Anda di halaman 1dari 32

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR

PENGAJARAN ASPEK SENI BAHASA DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU

BMMB3039

PENULISAN AKADEMIK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

AMBILAN JUN 2018

SEMESTER DUA TAHUN DUA

NAMA PELAJAR JENIFFER

ANGKA GILIRAN 2018192340006

NOMBOR KAD PENGENALAN 991129-08-6790

KUMPULAN PISMP D1

BMMB3039

KOD DAN NAMA KURSUS PENGAJARAN ASPEK SENI BAHASA DAN


TATABAHASA BAHASA MELAYU

NAMA PENSYARAH PUAN AZIM NORMIZA BINTI AHMAD

TARIKH HANTAR 03 APRIL 2020

TARIKH MENERIMA MAKLUM


BALAS

1
PENGHARGAAN

Syukur atas limpah kurnia Tuhan yang tidak terkira kerana hasil daripada berkat-Nya, saya
dapat menyiapkan tugasan kursus Pengajaran Aspek Seni bahasa dan Tatabahasa Bahasa
Melayu (BMMB3093) ini dengan jayanya.

Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga
sangat berterima kasih kepada Puan Azim Normiza Binti Ahmad yang telah menjadi tulang
belakang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan saya agar dapat memberi
manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama
menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja
dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.

Sekian, Terima Kasih.

2
ISI KANDUNGAN

Muka surat

Penghargaan 1

Isi Kandungan 2

1.0 Pengenalan 3
2.0 Konsep Dan Prinsip Pelaksanaan Teknik Dialog 5
3.0 Analisis Pengaplikasian Teknik Dialog Dalam Skrip 6 - 11
4.0 Pengaplikasian Teknik Dialog Dalam Aktiviti PdP 12 - 14
5.0 Kekuatan dan Kelemahan Teknik Dialog Dalam Aspek 15 - 18
Seni Bahasa dan Tatabahasa
6.0 Kesimpulan 18
Rujukan 19 - 20

Lampiran 20 - 32

3
1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan usaha sistematik dalam menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan
kemahiran kepada pihak yang tertentu dengan berusaha memperkembangkan potensi
individu dan perubahan yang berlaku dalam diri. Ia dilakukan secara proses pembelajaran
dan pengajaran di mana pembelajaran berlaku apabila pendidik menyampaikan maklumat
dan pelajar menerima maklumat tersebut serta mengaplikasikan dalam kehidupannya.
Pendidik perlu mengaplikasikan strategi-strategi tertentu dalam pengajaran. Strategi
pengajaran yang dipilih dan digunakan menunjukkan kebijaksanaannya dalam memilih
sesuatu pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sesuatu pengajaran. Pemahaman terhadap
konsep-konsep ini dapat membantu guru memilih kaedah dan teknik pengajaran serta
membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk digunakan oleh
seseorang guru kepada guru murid di dalam bilik darjah dan mencapai objektif pengajarannya.
Pendekatan kaedah pengajaran tidak dibentuk sewenang-wenangnya, akan tetapi ia
berasaskan teori dan prinsip pegangannya.

Salah satu usaha untuk menuju ke arah pengajaran yang berpusat kepada murid ialah
mengadakan pelbagai teknik pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid secaraaktif.
Penglibatan murid secara aktif ini perlu kerana murid akan dapat memperoleh pengetahuan
dan penguasaan kemahiran dengan lebih berkesan melalui pelbagai aktiviti yang
dilaksanakan. Kementerian Pelajaran Malaysia (2000) mengariskan di antara teknik-teknik
dan kaedah-kaedah pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah teknik dialog. Ianya
merupakan pewujudan suatu situasi yang menyerupai kaedaan sebenar dengan tujuan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah sebenar dalam keadaan yang terkawal.

4
2.0 KONSEP DAN PRINSIP PELAKSANAAN TEKNIK DIALOG

Menurut Umar Junus (1989), dialog itu sesuatu yang bertentangan dengan monolog
ataupun naratif yang melibatkan pertuturan antara dua orang ataupun lebih. Beliau
menyatakan bahawa sebuah drama itu dianggap sebagai dialog kerana melibatkan
percakapan antara dua orang atau lebih. Perkataan dialog boleh dikatakan berasal dari
dua perkataan Greek iaitu dia yang bermaksud melalui dan logos bermaksud perkataan
serta apabila digabung, ia membawa erti kepada sesuatu ucapan, perbincangan dan
wacana (Suraya Sintang et.al.,2010). Dialog juga bermaksud kata-kata yang dituturkan
oleh watak-watak dalam drama atau fiksyen (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010).
Secara keseluruhannya, teknik dialog merupakan perbicaraan atau komunikasi diantara
dua orang atau lebih mengenai sesuatu perkara yang penting. Teknik dialog ini terbahagi
kepada dua fasa iaitu fasa membaca dan fasa perbincangan.

Teknik dialog merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang meberi


sumbangan kearah mewujudkan pembelajaran yang berpusat kepada murid. Melalui teknik
dialog, murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat,
pemerhatian, temu ramah dengan individu yang berkenaan dan mencatat isi-isi penting
sebagai persediaan untuk aktiviti dialog yang dirancang oleh guru. Penggunaan teknik dialog
di dalam bilik darjah sangat membantu dan berkesan dalam pengajaran guru. Dalam hal ini,
guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip untuk menggunakan teknik dialog.
Prinsip-prinsip tersebut adalah guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan
mewujudkan secara bertulis atau lisan di dalam kelas. Seterusnya adalah sebelum
menjalankan aktiviti dialog, guru perlu memberi penerangan yang ringkas tentang cara
pembelajaran teknik dialog. Seterusnya, guru juga perlu menyediakan skrip dialog kepada
murid supaya murid-murid dapat melatih. Jika perlu, guru juga boleh mengadakan demostrasi
bagi membantu murid memahami dengan lebih jelas.

Semasa sesi berdialog, guru juga perlu memastikan para pelajar yang lain
menumpukan perhatian terhadap aktiviti dialog yang dijalankan. Hal ini demikian kerana, guru
haruslah memastikan bahawa murid yang menjadi penonton tidak ketinggalan isi pelajaran.
memperolehi isi atau maklumat yang ingin disampaikan melalui teknik dialog. Teknik dialog
ini mudah untuk difaham oleh semua murid kerana Selepas sesi berdiolog, guru hendaklah
meminta pelajar memberikan pandangan mereka mengenai situasi berdialog. Suatu rumusan
harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran. Dengan ini
guru dapat memastikan bahawa bukan murid yang berdialog sahaja yang terlibat malah
semua murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5
3.0 ANALISIS PENGAPLIKASIAN TEKNIK DIALOG DALAM SKRIP DRAMA ‘LAUT
AJAIB’ DARI ASPEK SENI BAHASA DAN TATABAHASA

Berdasarkan skrip drama ‘Laut Ajaib’ yang dihasilkan bagi kursus Drama dalam
Pendidikan, terdapat aspek seni bahasa dan tatabahasa yang diaplikasikan dalam skrip
drama tersebut. Aspek sebegini memainkan peranan penting dalam menyampaikan
sesuatu maklumat dalam skrip drama. Sebagai contoh, penggunaan seni bahasa seperti
sajak dalam babak tertentu dalam membantu menggambarkan perasaan watak.

ASPEK SENI BAHASA

BABAK 1
Latar Tempat : Halaman rumah Ikan Jojo & Didi

IKAN JOJO : Wahhh, seronoknya hari-hari bangun dengan keadaan tenang dan
aman sebegini. (nada ceria)

IKAN DIDI : Betul, betul, betul. Jom ! Aku nak menyanyi awak menari pula ye.

Lagu 1 : Ikan Jojo dan Didi

Ikan Jojo pandai menari


Ikan Didi pandai menyanyi
Mari kawan-kawan jaga laut
Kami nak hidup tenang dan aman

Ikan Jojo pandai menarik


Ikan Didi pandai menyanyi
Lambaikan tangan kanak ke kiri
Kanak ke kiri sekali lagi

IBU : Amboi cerianya kamu semua pagi ni..

