Aziz Abd Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distributors and. Bhd.
Abd.Aziz Abd Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Abdullah Hassan (1987). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia ,Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Wan Chik (1986).Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 & 2,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Chomsky (1957), On Human Communacation , Cambridge : Mass
Institut bahasa (1994).Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka
Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1990). Perkaedahan Bahasa Malaysia,
Kuala Lumpur : Persatuan Linguistik Malaysia.
Kamaruddin Hj Husin (1988) . Pedagogi Bahasa , Kuala Lumpur : Sri Pendidikan Longman Sdn
Bhd.
Kamaruddin Hj Husin ( 1991 ). KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa.Kuala Lumpur
Koh Boh Boon (1989) . Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia.Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Hj Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia : Penerapannya pada
Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai