Anda di halaman 1dari 3

Bercerita Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea

dan merangsang daya imaginasi penonton. Bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumbersumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menggunakan teknik bercerita memilih cerita yang sesuai menghafal isi-isi penting sediakan alat bantu mengajar kesediaan pelajar murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir pastikan suara jelas dan lantang kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu muridmemahami isi cerita dengan lebih jelas mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid ayat dan perkataan mudah difahami murid disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi aktiviti susulan Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai Tema cerita harus mengandungi konsep sains dan nilai moral yang murni Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklahsesuai dengan pengalaman murid Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yangdiperuntukkan Guru hendaklah menghafal dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambaratau topeng-topeng Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapatmendengar dan melihat ekspresi guru Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita Sesi Bercerita Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarikperhatian dan membantu murid-murid memahami cerita Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya Gunakan soalan untuk membimbing murid mengikuti perkembangancerita Penutup Membantu murid-murid mengukuhkan konsep sains dan nilai-nilai murniyang diterapkan dalam isi cerita yang disampaikan.

Aktiviti penutup Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan. Meminta murid-murid merumus isi cerita dengan menggunakan perkataansendiri. Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandungdalam isi cerita. Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yangdisampaikan. Menyuruh murid-murid membuat rumusan berdasarkan isi cerita yangtelan didengar. Kriteria pemilihan Cerita 1. Mempunyai mesej, pengajaran dan nilai-nilai murni 2. Tema yang mudah, menarik dan sesuai dengan minat kanak-kanak 3.Plot yang mudah, kronologi dan pengakhiran cerita yang menyeronokkan. 4. Bahasa yang mudah, pengulangan kata dan ayat mudah / pendek 5. Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan 6. Melibatkan watak kanak-kanak 7. Menonjolkan watak yang boleh dicontohi 8. Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK) 9. Mudah dihafal dan disampaikan dalam jangka masa pendek 10. Bersifat universal Cadangan peralatan bercerita 1. Buku besar 2. Beg bercerita 3. Gambar bersiri 4. Boneka 5. Kad Cantuman 6. Kostum 7. Poster 8. Topeng 9. Alat muzik/audio/vcd dll. Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita 1. Sesuai dengan cerita dan objektif pengajaran dan pembelajaran 2. Dibina daripada bahan yang mudah, murah dan tahan lama 3. Warna yang terang, menarik dan merangsang panca indera 4. Melibatkan pelbagai deria 5. Tidak membahayakan kanak-kanak 6. Penggunaan bahan maujud dan sumber alam 7. Boleh dipelbagaikan kegunaan 8. Mudah digunakan dan disimpan 9.3.3 Kelebihan teknik bercerita 1. Guru dapat membina satu suasana yang menyeronokkan. 2. Cerita yang mengandungi nilai-nilai murni, mampu menanamkan sikap jujur, berani, setia, ramah dan sikap positif yang lain serta bergunadalam pembentukan budi pekerti atau keperibadian murid-murid.

3. Melalui teknik bercerita, murid-murid dapat mengenali fakta-fakta alamsekitar mahupun pengetahuan sosial yang berguna bagiperkembangan kognitif mereka. 4. Terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalamsatu-satu masa. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa sepertimendengar, bertutur, menulis dan membaca yang berlaku ketikamurid-murid mendengar atau membaca cerita dapat membantumereka menajamkan lagi kemahiran-kemahiran yang terlibat. 9.3.4 Kelemahan teknik bercerita 1. Memerlukan persediaan yang banyak dan melibatkan masa sertakos. 2. Mengambil masa untuk bercerita dan membincangkan cerita. 3. Terdapat murid yang tidak dapat mengaitkan cerita dengan faktaatau konsep yang diajar terutamanya murid yang tidak memahamicerita. 4. Sukar untuk mengaitkan cerita dengan konsep sains terutamanyabagi tema sains fizikal dan sains bahan.

Anda mungkin juga menyukai