IKAN JOJO : Ye ibu, kami suka sangat keadaan tenang sebegini.

IKAN DIDI : Mesti Raja kita hebat kan! Pandai mengekal keharmonian dunia laut
kita.

IBU : Dulu...dunia kita bukan macam ni..hampir terjejas dan kita pula hampir
pupus.

AYAH : Yelah, dulu keadaan dunia kita bukan tenang dan senang macam ini
tau! Dulu kami mengalami pelbagai cabaran hidup di sini. Pada
masa itu, Keluarga Lala lah penyelamat kami.

6
IKAN JOJO : Cabaran?

IKAN DIDI : Kenapa? Keluarga Lala buat apa ayah?

Pencerita : Inilah keluarga Jojo dan Didi. Dunia laut ini tenang dan bersih sekarang
namun adik-adik nak tahu, dulu hampir semua spesis di laut terpupus akibat pencemaran air.
Pada masa itu lah Lala...

Kaedah didik hibur iaitu nyanyian lagu diaplikasikan dalam skrip drama ini dalam babak 1.
Lagu ini dinyanyikan oleh Ikan Jojo dan Didi kerana bagi menunjukkan perasaan senang hati
pada pagi yang indah. Ikan Didi dan Jojo berasa tenang dengan kelihatan yang indah dana
man laut. Lirik lagu tersebut diubahsuai daripada lagu Lenggang-lenggang kangkung. Melalui
ini, murid dapat berasa seronok dan santai semasa menjalankan aktiviti drama ini. Murid juga
dapat menyanyi bersama-sama dengan pelakon lain. Penggunaan irama dan rentak sebagai
iringan juga dikatakan sebagai kaedah yang berkesan untuk menguatkan ingatan pelajar dan
meningkatkan minat pelajar untuk belajar (Md Jais Bin Ismail et.al., 2018).

BABAK 8

Latar Tempat : Halaman Rumah Jojo dan Didi

Pencerita : Hm.. macam itu lah cerita bagaimana menyelamatkan dunia kita. Ahhh,
kawan-kawan kini kita dah kembali ke rumah Jojo dan Didi. Nampaknya Ayah belum habiskan
ceritanya tadi.. Jom, teruskan mendengar.

AYAH : Pada keesokkan hari, Raja telah mengadakan majlis perkahwinan


secara besar-besaran. Selepas tempoh seminggu itu habis, kami
bermula keluar dari rumah macam biasa dan semua sampah dah tak ada..
air pun dah dibersih.. Haah, itu lah cerita dia bagaimana Lala dan
keluarga menyelamatkan kita dari kepupusan.

IKAN DIDI : Tapi, Apa punca sebenar berlaku pencemaran air pada masa itu ?
(nada teragak agak)

IKAN JOJO : Sumpah ? ataupun Manusia ?

AYAH : Yang itu ayah tak pasti. Ada segelintir percaya itu sebab
sikap manusia dan ada juga yang berkata disebabkan sumpah.

IKAN DIDI : Raja tak investigate ke ?

IBU : Investigate apa pula ? Raja menghormati kepercayaan masing-masing.


Sebab itu Tuan dah tak menyentuh isu itu lagi. Asalkan dunia laut dah jadi
bersih, aman dan tenang.

7
Ikan Didi & Jojo bermula mendeklamasikan sajak

Sajak 1 : Sajak Alam Sekitar

Alam,
Keindahan mu memukau ramai orang,
Keindahan mu tidak terlawan

Alam,
Keindahan mu bagaikan syurga,
Air laut yang berombak-ombak,
Burung-burung berkicau merdu,
Tumbuh-tumbuhan yang menghijaukan

Alam,
Keindahan mu semakin menghilang,
Ini adalah perbuatan manusia yang tamak,
Tumbuh-tumbuhan semakin layu,
Binatang semakin pupus

Marilah kita semua,


Menjaga alam ini,
Kerana alam ini tidak ternilai.

IKAN DIDI : Ayah, Ibu mari kita sama-sama laung


“Merusak laut berarti menjemput maut”

Pencerita : Jadi kawan-kawan. Laut itu khazanah kita. Kita sama-sama


bertanggungjawab untuk memelihara laut. Ingat! “Merusak laut berarti menjemput maut”

Unsur seni Bahasa iaitu mendeklamasi sajak juga dapat diaplikasikan dalam skrip drama ini
dalam babak 8. Sajak ini dideklamasikan oleh Ikan Jojo dan Didi bagi meluahkan perasaan
mereka. Sajak ini merupakan sajak nasihat yang diberikan kepada manusia untuk menjaga
alam sekitar. Sajak ini menunjukkan perasaan Ikan Didi dan Jojo iaitu perasaan cinta akan
alam sekitar. Sajak ini merupakan sajak yang dihasilkan oleh penulis cerita. Melalui ini, murid
dapat menumpuhkan perhatian sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini demikian kerana, murid atau pelakon yang mendeklamasi sajak dapat menghayati sajak
tersebut. Malah murid yang tidak terlibat dalam lakonan ini akan menumpuhkan perhatian
terhadap unsur didik hibur. Murid sebagai penonton memberi perhatian agar dapat
memperolehi dan menghayati maklumat atau mesej yang disampaikan. Oleh itu menyelitkan
unsur seni Bahasa sudah semestinya meningkat perhatian dan kefahaman murid terhadap isi
pelajaran.

8
ASPEK TATABAHASA

Aspek tatabahasa juga diaplikasikan dalam skrip drama Laut Ajaib. Aspek tatabahasa yang
boleh dilihat dengan ketara ialah penggunaan imbuhan dari segi morfologi. Imbuhan dikenali
sebagai penambahan. Imbuhan-imbuhan ini ditambah kepada kata dasar untuk menghasilkan
kata terbitan (kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata keterangan, dan kata bilangan). Aspek
tatabahasa sinteksis yang boleh dilihat adalah jenis ayat (Ayat dasar, ayat terbitan). Jenis ayat
ini membantu dalam menunjukkan perbezaan kepada penonton. Hal ini demikian kerana,
penggunaan jenis ayat yang sama sepanjang drama akan membosankan penonton. Contoh
penggunaan kata kerja berimbuhan bagi morfologi dan jenis ayat bagi sintaksis dalam skrip
drama:

BABAK 2

Latar Tempat : Di laut

IBU LALA (nada menjerit) Lala! Lala! Mana kau?

LALA : Saya terperangkap disini ibu! Tolong, Tolong! (takut)

AKSI : Lala mengerak-gerakkan badannya supaya boleh lepaskan diri.

ABAH LALA : Awak terangkap dalam apa itu?

LALA : Tak tahu lah. Saya rasa ni plastik lah abah. Lala takut sangat.

IBU LALA : Ya Allah, tolong selamatkan anak aku. Ini mesti kerja manusia. Tak
sedar diri. Mereka tak sedar yang kami juga ada keluarga. (risau)

ABAH LALA : Haa, dah dah.. Kau pergi panggil ikan jarum.

AKSI : Ikan jarum bantu Lala untuk melepaskan diri dari plastik

IKAN JARUM : Hah, nasib baik plastik ini tak berapa banyak tebal. Lain kali kau
seseorang jangan pergi mana-mana. Bahaya tu!

LALA : Minta maaf ye. Lepas ni Lala jaga-jaga.

ABAH LALA : Terima kasih ye.

AKSI : sambil bersalam dengan Ikan Jaram

IBU LALA : Jom kita gerak dulu. Sembang duk sini nanti kita terperangkap sama-
sama. Mampus lah.

9
Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu imbuhan awalan, apitan, sisipan dan
akhiran. Contoh imbuhan awalan kata kerja yang boleh didapati dari teks dialog drama diatas
ialah menjerit dan terperangkap. Contoh imbuhan akhiran kata kerja yang terdapat dalam
babak 2 adalah selamatkan. Contoh imbuhan apitan kata kerja adalah menggerak-gerakkan
dan melepaskan. Terdapat pelbagai contoh perkataan imbuhan bagi kata nama, kata adjektif
dan sebagainya. Melalui ini, murid dapat mengenalpasti penggunaan imbuhan pada sesuatu
ayat dengan mudah yang boleh menjadi contoh kepada mereka. Murid juga boleh
mengujarkan dialog dengan mengaplikasikan imbuhan yang memberikan kefahaman yang
jelas terhadap penggunaannya. Guru juga boleh menjalankan akativiti mengenalpasti jenis-
jenis imbuhan dalam skrip drama sebelum memulakan aktiviti drama supaya murid dapat
mengetahui cara penggunaan imbuhan dengan betul dan tepat.

BABAK 4

Latar Tempat : Istana

RAJA : Hari ini beta diminta selururh rakyat untuk berkumpul disini dengan tujuan
membuat keputusan bagi pencemaran air yang sering berlaku di dunia laut.
Beta mengizinkan rakyat untuk memberi pendapat dan satu penyelesaian
untuk menyelesaikan pencemaran air.

IKAN 2 : Tuanku, ampunkan patik. Patik rasa ini semua kerana sumpah atas dunia
kita. Masalah pencemaran di dunia kita bermula pada masa dahulu ketika
berlaku perkahwinan campur dalam keluarga Tuan. Patik rasa kita perlu
mengkahwinkan Putera Raja dengan seekor Ikan biasa di dunia kita bagi
menyingkirkan sumpah tersebut.

ABAH LALA : Ampunkan patik, Tuanku. Patik berasa penyelesaian yang


dikemukakan oleh saudara ini tidak releven dan tidak boleh diterima kerana
kita perlu lihat punca-punca pencemaran di dunia kita. Punca utama
pencemaran air adalah sampah sarap yang terlampau dan sisa air dan
minyak yang kotor. Jadi, sudah jelas bahawa ia bukan satu penyelesaian
yang berkesan.

RAJA : Jadi, sebagai penyelesaianya? (nada harapan)

LALA : Ampunkan patik tuanku, Jadi sebagai penyelesaian masalah kita perlu
mengadakan satu kempen ‘Sedar Wahai Manusia’ di Istana kita.
Dengan itu, kita tidak mengeluarkan diri dari istana selama
seminggu. Dalam tempoh hari seminggu itu, nelayan-nelayan akan
menyedar diri. Kita juga boleh berharap bahawa kerajaan mereka pula
membuat sesuatu untuk membaikpuihkan pencemaran air.

RAJA : (nada jelas) Satu penyelesaian yang sangat bernas. Pada masa yang sama

10
beta juga terdesak dengan kata-kata si ikan tadi. Kita juga perlu membuat
sesuatu untuk menyingirkan sumpah itu.

AKSI : Semua pandang muka satu sama lain.

ABAH LALA : Ampunkan Tuanku, Tapi, jika tuanku rasa begitu patik ada satu lagi
cadangan untuk menyelesaikan kebimbangan ini.

RAJA : Ha..Cadangan apa itu ?

ABAH LALA : Patik rasa kita teruskan dengan kempen ‘Sedar Wahai Manusia’
dengan tidak mengeluarkan diri dari Istana. Sehingga kita berada di
Istana kita juga boleh mengadakan satu pertandingan nyanyian sebagai
hiburan kepada seluruh rakyat. Dengan izin, pemenang pertandingan itu
boleh berkahwin dengan Putera Raja.

AKSI : Terus berdiri dari singgahsana dan pandang Putera Raja sambil senyum.

RAJA : Terbaik pula cadangan peyelesaian patik. Beta sangat bersetuju


dengan cadangan ini. (nada tinggi) Dengan ini kita seluruh rakyat memulakan
kempen ‘Sedar Wahai Manusia’ dengan tidak mengeluarkan diri dari Istana.
Hari ketiga kempen ini, kita akan mencuba nasib dalam pertandingan
nyanyian. Suara merdu yang membawa senyuman pada muka Putera
merupakan pemenang pertandingan. Perjumpaan bersurai.

Jenis-jenis ayat dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu ayat dasar dan ayat majmuk. Ayat
majmuk ini terbahagi kepada tiga subtopik kecil seperti ayat majmuk gabungan, ayat majmuk
pancangan dan ayat majmuk campuran. Contoh jenis ayat majmuk yang boleh didapati dari
teks dialog drama diatas ialah ‘Patik berasa penyelesaian yang dikemukan oleh saudara ini
tidak releven’ merupakan ayat majmuk relatif. Seterusnya, ‘Kita tidak boleh menerima
pendapat ini kerana kita perlu mengetahui punca sebenar’ merupakan ayat majmuk
keterangan. Hal ini demikian kerana perkataan ‘kerana’ menerangkan sesuatu peristiwa
dengan lebih jelas. Dengan penggunakan jenis ayat dalam skrip drama ini murid dapat
memahami kepentingan dan peranan jenis ayat. Sebagai contoh, murid dapat memahami
kegunaan dan jenis ayat dengan mendenagar dialog-dialog yang mempunyai pelbagai jenis
ayat. Selepas aktiviti drama ini tamat, guru juga boleh minta murid untuk mengenal pasti jenis
ayat yang terdapat dalam skrip drama dan minta murid untuk mengujarkan dialog tersebut
dengan sebutan dan intonasi yang betul. Dengan ini, guru juga dapat mengaplikasikan teknik
dialog dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

11
4.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK DIALOG DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Teknik dialog merupakan satu teknik yang mudah dan efektif yang boleh digunakan dalam
aktiviti PdP. Antara cara pengaplikasian teknik dialog melalui aktiviti didik hibur iaitu lakonan.
Didik hibur merupakan proses pembelajaran sesuatu topik yang santai dan menyeronokkan
(Mazlan Ismail, 2016). Didik hibur terbahagi kepada beberapa aktiviti seperti lakonan,
nyanyian, puisi dan bercerita. Teknik dialog boleh diselitkan dalam mana-mana aktiviti didik
hibur. Berikut merupakan contoh Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran bagi
aktiviti seni bahasa

Rajah 1:Standard Kandungan dan Pembelajaran Seni Bahasa

Berdasarkan Rajah 1, Standard Kandungan dan Pembelajaran yang ditunjukkan sebahagian


daripada DSKP Bahasa Melayu Tahun 4. Guru boleh merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan minta wakil kumpulan untuk tampil ke hadapan dan mengambil satu
kad gambar daripada kotak misteri yang disediakan oleh guru. Berdasarkan kad gambar,
murid-murid dikehendaki menulis sebuah cerita dengan memasukkan beberapa dialog yang
mempunyai peribahasa seperti simpulan bahasa dan perumpamaan. Sebagai contoh, jika
murid memilik kad gambar budak lelaki bermain bola sepak maka, murid-murid dikehendaki
menulis cerita berdasarkan gambar. Sebagai contoh dialog yang boleh menyelitkan dalam
cerita adalah seperti ‘Awak ni bangku kaki, tengok saya pandai main bola’ kata ali. Kemudian,
murid perlu mempersembahkan cerita tersebut dengan seorang murid yang akan bercerita
manakala murid lain akan melakonkan situasi serta mengujarkan dialog yang dihasilkan di
hadapan kelas.

Aktiviti sebegini dapat menyemai kemahiran insaniah dalam diri murid agar boleh
melahirkan model insan yang berguna untuk negara. Kemahiran Insaniah yang dapat
menyemai dalam diri murid berdasarkan aktiviti ini adalah kerja berpasukan, komunikasi,
kepimpinan. Hal ini demikian kerana, murid-murid yang menulis cerita berdasarkan gambar
dalam kumpulan dapat meningkatkan kemahiran kerja berpasukan. Seterusnya, kemahiran
komunikasi. Apabila murid sama-sama bincang dalam kumpulan untuk menghasilkan dialog
secara tidak langsungnya kemahiran komunikasi dapat menyemai dalam diri murid. Wakil

12
kumpulan yang tampil ke hadapan untuk mengujarkan dialog dapat meningkatkan kemahiran
kepimpinan.

