Anda di halaman 1dari 4

BMM3104 : PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 02 APRIL 2013 : KHAMIS

HAQIRUH AFIQ FARHAN BIN MD DZULKIFLI 910904-06-5513 PISMP MT/PJ/BM

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN TEKNIK BERCERITA DALAM BAHASA MELAYU Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony (1963) pula, teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Manakala, mengikut pandangan Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997), teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Selain itu, Mok Soon Sang (2002) pula berpendapat, teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah pengajaran dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya di sini mengikut pendapat saya, teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahanbahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya dan teknik yang dipilih pula haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan selaras dengan pendekatan yang digunakan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bercerita didefinisikan sebagai mengisahkan sesuatu cerita, bercakap atau berbual. Selain itu, E.Greene (1976) berpendapat bahawa bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku. Pada pendapat saya pula, bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi penonton. Malah ianya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal dan bercerita boleh menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasi sambil berhibur. Selain itu juga, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan pengajaran, pengetahuan serta perkongsian pengalaman.

BMM3104 : PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 02 APRIL 2013 : KHAMIS

Teknik bercerita adalah suatu teknik mengajar dalam pengajaran bahasa melayu secara bercerita dengan menggunakan bahasa dan intonasi yang betul, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi penonton. Ianya juga disertakan bahan-bahan bantu mengajar yang lain seperti muzik, gambar, pakaian dan bahan bercetak yang lain. Terdapat beberapa langkah dalam pengajaran teknik bercerita menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman (2004) iaitu sebelum bercerita dan semasa bercerita. Sebelum bercerita guru perlu menyediakan persekitaran yang selesa. Jika boleh, suatu tempat duduk itu perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk di tempat tersebut dan mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guru ialah pencerita, guru tersebut perlu menimbangkan perkara-perkara seperti memastikan cerita yang diperdengarkan boleh didengari oleh semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat melihat pencerita, terutama muka dan tangan. Guru tersebut juga perlu bercerita dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan eksperesi muka yang bersesuain dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, guru perlu memberitahu murid supaya tidak bertanyakan soalan sehingga penghabisan cerita. Perkara yang paling utama ialah memastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan. Walaubagaimanapun, guru juga boleh menggunakan kaeadah memberi peluang kepada murid untuk bercerita bersama-sama. Langkah yang harus di ambil oleh guru tersebut ialah memberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita yang berkaitan. Guru juga harus memberi peluang murid untuk berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita lebih mendalam. Semasa bercerita pula kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mencatat nota daripada cerita yang diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan agar murid-murid memberi perhatian terhadap cerita yang diperdengarkan.Pencerita pula perlu mengambil langkah supaya bertentangan mata ( eye contact ) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya. Selain itu, selepas saya meneliti, merujuk dan membaca sumber-sumber daripada buku-buku rujukan, internet serta pensyarah saya iaitu Encik Ruziman bin

BMM3104 : PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 02 APRIL 2013 : KHAMIS

Omar terdapat beberapa langkah bagi pelaksanaan teknik bercerita ini. Antaranya adalah perancangan dan pengurusan sebelum sesi bercerita, sesi bercerita, dan aktiviti penutup. Pada permulaannya guru perlulah memilih sebuah cerita yang sesuai dengan peringkat umur murid-murid. Sebagai contohnya jika murid-murid di tahap satu, cerita yang dipilih perlulah tidak terlalu kompleks atau susah untuk difahami mereka. Tambahan pula, tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni dan cerita hendaklah menarik serta perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid. Panjang atau pendek bagi sesuatu cerita itu pula hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan. Jika waktu pengajaran dan pembelajaran pada hari itu singkat maka guru perlulah memilih cerita yang ringkas sahaja. Selain itu, guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurangkurangnya sekali agar dapat menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid dan membina keyakinan diri mereka untuk bercerita. Malah guru perlu menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng agar dapat menjadikan sesuatu pembelajaran itu menarik dan berkesan. Guru perlu menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. Salah satu elemen yang penting juga adalah tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita supaya menaikkan semangat murid untuk bercerita dan mengadaptasikan persekitaran yang disediakan. Bagi sesi bercerita pula, ianya harus dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik supaya murid berminat untuk mengambil bahagian dan belajar berdasarkan teknik bercerita pada hari tersebut. Guru perlu menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita supaya apabila tiba giliran murid untuk bercerita ianya memudahkan mereka. Hal ini juga melatih minda mereka untuk berfikir dengan cara menjana dan menghasilkan idea. Pastikan setiap murid menumpukan perhatian secara

sepenuhnya sewaktu guru atau murid lain bercerita bagi melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga bagi memastikan mereka faham mengenai apa yang ingin dipelajari pada hari tersebut.

BMM3104 : PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 02 APRIL 2013 : KHAMIS

Sesuatu aktiviti penutup itu boleh dijalankan guru dengan cara membantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu. Guru menekankan apakah nilai murni yang diterapkan dalam cerita tersebut. Selain itu, guru boleh berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita. Setiap murid berpeluang melontarkan pendapat mereka dan dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan juga salah satu cara yang boleh digunakan guru sewaktu aktiviti penutup ini. Hal ini akan menggalakkan murid-murid untuk memikir pada aras yang tinggi di samping mereka menjana dan menghasilkan idea masing-masing. Antara yang lain pula adalah meminta murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri. Sememangnya cara ini akan melatih diri muridmurid untuk berfikir dengan rasionalnya dan berkomunikasi dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai