Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti bercerita merupakan aktiviti yang sangat dekat dengan kanak-kanak.

Bercerita adalah salah satu teknik yang boleh dijalankan oleh guru ketika menyampaikan
pengajaran. Dengan bercerita, guru bukan sahaja dapat menyampaikan isi pelajaran malah
secara tidak langsung dapat pula membina rasa hati (empathy), kesuburan akal, imaginasi dan
kercerdasan para pelajar. Isi cerita hendaklah dapat menimbulkan rasa simpati, sedih, marah,
gembira, benci, kasih dan sebagainya. Bagaimanapun, teknik ini memerlukan guru yang
benar-benar mahir dan berkebolehan bercerita. Guru hendaklah boleh menarik perhatian dan
mengekalkan minat para pelajar di sepanjang masa aktiviti bercerita. Untuk memenuhi hasrat
ini, guru harus pandai melakukan gerak-geri dan pernyataan muka yang sesuai dan
menggunakan gambar-gambar yang perlu. Selain daripada itu, suara guru hendaklah jelas dan
menarik. Guru harus boleh bertutur dengan fasih, lancar dan boleh pula menggunakan bahasa
yang sesuai mengikut keadaan-keadaan tertentu. Teknik ini biasanya menekankan isi cerita
yang hendak disampaikan. Oleh kerana ini, selepas bercerita, guru perlulah mengemukakan
soalan-soalan pemahaman. Guru boleh berbincang dengan menimbulkan persoalan-persoalan
dan meminta pelajar-pelajar untuk menyelesaikan sendiri-sendiri persoalan-persoalan
tersebut. Pandangan dan pendapat pelajar amat penting untuk diberikan perhatian. Inilah cara
guru dapat menggalakkan murid mengeluarkan idea-idea dan membuat tafsiran sendiri
terhadap isi cerita yang telah didengar. Berikut langkah pelaksanaan teknik bercerita RSJ:
a) Persediaan awal
Cerita yang dipilih iaitu RSJ perlulah diubahsuai ke dalam bentuk cerita yang
bersesuaian dengan tahap kecerdasan murid sekolah rendah. Cerita seharusnya tidak
begitu panjang dan mempunyai unsur saspens serta kecindan. Di samping itu,
penyediaan bahan bantu mengajar untuk sesi bercerita dan persembahan. Guru juga
perlu menyusun ruang bercerita yang menarik dan sesuai.
7

Anda mungkin juga menyukai