Aktiviti sebegini juga agak menyeluruh kerana berlaku pengaplikasian teknik dialog
dalam aktiviti didik hibur yang digabungjalin antara aktiviti lakonan dan bercerita. Melalui ini,
murid dapat berasa seronok serta gembira apabila mereka bekerjasama dengan murid lain
untuk menghasilkan cerita dan dialog serta mempersembahkannya di hadapan ramai.
Pembelajaran ini tidak menyebabkan mereka berasa tertekan dan dapat memantapkan
penguasaan mereka dalam kemahiran bahasa. Ini dapat diselaraskan dengan kemahiran
abad ke-21 iaitu 6C. Salah satu 6C ialah ‘Collaboration’ iaitu kolaboratif. Pelajar perlu
kolaboratif dengan pelajar lain bagi menjalinkan hubungan yang baik serta meningkatkan
kecekapan komunikasi masing-masing. Penerapan kemahiran abad ke-21 akan dapat
membantu pelajar dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran globalisasi
dengan lebih berkeyakinan dalam bidang pendidikan, malah dalam bidang kerjaya (Ainun
Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad, 2017).

Jadual 2:Standard Kandungan dan Pembelajaran Seni Bahasa

Selain itu, guru juga boleh mengaplikasikan teknik dialog melalui aktiviti aspek tatabahasa
seperti mengenalpasti golongan kata yang terdapat dalam teks dialog drama. Golongan kata
boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata
tugas. Selepas beberapa minggu pengajaran topik-topik ini, guru boleh menilai murid melalui
penggunaan teks dialog yang mengandungi kesemua jenis kata ini. Murid dikehendaki
mengenalpasti dan menggariskan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugasa yang
terdapat dalam teks dialog yang disediakan oleh guru. Melalui ini, guru dapat menilai murid
dari semua tajuk pembelajaran menggunakan satu teks dialog. Ini dapat memudahkan urusan
guru dalam menyediakan bahan bantu belajar bagi murid. Guru boleh meminta murid untuk
menyenaraikan setiap jenis dalam bentuk peta I-think iaitu peta pokok. Ini kerana peta pokok
dapat merangsang pemikiran murid kearah kritis dan kreatif (Abdul Rasid Jamian, Martini
Misdon dan Azhar Md.Sabil, 2017). Melalui ini, murid dapat mengklasifikasikan jenis kata yang
diperolehi daripada teks dialog tersebut.

13
Berdasarkan Standard Pembelajaran seperti dalam jadual 2 adalah Standard
Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 4. Bagi mengajar standard pembelajaran ini, guru perlu
mengajar kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama dan penjodoh bilangan terlebih
dahulu. Selepas pengajaran, guru meminta murid untuk mengaplikasikan kata nama dengan
membina dialog secara berkumpulan berdasarkan situasi yang diberi seperti di kedai pakaian.
Kemudian, murid diminta untuk melakukan aktiviti main peranan situasi tersebut dengan
mengujarkan dialog yang dibina dengan menggunakan kata nama. Sebagai contoh ‘Ramlah,
awak beli sehelai baju sahaja ke?’ Dengan ini guru dapat mengaplikasikan teknik dialog dalam
mengajar tatabahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti sebegini dapat
membantu melahirkan kemahiran insaniah dalam diri murid seperti komunikasi, pemikiran
kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Hal ini demikian kerana, kerja kumpulan dapat
membantu murid dalam melahirkan kemahiran komunikasi. Selain itu, aktiviti teknik dialog
dapat membantu murid menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, aktiviti murid melakonkan
situasi kehidupan harian dalam keluarga dan murid dapat menyelesaikan masalah dengan
menggunakan teknik dialog.

Melalui ini, guru dapat menilai pengajaran hari tersebut dengan mudah melalui aktiviti
main peranan. Ini dapat dikaitkan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan
dan pencapaian murid (KPM, 2018). PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai
pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. Ini selaras dengan SP Tahun
4 kerana peperiksaan bagi tahun 1, 2, dan 3 dimansuhkan dan digantikan dengan PBD. Maka,
guru perlulah menjalankan PBD supaya dapat mengesan perkembangan serta pemahaman
murid. Guru perlu melakukan pentaksiran dan melaksanakan PBD dengan mentadbir, menilai,
memberi skor dan merekodkan pencapaian keseluruhan murid di peringkat sekolah (Zamri et
al. 2010). Aktiviti seperti main peranan, kuiz, projek mudah dan bercerita dapat memudahkkan
guru untuk menjalankan PBD dengan mudah seperti yang disarankan oleh Kementerian
Pendidikan Malasyia.

14
5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEKNIK DIALOG DALAM ASPEK SENI BAHASA
DAN TATABAHASA

Dialogue Thinking Reading Lesson (D-TRL) ataupun teknik dialog telah dibangunkan oleh
Michelle Commeyras pada tahun 1991. Menurut Kamus Dewan, dialog merujuk kepada kata-
kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama ataupun fiksyen. Matlamat teknik dialog
dalam keterampilan membaca khususnya adalah untuk menggalakkan pelajar menggunakan
gaya pemikiran reklektif yang munasabah, ia membolehkan pelajar dapat membuat
keputusan apa yang mereka percaya tentang sesuatu cerita.selain itu, matlamat teknik ini
adalah untuk melibatkan pelajar dalam perbincangan dan mendalami apa yang mereka baca
tanpa adanya guru sebagi ketua perbincagan. Teknik dialog ini mempunyai kekuatan dan
kelemahan dalam aspek seni bahasa dan tatabahasa.

Kekuatan Kelemahan
Penglibatan aktif murid Perbezaan individu

Penguasaan Kemahiran
Kekangan masa
Bahasa

Meningkatkan
Kawalan kelas
kemahiran sosial
Kekuatan teknik dialog dalam proses penagajaran dan pembelajaran adalah
teknik ini sangat sesuai untuk mengukuhkan penguasaan murid dalam aspek seni bahasa
dan tatabahasa. Sebagai contoh, murid yang terlibat dalam aktiviti teknik dialog akan
menggunakan kemahiran bertutur manakala muri yang menjadi penonton menggunakan
kemahiran mendengar. Selain itu, teknik dialog juga berkesan untuk menarik perhatian
semasa PdP kerana ia adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi murid. Hal ini demikian
kerana teknik dialog memfokuskan pertuturan dalam pelaksanaannya. Ini boleh dikaitkan
dengan perkembangan kemahiran mendengar dan bertutur yang merupakan kemahiran
utama dalam kemahiran bahasa Melayu. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid supaya dapat bercakap dengan jelas dan betul.
Apabila murid dapat mengecam dan menyebut serta mengujarkan sesuatu ayat dalam teks
dialog, mereka dapat menguasai kemahiran membaca melalui satu aktiviti kerana mereka

15
perlu membacakan dialog dengan nada dan intonasi yang betul. Kemahiran menulis juga
dapat dikuasai apabila murid diminta menuliskan dialog. Murid perlu berfikir secara kreatif
untuk menghasilkan penulisan dialog yang menarik dan kreatif. Ini menunjukkan bahawa
teknik dialog ini merupakan satu pendekatan yang holistic kerana ia mampu merangkumi dan
mengembangkan kesemua kemahiran bahasa dengan efektif.

Kekuatan yang seterusnya adalah, teknik dialog ini merupakan salah satu teknik
pengajaran yang melibatkan penglibatan secara aktif dimana murid melaksanakan sesuatu
aktiviti dan guru pula berperanan sebagai fasilitator. Teknik ini juga sangat sesuai bagi
melaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Hal ini demikian kerana
teknik dialog ialah teknik dialog menekankan Pembelajaran Abad Ke-21. Ini kerana
PAK21 sangat memfokuskan penglibatan murid yang aktif dalam sesi pembelajaran yang
boleh juga dikatakan pendekatan berpusatkan murid. Salah satu perkara yang dapat
dilihat secara ketara dalam pengaplikasian teknik dialog ialah mewujudkan komunikasi dua
hala dalam bilik darjah. Ini disebabkan guru akan memberikan kebebasan kepada pelajar
untuk berucap dan memberikan pandangannya secara rasional melalui aktiviti berdialog
dengan murid di dalam PdP. Ini bermaksud bukan guru sahaja yang berucap tetapi pelajar
juga berpeluang untuk meluahkan isi hatinya serta berlaku luahan ekpresi diri. Kemahiran
komunikasi yang berkesan mampu menggalakkan pelajar aktif dalam sesi PdP (Ong Sze
Chong, Zamri Mahamod, Mohd Izham Mohd Hamza, 2017). Melalui aktiviti teknik dialog, guru
dapat meningkatkan penguasaan kemahiran komunikasi dengan mudah.

Selain itu, teknik dialog juga dapat meningkatkan kemahiran sosial. Hal ini
demikian kerana, generasi kini semakin kekurangan sifat sosial dalam diri kerana dilanda oleh
digitalisasi yang semakin khusyuk dan menyebabkan mereka tidak mementingkan
perkembangan dari aspek sosial. Sifat sosial seperti komunikasi dan kerja sepasukan sangat
penting bagi menghadapi cabaran pada dunia kerja kelak nanti. Melalui teknik dialog,
kemahiran sosial dapat ditingkatkan kerana murid akan melakukan tugasan seperti main
peranan yang mekibatkan penggunaan dialog. Murid akan bekerjasama dan menjalankan
tugasan seperti ini. Perkara ini dapat dihubungkaitkan dengan kemahiran insaniah.
Kemahiran insaniah merupakan suatu komponen yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar bagi
menonjolkan dirinya dalam kerjaya (Roselina Shakir, 2009). Kemahiran insaniah yang
disyorkan ialah kemahiran komunikasi, kerja sepasukan dan kemahiran kepemimpinan,
pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran insaniah sangat penting
kerana punca utama kegagalan dan penggangguran dalam kerjaya disebabkan tidak dapat
mewujudkan interaksi dan pemikiran yang positif dalam kalangan rakan sekerja yang
sebahagian daripada sifat sosial seseorang (Abdul Rahman, 2010). Contohnya, guru boleh

16
menerapkan sifat sosial seperti kemahiran kepemimpinan melalui pembahagian kumpulan
dan ahli-ahli untuk aktiviti simulasi, debat dan forum.

Walaubagaimanapun, teknik dialog ini mempunyai beberapa kelemahan seperti


masalah perbezaan individu, kekangan masa dan juga kawalan kelas. Perbezaan individu
juga boleh menjadi salah satu kelemahan terhadap teknik dialog. Perbezaan individu ialah
pemahaman terhadap perbezaan antara manusia dari segi keupayaan dan ciri seperti
kecerdasan, personaliti dan kemahiran (Noriati A. Rashid et.al., 2017). Ini disebabkan setiap
kelas mempunyai pelbagai jenis individu yang berbeza dari segi gaya pembelajaran,
keperibadian serta pengalaman. Contohnya, terdapat gaya pembelajaran bagi seseorang
pelajar untuk belajar dan bergerak dalam kumpulan serta terdapat juga pelajar yang suka
belajar secara bersendirian dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti. Contohnya, teknik
dialog yang dilaksanakan secara kumpulan boleh menjadi sukar apabila terdapat murid jenis
pendiam (Introvert) dan malu untuk mengujarkan dialog di hadapan kelas semasa aktiviti main
peranan. Guru juga perlu memberikan perhatian yang khusus supaya semua pelajar dapat
melakukan aktiviti dialog supaya dapat memahami isi pelajaran dan menguasai kemahiran
bahasa.

Selanjutnya, pengurusan masa juga merupakan satu kelemahan yang ketara. Masa
memainkan peranan yang sangat signifikan dalam pelaksanaan teknik dialog. Ini disebabkan
teknik dialog ini lebih kepada penglibatan aktif murid dalam aktiviti-aktiviti main peranan,
pembacaan dialog secara kumpulan dan improvisasi terlatih. Guru memerlukan masa yang
banyak untuk menerangkan cara aktiviti ini dilaksanakan serta menolong pelajar yang tidak
memahami prosedurnya. Teknik ini juga mengambil masa yang panjang dalam penyediaan
BBM serta persediaan bagi aktiviti tertentu untuk sesuatu sesi PdP (Abdull Sukor Shaari,
Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusuf dan Mohd Isha Awang, 2016). Guru juga perlu
membimbing murid yang lemah serta memerlukan bantuan supaya dapat menguasai isi
pelajaran hari tersebut. Ini menyebabkan guru tidak mempunyai masa yang banyak untuk
aktiviti yang lain. Kesemua ini memerlukan pengurusan masa yang bagus supaya teknik
dialog yang dilaksanakan boleh memberikan kesan yang baik.

Kelemahan teknik dialog ialah guru mengalami masalah kawalan kelas. Kawalan
kelas merupakan satu perkara yang sangat signifikan agar suasana pembelajaran lebih
kondusif dan selesa (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2014). Ini disebabkan teknik
dialog perlu dilaksanakan secara berkumpulan supaya mudah murid memahami tetapi apabila
guru memberikan tugasan seperti melatih membaca dialog secara kumpulan, ia boleh
mneyebabkan murid mengambil kesempatan untuk bersembang dan bermain dengan
rakannya. Ini boleh menyebabkan guru sentiasa bertegas dan memberikan arahan tegas

17
untuk mengawal kelas tetapi ini boleh menyebabkan pelajar berasa bosan dan kerap ponteng
sekolah (Farah Nur A. Hamid dan Maslida Yusof, 2015). Pelaksanaan teknik dialog yang
kurang efektif boleh menyebabkan guru hilang kawalan kelas.

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pengaplikasian aspek seni bahasa dan tatabahasa dalam teknik
dialog merupakan satu teknik yang baik dalam pengajaran aspek seni bahasa dan
tatabahasa. Ini kerana teknik dialog dapat menyediakan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan serta selesa kepada murid. Penghayatan dan pemahaman murid yang jelas
dapat membantu murid menyerap dan mengingati ilmu untuk jangka masa yang lama.
Sebagai seorang guru, kita perlu bijak dalam mengaplikasikan teknik dialog dalam PdP kita
dengan menggabungjalinkan pelbagai kaedah dan pendekatan. Melalui ini, guru dapat
menjalankan satu sesi PdP yang terancang dan berkesan. Tuntasnya, pengaplikasian teknik
dialog dalam pengajaran aspek seni bahasa dan tatabahasa dapat menjamin pendidikan
bahasa Melayu yang berkualiti dan efektif.

18
RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Aziz. (2010). Kemahiran sosial asas. Utusan Publications &
Distributions Sdn. Bhd.
Abdul Rashid Jamian, Martini Misdon & Azhar Md. Sabil. (2017). Penggunaan peta
pemikiran I-Think dalam pemahaman KOMSAS bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan
Malaysia , 51-59.
Abdull Sukor Shaari, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof & Mohd Isha Awang .
(2016). Amalan pedagogi berpusatkan pelajar dan masalah yang dihadapi guru-guru
pelatih program pensiswazahan guru untuk mengamalkan pedagogi berpusatkan
pelajar semasa praktikum . Proceeding of ICECRS (pp. 599-608). Kedah : Penerbit
UUM .
Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017).
Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan
pencapaian bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 77-88.
Bahagian Pembangunan Kurikulum . (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaaan Tahun Tiga . Kementerian Pendidikan
Malaysia .
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun Empat. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka . (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Dewan Bahasa dan
Pustaka .
Farah Nur A. Hamid & Maslida Yusof. (2015). Analisis struktur fokus dalam komunikasi
arahan guru dalam bilik darjah. Jurnal Melayu , 346-361.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku:
Edisi kemas kini. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hj. Mohd Razak Mohd Nordin & Masitah Ahmad . (2015 ). Pendekatan didik hibur dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu: Tinjauan terhadap sikap dan minat
murid orang asli di negeri Perak . Jurnal Penyelidikan Dedikasi , 77-90 .
Kementerian Pendidikan Malaysia . (2018). Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah .
Bahagian Pembangunan Kurikulum .
Littleton , K & Howe, C. (2010). Educational dialogue: understanding dan promoting
productive interaction . Routledge.
Mazlan Ismail. (2016). Pengajaran Bahasa Melayu: Didik hibur dan seni bahasa. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Md Jais Bin Ismail, Rorlinda Binti Yusof & Loo Fung Chiat . (2018). Aktiviti Muzikal yang
sesuai dijalankan semasa proses PdP muzik murid-murid pintar dan berbakat di
Malaysia . Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities , 30-40.

19
Noriati A. Rashid , Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ong Sze Chong, Zamri Mahamod & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2017). Meneroka kaedah
pengajaran guru cemerlang bahasa melayu negeri Sarawak: Satu kajian kes. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 93-108.
Roselina Shakir . (2009). Soft skills at the Malaysian institute of higher learning . Asia Pasific
Education Review, 309-315.
Siti Hajar Abdul Aziz . (2009). Bahasa melayu II. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Suraya Sintang, Azizan Baharuddin & Khadijah Mohd Khambali@ Hambali. (2012).
Dialogue of life and its significance in interreligious relation in Malaysia . International
Journal of Islamic Thought, 69-79.
Umar Junus . (1989). Stilistik: satu pengantar . Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zamri Mahamood, Mohamed Amin Embi & Nik Muhd Rahimi Mohd Yusoff. (2010).
Pentaksiran bilik darjah: panduan untuk guru bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan
Arab . Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia .

20
LAMPIRAN

TEATER KANAK-KANAK
“LAUT AJAIB”

Karya
Jeniffer

21
SINOPSIS

Cerita ini mengkisahkan tentang seekor ikan bernama Lala . Dua ekor ikan Didi dan Jojo hidup
dengan tenang dan aman di laut. Ibu dan Ayah kepada dua ekor ikan tersebut menceritakan
kisah dahulu yang dunia mereka menghampiri hari khiamat dengan pencemaran air. Segelintir
rakyat percaya bahawa ianya berlaku kerana sikap kecuaian manusia manakala yang lain
percaya bahawa sumpah yang dikenakan atas dunia laut mereka. Ikan Lala memberi
cadangan penyelesaian masalah untuk mengatasi pencemaran air yang menganggu
ketenteraman rakyat dunia laut dan kepupusan kehidupan laut. Lala berjaya menyelamatkan
dunia laut dengan penyelesaian mengadakan kempen ‘Sedar Wahai Manusia’ di dalam laut
dan menggunakan pelbagai taktik untuk melahirkan kesedaran dalam diri manusia. Lala juga
menyertai dalam satu pertandingan nyanyian yang diadakan di Istana dan menjadi pemenang
serta Puteri kepada dunia laut dengan mengkahwini Putera Raja. Pertandingan ini pula
diadakan dengan tujuan mengkahwinkan dua ekor ikan sebagai menyingir sumpah. Secara
keseluruhannya, cerita ini dikisahkan tentang bagaimana cara Lala menyelamatkan dunia
laut.

WATAK

1. Ikan Lala 9. Datuk Bendahara


2. Raja 10. Ahli Nujum
3. Abah Lala 11.Putera
4. Ibu Lala 12.Azman
5. Ikan Didi 13.Amirul
6. Ikan Jojo 14. Raju
7. Ibu 15.Ah Chong
8. Ayah 16.Ketua Kampung

22
BABAK 1
Latar Tempat : Halaman rumah Ikan Jojo & Didi

IKAN JOJO : Wahhh, seronoknya hari-hari bangun dengan keadaan tenang dan
aman sebegini. (nada ceria)

IKAN DIDI : Betul, betul, betul. Jom ! Aku nak menyanyi awak menari pula ye.

Lagu 1 : Ikan Jojo dan Didi

Ikan Jojo pandai menari


Ikan Didi pandai menyanyi
Mari kawan-kawan jaga laut
Kami nak hidup tenang dan aman

Ikan Jojo pandai menarik


Ikan Didi pandai menyanyi
Lambaikan tangan kanak ke kiri
Kanak ke kiri sekali lagi

IBU : Amboi cerianya kamu semua pagi ni..

IKAN JOJO : Ye ibu, kami suka sangat keadaan tenang sebegini.

IKAN DIDI : Mesti Raja kita hebat kan! Pandai mengekal keharmonian dunia laut
kita.

IBU : Dulu...dunia kita bukan macam ni..hampir terjejas dan kita pula hampir
pupus.

AYAH : Yelah, dulu keadaan dunia kita bukan tenang dan senang macam ini
tau! Dulu kami mengalami pelbagai cabaran hidup di sini. Pada
masa itu, Keluarga Lala lah penyelamat kami.

IKAN JOJO : Cabaran?

IKAN DIDI : Kenapa? Keluarga Lala buat apa ayah?

Pencerita : Inilah keluarga Jojo dan Didi. Dunia laut ini tenang dan bersih sekarang
namun adik-adik nak tahu, dulu hampir semua spesis di laut terpupus akibat pencemaran air.
Pada masa itu lah Lala...

23
BABAK 2

Latar Tempat : Di laut

IBU LALA (nada menjerit) Lala! Lala! Mana kau?

LALA : Saya terperangkap disini ibu! Tolong, Tolong! (takut)

AKSI : Lala mengerak-gerakkan badannya supaya boleh lepaskan diri.

ABAH LALA : Awak terangkap dalam apa itu?

LALA : Tak tahu lah. Saya rasa ni plastik lah abah. Lala takut sangat.

IBU LALA : Ya Allah, tolong selamatkan anak aku. Ini mesti kerja manusia. Tak
sedar diri. Mereka tak sedar yang kami juga ada keluarga. (risau)

ABAH LALA : Haa, dah dah.. Kau pergi panggil ikan jarum.

AKSI : Ikan jarum bantu Lala untuk melepaskan diri dari plastik

IKAN JARUM : Hah, nasib baik plastik ini tak berapa banyak tebal. Lain kali kau
seseorang jangan pergi mana-mana. Bahaya tu!

LALA : Minta maaf ye. Lepas ni Lala jaga-jaga.

ABAH LALA : Terima kasih ye.

AKSI : sambil bersalam dengan Ikan Jaram

IBU LALA : Jom kita gerak dulu. Sembang duk sini nanti kita terperangkap sama-
sama. Mampus lah.

BABAK 3

Latar Tempat : Halaman Rumah Lala

LALA : Abah, Ibu.. Sebenarnya Lala nak tanya satu benda (nada keliru).

ABAH LALA : Apa benda Lala?

LALA : Macam mana pencemaran air-air semua ini boleh berlaku? Sepatutnya
manusia tidak boleh bertindak sebegini malah bersyukur atas ciptaan
Tuhan.

IBU LALA : Betul tu Lala, mereka acah-acah syukur di media sosial sahaja. Tapi
perlakuan mereka itu benda-benda yang ada dekat laut itu. Sampah!

ABAH LALA : Betul kata ibu, Kalau ada apa-apa masalah global barulah mereka

24
pura-pura jadi manusia bertanggungjawab dan memuat naik
‘#PrayForNature’ dalam media sosial.

LALA : Ohh, tapi abah, kalau kita buat salah dekat sini..Raja kita bagi hukuman.
Dekat dunia mereka tak ada ke macam itu?

IBU LALA : Di dunia mereka ada juga peraturan dan hukuman yang lebih ketat.
Tapi sifat manusia. Biasalah adik.

LALA : Setakat adik tahu. Ini sebab sikap segelintir masyarakat yang malas.
Mereka malas sampai tak dapat cari tong sampah dan membuang
sampah di sungai dan merata tempat.

ABAH LALA : Kalau ada tong sampah depan mata pun mereka buat benda yang
sama. Lagi-lagi mereka terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka
membina kilang untuk kehendak mereka. Lepastu melepaskan minyak
dan air kotor dekat laut dan sungai. Inilah masalah mereka.

LALA : Kalau perkara ini berlaku secara berterusan. Apa yang akan berlaku?

IBU LALA : Apa lagi Lala..Kehidupan laut semua akan terpupus. Keharmonian kita
akan terjejas.

AKSI : Jalan kiri ke kanan beberapa kali dan berfikir.

LALA : Abah, Ibu.. Lala rasa kita kena buat sesuatu untuk bagi mereka sedar
diri serta menjaga dunia kita.

ABAH LALA : Betul kata Lala, kita kena bincangkan perkara ini dekat Raja.

LALA : Bila Abah?

ABAH LALA : Nanti lah.. Hujung minggu macam itu.

LALA : Abah ini isu serius. Nanti lagi lambat, lagi teruk. Lala nak abah jumpa bincang
sekarang juga. Tolong Abah.. ‘Please..Please..Please’. (nada merayu)

ABAH LALA : Hm..anakku ini.. okay ayah pergi jumpa Raja. Jaga diri.

LALA : Baiklah Abah..

Pencerita : Abah Lala juga berjumpa dengan Raja. Raja mengumunkan perjumpaan
bersama semua rakyat laut untuk membincangkan tentang pencemaran yang sering berlaku
di dunia laut.

25
BABAK 4

Latar Tempat : Istana

RAJA : Hari ini beta diminta selururh rakyat untuk berkumpul disini dengan tujuan
membuat keputusan bagi pencemaran air yang sering berlaku di dunia laut.
Beta mengizinkan rakyat untuk memberi pendapat dan satu penyelesaian
untuk menyelesaikan pencemaran air.

IKAN 1 : Tuanku, patik rasa kita tidak perlu memberi lebih perhatian kepada isu-
isu ini. Ini bukan tugas kita. Ini tugas orang di dunia atas. Disitu ada
kerajaan-kerajaan untuk memelihara alam sekitar.

AKSI : Raja menggaruk kepala, fikir cara bagaimana menjelaskan akibat isu ini.

RAJA : Kita perlu memandangkan perkara ini lebih serius dan perkara ini boleh
akibat kepupusan spesis kita. Beta ingin untuk mendapat penyelesaian yang
berkesan.

IKAN 2 : Tuanku, ampunkan patik. Patik rasa ini semua kerana sumpah atas dunia
kita. Masalah pencemaran di dunia kita bermula pada masa dahulu ketika
berlaku perkahwinan campur dalam keluarga Tuan. Patik rasa kita perlu
mengkahwinkan Putera Raja dengan seekor Ikan biasa di dunia kita bagi
menyingkirkan sumpah tersebut.

ABAH LALA : Ampunkan patik, Tuanku. Patik berasa penyelesaian yang


dikemukakan oleh saudara ini tidak releven dan tidak boleh diterima kerana
kita perlu lihat punca-punca pencemaran di dunia kita. Punca utama
pencemaran air adalah sampah sarap yang terlampau dan sisa air dan
minyak yang kotor. Jadi, sudah jelas bahawa ia bukan satu penyelesaian
yang berkesan.

RAJA : Jadi, sebagai penyelesaianya? (nada harapan)

LALA : Ampunkan patik tuanku, Jadi sebagai penyelesaian masalah kita perlu
mengadakan satu kempen ‘Sedar Wahai Manusia’ di Istana kita.
Dengan itu, kita tidak mengeluarkan diri dari istana selama
seminggu. Dalam tempoh hari seminggu itu, nelayan-nelayan akan
menyedar diri. Kita juga boleh berharap bahawa kerajaan mereka pula
membuat sesuatu untuk membaikpuihkan pencemaran air.

RAJA : (nada jelas) Satu penyelesaian yang sangat bernas. Pada masa yang sama
beta juga terdesak dengan kata-kata si ikan tadi. Kita juga perlu membuat
sesuatu untuk menyingirkan sumpah itu.

AKSI : Semua pandang muka satu sama lain.

ABAH LALA : Ampunkan Tuanku, Tapi, jika tuanku rasa begitu patik ada satu lagi
cadangan untuk menyelesaikan kebimbangan ini.

26
RAJA : Ha..Cadangan apa itu ?

ABAH LALA : Patik rasa kita teruskan dengan kempen ‘Sedar Wahai Manusia’
dengan tidak mengeluarkan diri dari Istana. Sehingga kita berada di
Istana kita juga boleh mengadakan satu pertandingan nyanyian sebagai
hiburan kepada seluruh rakyat. Dengan izin, pemenang pertandingan itu
boleh berkahwin dengan Putera Raja.

AKSI : Terus berdiri dari singgahsana dan pandang Putera Raja sambil senyum.

RAJA : Terbaik pula cadangan peyelesaian patik. Beta sangat bersetuju


dengan cadangan ini. (nada tinggi) Dengan ini kita seluruh rakyat memulakan
kempen ‘Sedar Wahai Manusia’ dengan tidak mengeluarkan diri dari Istana.
Hari ketiga kempen ini, kita akan mencuba nasib dalam pertandingan
nyanyian. Suara merdu yang membawa senyuman pada muka Putera
merupakan pemenang pertandingan. Perjumpaan bersurai.

BABAK 5

Latar Tempat : Tepi laut

Pencerita : Satu hari kemudian melancarkan kempen di dalam laut, Nelayan-nelayan


pulang ke laut untuk memancing.

AMIRUL : Wehh, apa ni ? dari pagi tadi aku memancing sini takde ikan langsung.

AZMAN : Dapat plastik dengan sampah-sampah je kan. Lagi-lagi mana yang lain
eh ? Cuma kita 3 orang je ke harini ?

RAJU : Geram lah. Harini birthday adik aku tau ! Kalau takda ikan,
Macam mana nak beli kek ?

AH CHONG : Ehh, Lu orang dah dapat ikan ke ? Ramai dekat laut.

AMIRUL : Mana dapat..hmm lagipun kami 3 orang je pun kau nampak ramai ke ?

AH CHONG : Haha, itu lah wa pun terkejut.

AZMAN : terkejut apa tu ? macam biasa la kan

AH CHONG : Lu semua tak tahu ke dari semalam dah tak ada ikan langsung kat sini.
Mujur kami duk mancing satu hari pagi sampai malam tau !

RAJU : Apa ? tak ada ikan ? satu pun takada ka ? aiyayooo..

AKSI : gelaba sampai tak tahu nak buat apa.

AH CHONG : Tak ada.

27
RAJU : Haah, habis lah aku. Ayoo, aku dah minta emak aku masak nasi lemak,
mee goreng, tosai.

AMIRUL : Aikk, buat apa makanan banyak-banyak tu.

RAJU : Kan aku dah pesan. Harini birthday adik aku. Aku jemput jiran-jiran aku
ke sambutan hari jadi. Sebab itu aku minta mak aku sedia makan-
makan yang sesuai untuk jiran yang pelbagai kaum. Ingatkan nak
belikan kek bagi meriahkan lagi. Tapi hakikatnya..

AZMAN : Kita tak boleh buat apa-apa tau ! Padan muka kitaorang.

AMIRUL : Pasal apa pula padan muka kita ?

AH CHONG : Ah yelah, sambil mancing makan keropok ini lah itu lah. Lepastu tak
erti nak simpan plastik, buang dalam laut. Lu ingat plastik itu jadi apa ?
mancing jelah plastik yang awak buang.

Lagu 2 : Jangan buang sampah ke dalam sungai

Jangan buang sampah ke dalam sungai


Air sungai kotor serang penyakit
Cubalah-cuba hidup yang bersih
Ciptaan Tuhan indah dan sihat

Jangan buang sampah ke dalam sungai


Kehidupan laut semua terpupus
Jangan buang sampah di merata tempat
Buanglah sampah di tempat sampah

AZMAN : Dah lah, dah lah. Azman rasa kita kena jumpa ketua kampung mengadu
tentang perkara ini.

AMIRUL : Eh, mengadu buat apa ? takkan dia nak turun dalam laut dan bersihkan.
(nada nakal)

RAJU : Bukan macam itu. Kalau kita mengadu dekat ketua kampung ,Mungkin dia
boleh bagi penyelesaian untuk masalah ini.

Pencerita : Padan muka nelayan-nelayan itu. Ah, sambung pula dengan cerita kita.
Setelah mereka mengambil keputusan untuk mengadu kepada ketua kampung. Ketua
kampung telah mengadakan satu perjumpaan bersama penduduk kampung. Nelayan-
nelayan menceritakan semula apa yang berlaku di laut tadi.

AKSI : Ketua kampung mendiamkan diri dan membuat gaya berfikir.

28
KETUA KAMPUNG : (nada jelas dan tinggi) Mendengar bahawa, semua ini akibat daripada
kecuaian dan sikap mementingkan diri sendiri kita. Sebagai ketua kampung
saya ingin untuk meletakkan papan amaran disekitar sungai. Pada hari
keesokan kita penduduk sekampung turun ke kawasan berdekatan dengan
sungai bersihakan persekitaran sebaik mungkin. Kemungkinan besar ikan-
ikan dalam laut itu dah mati. Saya cadangankan penduduk kampung ini
untuk tidak memancing di sungai atau laut bagi tempoh seminggu dan tidak
membuang sampah di merata tempat. Saya harap penduduk kampung
bertenang dan bertanggungjawab atas segala kesulitan yang berlaku. Saya
selaku ketua Kampung ingin melancarkan kempen kesedaran “Menyayangi
Laut Kita” mulai hari esok.

Pencerita : Dengan persetujuan seluruh penduduk, Ketua kampung telah melancarkan


kempen kesedaran ‘Menyayangi Laut Kita’.

BABAK 6

Latar Tempat : Istana

Pencerita : Rakyat laut juga mula berkumpul untuk mencuba nasib dalam pertandingan.
Raja dan Putera duduk di atas singgahsana bertemankan Ahli Nujum dan Datuk Bendehara.
Putera langsung tidak menunjukkan perlakuan ceria.

PESERTA 1 :

Lagu 3 : Tak Tun Tuang

Aku belum mandi – Tak tun tuang (2x)


Tapi masih cantik juga – Tak tun tuang (2x)
Apa lagi kalau sudah mandi - Tak tun tuang
Pasti cantik sekali

PESERTA 1 : (Selesai menyanyi serangkap lagu dengan suara yang sumbang mambang).
Ampunkan patik, Tuanku.

RAJA : (Sambil mengurut dahi dan kepala yang separa pitam). Mengapakah buruk
benar suara-suara mereka Datuk Bendahara ? Pening kepala Beta
dibuatnya. Iihatlah putera langsung tidak ceria.

DATUK : Sabar ya, Tuanku..Sikit je lagi Kita pasti akan terhibur dengan jumpa
BENDAHARA suara yang dapat menceriahkan Putera. Ehem, ehem ! Setersunya!
Dijemput Peserta kedua.

PESERTA 2 : Ampunkan Patik, Tuanku sembah patik harap diampun.

29
Lagu 4 : Syantik

Hei sayangku hari ini aku syantik


Syantik bagai bidadari, Bidadari di hatimu
Hei sayangku, perlakukanlah diriku
Seperti seorang ratu Ku ingin dimanja kamu

Emang lagi manja


Lagi pengen dimanja
Pengen berduaan
Dengan dirimu saja

AKSI : Suaranya sedap bak hang!!! Seluruh istana terpegun

DATUK
BENDAHARA : Tuanku! Tuanku! Patik rasa, dialah orangnya Tuanku!

RAJA : Ya, Merdu sungguh suaranya. Lihat semuanya melopong besar.

AHLI NUJUM : Bukan Tuanku. Lihatlah Putera. Masih juga begitu. Tiada tanda-tanda
jatuh hati dengan suara ini. Malah, kita bukan hanya mencari jodoh
kepada Putera malah Puteri untuk dunia laut kita. Suara merdu ini
bukan satu satu kriteria yang utama.

RAJA : Betul kata ahli Nujum. Tapi apa kurangnya dengan Peserta kedua ini ?

AHLI NUJUM : Ampunkan Tuanku, Patik berasa dia lebih memerlukan semangat
kebangsaan. Patik kecil hati dengan pemilihan lagu. Lagu tersebut
merupakan lagu luar negara.

RAJA : Baiklah, Peserta terakhir untuk harini ?

LALA : Izinkan patik mencuba, Tuanku. Ampun, Tuanku

Lagu 5 : Perasaanku

Jika aku tiada dalam hatimu


Tak perlu kau buntu
Tak usah kau pertahankannya untukku
Lepaskan saja aku
Dan bila ku sedang berduka
Kau hadir bagaikan tiada apa
Sungguh aku tak mengerti
Siapa diriku sebenarnya dihatimu

30
RAJA : Ahli Nujum, lihat. Anakanda beta kelihatan berceria dan senyum
mendengar kemerduan suara Lala.

AHLI NUJUM : Inilah dia gerangannya Tuanku. Teman kehidupan Putera dan Puteri
kepada dunia laut kita.

RAJA : Dengar rakyat laut sekalian. Selesai sudah pertandingan nyanyian.


Keesokan hari kita akan mengadakan majlis perkahwinan Putera
bersama Lala di Istana. Dijemput semua rakyat laut untuk datang dan
meriahkan majlis. Beta juga berharap bahawa manusia juga sedar diri
bahawa menjaga laut memelihara sungai dan laut merupakan
tanggungjawab mereka bersama.
“Merusak laut berarti menjemput maut”

BABAK 8

Latar Tempat : Halaman Rumah Jojo dan Didi

Pencerita : Hm.. macam itu lah cerita bagaimana menyelamatkan dunia kita. Ahhh,
kawan-kawan kini kita dah kembali ke rumah Jojo dan Didi. Nampaknya Ayah belum habiskan
ceritanya tadi.. Jom, teruskan mendengar.

AYAH : Pada keesokkan hari, Raja telah mengadakan majlis perkahwinan


secara besar-besaran. Selepas tempoh seminggu itu habis, kami
bermula keluar dari rumah macam biasa dan semua sampah dah tak ada..
air pun dah dibersih.. Haah, itu lah cerita dia bagaimana Lala dan
keluarga menyelamatkan kita dari kepupusan.

IKAN DIDI : Tapi, Apa punca sebenar berlaku pencemaran air pada masa itu ?
(nada teragak agak)

IKAN JOJO : Sumpah ? ataupun Manusia ?

AYAH : Yang itu ayah tak pasti. Ada segelintir percaya itu sebab
sikap manusia dan ada juga yang berkata disebabkan sumpah.

IKAN DIDI : Raja tak investigate ke ?

IBU : Investigate apa pula ? Raja menghormati kepercayaan masing-masing.


Sebab itu Tuan dah tak menyentuh isu itu lagi. Asalkan dunia laut dah jadi
bersih, aman dan tenang.

Ikan Didi & Jojo bermula mendeklamasikan sajak

31
Sajak 1 : Sajak Alam Sekitar

Alam,
Keindahan mu memukau ramai orang,
Keindahan mu tidak terlawan

Alam,
Keindahan mu bagaikan syurga,
Air laut yang berombak-ombak,
Burung-burung berkicau merdu,
Tumbuh-tumbuhan yang menghijaukan

Alam,
Keindahan mu semakin menghilang,
Ini adalah perbuatan manusia yang tamak,
Tumbuh-tumbuhan semakin layu,
Binatang semakin pupus

Marilah kita semua,


Menjaga alam ini,
Kerana alam ini tidak ternilai.

IKAN DIDI : Ayah, Ibu mari kita sama-sama laung


“Merusak laut berarti menjemput maut”

Pencerita : Jadi kawan-kawan. Laut itu khazanah kita. Kita sama-sama


bertanggungjawab untuk memelihara laut. Ingat! “Merusak laut berarti menjemput maut”

32

Anda mungkin juga menyukai